HBMS1203 by HjhMariam
-
Upload
ikvar-abd-mohd -
Category
Documents
-
view
277 -
download
6
description
Transcript of HBMS1203 by HjhMariam
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
1.0 PENGENALAN
Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan . Secara tidak langsung,
aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran . Sejak
zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi
pengalaman seseorang . Lagu adalah komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak
(Phillips, 1990). Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran iaitu kognitif
(pengetahuan), psikomotor (kemahiran), dan afektif (perasaan dan sikap).
Bagi kanak-kanak , menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan
secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks kerana ia
memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor
dalam menghasilkan vokal yang baik
Perkusi pula secara definisinya adalah alat muzik yang boleh diketuk , dipalu atau
digoncang , digarik atau yang mempunyai dua atau lebih ciri-ciri di atas. Perkusi merupakan
alat muzik yang paling asas, digunakan oleh manusia sejak 6000 tahun sebelum Masehi.
Tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai ‘tulang belakang’ kepada sesuatu susunan muzik.
Terdapat tiga jenis alat perkusi iaitu membranophone, metalonophone dan idiophone.
Membranophone adalah alat perkusi yang menggunakan kulit atau apa-apa medium yang
membentuk membran untuk menghasilkan bunyi, seperti kompang, gendang jawa atau conga.
Metalonophone pula mengkhususkan permainan alat perkusi yang berasaskan logam pejal
yang sudah dilaraskan bunyinya mengikut nota-nota muzik yang tertentu seperti gamelan,
caklempong, dan xylophone. Alat perkusi yang boleh menghasilkan bunyinya sendiri tanpa
sebarang medium dipanggil idiophone. Ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri untuk
menghasilkan bunyi contohnya angklung, tamborin , shaker dan simbol.
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 1
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
2.0 PEMILIHAN LAGU KANAK – KANAK
Lagu yang saya pilih ialah lagu kanak-kanak yang bertajuk “Ajaran Baik“. Lagu ini
mempunyai dua rangkap dan setiap rangkap mempunyai lapan bar .
2.1 Lirik Lagu
Marilah kita sama bekerja ,
Bergotong –royong bersama-sama,
Tolong-menolong di mana saja ,
Bantu- membantu tandanya jaya .
Waktu dipadang kita bermain,
Kejar-mengejar sihatkan badan,
Janganlah ingat pada yang lain,
Ajaran baik buat teladan .
2.2 Skor Lagu
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 2
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
3.0 LIMA SEBAB PEMILIHAN LAGU
Lagu yang sesuai dengan renj suara para pelajar yang berumur sembilan tahun .
Lagu ini mempunyai perkaitan tentang kehidupan pelajar .Contohnya , amalan
bekerjasama , bergotong-royong,bantu-membantu dan amalan menyihatkan badan .
Iramanya lagu ini juga mudah , menarik dan berulang . Contohnya , walaupun lagu ini
mempunyai dua rangkap,tetapi irama di rangkap yang pertama di ulang pada rangkap
yang kedua .
Nada yang terdapat dalam lagu ini tidak terlalu tinggi dan tidak tidak terlalu rendah. Nada
yang rendah ialah not C dan nada yang paling paling tinggi ialah not D
Senikatanya yang menceritakan tentang kegembiraan dan mengandungi nilai murni.
4.0 KAEDAH PENGAJARAN
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu semasa proses
pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah . Kaedah - kaedah yang dimaksudkan adalah
bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning) . Melalui kaedah ini, murid mempelajari
sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural
(aural memory) murid .
Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah seperti berikut :
Kaedah Keseluruhan Lagu
Kaedah Baris Demi Baris
Kaedah Solfege dengan Isyarat Tangan Curven
Kaedah Menggunakan Carta Bola Pingpong
Kaedah Solfa
Kaedah Melakar Bertema
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 3
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
4.1 Kaedah Pengajaran Yang Dipilih
Kaedah pengajaran lagu yang saya pilih dalam pengajaran saya ialah kaedah melakar
bertema. Kaedah ini saya pilih kerana teknik ini sangat sesuai untuk mengajar murid tahap 1 .
Walaupun pelajar yang saya ajar sudah di Tahun 3 ,tetapi mereka dari kelas yang
mempunyai tahap sederhana kerana belum begitu lancar membaca.
Oleh yang demikian , lagu yang sesuai untuk diajar mengikut cara ini mesti
mempunyai tema yang menarik dan boleh membuat gambar . Sebagai contoh , lagu “ Ajaran
Baik “ guru boleh menunjukkan gambar – gambar yang berkaitan dengan amalan baik dalam
kehidupan seharian .
Langkah – Langkah mengajar lagu “ Ajaran Baik “ adalah seperti berikut :
Guru bercerita mengenai isi lagu kepada
Guru menunjukkan carta yang telah diajar kepada murid dengan gambar – gambar
yang menarik dan tersusun mengikut cerita lagu,iaitu rangkailagu satu gambar .
Guru bertanya soalan mengikut gambar sambil mengajar murid membaca lirik lagu
secara gambar demi gambar dan baris demi baris .
Guru memperdengarkan lagu kepada murid sambil menunjukkan gambar – gambar
di carta kepada murid .
Murid diajar menyanyi sambil menunjukkan gambar demi gambar atau rangkai demi
rangkai .
Murid menyanyi seluruh lagu dengan iringan muzik
Menggabungjalinkan nyanyian dengan gerakan dan alat perkusi .
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 4
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN
Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Kelas Tahun 3 Mawar
Bilangan murid 28 orang
Tarikh/Hari 20 Jun 2015 / Rabu
Masa 10.30 – 11.00 ( 30 Minit )
Aspek 2.1 Pengalaman Muzikal
2.1.1 Menyanyi :
- irama
- melodi
- ekspresi
2.2 Permainan alat
2.2.1 Bermain alat perkusi secara muzikal
meter tekanan empatan .
Hasil Pembelajaran Di akhir pelajaran ini,80% daripada pelajar dapat :
i. Menyanyikan lagu dengan teknik yang
betul mengikut irama, melodi dan
ekspresi.
ii. Bermain alat-alat perkusi dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah menyanyi beberapa buah lagu dengan
pic yang betul secara berpandu.
Tajuk Lagu Ajaran Baik
Aktiviti Pelajaran 1. Latihan pernafasan menggunakan penyedut
minuman.
2. Latihan menepuk irama lagu yang didengar.
3. Guru membaca lirik secara lakaran bertema dan
murid mengajuk.
4. Latihan menyanyi lagu sambil menepuk corak
irama lagu.
5. Latihan menyanyi melodi lagu mengikut pic
yang ditetapkan.
6. Latihan menyanyikan lagu mengikut ekspresi
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 5
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
yang ditetapkan dan menyanyikan semula
dengan cara yang sama.
7. Ujian menyanyi lagu mengikut corak irama
melodi dan ekspresi yang ditetapkan
Nilai Bekerjasama,Kebersihan Fizikal dan Mental
KBKK Membanding beza , Mengecam
Bahan dan Media Pengajaran Carta lagu , imbasan corak irama , gambar
bertema ,kayu tik-tok , kerincing , dan
tamborin ,straw , LCD ,komputer
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 6
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
LANGKAH PELAKSANAAN
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P& P Catatan/Bahan
Permulaan
Set Induksi
( 3 Minit )
1. Gambar majlis kenduri dan
membersihkan kawasan
rumah.
2. Latihan pernafasan
Menggunakan straw
1. Guru bertanya tentang aktiviti yang
terdapat dalam gambar.
2. Sebagai rangsangan untuk menyanyi.
BBB : Gambar
Nilai : Tolong-menolong
Perkembangan
Langkah 1
( 7 Minit )
1. Carta lagu
2. Gambar Lakaran bertema
mengikut rangkailagu.
( Konsep Irama )
1. Guru menunjukkan carta lagu yang
hendak di ajar
2. Guru menayangkan lakaran bertema
dan menyanyikan rangkailagu
mengikut gambar yang ditunjukkan
.
3. Murid mengajuk nyanyian guru
BBB : Carta lagu,
tayangan LCD
lakaran bertema
Kecerdasan Pelbagai :
1. Muzikal
2. Kinestetik
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 7
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
Langkah 2
( 7 Minit )
1. Mengecam dan
mengenal pasti bunyi alat
perkusi.
( Konsep Warna Ton )
1. Guru memainkan alat-alat perkusi
mengikut detik lagu.
2. Guru meminta murid mengajuk bunyi
alat-alat tersebut sambil menepuk
detik.
3. Murid-murid mengikut arahan guru.
BBB : kayu tik -tok
,kerincing dan
tamborin
KBKK : Membanding
beza
Langkah 3
( 10 Minit )
1. Menyanyikan lagu
‘ Ajaran Baik “
2. Menyanyi sambil
menepuk detik lagu.
3. Bermain alat-alat
perkusi mengiringi
lagu ‘Ajaran Baik’
1. Guru memaparkan slaid lirik lagu
‘Ajaran Baik’ dan memperdengarkan
lagu tersebut.
2. Murid mendengar sambil membaca
lirik lagu.
3. Guru meminta murid menyanyikan
lagu ‘Ajaran Baik ’ dengan iringan
muzik
4. Murid menyanyi lagu tersebut dengan
iringan muzik .
5. Guru membimbing murid bermain alat
perkusi mengikut kumpulan iaitu :
Kump. 1- Kayu tik-tok
Kump. 2- Kerincing
BBM :Slaid lirik lagu
‘Ajaran Baik“
Komputer ,LCD ,
Audio
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 8
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
Kump. 3- Tamborin
6. Murid-murid bermain alat-alat tersebut
dalam kumpulan dengan bimbingan
guru.
7. Guru meminta semua murid bermain
alat perkusi secara serentak mengiringi
lagu ‘Ajaran Baik ‘.
8. Murid-murid bermain alat-alat tersebut
secara serentak dengan bimbingan
guru
Penutup
( 3 Minit )
1. Rumusan
2. Lembaran Kerja
1. Guru membuat rumusan tentang isi
pelajaran.
2. Murid-murid diberi lembaran kerja
sebagai
kerja rumah
BBM : Lembaran Kerja
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 9
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
6.0 ANALISIS SKOR LAGU
Lagu ‘Ajaran Baik’ ini mempunyai empat baris dalam satu rangkap dan di mulakan
dengan kod C Major . Terdapat tiga kod asas dalam kod C Major iaitu I ( C ) , IV ( F ) dan
V7/V ( G7 / G ) . Kod – kod yang saya gunakan dalam lagu ini ialah dimulakan dengan kod
C iaitu dengan menekan key CEG , diikuti dengan kod G7 iaitu dengan menekan key GBDF .
Pada rangkaikata seterusnya saya menggunakan kod F dengan menekan key FAC kemudian
kod C pada baris lagu yang seterusnya . Di baris yang ketiga saya menggunakan kod G
dengan menekan key GBD dan kod F . Di baris yang ketiga saya menggunakan semula kod
G , C , G7 dan di akhiri dengan kod C . Perisian yang saya gunakan dalam menulis skor lagu
ini ialah Perisian Encore .
i. Penjarian Tangan Kiri Kod C Major
5 2 1
ii. Penjarian Tangan Kiri Kod F
4 2 1
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 10
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
iii. Penjarian Tangan Kiri Kod G7
5 3 1
iv. Penjarian Tangan Kiri Kod G
i.ii.
5 3 1
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 11
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
7.0 CORAK IRAMA TIGA ALAT PERKUSI
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 12
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
8.0 KESIMPULAN
Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang
berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep
berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik.
Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa kepada
kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. Terdapat tujuh konsep
muzik iaitu irama,melodi,harmoni,tekstur ,warna ton,bentuk dan ekspresi Konsep muzik ini
wajib dikuasai oleh seseorang pelajar menjelang tamatnya persekolahan mereka di sekolah
rendah.
Kaedah-kaedah pengajaran pula dapat membantu guru membuat perancangan dan
rancangan pelajaran muzik ataupun nyanyian secara berperingkat - berperingkat mengikut
perkembangan pelajar serta mengambil kira kebolehan mereka .Kepelbagaian kaedah
mengajar , pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran menepati gaya pembelajaran
pelajar yang berbeza dan unik untuk pembelajaran yang efektif , menarik dan bermakna.
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 13
MARIAM@IPPANG BINTI MOHAMMADNO MATRIK : 700509125234001
RUJUKAN
Fakulti Pendidikan dan Bahasa .( 2011 ) HBMS 1203 Pengajaran Muzik 1 : Open
University Malaysia .
Kementerian Pendidikan Malaysia .( 2003 ).Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik
Tahun 3. Kuala Lumpur : PPK
Nani Menon (2008). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Kuala Lumpur:PTS
Professional.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 3. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
http://cikgumuzik.com/index.php?
option=com_content&view=article&id=178&Itemid=201&limitstart=2
http://cikgumuzik.com/rancanganpengajaranharian/muzik/RPHTH3.pdf
http://www.all-about-pianos.com/piano-chords.html
http://sohailahakim.blogspot.com/2011/12/alat-perkusi.html
HBMS 1203 | PENGAJARAN MUZIK I 14