HBAE4303 topik 6

9
PENGENALAN Kebanyakan karya seni mempunyai nilai-nilai yang perlu diberikan perhatian. Ianya boleh ditunjukkan dalam bentuk penghargaan, pengiktirafan dan sanjungan. Mengkritik sesuatu karya seni adalah satu ilmu, prinsip, disiplin dan kaedah pengkajian yang amat sistematik. Seni adalah satu bentuk perluahan perasaan oleh seniman kerana di dalamnya terkandung kepentingan dan keindahan di peringkat rohani dan jasmani. Nilai ini perlu kita terapkan dari peringkat kanak-kanak agar kepentingan mencintai nilai keindahan dan menghargai seni estetika menjadi sebati dengan jiwa. Apa kata, kita bawa mereka ke galeri seni ataupun muzium? Sambil memenuhi masa lapang, aktiviti ini mampu melatih kanak-kanak menghayati, menilai dan mengkritik karya seni secara tidak langsung. Kita perlu ingat, berikan mereka kebebasan untuk memberi pendapat atau luahan. T T o o p p i i k k 6 6 Apresiasi dan Kritikan Seni 2 (Deskripsi, Analisis, Intrepretasi dan Penilaian) HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan kaedah dan pendekatan dalam menghasilkan apresiasi seni dari sudut pelajar; 2. Mengenalpasti pendekatan yang sesuai bagi kalangan pelajar dalam membuat apresiasi dan kritikan seni; dan 3. Memberikan kaedah bagi pelajar untuk melahirkan ekspresi seni mereka.

description

Apresiasi dan Kritika Seni

Transcript of HBAE4303 topik 6

  • PENGENALAN Kebanyakan karya seni mempunyai nilai-nilai yang perlu diberikan perhatian. Ianya boleh ditunjukkan dalam bentuk penghargaan, pengiktirafan dan sanjungan. Mengkritik sesuatu karya seni adalah satu ilmu, prinsip, disiplin dan kaedah pengkajian yang amat sistematik. Seni adalah satu bentuk perluahan perasaan oleh seniman kerana di dalamnya terkandung kepentingan dan keindahan di peringkat rohani dan jasmani. Nilai ini perlu kita terapkan dari peringkat kanak-kanak agar kepentingan mencintai nilai keindahan dan menghargai seni estetika menjadi sebati dengan jiwa. Apa kata, kita bawa mereka ke galeri seni ataupun muzium? Sambil memenuhi masa lapang, aktiviti ini mampu melatih kanak-kanak menghayati, menilai dan mengkritik karya seni secara tidak langsung. Kita perlu ingat, berikan mereka kebebasan untuk memberi pendapat atau luahan.

    TTooppiikk66 Apresiasi dan Kritikan Seni 2 (Deskripsi, Analisis, Intrepretasi dan Penilaian)

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menghuraikan kaedah dan pendekatan dalam menghasilkan

    apresiasi seni dari sudut pelajar; 2. Mengenalpasti pendekatan yang sesuai bagi kalangan pelajar dalam

    membuat apresiasi dan kritikan seni; dan 3. Memberikan kaedah bagi pelajar untuk melahirkan ekspresi seni

    mereka.

  • TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2 81

    Rajah 6.1: Galeri seni Shah Alam adalah salah sebuah galeri seni di Malaysia yang banyak mempamerkan karya-karya seni seniman muda tanah air

    Sumber: http://www.bernama.com/selangor_maju/newsbm.php

    6.1 PROSES DAN KAEDAH Definisi pendekatan dan kaedah Pendekatan berdasarkan teori Gestalt, setiap orang mempelajari sesuatu secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum meneliti secara terperinci. Pendapat Edward M Anthony (1963) pula menjelaskan bahawa, pendekatan merupakan satu proses dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan model, prinsip dan teori pembelajaran. Kaedah pula bermaksud satu perancangan bagi melaksanakan pendekatan secara teratur dan kemas. Setiap perancangan perlu disusun rapi dalam satu kesinambungan yang sempurna. Kaedah-kaedah yang sesuai akan membantu keperluan pelajar. Dalam melaksanakan sesuatu pendekatan dan kaedah, perancangan perlu dikenal pasti dengan cara-cara berikut:

    SEMAK KENDIRI 6.1

    Apakah yang anda faham mengenai kaedah deskripsi,analisis,interprestasi dan penilaian.

  • 82 TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2

    Rajah 6.2: Cara-cara merancang sesuatu pendekatan dan kaedah.

    Pendekatan lawatan Pendekatan kritikan seni merupakan panduan yang baik dalam mengenal pasti keberkesanan sesuatu karya seni. Karya seni yang dipertontonkan kepada khalayak ramai akan mengundang kritikan-kritikan daripada penghayat seni. Penghayat seni kebiasaannya mengunjungi galeri atau dewan budaya untuk melihat lukisan. Di Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Galeri Petronas dan Galeri Shah Alam merupakan sebahagian wadah bagi pengkarya-pengkarya seni meluahkan idea seniman. Bentuk interpretasi dapat dihasilkan dengan lebih baik dan jelas apabila karya seni itu dilihat oleh penghayat seni itu sendiri. Hasil penilaian adalah lebih menyakinkan dan lengkap berbanding dengan melihat dari bahan-bahan bercetak. Simbol, imej, rupa dan bentuk yang dipaparkan dapat dilihat dengan lebih jelas dan dikupas dengan penuh kejujuran. Rajah 6.3 menunjukkan bagaimana seniman berinteraksi dengan peminat-peminat seni.

  • TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2 83

    Rajah 6.3: Pelukis Suzlee Ibrahim menjelaskan mengenai karya beliau kepada peminat

    peminat seni Sumber: suzlee99.tripod.com/id10.html

    Pendekatan Lisan dan Bertulis Pendekatan lisan dan bertulis meliputi laporan yang disiarkan dalam akhbar, majalah dan media elektronik seperti radio dan televisyen. Pendekatan penulisan dilakukan dengan bentuk kajian sumber melalui jurnal, pembentangan seminar atau disiarkan dalam majalah akademik. Manakala pendekatan lisan pula, adalah seperti pembentangan kertas kerja. Contoh yang boleh digunakan dalam pendekatan lisan ialah seperti yang program anjuran Yayasan Kesenian Perak bertajuk 'Gebang Seni' bersama Siti Zainon Ismail pada 22 Jun 2002 di Ipoh. Ia merupakan pendekatan untuk pelajar atau penghayat seni berkongsi ilmu dan pengalaman dengan tokoh seni sendiri.

    Rajah 6.4: Program bulanan 'Gebang Seni' bersama Siti Zainon Ismail pada 22 Jun 2002 bertempat di Rumah YKP, Ipoh.

  • 84 TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2

    6.2 PENDEKATAN LAWATAN Merancang dan melaksanakan lawatan Beberapa aspek perlu dinilai sebelum merancang lawatan pelajar: i. Bilangan pelajar yang akan mengadakan lawatan; ii. Tujuan lawatan diadakan; iii. Kepentingan lawatan kepada pengajaran dan pembelajaran; dan iv. Kesan yang dapat diperolehi hasil dari lawatan kepada proses pengajaran

    dan pembelajaran. Di samping itu juga, pelajar perlu mengenal pasti tema pameran yang akan dilawati. Aspek itu amat penting bagi membantu pelajar: i. Memahami tema dan tujuan sesuatu karya seni; ii. Menghasilkan satu bentuk penghargaan atau apresiasi seni dengan mudah; iii. Mampu menikmati karya seni dengan baik; dan iv. Menghasilkan penafsiran seni dengan lebih berkesan dan jujur. Selain daripada itu perancangan aktiviti juga perlu dikenal pasti ketika melihat sesuatu pameran seni. Keperluan mengenal pasti aktiviti adalah untuk memastikan para pelajar tidak berada dalam keadaan yang tidak jelas akan objektif lawatan tersebut. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah: i. Kerja berkumpulan di mana pelajar perlu dibahagikan kepada beberapa

    kumpulan kecil. ii. Memahami tema pameran seni yang diadakan dan berikan komen

    mengenai tema tersebut. iii. Menilai setiap karya seni adalah menepati tema yang diadakan. iv. Memilih beberapa karya seni yang menepati tema dan tidak menepati tema

    pameran tersebut.

    Di antara pendekatan lawatan dan pendekatan bertulis yang mana satukah lebih berkesan untuk dalam menghasilkan apresiasi karya seni di kalangan kanak-kanak. Bincangkan.

    AKTIVITI 6.1

  • TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2 85

    v. Menghasilkan kritikan dan apresiasi seni mengikut kefahaman mereka sendiri.

    vi. Menemubual pengkarya seni yang menghasilkan lukisan. Aktiviti apresiasi seni Pelajar perlu menghasilkan apresiasi seni dengan baik berdasarkan kefahaman mengenai tema pameran seni yang diadakan di galeri seni tersebut. Oleh yang demikian, pelajar perlu membuat kajian sebelum mengadakan lawatan ke pameran tersebut agar memastikan apresiasi seni yang dihasilkan bersandarkan penilaian ilmiah. Selaku pengkritik seni, pelajar perlu berperanan untuk menceritakan apa yang berlaku disebalik penghasilan sesuatu karya seni. Apresiasi seni ini adalah untuk membantu pelajar menghayati dengan lebih mendalam, memahami, menghayati dan mengetahui asas penghasilan sesuatu karya seni itu.

    Laporan bergambar Dalam menghasilkan apresiasi seni, pelajar perlu menghasilkan satu bentuk laporan bertulis bagi memastikan keberkesanan lawatan yang diadakan. Pelajar perlu juga mempersembahkan laporan bergambar di hadapan guru dan rakan-rakan bagi memastikan apresiasi seni yang dihasilkan dapat dikongsi bersama dengan orang lain.

    6.3 PENDEKATAN LISAN DAN BERTULIS Penggunaan deria penglihatan dan deria sentuh amat penting dalam menerapkan nilai apresiasi seni dalam masyarakat.

    SEMAK KENDIRI 6.2

    Bincangkan keberkesanan kaedah laporan lawatan dalam menghasilkan apresiasi dan kritikan seni

  • 86 TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2

    Mata digunakan untuk menilai dan mengamati objek-objek seni seperti seni lukis, seni catan dan sebagainya. Tahukah kamu bahawa penghayatan seni memerlukan bahasa yang dipanggil sebagai bahasa seni? Penerapan bahasa tampak atau bahasa visual menjurus kepada penggunaan media dan bahan seni. Asas seni yang melibatkan garisan, jalinan, rupa dan bentuk adalah bahan interaksi dengan penghayat seni yang telah digunakan oleh seniman dalam karya mereka. Objek seni digunakan sebagai penyampai maklumat, idea dan penerangan yang tersurat mahupun tersirat. Kritikan secara formal Apabila para pelajar cuba menghasilkan satu bentuk kritikan dalam bentuk pendekatan lisan dan bertulis terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira: i. Memahami dengan lebih mendalam unsur-unsur seni seperti garisan,

    warna, jalinan,bentuk dan ruang; ii. Menghasilkan kritikan secara jujur dan mengupas karya seni tersebut

    secara bertanggungjawab; iii. Memahami latar belakang penghasilan karya seni tersebut; dan iv. Kritikan haruslah membina dan tidak bersifat peribadi.

    Untuk menghasilkan kritikan secara penulisan, penghayat seni memerlukan kefahaman seni yang sangat luas. Pengetahuan mengenai sejarah seni dan perkembangan seni di Malaysia perlu diikuti dahulu, sebelum menghasilkan laporan bertulis.

    Bincangkan keberkesanan kaedah laporan lisan dan bertulis dalam menghasilkan apresiasi dan kritikan seni

    AKTIVITI 6.2

  • TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2 87

    Apresiasi dan kritikan seni harus disemai kepada pelajar melalui sistem pendidikan, agar pelajar dapat menghargai seni dengan lebih baik. Pelajar

    harus terlebih dahulu didedahkan dengan maksud pendekatan dan kaedah apresiasi seni. Pendekatan merupakan satu proses merapatkan pelajar dengan subjek atau objek seni, manakala kaedah pula merupakan cara atau perancangan yang harus disusun untuk membawa pelajar terus kepada subjek atau objek yang diingini. Dalam aspek apresiasi seni, pelajar harus diberi pendekatan terhadap karya-karya seni terutama melalui kaedah lawatan sambil belajar.

    Antara teknik pendekatan yang mampu menjuruskan pelajar terus kepada

    subjek apresiasi dan kritikan seni ialah dengan kaedah lawatan sambil belajar ke muzium atau galeri seni. Melalui kaedah lawatan, pelajar dapat berhubung secara langsung dengan objek seni dengan menggunakan deria visual dan deria sentuh. Kaedah lain pula melalui pendekatan lisan dimana pelajar dibawa menghadiri ceramah mengenai karya seni oleh seniman yang menghasilkan karya itu sendiri. Dengan kaedah lisan, pelajar boleh bertanyakan kemusykilannya secara terus kepada seniman. Selain itu, pelajar juga boleh mendekatkan diri dengan objek seni yang diingini melalui kajian buku-buku seni mahupun jurnal.

    Para pelajar boleh melahirkan apresiasi mahupun kritikan seninya melalui

    laporan bergambar untuk hasil pembelajaran yang lebih berkesan. Ianya boleh dilakukan secara individu mahupun berkumpulan. Pelajar juga perlu digalakkan untuk berbahas atau berkongsi ekspresi seni mereka bersama rakan sekelas dan guru seni.

    Konsep Lawatan Bertulis Bergambar Perbincangan ilmiah Bahasa visual dan tampak

    Kejujuran Daya intelektual

    RUMUSAN

  • 88 TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2

    Mohd Johari Ab.Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

    Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa

    dan Pustaka Kuala Lumpur Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).

    Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000).. Sukatan Pelajaran

    Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

    Kathleen Chae (2008).. Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd. http://www.geocities.com/Heartland/Grove/1156/pappeng.html

    RUJUKAN