HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

25
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU TUGASAN : PENGAJARAN TATABAHASA SEMESTER : MEI 2013 NAMA : MAIMANAH BINTI MURAD NO. MATRIK : 830617015812001 NO. KAD PENGENALAN : 830617015812 NO. TELEFON : 019-5405384 EMEL : [email protected] NAMA EOS : EN. RAMAN BIN NUSI

description

TUGASAN HBML2103

Transcript of HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 1: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML2103

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TUGASAN :

PENGAJARAN TATABAHASA

SEMESTER : MEI 2013

NAMA : MAIMANAH BINTI MURAD

NO. MATRIK : 830617015812001

NO. KAD PENGENALAN : 830617015812

NO. TELEFON : 019-5405384

EMEL : [email protected]

NAMA EOS : EN. RAMAN BIN NUSI

PUSAT PEMBELAJARAN : PP GREENHILL

TARIKH HANTAR : 17 JULAI 2013

SEMESTER : 5

Page 2: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Definisi Tatabahasa 3

3.0 Prinsip-Prinsip Pengajaran Tatabahasa 4

3.1 Pandangan Boh Boon Koh 5

3.2 Pandangan Azman Wan Chik 6

4.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 8

5.0 Masalah-masalah Murid Memahami Imbuhan Apitan 11

5.1 Pengetahuan Yang Kurang Dalam Aspek Tatabahasa 11

5.2 Kekeliruan Sistem Ejaan, Tatabahasa Dan Penggunaan Perkataan 11

5.3 Pengaruh Dialek 12

5.4 Pencemuhan 12

6.0 Cara-cara Mengatasi Permasalahan 13

7.0 Kesimpulan 14

8.0 Rujukan 16

9.0 Lampiran Petikan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 17

Muka surat | 2

Page 3: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN

Pengajaran tatabahasa adalah pengajaran hukum-hukum sesuatu bahasa. Pengajaran hukum-

hukum meliputi pengajaran tentang struktur dan sistem bahasa yang diajarkan itu.

Pemahaman para pelajar tentang selok-belok struktur dan sistem bahasa yang dipelajari itu

membolehkan mereka menggunakan bahasa itu dengan betul.

Walaupun bentuk penggunaan bahasa boleh berbeza, perbezaan itu semata-mata disebabkan

oleh kehendak gaya pengucapan mengikut keadaan persekitaran, tujuan penggunaannya serta

kehendak teknik-teknik bahasa gaya yang melibatkan perubahan-perubahan tertentu pada

pengucapan itu sendiri. Sebagai contoh, Bahasa Malaysia huraian (deskriptif) berbeza

bentuknya dengan Bahasa Malaysia naratif atau Bahasa Malaysia pernyataan sastera yang

lain-lain. Bentuk-bentuk Bahasa Malaysia seperti itu, sekalipun berbeza bentuk gaya

penghuraiannya, tetap juga tunduk kepada hukum-hukum bahasa yang betul yang sentiasa

dipatuhi. Itula sebabnya maka aspek-aspek tatabahasa penting diajar terlebih dahulu sebelum

pengajaran aspek-aspek bahasa yang lain.

2.0 DEFINISI TATABAHASA

Menurut Salleh Mohd Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977:83-84), tatabahasa

ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang

dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem tertentu, umpamanya sistem bunyi dan bentuk-

bentuk ayat yang betul, pengimbuhan betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis.

Menurut Arbak Othman (1983:17), tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan

dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk

menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Katanya, tatabahasa tidak lain adalah tentang struktur

rentetan ucapan dan pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan yang

berulang-ulang yang ditinjaumenurut fungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh

sesuatu unsur serta hubungan antara satu sama lainyang menghasilkan struktur-struktur

tertentu.

Manakala, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985:141) pula telah mentakrifkan tatabahasa

sebagai satu bidang linguastik yang mengkaji dan memeriksa bahasa secara saintifik dan

Muka surat | 3

Page 4: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

kajiannya ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukan dan penyusunannya dalam

membentuk ayat.

Sebagai rumusannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu

bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum

dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh

masyarakat itu kerana bahsa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama

dengan masyarakat penuturnya.

3.0 PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA

Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam

pembentukkan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang

betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta

penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.

Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan

kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran tatabahasa,

terdapat beberapa prinsip pengajaran aspek tatabahasa yang perlu diketahui.

Definisi prinsip dalam Kamus Dewan (2002) bermaksud asas atau dasar yang menjadi pokok

sesuatu pemikiran, kajian dan tindakan. Pengajaran pula merupakan aktiviti atau proses yang

berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi

perkara-perkara seperti aktiviti Perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan

penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-

pelajar dengan cara yang berkesan.

Oleh itu prinsip pengajaran boleh diertikan sebagai satu pegangan dan kupasan yang sejajar

dengan teori yang praktikal mengikut teknik dan pendekatan yang bersesuaian dengan

kepercayaan kita terhadap kebiasaan-kebiasaan kita mengajar bahasa dengan gaya yang

tertentu dan berbeza-beza.

Muka surat | 4

Page 5: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3.1 PANDANGAN BOH BOON KOH

Menurut Boh Boon Koh (1990), dalam pengajaran tatabahasa, terdapat beberapa prinsip

pengajaran aspek tatabahasa yang perlu diketahui. Pertama, guru perlu membuat perancangan

yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

aspek tatabahasa yang hendak disampaikan kepada murid. Perancangan yang rapi boleh

menjamin keberkesanan penyampaian pengajaran seseorang guru itu dengan lebih bermakna.

Selain itu, guru juga seharusnya memulakan proses pengajaran tatabahasa daripada yang

mudah kepada yang lebih kompleks. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan

kesukaran murid untuk memahami isi pelajaran tatabahasa yang disampaikan oleh guru.

Tambahan pula, dalam sesuatu bilik darjah, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai tahap

kecerdasannya, iaitu ada murid yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan cepat dan

ada yang murid yang lambat (slow learner). Justeru, lebih baik guru menyampaikan isi

pelajaran tatabahasa dengan perkara-perkara asas dan yang mudah difahami oleh murid.

Di samping itu, dalam pengajaran tatabahasa guru perlu menyediakan latih tubi yang banyak.

Latih tubi yang disediakan dan diberikan kepada murid sama ada dalam bentuk tulisan atau

lisan mampu mengekalkan ingatan aspek tatabahasa yang dipelajari dengan kukuh. Melalui

latih tubi yang diberikan kepada murid, guru akan dapat mengesan kesilapan-kesilapan yang

mungkin dilakukan oleh murid-murid dan seterusnya membuat tindakan yang sewajarnya

bagi membantu murid-murid tersebut.

Prinsip yang seterusnya ialah guru hendaklah mengajar secara konkrit dengan menggunakan

alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan

mengajar dan bahan rangsangan dalam pengajaran tatabahasa mampu menarik minat murid

untuk mempelajari isi pelajaran atau aspek tatabahasa yang disampaikan. Selain itu,

penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat membantu dan memudahkan penyampaian

guru dalam bilik darjah.

Sebelum seseorang guru mengajar aspek tatabahasa, guru tersebut hendaklah mengenal pasti

struktur isi dengan jelas. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mahir tentang selok-belok

tatabahasa yang hendak disampaikan. Prinsip ini amat penting bagi mengelakkan maklumat

berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang disampaikan oleh guru di dalam bilik

Muka surat | 5

Page 6: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

darjah menepati kehendak sukatan dan mengelakkan kekeliruan dalam pemahaman murid

mempelajari tatabahasa.

Aspek tatabahasa mempunyai banyak rumus atau hukum bahasa. Walau bagaimana pun,

prinsip pengajaran tatabahasa tidak menggalakkan murid atau pelajar untuk menghafalkan

rumus atau hukum bahasa tersebut. Sudah mencukupi, kalau murid itu sudah memahami

penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana prinsip pengajaran tatabahasa juga

menekankan aspek tatabahasa diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa di

samping ia diajar dan digunakan dalam konteks mengikut kesesuaian.

Selain itu juga, prinsip pengajaran tatabahasa juga menitikberatkan makna dan aspek

tatabahasa mengikut konteks berdasarkan petikan yang digunakan. Ini kerana pemahaman

dan penguasaan dalam aspek tatabahasa yang terdiri daripada banyak hukum-hukum bahasa

dan peraturannya akan dapat membantu seseorang itu menguasai dengan lebih baik.

3.2 PANDANGAN AZMAN WAN CHIK

Menurut Azman Wan Chik (1989), prinsip-prinsip berikut boleh digunakan sebagai asas

dalam menentukan pendekatan serta teknik mengajar tatabahasa di sekolah-sekolah kita.

Antara prinsip – prinsip tersebut adalah seperti di bawah:

a) Tatabahasa harus diajar melaui analisis peraturan dan latihan-latihan yang sistematis.

Murid-murid dengan pertolongan guru bolehlah dipandu ke arah memahami

peraturan-peraturan tatabahasa tersebut. Pendekatan induktif ini adalah bertujuan

untuk melatih murid-murid memerhati akan aspek-aspek linguistik tertentu.

Pemerhatian linguistik ini haruslah merupakan analisis yang amat mudah bentuknya.

Ini kerana analisis linguistik yang semudah-mudahnya memerlukan kebolehan

pemikiran abstrak yang kompleks. Oleh itu, dengan sesetengah murid, analisis ini

haruslah ditunggu sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

b) Perhubungan dengan pendekatan induktif dan deduktif, penyelidikan telah

membuktikan bahawa tidak ada perbezaan kesan yang nyata atas pembelajaran yang

menggunakan salah satu daripada pendekatan tersebut. Bagaimanapun pengunanan

satu-satu pendekatan itu bergantung kepada pelbagai faktor seperti peringkat murid,

objektif pengajaran dan pembelajaran, situasi dan sebagainya. Bagaimanapun guru

Muka surat | 6

Page 7: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

harus mahir di dalam kedua-dua jenis pendekatan ini dan menggunakannya mengikut

keperluan-keperluan tertentu.

c) Istilah tatabahasa seperti kata kerja, ayat transitif, ayat pasif dan sebagainya tidak

seharusnya diketepikan sama sekali. Istilah harus diperkenalkan kepada murid, tetapi

dengan ingatan bahawa istilah tersebut dengan sendirinya tidak menerangkan apa-apa

kepada murid. Istilah haruslah diperkenalkan apabila murid sudah faham konsep-

konsep tatabahasa tersebut terlebih dahulu.

d) Konsep penggabungjalinan yang disarankan untuk digunakan dalam pengajaran

tatabahasa di sekolah kita adalah amat wajar, tetapi kelemahannya yang ketara ialah

guru agak ragu-ragu menggunakannya disebabkan oleh pelbagai faktror luaran dan

dalaman guru itu sendiri. Konsep ini bukanlah sesuatu yang baru. Konsep ini samalah

juga dengan tanggapan bahawa konsep-konsep tatabahasa itu haruslah diperkenalkan

melalui konteks yang bermakna. Ini penting kerana konsep tersebut akan menjadikan

pembelajaran tatabahasa lebih bermakna dan menarik. Pendekatan ini dipegang oleh

golongan-golongan kodkognitif dalam pembelajaran bahasa, yang antara lain

memegang konsep bahawa pembelajaran tatabahasa itu haruslah berdasarkan makna.

Muka surat | 7

Page 8: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata Pelajaran :   Bahasa Melayu

Tarikh                    :   24 April 2013

Masa                       :   9.00 - 9.30 pagi (30 minit)

Tahun                     :   5 Cita

Bil. Murid             :   41 orang

Tema                     :   Sukan dan Kesihatan

Tajuk                     :   Imbuhan Apitan.

Kemahiran :

Fokus Utama               :

8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Fokus Sampingan   :

5.1 Aras 1(i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat-ayat tunggal dan

ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Objektif  :   Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:

1)  Menulis lima ayat menggunakan imbuhan apitan.

                         2)  Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui tentang bahaya demam denggi

Sistem Bahasa :   Tatabahasa - Ayat majmuk, kata nama.

Bahan Bantu Belajar :   LCD projektor, komputer, kad nilai murni.

Kemahiran Bernilai Tambah :   Kecerdasan Pelbagai – verbal linguistik (muzik)

                                                   Kemahiran Berfikir –  menjana idea

                Belajar Cara Belajar (BCB) – membaca

Nilai murni : bertanggungjawab, berdisiplin, patuh, hormat, berhati-hati                 

                                                                                         

Muka surat | 8

Page 9: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan

Set Induksi

(3 minit)

Bahan grafik 1. Guru menayangkan

bahan   grafik.

2. Guru mengaitkan

aktiviti dengan tajuk

pelajaran melalui soal

jawab.

1. Murid melihat

bahan grafik.

2. Murid menjawab

soalan yang

dikemukakan oleh

guru.

Kemahiran Berfikir

Menghubung

Kait dan

Menghurai

BCB

Langkah 1

(5 minit)

Petikan teks 1.Guru meminta

murid membaca

petikan teks yang

dipaparkan dengan

sebutan dan intonasi

yang betul.

2. Guru bersoal jawab

tentang isi petikan

teks.

1. Murid membaca

petikan teks secara

kelas, kumpulan dan

individu.

2. Murid menjawab

soalan yang

dikemukakan oleh

guru.

BCB

Membaca

BBB

Petikan teks

Langkah 2

(8 minit)

Imbuhan

apitan

1. Guru meminta

murid mengecam

perkataan perkataan

yang menunjukkan

imbuhan apitan.

1. Murid mengecam

perkataan  yang

menunjukkan

imbuhan apitan.

Kemahiran Berfikir

Menjana idea

Membuat

keputusan

BBB

Kad nilai murni

Muka surat | 9

Page 10: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2. Guru meminta

murid menggarisi

perkataan yang

menunjukkan

imbuhan apitan.

 3. Guru meminta

murid menyenaraikan

imbuhan apitan

tersebut.

a) disebarkan

b) dilaporkan

c) ditingkatkan

d) ditemukan

e) dikenakan

2. Beberapa orang

murid dipilih secara

rawak untuk

menggarisi perkataan

yang menunjukkan

imbuhan apitan.

3. Murid

menyenaraikan

imbuhan apitan.

Langkah 3

(10 minit)

Membina ayat 1. Guru meminta

murid menulis lima

ayat yang lengkap

menggunakan

imbuhan apitan.

1.Murid menulis lima

ayat yang lengkap

menggunakan

imbuhan apitan

dengan bimbingan

guru.

BBB

Bahan pengurusan

grafik

Penutup

( 4 minit)

Nyanyian 1. Guru meminta

murid menyanyikan

lagu Bahaya Aedes.

1. Murid

menyanyikan lagu

Bahaya Aedes secara

kelas.

Kecerdasan

pelbagai

Verbal linguistik

(muzik)

Muka surat | 10

Page 11: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

5.0 MASALAH-MASALAH MURID MEMAHAMI IMBUHAN APITAN

Kesalahan bahasa sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu sama ada disengajakan

atau tidak. Selaras dengan kepesatan perkembangan bahasa Melayu pada zaman ini, amat

perlu untuk menyalurkan maklumat tentang penggunaan bahasa Melayu yang gramatis agar

bahasa ini dapat diguna pakai sebaiknya dalam segenap aspek kehidupan masyarakat.

5.1 Pengetahuan Yang Kurang Dalam Aspek Tatabahasa

Gejala kesalahan bahasa berlaku kerana beberapa faktor. Antara faktor pertama kesalahan

bahasa ialah pengetahuan yang kurang dalam aspek tatabahasa. Pengguna bahasa kadangkala

bersikap tidak mengambil berat penggunaan yang tepat dan betul. Tempoh pembelajaran

bahasa selama 11 tahun di peringkat sekolah seolah-olah tidak mencukupi untuk menguasai

ilmu bahasa kebangsaan negara Malaysia ini. Faktor ini dipengaruhi pula oleh kelaziman

penggunaan bahasa yang tidak betul dan apabila ia menjadi kebiasaan dari segi pertuturan

dan penulisan ditambah pula dengan sikap ambil mudah media massa menyebarkan

maklumat yang kurang tepat dalam penggunaan bahasa, yang salah pun lama-kelamaan akan

kelihatan sebagai betul.

5.2 Kekeliruan Sistem Ejaan, Tatabahasa Dan Penggunaan Perkataan

Selain itu, faktor kedua ialah kekeliruan juga merupakan punca yang menyebabkan kesalahan

bahasa berlaku. Apabila wujud ketidakseragaman dalam sistem ejaan, tatabahasa dan

penggunaan perkataan. Pertentangan pendapat ahli bahasa dalam membincangkan aspek-

aspek di atas mempengaruhi kepenggunaan bahasa tersebut. Kesalahan penggunaan bahasa

Melayu boleh dibahagikan kepada pelbagai bentuk. Menurut Asraf (1988) di dalam bukunya

"Kesalahan-Kesalahan dalam Penggunaan Bahasa Melayu" telah membahagikan kesalahan

tersebut kepada pelbagai sudut, antaranya dari segi sintaksis, morfologi, semantik dan

intonasinya. Semua aspek tersebut penting dalam penggunaan bahasa melayu yang baik.

Muka surat | 11

Page 12: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

5.3 Pengaruh Dialek

Selain itu, faktor ketiga ialah pengaruh dialek. Dialek menurut Hartmab dan Stork (1972),

ialah sejenis kelainan bahasa yang berbeza daripada segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata

daripada bahasa standard. Pengaruh bahasa dialek begitu menebal mempengaruhi sistem

bunyi. Bahasa dialek itu mempengaruhi penulisan terutamanya murid-murid di pantai timur.

Bahasa dialek sebenarnya ialah tradisi lisan tempatan. Apabila murid-murid bertutur

menggunakan bahasa dialek, maka bukan ayat lengkap yang dipertuturkan tetapi frasa dan

klausa atau struktur ayat yang hanya difahami oleh penutur asal dari daerah dialek yang

sama. Berikut ialah beberapa contoh ayat yang biasa digunakan oleh penutur di Terengganu.

Contoh 1 Ali menangkap ikang.

Contoh 2 Adik melukis bulang.

Contoh ayat 1 dan 2 adalah ayat lengkap tetapi penggunaan perkataan ikan dan bulan dieja

mengikut sebutan dialek yang menyebabkan kesalahan ejaan.

5.4 Pencemuhan

Faktor keempat pencemuhan. Pencemuhan menggunakan bahasa kasar dan lucah semakin

mendapat tempat terutama dalam kalangan muda-mudi tanpa mengira kaum. Penggunaan

bahasa ini sering kedengaran melalui lagu terutama muzik rap. Lagu adalah cabang seni.

Penggunaan perkataan lucah bukan sahaja mencemarkan bahasa dan bangsa Melayu tetapi

membunuh nilai seni budaya. Apabila berlaku perkara yang tidak diingini, luahan nama Allah

sering kedengaran. Bahasa kesat biasanya digunakan untuk meluahkan emosi berang atau

ingin bergurau. Kehalusan budaya bangsa akan lenyap jika budaya seperti ini yang dijunjung.

Kesedaran terhadap hala tuju bahasa amat penting dan kehadiran unsur tertentu perlu

dihindari demi memartabatkan bahasa dan mempertahankan tamadun budaya bangsa

Malaysia.

Muka surat | 12

Page 13: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

6.0 CARA-CARA MENGATASI PERMASALAHAN

Dalam usaha mempercepat penguasaan tatabahasa bahasa Melayu di kalangan bangsa

Malaysia, Kementerian Pelajaran harus melentur buluh dari rebungnya dengan

memperkasakan sekolah kebangsaan di negara ini. Cara ini dapat menggalakkan ibu bapa

agar menghantar anak masing-masing ke sekolah kebangsaan untuk memantapkan

penguasaan bahasa dan seterusnya mewujudkan integrasi antara murid daripada pelbagai

kaum. Di dalam dunia pekerjaan dan dunia sosial, kemahiran berbahasa menentukan

kejayaan seseorang. Sekeping ijazah tidak bernilai tanpa kecekapan berbahasa. Profesion

perguruan berperanan mengajar bahasa khususnya aspek sebutan dan ejaan yang saling

berkait dengan betul. Aspek kesantunan berbahasa harus diterapkan. Amalan dan nilai budi

bahasa perlu dikekalkan walaupun terdapat pengaruh barat.

Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang elok itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Orang berbudi, kita berbahasa,

Orang memberi, kita merasa.

Corak pembelajaran ilmu sebagai proses menghafal untuk mengambil peperiksaan perlu

diubah. Sebaliknya dilaksanakan sebagai proses memahami apa yang dipelajari. Seseorang

yang faham dalam bahasa akan dapat menggunakan bahasa dengan baik, tersusun dan

lengkap. Pelajar khususnya diberi peluang mengungkap ilmu yang diterima dan

menggunakan bahasa sebagai saluran pernyataan buah fikiran dan ilmu pengetahuan melalui

proses pengajaran dan pembelajaran. Pakar-pakar sosiobudaya pula perlu membuat kajian

menstandardisasikan aspek budaya selaras dengan perkembangan bahasa Melayu atau bahasa

Malaysia sekarang. Ungkapan “bahasa jiwa bangsa” dan “bahasa menunjukkan bangsa”,

menunjukkan hubungan erat di antara bahasa dengan kebudayaan dan tingkah laku bangsa

Malaysia.

Muka surat | 13

Page 14: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu tidak perlu diragui.

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis Nasional pada bila-

bila masa pasti boleh diminta pandangan tentang sesuatu isu bahasa. GAPENA pernah

mengeluarkan penyataan cadangan agar bahasa Melayu wajib diambil oleh pelajar sebagai

syarat memasuki institusi pengajian tinggi awam. Sebagaimana syarat yang ditetapkan untuk

bahasa Inggeris melalui Malaysian University English Test (MUET). Sebagai rakyat, kita

seharusnya menyokong usaha pejuang bahasa untuk mempertahankan kedaulatan bahasa.

Kesalahan bahasa dan tatabahasa dapat dikurangkan dan dihapuskan jika mendapat kerjasama

semua pihak. Perancang bahasa perlu memperbaiki atau merancang unsur-unsur bahasa untuk

meningkatkan keefisienan, mengurangkan sebarang perbezaan yang menghalang fungsi

bahasa sebagai bahasa kebangsaan .

Sistem ejaan perlu diperbaiki dan menstandardkan sebutan kata-kata pinjaman. Proses

penciptaan istilah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka harus diteruskan untuk membolehkan

pengungkapan konsep-konsep teknikal dan sains dilakukan. Usaha Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) amat jelas dengan penghasilan buku panduan tatabahasa seperti buku

Tatabahasa Dewan. Penghasilan buku ini diharap dapat membantu memperbaiki penggunaan

tatabahasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. DBP juga melakukan penyelaras bentuk

ejaan melalui sidang yang dianggotai oleh negara seperti Indonesia dan Brunei. Kesalahan

penggunaan bahasa sebenarnya hanya akan selesai jika masyarakat dapat menerima hakikat

bahasa Melayu adalah bahasa Malaysia iaitu bahasa kepunyaan semua warganegara yang

menjadi cerminan bangsa Malaysia. Tanpa keinginan dan kesungguhan yang luhur selari

dengan dasar perlembagaan segala usaha tidak akan berhasil.

7.0 KESIMPULAN

Hasil perbincangan dapat disimpulkan bahawa kesalahan bahasa dan tatabahasa di kalangan

bangsa Malaysia memang tidak dapat disangkal. Semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa

dan agama harus menerima hakikat kesilapan bahasa berlaku kerana kesilapan bangsa

Malaysia sendiri yang kurang menghargai dan menghayati konsep satu bangsa satu bahasa.

Kesalahan bahasa tidak sepatutnya berlaku kerana bahasa Melayu telah dimartabatkan

sebagai bahasa Kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa

Kebangsaan 1963/1968, Akta Pelajaran 1961 dan 1996. Semua bangsa Malaysia sepatutnya

perlu mempelajari, menguasai dan menggunakan bahasa Melayu dengan lancar dan betul jika

Muka surat | 14

Page 15: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

mereka benar-benar bangsa Malaysia. Langkah kerajaan mendaulatkan bahasa Melayu

diharap dapat memastikan bahasa Melayu digunakan secara meluas oleh bangsa Malaysia

seterusnya dapat mengurangkan kesalahan bahasa dalam pertuturan dan penulisan. Antara

langkah yang diambil termasuklah:

1) Mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam segala bentuk urusan rasmi.

2) Mewajibkan bahasa Melayu dijadikan bahasa Penghantar di semua sekolah kebangsaan

dan institusi pengajian tinggi awam.

3) Menyeru pihak swasta menggunakan bahasa Melayu sewaktu berurusan dengan

pelanggan. Selain itu, sebarang borang bahasa Inggeris disertakan terjemahan bahasa

Melayu.

4) Para pemimpin kerajaan pelbagai kaum diwajibkan menyampaikan ucapan dalam bahasa

Kebangsaan dalam majlis yang melibatkan warga tempatan.

Kegemilangan bahasa Melayu mesti dikembalikan seperti kedudukan bahasa Melayu zaman

lampau, seperti yang pernah diterangkan oleh William Marsdern. Menurutnya, “bahasa

Melayu yang dianggap berasal dari semenanjung Tanah Melayu telah berkembang melalui

kepulauan-kepulauan timur dan menjadi lingua franca di dunia bahagian tersebut, dituturkan

di mana-mana di sepanjang pantai Sumatera dan digunakan tanpa campuran apa-apa di

negara kepulauan Minangkabau dan tanah jajahannya dan difahami ke setiap bahagian

pulau”. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk hanya dapat disatukan melalui bahasa.

Hasrat ini tercatat dalam Perlembagaan. Yang menjadi penghalang dan menimbulkan

masalah kesalahan penggunaan bahasa hanyalah sikap masyarakat yang mengetepikan bahasa

Melayu. Segala usaha telah dilakukan untuk mengurangkan kesalahan penggunaan bahasa.

Faktor yang menjadi penyebab kesalahan bahasa seperti faktor dialek, faktor media, faktor

bahasa slanga dan faktor kurang pemahaman dapat diatasi jika seseorang itu berusaha untuk

mengubahnya. Langkah mengatasi masalah kesalahan bahasa hanya dendangan kosong jika

bangsa Malaysia tidak mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa sendiri. Malah usaha

mengangkat bahasa Melayu melalui Hari Pejuang Bahasa disambut julung-julung kalinya

pada 15 Februari 2010 bertukar menjadi medan melontarkan kritikan pedas kepada golongan

yang menganggap bahasa Melayu adalah bahasa kolot yang menyekat pembangunan.

Kritikan daripada ahli panel seperti Datuk Dr Hassan Ahmad, Prof Emeritus Dr Abdullah

Hassan dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di Dewan Bahasa dan Pustaka membuktikan

ramai bangsa Malaysia tidak menghargai bahasa sendiri iaitu bahasa Melayu.

Muka surat | 15

Page 16: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

8.0 RUJUKAN

1) Arbak Othman. (1983). Permulaan Ilmu Linguistik : Suati Pengenalan Konsep Dan

Bidang Kajian Secara Teoritis. Kuala Lumpur. Saujana Enterprise.

2) Awang Sariyan. (2011). Bagaimanakah Tatabahasa Dapat Diajarkan dengan Berkesan?.

(Online). Available : http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/10/bagaimanakah-

tatabahasa-dapat-diajarkan.html. (2011, Oktober 20).

3) Azman Wan Chik. (1989). Mengajar Bahasa Malaysia : Perkaedahan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka

4) Boh Boon Koh. (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia : Prinsip Dan Teknik.

Petaling Jaya, Selangor. Fajar Bakti.

5) Hartmann, R.R.K., and F.C. Stork. (1972). Dictionary Of Language And Linguistics.

London. Applied Science. [Online]. Available :

http://www-01.sil.org/linguistics/BibliographyLinguistics/HartmannAndStork1972.ht

m

6) Marsden, W. (1784). The history of Sumatra: Containing an account of the government,

laws, customs, and manners of the native inhabitants, with a description of the natural

productions, and a relation of the ancient political state of that island (2d ed.).

London: Printed for The Author and sold by Thomas Payne and Son. [Online].

Available : http://elib.uum.edu.my/kip/Record/um94481

7) Muhammad Asraf bin Haji Wahab. (1988). Kesalahan-Kesalahan Dalam Penggunaan

Bahasa Melayu: Frasa Dan Ayat. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi.

8) Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.

Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muka surat | 16

Page 17: HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

9) Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood. (1977). Prinsip dan Kaedah

Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Pustaka Aman Press.

9.0 LAMPIRAN PETIKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus. Virus ini disebarkan

dari seorang pesakit denggi kepada individu yang sihat melalui gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini sangat berbahaya kerana pada masa ini tiada vaksin yang berkesan dapat

merawatnya. Sehubungan itu, cara paling berkesan untuk membanteras penyakit ini ialah

dengan membasmi kawasan pembiakan aedes.

Stastistik menunjukkan Selangor adalah negeri yang paling banyak mencatatkan kes

denggi. Sehingga pertengahan Januari, lebih 3 500 kes dilaporkan. Antara kawasan yang

berisiko tinggi ialah Subang Jaya, Shah Alam, Selayang, Ampang Jaya, Petaling Jaya dan

Kajang. Beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kes denggi di

Selangor iaitu rumah terbengkalai (70 peratus), tapak pembinaan (48.8 peratus), pejabat

kerajaan (18.8 peratus), kawasan kilang (13.9 peratus) dan taman rekreasi (6.2 peratus).

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang ditubuhkan sejak 1902 dalam kajiannya

mendapati aedes adalah antara nyamuk yang amat berbahaya di Malaysia kerana nyamuk ini

adalah juga pembawa virus penyakit atau vektor bagi penyakit denggi yang masih belum ada

ubat atau vaksin untuk menyembuhkannya. Dari segi keadaan alam sekitar dan cuaca,

Malaysia diakui amat sesuai untuk pembiakan nyamuk kerana mempunyai suhu tinggi dan

kelembapan udara yang baik serta pancaran sinar matahari yang menggalakkan. Daripada 3

000 spesies nyamuk yang diketahui di dunia ini, dua pertiga daripadanya terdapat di kawasan

tropika seperti Malaysia . Kawasan hutan, paya dan perairan tercemar serta kawasan

perumahan kotor adalah tempat paling sesuai untuk nyamuk membiak di negara ini.

Justeru, rakyat negara ini perlu berwaspada terhadap bahaya penyakit ini. Kesedaran

mengenainya harus dipertingkatkan lagi dan sikap berpeluk tubuh harus dikikis. Masyarakat

setempat patut memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa setempat dalam

usaha mengawal pembiakan nyamuk aedes.

Muka surat | 17