HAZIQ PUNYA KERJA SAINS.docx

3
HAIWAN YANG PUPUS DI DUNIA HAIWAN PUPUS YANG HIDUP MENYENDIRI 1. Caucasian Bison – Pupus sejak 1927 Caucasian Bison adalah subspecies kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan Kaukasus di ti Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor bison terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun, populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila berlakunya penempatan secara besar-besaran di keseluruhan habitatnya Masyarakat pada masa itu masih belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Fakt faktor ini menyumbang kepada kepupusan Caucasian Bison .

Transcript of HAZIQ PUNYA KERJA SAINS.docx

HAIWAN YANG PUPUS DI DUNIA

HAIWAN PUPUS YANG HIDUP MENYENDIRI

1. Caucasian Bison Pupus sejak1927

Caucasian Bison adalah subspecies kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan Kaukasus di timur Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun, populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila berlakunya penempatan secara besar-besaran di keseluruhan habitatnya. Masyarakat pada masa itu masih belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kepupusan Caucasian Bison.

10.Caspian Tiger Pupus sejak1990an

Caspian Tiger adalah subspesies bagi keluarga kucing sepertimana spesies-spesies harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan Afghanistan. Populasinya mula merudum pada abad ke-20 akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merudum populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya. Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.