HBEF3603 T1A4 Jurnal Reflektif.doc

5
   HBEF3603 Amalan Profesional FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP PPG SEMESTER JANUARI / 2015 HBEF 3603 T1A4 AMALAN PROFESIONAL  NAMA PELAJAR : ABDUL KADIR BIN MADELI NO. MATRIKULASI : 690429135313001 NO. KAD PENGENALAN : 690429135313 NO. TELEFON : 0194!2!910 EMEL : "#$ &"'()*+',--.- PUSAT PEMBELAJARAN : SARA AK LEARNING ENTRE NAMA PENSARAH : EN. KHASSIM BIN IBRAHIM

Transcript of HBEF3603 T1A4 Jurnal Reflektif.doc

HBEF 3603 AMALAN PROFESIONAL

HBEF3603 Amalan Profesional

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASMP PPG SEMESTER JANUARI / 2015HBEF 3603T1A4AMALAN PROFESIONAL NAMA PELAJAR

:ABDUL KADIR BIN MADELINO. MATRIKULASI

: 690429135313001NO. KAD PENGENALAN: 690429135313NO. TELEFON

: 019-4828910E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: SARAWAK LEARNING CENTRENAMA PENSYARAH

:EN. KHASSIM BIN IBRAHIMJURNAL REFLEKTIFSebagai seorang guru dan juga pelajar Open University Malaysia ( OUM ) yang mengikuti program pensiswazahan guru tanggungjawab ini harus saya galas dalam menyiapkan segala tugasan yang diberi. Tugasan ini memerlukan saya menjalankan kajian lapangan dalam bentuk Praktikum di sekolah yang dipilih. Kursus ini mempunyai empat pecahan aktiviti di bawah satu tugasan yang dilabelkan sebagai T1A1, T1A2, T1A3 dan T1A4. Tugasan aktiviti satu memerlukan saya untuk menghantar dengan memuatnaik borang laporan dari guru pembimbing. Tugasan dalam aktiviti satu memerlukan saya untuk melantik seorang guru pembimbing di kalangan rakan-rakan guru ataupun guru besar berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh pihak OUM. Saya tidak menghadapi masalah dengan syarat yang ditetapkan oleh pihak universiti iaitu saya dikehendaki melantik seorang guru pembimbing yang mempunyai opsyen yang sama dengan opsyen saya. Aktiviti untuk tugasan kedua memerlukan saya memuatnaik rakaman video sesi pembelajaran mikro. Tugasan ini telah saya hantar secara online melalui tugasan 1 aktiviti 2. Tugasan untuk aktiviti ketiga pula memerlukan saya menghantar laporan praktikum dan aktiviti keempat dan terakhir pula memerlukan saya untuk menghantar jurnal reflektif. Syukur Alhandulillah saya telah selesai menjalankan sesi praktikum di Sekolah Kebangsaan Astana, Kuching bagi memenuhi kerja kursus HBEF3603 Amalam Profesional ini. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan dan semasa menjalani praktikum terdapat beberapa perkara yang saya ingin kongsikan melalui pemerhatian dan penilaian yang telah saya lakukan. Saya mendapati pelajar-pelajar boleh memahami isi pelajaran yang diajar sekiranya komitmen yang ditunjukkan oleh guru adalah tinggi dan pelajar diajar supaya mempunyai keinginan yang tinggi untuk terus berjaya. Ini adalah kerana saya mendapat respon yang amat baik apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu dan seterusnya. Pada pengamatan saya, dorongan yang kuat oleh guru meimbulkan rasa yakin di kalangan pelajar untuk mengikuti isi pembelajaran dan seterusnya memahami kemahiran yang diajar. Semasa proses pembelajaran berjalan terdapat hanya segelintir pelajar sahaja yang tidak memberikan perhatian dari mula sehingga akhir. Keadaan ini agak mengembirakan kerana saya yakin dapat mengatasi masalah tersebut dan dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan. Saya berusaha dengan pelbagai cara dan kaedah yang sesuai untuk menarik

1

perhatian dan minat para pelajar bagi mengikuti pengajaran saya. Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan guru kraf (craftman).

Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu bekerja , mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar. Saya sangat berpuas hati dengan keadaan ini dan oleh itu saya telah menggunakan pendekatan kerja berkumpulan kerana ia amat bersesuaian dengan para pelajar sekolah rendah. Ternyata cara ini sangat berkesan. Mereka amat tertarik dengan kaedah pengajaran saya. Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard, Amerika Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan dengan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu : muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri). Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah bagi pelajar yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya dan saya berusaha untuk mengatasinya. Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap pelajar untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan mereka. Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar ini. Antaranya ialah guru perlu mengadakan latihan penulisan yang berulang tidak kira melalui penulisan buku tulis, aktiviti dan penulisan menggunakan komputer. Ini secara tidak langsung, guru dapat menyedarkan pelajar-pelajar yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan pelajar. Kepandaian pelajar sememangnya menjadi kebanggaan bagi seorang guru, namun perhatian daripada pelajar adalah satu kepuasan bagi seorang guru. Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya, guru suka mengajar dan murid suka belajar. Kesimpulannya, kursus HBEF3603 Professional Practice merupakan satu kursus yang memberikan saya peluang

2

kepada saya untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran saya dalam bidang perguruan dengan lebih baik. Saya bersyukur dengan ahli keluarga, rakan-rakan, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing yang banyak membantu saya sepanjang mengikuti kursus ini dan juga dalam menyiapkan tugasan ini. Kesempatan untuk menghasilkan tugasan ini mengajar saya untuk bersikap lebih profesional dalam menguruskan masa bekerja dan masa belajar. Segala kemahiran dan pengetahuan yang saya miliki sepanjang mengikuti kursus ini akan saya aplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada masa hadapan supaya menjadi lebih berkesan dan interaktif. Sekian terima kasih.

778 patah perkataan.

3

PAGE

_1253083327.bin