HBSS4303 Antropologi Bab 6 (han wei)
-
Upload
university-for-teachers-xd -
Category
Education
-
view
254 -
download
4
description
Transcript of HBSS4303 Antropologi Bab 6 (han wei)
Disediakan oleh:
Chin Han Wei
Ekonomi Antropologi Ekonomi
Andaian asas yang mendasaripemikiran tentang ekonomi secaraumum.
Andaian asas yang mendasaripemikiran tentang ekonomi secarakhusus.
Mengkaji bagaimana pengeluaran, pengagihan, dan penggunaanberlaku dalam konteks masyarakatmoden dan industri.
Mengkaji dan membandingkansistem pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan dalammasyarakat tribal dan pra-industri.
Tidak melibatkan ritual. Melibatkan ritual dan berbentuksimbolik.
Pemikiran ekonomi banyakdipengaruhi oleh falsafah Barat yang mementingkan keuntunganmaterial.
Tidak mementingkan keuntunganmaterial semata-mata.
Hanya benar apabila diaplikasikandalam masyarakat moden.
Sesuai untuk diaplikasikan untukmemahami sistem ekonomibudaya yang lain.
Sumber alam yang boleh
didapati di persekitaran
adalah tanah, kawasan
hutan, haiwan, buruan, air,
bahan galian dan tumbuhan.
Bahan ini terhad, maka
masyarakat
mengenakan beberapa
peraturan bagi tujuan
pengagihan sumber.
Peraturan memastikan
sumber dapat
digunakan secara
berhemat demi
menjaga kelestariannya
serta memastikan tidak
ada perbalahan.
Pelbagai
masyarakat
yang berbeza
mengagihkan
sumber mereka
Masyarakat
pemburu
dan
peramu
Masyarakat
pastoral
Masyarakat
hortikultur
Masyarakat
agrikultur
Tanah merupakan tempat memburu
dan meramu maka tanah amat
penting sebagai sumber makanan.
Walaubagaimanapun, sempadan
tanah tidak begitu ketat seperti
masyarakat moden.
Mesti menjejaki haiwan yang
berhijrah mengikut musim, maka
mereka tidak seharusnya terlalu
terikat kepada sempadan sesuatu
kawasan
Menakluki dan melindungi sesuatu
kawasan memerlukan masa, tenaga,
dan teknologi. Mereka tidak
mempunyai teknologi yang canggih
dan tidak berhasrat untuk
menggunakan masa dan tenaga
untuk tujuan ini.
Kawalan sesuatu kawasan dengan
ketat mungkin boleh mengakibatkan
konflik yang sia-sia diantara
kumpulan. Perkongsian rezeki lebih
baik.
Memerlukan kawasan lapang untuk menternak haiwan.
Memerlukan akses kepada 2 sumber yang penting, air dan
pastura (padang ragut).
Kumpulan-kumpulan pastoral perlu mengatur perjanjian
antara satu sama lain untuk memastikan akses kepada
sumber tersebut.
Pastura secara lazimnya tidak dikawal oleh mana-mana
individu tetapi dikongsi bersama.
Pastura merupakan kawasan dimana haiwan ternakan mereka
dibawa untuk merungut.
Biasanya menetap dikawasan
yang dikuasai oleh
kerabatnya.
Keluarga nuklear yang kecil
dibenarkan menggunakan
tanah asal mereka
mengerjakan tanah tersebut
dan menjaga hubungan
dengan kaum kerabatnya.
Mereka tidak memiliki tanah,
tidak boleh menjual tanah
dan hanya menggunakan
tanah atas restu kaum
kerabatnya.
Mengamalkan pertanian
pindah randah, tidak ada
gunanya terlalu terikat
dengan sebidang tanah
kerana akan ditinggalkan
suatu hari juga.
Masyarakat Smoa
mengamalkan sistem ini di
mana tanah dikawal oleh
seorang pentadbir yang
digelar matai yang mewakili
kepentingan kerabat.
Kegiatan agrikultur intensif memerlukan tanah yang luas dan
lapang.
Petani moden memiliki hak milik peribadi keatas tanah.
Boleh menjual tanah, menyewa atau memberi tanah sebagai
hadiah kerana adalah milik mutlak.
Hak milik peribadi merupakan konsep yang sangat sebati
dengan pemikiran moden, kadangkala ahli antropologi
membuat tafsiran yang kurang tepat mengenai sistem
pertukaran budaya lain.
Masyarakat
Agrikultur
Barangan dan
perkhidmatana
Kepentingan Sistem
Pertukaran
Karl Polanyi
membahagikan sistem
pertukaran kepada
•Harus diagihkan dalam
masyarakat.
•Ada lebihan yang perlu
dilupuskan kerana tidak
digunakan.
•Melupuskan lebihan.
•Mempelbagaikan barangan dan
perkhidmatan yang beredar dalam
masyarakat.
•Timbal balas
•Pengagihan semula
•Sistem pasaran
Timbal Balas
Merujuk kepada pertukaran barangan dan perkhidmatan yang nilainya hampir sama tanpa
menggunakan wang antara dua pihak.
Timbal balas umum merujuk kepada pertukaran barang tanpa mengharap sebarang pulangan serta-
merta (hubungan suami isteri).
Timbal balas seimbang merujuk kepada pertukaran barangan dimana pihak yang terlibat mengharapkan
pulangan barangan yang sama nilainya dalam satu jangka waktu yang tertentu. Melibatkan perhubungan
yang lebih formal, jarak sosial yang besar dan tanggungjawab untuk saling bertukar hadiah. Contohnya,
rangkaian kula melibatkan ritual pertukaran yang kompleks di mana gelang dan kalung yang dibuat
daripada cangkerang bertukar diantara penduduk serangkaian pulau.
Timbal balas negatif merujuk kepada pertukaran di antara pihak yang cuba mengambil kesempatan di
antara satu sama lain. Masing-masing ingin memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan
pengorbanan dan ini membawa kepada penipuan dan pergaduhan. Hubungan ini tidak mengutamakan
altruisme dan kewajipan sosial kerana lebih bermotivasikan kepentingan individu. Contohnya musuh dan
orang yang tidak dikenali.
Berlaku apabila barangan disalurkan kepada sesuatu pusat dan
kemudiannya diagihkan semula berdasarkan peraturan yang tertentu.
Melibatkan 2 tahap.
•Penyaluran barangan dan perkhidmatan kepada suatu pusat.
•Pengagihan semula barangan dan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat.
Pengagihan semua kerap diamalkan dalam masyarakat yang mempunyai
hierarki politik. Negara yang mengambil cukai daripada rakyat digunakan
untuk kepentingan awam. Ada 3 jenis pengagihan semula.
•Ufti (tribute)
•Orang besar (big men)
•Potlatch
Ufti
(Tribute)
• Dalam masyarakat yang tidak mempunyai mata
wang, ketua puaknya diberi makanan dan barangan
lain.
• Kemudian diagihkan semula kepada masyarakat
dalam bentuk kenduri besar.
• Berfungsi untuk mengagihkan barangan kepada
masyarakat disamping mengiktiraf kuasa politik
ketua puak dan mengukuhkan kesepaduan sosial
dalam puak.
• Selalunya, pengagihan semula ini banyak berpihak
kepada pihak atasan dimana mereka selalu
mendapat bahagian terbesar.
Orang besar
(Big Men)
•Tidak seperti ketua puak yang biasanya mewarisi tampuk
kepimpinan, orang besar bertindak sebagai pemimpin melalui
kebolehan mereka meyakinkan saudara mara dan jiran
tetangga untuk menyumbang lebihan untuk tujuan
mengadakan kenduri.
•Orang besar mempunyai ciri-ciri mempunyai daya pujuk,
murah hati, kemahiran berpidato, kerajinan dan kecergasan
fizikal yang berbeza daripada ketua puak yang lazimnya tidak
produktif.
•Orang besar bekerja keras untuk mengumpul lebihan dan
menggalakkan pengikut mereka berbuat demikian.
•Mereka selalu berkorban dengan berjimat dari segi
penggunaan peribadi terhadap makanan demi mengadakan
kenduri.
•Ini adalah kerana status orang besar amat bergantung kepada
bertapa besarnya kenduri yang diadakan, kemurahan hatinya,
dan layanan baik terhadap tetamu.
Potlatch
•Merupakan sistem pengagihan semula yang merupakan salah
satu contoh ekonomi prestij (sama seperti sistem orang besar)
di mana orang meraih status dan prestij dengan mengagihkan
kekayaan mereka dalam bentuk pesta makan minum dan
pemberian hadiah seperti selimut dan barangan dari luar.
•Potlatch merupakan istiadat di mana ketua-ketua puak akan
mengumumkan hak keturunan, kelebihan dan status sosial
mereka kepada seluruh masyarakat.
•Status yang ingin diukur oleh tuan rumah diukur pada jumlah
pemberian kepada orang ramai.
•Lebih banyak hadiah yang diberikan lebih tinggi status yang
diraihkan.
•Hadiah yang diberikan boleh dianggap sebagai bayaran
kepada tetamu-tetamu atas kehadiran mereka untuk
menyaksikan kemurahan hati tuan rumah.
Sistem Pasaran
Adalah sistem dimana barangan dan perkhidmatan dijual dan dibeli
menggunakan mata wang.
Nilai sesuatu barangan bergantung kepada prinsip penawaran dan permintaan.
Sistem pasaran kurang menekankan hubungan kerabat, peribadi, atau politik.
Sistem pasaran lebih menekankan aspek ekonomi keran pihak yang terlibat lebih
memikirkan keuntungan mutlak daripada mengekalkan hubungan sosial.
Lebih kerap diamalkan dalam masyarakat maju yang mempunyai lebihan barangan dan sistem
pembahagian yang kompleks.
Masyarakat pra-moden tidak mempunyai lebihan dalam kuantiti yang mencukupi untuk
mengamalkan sistem pasaran.
Perkembangan teknologi yang pesat dalam masyarakat moden membolehkan pengeluaran
lebihan dalam kuantiti yang banyak dan ini membawa kepada terbentuknya sistem pasaran.
Pengkhususan tugas dalam masyarakat moden telah membawa kepada kepelbagaian
barangan dan perkhidmatan dan ini menggalakkan pertukaran berlaku.