Hbqe2203 tugasan alqiraat jinang hussin id 650605125530001
-
Upload
norafsah-awang-kati -
Category
Education
-
view
1.236 -
download
8
description
Transcript of Hbqe2203 tugasan alqiraat jinang hussin id 650605125530001
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBQE2203 : AL-QIRAAT
NAMA : JINANG BINTI SETAN
NO. MATRIKULASI : 650605125530001
NO. KAD PENGENALAN : 650605125530
NO. TELEFON : 0138784316
E-MAIL : [email protected]
TUTOR : NORZAM BIN MOHD SENIN
E-MAIL : [email protected]
SEMESTER : SEPTEMBER 2013
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER
ISI KANDUNGAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 0
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
ISI KANDUNGAN
Bab Muka Surat
Pendahuluan 4
1. PENGENALAN 5
1.1 Definisi Ilmu Qiraat 6
1.2 Konsep ilmu Qiraat 6
1.3 Konsep Qari′ dan Muqri′ 7
1.4 Konsep Tujuh Huruf 8
1.5 Hikmah Al-Qur′An Diturunkan Tujuh Huruf 8
1.6 Al-Qiraat al-Sab′ah 9
1.7 Sanad 9
1.8 Perkara-perkara Penting Berkait Dengan Ilmu Qiraat 10
1.8.1 Memenuhi Rukun Bacaan al-Quran Untuk Mencapai Qiraat 10
Yang Benar
1.8.2 Kaedah Berinteraksi Dengan al-Qiraat 10
1.8.3 Keutamaan Ilmu Qiraat Terhadap Pengajian al-Quran 10
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
2. Pengenalan Ilmu Rasm ‘Uthmani 11
2.1 Definisi Ilmu Rasm ‘Uthmani 11
2.2 Kelebihan-kelebihan Rasm Uthmani 12
2.3 Kaedah Rasm Uthmani Dalam Penulisan Al-Quran 12
3. Hubungan Ilmu Qiraat Dengan Rasm ‘Uthmani. 12
3.1 Rasm Uthmani Sebagai Syarat Penerimaan Qiraat 13
Yang Mutawatirah Atau Sahihah
3.2 Rasm ‘Uthmani Merupakan Salah Satu Perkara 15
Dalam Pengkaedahan Rukun Al-Qiraat Yang Tiga
3.3 Rasm ‘Uthmani Merupakan Asas Kepada Penolakan 16
Bacaan Qiraat Shazzah
3.4 Rasm’Uthmani Merupakan Hujah Dalam Memastikan 17
Kebenaran Dan Keaslian Al-Quran
3.5 Rasm ‘Uthmani Merupakan Faktor Kesinambungan 17
Budaya At-Talaqqi Yang Mana Satu-Satunya
Cara Al-Quran Dengan Kepelbagaian Qiraatnya
3.6 Rasm ‘Uthmani Merupakan Sebahagian Daripada 18
‘Ulum Al-Qiraat Yang Bersifat Riwayah Dan Dirayah.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
4. Kesan Kepada Ilmu Qiraat Sekiranya Penulisan 19
Al-Quran Tidak Menepati Kaedah Penulisan Rasm Uthmani
PENUTUP 21
BIBILIOGRAFI 22
Pendahuluan
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
Segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), keluarga dan para sahabat
baginda. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah (s.w.t) di atas hidayah dan
pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Al-Qiraat (HBQE2203) ini dapat disiapkan
sepenuhnya.
Tugasan ini mengkehendaki pelajar menghuraikan hubungan penting antara
Ilmu Qiraat dengan Rasm Uthmani dengan terperinci dan seterusnya
membincangkan dengan mendalam berkenaan kesan kepada ilmu Qiraat sekiranya
penulisan al-Quran tidak menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya
kepada En. Norzam Bin Mohd Senin selaku pensyarah dan penyelia tugasan ini di atas
tunjuk ajar beliau sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi
kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai.
Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada diri saya dan
diharapkan akan menjadi salah satu sumber rujukan pelajar lain. Sekali lagi saya
memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana tugasan ini dapat memantapkan lagi
pengetahuan sedia ada tentang ilmu al-Qiraat yang sememangnya menjadi Sunnah
Muttaba’ah sejak turunnya wahyu pertama hingga ke hari ini. Semoga Allah (s.w.t)
memberkati usaha murni ini dalam memartabatkan ilmu al-Qur’an al-Karim yang menjadi
panduan hidup selamanya.
Disediakan oleh : 15 November 2013
JINANG SETAN @ HUSSIN
(Fakulti Pendidikan & Bahasa)
1. PENGENALAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
Al-Quran ialah KalamAllah (s.w.t) yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi
Muhammad (s.a.w), ditulis dalam beberapa mashaf, dipetik daripada riwayat yang
mutawatir dan membacanya adalah satu ibadah. Ilmu Qiraat merupakan salah satu
cabang ilmu yang berkait rapat dengan al-Quran. Sumber ilmu Qiraat adalah nukilan dari
ulama Qiraat daripada hadis yang sahih dan sanadnya mutawatir kepada Nabi
Muhammad (s.a.w).
Pengasas ilmu Qiraat ialah para imam Qurra′. Ada pendapat mengatakan
bahawa Abu U′mar Hafs Ibn Umar al-Duri telah mengasaskannya dan dipercayai bahawa
Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam merupakan org pertama yang membukukan ilmu Qiraat.
Bidang perbahasan ilmu Qiraat antaranya ialah kalimah-kalimah al-Qur′an dari sudut
kaedah sebutan dan cara penyempurnaanya. Ilmu Qiraat berperanan dalam memelihara
dari kesalahan dalam menyebut kalimah al-Quran dan menjaganya dari sebarang
penyelewengan.. Sesungguhnya, ilmu Qiraat adalah semulia-mulia ilmu kerana ia
mempunyai hubungan rapat dengan kitab suci al-Quran dan huku mempelajarinya adalah
Fardhu Kifayah. Cara pembacaan mengikut ilmu Qiraat ialah mengetahui asal bagi setiap
Qiraat, berpegang kepada bacaan yang bersumberkan sanad yang mutawatir dari
Rasulullah (s.a.w) dan mengetahui perbezaan (ikhtilaf) Qiraat, hala tujunya dan
berpegang kepada hikmah di sebalik perbezaan tersebut.
Ilmu Qiraat juga mempunyai hubungan dengan Rasm ‘Uthmani. Hubungan di
antara Al-Qiraat dengan Rasm ‘Uthmani dapat dikategorikan kepada enam perkara iaitu
Rasm Uthmani sebagai syarat penerimaan Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah; Rasm
‘Uthmani merupakan salah satu perkara dalam pengkaedahan Rukun Al-Qiraat yang tiga;
Rasm ‘Uthmani merupakan asas kepada penolakan bacaan Qiraat Shazzah; Rasm’Uthmani
merupakan hujah dalam memastikan kebenaran dan keaslian Al-Quran; Rasm ‘Uthmani
merupakan faktor kesinambungan budaya At-Talaqqi yang mana satu-satunya cara Al-
Quran dengan kepelbagaian Qiraatnya disampaikan; dan akhir sekali Rasm ‘Uthmani
merupakan sebahagian daripada ‘Ulum Al-Qiraat yang bersifat Riwayah dan Dirayah.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
Sekiranya penulisan al-Quran tidak menepati kaedah penulisan Rasm
Uthmani sudah tentu hal ini akan meninggalkan kesan kepada ilmu Qiraat dari sudut
tidak memenuhi syarat penerimaan Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah; tidak menepati
pengkaedahan Rukun Al-Qiraat yang tiga; menjurus kepada penolakan bacaan kerana
menjadi Qiraat Shazzah; melumpuhkan kesinambungan budaya At-Talaqqi yang mana
satu-satunya cara Al-Quran dengan kepelbagaian Qiraatnya disampaikan; terhalang
daripada menjadi sebahagian daripada ‘Ulum Al-Qiraat yang bersifat Riwayah dan
Dirayah.
1.1 Definisi Ilmu Qiraat
Ilmu Qiraat menurut Imam Ibn al-Jazari bermaksud ilmu yang menjelaskan
kaedah menyebut kalimah-kalimah di dalam al-Qur’an di samping menjelaskan
perbandingan bacaan antara imam-imam Qiraat. Perkataan ‘Qiraat’ adalah kata jama’
yang berasal dari kalimah ‘qira′ah’ yang bererti ‘bentuk kalimah al-Qur′an yang dibaca’.
Selain itu, ilmu Qiraat boleh diertikan sebagai ilmu yang mengenal pasti kaedah sebutan
bagi setiap kalimah al-Qur′an dan cara menyempurnakannya sama ada disepakati atau
sebaliknya bersandarkan bentuk penyampaiannya.
1.2 Konsep ilmu Qiraat
Konsep ilmu Qiraat menurut Shaykh Abdul Fatah al-Qadi dalam kitabnya al-
Budur al-Zahirah Fi al-Qira‘at al-‘Asr al-Mutawatirah Min Tariq al-Shatibiyyah wa al-
Durrah adalah terdiri daripada sepuluh prinsip (Mabadi′) iaitu :
i. Dari segi bahasa, Qiraat (kata jama’) berasal daripada kalimah Qiraah
(bentuk/wajah kalimah al-Quran yang dibaca).
ii. Definisi ilmu Qiraat ialah ilmu yang mengenal pasti kaedah sebutan bagi setiap
kalimah al-Quran dan cara menyempurnakannya sama ada sanadnya disepakati
atau sebaliknya bersandarkan bentuk penyampaiannya.
iii.Sumber Ilmu Qiraat ialah nukilan dari ulama Qiraat daripada hadis yang sahih
dan sanadnya mutawatir kepada Rasulullah (s.a.w).
iv.Pengasas ilmu Qiraat ialah Imam-imam Qurra’, ada pendapat mengatakan
bahawa Abu Umar Hafs Ibn Umar al-Duri dan orang pertama yang
membukukan ilmu Qiraat ialah Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
v. Bidang perbahasan ilmu Qiraat ialah al-Qur′an dari sudut kaedah sebutan dan
cara penyempurnaannya.
vi.Permasalahan dalam ilmu Qiraat ialah kaedah umum bagi setiap Imam seperti
kalimah yang mempunyai huruf ‘Ya’ yang dibaca dengan Imalah oleh Imam
Hamzah dan Imam al-Kisa′i. Manakala Imam Warsh membaca dengan Taqlil.
vii. Hasil pembelajaran ilmu Qiraat ialah memelihara dari kesalahan dalam
menyebut kalimah al-Quran dan menjaganya dari sebarang penyelewengan.
viii. Keistimewaan ilmu Qiraat ialah semulia-mulia ilmu kerana mempunyai
hubungan erat dengan kitab al-Qur′an.
ix.Kedudukan ilmu Qiraat ialah berbeza dari bidang ilmu al-Quran yang lain.
x. Hukum mempelajari ilmu Qiraat ialah Fardhu Kifayah
1.3 Konsep Qari′ dan Muqri′
Terdapat dua istilah al-Qiraat yang utama iaitu Qari dan Muqri′. Definisi Qari′
dari sudut bahasa adalah kata nama ( فاعل dalam bahasa Arab yang bermaksud (اسم
‘orang yang membaca’ dan ia berasal dari kata – قرأ dan dari sudut Istilah ialah يقرأ
mereka yang menghafaz seluruh al-Qur′an. Kategori atau tahap Qari′ ada tiga dimulai
dengan Qari′ Permulaan (Mubtadi′) iaitu mereka yang mengetahui satu hingga tiga
riwayat Qiraat. Diikuti dengan Qari′ Pertengahan (Mutawassit) iaitu mereka yang
mengetahui empat hingga lima riwayat Qiraat. Seterusnya Qari′ Penghujung (Muntahi)
iaitu mereka yang mengetahui banyak riwayat Qiraat dan masyhur.
Definisi Muqri′ dari sudut bahasa adalah kata nama ( فاعل dalam Bahasa (اسم
Arab yang berasal dari – أقرأ manakala dari sudut istilah ialah mereka yang ‘alim , يقرأ
dalam Qiraat, meriwyatkannya secara musyafahah (talaqqi) dan diberi ijazah mengajar.
Ciri-ciri Muqri′ ialah ‘alim dalam ilmu Qiraat, bertalaqqi dengan guru yang bersanad dam
‘alim dalam ilmu-ilmu al-Qur′an yang lain. Sebagai contoh nama Abu Tahir Ismail Ibn
Khalaf penulis buku al-‘Inwan Fi al-Qira’at al-Sab’ di mana dalam kitab tersebut nama
beliau ditulis sebagai Abu Tahir Iamail Ibn Khalaf al-Muqri′.
1.4 Konsep Tujuh Huruf
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
Menurut al-Imam Ibn Jarir al-Tabari dan Sufyan Ibn ‘Uyaynah, al-Qur′an
diturunkan dengan menggunakan tujuh bahasa dan Rasulullah (s.a.w) diperintahkan
membacanya mengikut bahasa-bahasa tersebut.
Selain itu, al-Imam al-Bayhaqi dan al-Imam Mahmud al-Alusi berpendapat
bahawa al-Qur′an tidak terkeluar daripada tujuh bahasa yang paling fasih dalam bahasa
Arab di kalangan bangsa Arab. Walaubagaimanapun ini tidak bererti setiap kalimah
dalam al-Qur′an menggunakan tujuh bahasa tersebut. Sebaliknya ketujuh-tujuh bahasa
tersebut tersebar di berbagai tempat dalam al-Qur′an.
Seterusnya al-Imam al-Razi, al-Baqillani, Ibn Jazari dan Ibn Qutaybah
berpendapat bahawa walau sebanyak mana sekalipun perbezaan yang terdapat pada
sesuatu kalimah dalam al-Qur′an, ia tetap tidak terkeluar daripada tujuh bentuk.
1.5 Hikmah Al-Qur′An Diturunkan Tujuh Huruf
Antara hikmah al-Qur′an diturunkan tujuh huruf ialah menjamin keaslian al-Qur
′an sebagaimana Allah (s.w.t) memberi jaminan akan kesucian dan keaslian al-Qur′an
sejak mula diturunkan hingga selamanya. Jika wujud perbezaan yang terdapat dalam
kitab suci al-Qur′an ia sama sekali tidak akan terkeluar daripada skop tujuh huruf
tersebut.
Seterusnya memudahkan umat Islam membaca dan memahami al-qur′an
terutamanya bangsa arab yang terdiri dari pelbagai kabilah, loghat pertuturan yang
berbeza dan cara menyampai lafaz yang berbeza. Biarpun wujud perbezaan tersebut,
namun adalah diwajibkan untuk umat Islam membaca al-Qur′an tanpa terkeluar daripada
skop tujuh huruf tersebut.
Hikmat seterusnya ialah merangkan hukum sesuatu yang terkandung dalam ayat-
ayat al-Qur′an dan dengan perbezaan Qiraat juga dapat menghindari maksud yang tidak
dikehendaki. Contohnya terdapat Qiraat yang membaca dengan الله ذكر إلى مضوا فا
Yang mana Qiraat pertama membayangkan wajib segera berjalan untuk menunaikan
sembahyang Jumaat, namun Qiraat kedua tidak bermaksud begitu kerana lafaz مضوا فا
Tidak menunjukkan bersegera.
1.6 Al-Qiraat al-Sab′ah
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
Al-Qiraat al-Sab′ah bermaksud tujuh bacaan al-Qur′an yang diriwayatkan oleh
tujuh imam yang mahir dalam ilmu bacaan al-Qur′an dan meriwayatkannya dari guru-guru
mereka hinggalah sampai kepada Rasulullah (s.a.w). Sanad dalam Qiraat tujuh adalah
mutawatiroh dan semuanya sah digunakan dalam bacaan al-Qur′an dan sebagai bacaan
solat. Imam-imam tersebut digelar sebagai al-Qurra′ al-Sab′ah iaitu Imam Nafi , Imam Ibn
Kathir, Imam Abu a’mru, Imam Ibn Amir, Imam ‘Asim, Imam Hamzah dan Imam al-Kisa
′i.
Setiap imam Qiraat memiliki dua perawi. Perawi-perawi tersebut mempunyai
bacaan yang berbeza antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa wajah bacaan al-Qur
′an namun hanya yang mutawatirah sahaja terdapat dalam Qiraat Tujuh. Demikianlah
semua pemilihan Qiraat tujuh dan dua perawi setiap imam adalah melalui ketelitian dan
ketekunan yang dibuat ole Ibn Mujahid . Beliau telah kembali ke rahmatullah pada Tahun
324 Hijrah.
Toriq ialah orang yang hidup selepas perawi, mengkaji dan menulis buku yang
berkaitan imam tujuh bersama perawi-perawinya. Toriq yang selalu diamalkan adalah
Toriq Syatibiy dan Toriq Jazari.
1.7 Sanad
Abdullah Ibn Mubarak berpendapat bahawa sanad ialah al-Isnad (sanad-sanad) itu
adalah sebahagian daripada agama , kalau ia tiada , nescaya sesiapa sahaja akan berkata
apa sahaja yang dia suka. Manakala Ibnu Sirin berpendapat bahawa sanad merupakan
sebahagian daripada agama (amanah), maka perhatikanlah daripada siapa kamu
mengambilnya (mempelajarinya).
Sanad juga bermaksud salasilah peribadi-peribadi yang disebut (al-Rijal) jika
disandarkan kepada perbahasan ilmu Hadis dan (al-Qurra’) jika disandarkan kepada
perbincangan ilmu al-Qiraat.
1.8 Perkara-perkara Penting Berkait Dengan Ilmu Qiraat
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
Antara perkara-perkara penting yang berkait rapat dengan ilmu Qiraat adalah
terdapat rukun bacaan Al-quran yang mesti dipenuhi untuk mencapai Qiraat yang
benar; Kaedah berinteraksi dengan Al-Qiraat; dan juga keutamaan terhadap
pengajian Al-Quran. Hal ini diterangkan seperti berikut :
1.8.1 Memenuhi Rukun Bacaan al-Quran Untuk Mencapai Qiraat Yang Benar
Setiap bacaan al-Qur′an hendaklah mencukupi tiga rukun untuk mencapai Qiraat
yang betul dan benar malah dihukumkan wajib menerimanya. Rukun tersebut ialah
berkesinambungan sanad yang sahih menepati bahasa Arab dan menepati salah satu
Mushaf Othmani.
1.8.2 Kaedah Berinteraksi Dengan al-Qiraat
Dr. Yusof al-Qaradawi mencadangkan kaedah efektif dalam berinteraksi dengan al-
Qur′an dan dengan ilmu al-Qiraat antaranya pertama, mengetahui taraf bacaan iaitu
membezakan antara mutawatir atau sebaliknya. Kedua, kewajiban beriman iaitu wajib
beriman dengan bacaan mutawatirah bahawa ia adalah wahyu Allah dan haram
menolaknya. Ketiga larangan membuat perbandingan antara satu sama lain kerana
semuanya tathbit datangnya dari Rasulullah (s.a.w). Keempat, keharusan mentaujihkan
sesuatu bacaan iaitu dengan menerangkan kaedah bacaan al-Qiraat dari segi bahasa dan i
′rab. Manakala yang kelima ialah keharusan mencampurkan bacaan iaitu mencampurkan
lebih dari satu bacaan dalam satu nas ketika membacanyanya dengan niat belajar.
1.8.3 Keutamaan Ilmu Qiraat Terhadap Pengajian al-Quran
Ilmu Qiraat merupakan satu bidang ilmu yang berkait rapat dengan al-Qur′an. Ini
adalah disebabkan ilmu Qiraat memfokuskan perbahasan tentang kaedah pembacaan al-
Quran daripada pelbagai riwayat yang mutawatir di mana sanadnya sampai kepada
Rasulullah (s.a.w). Hubungan antara keduanya saling melengkapi iaitu al-Qur′an itu
adalah al-Qiraat dan umat Islam adalah dituntut untuk mempelajari kedua-duanya.
Membaca al-Quran dengan Qiraat yang tidak mutawatir adalah dilarang serta berdosa di
sisi syara’. Tujuan membaca al-Qur′an dengan Qiraat yang mutawatir ialah memelihara
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 10
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
kemurnian dan kesucianKalam Allah (s.w.t) dari sebarang penyelewengan sama ada dari
segi bacaan atau dari segi maknanya.
2. Pengenalan Ilmu Rasm ‘Uthmani
Perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidak bertentangan dengan bacaan
yang terdapat di dalam mashaf yang ditulis di zaman khalifah Uthman Bin Affan r.a kerana
bacaan itu telah diterima daripada baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir. Maksud
mutawatir di sini ialah riwayat dari kumpulan yang ramai, dijamin tidak berdusta daripada
Rasulullah s.a.w kemudian daripada kumpulan ini diriwayatkan pula oleh kumpulan lain
yang serupa dengannya sehingga sampai kepada kita. Usaha-usaha pengumpulan Al-Quran
yang dilakukan di zaman Khalifah Uthman Bin Affan telah mendatangkan faedah yang
besar kepada umat Islam keseluruhannya iaitu mampu menyelamatkan umat Islam dari
perpecahan; mampu menyelesaikan perselisihan orang-orang Islam mengenai penulisan
Al-Quran; mampu menyatukan wajah-wajah Qiraat melalui satu mashaf; dan juga mampu
menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang kita saksikan pada masa
sekarang ini. Dengan demikian berkembanglah dan terbentuklah kaedah penulisan Al-
Quran mengikut gaya penulisan yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga
Sayyidina Uthman Ibn ‘Affan r.a. yang mana dikenali sebagai Kaedah Penulisan Rasm
‘Uthmani. Berikut adalah pengenalan beberapa perkara tentang Ilmu Rasm ‘Uthmani iaitu
definisi Ilmu Rasm ‘Uthmani, kelebihan-kelebihan Rasm ‘Uthmani dan kaedah Rasm
‘Uthmani dalam penulisan Al-Quran.
2.1 Definisi Ilmu Rasm ‘Uthmani
Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau
ucapan untuk memelihara pengucapan huruf dan menggantikan huruf. Penulisan (rasm)
Al-Quran ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara Ijmak atau sepakat oleh
seluruh ulamak mujtahidin kerana tulisan ini adalah terbentuk ‘taufiqiyyah’ (satu ketetapan
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 11
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
dari Rasulullah s.aw yang tidak boleh menyalahinya) dan ia dibuat di bawah pengawasan
Nabi Muhammad s.a.w.
Syeikh Abd Al-Mun‘im Kamil Syair mendefinisikan Ilmu Rasm’Uthmani sebagai
kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan Al-Quran pada mushaf-mushaf yang yang
ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman Ibn ‘Affan r.a. dan dihantar ke
negara-negara Islam.
2.2 Kelebihan-kelebihan Rasm Uthmani
Rasm Uthmani adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, mengikut tulisan Al-
Quran yang asal, boleh memahami makna yang berlainan dan tidak terkeluar daripada
maksud yang sebenar, memudahkan bacaan dengan wajah Qiraat (jenis-jenis bacaan),
sebagai hujjah kepada Al-Quran yang fasih, dipersetujui oleh 12000 sahabat, salah satu
dari mukjizat Al-Quran, bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir, salah satu dari rukun
bacaan Al-Quran Al-Karim, berdasarkan kepada dalil-dali yang kuat dan hujah-hujah yang
jelas, ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat) dan sterusnya mengandungi rahsia dari segi
mengekal dan menggugurkan huruf.
2.3 Kaedah Rasm Uthmani Dalam Penulisan Al-Quran
Kaedah Rasm Uthmani dalam penulisan Al-Quran terdiri daripada kaedah Al-Hazf
(membuang huruf), kaedah Ziyadah (menambah huruf), kaedah Ibdal (mengganrti huruf
dengan huruf lain), kaedah Al-Wasl dan Al-Fasl (menyambung dan memisah tulisan
kepada kalimah dan huruf), kaedah Ma Fihi Qiraӗtani dan akhir sekali kaedah Al-Dabt.
Dalam esei ini dua daripada kaedah di atas akan saya perincikan dengan lebih detail iaitu
kaedah Al-Hamz dan Kaedah Al-Dabt dalam penulisan Al-Quran.
3. Hubungan Ilmu Qiraat Dengan Rasm ‘Uthmani.
Hubungan di antara Al-Qiraat dengan Rasm ‘Uthmani dapat dikategorikan kepada
enam perkara iaitu Rasm Uthmani sebagai syarat penerimaan Qiraat yang Mutawatirah
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
atau Sahihah; Rasm ‘Uthmani merupakan salah satu perkara dalam pengkaedahan Rukun
Al-Qiraat yang tiga; Rasm ‘Uthmani merupakan asas kepada penolakan bacaan Qiraat
Shazzah; Rasm’Uthmani merupakan hujah dalam memastikan kebenaran dan keaslian Al-
Quran; Rasm ‘Uthmani merupakan faktor kesinambungan budaya At-Talaqqi yang mana
satu-satunya cara Al-Quran dengan kepelbagaian Qiraatnya disampaikan; dan akhir sekali
Rasm ‘Uthmani merupakan sebahagian daripada ‘Ulum Al-Qiraat yang bersifat Riwayah
dan Dirayah.
3.1 Rasm Uthmani Sebagai Syarat Penerimaan Qiraat Yang Mutawatirah Atau
Sahihah
Bacaan yang mencapai taraf tawatur ialah suatu bacaan (bersambung kepada Nabi
Muhammad s.a.w.) yang diriwayatkan oleh sebilangan manusia sehinggakan mustahil jika
bilangan tersebut boleh bersepakat untuk berdusta. Qiraat Mutawatir juga bermaksud
Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku
sebarang pendustaan seperti Qiraat yang terdapat dalam Thoriq As-Syathibi dan Thoriq Al-
Jazari. Imam Ibn Al-Jazari telah menegaskan bahawa Qiraat mempunyai tiga rukun
sebagai syarat penerimaan Qiraat yang mutawatirah atau sahihah iaitu pemindahan atau
periwayatan yang sahih (Sihhatun Naqli); bertepatan dengan penulisan mushaf ‘Uthmani
(Muwafaqat Rasm Mushaf Al-‘Uthmani); dan yang terakhir menepati wajah-wajah bahasa
Arab (Muwafaqatul ‘Arabiyyah).
Rasm ‘Uthmani menjadi syarat kepada Qiraat yang mutawatirah atau sahihah
kerana Rasm ‘Uthmani memainkan peranan penting dalam menjaga kesahihan bacaan Al-
Quran. Dr. Muhammad Salim Muhaysin dalam bukunya Fi Rihab Al-Quran Al-Karim
menyatakan bahawa : Al-Masahif Al-Uthmaniyyah ditulis dengan qiraat yang dibaca dan
diriwayatkan oleh para sahabat r.a. daripada Rasulullah S.A.W., manakala kewujudan Al-
Suhuf yang dikumpulkan pada zaman Sayyidina Abu Bakar r.a. bertujuan untuk menjadi
sumber rujukan bertulis. Tiada sebarang arahan daripada khalifah Islam untuk berpegang
atau meninggalkan mana-mana qiraat sama ada selari atau sebaliknya dengan tulisan As-
Suhuf tersebut. Ini menunjukkan bahawa Al-Ahruf As-Sab’ah masih kekal dalam
bentuknya yang asal dan tidak berubah dan terkesan dengan penulisan As-Suhuf tersebut.”
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
Ulama juga telah bersepakat menjadikan mushaf yang dihantar oleh ‘Uthman Ibn
‘Affan ke Kota Islam iaitu Mekah, Basrah, Kufah, Syam dan Madinah adalah satu rukun
dalam menilai kesahihan Qiraat.
Penilain Qiraat untuk diterima pakai sama ada mutawatirah dan boleh dibaca dalam
sembahyang mestilah memenuhi tiga rukun iaitu sanad yang sahih, menepati bahasa Arab
dan menepati Rasm ‘Uthmani.
Rasm Uthmani mengambil kira Tujuh Ahruf seperti yang disabdakan Rasulullah
s.a.w. : Maksudnya: Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya : Saya mendengar Hisyam bin
Hakim membaca surah al-Furqan di masa hidup Rasulullah s.a.w. Saya mendengarkan
bacaannya dan kebetulan dia membaca menurut beberapa huruf yang tidak dibacakan
Rasulullah s.a.w. kepaad saya. Hampir saya menyerangnya ketika dia sedang solat. Tetapi
saya dapat menyabarkan diri sampai dia memberi salam. Lalu saya tarik dia dengan
merentapnya dan mengatakan: “Siapakah yang membacakan kepada engkau surah yang
saya dengar engkau membacanya? “Engkau dusta. Baginda membaca kepada saya
berlainan dari yang engkau baca itu. “ Lalu saya menariknya kepada Rasulullah s.a.w. dan
mengatakan kepada baginda: “Sesungguhnya saya mendengar orang ini membaca surah al-
Furqan berlainan dari yang engkau bacakan kepada saya”. Kata Nabi : “Lepaskan dia!
Bacalah hai Hisyam! “Lalu dibacanya menurut bacaan yang saya dengar tadi”. Rasulullah
s.a.w. berkata: “Begitulah ayat itu diturunkan.” Kemudian baginda berkata: “Bacalah, hai
Umar!” Lalu saya membaca menurut bacaan yang dibacakan oleh baginda kepada saya.
Nabi berkata: “Begitulah ayat itu diturunkan! Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam
tujuh huruf. Maka bacalah mana yang mudah antaranya!” (HR Bukhari : 2025).
Sayyidina Umar r.a. dan Hisyam membaca surah yang sama tetapi dengan bacaan
yang berlainan. Walaupun tidak ada petunjuk secara pasti tetapi seolah-olah terdapat
perbezaan qiraat. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. masih hidup, perselisihan bacaan itu
diharmonikan, diterima dan tidak ditimbulkan perbezaan yang membawa petaka kepada
umat. Hadith ini juga membuktikan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi sudah
wujud wajah-wajah pembacaan al-Quran yang berbeza.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
3.2 Rasm ‘Uthmani Merupakan Salah Satu Perkara Dalam Pengkaedahan Rukun
Al-Qiraat Yang Tiga
Nabi Muhammad s.a.w. merupakan tempat rujukan para sahabat r.a. bagi semua
permasalahan yang melibatkan agama termasuklah hal-hal berkenaan Qiraat. Sebagai
contoh, perselisihan faham tentang bacaan antara Hisyam Ibn Hakim r.a. dan ‘Umar Al-
Khattab r.a. telah dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. Ini menjadi bukti kukuh bahawa para
sahabat r.a. telah meriwayatkan Qiraat (bacaan Al-Quran) secara sahih lagi terjaga. Para
sahabat jugalah yang dikatakan sebenarnya merupakan pencipta kepada dhowabith (rukun-
rukun) Qiraat walaupun bukan dari segi kaedah bertulis tetapi dari segi talaqqi (berguru)
dan praktikal. Para sahabat telah memindahkan (meriwayatkan) kepada kita bacaan Al-
Quran (Qiraat) Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh kejujuran. Inilah yang dipanggil
Sihhatun Naqli iaitu periwayatan atau pemindahan yang sahih.
Sehinggalah pada zaman Khalifah ‘Uthman Ibn ‘Affan, wujudnya dhabith (rukun)
yang kedua iaitu bertepatan dengan penulisan Mushaf ‘Uthmani. Mushaf ‘Uthmani.
Pada ketika itu, jumhur sahabat r.a. telah berijma’ untuk menggunakan Mushaf ‘Uthmani
sahaja dengan membakar semua mushaf selainnya. Hanya bacaan yang menepati Mushaf
Uthmani sahaja diterima pakai.
Manakala dhabith (rukun) yang ketiga, menyentuh tentang Al-Quran diturunkan
dalam Bahasa ‘Arab dan para sahabat r.a. merupakan golongan yang mahir serta fasih
berbahasa ‘Arab. Dhabith ini wujud secara langsung dengan pemilihan bahasa ‘Arab
sebagai bahasa Al-Quran. Dengan ini tidak salah kalau dikatakan bahawa titik tolak
penciptaan dhowabith Qiraat ini bermula pada zaman sahabat r.a. lagi. Kemudian
berkembang sehinggalah masa kini.
Dengan itu, kaedah Rasm ‘Uthmani memainkan peranan penting sebagai syarat
penerimaan Qiraat yang mutawatirah atau sahihah selain dua lagi syarat tersebut iaitu
pemindahan atau periwayatan yang sahih (Sihhatun Naqli) dan juga menepati wajah-wajah
bahasa Arab (Muwafaqatul ‘Arabiyyah).
Rasm Uthmani juga mengambil kira Tujuh Ahruf seperti yang disabdakan
Rasulullah s.a.w. : Maksudnya: Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya : Saya mendengar
Hisyam bin Hakim membaca surah al-Furqan di masa hidup Rasulullah s.a.w. Saya
mendengarkan bacaannya dan kebetulan dia membaca menurut beberapa huruf yang tidak
dibacakan Rasulullah s.a.w. kepaad saya. Hampir saya menyerangnya ketika dia sedang
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
solat. Tetapi saya dapat menyabarkan diri sampai dia memberi salam. Lalu saya tarik dia
dengan merentapnya dan mengatakan: “Siapakah yang membacakan kepada engkau surah
yang saya dengar engkau membacanya? “Engkau dusta. Baginda membaca kepada saya
berlainan dari yang engkau baca itu. “ Lalu saya menariknya kepada Rasulullah s.a.w. dan
mengatakan kepada baginda: “Sesungguhnya saya mendengar orang ini membaca surah al-
Furqan berlainan dari yang engkau bacakan kepada saya”. Kata Nabi : “Lepaskan dia!
Bacalah hai Hisyam! “Lalu dibacanya menurut bacaan yang saya dengar tadi”. Rasulullah
s.a.w. berkata: “Begitulah ayat itu diturunkan.” Kemudian baginda berkata: “Bacalah, hai
Umar!” Lalu saya membaca menurut bacaan yang dibacakan oleh baginda kepada saya.
Nabi berkata: “Begitulah ayat itu diturunkan! Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam
tujuh huruf. Maka bacalah mana yang mudah antaranya!” (HR Bukhari : 2025).
Sayyidina Umar r.a. dan Hisyam membaca surah yang sama tetapi dengan bacaan
yang berlainan. Walaupun tidak ada petunjuk secara pasti tetapi seolah-olah terdapat
perbezaan qiraat. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. masih hidup, perselisihan bacaan itu
diharmonikan, diterima dan tidak ditimbulkan perbezaan yang membawa petaka kepada
umat. Hadith ini juga membuktikan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi sudah
wujud wajah-wajah pembacaan al-Quran yang berbeza.
3.3 Rasm ‘Uthmani Merupakan Asas Kepada Penolakan Bacaan Qiraat Shazzah
Perkembangan Qiraat Shazzah telah bermyla semenjak zaman Sayyidina ‘Uthman
Ibn ‘Affan r.a. iaitu setelah penyusunan Al-Quran dalam mushaf. Penelitian dari sudut
ketepatan sesuatu bacaan yang menepati kesahihan sanadnya yang mutawatir daripada
Rasulullah s.a.w., menepati kaedah penulisan Rasm ‘Uthmani dan juga menepati wajah-
wajah bahasa Arab adalah tunjang kepada qiraat mutawatiroh. Perkara ini seterusnya
menjadi asas kepada penolakan bacaan Qiraat Shazzah (Qiraat yang tidak memenuhi salah
satu daripada rukun Qiraat yang tiga). Qiraat Shazzah adalah disebabkan Masahif peribadi
para sahabat r.a. yang tidak dihapuskan setelah Sayyidina ‘Uthman Ibn ‘Affan
memerintahkan pembukuan semula al-Quran sebagai contoh mushaf Ibnu Mas’ud di mana
mushafnya telah diriwayatkan oleh generasi Tabi’in. Dengan itu Qiraat Shazzah tidak
harus dibaca dan tidak menjadi ibadat apabila membacanya. Bahkan adalah berdosa dan
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
haram hukumnya jika kita meyakini bahawa ia sebagai Al-Quran. Ini adalah berbeza
dengan Qiraat Mutawatirah.
3.4 Rasm’Uthmani Merupakan Hujah Dalam Memastikan Kebenaran Dan Keaslian
Al-Quran
Rasm ‘Uthmani merupakan hujah iaitu qiraat tersebut hendaklah sama dengan
perkataan yang tertulis dalam mushaf ‘Uthmani. Jika menyalahi seperti apa yang tertulis
dalam Mushaf ‘Uthmani yang boleh merubah kebenaran dan keaslian Al-Quran, maka
Qiraat tersebut ditolak seterusnya tidak dibenarkan untuk membacanya dalam sembahyang.
3.5 Rasm ‘Uthmani Merupakan Faktor Kesinambungan Budaya At-Talaqqi Yang
Mana Satu-Satunya Cara Al-Quran Dengan Kepelbagaian Qiraatnya
Adalah menjadi satu kemestian kepada semua umat Islam yang ingin membaca Al-
Quran supaya bertalaqqi atau bergueu walau hanya satu bacaan daripada Al-Fatihah
sehingga An-Nas. Kaedah talaqqi atau berguru mesti didatangkan bersama bagi mengajar
Qiraat yang menggunakan kaedah penulisan Rasm ‘Uthmani. Penulisan Rasm ‘Uthmani
perlu digandingkan dengan kaedah talaqqi atau berguru dengan mereka yang bertauliah
sebagaimana Ulama telah menetapkan syarat ketawaturan sanad Qiraat sehingga kepada
Nabi Muhammad s.a.w. Berguru dengan golongan yang tidak bertauliah adalah dilarang
sama sekali. Dengan kaedah bertalaqqi dan berguru kita akan mengetahui lebih jelas dan
tepat bagaimana membaca Isymam, Rum, Tashil pada tempat-tempat tertentu merupakan
faktor kesinambungan budaya at-talaqqi yang mana satu-satunya cara al-quran dengan
kepelbagaian qiraatnya. Dengan itu benarlah bahawa Rasm ‘Uthmani merupakan faktor
kesinambungan budaya At-Talaqqi sebagai cara terbaik bagi mengajar Al-Quran dengan
kepelbagaian Qiraatnya.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
3.6 Rasm ‘Uthmani Merupakan Sebahagian Daripada ‘Ulum Al-Qiraat Yang
Bersifat Riwayah Dan Dirayah.
Rasm ‘Uthmani sudah semestinya menjadi sebahagian daripada Imu Qiraat yang
bersifat Riwayah Dan Dirayah. Qiraat Riwayah perlu dikuasai dengan kaedah talaqqi dan
berguru iaitu membaca semua riwayat Al-Quran dihadapan guru. Adalah tidak mencukupi
jika hanya membaca buku Qiraat walaupun mempraktis kesemua kehendak yang terdapat
dalam buku Qiraat tersebut. Ini kerana mempelajari Qiraat tanpa berguru akan
mengundang risiko kesilapan dalam menyebut khilaf Qiraat. Sebagai contoh teknik
menyebut atau membaca Isymam dengan memuncung kedua bibir atau bagaimana
membaca Isymam ketika percampuran antara huruf Sad dan Zai. Selain itu, bagaimana
hendak membaca tashil huruf hamzah. Semua bentuk usul Qiraat ini sememangnya ada
huraian tentangnya dalam kitab Qiraat namun ia tidak mampu dibaca dengan tepat
melainkan berguru dengan guru yang bertauliah secara bertalaqqi atau dikenali juga
dengan musyafahah.
Qiraat Dirayah adalah meliputi segala apa yang dipaparkan dalam penulisan
berkaitan Qiraat seperti maklumat mengenai sejarah tokoh Qiraat merangkumi kelahiran,
sejarah guru mereka dan perkembangan Qiraat dahulu dan sekarang. Demikian juga
dengan taujih Qiraat yang dianggap sebagai Qiraat Dirayah. Maklumat demikian aamat
membantu dalam mengetahui kronologi Qurra’ yang disepakati oleh para ulama bahawa
bacaan mereka adalah mutawatirah. Selain itu kita juga boleh mengenal mana ulama yang
mendefinisikan sebagai Qiraat Syazzah.
Sesungguhnya, Rasm Uthmani telah melengkapi Ilmu Qiraat dari sudut kaedah
penulisan Al-Quran dan dibaca dengan betul sebagaimana bacaan Rasulullah s.a.w.
seterusnya Rasm ‘Uthmani semestinya menjadi sebahagian daripada Ilmu Qiraat yang
bersifat Riwayah serta Dirayah. Imam Syathibi sempat menyebut di dalam syairnya dengan
berdoa semoga Allah S.W.T. memberi ganjaran yang terbaik untuk mereka kerana menjadi
nadi kepada perkembangan Qiraat hingga ke hari ini.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 18
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
4. Kesan Kepada Ilmu Qiraat Sekiranya Penulisan Al-Quran Tidak Menepati
Kaedah Penulisan Rasm Uthmani
Sekiranya penulisan al-Quran tidak menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani
sudah tentu hal ini akan meninggalkan kesan kepada ilmu Qiraat antaranya tidak diterima
Qiraatnya untuk mencapai Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah. Ini disebabkan hal
ini tidak memenuhi tiga syarat utama untuk mencapai Qiraat Mutawatiroh iaitu sanad yang
sahih (bersambung kepada Nabi s.a.w.), menepati penulisan mushaf Uthmani dan
seterusnya menepati bentuk-bentuk gaya bahasa Arab.
Seterusnya tidak menepati pengkaedahan rukun Al-Qiraat yang tiga iaitu kesahihan
sanadnya, menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani dan juga menepati bentuk-bentuk-
bentuk bahasa Arab. Ini akan mengakibatkan Qiraat tersebut mengingkari tiga rukun
yang wajib dimiliki oleh Qiraat tersebut. Hal ini perlu dititik beratkan dengan mencari
jalan terbaik bagi mengelak masalah sedemikian contohnya mengadakan kelas intensif
Ilmu Qiraaat yang dibarisi oleh tenaga pengajar yang bertauliah. Usaha ini memungkinkan
amalan Qiraat yang betul iaitu menepati tiga rukun Ilmu Qiraat tersebut.
Seterusnya, penulisan Al-Quran yang tidak menepati Kaedah Rasm Uthmani
akan menjurus kepada Qiraat Syazzah yang mana ditolak bacaannya kerana tidak
menepati mana-mana tiga rukun yang mesti dipenuhi oleh Ilmu Qiraat. Qiraat
Shazzah tidak harus dibaca dan tidak menjadi ibadat apabila membacanya. Bahkan adalah
berdosa dan haram hukumnya jika kita meyakini bahawa ia sebagai Al-Quran. Ini adalah
lawan bagi Qiraat Mutawatirah atau Sahihah. Perkara ini perlu diberi penekanan terutama
kepada mereka yang menuntut Ilmu Qiraat juga kepada masyarakat yang menceburkan diri
dalam Ilmu Qiraat.
Seterusnya terhalang daripada menjadi sebahagian daripada ‘Ulum Al-Qiraat
yang bersifat Riwayah dan Dirayah. Qiraat Riwayah perlu dikuasai dengan kaedah
talaqqi dan berguru iaitu membaca semua riwayat Al-Quran dihadapan guru. Namun
sekiranya Ilmu Qiraat itu tidak menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani, maka
adalah dilarang untuk kita menyampaikan Ilmu Qiraat tersebut kerana ditakuti akan lahir
bacaan yang salah serta mengubah maksud asal ayat-ayat yang dipelajari tersebut. Qiraat
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 19
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
Dirayah adalah meliputi segala apa yang dipaparkan dalam penulisan berkaitan Qiraat
seperti maklumat mengenai sejarah tokoh Qiraat merangkumi kelahiran, sejarah guru
mereka dan perkembangan Qiraat dahulu dan sekarang. Demikian juga dengan taujih
Qiraat yang dianggap sebagai Qiraat Dirayah. Maklumat demikian aamat membantu dalam
mengetahui kronologi Qurra’ yang disepakati oleh para ulama bahawa bacaan mereka
adalah mutawatirah. Selain itu kita juga boleh mengenal mana ulama yang mendefinisikan
sebagai Qiraat Syazzah. Namun begitu, jika kaedah penulisan Al-Quran yang digunakan
menyimpang daripada kaedah sebenar penulisan Rasm Uthmani sudah tentu Ilmu Qiraat
tersebut tidak lagi bersifat Dirayah sebagai contoh dari sudut Taujih Qiraat setiap Qurro’.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 20
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
PENUTUP
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa Ilmu Qiraat dan Rasm
Uthmani mempunyai hubungan yang rapat serta saling melengkapi antara satu sama lain
iaitu Rasm Uthmani sebagai syarat penerimaan Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah;
Rasm ‘Uthmani merupakan salah satu perkara dalam pengkaedahan Rukun Al-Qiraat yang
tiga; Rasm ‘Uthmani merupakan asas kepada penolakan bacaan Qiraat Shazzah;
Rasm’Uthmani merupakan hujah dalam memastikan kebenaran dan keaslian Al-Quran;
Rasm ‘Uthmani merupakan faktor kesinambungan budaya At-Talaqqi yang mana satu-
satunya cara Al-Quran dengan kepelbagaian Qiraatnya disampaikan; dan akhir sekali Rasm
‘Uthmani merupakan sebahagian daripada ‘Ulum Al-Qiraat yang bersifat Riwayah dan
Dirayah. Seterusnya timbul beberapa kesan negatif kepada Ilmu Qiraat jika kaedah
penulisan Al-Quran tidak menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani antaranya tidak
diterima Qiraat tersebut untuk mencapai Qiraat yang Mutawatirah atau Sahihah. Ini akan
mengakibatkan Qiraat tersebut mengingkari tiga rukun yang wajib dimiliki oleh Qiraat
tersebut. Seterusnya terhalang daripada menjadi sebahagian daripada ‘Ulum Al-Qiraat
yang bersifat Riwayah dan Dirayah. Qiraat Riwayah. Selain itu, tidak menepati Kaedah
Rasm Uthmani yang akan menjurus kepada Qiraat Syazzah yang mana ditolak bacaannya
kerana tidak menepati mana-mana tiga rukun yang mesti dipenuhi oleh Ilmu Qiraat. Tiga
rukun tersebut ialah kesahihan sanadnya (bersambung bacaan kepada Rasulullah s.a.w.),
menepati kaedah penulisan Rasm Uthmani dan seterusnya menepati bentuk-bentuk bahasa
Arab.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 21
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
BIBILIOGRAFI
Abu Mardhiyah (2007). Tajwid Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ahmad Fathoni, (2005). Kaedah Qiraat Al-Saba’ah, Jilid I Dan Jilid II, Jakarta : Penerbit
Institut PTIQ & Institut Ilmu Al-Quran
Al-Qattan,M.K (2001). Studi Ilmu-Ilmu Quran, Jakarta : Litera Antara Nusa.
Al-Zarqaniy, M.A.A. (1999). Menyingkap Rahsia Ilmu Al-Quran. Batu Caves: Pustaka
Ilmi.
As-Salih, S.(2004). Membahas Ilmu-Ilmu Al-Quran. Jakarta: Pustaka Firdaus
Jusoh, M.R. (2001). Pengenalan Ilmu Qiraat. Batu Caves : Mahsuri Timur Sdn.Bhd.
Jusoh, M.R. (2008). Tarikh Al-Quran dan Rasm Uthmani Jilid 1. Batu Caves : Pustaka
Khodim Al-Mashaf.
Hj. Mohd Nazri Bin Abdullah, (2009), Manhaj Qiraat 10, Kuala Lumpur : Pustaka Salam
Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2006). Sukatan Pelajaran Kelas Kemahiran al-
Qur’an, Selangor : KPM
Modul Hbqe1203. Rasm Al-Uthmani Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : OUM.
Modul Hbqe2203. Rasm Al-Uthmani Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : OUM.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 22
Kursus : al-qiraat (hbqe2203)
Mohd Rahim Jusoh, (2001). Pengenalan Ilmu Qiraat, Batu Cave : Mahsuri Timur Sdn.
Bhd.
Seminar Qiraat Kebangsaan (2011). Keberkesanan Mempelajari Ilmu Qiraat : Antara
Harapan, Cabaran dan Penyelesaian Masalah, Malaysia : Universiti Sains Islam.
Ammar Fadzil, (2007). Anatomi Al-Quran, Selangor D.E. : PTS PUBLICATIONS &
DISTRIBUTORS SDN. BHD.
Subhi Salleh, Mabahith Fi U’lum Al-Quran, Terjemahan Zainal Abidin Abdul Kadir,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Yaminat.A.M .(1985). Ilmu Qiraat Al-Quran. Kuala Lumpur:Pustaka Antara.
Urusetia Lembaga Pengawalan & Pelesenan, Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan,
Kementerian Dalam Negeri, (1996). Buku Panduan Rasm Uthmani.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 23