Hbms2103_pengajaran Muzik 2

download Hbms2103_pengajaran Muzik 2

of 16

description

jawapan soalan tugasan hbms2103semester mei 2015Pengajaran muzik 2

Transcript of Hbms2103_pengajaran Muzik 2

HBMS2103 (780911125171001)2

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMS2103PENGAJARAN MUZIK 2MEI 2015

NAMA: RAYMOND FLORENTIUSNO. MATRIKULASI : 780911125171001NO. KAD PENGENALAN: 780911125171NO. TELEFON: 0143771222E-MEL: [email protected] TUTOR:YAMATUS@ABDUL HALIM BIN DALIMASPUSAT PEMBELAJARAN: OUM KENINGAU

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2.0 Kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran koir 2.1Kaedah 2.2Falsafah 2.3Teknik kemahiran

3.0 Kaedah Kodaly : Aktiviti nyanyian solfa 3.1Teknik kemahiran 3.2Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan

4.0 Kaedah Kodaly : Aktiviti MENEPUK IRAMA 4.1Teknik kemahiran 4.2Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan

5.0 Impak dan kesan Kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran koir6.0 penutup

7.0 rujukan

3-4

5566

77-88-10

111112

13-14

15

16

1.0PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran koir di sekolah bukanlah sesuatu yang baru diwujudkan. Tidak boleh dinafikan bahawa perkara ini makin hari makin lebih diberi perhatian oleh pendidik-pendidik muzik. Sesetengah sekolah mampu membiayai tenaga pengajar dari luar (seperti sekolah-sekolah di bandar) walaupun ia menelan belanja yang besar, hanya untuk memastikan bahawa pasukan koir sekolah itu menjuarai pertandingan-pertandingan, baik peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Apakah yang dimiliki oleh pengajar-pengajar luar ini yang tidak ada pada pendidik-pendidik muzik di sekolah?Melihat kepada matlamat program Pendidikan Muzik di kedua-dua peringkat persekolahan, nyata sekali mata pelajaran ini adalah ke arah pendidikan estetik (aesthetic education) yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan individu yang seimbang. Hal ini perlu dipandang serius lebih-lebih lagi pada masa munculnya banyak informasi dan dapatan baru tentang perkembangan individu seperti pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) dan kecerdasan emosi (Emotional Intelligence) yang mengambil kira unsur unsur afektif dalam usaha mencapai kecemerlangan. Dalam teori pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) oleh Gardner (1983), muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri. Gardner membahagikan pelbagai kecerdasan manusia kepada lapan kategori; iaitu kecerdasan verbal-linguistik (mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat encoding dan decoding bahasa), kecerdasan logik- matematik (menyelesaikan masalah, penaakulan, logik dan kemahiran nombor), kecerdasan visual spatial (berkaitan dengan arah, arkitek, penyusunan dan hiasan), kecerdasan muzikal (mengarang, menggayakan, menghayati dan mengenal muzik), kecerdasan interpersonal (empati, mudah memahami, menyelesaikan konflik, kemahiran mencari (konsensus), kecerdasan intrapersonal (pengetahuan kendiri, konsep kendiri, penilaian kendiri, emosi), kecerdasan kinestatik (menari, melompat, membuat pergerakan), dan kecerdasan naturalis (mengenal pasti, membuat kategori mengenai alam). Potensi individu dalam aspek ini telah pun dibuktikan melalui kajian saintifik dan maka itu terpulang kepada kita untuk mengeksploitasinya ke arah pembinaan insan yang seimbang dan berketrampilan.Guru-guru muzik di sekolah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hakikat ini. Ini hanya boleh dibuat dengan penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalam\ aktiviti-aktiviti yang berunsurkan muzik, seperti dalam pancaragam sekolah, orkestra sekolah, kumpulan kamar (chamber group) sekolah, dan tidak ketinggalan kumpulan koir sekolah yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini. Pengajaran koir adalah sangat sesuai diajar pada peringkat rendah lagi kerana ianya juga sesuai untuk kanak-kanak meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan cara berfikir mereka. Ini juga akan memupuk semangat bekerjasama dalam satu pasukan koir itu dan dapat menghiburkan hati serta perkembangan intelek setiap kanak-kanak. Sebagai contoh, murid-murid sekolah rendah dalam satu kumpulan koir dapat merasakan suatu pengalaman seperti berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan bertukar pendapat melalui pengajaran dan pembalajaran yang dilatih kepada mereka. Ini dapat membina persefahaman dalam pergaulan mereka dan mampu melibatkan kanak-kanak secara aktif dan progresif dalam pendidikan dan pengajaran koir apabila mereka bergerak dalam satu kumpulan ini (Fadzilah Lokman, 2012).Koir juga dianggap sebagai suatu aktiviti rekreasi yang sesuai untuk pilihan pelajar melakukan aktiviti kokurikulum sekolah dan sepatutnya dikhususkan kepada kanak-kanak. Hal ini disebabkan koir mampu untuk memberi penekanan dalam pembentukan kualiti diri dan sahsiah kanak-kanak yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah kreativiti dan etika. Ianya juga merupakan pendorong kepada mereka untuk penggerak minda supaya dapat berfikir kearah peningkatan diri dan disiplin diri yang tinggi.Selain itu, pengajaran koir dalam sekolah rendah perlulah difokuskan kepada teknik nyanyian setiap kanak-kanak itu. Perkara ini perlu dikendalikan dengan efektif oleh guru koir untuk memastikan anak-anak muridnya dapat melakukan nyanyian yang baik. Ini disebabkan oleh sikap kanak-kanak yang mempunyai sifat untuk mempelajari sesuatu perkara itu dengan tepat dan cepat. Oleh itu, penggunaan nada yang betul pada murid sekolah rendah dapat dikembangkan kemahiran tersebut pada masa hadapan. Kumpulan koir yang baru sahaja ditubuhkan sebahagian besarnya adalah daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai asas dalam beberapa kemahiran dalam muzik. Semasa dalam proses latihan, kumpulan koir ini menunjukkan bahawa mereka lemah dalam beberapa teknik seperti nyanyian solfa dan menepuk irama. Oleh itu, artikel ini akan memfokuskan lebih kepada kelemahan dalam kemahiran nyantian solfa dan menepuk irama dalam kumpulan koir sekolah rendah ini.

2.0Kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran koir

Kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam membantu pembelajaran koir lebih berkesan adalah melalui kaedah Kodaly. Kaedah ini pada asasnya diperkenalkan oleh Zoltan Kodaly yang merupakan seorang tokoh kebudayaan muzik pada abad ke 20. Beliau merupakan seorang yang mempunyai semangat patriotic yang tinggi dan mengekalkan kebudayaan serta identiti negara melalui lagu rakyat. Beliau akan mengambil lagu-lagu rakyat seluruh Hungary dan menciptanya semula mengikut kaedah yang asal. Melalui kaedah ini, masalah pelajar dalam nyanyian solfa akan dapat diatasi dengan melakukan latihan secara rutin bagi membiasakan pelajar dengan not-not dan mampu mengenal bunyi dengan baik. Menurut Choksy L. (1981), There are very real values from using Kodaly tecniques of solfa, hand singing and rythm duration to student in classroom. Solfa is valuable because is provides pure vowel sound and clean in singing. Pengetahuan asas adalah penting untuk untuk mendapat suatu pengetahuan untuk membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal dengan mudah. Pengetahuan ini seterusnya dapat ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupaya membuat muzik sendiri.

2.1Kaedah

Pendekatan Kodaly mempunyai beberapa kaedah yang sering digunakan dalam membantu proses pengajaran seperti kaedah nyanyian solfa, menggunakan isyarat tangan dan sebutan berirama. Kaedah ini sentiasa berkembang dan berterusan disebabkan oleh perubahan yang berlaku sejak bermulanya kaedah ini.Kaedah ini dilihat akan terus berubah supaya dapat cara untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan teknik nyanyian dan menggunakan simbol irama. Ini juga membantu kanak-kanak untuk membaca perkaitan suatu pic itu sama ada menaik atau menurun dengan menggunakan isyarat tangan. Sebagai contoh, kumpulan koir ini akan dilatih dan diajar mengenai Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do yang merupakan suatu not yang sering digunakan untuk mewakili bunyi dalam satu pic dan hubungannya. Latihan secara berterusan akan menyebabkan kemahiran literasi muzikal kumpulan ini turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual.

2.2Falsafah

Falsafah utama dalam pendekatan Kodaly ialah muzik adalah untuk semua orang. Pendekatan ini merujuk kepada hak setiap orang untuk menceburi dalam bidang ini. Kodaly percaya bahawa kanak-kanak mempunyai kelebihan tersendiri dan potensi mereka untuk berada dalam bidang ini. Peluang seharusnya diberi kepada mereka untuk mengembangkan bakat semulajadi seperti persembahan dan bermain muzik. Oleh itu, kumpulan koir ini sememangnya patut digilap dengan sebaiknya kerana mereka mempunyai potensi tersendiri sekiranya diberi peluang.Selain itu, kanak-kanak haruslah diberi pendedahan pada muzik sejak usia muda lagi dan itu merupakan penting dalam pembelajaran usia muda untuk perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak dilatih untuk menyanyi menggunakan pola melodi yang asas seperti Do-Re, Do-Re-Mi dan menyebut irama menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut melodi muzik. Kelemahan mereka dalam nyanyian solfa harus menggunakan cara asas ini bagi mengelakkan mereka keliru dengan pengajaran yang diberikan. Pelajaran juga diajar untuk mengajar kanak-kanak bahasa ibunda terlebih dahulu sebelum mempelajari bahasa asing. Oleh itu, pengajaran muzik dalam pendidikan adalah harus dan kanak-kanak seharusnya lebih mengetahui dan dididik lagu ibunda mereka sebelum lagu-lagu bahasa lain.

2.3Teknik kemahiran

Kaedah Kodaly merupakan suatu pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak dalam literasi muzik kerana ianya dilakukan dalam penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kepada kanak-kanak seperti kemahiran dalam latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan mendengar, membuat persembahan dan bacaan semerta. Selain itu, kemahiran ini turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan ingatan visual. Masalah pelajar adalah melalui nyanyian solfa dan menepuk irama dan memandangkan kedua-duanya adalah merujuk kepada kaedah Kodaly, teknik yang digunakan juga adalah hampir berkaitan antara satu sama lain. Kedua-dua akan menggunakan konsep irama dan melodi tetapi solfa adalah merujuk lebih kepada latihan dalam nyanyian dan turun naik terhadap not itu. Menepuk irama adalah lebih ringkas kerana kumpulan ini akan lebih banyak membuat pendegaran dalaman dan penghafalan yang baik.

3.0Kaedah Kodaly : Aktiviti nyanyian solfa

Solfa merupakan teknik nyanyian menggunakan suatu suku kata mengikut pic tertentu dan dapat membantu pelajar mengenal pic not-not tertentu. Ini akan dapat melatih kumpulan koir yang baru untuk menguasai pendengaran muzikal dalam kanak-kanak dan hubungan bunyi dengan pic. Terdapat juga penglibatan solfa dengan isyarat tangan Curwen dalam aktiviti ini. Ini membolehkan kumpulan ini lebih faham dan mahir terhadap suatu jenis-jenis not tertentu.Menurut Zoltan Kodaly (1882-1967), kanak-kanak tidak dapat menyanyikan not-not yang berjeda separuh ton atau semiton dengan tepat dan memuaskan (nyanyian pentatonik do re mi so la tidak terdapat sebarang jeda semiton). Kanak-kanak perlu belajar perkara yang mudah dahulu sebelum pergi ke peringkat seterusnya. Terdapat tujuh urutan dan setiap langkah diulang berkali-kali agar subjek dapat menguasai setiap pic dan jeda yang dipelajari. Berdasarkan jadual solfa berjeda (lihat Gambarajah 3.1) tersebut, ahli kumpulan dibimbing untuk latihan nyanyian solfa bedasarkan urutan, di mana urutan pertama adalah pada tangga teratas dan seterusnya.

Gambarajah 3.1 : Jadual solfa berjeda

3.1Teknik kemahiran

Masalah yang dihadapi oleh kumpulan koir ini adalah melalui nyanyian solfa dan teknik kemahiran yang diaplikasikan untuk mengatasinya adalah dengan sistem Tonik Solfa. Sistem ini menggunakan Moveable Do System yang merujuk kepada perubahan not Do kepada nada berlainan. Ini disebabkan do merupakan nada major dan la dalam nada minor seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah. Teknik ini sesuai untuk kumpulan koir ini untuk mengatasi masalah mereka dalan nyanyian solfa kerana pengenalan secara berterusan not-not akan membolehkan mereka kenal dan mengetahui hubungan antara pic dan fungsinya. Sebagai contoh, pengajar akan mengajarkan not-not asas terlebih dahulu seperti not-not Do, Re, Mi, Fa dan So diajar secara menaik dan menurun (Lihat Gambarajah 3.2).

Gambarajah 3.2 : Not-not asasUntuk membolehkan mereka lebih memahami atau mengenali pic not dan hubungan antara not-not yang lain adalah menggunakan solfa dengan isyarat tangan Curwen. Kumpulan koir ini sememangnya telah mengetahui tentang satu set silibel dan silibel ini adalah yang mewakil bunyi antara yang satu sama lain. Ahli kumpulan akan dijelaskan mengenai pic yang mempunyai isyarat tangan untuk melambangkan pic-pic tersebut seperti dalam Gambarajah 3.3.

Gambarajah 3.3 : Isyarat tangan Curwen

3.2Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan

Aktiviti yang dilaksanakan menggunakan konsep Moveable Do System dimana not Do berubah untuk nada yang berlainan dan sebagai contoh, C natural adalah Do dalam nada C major, D adalah Do dalam nada D major dan sebagainya. Menurut Zoltan Kodaly, sistem do bergerak lebih meyakinkan kanak-kanak untuk menyanyi di mana-mana tangga nada. Langkah latihan nyanyian adalah mengikut urutan: i. Ahli-ahli dilatih untuk nyanyian solfa dalam nada C major terlebih dahulu dimana not tonik do adalah C. ii. Ahli-ahli dilatih secara berkumpulan terlebih dahulu kemudian secara individu.iii. Latihan nyanyian keratan tiga bar dalam tangga nada tersebut dijalankan secara berulang-ulang sehingga subjek dapat menyanyikannya secara lancar dan dapat menguasai pic nada tersebut. iv. Kemudian subjek dibimbing untuk menyanyikan solfa dalam tangga nada G major. Sama seperti langkah pada nada C major dimana ahli dilatih dalam kumpulan terlebih dahulu kemudian secara individu dan latihan nyanyian dijalankan secara berulang-ulang. v. Setelah selesai latihan nyanyian secara berulang barulah beralih ke nada D major.

Latihan 1 Nada C Major

Latihan 2 Nada G Major

Latihan 3 nada D Major Pada peringkat awal aktiviti, kanak-kanak dalam aktiviti kumpulan ini akan sedikit lambat untuk mempelajari mengenai not-not ini. Ahli kumpulan akan dilatih secara berterusan mengenai not dan menyanyi Do sehingga So. Apabila kumpulan ini secara keseluruhan dapat mengenali not dengan baik, mereka ini akan dilatih mengenai bunyi jeda perfek ke 5. Contoh dalam aktiviti ini ialah, kanak-kanak akan diajar untuk menyanyikan jeda ini dalam pelbagai nada asas. Selepas itu, kumpulan ini akan dilatih secara perlahan-lahan mengenai jeda minor ke 3 iaitu So Mi. Ini disebabkan jeda ini adalah susah untuk dinyanyikan dan pelatih haruslah melatih kanak-kanak dalam kumpulan ini dengan secukupnya. Selepas dilatih dalam semua nada nyanyian solfa, sistem nama not haruslah dikenalkan kepada setiap ahli kumpulan. Sistem nama not ini adalah penting dalam pengajaran not-not muzik dan dapat mengelakkan kumpulan ini daripada masalah untuk mengenali huruf-huruf not yang digunakan untuk koir dan keseluruhan muzik. Sebagai contoh, not-not seperti A, B dan C haruslah diajar kepada kumpulan koir ini untuk mengembangkan lagi pengetahuan mereka. Apabila kumpulan itu telah mengetahui dan mendalami setiap not-not, mereka akan didedahkan dengan isyarat tangan Curwen untuk setiap not solfa tadi. Ini bagi memudahkan mereka untuk membaca gerakan tangan yang ditunjukkan apabila membuat persembahan koir mereka.Dalam pengajaran menggunakan isyarat tangan, demonstrasi ditunjukkan kepada mereka sambil menyanyikan pic tersebut dan menyuruh mereka untuk menirunya. Pengajar akan memastikan setiap kedudukan tangan pelajar adalah betul sebelum menukar pic seterusnya. Oleh itu, kumpulan ini akan dapat menggunakan setiap latihan itu untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam nyanyian solfa ini. Mereka seterusnya akan mengetahui lebih dalam berkaitan kod dan not yang mereka lihat. Kumpulan ini juga tidak akan mempunyai masalah apabila melihat isyarat tangan daripada conduct mereka kerana telah diberikan latihan secara asas mengenai isyarat tangan Curwen.

4.0Kaedah Kodaly : Aktiviti MENEPUK IRAMA

Menepuk irama merupakan suatu aktiviti yang penting untuk menguatkan lagi daya ingatan muzikal setiap kanak-kanak. Aktiviti ini juga termasuk dalam pendekatan Kodaly yang juga diajarkan tahap demi tahap. Oleh itu, cara pengajaran dalam menepuk irama akan dilakukan melalui lagu yang biasa didengar oleh ahli-ahli kumpulan koir akan diajar dahulu. Sebagai contoh, mereka haruslah diajar terlebih dahulu dengan irama lagu rakyat yang sering didengari. Ini kerana lagu rakyat mempunyai corak irama yang berbeza. Jadi penting untuk pengajar untuk melebihkan pengajaran mereka terhadap lagu yang biasa didengari yang mana kelemahan kumpulan ini akan diatasi secara bertahap.

4.1Teknik kemahiran

Kemahiran dalam menepuk irama adalah melalui menepuk semula irama yang kanak-kanak dengar tetapi menepuk irama tidak semestinya ditunjukkan dalam bentuk lagu kerana kanak-kanak akan keliru jika gunakan kaedah sedeimikian. Oleh itu, penerangan dalam meter lagu haruslah menjadi satu kemestian dalam pembelajaran mereka. Sebagai contoh, penerangan dalam beberapa bit-bit iaitu bit pertama sehingga ketiga. Bit ketiga setengahnya adalah merupakan bit rehat.Bit tersebut akan diajarkan kepada kumpulan ini dengan beberapa tepukan ataupun bit. Tepukan pertama adalah merupakan bit yang ketiga setengah. Ahli kumpulan akan diajar dalam pelbagai tempoh dan irama akan ditunjukkan secara berasingan. Irama akan ditepuk dua atau tiga kali untuk didengarkan kepada mereka sehingga mereka dapat irama tersebut. Kumpulan ini akan disuruh untuk menepuk semula irama ini mengikut tempoh yang sama. Apabila ahli-ahli kumpulan koir ini semakin biasa dengan tepukan yang diberi, mereka seterusnya akan diberikan dengan corak irama dalam pelbagai lagu tetapi akan diajar secara perlahan bagi mengelakkan sebahagian mereka ini daripada keliru. Sebagai contoh, suatu melodi yang baru akan diajarkan dengan menggunakan perwakilan grafik untuk menunjukkan lebih jelas corak irama tersebut.Bagi ahli kumpulan yang lemah atau lambat dalam proses pembelajaran, menepuk irama ini akan dibahagikan kepada dua frasa iaitu bar pertama dan kedua adalah frasa pertama dan bar seterusnya adalah frasa kedua. Melalui kaedah ini, mereka akan dapat mengikuti corak irama ini dengan baik.

4.2Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan

Persediaan pengajar untuk aktiviti ini adalah melibatkan daripada kepelbagaian jenis pola irama ternasuklah yang mempunyai sinkopasi. Ini akan membolehkan kanak-kanak ini mengikut apa yang dilakukan oleh pengajar dalam aktiviti menepuk irama. Terdapat beberapa juga aktiviti yang diajarkan kepada kumpulan koir ini untuk menyelesaikan kelemahan mereka dalam menepuk irama.Aktiviti yang diajarkan kepada kumpulan ini seperti menyuruh ahli-ahli ini mengikut atau meniru suatu irama mudah dan melakukan suatu improvasi terhadap irama yang diberikan. Apabila menepuk suatu irama itu, mereka ini seterusnya hendaklah menjawab corak irama dengan sedikit improvisasi tetapi meter dalam irama ini tidak boleh diubah. Selain itu, kumpulan koir ini akan diminta untuk membentuk beberapa kumpulan untuk dipecahkan dan memulakan aktiviti dengan menepuk satu irama daripada kumpulan pertama dan corak irama akan dibalas oleh kumpulan seterusnya. Selepas itu, kumpulan lain akan membuat satu corak irama dan harus dibalas kumpulan lain. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji irama dan rentak dalam kanak-kanak ini.Dalam aktiviti lain, ahli-ahli kumpulan juga akan diberikan irama dengan menggunakan sebutan daripada pengajar. Apabila sebutan telah diberikan, mereka akan menepuk mengikut sebuan yang diberikan itu dengan menggunakan tempoh not yang betul. Sebutan irama yang panjang akan membolehkan mereka mengingat dan menepuk semula sebutan irama tadi. Apabila mereka mengadaptasi dalam koir, menepuk irama akan membolehkan setiap lagu koir yang mereka bawa adalah mengikut tempoh dan sedap didengar selain mengingat bit-bit yang telah dilatih kepada mereka dan mempunyai daya ingatan yang kuat berdasarkan latihan mereka itu.

5.0Impak dan kesan Kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran koir

Apabila mempelajari nyanyian solfa, ahli-ahli kumpulan koir tersebut akan lebih dapat menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan terhadap sesuatu secara berperingkat. Mereka juga akan lebih berkeyakinan diri untuk menyanyi dengan mengikut tempoh dengan pic yang tepat. Aktiviti yang diberikan dapat memberikan pengetahuan yang lebih kepada mereka dan secara perlahan kumpulan itu akan mengadaptasi setiap latihan tersebut dan menjadi lebih kreatif.Kumpulan koir ini juga akan dapat mengetahui bahasa muzik dan mudah untuk mereka membuat latihan dalam pelbagai lagu yang ingin mereka ketengahkan selain membolehkan mereka untuk lebih bertanggungjawab dalam kumpulan. Kaedah Kodaly ini juga memupuk mereka untuk mendalami muzik lagu rakyat selain didedahkan dengan pelbagai not-not dan isyarat tangan Curwen dalam latihan mereka.Ini adalah amat membantu dalam perkembangan sosial seni yang seimbang, minda mereka akan semakin terbuka luas dan mampu untuk melakukannya untuk pelajaran yang lain. Oleh itu, kumpulan ini akan lebih maju apabila mereka dapat mengetahui teknik nyanyian solfa dengan betul dan dapat membaca serta menulis skor muzik seperti mana mereka cekap untuk membaca dan menulis dalam bahasa.Seperti juga kemahiran yang diperoleh kanak-kanak dalam kumpulan ini apabila mereka dapat menguasai dan mahir dalam menepuk irama berdasarkan aktiviti yang telah diberikan kepada mereka. Kumpulan ini akan dapat memberi konsentrasi yang lebih dalam aktiviti menepuk irama kerana mereka diminta untuk mengikutnya seperti apa yang ditunjukkan oleh pengajar. Mereka akan lebih diuji melalui cara pendengaran dan ingatan mereka terhadap tepukan irama itu. Ini akan dapat gunakan dalam mata pelajaran yang lain dan mampu meningkatkan keupayaan mereka untuk mengingat suatu fakta dengan baik. Mereka juga akan dapat memperbaiki kelemahan kumpulan itu sendiri apabila mengetahui irama yang mereka bawakan itu tidak merdu. Kanak-kanak dalam kumpulan koir ini sememangnya akan mudah fasih dalam mengenal jenis-jenis bunyi apabila mereka diajar dan diberikan latihan secara kerap.Selain itu kekuatan kaedah Zoltan Kodaly dalam latihan nyanyian pic solfa telah memberi banyak impak kepada kumpulan koir ini malah dapat memperbaiki corak pengajaran dan pembelajaran guru. Kekuatan kaedah ini adalah dari segi pelaksanaannya iaitu kaedah latihan yang berperingkat-peringkat di mana mereka menjalankan latihan secara berperingkat dan menggunakan teknik ansur maju iaitu dari yang mudah ke peringkat yang sukar. Sesuai dengan tahap pencapaian kanak-kanak di mana mereka tidak dapat mempelajari sesuatu perkara sekaligus pada tahap yang sukar tetapi perlu dibimbing dan diberi latihan secara berperingkat. Kaedah ini turut menyebabkan ahli-ahli kumpulan dapat merasakan sendiri bagaimana tahap antara jeda-jeda solfa yang dinyanyikan. Pengajaran dan latihan ini lebih kepada pembelajaran secara hands-on di mana mereka dapat merasakan dan mengalami sendiri pengalaman dan pembelajaran tersebut.

6.0penutup

Kesimpulannya, usia kanak-kanak adalah sesuai untuk mempelajari muzik seperti yang terkamdung dalam pendekatan Kodaly ini. Kanak-kanak yang mengikuti koir sebagai aktiviti kokurikulum sekolah akan lebih kreatif dan yakin diri. Minda kanak-kanak juga akan terbuka melalui elemen-elemen yang terdapat dalamnya. Pendekatan Kodaly adalah lebih merujuk kepada kanak-kanak jika dilihat daripada falsafahnya dan juga berjiwa patriotik. Oleh itu, sehingga kini kaedah ini terus menggunakan warisan muzikal dan juga berkualiti tinggi. Muzik juga mudah untuk diterapkan dan sesuai untuk semua orang. Jika kita lihat pada pembelajaran koir hari ini, kesemuanya akan menggunakan Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do sebagai asas sebuah latihan itu. Bagi kanak-kanak, mereka akan dilatih untuk mendalami muzik ibunda.Nyanyian solfa dan menepuk irama merupakan masalah bagi kanak-kanak dalam kumpulan ini. Mereka telah didedahkan dengan penggunaan tonik solfa yang menggunakkan nada minor dan major. Penggunaan isyarat tangan Curwen akan memudahkan lagi kanak-kanak ini untuk lebih faham mengenai not-not muzik. Dalam menepuk irama, kumpulan ini diberikan banyak aktiviti supaya mereka lebih fasih dalam mendengar suatu bunyi-bunyi dengan baik. Proses latihan untuk menepuk irama dengan lebih mudah adalah dengan menggunakan perwakilan grafik.Oleh itu, penguasaan kanak-kanak dalam setiap aspek dalam latihan muzik ini akan membolehkan kanak-kanak ini lebih yakin terhadap penggunaan pic dan tempoh terhadap suatu irama tersebut. Kumpulan ini juga akan menjadi satu kumpulan yang kuat kerana mereka akan dapat memupuk sikap bekerjasama diantara mereka yang membolehkan mereka berjaya.

7.0rujukan

Bachner.L. (1944). Dynamic Singing. Great Britian J.B. Mackie & Co Ltd Dunfermline Scotland.

Barret,R.B. (1959). Singing for fun. Faber & Faber Limited, 24 Russell Square, London.

Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementeian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.

Choksy, Lois. (1981). The Kodaly Context: Creating an Environment for Musical Learning. New Jersey: Prentice Hall.

Norhayati Binti Ismail. (2012). Kaedah Kodaly dalam pembelajaran muzik. [Online]. http://cikgu-yati.blogspot.sg/2012/12/kaedah-kodaly-dalam-pembelajaran-muzik.html

Nye,R.E & Nye,V.T. (1985). Music in the Elementary School. Edisi kelima. Englewood Aiffs,NJ: Pretice HallS.

Machlis.J. (1995). The enjoyment of music. W.W. Norton & Company.Inc Unied States of America.

Rozmajzl,M & Boyer,R. (2006). Music Fundamentals Methods, and Materials for the Elementary Classroom Teacher. Pearson Education. Inc: United States of America.

Zimmerman.M.P. (1981). Child Development and Music Education. Documentary Report of the Ann Arbor Symposium.Virginia: Music Educators National Conference.