Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN … · fakulti sains kesihatan, universiti kebangsaan...
Transcript of HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN … · fakulti sains kesihatan, universiti kebangsaan...
FAKULTI SAINS KESIHATAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
HHHC9401 – KEMAHIRAN NILAI, SIKAP,
ETIKA DAN PROFESIONALISME
NAMA: NUR ALIYA BINTI MOHD JONED
NO. MATRIK: A144621
NAMA PENILAI: DR NORHAYATI BINTI IBRAHIM
KANDUNGAN
BAB 1.0 PENGENALAN
1.1 Definisi Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
1.2 Kepentingan HC Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
1.3 Pengenalan program
BAB 2.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN
2.1. Persediaan Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014
2.11 Pengenalan skop kerja
2.12 Mesyuarat
2.13 Simulasi Running Radiographer Maze dan raptai
2.2 Sekitar Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014
BAB 3.0 PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI
BAB 4.0 KESIMPULAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Definisi Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
Nilai: Ukuran kepada sesuatu sifat, keperibadian dan sebagainya yang ada pada
individu.
Sikap: Perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat
(fikiran) atau dalam istilah bahasa Inggeris pula disebut sebagai “attitude” yang
membawa maksud satu cara penterjemahan terhadap perasaan, pemikiran dan
tingkah laku.
Etika: Ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan
Profesionalisme: Sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu
dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh
seorang profesional.
1.2 Kepentingan HC Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
Kepentingan kemahiran insaniah ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang
mengamalkan standard nilai, sikap dan etika yang tinggi di samping profesional
dalam melakukan sebarang tugas. Kemahiran ini juga penting untuk menanamkan
kesedaran kepada mahasiswa tentang peranan dan tanggungjawab kepada
masyarakat dengan mempraktikkan nilai dan sikap yang boleh dicontohi, juga
etika dan profesionalisme yang tinggi.
1.3 Pengenalan Program
Program: Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014
Tarikh: 8 November 2014 (Sabtu)
Tempat: UKM Kampus Kuala Lumpur
Tema: “Advancing Imaging, Healing Globally”
Matlamat: Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sambutan hari radiografi sedunia
Objektif:
Mempromosikan sambutan hari radiografi sedunia kepada orang awan dan
kepentingan yang diperoleh dari sambutan ini.
Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dengan masyarakat luar
sebelum menempuh alam klinikal serta mempraktikkan ilmu yang dipelajari.
Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dengan mahasiswa/i dari
institusi pengajian tinggi yang lain serta berkongsi pengalaman dan ilmu yang
dipelajari.
2.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN
2.1 Persediaan Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014
2.11 Pengenalan skop kerja
Saya selaku ahli jawatankuasa (AJK) program untuk program Sambutan Hari
Radiografi Sedunia 2014, bersama-sama dua lagi AJK dan dua orang Exco
bertungkus lumus untuk menjayakan sambutan ini. Skop kerja kami meliputi
persediaan sebelum, semasa dan selepas program. Skop kerja kami yang luas
dengan tenaga kerja kami yang sedikit memberikan kesulitan kepada kami.
Namun begitu, dengan sikap profesionalisme saya dan rakan-rakan, tugas-tugas
itu dapat disiapkan dengan jayanya dan pada waktu yang ditetapkan. Kami juga
dapat mencapai kata sepakat setiap masa kerana sikap profesionalisme kami yang
menghormati pendapat ahli-ahli selain bertolak ansur antara satu sama lain.
2.12 Mesyuarat
Terdapat empat mesyuarat formal (bersama pensyarah dan ahli kelab Pengimejan
Diagnostik dan Radioterapi) dan beberapa mesyuarat tidak formal (bersama
sekreteriat program). Perkara yang berbangkit ketika mesyuarat formal ialah:
Mesyuarat pertama: 8 September 2014
i. Mengubah tentatif kasar program dengan menggantikan aktiviti yang
hendak dijalankan pada hari program.
ii. AJK hendaklah merancang aktiviti yang menarik untuk peserta.
Mesyuarat kedua: 23 September 2014
i. Menyediakan tentatif program yang lengkap
Mesyuarat ketiga: 8 Oktober 2014
i. Pembentangan tentatif program.
ii. Multimedia perlu dikurangkan dari 30 minit kepada 15 minit.
iii. VIP perlu tunggu sehingga forum berlangsung pada hari kejadian.
iv. Perubahan tajuk forum.
v. Minum pagi untuk peserta perlu dibuang.
vi. Aktiviti waktu petang- Running Radiographer Maze.
vii. Dalam satu kumpulan ade 10 peserta, satu fasilitator.
viii. Check point untuk Running Radiographer Maze ialah makmal, DK, TIBE,
FARMASI.
ix. Perlukan surat kebenaran untuk menggunakan phantom.
x. Perlu membuat simulasi game.
xi. Untuk pembentangan, pascasiswazah sebagai fasilitator.
Mesyuarat keempat: 31 Oktober 2014
i. Exco program membentangkan tentatif kesuluruhan semasa hari kejadian.
ii. Exco program meminta semua exco dan AJK terlibat dalam raptai yang
akan dijalankan pada Jumaat 7/11, 5.00 petang.
iii. Semua pelajar tahun dua akan mengadakan simulasi running radiographer
maze pada hari khamis 6/11.
iv. Perkara berbangkit- peserta dalam pertandingan pitching adalah pelajar
PDR tahun 4 dan exco program bertanggungjawab untuk menghantar emel
kepada mereka kerana pascasiswazah tidak dapat menghadirkan diri pada
hari kejadian.
Perbincangan mengenai perkara berbangkit
bersama penasihat program, Pn Noraniza Azmi
Melalui mesyuarat ini, saya dapat memupuk nilai dan etika yang tinggi dalam diri
saya. Saya mempraktikkan nilai dan etika yang baik apabila berurusan dengan
pensyarah, antaranya bercakap dengan lebih sopan dan lebih profesional. Walaupun
berlaku pencanggahan pendapat antara kami dan pensyarah, kami dapat
menyelesaikan dengan cara yang baik kerana kesedaran yang tinggi terhadap nilai dan
etika.
Mesyuarat tidak formal bersama sekreteriat program yang lain berlangsung di Kolej
Tun Syed Nasir (KTSN), selalunya diadakan pada waktu malam. Perkara yang
dilakukan ketika mesyuarat ini adalah perbincangan kepada perkara berbangkit di
atas, penyediaan tentatif program, dan penyediaan alatan-alatan untuk hari kejadian.
Pada waktu ini, saya menggunakan etika yang berbeza berbanding apabila berurusan
dengan pensyarah. Mesyuarat ini lebih tenang dan ringkas kerana perbincangan
bersama rakan-rakan yang rapat. Walaupun tidak menggunakan etika yang tinggi,
saya tetap menjaga adab dan sikap agar disenangi rakan-rakan saya. Selain itu, saya
dan rakan-rakan amat profesional dalam melakukan tugasan kami agar mesyuarat itu
tidak menyimpang dari tujuan sebenar.
Mesyuarat ini diadakan pada waktu
malam, antara pukul 8 hingga 10 malam.
Namun begitu, kehadiran setiap
sekreteriat amat memberangsangkan
Saya mendengar dengan teliti dan
mencatit apa yang perlu diambil kira
bagi menjayakan sambutan ini
2.13 Simulasi Running Radiographer Maze dan Raptai
Pada hari Rabu, 5 November 2014, sekreteriat program telah menjalankan simulasi
explorace untuk Sambutan Hari Radiografi Sedunia yang dinamakan Running
Radiographer Maze. Simulasi ini diadakan di padang KTSN. Menurut mesyuarat yang
lepas, kami menetapkan 6 November untuk membuat simulasi. Namun begitu,
terdapat beberapa masalah sehingga kami menukar tarikh aktiviti ini.
Taklimat ringkas oleh AJK
program sebelum simulasi
dimulakan
Penglibatan rakan-rakan saya amat menggalakkan. Namun begitu, ada segelintir
daripada mereka tidak turun untuk membantu dalam menjayakan simulasi ini. Mereka
memberikan alasan untuk menyiapkan tugas-tugas sekreteriat mereka. Sebagai
seorang yang profesional, saya tidak menunjukkan ketidakpuasan hati saya kepada
rakan-rakan yang lain. Perasaan peribadi ini sepatutnya disimpan supaya tidak
menimbulkan suasana yang tegang.
Saya menggunakan komunikasi yang sesuai untuk memberikan taklimat agar mereka
semua faham dan dapat menerima arahan saya. Komunikasi yang baik merupakan
etika yang perlu dipupuk dalam diri setiap orang. Selain itu, sikap toleransi antara satu
sama lain dapat menjayakan aktiviti ini, seterusnya memberikan persediaan yang
terbaik untuk menghadapi Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014 kelak.
Simulasi ‘ice breaking’
Pada hari Jumaat, sehari sebelum program berlangsung, setiap jawatankuasa telah
terlibat dalam raptai penuh. Saya diberikan tugas untuk menyediakan tempat dan
peralatan untuk explorace. Tempat-tempat yang terlibat dalam aktiviti ini adalah di
sekitar UKM kampus KL, antaranya Makmal Utama PDR, T1BE, Farmasi Komuniti
dan Dewan Kuliah 2.
Kami juga ada membuat simulasi ringkas mengenai permainan yang tidak dapat
dilakukan ketika di padang KTSN, seperti permainan di atas. Saya selaku ketua untuk
simulasi pada hari itu berjaya mengendalikannya. Terdapat sedikit percanggahan
Salah satu stesen explorace yang
dinamakan “It’s time to learn!”. Stesen ini
bertempat di Makmal Utama PDR
pendapat antara saya dan rakan-rakan yang terlibat dalam simulasi ini kerana mereka
berasa peraturan permainan yang asal tidak sesuai. Jadi saya telah mempraktikkan
etika yang baik dan bersikap profesional dengan menimbang-balik peraturan sedia
ada. Peraturan itu kemudiaannya diolah mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan
simulasi yang dilakukan.
2.2 Sekitar Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014
Pada waktu pagi, saya terlibat dalam penyediaan tempat untuk majlis formal. Saya
telah membantu rakan-rakan saya untuk menggantung poster sempena
pertandingan poster yang merupakan salah satu aktiviti untuk program ini.
Setelah itu, saya berkejar ke pintu masuk UKM kampus KL untuk menyambut tetamu
daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar. IPT yang dapat hadir ialah Kolej KPJ,
Universiti Kuala Lumpur (UniKl), Kolej Vision dan Kolej Universiti Metropolitan
Kuala Lumpur (KLMU). Ada di antara IPT-IPT ini tiba lewat sehingga saya dan AJK
lain terpaksa menunggu terlalu lama. Namun begitu, kami bersikap profesional dalam
mengendalikan hal ini dan tidak menunjukkan kemarahan sedikit pun kepada mereka.
Mereka ibarat tetamu yang melawat ke rumah kita. Jadi, saya sedar bahawa saya perlu
menjaga nama baik universiti kesayangan saya. Saya telah menunjukkan nilai dan
etika yang tinggi ketika berurusan dengan mereka agar mereka berasa senang
mengikuti program ini seterusnya dapat mengharumkan nama UKM.
Pada sebelah petang pula, semua sekreteriat program telah terlibat dalam
mengendalikan Running Radiographer Maze. Saya menjalankan tugas saya sebagai
Perbincangan ringkas sebelum
menampal poster
pemantau untuk setiap stesen bagi memastikan setiap stesen tidak mempunyai
masalah dan aktiviti boleh berjalan dengan lancar. Kami berlima berhubung melalui
walkie-talkie supaya perjalanan aktiviti ini selaras dengan arahan yang diberikan oleh
Exco kami.
Melalui aktiviti ini, saya dapat belajar untuk bekerja secara profesional. Tugas saya agak
memenatkan kerana perlu berkejar dari satu stesen ke stesen yang lain.
Walaubagaimanapun, saya tetap menjalankan tugas saya tanpa merungut atau
melakukannya secara sambil lewa. Dalam masa yang sama, saya menerapkan nilai, etika
dan sikap yang mulia dalam diri saya kepada rakan-rakan dan kenalan-kenalan yang baru
agar saya sentiasa positif menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
3.0 PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI
Melalui program yang setahun sekali diadakan ini, saya telah banyak mempelajari sesuatu
yang baru mengenai kerja berorganisasi. Setelah saya terlibat dalam organisasi ini, saya
berasa saya lebih profesional dalam mengendalikan sebarang situasi atau masalah yang
timbul. Tambahan pula, saya telah mempelajari etika kita bersama rakan-rakan dan
pensyarah haruslah berbeza supaya lebih menjalinkan kemesraan tanpa berasa canggung
atau tidak selesa.
Pengalaman yang saya dapat melalui program ini amat manis untuk dikenang. Walaupun
terdapat beberapa konflik dalam organisasi ini, saya dapat mengatasinya secara
profesional kerana saya menganggap setiap organisasi mesti ada pahit manis yang
membuatkan kita lebih menghargai persahabatan yang terjalin. Selain itu, melalui
pengalaman ini, saya mendapat beberapa pengajaran untuk kehidupan saya dan dapat
menerapkan nilai-nilai murni serta etika yang baik.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, program yang saya ikuti ini memberikan saya kesedaran untuk sentiasa
menerapkan nilai, etika dan sikap yang terbaik kepada masyarakat. Selain itu, ia juga
melatih saya untuk lebih profesional dan memberikan persediaan apabila saya bekerja
kelak.
Melalui kemahiran insaniah nilai, sikap, etika dan profesionalisme ini, saya mempelajari
kemahiran ini amat penting untuk seseorang manusia khususnya mahasiswi seperti saya,
agar dapat berbakti kepada masyarakat seterusnya berjaya dalam bidang yang saya ceburi.