HBHE3203 Kebersihan Da Keselamatan Persekitaran

20
HBHE3203 FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER/2014 HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : 76081 NO. TELEFON : 012-37 E-MEL : [email protected] NAMA : 1

Transcript of HBHE3203 Kebersihan Da Keselamatan Persekitaran

HBHE3203

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER/2014

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN: 76081NO. TELEFON: 012-37E-MEL: [email protected]:

PUSAT PEMBELAJARAN: PP BANGI

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan m/s 32.0 Teks Ceramah m/s 43.0 Borang Maklum Balas Pemantauan m/s 74.0 Laporan Analisis Pemantauan m/s 94.1 Analisis pemantauan4.2 Cadangan penambahbaikkan5.0 Penutup m/s 14Rujukan

1.0 PENGENALAN

Program Kesihatan Sekolah meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyepadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Keutamaan akan diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan profesional kesihatan dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor awam dan swasta. Peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 akan berkuatkuasa untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh sektor swasta. Setelah lebih dua puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah semakin berkembang seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi dan komunikasi. Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).

Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005.

2.0 Ceramah tentang amalan kebersihan dan keselamatan

Assalamualaikum dan selamat sejahteraTeerlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah tentang amalan kebersihan dan keselamatan.Saya turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada PIBG SK Seksyen 6 Kota Damansara, guru-guru dan murid-murid sekalian.Kehadiran guru-guru dam murid-murid sekalian memberikan saya sokongan dan semangat untuk menyampaikan ceramah ini selain menunjukkan betapa hadirin sekalian mempunyai semangat yang tinggi dalam menjadikan sekolah sebagai tempat yang bersih, cantik , indah dan selamat.Hadirin sekalian,Amalan kebersihan perlu dipupuk dan disemai sejak awal lagi iaitu dari rumah dan diperkukuh serta diperkembangkan di sekolah agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat. Selain daripada kebersihan, keselamatan diri juga perlu dititikberatkan dan diberi perhatian.Keselamatan diri pula boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk melindungi diri dari kemudaratan secara fizikal dan emosi sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya dan sekelilingnya.Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolahnya. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek. Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.

Kemalangan boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Kemalangan yang berlaku di sekolah perlu diambil kira bagi mengelakkan ianya berulang. Kemalangan yang kerap kali berlaku di sekolah adalah seperti jatuh tangga, dicederakan rakan, tergelincir di kawasan licin, dihempap peralatan dan sebagainya.Berdasarkan sumber akhbar Utusan Malaysia, pada 27 Oktober 2011 yang lalu pernah dilaporkan seorang murid perempuan tahun satu pengsan manakala rakannya cedera di tangan setelah ditimpa sebatang tiang bendera ketika menyertai aktiviti sukan di sebuah sekolah di negeri Selangor. Oleh itu, kemalangan yang berlaku ketika berada di kawasan sekolah perlu diambil berat begitu juga dari segi keceriaan dan kebersihan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku. Di dalam penilaian dan pemantau Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), terdapat enam teras utama yang telah digariskan oleh Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998. Bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara warga sekolah. PIBG, sektor awam ,sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat. Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan untuk mengingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya proaktif dan prihatin terhadap aspekaspek kesihatan pelajar, khususnya yang ada kaitan dengan perkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka. Perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara perlu sentiasa dihayati

Hadirin yang dikasihi sekalian

Kebersihan membawa keselesaan kepada murid dan guru di mana ia akan menolong pengajaran dan penyerapan ilmu dengan lebih sempurna. Oleh itu tugas serta tanggungjawab pihak sekolah dalam memastikan keadaan ini berterusan amatlah diharapkan. Keadaan yang kotaor dengan sampah sarap dan bau busuk bukan sahaja menimbulkan pemandangan yang jelik dan rasa jijik bahkan boleh menjejaskan kesiahatan kita.Oleh itu saya suka untuk mengingatkan kepada semua warga sekolah iaitu murid-murid, guru-guru dan pihak pentadbiran perlu memikirkan langkah yang bijak dalam menjaga kebersihan kawasan sekolah agar semua pihak merasa selesa dan gembira di sekolah.Guru-guru dan murid-murid sekalian, Jaminan terhadap keselamatan diri juga merupakan salah satu keperluan manusia di samping keperluan-keperluan lain seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.Berdasarkan Teori Motivasi Maslow, setelah tahap keperluan mendapatkan makannan seseorang itu dipenuhi, seseorang itu memerlukan keselamatan. Setelah tahap keperluan keselamatan diperolehi, seseorang itu melangkah ke tahap keperluan social iaitu keperluan untuk berkawan dan berhubung dengan orang lain(Saccuzo, 1987).Keupayaan menjaga keselamatan diri melibatkan adanya usaha dan tindakan seseorang untuk mengelakkan sesuatu kemudaratan berlakuseperti kemalangan atau kecerderaan daripada berlaku. Sebagai seorang manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikiran, kita seharuslah sentiasa berfikir dan berusaha untuk mencari jalan bagi menjaga keselamatan diri keluarga dan keseluruhannya.Hadirin sekalian, Keselamatan tidak memilih mangsa , kemalangan boleh berlaku dan terjadi di mana-mana sahaja. Sebagai contoh, semasa menjalankan aktiviti sukan pelajar yang diawasi oleh guru adalah lebih selamat berbanding dengan pelajar yang bermain tanpa pengawasan guru. Tahap pengawalan keselamatan pula berbeza-beza mengikut situasi dan persekitaran. Oleh itu kawalan keselamatan di bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah adalah berbeza. Murid-murid perlu mengikuti segala peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk memastikan mereka selamat selama mereka berada di sekolah.Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini dan saya amat berharap apa yang saya sampaikan dalam ceramah saya dapat dijadikan iktibar dan panduan kepada semua yang hadir pada hari ini.

Semua orang sukakan suasana yang cantik dan ceria. Selain daripada cantik faktor keselamatan perlu diberi perhatian. Cadangan-cadangan yang saya utarakan ini boleh dipraktikkan untuk meningkatkan keselamatan semasa murid di sekolah..BORANG PEMANTAUAN KESELAMATAN FIZIKAL(BANGUNAN SEKOLAH, PADANG SEKOLAH, MAKMAL DAN BILIK-BILIK KHAS 2014)

Soalan dibawah berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan. Tandakan bagi jawapan anda berdasarkan kepada skala dibawah :

1) Sangat tidak setuju2) Tidak setuju3) Setuju4) Sangat setujuNo Item Pemantauan STSTSSSS

Kantin

1Layanan pekerja dengan pelanggan memuaskan

2Pengurusan di kaunter hadapan yang sistematik

3Fizikal Kantin

4Makanan Bertudung

5Sistem Basuhan

Makmal Sains

1Bekalan air dan saliran berada dalam keadaan sempurna

2Bekalan elektrik berada dalam keadaan sempurna

3Bekalan gas berada dalam keadaan sempurna

4Alatan asas keselamatan berada dalam keadaan sempurna

5Bilik Persediaan Makmal Sains / Bilik Sains beradadalam keadaan sempurna

Persekitaran Sekolah

1Padang Sekolah

2Gelanggang Permainan

3Kawasan Pagar

4Sistem Perparitan

5Pelupusan Sampah

Bilik Darjah

1Perabot asas mencukupi danmengikut piawai.

2Mempunyai sudut pembelajaran.

3Keadaan bersih, ceria dan menarik

4Pengudaraan dan pencahayaanyang mencukupi.

5Fizikal Kelas

Bangunan Sekolah

1Pejabat Guru

2Blok A ( Pejabat )

3Blok B

4Blok C

5Bilik KH

Catatan :________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Cadangan:_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Pemeriksa ;_________________________(_________________________)

4.0 Laporan analisis pemantauan/pemeriksaan

4.1 Dapatan analisis daripada borang maklum balas

No Item Pemantauan Guru 1Guru 2Guru 3Guru 4Guru 5Purata%

Kantin

1Layanan pekerja dengan pelanggan memuaskan33333375

2Pengurusan di kaunter hadapan yang sistematik23334375

3Fizikal Kantin332332.870

4Makanan Bertudung233332.870

5Sistem Basuhan33333375

Guru 1Guru 2Guru 3Guru 4Guru 5Purata%

Makmal Sains

1Bekalan air dan saliran berada dalam keadaan sempurna444444100

2Bekalan elektrik berada dalam keadaan sempurna444444100

3Bekalan gas berada dalam keadaan sempurna444444100

4Alatan asas keselamatan berada dalam keadaan sempurna344433.690

5Bilik Persediaan Makmal Sains / Bilik Sains berada dalam keadaan sempurna344433.690

Persekitaran SekolahGuru 1Guru 2Guru 3Guru 4Guru 5Purata%

1Padang Sekolah333322.870

2Gelanggang Permainan333232.870

3Kawasan Pagar232232.460

4Sistem Perparitan323222.460

5Pelupusan Sampah233222.460

Bilik DarjahGuru 1Guru 2Guru 3Guru 4Guru 5Purata%

1Perabot asas mencukupi dan mengikut piawai323322.665

2Mempunyai sudut pembelajaran.33333375

3Keadaan bersih, ceria dan menarik344333.485

4Pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi444444100

5Fizikal Kelas33333375

Bangunan SekolahGuru 1Guru 2Guru 3Guru 4Guru 5Purata%

1Pejabat Guru333443.485

2Blok A ( Pejabat )334433.485

3Blok B433343.485

4Blok C334443.690

5Bilik KH433343.485

Purata markah bagi setiap kawasan:

KantinMakmal SainsPersekitaran SekolahBilik DarjahBangunan

7396648086

Graf di atas menunjukkan tahap kebersihan dan keselamatan SK Seksyen 6 kota Damansara

4.2 Laporan dan cadangan penambahbaikkan.

Berdasarkan graf yang ditunjukkan dapat lah disimpulkan secara keseluruhannya kebersihan dan keselamatan kawasan sekolah SK Seksyen 6 Kota Damansara adalah ditahap yang memuaskan. Makmal sains mencatatkan markah skor tertinggi diikuti oleh bangunan sekolah, bilik darjah dan kantin . Naman begitu kawasan persikitaran sekolah hanya memperolehi skor sebanyak 64%. Oleh itu pihak sekolah perlu meningkatkan kebersihan dan keselamatan di seluruh kawasan sekolah agar sekolah menjadi kawasan yang selamat khasnya untuk murid dan amnya untuk seluruh warga sekolah.

Cadangan penambahbaikkan.

a) Kantin

Kebersihan di kawasan kantin perlu diberi keutamaan .Ini kerana bagi mengelakkan terjadinya keracunan makanan yang boleh memudaratkan pelajar. Pihak sekolah perlu mengingatkan AJK kantin untuk menjalankan pemeriksaan dengan lebih kerap bagi memastikan kawasan kantin dalam keadaan bersih dan selamat.Seterusnya menu bagi murid-murid dan guru harus dipelbagaikan dan bernutrisi. Ini kerana kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang untuk tumbesaran mereka. Selain itu makanan perlu dipastikan menarik dan memenuhi selera murid.

b) Persekitaran sekolah

Bagi memastikan persekitaran sekolah bersih dan selamat, pihak sekolah perlu mengindahkan kawasan sekolah. Membaik pulih tempat-tempat yang terjejas. Memastikan kerusi dan meja yang rosak dilupuskan dengan segera.Ini bagi mengelakkan kawasan tersebut menjadi tempat pembiakan bagi haiwan perosak seperti tikus dan lipas. Haiwan-haiwan ini boleh mengakibatkan penyakit seperti kencing tikus dan sebagainya. Selain itu kawasan sekolah perlu dicat dan diperindahkan dengan landskap-landskap yang menarik. Cat-cat yang telah pudar perlu digantikan dengan cat yang baru dan ceria. Kawasn persekitaran perlu dipastikan selamat dengan mengambil kira kebersihan longkang dan keselamatan penutup longkang agar tidak membahayakan murid-murid. Penutup longkang yang diperbuat daripada besi boleh ditukarkan kepada yang diperbuat daripada plastic untuk mengelakkan kecurian dan sekali gus mengelakkan murid daripada terjatuh ke dalam longkang.

Bumbung bangunan juga perlu dipastikan selamat dan berada dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan lantai di laluan laluan utama perlulah dalam keadaan selamat iaitu tidak licin dan merbahaya terutamanya ketika hari hujan. Antara ialah menggantikan laluan di sepanjang koridor daripada simen yang licin dan berbahaya kepada bahan material lain yang lebih kesat dan selamat. Kemalangan selalu berlaku terutamanya semasa hujan akibat daripada lantai licin dan murid terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan.Seterusnya memastikan tiada laluan air bertakung di sekitar kawasan sekolah termasuk laluan air di bahagian bumbung sekolah. Ini bagi mengelakan kawasan tersebut menjadi kawasan pembiakkan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkn demam denggi di kalangan pelajar dan guru sekolah. Keselamatan di padang pula adalah dengan menggantikan jenis tanah di padang kepada tanah yang menyerap air dan rumput yang lebih berkualiti seperti rumput karpet. Selain iru pokok hiasan pagar boleh ditanam disekeliling pagar sekolah. Selain daripada langkah menjaga keselamatan iaitu dapat menghalang murid daripada terjatuh ke dalam longkang. Pokok hiasan pagar ini juga boleh menjadi landskap yang mencantikkan kawasan sekolah.

c) Bilik darjah

Keadaan bilik darjah yang ceria dan kondusif menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan menyeronokkan. Peralatan di dalm kelas mestilah lengkap dan teratur.Kerusi dan meja perlu diatur mengikut kesesuaian pelajar. Dinding bilik darjah yang pudar perlu dicat dan diceriakan. Selain itu cadangan untuk menjadikan suasana bilik darjah menarik ialah menghias kelas mengikut musim perayaan dan sambutan hari kebangsaan. Ini dapat memupuk semangat kekitaan daan memupuk perpaduan di kalangan murid sekolah.

Sudut-sudut khas seperti sudut membaca dan sudut kreatif boleh diwujudkan di dalam setiap kelas. Sudut-sudut ini menyediakan bahan bacaan untuk murid dan juga sebagai ruang pameran untuk mempamerkan hasil kreativiti murid di dalam kelas tersebut.

d) Bangunan

Bangunan sekolah perlulah memenuhi piawaian dan mendapat pengikhtirafan daripada JKR(Jabatan kerja Raya) . Cadangan untuk penambahbaikkan ialah bagunan sekolah perlu dicat atau di hiaskan dengan mural-mural yang menarik dan bermakna. Selain itu dinding bagunan sekolah juga boleh menjadi sebagai penyebaran maklumat di mana maklumat dan ingatan ataupun kata-kata yang baik boleh dituliskan di dindidng sekolah secara kreatif dan menarik.

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita berada sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu tempat di mana terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana sekolah akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan dan membangunkan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menyebarkan tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak dan juga media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan murid, guru dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di kawasan sekolah.

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih pula memberikan keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek. Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.

(2659 bilangan patah perkataan)

Rujukanhttp://www.moe.gov.my/my/program-3k

Modul OUM HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Edisi Kedua2