HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
-
Upload
kamaljqa3002 -
Category
Documents
-
view
223 -
download
0
Transcript of HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 1/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini adalah membentangkan Sejarah dan Perkembangan Kesusasteraan
Melayu. Dengan harapan Sejarah Perkembangan Kesusteraan Melayu dapat difahami
secara ringkas tetapi lengkap dan padat.
1.1 PENGENALAN KESUSASTERAAN
Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit)
Su - indah, baik, lebih berfaedah
Sastera - huruf atau buku
Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya.
Kesuasasteraan merupakan ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan
mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah. sosial yang secara modifikasi
meresap masuk ke dalam karya Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi
hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah
bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh
dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau
tidak.
Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan
dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk
kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar
muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula
akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya
juga merupakan kesusasteraan.
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 2/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU
TRADISIONAL
Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama
iaitu :
i. Prosa Melayu Tradisional
ii. Puisi Melayu Tradisional
2.1 Prosa Melayu Tradisional
Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas
kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukannaratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada
lisan atau tulisandikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan sebagai
kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam
karya-karya tersebut merangkumi seluruh nusantara. Prosa Melayu tradisional berbentuk
lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
i. Naratif
ii. Bukan naratif
Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi
iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga
genre yang utama iaitu:
i. Mitos
ii. Legenda
iii. Cerita rakyat
Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita binatang,
cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan. Sementara itu naratif tulisan terbahagi
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 3/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
kepada lima genre iaitu:
i. Sastera sejarah
ii. Sastera hikayat
iii. Sastera sastera panji
iv. Sastera kepahlawanan / epik
v. Sastera agama
Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :
i. Sastera undang-undang
ii. Sastera kitab
iii. Sastera ketatanegaraan
iv. Kepustakaan ilmu tradisional
Penjelasan setiap genre prosa tradisional akan dibuat dalam tajuk penghayatan prosa
tradisional.
2.2 Puisi Melayu Tradisional
Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di
Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan
sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba
disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang
nyata. Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:
i. Naratif
ii. Bukan naratif
Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.
Manakala yang bukan naratif ialah :
i. Pantun
ii. Gurindam
iii. Endoi
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 4/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
iv. Rejang
v. Dikir/Zikir
vi. Rubai
vii. Nazam
viii. Masnawi
ix. Ghazal
x. Berzanji
xi. Qit'ah
xii. Seloka
xiii. Teromba
xiv. Talibun
xv. Peribahasa berangkap
xvi. Mantera
2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU
MODEN
Kesusasteraan Melayu moden adalah karya-karya yang dianggap mempunyai ciri-ciri sastera mengikut ukuran barat dan universal. Pada peringkat awal memanglah
pengarang-pengarang tidak menyedari atau memahami hakikat sastera. Akan
tetapi apabila masyarakat bertambah maju muncullah pengarang-pengarang yang
mengambil berat mutu-mutu karya mereka. Novel, sajak, cerpen dan drama
adalah genre sastera yang bermodelkan genre-genre sastera barat. Kesusasteraan
dalam pendekatan moden ditakrifkan sebagai hasil karya individu yang mengumpul
segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran, yang secara intelektual
menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang sebagai teks diri dan ideologi,
budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks sosial yang secara modifikasi meresap
masuk ke dalam karya sastera. Teks sastera dikatakan merentasi pelbagai cabang isian
ilmu, termasuk sains sosial, ekonomi, matematik, politik, agama dan sebagainya.
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 5/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
Kesusasteraan melayu moden terbahagi kepada novel, cerpen, drama, sajak,
biografi dan kritikan sastera.
4.0 BENTUK-BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
4.1 KESUSASTERAAN LISAN.
Kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi
yang lain. Dikenali juga sebagai sastera rakyat. contoh sastera lisan berbentuk cerita:
i. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )
ii. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
iii. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
iv. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
v. cerita penglipurlara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )
4.1.1 PERIBAHASA
Ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyai pengertian
yang tertentu (Kamus Dewan). juga dikenali sebagai bidalan atau pepatah. contoh :
‘biar mati anak jangan mati adat’.
4.1.2 PANTUN
sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap
(dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi
maksudnya (Kamus Dewan).
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 6/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
4.1.3 MANTERA
Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan
penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan)
4.1.4 TEROMBA
Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan).
Merupakan susunan kata-kata adat.
4.1.5 GURINDAM
Sejenis bentuk puisi terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran.
(Kamus Dewan). Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama
tadi.. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama. Jenis-jenis gurindam :-
i. Gurindam serangkap dua baris
ii. Gurindam serangkap empat baris
iii. Gurindam bebas
4.1.6 SELOKA
Kamus Dewan : seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka,
dll). Perkataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’.Bentuk puisi lama
yang ditulis secara berangkap-berangkap. Rima akhir adalah tidak tetap. Ia digubah sama
ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan. Seloka tidak mempunyai
pembayang.
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 7/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
Contoh seloka tiada pembayang:
Sudah bertudung terendak Bentan,
Dengan siapa saya sesalkan,
Sudah untung permintaan badan,
Pagar siapa saya sesarkan.
4.1.7 TEKA-TEKI
Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar
atau rumit yang jawapannya harus diduga, soalan untuk menduga akal.
Contoh teka-teki:
Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya,
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya ?
4.2 KESUSASTERAAN TULISAN
Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis. Pada
awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan. Sebelum adanya alat
pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja. Contohnya Hikayat Hang
Tuah dan Sejarah Melayu. Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan
tulisan rumi di perkenalkan. Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang
Kancil. Sastera tulisan berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 8/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
4.2.1 NOVEL
Menurut Kamus Dewan, novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya
panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial. Menurut
Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup
manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk melahirkan satu
persoalan kehidupan yang menarik. Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti
Nurbaya. Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :
Novel Perwatakan
Novel Psikologi
Novel Peristiwa
4.2.2 CERPEN
Cerita pendek (Kamus Dewan). Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang membawakan
satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang)
Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod.
4.2.3 DRAMA
Sejenis cereka yang berbentuk lakonan : ia selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’
berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’
4.3 SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA
4.3.1 ESEI
Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih pendek
daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk.
Menurut Encyclopedia Britannica bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 9/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
4.3.2 SAJAK
Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan
dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk
dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.
4.3.3 KRITIKAN SASTERA
Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik.
Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sendiri. Pertimbangan dan
penilaian terhadap karya–karya sastera akan diperkuat dengan alasan–alasan yang
munasabah.
4.3.4 FUNGSI KRITIKAN SASTERA
1. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan itu.
2. Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan
menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.
3. Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang
tidak baik.
4. Memberikan kenerangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya
sasteranya dengan pembaca.
5. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.
6. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat
membaca.
5.0 ALIRAN-ALIRAN DALAM PENULISAN SASTERA
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 10/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
5.1 Klasikisme
Classicism bermaksud gaya yang didasarkan kepada tamadun berkenaan sebagai
modelnya. Sumber lain mentakrifkan klasik sebagai sesuatu yang memiliki kedudukan
yang diakui dan tidak diragukan. Jika dirujuk kepada kesusasteraan, klasik bererti karya
yang tinggi nilainya dan sering dijadikan tolok ukur atau karya sastera zaman kuno yang
bernilai kekal. Klasikisme bererti peniruan langgam seni (kebudayaan mahupun
kesusasteraan) Yunani dan Romawi kuno, yang ditandai dengan pengutamaan bentuk,
kesederhanaan dan penguasaan emosi seperti yang berlaku pada abad ke-18 Masihi.
Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan bahawa klasikisme merupakan satu
aliran yang berpegang kepada pemikiran bahawa karya sastera mestilah mengutamakan
bentuk, isi dan penuh dengan emosi. Aliran ini juga sangat mementingkan nilai yang
terkandung di dalam sesebuah karya. Sehubungan itu, pengarangnya patuh kepada
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 11/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
konvensi sastera yang sedia ada, tidak kira sama ada prosa mahupun puisi. Jika karya itu
serangkap pantun misalnya, konvensi pantun mesti dipatuhi, isinya telah dikenal pasti,
dan matlamatnya juga telah ditentukan.
5.2 Romantisisme
Aliran penulisan karya sastera ini memfokuskan kepada perasaan. Konsep itu muncul di
Eropah sebagai reaksi kepada rasionalisme. Aliran ini beranggapan bahawa fikiran
manusia terbatas. Oleh sebab itu, intuisi (gerak hati) diperlukan untuk menanggap rahsia
alam ini. Tafsiran sedemikian dikaitkan dengan karya yang bergelumang dengan
perasaan. Perasaan itu merupakan ungkapan romantis, sedih dan pilu (melankolis)
terhadap orang yang dikasihi. Namun demikian, perasaan tersebut tidak terhad kepada
kekasih sahaja malahan juga kepada negara dan Tuhan.
5.3 Realisme
Aliran penulisan karya sastera ini menumpukan perhatian kepada gambaran atau
penggemblengan isu masyarakat dan muncul di Barat pada tahun 1930. Di Malaysia dan
Singapura, aliran ini diamalkan oleh pengarang dan penyair ASAS 50. Kesemuanya
memperjuangkan keadilan sosial. Oleh sebab itu, persoalan utama yang melatari karya
mereka ialah isu kemasyarakatan. Antaranya ialah darurat, ketidakadilan sosial, politik dannasionalisme.
Akibat daripada kecenderungan untuk memihak kepada politik dan idea-idea sosialis,
muncul satu cabang baru dalam realisme, iaitu realisme sosialis. Para pengarang yang
berpegang kepada cabang realisme ini memberi kemenangan kepada golongan miskin
dan tertindas. Di Malaysia, Kassim Ahmad menulis kritikan sastera berasaskan realisme
sosialis.
5.4 Naturalisme
Pada peringkat awal, aliran penulisan karya ini dipegang oleh para pelukis. Lukisan yang
terhasil menggambarkan sesuatu objek di dalam bentuk sebenarnya. Apabila aliran ini
dibawa masuk ke dalam penghasilan karya sastera, para penulis yang mendukunginya
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 12/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
mengemukakan karya yang isi dan persoalannya benar wujud di dalam masyarakat,
terutamanya kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Penggemblengan aliran ini
kita temui di dalam kumpulan cerpen yang berjudul Dua Zaman. Harus diingat bahawa
cerpen yang terkumpul dalam kumpulan tersebut dihasilkan oleh penulis ASAS 50.
5.5 Absurdisme
Aliran penulisan karya ini lahir sesudah eksistensialisme. Manusia seolah-olah
kehilangan segala-galanya selepas Perang Dunia Kedua. Situasi tersebut membentuk
kekosongan dalam jiwa manusia, tidak terkecuali jiwa para pengarang. Dengan demikian,
muncullah keluh-kesah di dalam jiwa pengarang. Lalu muncullah karya-karya yang
bertentangan dengan kenyataan, tidak masuk akal dan mustahil.
5.6 Surealisme
Surealisme muncul di dalam dunia kesusasteraan akibat daripada pelaksanaan
psikoanalisis Freud yang berhubung dengan kejiwaan manusia. Karya-karya yang
mengaplikasikannya menjurus kepada aspek tidak rasional dalam kehidupan manusia,
iaitu aspek bawah sedar.
5.7 Keislaman
Aliran ini muncul di Malaysia akibat tercetusnya polemik sastera Islam. Menurut aliran
ini, karya sastera yang terhasil perlu mengikut lunas Islam. Di samping itu, karya yang
terhasil perlu melukiskan kejernihan hidup orang bertakwa dan menggambarkan
ketidaktenteraman orang yang menjauhi Islam.
6.0 UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.
Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :
a. Intelek.
• Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 13/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
Karya sastera.
a. Emosi.
• Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
a. Imaginasi.
• Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadapsatu-satu benda dan peristiwa.
a. Teknik.
Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata,
mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalamlakonannya dan lain-lain.
7.0 kesimpulan
Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia
adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang
dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Rujukan
Selden, Raman ( terjemahan ), 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad. September 1987. “Kesusasteraan dan Permasalahan Manusia”. Dewan
Sastera. Jld. 17.9, hal. 8-11
http://clubitacom.com/topics/definisi-kesusasteraan.html
http://clubitacom.com/topics/sejarah-dan-perkembangan-kesusasteraan-melayu.html
7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A
http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 14/14
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU AZMI BIN ARAZAD 651101016431003
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Pendekatan pengajaran penulisan wacana oleh Raimes 1
2.1 Pendekatan Terkawal 2
2.2 Pendekatan Bebas 3
3.0 Pendekatan Pengajaran : Penulisan karangan Bergambar Secara
Berpandu.
3.1 Kaedah Bergambar 5
4.0 Aktiviti Menulis Karangan Bergambar
4.1 Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran 6
Langkah 1 6
Langkah 2 7
Langkah 3 8
Langkah 4 8
Langkah 5 9
5.0 Rumusan 9
6.0 Rujukan 11