Hbps2103 Asuhan Kanak-kanak

download Hbps2103 Asuhan Kanak-kanak

of 14

description

Jawapan tugasan HBPS2103 Semester Mei 2015Asuhan Kanak-kanak

Transcript of Hbps2103 Asuhan Kanak-kanak

HBPS2103 (780911125171001)5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPS2103ASUHAN KANAK-KANAKMEI 2015

NAMA: RAYMOND FLORENTIUSNO. MATRIKULASI : 780911125171001NO. KAD PENGENALAN: 780911125171NO. TELEFON: 0143771222E-MEL: [email protected] TUTOR:SAITINIE ROZIE BTE GITANGPUSAT PEMBELAJARAN: OUM KENINGAU

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2.0 Penglibatan ibu bapa di dalam aktiviti atau program prasekolah

3.0 KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI DI PRASEKOLAH

4.0 CADANGAN PENGLIBATAN IBU BAPA GOLONGAN PROFESIONAL DALAM AKTIVITI PRASEKOLAH 5.0 PENUTUP6.0 RUJUKAN

3-4

5-6

7-8

9-11

12

13-14

1.0PENGENALAN

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak seawal prasekolah didefinisikan sebagai kerjasama yang dilakukan oleh ibu bapa dan guru dalam mengambil bahagian dalam aktiviti dan program anak-anak mereka yang diadakan di prasekolah. Contohnya adalah seperti program sukaneka, persembahan pelajar, penglibatan akademik dan sebagianya. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti anak mereka adalah penting dalam menjana kecemerlangan mereka (Lawson 2003). Pelbagai kajian tentang penglibatan ibu bapa membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan seseorang anak.Penglibatan ibu bapa di dalam aktiviti atau program anak-anak mereka yang dianjurkan di prasekolah juga adalah sangat penting dalam membantu perkembangan sosial dan kejayaan dalam pembelajaran supaya anak-anak mereka dapat menjadi modal insan yang berguna. Penglibatan ibu bapa bukan hanya dapat memberi mereka semangat untuk belajar, tetapi juga dapat memberi banyak kesan positif dalam diri mereka dari segi hubungan kekeluargaan. Menurut Merchant et al. (2001), ibu bapa merupakan faktor utama dalam menggalakkan anak-anak mereka untuk mencuba. Ibu bapa yang mengambil tahu tentang keinginan, cita-cita, hobi, dan aktiviti sekolah anak mereka akan lebih berjaya dalam pelajaran.Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti prasekolah boleh dibahagikan kepada pelbagai aspek iaitu dari segi pembelajaran, komunikasi, sukarela, aspek keibubapaan, dan berkerjasama. Ini boleh dilakukan apabila ibu bapa mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti atau program prasekolah sebagai pemerhati, pembantu, rakan sekerja ataupun majikan. Knollman et al.(2007), menyatakan bahawa ibu bapa boleh membantu mempertingkatkan keupayaan anak-anak mereka dengan menunjukan minat terhadap tugasan anak, mengetahui tentang kehendak tugasan anak, mengatur masa mereka dan mengawasi tugasan harian mereka.Sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.Kajian Thorkildsen & Stein (1998) mendapati bahawa ibu bapa yang meluangkan masa bersama anak-anak untuk membuat tugasan sekolah akan lebih berjaya dan mempunyai keinginan untuk melakukan yang terbaik. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa penglibatan ibu bapa dapat memberi banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja kepada pelajar tersebut, malahan juga kepada ibu bapa dan guru. Penglibatan dalam pendidikan secara tidak langsung banyak memberi kesan positif antaranya adalah meningkatkan keyakinan mereka, sikap bersungguh-sungguh, serta menunjukkan tingkah laku yang lebih baik. Maka adalah lebih baik jika perkara ini dipupuk sejak di prasekolah lagi.

2.0Penglibatan ibu bapa di dalam aktiviti atau program prasekolah

Objektif utama tugasan ini adalah untuk membincangkan sejauhmana penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh prasekolah serta cara-cara untuk meningkatkan atau menarik minat para ibu bapa dalam mengambil bahagian dalam hal ehwal akademik anak-anak mereka di prasekolah. Selain itu, dalam tugasan ini juga akan menerangkan secara lebih mendalam mengenai kepentingan penglibatan ibu bapa dan kesan jangka panjangnya. Dalam tugasan ini, saya telah menemubual Encik Ugat Galau yang merupakan guru prasekolah di SK. Magatang, Keningau mengenai sejauhmana penglibatan ibu bapa dalam hal ehwal pendidikan anak-anak mereka di sekolah tersebut.Menurut Encik Ugat, penglibatan ibu bapa di prasekolah tersebut adalah sederhana. Hanya tiga per empat daripada ibu bapa yang mengambil bahagian dalam apa-apa jenis aktiviti atau program yang dianjurkan oleh sekolah tersebut tidak kira samada secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Menurut Encik Ugat bahawa setiap aktiviti yang dianjurkan dapat maklum balas yang positif daripada ibu bapa pelajar-pelajar tersebut. Walaubagaimanapun, golongon ibu adalah golongon yang biasanya akan datang dalam menjayakan aktiviti tersebut iaitu tanpa kehadiran suami mereka. Ini disebabkan kebanyakan daripada mereka sedang berkerja dan tidak mendapat kebenaran daripada majikan mereka untuk bercuti setengah hari untuk melibatkan diri dalam program anak-anak mereka kecuali hari kecemerlangan atau graduasi prasekolah.Encik Ugat menyimpulkan secara keseluruhannya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti prasekolah di SK Magatang adalah memuaskan kerana hampir setiap pelajar di prasekolah tersebut ditemani oleh ibu bapa mereka semasa program dilaksanakan. Terdapat hanya beberapa kes dimana pelajar prasekolah yang ditemani oleh saudara terdekat mereka ataupun pengasuh mereka kerana kedua ibu bapa sedang berkerja dan tidak mempunyai masa sesuai untuk melibatkan diri kerana kerja yang sangat sibuk. Kebiasaanya, para ibu bapa akan di maklumkan seawal 2 minggu untuk setiap aktiviti atau program yang bakal diadakan. Ini bertujuan untuk memastikan ibubapa dapat bersedia awal untuk mengambil bahagian dalam program anak mereka.Mengenai aktiviti-aktiviti dan program yang biasa diadakan di prasekolah SK Magatang, Encik Ugat menyatakan bahawa ianya sangat banyak dan pelbagai iaitu termasuk aktiviti dalam kelas, aktiviti luar kelas, seminar ibu bapa, komunikasi antara ibu bapa dan guru, dan lawatan. Aktiviti-aktiviti seperti ini biasanya dapat meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam mengikuti perkembangan anak mereka. Aktiviti dalam kelas ialah merangkumi pameran lukisan dan karya pelajar prasekolah, nyanyian, persembahan lakonan dan sebagainya serta aktiviti luar sekolah adalah seperti gotong-royong, sukaneka, lawatan, seminar dan program keibubapaan. Bagi meningkatkan lagi penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh prasekolah ini, pihak sekolah haruslah menekankan kewajiban penglibatan ibu bapa. SK Magatang terletak dibahagian pedalaman di mana kebanyakan ibu bapa kurang berpengetahuan mengenai kepentingan dan manfaat penglibatan mereka terhadap aktiviti anak-anak mereka. Pihak sekolah boleh mengatasi masalah ini dengan mengadakan seminar ataupun ceramah khas untuk ibu bapa pelajar mengenai kebaikan-kebaikan yang akan mereka perolehi terutama sekali dalam perkembangan akademik anak mereka jika mereka melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti sekolah anak mereka serta memberi tips-tips lain yang boleh digunakan semasa berada di rumah.Selain itu, komunikasi antara ibu bapa dan guru adalah sangat penting dalam menarik minat mereka dengan hal ehwal anak-anak mereka di sekolah. Kebanyakan guru prasekolah tidak mendekati dan menegur ibu bapa para pelajar. Ini disebabkan oleh persepsi guru itu sendiri yang bersangkakan bahawa ibu bapa tidak mau melibatkan diri dalam hal sekolah tetapi hakikatnya adalah para ibu bapa tidak tahu macam mana mahu melibatkan diri mereka. Oleh itu komunikasi seorang guru dan ibu bapa adalah sangat penting untuk memastikan para ibu bapa merasakan diri mereka sebahagian daripada tanggungjawab terhadap anak mereka. Komunikasi antara ibu bapa dan guru boleh dilakukan semasa program dan aktiviti diadakan di sekolah dan juga semasa ibu bapa menghantar atau mengambil anak mereka dari sekolah. Pihak guru haruslah lebih mesra dengan para ibu bapa pelajar untuk memastikan mereka tidak berasa kekok dan terpinggir untuk melibatkan diri di prasekolah ini.

3.0KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI-AKTIVITI DI PRASEKOLAH

Terdapat banyak kajian-kajian yang telah dijalankan tentang kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Antara kebaikan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti prasekolah anak mereka adalah dapat melahirkan suasana persekitaran di rumah yang menggalakan pembelajaran. Kanak-kanak prasekolah sangat memerlukan perhatian ibu bapa mereka untuk mendapatkan dorongon dan nasihat. Ibu bapa yang sentiasa mengambil tahu mengenai perkembangan akademik anak-anak mereka akan lebih berjaya dalam pelajaran.Penglibatan ibu bapa yang aktif ini akan menjadikan anak-anak mereka bersungguh-sungguh untuk belajar tidak kira di sekolah mahupun semasa mereka berada di rumah. Ini disebabkan mereka akan sedar bahawa bertapa pentingnya pelajaran mereka untuk memastikan ibubapa mereka bangga dengan keputusan yang bakal mereka perolehi. Pernyataan ini disokong oleh Arnold et al. (2008) yang mendapati bahawa hubungan antara ibu bapa dan anak mereka adalah elemen utama yang menyumbang kepada kesungguhan dan kemajuan mereka.Penglibatan ibu bapa juga dapat melahirkan pelajar yang berperwatakan positif. Kajian mendapati bahawa ibu bapa yang giat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anak mereka yang bermula dari prasekolah hinggalah ke remaja dapat mengelakkan mereka daripada terjebak kepada masalah sosial yang tidak sihat. Penglibatan ibu bapa dalam proses pendidikan adalah amat penting bagi membentuk konsep kendiri anak-anak mereka (Rohaty, 2003). Ini disebabkan oleh pemerhatian dan nasihat yang berterusan daripada ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka sedar bertapa berharganya mereka kepada ibu bapa mereka yang begitu prihatin terhadap pelajaran mereka, seterusnya mereka akan cuba mengelakkan diri dari terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat seperti merokok, minum arak, dadah, keganasan dan masalah anti-sosial apabila dewasa nanti. Tambahan pula, perwatakan positif seperti peningkatan dari segi motivasi diri pelajar juga turut berkembang. Anak-anak ini akan sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu tugas kerana mereka tahu bahawa ibu bapa mereka akan sentiasa berada di belakang mereka untuk memberikan sokongan. Maka, jelas sekali bahawa penglibatan ini memberi kesan yang sangat mendalam dalam membina dan memperkembangan perwatakan dan sosial mereka terutama sekali dalam aspek keyakinan diri mereka sendiri.Contohnya jika prasekolah mengadakan persembahan lakonan, ibu bapa harus memberi sokongan moral dan melibatkan diri dengan menghadiri persembahan anak mereka. ini bukan hanya dapat meningkatkan keyakinan diri mereka malah dapat membuat mereka berasa bangga untuk menunjukan bakat mereka kepada ibu bapa mereka. Houtenville dan Conway, 2008, menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa penting digalakkan bermula dari kecil lagi kerana ianya memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial mereka.Selain itu, penglibatan ibu bapa juga dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak untuk berjaya dengan sentiasa memberi nasihat dan penglibatan dalam pendidikan mereka supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran ditahap yang tinggi (Candis, 2003). Kajian menunjukkan pelajar yang lebih banyak mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka berpotensi lebih tinggi untuk cemerlang dalam pelajaran dan memperolehi keputusan yang lebih cemerlang dalam bidang akademik berbanding dengan kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian dan dorongan daripada ibu bapa mereka.Kedatangan pelajar ke sekolah juga meningkat apabila ibu bapa kerap mengambil berat mengenai pendidikan dan program-program mereka di prasekolah. Pelajar didapati bersemangat untuk pergi ke sekolah setiap pagi kerana mereka merasakan hubungan ibubapa mereka dengan sekolahnya adalah sangat rapat dan dapat menerapakan nilai sekolahku rumahku dalam mentaliti mereka jika ibu bapa giat aktif dalam melibatkan diri di sekolah mereka. selain itu pelajar juga akan kerap menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru mereka. Kajian juga membuktikan bahawa kebanyakan graduan yang telah berjaya di universiti adalah disebabkan oleh dorongan dan penglibatan berterusan daripada ibu bapa mereka.

4.0CADANGAN PENGLIBATAN IBU BAPA GOLONGAN PROFESIONAL DALAM AKTIVITI PRASEKOLAH

Penglibatan ibu bapa dalam program dan aktiviti sekolah adalah sangat penting. Kurangnya penglibatan mereka ini boleh memberi kesan yang tidak baik terhadap pencapaian pelajaran anak-anak mereka (West et al. 1998). Kekerapan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh prasekolah biasanya dipengaruhi oleh kerjaya ibu bapa mereka yang sangat sibuk terutama sekali golongon ibubapa yang professional. Menurut Lareau (2000), kekangan masa menyebabkan ibu bapa kurang peka terhadap peranan mereka dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-anak belajar tanpa pemantauan. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan oleh golongon ibu bapa profesional ini untuk lebih melibatkan diri dalam perkembangan pendidikan anak mereka.Pertama sekali adalah melalui komunikasi berterusan dengan guru pembimbing ibu bapa pelajar. Komunikasi antara ibu bapa dan guru adalah kaedah yang sangat sesuai dan mudah untuk merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru kerana ibu bapa yang berkerjaya biasanya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menghadirkan diri dalam program yang diadakan di sekolah. Komunikasi antara ibu bapa dan guru boleh dilaksanakan melalui e-mel, telefon, surat, fax, komputer dan sebagainya. Kaedah ini sangat berkesan untuk memastikan ibu bapa berkenaan dapat mengetahui perkembangan pendidikan anak mereka di prasekolah melalui guru.Melalui kaedah ini juga, ibu bapa boleh meminta khidmat nasihat daripada guru pembimbing tersebut. Selain dapat mengetahui perkembangan pendidikan anak mereka, ibu bapa juga boleh meminta tips-tips daripada guru atau cadangan-cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa tersebut bersama anak mereka berdasarkan apa yang telah mereka pelajari semasa berada di sekolah. Melalui cara ini, anak-anak mereka akan berasa lebih dihargai apabila mereka sedar bahawa walapun ibu bapa mereka sibuk dengan kerjaya tetapi mereka sentiasa mengikuti perkembangan mereka di sekolah.Selain itu, ibu bapa juga boleh melibatkan diri dengan membuat pemantauan terhadap anak mereka semasa berada di rumah. Semasa berada di rumah ibu bapa boleh melibatkan diri dalam perkembangan anak mereka dengan mengambil tahu apa yang telah mereka pelajari, kerap memeriksa hasil kerja mereka, membantu dan mengajar mereka untuk mata pelajaran yang mereka tidak dapat selesaikan, memberi tunjuk ajar dalam kerja sekolah mereka, serta kerap bertanyakan bagaimana hari mereka di sekolah. Melalui cara ini, ibu bapa boleh mengenalpasti dan mencungkil bakat terpendam mereka serta minat dan hobi mereka, seterusnya dapat memberikan mereka galakkan dan dorongon yang berterusan. Komunikasi sihat di dalam rumah bukan sahaja dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan malahan membantu anak-anak meningkatkan perkembangan diri dan emosi anak-anak dan pencapaian anak-anak dalam pelajaran (Cooper, Robinson & Patall 2006).Tambahan pula, ibu bapa juga dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan anak mereka melalui pemantauan di rumah. Masalah ini boleh diselesaikan dengan memberi maklum balas kepada pihak guru semasa sesi perjumpaan di sekolah. Cara ini sangat berkesan kerana guru akan mengambil inisiatif untuk memperbaiki masalah yang dihadapi oleh pelajar jika mereka dapat mengenalpasti masalah yang dihadapai oleh pelajar tersebut. Epstein (2001), menyatakan penglibatan ibu bapa bukan sahaja hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di rumah. Oleh itu, amat penting bagi ibu bapa yang berkerja untuk meluangkan masa bersama anak mereka di rumah dengan mengikuti perkembangan mereka bagi memastikan mereka sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk belajar.Ibu bapa yang berkerjaya biasanya tidak mempunyai masa yang tetap untuk melibatkan atau menghadirkan diri apabila sesuatu aktiviti diadakan di prasekolah. Masa mereka kebiasaanya tidak tentu iaitu mereka mungkin mempunyai masa lapang pada hari yang tidak mempunyai apa-apa aktiviti di prasekolah. Untuk mengatasi masalah ini, pihak guru boleh menjemput ibu bapa tersebut untuk menggunakan masa lapang mereka dengan meluangkan masa bersama anak mereka di dalam kelas. Ibu bapa boleh melakukan tugasan secara sukarela semasa di dalam kelas iaitu dengan melakukan aktiviti bersama kanak-kanak seperti melukis, bercerita, menyanyi, bersenam, menghias kelas dan sebagainya. Di samping itu, ibubapa juga boleh menyumbangkan dalam pengajaran semasa di dalam kelas. Ini boleh dilaksanakan dengan membantu guru pembimbing dalam pengajarannya. Ibu bapa juga boleh berkongsi kepakaran dan maklumat yang menarik semasa berada di dalam kelas untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka. Menjadi sukarela di prasekolah bukan sahaja dapat memberi kebaikan pada pihak sekolah, malah ianya juga dapat memastikan ibu bapa yang berkerja tidak ketinggalan dalam meluangkan masa bersama anak mereka di dalam kelas. Ini bagi memastikan anak mereka berasa lebih dihargai dan dan diberi perhatian yang secukupnya. Lain Ehmann (2001), menyatakan bahawa asuhan dan perhatian yang mencukupi terhadap anak-anak dapat mencorakkan kehidupan anak-anak dimasa akan datang.Membuat satu perjumpaan di antara guru dan para ibu bapa juga boleh membantu golongan ibu bapa yang berkerjaya untuk melibatkan diri dalam program di prasekolah. Perjumpaan ini boleh dilakukan pada hujung minggu untuk memastikan kesemua para ibu bapa dapat hadir teruatama sekali yang berkerja. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk mendapatkan persetujuan tarikh yang sesuai untuk aktiviti atau program yang bakal diadakan supaya kesemua ibu bapa tidak kira yang berkerja mahupun yang tidak berkerja dapt menghadirkan diri. Perjumpaan ini boleh dilakukan di sekolah, rumah guru pembimbing ataupun rumah ibu bapa yang sukarela menawarkan rumah mereka sebagai lokasi perbincangan. Jamuan juga boleh dilakukan bagi menarik lebih ramai ibu bapa untuk menghadirkan diri. Melalui cara ini, para ibu bapa yang berkerjaya sudah tentunya dapat menghadirkan diri di prasekolah jika dapat bersedia awal dengan persetujuan tarikh yang akan ditetapkan. Perjumpaan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dikalangan para ibu bapa dan guru pembimbing. Dalam kajian Viadero (1997), mendapati penglibatan ibu bapa dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah meningkat secara mendadak apabila guru pembimbing kerap berkomunikasi dan beramah-mesra dengan ibu bapa pelajar.

5.0PENUTUP

Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan kanak-kanak. Peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi aktif dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberikan kesan kepada kualiti perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa juga adalah pendidik pertama dan utama kanak-kanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan guru-guru pembimbing di tadika. Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadika dengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program tadika. Penglibatan ibu bapa juga boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri. Kefahaman ibu bapa dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di tadika dan ibu bapa berpeluang melaksanakan peranan sebagai pendidik. Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambil pendekatan yang serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana mereka bakal menerajui pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti.

(2,642 patah perkataan)6.0RUJUKAN

Arnold, D. H., Zeljo, A. & Doctoroff, G. L. (2008). Parent involvement in preschool: Predictors and the relation of involvement of prelitery development. School Psychology Review, 37(1), 74-90.

Candis, Y. H. (2003). The Home Environment of Gifted Puerto Rican Children. [Online] http://www.ncela.gwu.edu/ncbepubs/symposia/third.html

Cooper, H., Robinson, J. C. & Patall, E. A. (2006). Does homework improve academic achievement?: A synthesis of research, 1987-2003. Review of Educational Research 76(1): 1-62.

Epstein, J. L. 2001. Building bridges of home, school, and community: The importance of design. Journal of Education for Students Placed at Risk 6(1 & 2): 161-168.

Houtenville, A., & Conway, K. (2008). Parental effort, school resources, and student achievement. Journal of Human resources, 43, 437-453.

Knollman, M., & Wild, E. (2007). Quality of parental support and students emotions during homework: Moderating effects of students motivational orientations. European Journal of Psychology of Education, 22, 63-76.

Lain Ehmann. (2001). The Importance of Touch. Arribella (The Magazine of todays woman).

Lawson, M. A. 2003. School-family relations in context: Parent and teacher perceptions of parental involvement. Urban Education 38: 77-133.

Marchant, G. J., Paulson, S. E., dan Rothlisberg, B. A. (2001). Relations of middle school students perceptions of family and school contexts with academic achievements. Psychology in the Schools, 38, 505-519.

Sabariah Siron, Kasnani Ab. Karim. (2007). HBPS2103 Asuhan Kanak-kanak. Edisi Kedua. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor.(2012).

Thorkildsen, R. & Stein, M. R. S. 1998. Is parent involvement related to student achievement?: Exploring the evidence. Phi Delta Kappan 22: 17- 20.

Viadero, D. (1997). A tool for learning. Education Week, 17 (11), 12-20.

West, A., Noden, P., Edge, A. & David, M. 1998. Parental involvement in education in and out of school. British Educational Research Journal 24(4): 461-483.