HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran BM

21
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER/2014 HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : E-MEL : [email protected] NAMA : 1

Transcript of HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran BM

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER/2014

HBML3203

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN:NO. TELEFON: E-MEL: [email protected]:

PUSAT PEMBELAJARAN: PP BANGI

ISI KANDUNGAN M/S1.0 PENDAHULUAN 32.0 JENIS-JENIS WACANA BERFORMAT DALAM BAHASA MELAYU 52.1 Surat kiriman tidak rasmi2.2 Surat kiriman rasmi2.3 Dialog2.4 Syarahan2.5 Ucapan2.6 Laporan2.7 Berita2.8 Catatan harian2.9 Perbahasan3.0 APLIKASI BERFORMAT DALAM BM 93.1 Peraturan menulis wacana berformat3.2 Proses menulis3.3 Susunan penulisan4.0 RUMUSAN 13Rujukan

1.0 Pendahuluan

Wacana berformat ialah penulisan beerkesinambungan yang mengandungi format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheran (Kamarudin Husin, 1988). Penulisan yang dimaksudkan adalah seperti surat kiriman rasmi dan tidak rasmi, dialog, syarahan, ucapan , laporan, berita, catatan harian dan perbahasan. Wacana berformat adalah komponen penting dalam kemahiran bahasa sehingga ia dijadikan satu gerak kerja utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah. Kamarudin Husin (1996: 192) memetik pendapat Loban menyatakan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan akhir sekali ialah kemahiran menulis. Penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bagi semua peringkat sekolah adalah tingkat terpenting kemahiran bahasa.Kemahiran mengarang ini amat disedari oleh para pendidik dan pengkaji bahasa. Ianya perlu dipelajari dan dilatih sebagai aset penting yang perlu dimiliki oleh setiap murid dalam mengharungi dunia moden hari ini. Ini jelas kelihatan mencakupi ruang litup dalam dunia persekolahan, pekerjaan dan sosial. Penguasaan bahasa penulisan akan melicinkan perhubungan formal dalam bentuk surat- menyurat, laporan, pernyataan perasaan, dan penglibatan dalam lain-lain aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang kreatif (kesusasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah. Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1976), dan Isahak Haron (1979) berpendapat penulisan karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa, dan ayat, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia (pengarang atau penulis) melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa (Awang Mohamad Amin, 1983:188).Keterampilan dalam mengarang perlu dikembangkan sejak dari peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat menengah melalui sistem pendidikan negara. Ini kerana semua mata pelajaran memerlukan kecekapan dalam pengucapan idea, fakta, dan hujah dalam bentuk tulisan. Marohaini Yusoff (1989: 179) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan menulis atau mengarang, dan tidak kepada aspek-aspek penggunaan bahasa yang baik serta teknik-teknik mengarang yang berkesan. Selain keperluan berfikir untuk mendapatkan isi, pelajar juga tidak diajar bagaimana untuk berfikir bagi menghasilkan cara yang berkesan menyampaikan sesuatu mesej atau idea.Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah. Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan dengan jelas bahawa kemahiran menulis adalah keperluan wajib bagi selain daripada kemahiran membaca, mengira dan menaakul yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk perlaksanaan modul-modul pembelajaran di alaf baru ini. Keempat-empat kemahiran ini perlu melangkah seiring memandangkan keperluan pendidikan Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang masih menetapkan pengukuran prestasi dan keupayaan murid-murid dinilai secara bertulis. Menulis tidak seperti membaca memerlukan kaedah yang spesifik dan memerlukan koordinasi minda dan anggota tubuh. Proses menulis adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di sekolah tetapi berlangsung sepanjang hidup.

Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung, menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan. Menulis memerlukan koordinasi tubuh yang sekata seperti minda, mata dan tangan untuk memilih ujaran dan kalimat yang sesuai untuk disepakati menjadi seperangkat ayat atau perenggan yang lengkap yang kemudiannya memberi makna dan kesan untuk melahirkan ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi oleh masyarakat umum, jika perlu. Menulis juga adalah proses merekod bahan-bahan ujuran ke dalam bentuk tulisan berdasarkan pendapat, idea dan pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol grafik yang disusun menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya menzahirkan bahasa dan gagasan. Penulisan yang tersusun akan memberi makna dan memberi manfaat kepada khalayak pembaca dan pendengarnya.Daripada A C Krizan dan Joyce P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga melalui grafik yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan semasa kita bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti. Maklumat bertulis mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai cara seperti wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpul dan direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada umat Muslim meskipun ratusan tahun sudah berlalu.

2.0 Jenis-jenis wacana berformat dalam Bahasa MelayuKonsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi format-format tertentu. Jenis-jenis penulisan tersebut adalah seperti:-a) Surat kiriman tidak rasmib) Surat kiriman rasmic) Dialogd) Syarahan; e) Ucapan; f) Laporan; g) Berita; h) Catatan hariani) Perbahasan.

2.1.1 Surat kiriman tidak rasmiFormat:i. Alamat pengirim mestilah ditulis di sebelah atas bahagian kanan suratii. Tarikh hendaklah ditulis di bawah alamat pengirimiii. Tidak perlu menulis alamat penerima, sebaliknya dimulai dengan pendahuluan surat.Contohnya: Ke hadapan bondaku Saidah bt Abdul Aziz yang kini berada di Kuala Kangsar semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.iv. Ada kata ganti nama diri. Contohnya saudara/saudari/bonda/ayahanda/nenda.v. Surat diakhiri dengan tandatangan dan nama pengirim.

2.1.2 Surat kiriman rasmiFormat:i. Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah kiri bahagian atas suratii. Garisan memanjang dari kiri ke kanan surat, di bawah alamat pengirimiii. Alamat penerima ditulis di bawah garisan panjangiv. Tarikh ditulis di sebelah kanan , sebaris dengan barisan akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar.v. Ada ganti nama diri.Contohnya: Tuan/Puanvi. Ada tajuk suratvii. Surat dimulai dengan perenggan pertama dahulu tanpa menulis nombor. Perenggan yang berikutnya hendaklah ditanda dengan nombor yang lurus dengan permulaan perenggan pertama.viii. Perenggan penutup tidak perlu diberikan nombor.ix. Tandatangan penulis di bahgian kiri surat. Nama pengirim ditulis dalam kurungan di bawah tandatangan dengan huruf besar. Nyatakan juga jawatan atau tanggungjawab penulis, misalnya, Bendahari, Persatuan Puteri Tunas.

2.1.3 DialogFormat :i. Ada nama watakii. Titik bertindik ditulis selepas nama watakContoh:Sugan : Ali, kamu hendak ke mana?Ali : Saya mahu ke kedai untuk membeli beras.

2.1.4 Syarahan/Ucapan/PerbahasanFormat:i. Memulakan penulisan dengan kata-kata atau ucapan alu-aluan.ii. Ada ganti nama diri. Contohnya: Sidang hadirin yang dihormati sekalian iii. Ada penegasan tajuk syarahan/ucapan/perbahasan

2.1.5 LaporanFormat.i. Ada tajuk. Huruf awal setiap perkataan perlu ditulis dengan huruf besar dan gariskan di bawahnya.ii. Penulisan mestilah mengikut urutan peristiwa/perkara yang dilaporkan.iii. Tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah kiri bahagian bawah laporan.iv. Tarikh laporan ditulis sebelah kanan bahagian bawah laporan, iaitu sebaris denganLaporan disediakan oleh.Contoh: Pada 4 Mac 2013, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 (SKBB1) telah mengadakan aktiviti Kempen Kebersihan 2013. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, En Mohd Ali Hassan. Semua murid menghadiri majlis perasmian yang diadakan di perkarangan sekolah. Tuan Guru Besar dalam ucapannya mahu aktiviti yang dijalankan selama seminggu ini mampu melahirkan murid yang mencintai kebersihan. Baginya, kebersihan merupakan budaya murid yang cemerlang. Oleh itu, beliau mahu menjadikan sekolah sebagai tempat melatih murid yang tahu menghargai kebersihan.

2.1.6BeritaFormat.i. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.ii. Tanda koma ditulis selepas nama tempat/bandar.iii. Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama tempat/Bandar.iv. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.Contohnya: PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah dikebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. 2.1.7 Catatan HarianFormat.Ada tarikh, nama hari dan masa(mengikut kesesuaian)Contoh:Selasa7.00 pagi: Bertolak dari sekolah ke Cameron Hihgland dengan menaiki bas.10.30 pagi: Tiba di Cameron Highland.

3.0 Aplikasi wacana berformat dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, boleh menjejaskan konsep wacana. Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah rendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan penulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan.

3.1 Peraturan wacana berformat: a) Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai sekurang-kurangnya tiga isi minimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau bukti yang kukuh dan relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan dan bertepatan dengan tajuk yang dipilih. b) Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberi. c) Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar terlihat kesinambungan idea antara ayat. d) Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul. e) Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar agar tidak menampakkan ketergantungan idea. f) Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerengganan yang dicadangkan antara lima hingga tujuh perenggan dan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat. g) Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa sahaja. h) Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam ayat dan penggunaan struktur ayat yang betul. i) Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang dikehendaki jika penulisan berkehendakkan format. j) Hasilkan peta minda atau membuat rangka penulisan sebelum menulis agar dapat membimbing pelajar/memberi contoh dalam menyusun isi/idea.

3.2 Proses menulis pula adalah seperti berikut: a) Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami, sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan mengolah dan mengembangkan isinya. Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih adalah dari segi: i. Bentuk atau format penulisan ii. Isi-isi /Laras bahasa iii. Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah dapat membuat pemilihan yang terbaik dan sekali gus mampu menghasilkan penulisan yang sempurna. iv. Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang tajuk atau soalan yang diberi, tetapi tidak tahu kehendaknya, ini juga bukanlah satu pilihan yang baik dan tepat kerana ini akan memerangkap diri sendiri. iv. Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan faham dengan kehendak soalan atau tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuan untuk menghurai atau mengembangkannya, maka itu juga bukan satu pilihan yang tepat. v. Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar difahami dan yakin boleh menguasainyavi. Untuk menguasai kemahiran tentang format karangan dan laras bahasanya, perlu memahami perbezaan format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenisnya dan perlulah rajin membuat latihan pelbagai jenis penulisan. vii. Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajuk penulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan, seperti buku ilmu pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainya. viii. Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian simpan dengan baik. Dengan cara ini, murid boleh membuat rujukan pada bila-bila masa.

3.3 Susunan penulisan berformat ialah: i. Rangka ialah garis kasar bagi membentuk penulisan yang lengkap. ii. Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid menulis. iii. Rangka penulisan membantu murid: Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidak lari/terpesong daripada tajuk atau soalan. Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yang betul. Menghasilkan perenggan yang cemerlang. Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang dihuraikan/diolah. Memastikan had karangan ditulis mengikut arahan melebihi jumlah patah perkataan dikehendaki. Mengelakkan pengulangan fakta. iv.Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting untuk menjimatkan masa. iv. Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri daripada: 1. Pendahuluan 2. Isi-isi penting 3. Penutup v. Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-perkara berikut: a) Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi yang lengkap dengan huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi. b) Huraian yang dimaksudkan ini ialah keterangan atau penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasan dan sokongan tentang isi-isi tersebut. c) Struktur perenggan yang baik ialah memulakan perenggan dengan menyatakan isi pokok, diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi penting. d) Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak semestinya tetap. Anda boleh juga memulakan perenggan itu dengan isi pokok. e) Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk mewujudkan kesinambungan isi. f) Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-baiknya panjang pendahuluan dan penutup harus seimbang dengan isi. vi. Proses penyemakan adalah seperti berikut: . Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau menyunting. Perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi. a) Aspek yang perlu disemak atau disunting ialah kesalahan bahasa, jumlah perkataan, pemerengganan. b) Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang tertinggal. c) Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai contoh atau contoh yang disertakan itu agak lemah, tambahlah contoh yang lebih tepat. d) Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda baca dan tatabahasa. e) Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka kemaskanlah tulisan kata-kata tersebut. f) Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan pembaca membaca dan mengesan isi; oleh yang demikian, penulisan akan menjadi mantap.

vi. Rangka penulisan meliputi contoh tentang pendahuluan, isi-isi dan penutup.

4.0 RUMUSAN

Sebagai guru Bahasa Melayu penguasaan dan kefahaman guru dalam memahami wacana berformat dan tidak berformat penting untuk mengelakkan kekeliruan semasa sesi pengajaran berlangsung. Secara kesimpulannya juga dapatlah dirumuskan wacana berformat mestilah ditulis mengikut cara tertentu. Ini kerana penulisan yang tidak mengikut format tertentu yang telah ditetapkan boleh menjejaskan konsep wacana.Selain itu, pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah rendah dan menengah juga membabitkan kehendak atau peraturan penulisan, proses penulisan dan rangka kasar perlu dibuat supaya wujud kesinambungan dalam wacana yang ditulis. Rangka penulisan perlu mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.Dapatlah dirumuskan dalam wahana berformat penulisan karangan bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan idea, isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata malahan ianya memerlukan format dan cara tertentu untuk menulis. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar pelajar-pelajarnya dapat menguasai wacana berformat dengan baik dan menepati kehendak soalan.

(2144 patah perkataan)

Rujukan:Juriah Long, Raminah Sabran, & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya:Longman Malaysia.

Modul OUM .HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu(Edisi Kedua)

2