HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
description
Transcript of HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBML 3203
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEPTEMBER 2014
NAMA : DAMBAK ANAK UBAM
NOMBOR MATRIK : 671219135186001
NOMBOR KAD
PENGENALAN : 671219-13-5186
NOMBOR TELEFON : 014-8978445
ALAMAT E-MEL : [email protected]
TUTOR : ENCIK SUBANDI KASIDAN
LEARNING CENTER : SIBU LEARNING CENTER
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan
1.1 Definisi Wacana
1.2 Jenis Wacana
1.3 Ciri-Ciri Wacana
1.4 Wacana Berformat Bahasa Melayu
1.5 Objektif Penulisan Tugasan.
2.0 Konsep dan Jenis-Jenis Wacana Berformat Dalam Bahasa Melayu
2.1 Konsep Wacana Berformat
2.2 Jenis – Jenis Wacana Berformat
2.3 Ciri-Ciri Wacana Berformat Dalam Bahasa Melayu
2.4 Contoh Wacana Berformat
2.4.1 Dialog
2.4.2 Catatan Harian
2.4.3 Surat Kiriman Tidak Rasmi
3.0 Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu
3.1 Jenis – Jenis Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa
Melayu
3.1.1 Aplikasi Wacana Berformat – Sebelum Penulisan
3.1.2 Aplikasi Wacana Berformat – Semasa Penulisan
3.1.3 Aplikasi Wacana Berformat – Selepas penulisan
3.2 Pendekatan Dalam Pengajaran Penulisan Wacana Berformat Bahasa Melayu
3.2.1 Pendekatan Terkawal
3.2.2 Pendekatan Bebas
3.2.3 Pendekatan Pola-Perenggan
3.2.4 Pendekatan Komunikatif
3.3 Aktiviti Pengajaran Penulisan Wacana Berformat
4.0 Kesimpulan
5.0 Rujukan
dambak anak ubam (september 2014) 1
1.0 Pengenalan
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Harimurthi, 1982). Di mana, wacana
merupakan unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Unit
bahasa ini turut mengandungi satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana
mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah
buku atau satu siri buku. Wacana juga turut menunjukkan perkembangan fikiran berurutan
yang tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam
tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi selepas tingkat ayat (Dr.Adenan et.al,
2013).
Oleh yang demikian, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga
meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori
besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan
linguistik dan bukan tentu bahasa. Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan,
tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks (Mya Afifi, 2009). Menurut Mya Afifi
(2009) lagi, wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan.
Wacana terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan juga wacana tulisan. Di mana
wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan di
antara pembicara dan pendengar, manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang
disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara.
1.1 Definisi Wacana
Menurut Mya Afifi (2009) seperti yang dinyatakan oleh Asmah Haji Omar (1982),
menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat,
sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku dan
sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri
dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Di mana ini membawa
maksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur adalah dalam sistem secara teratur.
Wacana juga adalah satuan bahasa terlengkap yang terdapat dalam hierarki tatabahasa
dan merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam
bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, paragraph, ayat atau kata yang
membawa amanat yang lengkap (Mya Afifi, 2009, seperti yang dinyatakan oleh Harimurthi
dambak anak ubam (september 2014) 2
Kridalaksana, 1984:204). Menurut Mya Afifi (2009) lagi seperti yang dinyatakan oleh Anton
M.Moeliono (1995:407) mendefinisikan wacana sebagai satu rentetan kalimat yang berkaitan
sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.
1.2 Jenis Wacana
Wacana secara umumnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu wacana jenis lisan dan juga
wacana jenis tulisan. Wacana lisan merupakan komunikasi lisan iaitu komunikasi secara
langsung di antara dua pihak iaitu penutur dan juga pendengar. Wacana lisan melibatkan
bahasa badan, mimik muka dan intonasi dalam menyampaikan maklumat kepada pendengar.
Contoh wacana lisan ialah seperti perbualan harian, ucapan, khutbah, temu ramah, siaran
radio dan televisyen. Manakala wacana jenis tulis pula adalah wacana yang disampaikan
secara bertulis dan ianya melibatkan hubungan di antara pembaca dan juga penulis. Di mana,
komunikasi yang terlibat ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Ini kerana, seorang
penulis tidak dapat melihat reaksi pembaca ketika membaca hasil tulisan penulis.
Rajah 1: Jenis Wacana
1.3 Ciri-Ciri Wacana
Wacana merupakan satu unit bahasa yang lengkap. Sebagai satu unit bahasa yang lengkap,
wacana mempunyai beberapa ciri penting. Dr.Adenan et.al (2013) menyatakan bahawa setiap
wacana mempunyai struktur, iaitu terdapatnya pendahuluan, isi dan penutup. Di mana setiap
wacana yang hendak dihasilkan mestilah mempunyai tujuan kerana dengannya kita dapat
menentukan jenis wacana yang ingin digunakan. Tujuan wacana penting untuk memilih
teknik penyampaian wacana dan juga penting dalam menentukan bentuk wacana. Tujuan
wacana ini merupakan ciri wacana, di mana terdapat enam tujuan wacana iaitu tautan,
runtutan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.
dambak anak ubam (september 2014) 3
Jenis Wacana
Wacana Lisan
Wacana Tulisan
Rajah 2: Ciri-Ciri Wacana
Tautan merupakan keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang
lain dalam sesebuah wacana. Runtutan pula merupakan kesinambungan idea yang terdapat
dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna. Penerimaan dalam
sesuatu wacana pula memerlukan pendengar atau pembaca yang merupakan penerima sesuatu
wacana. Maklumat dalam setiap wacana pula perlu mempunyai maklumat iaitu maklumat
baru dan maklumat lama. Seterusnya, keadaan dalam sesuatu wacana pula perlu sesuai
dengan keadaan. Di mana kesesuaian itu menjadikan sesuatu wacana itu releven dengan
situasi ujaran. Interteks pula bermaksud sesuatu wacana bergantung pada wacana yang lain.
Dengan adanya interteks, sesuatu wacana akan lebih mudah difahami oleh pemvaca atau
pendengar.
1.4 Wacana Berformat Bahasa Melayu
Menurut Yazid (2011), terdapat dua bentuk penulisan wacana di sekolah rendah dan
menengah. Wacana pertama ialah wacana berformat dan yang kedua pula adalah wacana
tidak berformat. Wacana berformat memerlukan penulisan yang mesti ditulis mengikut cara
tertentu. Sulaiman Masri (1988) menyatakan bahawa penulisan wacana berformat yang tidak
ditulis mengikut format yang ditetapkan, akan menjejaskan konsep wacana itu sendiri.
Wacana tidak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu pula dimaksudkan sebagai
penulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format (Kamarudin Husin, 1988).
Kamarudin Husin (1988) juga menyatakan bahawa konsep wacana berformat ialah penulisan
berkesinambungan yang mengandungi format-format tertentu untuk menggariskan
penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren. Di mana penulisan yang
dimaksudkan adalah seperti surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi, dialog, syarahan,
ucapan, laporan, berita, catatan harian dan perbahasan.
dambak anak ubam (september 2014) 4
Tautan Runtutan Penerimaan Maklumat
Keadaan Interteks
1.5 Objektif Penulisan Tugasan.
Dalam penulisan tugasan kali ini, objektif utama tugasan adalah untuk membincangkan
mengenai pengenalan wacana berformat dengan lebih terperinci. Objektif seterusnya juga
adalah untuk menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan konsep dan jenis-jenis wacana
berformat dalam bahasa Melayu, serta aplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan
bahasa Melayu dalam pengajaran penulisan di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah.
2.0 Konsep dan Jenis-Jenis Wacana Berformat Dalam Bahasa Melayu
Mya Afifi (2009) menyatakan bahawa wacana berasal daripada perkataan wacana dan berasal
daripada bahasa Jawa wocono. Wocono pula daripada perkataan ‘woco’ yang bermaksud
baca. Menurut Chafe pula, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai
pengkaji. Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan
ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-
duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Wacana, menurut beliau
lagi, merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan
cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis. Dalam subtopik ini, konsep wacana
berformat serta komponen-komponen bersepadu yang terdapat dalam konsep wacana
berformat akan dibincangkan dengan lebih terperinci. Selain itu, jenis-jenis wacana berformat
juga akan dihuraikan dengan lebih terperinci dan ringkas.
2.1 Konsep Wacana Berformat
Menurut Kamarudin Husin(1988) Seperti yang dinyatakan oleh Dr.Adenan et.al
(2013), konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi
format-formta tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan
koheren. Penulisan yang dimaksudkan adalah seperti surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman
rasmi, dialog, syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian, dan perbahasan. Konsep
wacana berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu merangkumi komponen-komponen yang
bersepadu. Di mana komponen-komponen itu adalah seperti penggunaan kata, rangkai kata,
dambak anak ubam (september 2014) 5
ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif. Selain itu,
penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk memberikan
maklumat, pengenalpastian gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan, penganalisisan
gaya bahasa dan penggunaannya secara koheren dalam penulisan, penyampaian isi yang
bernas dalam membina kerangka penulisan, pembinaan ayat utama dan huraian untuk
membina perenggan yang kohesif, penyusunan isi dan penggunaan penanda wacana untuk
menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheren, dan tatabahasa adalah dasar dalam
kecekapan berbahasa. Ia perlu diajar dengan terancang agar ketepatan berbahasa dengan
dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas dapat dikuasai (Dr.Adenan et.al, 2013).
Komponen-komponen berkenaan boleh dirumuskan seperti dalam rajah di bawah:
Rajah 3: Komponen-Komponen Dalam Konsep Wacana
2.2 Jenis – Jenis Wacana Berformat
Terdapat beberapa jenis wacana berformat yang lazim dipraktikkan di sekolah. Antara jenis-
jenis wacana berformat itu adalah seperti surat kirirman rasmi, surat kiriman tidak rasmi,
dialog, syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian, dan perbahasan. Jenis-jenis wacana
berformat ini boleh dilihat seperti dalam rajah di bawah:
dambak anak ubam (september 2014) 6
Penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang tepat
Penentuan format dan jenis penulisan
Pengenalpastian gaya bahasa
Penganalisisan gaya bahasa
Pembinaan ayat utama dan huraian
Penyusunan isi dan penggunan
penanda wacana
Penyampaian isi yang bernas
Tatabahasa adalah dasar dalam kecekapan berbahasa.
Rajah 4: Jenis-Jenis Wacana Berformat
2.3 Ciri-Ciri Wacana Berformat Dalam Bahasa Melayu
Menurut Dr.Adenan et.al (2013), seperti yang dinyatakan oleh Sulaiman Masri (1988),
penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang
tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana.
Wacana berformat dalam bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri tersendiri yang perlu diikuti
agar konsep wacana tidak terjejas. Di mana seperti yang dinyatakan oleh Dr.Adenan et.al
(2013) menurut Zainol Ismail (2003), ciri wacana berformat melibatkan perincian yang
berasaskan beberapa penulisan berformat. Perincian yang dimaksudkan ini boleh dilihat
dengan lebih jelas seperti dalam jadual di bawah:
Jenis Wacana Berformat
Ciri-Ciri Wacana Berformat
Surat Kiriman Tidak Rasmi
Alamat pengirim – ditulis di sebelah ayat bahagian kanan surat.
Tarikh surat – ditulis di bawah alamat pengirim. Alamat penerima – tidak perlu ditulis. Mempunyai pendahuluan surat. Menggunakan ganti nama diri. Surat diakhiri – tandatangan dan nama pengirim.
Surat Kiriman Rasmi Alamat pengirim – ditulis di sebelah kiri bahagian atas surat.
Garisan memanjang – dari kiri ke kanan surat, di bawah
dambak anak ubam (september 2014) 7
Surat Kiriman Rasmi
Surat Kiriman
Tidak Rasmi
Dialog, Syarahan
Ucapan, Laporan
Berita, Perbahasan
Catatan Harian
alamat pengirim. Alamat penerima – ditulis di bawah garisan panjang. Tarikh – ditulis di sebelah kanan, sebaris dengan
barisan akhir alamat penerima. Nama bulan – ditulis dengan huruf besar Ada ganti nama diri. Ada tajuk surat. Surat dimulai dengan perenggan pertama tanpa menulis
nombor. Perenggan penutup tidak perlu diberikan nombor. Tandatangan ditulis di bahagian kiri bawah surat. Nama pengirim ditulis dalam kurungan di bawah
tandatangan dengan huruf besar.
Dialog Ada nama watak Titik bertindih selepas nama watak.
Syarahan/ Ucapan/ Perbahasan
Memulakan penulisan dengan kata-kata atau ucapan alu-aluan.
Ada ganti nama diri. Ada penegasan tajuk syarahan/ucapan/perbahasan.
Laporan Ada tajuk. Huruf awal setiap perkataan perlu ditulis dengan huruf
besar. Penulisan mestilah mengikut urutan peristiwa/perkara
yang dilaporkan. Tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah kiri
bahagian bawah laporan. Tarikh laporan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah
laporan.
Berita Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh. Tanda koma ditulis selepas nama tempat/bandar. Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama tempat
bandar. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.
Catatan Harian Ada tarikh, nama, hari dan masa (mengikut kesesuaian).
Jadual 1: Jenis dan Ciri-Ciri Wacana Berformat (Dr.Adenan et.al, 2013)
dambak anak ubam (september 2014) 8
2.4 Contoh Wacana Berformat
2.4.1 Dialog
Wacana berformat bagi dialog mestilah mempunyai nama watak dan titik bertindih ditulis
selepas nama watak. Contoh wacana berformat bagi dialog boleh dilihat seperti ayat di bawah
ini.
Siti: Saya harap Cik Anis dapat datang ke majlis perkahwinan saya hujung minggu ini.
Majlis akan dijalankan di Dewan Masyarakat Pekan.
Anis: Insyaallah. Kalau tidak ada alar melintang pasti saya dapat datang ke majlis
perkahwinan Cik Siti.
Siti: Kalau begitu, bawalah sekali keluarga Cik Anis datang.
Anis: Baiklah Cik Siti. Apa pun, saya nak ucapkan tahniah. Moga berpanjangan hingga ke
anak cucu.
2.4.2 Catatan Harian
Wacana berformat bagi catatan harian mempunyai tarikh, nama hari dan juga masa mengikut
kesesuaian. Di mana contoh catatan harian boleh dilihat seperti di bawah ini:
18 Mei 2014 (Sabtu)
8.00 pagi: Sarapan pagi di rumah.
8.30 pagi: Bergerak ke tempat kerja dengan menaiki bas.
9.00 pagi: Mula bekerja.
2.4.3 Surat Kiriman Tidak Rasmi
Wacana berformat bagi surat kiriman tidak rasmi pula memerlukan alamat pengirim ditulis di
sebelah kanan bahagian atas surat. Tarikh surat juga hendaklah ditulis di bawah alamat
pengirim. Di mana penulis surat tidak perlu menulis alamat penerima, sebaliknya dimulai
dengan pendahuluan surat. Contoh bagi surat kiriman tidak rasmi boleh dilihat seperti
berikut:
dambak anak ubam (september 2014) 9
Fauzana Binti Fauzi,No.16, Taman Berjaya Maju,Lorong Mawar Berduri,97009 Pekan, Pahang.
18 Mei 2014
Ke hadapan saudari Aina yang kini berada di Terengganu semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya di sini dalam keadaan sihat walafiat. Tujuan saya menulis surat ini kepada saudari adalah untuk memaklumkan bahawa tawaran menghadiri kursus masakan telah dibuka mulai 1 Jun 2014 ini.
Saya berharap agar saudari dapat menghadiri kursus masakan itu bersama-sama dengan saya dan membalas surat saya ini dengan kadar yang segera. Jika saudari dapat menghadiri kursus masakan itu, tawaran dibuka pada 1 Jun 2014 bertempat di Kolej Masakan Widuri, yang bertempat di Kuala Lumpur dan bermula dari pukul 8.00 pagi.
Sekian sahaja dari saya dan akhir sekali, saya berharap agar saudari Aina dapat menghadiri kursus masakan itu.
Yang Benar,
Fauzana
(Fauzana Binti Fauzi)
3.0 Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu
Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan bagi sekolah rendah dan
menengah membabitkan kehendak atau peraturan sesuatu penulisan, proses penulisan dan
rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan. Aplikasi wacana berformat
dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu akan membincangkan peraturan, proses
bagaimana merancang perenggan dan merangka isi karangan bagi mengajar wacana
berformat di sekolah rendah dan menengah (Dr.Adenan et.al, 2013). Aplikasi ini boleh dilihat
dengan ringkas seperti dalam rajah di bawah:
dambak anak ubam (september 2014) 10
Peraturan Proses merancang perenggan
Proses merangka isi karangan
Rajah 5: Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu
3.1 Jenis – Jenis Aplikasi Wacana Berformat Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa
Melayu
Terdapat beberapa jenis aplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan bahasa
Melayu. Jenis – jenis aplikasi wacana berformat adalah seperti aplikasi sebelum penulisan,
selepas penulisan dan selepas penulisan.
Rajah 6: Jenis Aplikasi Wacana Berformat
Menurut Achik (2012), dalam pengajaran penulisan, perhatian perlu diberikan kepada
beberapa kelemahan murid iaitu:
Tidak mengemukakan isi yang menepati tajuk atau kehendak soalan.
Isi yang dikemukakan tidak mencukupi (iaitu kurang daripada empat).
Penulisan panjang, tetapi isi yang dikemukakan berulang.
Tidak menghuraikan isi yang dikemukakan.
Tidak memberikan contoh untuk menguatkan isi yang dikemukakan.
Tidak mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan satu isi yang lain.
Tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan
kesinambungan isi atau ayat.
Tidak menggunakan kosa kata yang sesuai.
Struktur ayat tidak kemas, selain terdapat kesalahan ejaan.
3.1.1 Aplikasi Wacana Berformat – Sebelum Penulisan
Beberapa perkara perlu ditekankan sebelum penulisan di mana murid perlu memahami
kehendak soalan dan format penulisan, menggariskan kata kunci dalam soalan yang diberi
dambak anak ubam (september 2014) 11
Jenis Aplikasi Wacana
Berformat
Sebelum Penulisan
Semasa Penulisan
Selepas Penulisan
dan akhir sekali mencatat isi atau kerangka penulisan. Di mana mesti ada pendahuluan, isi
dan penutup. Contohnya menggunakan konsep peta minda dan penomboran untuk mencatat
isi.
3.1.2 Aplikasi Wacana Berformat – Semasa Penulisan
Semasa penulisan, wacana berformat diaplikasikan di mana murid perlu:
Menulis berdasarkan isi / kerangka penulisan.
Mematuhi format.
Menulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.
Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti penjelasan atau keterangan lanjut serta
contohnya.
Penutup juga hendaklah ringkas yang menunjukkan rumusan atau kesimpulan
wacana.
3.1.3 Aplikasi Wacana Berformat – Selepas penulisan
Selepas penulisan, wacana berformat diaplikasikan dengan memastikan murid melakukan
perkara berikut:
Membaca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak
pelbagai perkara, iaitu format, isi, huraian, struktur, ayat, ejaan, tanda baca,
perbendaharaan kata.
Membaiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.Selain itu,
murid perlu digalakkan iaitu banyak membaca bahan bacaan tambahan berfaedah
seperti akhbar, majalah dan buku cerita yang bersesuaian untuk meneliti
kesinambungan isi-isi, sentiasa merujuk kepada kamus untuk mengetahui erti
perkataan atau kosa kata baharu bagi penulisan. Seterusnya baca dan semak semula
penulisan yang telah ditanda oleh guru. Akhir sekali, murid digalakkan untuk meneliti
pengajaran guru berdasarkan pengolahan wacana yang tepat dan kemas serta
mengelakkan tanda tanya dalam wacana.
3.2 Pendekatan Dalam Pengajaran Penulisan Wacana Berformat Bahasa Melayu
Dalam melakukan pengajaran penulisan wacana berformat bahasa Melayu, beberapa
pendekatan boleh digunakan oleh guru untuk diaplikasikan dalam kelas. Antara pendekatan-
dambak anak ubam (september 2014) 12
pendekatan itu adalah pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola perenggan
dan pendekatan komunikatif.
Rajah 7: Pendekatan Dalam Pengajaran Penulisan Wacana Berformat
3.2.1 Pendekatan Terkawal
Menerusi pendekatan ini, guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan
kesalahan. Pada peringkat permulaan, kawalan yang diberikan guru adalah secara
menyeluruh. Walau bagaimanapun, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih
perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Sebagai contoh, bentuk-bentuk
kawalan yang diberikan guru adalah dengan menyediakan sebuah penulisan yang
menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai; guru
memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina
ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu
kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan
pengalaman berdasarkan kejadian itu (Achik, 2012).
3.2.2 Pendekatan Bebas
Dalam pendekatan ini, pelajar diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat mereka
tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai
digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam
pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah di
kalangan remaja, guru boleh membawa keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada
pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui
dambak anak ubam (september 2014) 13
Pendekatan Pengajaran Penulisan Wacana Berformat Bahasa
Melayu
Pendekatan Terkawal Pendekatan Bebas Pendekatan Pola Perenggan
Pendekatan Komunikatif
cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan
(Achik, 2012).
3.2.3 Pendekatan Pola-Perenggan
Menurut Achik (2012), pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang
baik. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam
perenggan dengan kemas dan teratur. Selain itu, pendekatan ini juga dapat membantu pelajar
mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. Antara latihan yang dapat
diaplikasikan, seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik, menyusun ayat-
ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar mengenal pasti,
memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar
mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.
3.2.4 Pendekatan Komunikatif
Menurut Achik (2012), pendekatan ini diasaskan oleh Dell Hymes yang antara lain
menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri
yang dimiliki oleh seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami
bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan
jalinannya dengan konteks sosial.
Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang
sturktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia
sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa
dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya,
seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.
Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah
memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras
bahasa perubatan. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang
sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan. Dengan menggunakan
pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain
atau masyarakat. Justeru, guru perlu memasti dan menggalakkan pelajar menulis, sama
seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan
dambak anak ubam (september 2014) 14
kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca
termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.
3.3 Aktiviti Pengajaran Penulisan Wacana Berformat
Apabila wacana berformat diaplikasikan dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu,
beberapa panduan telah diberikan untuk mengajar wacana berformat di sekolah rendah dan
juga menengah. Antara panduan – panduan itu adalah peraturan yang perlu diikuti, permulaan
proses menulis, susunan penulisan, pembinaan perenggan dan membuat semakan. Panduan
itu boleh dilihat dengan lebih ringkas seperti dalam jadual di bawah:
Panduan Aktiviti Pengajaran Penerangan
Peraturan Penulisan Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira oleh
guru dalam merancang pengajaran adalah:
Memastikan penulisan murid lengkap dan
sempurna.
Memastikan murid matang dalam menghuraikan isi.
Memastikan murid menggunakan penanda wacana.
Murid menggunakan bahasa yang baik dan lancer.
Pemerengganan dalam penulisan yang seimbang.
Tiada kesalahan ejaan.
Murid menggunakan kepelbagaian ragam.
Murid menggariskan perkara-perkara penting dan
menentukan format.
Murid menghasilkan peta minda.
Proses Menulis Bermula ketika murid memilih tajuk
Murid perlu memilih tajuk yang difahami dan
sesuai.
Murid perlu memahami perbezaan format dan laras
bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenis.
Murid perlu banyak membaca bahan bacaan.
Murid membuat catatan fakta agar boleh dirujuk
dambak anak ubam (september 2014) 15
pada bila-bila masa.
Susunan Penulisan Memastikan murid membuat rangka yang boleh
dijadikan panduan kepada murid kerana rangka
ialah garis kasar untuk membuat penulisan lengkap.
Memastikan rangka yang dihasilkan oleh murid
membantu mereka dalam penulisan.
Rangka penulisan mestilah ringkas dan ditulis
dalam bentuk isi-isi penting untuk menjimatkan
masa.
Rangka penulisan mempunyai komponen seperti
berikut iaitu pemaparan wacana isi tidak langsung,
fokus wacana, penjelasan terperinci bagi fokus
wacana, dan kesimpulan fokus wacana.
Pembinaan Perenggan Perlulah sesuai.
Satu perenggan mengandungi satu isi lengkap,
dengan huraian dan contoh isi.
Struktur perenggan yang baik memulakan penyata
isi pokok, diikuti dengan huraian serta contoh yang
dapat memperkukuhkan isi penting.
Setiap isi dalam perenggan mestilah mempunyai
pertalian dengan menggunakan penanda wacana
yang sesuai.
Panjang setiap perenggan perlu seimbang
Membuat Semakan Proses akhir adalah membuat semakan.
Semakan memastikan segala aspek dalam penulisan
dipatuhi.
Antaranya kesalahan bahasa, jumlah perkataan dan
pemerengganan.
Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda
dambak anak ubam (september 2014) 16
baca dan tatabahasa.
Semakan juga memastikan pembaca membaca
dengan mudah dan mengesan isi. Oleh itu,
penulisan akan menjadi mantap.
Jadual 2: Panduan Aktiviti Pengajaran Wacana Berformat dalam Penulisan Bahasa Melayu
4.0 Kesimpulan
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Harimurthi, 1982). Di mana, wacana
merupakan unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Unit
bahasa ini turut mengandungi satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana
mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab sebuah
buku atau satu siri buku. Wacana juga turut menunjukkan perkembangan fikiran berurutan
yang tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam
tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi selepas tingkat ayat (Dr.Adenan et.al,
2013).
Menurut Mya Afifi (2009) seperti yang dinyatakan oleh Asmah Haji Omar (1982),
menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat,
sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku dan
sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri
dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Di mana ini membawa
maksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur adalah dalam sistem secara teratur.
Wacana secara umumnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu wacana jenis lisan dan juga
wacana jenis tulisan. Wacana lisan merupakan komunikasi lisan iaitu komunikasi secara
langsung di antara dua pihak iaitu penutur dan juga pendengar. Wacana lisan melibatkan
bahasa badan, mimik muka dan intonasi dalam menyampaikan maklumat kepada pendengar.
Contoh wacana lisan ialah seperti perbualan harian, ucapan, khutbah, temu ramah, siaran
radio dan televisyen. Manakala wacana jenis tulis pula adalah wacana yang disampaikan
secara bertulis dan ianya melibatkan hubungan di antara pembaca dan juga penulis. Di mana,
komunikasi yang terlibat ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Ini kerana, seorang
penulis tidak dapat melihat reaksi pembaca ketika membaca hasil tulisan penulis.
dambak anak ubam (september 2014) 17
Wacana merupakan satu unit bahasa yang lengkap. Sebagai satu unit bahasa yang
lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri penting. Dr.Adenan et.al (2013) menyatakan
bahawa setiap wacana mempunyai struktur, iaitu terdapatnya pendahuluan, isi dan penutup.
Di mana setiap wacana yang hendak dihasilkan mestilah mempunyai tujuan kerana
dengannya kita dapat menentukan jenis wacana yang ingin digunakan. Tujuan wacana
penting untuk memilih teknik penyampaian wacana dan juga penting dalam menentukan
bentuk wacana. Tujuan wacana ini merupakan ciri wacana, di mana terdapat enam tujuan
wacana iaitu tautan, runtutan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.
Dalam penulisan tugasan kali ini, objektif utama tugasan adalah untuk
membincangkan mengenai pengenalan wacana berformat dengan lebih terperinci. Objektif
seterusnya juga adalah untuk menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan konsep dan
jenis-jenis wacana berformat dalam bahasa Melayu, serta aplikasi wacana berformat dalam
pengajaran penulisan bahasa Melayu dalam pengajaran penulisan di peringkat sekolah rendah
dan sekolah menengah.
Menurut Kamarudin Husin(1988) Seperti yang dinyatakan oleh Dr.Adenan et.al
(2013), konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi
format-formta tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan
koheren. Penulisan yang dimaksudkan adalah seperti surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman
rasmi, dialog, syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian, dan perbahasan. Konsep
wacana berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu merangkumi komponen-komponen yang
bersepadu. Di mana komponen-komponen itu adalah seperti penggunaan kata, rangkai kata,
ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif. Selain itu,
penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk memberikan
maklumatpengenalpastian gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan, penganalisisan
gaya bahasa dan penggunaannya secara koheren dalam penulisan, penyampaian isi yang
bernas dalam membina kerangka penulisan, pembinaan ayat utama dan huraian untuk
membina perenggan yang kohesif, penyusunan isi dan penggunaan penanda wacana untuk
menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheren, dan tatabahasa adalah dasar dalam
kecekapan berbahasa. Ia perlu diajar dengan terancang agar ketepatan berbahasa dengan
dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas dapat dikuasai (Dr.Adenan et.al, 2013).
Terdapat beberapa jenis wacana berformat yang lazim dipraktikkan di sekolah. Antara
jenis-jenis wacana berformat itu adalah seperti surat kirirman rasmi, surat kiriman tidak
dambak anak ubam (september 2014) 18
rasmi, dialog, syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian, dan perbahasan. Menurut
Dr.Adenan et.al (2013), seperti yang dinyatakan oleh Sulaiman Masri (1988), penulisan
wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang tidak ditulis
mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana. Wacana
berformat dalam bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri tersendiri yang perlu diikuti agar konsep
wacana tidak terjejas. Di mana seperti yang dinyatakan oleh Dr.Adenan et.al (2013) menurut
Zainol Ismail (2003), ciri wacana berformat melibatkan perincian yang berasaskan beberapa
penulisan berformat.
Terdapat beberapa jenis aplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan
bahasa Melayu. Jenis – jenis aplikasi wacana berformat adalah seperti aplikasi sebelum
penulisan, selepas penulisan dan selepas penulisan. Apabila wacana berformat diaplikasikan
dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu, beberapa panduan telah diberikan untuk
mengajar wacana berformat di sekolah rendah dan juga menengah. Antara panduan –
panduan itu adalah peraturan yang perlu diikuti, permulaan proses menulis, susunan
penulisan, pembinaan perenggan dan membuat semakan.
4176 Patah Perkataan
dambak anak ubam (september 2014) 19
5.0 Rujukan
http://jaafar2026.blogspot.com/p/fungsi-wacana-dalam-bahasa-melayu.html
http://www.slideshare.net/AshaLee/savedfiles?s_title=tatabahasa-dalam-pengajaran-bahasa-
melayu&user_login=hajimeTMasia
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/wacana.html
http://rohayatisidek.blogspot.com/p/pengenalan.html
http://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanra-mengajar.html
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/definisi-wacana-maksud-wacana.html
http://achikkini.blogspot.com/2012_03_01_archive.html
http://sinaran-intan.blogspot.com/2011_03_01_archive.html
http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html
http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2012/04/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html
http://lvwc.blogspot.com/2012/05/konsep-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu.html
dambak anak ubam (september 2014) 20