HBME TOPIK 5

10
66 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI PENGENALAN Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan tiga pendekatan pengajaran pendidikan moral yang terkini. Pendekatan-pendekatan tersebut adalah Pendekatan Kepedulian (Caring Approach), Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill-Based Approach) dan Pendekatan Domain (Domain Approach). Ketiga-tiga pendekatan ini adalah penting dalam maningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah. PETA MINDA PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI Pendekatan Kepedulian (Caring Approach) Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill-Based Approach) Pendekatan Domain (Domain Approach) Noddings (1984) Narvaez (2001) Larry Nucci (2001)

Transcript of HBME TOPIK 5

  • 66OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    PENGENALANDalam topik ini, anda akan didedahkan dengan tiga pendekatan pengajaran pendidikan moral yang terkini. Pendekatan-pendekatan tersebut adalah Pendekatan Kepedulian (Caring Approach), Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill-Based Approach) dan Pendekatan Domain (Domain Approach). Ketiga-tiga pendekatan ini adalah penting dalam maningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah.

    PETA MINDA

    PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG

    TERKINI

    Pendekatan Kepedulian (Caring Approach)

    Pendekatan Berasaskan Kemahiran

    (Skill-Based Approach) Pendekatan Domain (Domain Approach)

    Noddings (1984)

    Narvaez (2001) Larry Nucci (2001)

  • 67OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. mengenalpasti fokus dan langkah-langkah pelaksanaan pelbagai kaedah, kemahiran dan teknik dalam pngajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral;

    2. memahami ketiga-tiga pendekatan, iaitu Pendekatan Kepedulian, Pendekatan Berasaskan Kemahiran dan Pendekatan Domain; dan

    3. mengaplikasikan pendekatan-pendekatan tersebut di dalam bilik darjah.

    5.1 PENDEKATAN KEPEDULIAN (CARING APPROACH) 5.1.1 Noddings (1984) Noddings telah membuat beberapa sumbangan yang signifikan kepada bidang pendidikan. Antaranya, beliau telah mengkaji etika kepedulian dan hubungannya terhadap persekolahan, dan juga terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di dalam keluarga dan komuniti tempatan. Beliau telah berjaya mendemonstrasi signifikan kepedulian dan perhubungan sebagai matlamat pendidikan.

    Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian, atau dalam kata lain mengambil berat dan menyayangi, melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. Perkataan care daripada caring approach diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia bermaksud kesedihan atau keresahan. Oleh itu, kepedulian boleh didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain.

    Noddings melihat pendidikan sebagai medium yang penting dalam mengembangkan kasih sayang dalam masyarakat. Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai tempat perjumpaan yang dirancang atau tidak dirancang yang menggalakkan perkembangan melalui penimbaan ilmu pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan penghargaan. Dengan itu, beliau menyatakan rumah sebagai tempat utama untuk menimba ilmu pengetahuan. Ini bukan untuk menolak peranan sekolah tetapi untuk mengenalpasti apa yang boleh dilakukan oleh rumah untuk memperkembangkan kanak-kanak dan orang muda.

    Sebaik sahaja kita melihat rumah sebagai tempat didikan utama, dua perkara akan timbul dari segi polisi sosial. Pertamanya, setiap kanak-kanak sepatutnya tinggal di dalam rumah yang paling tidakpun mempunyai beberapa sumber yang bersesuaian dan kasih sayang. Keduanya, sekolah seharusnya memasukkan pendidikan untuk kehidupan di rumah di dalam kurikulumnya. Elemen ketiga yang perlu juga dititikberatkan ialah sekolah sepatutnya, sekiranya mampu, menggunakan kaedah-kaedah yang digunakan di rumah-rumah yang bagus untuk mendidik kanak-kanak.

    Beberapa kesimpulan yang boleh didapati daripada kajian yang telah dilakukan oleh Noddings dalam mendefinisikan pendekatan kepedulian adalah seperti berikut: 1. Pengajaran tentang kepedulian (caring) bukan sahaja memberitahu seseorang

    apa yang anda hendak mereka belajar.

  • 68OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    Kita seharusnya bertindak dalam keadaan reseptif atau intuitif. Ini adalah kerana masalah akan timbul apabila kita hendak mengajar moraliti atau sikap beretika dengan menggunakan pendekatan rasional-kognitif. Antaranya ialah kita gagal untuk berkongsi perasaan, konflik, harapan dan idea yang mempengaruhi pilihan-pilihan kita. Kita hanya berkongsi justifikasi untuk tindakan kita dan bukannya apa yang telah memotivasi kita.

    2. Kepedulian melibatkan keinginan, motivasi dan kemahuan. Seseorang mengambil berat akan orang lain sekiranya dia merasakan adanya keinginan terhadapnya. Atau dengan kata lain, seseorang itu diambil berat apabila pandangan dan minatnya disukai oleh orang lain.

    3. Seseorang melihat realiti orang lain sebagai satu kemungkinan. Mengetahui realiti orang lain, merasai apa yang dia rasai sehampir mungkin adalah perkara yang penting dalam kepedulian. Apabila seseorang melihat realiti orang lain sebagai satu kemungkinan dan mula merasai realitinya, dia harus bertindak sewajarnya.

    4. Elemen utama dalam kepedulian adalah menerima orang yang dikasihi. Kepedulian adalah sangat reaktif dan responsif. Mungkin ia lebih baik dinyatakan sebagai reseptif.

    5. Kepedulian yang asli boleh dijadikan pengalaman yang bermakna.Orang yang dikasihi mendapati bahawa terdapat minat atau sifat ambil berat daripada orang yang mengasihi dan merasai kebaikannya dalam bentuk percakapan dan bahasa badan.

    6. Keterbalikan dalam kepedulian impak orang yang dikasihi terhadap orang yang mengasihi.Beberapa persoalanan timbul dalam hal ini, seperti apakah faedah yang didapati oleh orang yang mengasihi daripada orang yang dikasihi, dan apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hubungan baik tersebut.

    7. Kepedulian dan tindakan. Motivasi utama dalam mengasihi atau mengambil berat akan seseorang haruslah daripada perasaan hendak melindungi, mengembangkan atau membekalkan keperluan kepada mereka. Apabila kita mengasihi, kita haruslah mampu untuk memberikan sebab kepada tindakan kita terhadap orang yang dikasihi.

    Untuk kepedulian dimasukkan ke dalam konteks moral, bahagian emosi kepedulian perlulah diberitahu oleh pemahaman terhadap orang lain, dimana ini boleh dicapai melalui main peranan. Nodding (1984) menyatakan bahawa main peranan mestilah bersifat reseptif dalam cubaan untuk melihat dan merasai dunia sebagaimana orang lain merasainya. Akan tetapi, kepedulian memerlukan pemisahan untuk mengenalpasti dan menghormati autonomi orang lain. Tanpa perasaan hormat terhadap autonomi orang lain, kepedulian tidak akan berkesan.

    Hubungan di antara keadilan dan kepedulian dalam konteks moral yang matang ialah melalui proses-proses main peranan dan hormat terhadap autonomi, dimana ia juga merupakan proses yang telah dinyatakan oleh Kohlberg sebagai yang terpenting dalam perkembangan moral. Walaupun proses-proses ini mengutamakan pemisahan lebih daripada perhubungan, ia adalah penting sebagai dinamik dalam kepedulian kerana ia menghasilkan perasaan yang lebih memahami orang lain, di samping memeriksa kemahuan untuk menolak atau mengawal orang lain. Pemisahan yang disarankan oleh

  • 69OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    proses ini bermaksud menjauhkan diri daripada orang lain atas sebab untuk melihat mereka dengan lebih jelas dan memberi peluang kepada mereka untuk berfungsi sebagai seorang individu. Main peranan tidak seharusnya dikelirukan antara autonomi dengan kebebasan. Sebagai penerangan, main peranan ialah prosedur yang memerlukan komunikasi secara mendalam.

    Daripada perspektif etika kepedulian, Pendidikan Moral mempunyai empat komponen, iaitu:1. Modeling

    komponen ini adalah penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap orang tersayang. Oleh itu, kita menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi dengan cara membuat hubungan yang baik terhadap mereka. Keupayaan untuk mengambil berat mungkin bergantung kepada pengalaman yang cukup dalam disayangi.

    2. Dialogkomponen ini bukan sahaja percakapan atau perbualan semata-mata, tetapi ianya mempunyai pembuka dan penutup, dimana kedua-dua pihak mengetahui keputusan atau matlamat yang akan dicapai melalui akiviti berdialog. Ia memberikan pelajar peluang untuk bertanya dan membantu kedua-dua pihak mencapai keputusan yang seimbang dan dipersetujui.

    3. Praktiskomponen ketiga ini menyatakan bahawa sikap dan mentaliti sedikit sebanyak dihasilkan oleh pengalaman. Praktis yang diberikan mesti dengan orang yang boleh mendemonstrasi sikap penyayang, kerana kita tidak mahu anak-anak kita mempelajari kemahiran menyayangi dan mengambil berat tanpa ciri-ciri sikap penyayang.

    4. Kepastiankomponen ini boleh didefinasikan sebagai perlakuan yang menggalakkan sesuatu yang terbaik daripada orang lain (Martin Buber, 1965). Apabila kita pasti seseorang itu mampu melakukan yang terbaik, kita dapat meningkatkan dan menggalakkan perkembangan mereka. Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita mengenali seseorang dengan cukup rapat untuk mengenalpasti apa yang mereka hendak capai.

    5.2 PENDEKATAN BERASASKAN KEMAHIRAN (SKILL-BASED APPROACH)

    5.2.1 Narvaez (2001) Narvaez telah mengkaji pemprosesan informasi moral, perkembangan moral dan pendidikan. Hasil daripada kajiannya termasuklah menyatakan bahawa perkembangan penaakulan moral boleh dinyatakan sebagai perubahan dalam bentuk dan penggunaan skema-skema penaakulan moral (Rest, Narvaez, Bebeau & Thoma, 2000).

    Latihan 5.1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan Kepedulian.

  • 70OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    Perkembangan penaakulan moral boleh diukur dengan menggunakan pemprosesan teks-teks moral (contohnya seperti mengingat semula, think aloud, menilai teks-teks naratif dan ekspositori), yang memperlihatkan cara moral diproses dalam kehidupan seharian. Ini adalah berbeza daripada menilai perkembangan penaakulan moral semasa menjalani temuduga dan ujian objektif. Kombinasi ideologi politikal, perkembangan penaakulan moral dan fundamentalisme keagamaan menerangkan tentang variasi dalam sikap terhadap hak-hak kemanusiaan.

    Kebolehan penaakulan moral boleh diukur semasa pembuatan keputusan moral. Mengeluarkan tema-tema daripada cerita-cerita moral adalah mengikut trend perkembangan dan dipengaruhi oleh perkembangan dalam pemahaman membaca dan perkembangan moral. Narvaez telah memperkenalkan satu teori perkembangan pendidikan individu (melalui beberapa kajian tentang perkembangan sosial, sains kognitif dan kebolehan) yang berguna untuk para guru membuat cadangan bagaimana untuk meningkatkan perkembangan individu dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan pendekatan berasaskan kemahiran atau nama lainnya pendekatan daripada kurang mahir kepada mahir.

    Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut tentang pendekatan yang dinyatakan oleh Narvaez, renungkan soalan-soalan berikut: 1. Bagaimana anda menentukan kandungan sesuatu kurikulum pendidikan moral? 2. Bagaimana anda memutuskan apa yang sepatutnya dimasukkan dan apa yang

    sepatutnya dikeluarkan? 3. Bagaimana anda menentukan apa yang positif dan apa yang negatif?

    Sebagai ahli psikologi yang cenderung kepada fungsionalis, Narvaez percaya bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk memenuhi keperluan mereka. Projek Suara Komuniti dan Pendidikan Perwatakan (Community Voices and Character Education, CVCE) yang diperkenalkan oleh Narvaez, Endicott & Bock (2001) merupakan satu model untuk pendidikan moral yang berasaskan kepada empat aspek, iaitu: 1. Persefahaman diantara pemimpin-pemimpin dunia tentang perwatakan seseorang

    rakyat di abad yang baru;2. Konsep kebaikan manusia daripada falsafah moral; 3. Kesimpulan daripada sains sosial tentang apa yang menyebabkan manusia berubah;

    dan4. Pendekatan moraliti yang sama, dimana sesuatu komuniti itu dilengkapi dengan

    prinsip-prinsip berdasarkan kajian.

    Menurut kajian Narvaez, seseorang individu dalam sesebuah masyarakat pada abad ke 21 ini mestilah mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Menghadapi dan menyelesaikan masalah sebagai seorang daripada ahli masyarakat

    dunia.2. Bekerja secara kooperatif dengan orang lain dan memikul tanggungjawab terhadap

    peranan mereka dan kewajipan dalam masyarakat. 3. Memahami, menerima, dan bertoleransi terhadap perbezaan budaya. 4. Berfikir secara kritikal dan sistematik.

  • 71OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    5. Menyelesaikan konflik dengan cara yang bukan berbentuk keganasan. 6. Mengadaptasi cara hidup yang memelihara persekitaran alam sekitar. 7. Menghormati dan mempertahankan hak kemanusiaan. 8. Mengikuti kehidupan bersosial pada semua peringkat. 9. Menggunakan sebaik-baiknya ilmu pengetahuan berasaskan teknologi.

    Projek Suara Komuniti dan Pendidikan Perwatakan atau Community Voices and Character Education (CVCE) membuat satu model untuk perkembangan individu, dimana ia adalah bertentangan dengan kebanyakan model-model lain. Terdapat beberapa ciri-ciri dalam model ini, iaitu: 1. Ia menitikberatkan perkembangan kemahiran etika daripada pembelajaran trait

    Pada pandangan model ini, perkembangan perwatakan adalah bukan berkaitan dengan kemajuan trait sesuatu watak, tetapi merupakan kemajuan satu set kemahiran yang mencapai tahap kepakaran. Oleh itu, individu yang mempunyai perwatakan moral yang baik adalah lebih pakar dalam kemahiran-kmahiran tertentu, daripada hanya mempunyai trait personaliti yang tertantu. Model ini adalah berdasarkan kepada prinsip konstruktivis yang mengganggap individu sebagai pereka maksud yang aktif.

    2. Ia menggunakan pandangan konstruktivis dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pengalaman berstruktur untuk membantu orang yang kurang mahir kepada lebih mahir

    Projek CVCE ini menggunakan pendekatan biasa kepada pakar dalam perkembangan perwatakan. Kepakaran adalah fokus utama di kalangan pengkaji pembelajaran manusia, secara spesifiknya, pandangan bahawa seseorang pelajar sebagai seorang manusia biasa yang mencapai kepakaran. Menurut pandangan ini, pembelajaran manusia meningkat melalui kesinambungan diantara status biasa dan status pakar. Pakar adalah berbeza daripada biasa, dimana pakar sentiasa tahu pengetahuan apa yang penting, prosedur yang mana patut dipilih, bagaimana untuk melakukannya dan bila.

    3. Ia memberikan pelajar tanggungjawab untuk meningkatkan diri sendiri Sebagai satu model pendidikan perwatakan, adalah tidak lengkap sekiranya tiada pembolehubah yang paling penting, iaitu palajar. Pelajar, sebagaimana yang diketahui, mempunyai kelainan dari segi keperluan dan minat, tahap perkembangan, dan bahagian kemahiran. Walaupun begitu, mereka mempunyai persamaan dimana merekalah yang membuat keputusan tentang siapa dan apa yang akan mereka jadi kelak.

    4. Ia menjadi satu jenis matapelajaran merentasi kurikulum dan bukannya menjadi satu program tambahan sahaja

    Pendidikan perwatakan tidak sepatutnya menjadi satu program tambahan sahaja, tetapi hendaklah dimasukkan ke keseluruhan spektrum pendidikan untuk pelajar-pelajar. Guru-guru boleh juga berfungsi dalam hal ini, dimana mereka boleh sentiasa menyatakan dan membincangkan tentang isu-isu etika, seperti sensitiviti, penilaian, motivasi dan tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    5. Ia menerangkan kepentingan untuk mengubah keadaan sedia ada kepada konteks komuniti Dalam pendekatan ini, satu jenis moraliti saksama adalah digalakkan untuk menentukan jenis fungsional yang spesifik untuk digunakan. Oleh itu, pengkaji telah

  • 72OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    menyediakan satu set garis panduan untuk perfungsian secara optimum yang didapati hasil dari kajian. Garis panduan ini termasuklah anggapan asas tentang tujuan persekolahan (untuk mendidik rakyat global yang efektif) dan satu set kemahiran untuk pembelajaran setiap individu. Garis panduan ini kemudiannya akan diterangkan kepada setiap komuniti dan setiap komuniti membincangkan ia dari segi keperluan komuniti yang spesifik dan perubahan.

    Sebagai kesimpulan, pendekatan berasaskan kemahiran adalah untuk meningkatkan semangat kerakyatan global, pengetahuan psikologikal, falsafah moral dan moraliti saksama.

    5.3 PENDEKATAN DOMAIN (DOMAIN APPROACH) 5.3.1 Larry Nucci (2001) Kajian Nucci tentang teori domain adalah berasaskan interaksi sosial di rumah dan berkenaan dengan isu-isu moral dan konvensional. Ia adalah untuk mengkaji bagaimana interaksi yang berkenaan dengan isu peribadi berbeza daripada interaksi yang berkenaan dengan isu-isu interpersonal. Selain itu, kajian ini melihat pada bagaimana interaksi berkenaan dengan isu peribadi berbeza dengan interaksi yang berkenaan tindakan berlainan, ataupun dinamakan kebijaksanaan (prudential). Isu-isu kebijaksanaan adalah tindakan seseorang kanak-kanak yang mungkin mengakibatkan kecelakaan kepada dirinya. Untuk mengelakkan masalah ini, seorang ibu mungkin bertindak secara berlainan dalam isu-isu kebijaksanaan yang dibangkitkan oleh anaknya.

    Semakin kanak-kanak manuju ke status kedewasaan, mereka mencari lebih banyak autonomi dan kebebasan daripada ibubapa. Keadaan yang kearah autonomi ini memerlukan perubahan di dalam perhubungan di antara kanak-kanak dengan ibubapa, dimana orang muda biasanya mula untuk membuat keputusan dalam aktiviti yang telah ditetapkan oleh ibubapa dan orang tua yang lain.

    Perubahan ke arah autonomi yang lebih banyak ini bukan tindakan yang telah diambil oleh kanak-kanak semata-mata. Sebaliknya ia adalah kerana beberapa tindakbalas antara ibubapa dengan anak-anak. Walaubagaimanapun, perubahan yang berlaku ini tidaklah melampaui batasan yang telah ditetapkan, cuma dilonggarkan sedikit. Secara keseluruhannya, anak-anak akan sentiasa mengganggap orang dewasa sebagai mempunyai autoriti di atas isu-isu moral. Di samping itu, kanak-kanak juga melihat orang dewasa sebagai mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perlakuan bermoral, dan mereka pula dikehendaki untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh ibubapa.

    Seperti yang dijangkakan, konflik antara kanak-kanak dengan ibubapa lazimnya berlaku dalam konteks perubahan. Konflik biasanya terjadi berkenaan dengan isu-isu yang

    Latihan 5.2 Terangkan apakah kajian yang telah dilakukan oleh Narvaez.

  • 73OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    ibubapa anggap penting dalam memastikan struktur dan organisasi keluarga, sebaliknya kanak-kanak mengganggapnya sebagai gangguan dalam kehidupan mereka.

    Isu-isu peribadi dan batasan autoriti sekolahSkop autoriti sekolah dalam menubuhkan norma yang konvensional adalah berlawanan dengan pandangan kanak-kanak. Aktiviti yang dilakukan oleh sekolah mungkin tidak bersesuaian dengan domain peribadi kanak-kanak tersebut. Ini dijelaskan oleh kajian tentang perasaan positif dan negatif kanak-kanak tentang peraturan dalam bilik darjah (Arsenio, 1984). Arsenio melaporkan bahawa hampir 62% pelajar menyatakan secara negatif tindakan guru yang menahan mereka daripada melakukan aktiviti yang mereka sukai dan juga memendekkan waktu bermain mereka. .

    Seperti hubungan keluarga, sekolah berhubung dengan kanak-kanak pada masa yang berbeza dalam perkembangan mereka. Walaubagaimanapun, sekolah adalah institusi sosial yang menetapkan pelbagai halangan pada sikap peribadi kanak-kanak sewaktu di rumah. Oleh itu, sekolah merupakan satu konteks yang unik dimana kanak-kanak harus belajar untuk berbincang dan bertolak ansur dalam kebebasan diri mereka. Kajian yang telah dijalankan menyatakan kanak-kanak juga memahami bahawa terdapatnya perbezaan dalam sempadan kawalan peribadi. Secara keseluruhannya, kanak-kanak mengganggap sekolah sebagai penghalang perlakuan-perlakuan tertentu yang mereka boleh lakukan di rumah. Mereka juga tidak mengharapkan guru-guru untuk melayan mereka seperti yang dilakukan oleh ibubapa mereka di rumah. Namun, kajian yang dibuat oleh Arsenio menyatakan bahawa kanak-kanak tidak semestinya menerima peraturan sekolah dengan hati terbuka dan menurutinya. Dinamik ini menjelaskan bahawa pandangan kanak-kanak tentang peraturan sekolah akan menyebabkan mereka mengalami kesukaran apabila mereka menjadi lebih remaja.

    Tenaga pengajar boleh membantu pelajar-pelajar membezakan antara norma dan konvensyen budaya mereka dengan kepentingan moral universal untuk keadilan dan keperluan manusia. Terdapat lima praktis pendidikan yang membolehkan guru-guru untuk melibatkan diri dalam pendidikan moral secara relativistik atau indoktrinatif, iaitu: 1. Pendidikan moral seharusnya fokus kepada isu-isu keadilan, kesamaan dan keperluan

    manusia.2. Program-program pendidikan moral yang efektif diintegrasikan dalam kurikulum, bukan

    dijadikan sebagai program atau unit khas. 3. Perbincangan moral membantu perkembangan moral semasa pelajar menggunakan

    corak perbincangan transaktif, pada peringkat moral yang berlainan, dan adalah bebas untuk mempertikaikan penyelesaian yang paling baik dalam dilema moral.

    4. Struktur misi kooperatif membantu perkembangan moral dan akademik. 5. Praktis pengurusan kelas dan peraturan-peraturan yang sesuai, adil dan fleksibel

    menyumbangkan kepada perkembangan moral pelajar. Guru-guru perlu memberi perhatian terhadap kesan buruk perlakuan tidak bermoral, daripada peraturan yang dilanggar atau harapan sosial yang tidak dipenuhi.

    Implikasi kajian tentang domain peribadi ini terhadap pihak sekolah dan guru-guru adalah sangat kompleks. Sekolah perlu membuat beberapa peraturan untuk mengawal perilaku pelajar-pelajar dalam menjalankan misi pendidikan mereka. Tetapi, sekolah juga

  • 74OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    merupakan agen utama dalam menggalakkan pertumbuhan psikologi yang sihat dan perkembangan sosial kanak-kanak. Dalam membuat norma-norma yang perlu untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar, dan untuk menganjurkan pengajaran yang berkesan, hak peribadi mereka tidak seharusnya dicabuli. Kita sudah mengetahui bahawa kanak-kanak yang terlalu dikawal oleh ibubapa akan menunjukkan simptom kemurungan, tekanan dan masalah psikologikal. Oleh itu, persekolahan yang efektif dalam era masyarakat yang mahu mengimbangi demokrasi seiring dengan produktiviti ekonomi dan penyusunan sosial akan menunjukkan bagaimana isu-isu struktur sekolah yang berkaitan dengan kebebasan individu diselesaikan.

    RUMUSANSecara keseluruhannya, tajuk ini telah menerangkan tentang tiga pendekatan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral pada masa kini. Diharap anda dapat menggunakan pendekatan ini dalam kelas anda kelak untuk memastikan penghasilan pelajar-pelajar yang berkualiti dan mengikut perkembangan sewajarnya.

    UJIAN 1 1. Menurut kajian Narvaez (2001), terdapat beberapa ciri-ciri individu yang perlu ada

    dalam masyarakat pada abad ke-21 ini. Nyatakan ciri-ciri tersebut. 2. Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam model Projek Suara Komuniti dan Pendidikan

    Perwatakan atau Community Voices and Character Education (CVCE)?

    UJIAN 2 1. Terangkan empat komponen dalam Pendidikan Moral dari perspektif Pendekatan

    Kepedulian. 2. Apakah anggapan kanak-kanak terhadap peraturan, menurut Pendekatan Domain?

    Latihan 5.3 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan Domain seperti yang dinyatakan oleh Larry Nucci daripada kajiannya.

  • 75OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI

    BIBLIOGRAFI Bandura, A. (1991). Social Cognition Theory of Moral Thought and Action. In Kurtines, W.

    M. & Gewirtz, J. L., Handbook of Moral Behavior and Development, Vol I. Lawrence Erlbaum Associates: Hillsdale, NJ.

    Barlow, J.P. (undated). Selling Wine Without Bottles: The Economy of MInd on the GlobalNet. http://www.eff.org/pub/Intellectual_property/ idea_economy.article.

    Baumrind, D. (1989). Rearing Competent Children. In Damon, W., Child Development Today and Tomorrow. San Franscisco: Jossey-Bass.

    Forester, T. & Morrison, P. (1994). Computer Ethics: Cautionary Tales and Ethical Dilemmas in Computing, 2nd edition. Cambridge: The MIT Press.

    Gibbs, J. C. (1991). Sociomoral Developmental Delay and Cognitive Distortions: Implications for the Treatment of Antisocial Youth. In Kurtines, W. M. & Gewirtz, J. L., Handbook of Moral Behavior and Development, Vol III. Lawrence Erlbaum Associates: Hillsdale, NJ.

    Hoffman, M. L. (1991). Empathy, Social Cognition & Moral Action. In Kurtines, W. M. & Gewirtz, J. L., Handbook of Moral Behavior and Development, Vol I. Lawrence Erlbaum Associates: Hillsdale, NJ.

    Kohlberg, L. (1984). The Philosophy of Moral Development: The Nature and Validity of Moral Stages. San Francisco: Harper & Row.

    Nel Noddings, "Review of Fruits of Sorrow: Framing Our Attention to Suffering by Elizabeth V. Spelman," Hypatia 13, no. 2 (1998): 162-64.

    Nel Noddings, Caring (Berkeley: University of California Press, 1984), 112. Piaget, J. (1965). The Moral Judgment of the Child. New York: The Free Press. Rawls, J. (1971). A Theory of Justice. Cambridge: University Press. Nisan, M. (1991). The Moral Balance Model: Theory and Research Extending Uur

    Understanding of Moral Choice and Deviation. In Kurtines, W. M. & Gewirtz, J. L., Handbook of Moral Behavior and Development, Vol III. Lawrence Erlbaum Associates: Hillsdale, NJ.

    Nucci, L. (1989). Challenging Conventional Wisdom About Morality: The Domain Approach to Values Education. In Nucci, L., Moral Development and Character Education. McCutchan Publishing Corp:Berkeley, CA.

    Snarey, J. (1985). The Cross-cultural Universality of Social Moral Development: A Critical Review of Kohlbergian Research. Psychological Bulletin, 97: 202-232.

    Turiel, E. (1983). The Development of Social Knowledge: Morality and Convention. New York: Cambridge University Press.