MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan...

19
TARIKH 22 NOVEMBER 2015 hingga 27 NOVEMBER 2015 TEMPAT FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM ANJURAN EXCO KELAB PERAKAUNAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA “MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIFMINGGU PERAKAUNAN 2015 Universiti Kebangsaan Malaysia Kertas Kerja

Transcript of MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan...

Page 1: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

TARIKH

22 NOVEMBER 2015 hingga 27 NOVEMBER 2015

TEMPAT

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM

ANJURAN

EXCO KELAB PERAKAUNAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

“MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF”

MINGGU PERAKAUNAN 2015 Universiti Kebangsaan Malaysia

Kertas Kerja

Page 2: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

1 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

KERTAS KERJA

MINGGU PERAKAUNAN 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan dan dibentangkan atas beberapa tujuan.

Pertamanya, penyediaan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan

kelulusan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni

(PPMPA) pihak pengurusan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM bagi kami

menjalankan Minggu Perakaunan 2015 (ACW‟15). Keduanya, bagi memohon

bantuan kewangan dari Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) dan Pusat

Perhubungan Mahasiswa & Perhubungan Alumni (PPMPA) bagi program ini yang

akan dianjurkan oleh Kelab Perakaunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (KPFEP)

dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

(PMFEP). Ketiganya, untuk memohon kerjasama strategik daripada pihak kerajaan,

swasta dan NGO berkenaan sesi perkongsian bersama mereka dan juga dari aspek

penajaan dalam apa saja bentuk seperti tunai, hadiah dan barang-barang yang

difikirkan sesuai dalam menjayakan Minggu Perakaunan 2015 ini.

Kami mengalu-alukan reaksi positif dari pihak Pusat Perhubungan

Mahasiswa & Perhubungan Alumni dan Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan

Malaysia mengenai program ini. Kami juga terbuka dalam menerima sebarang

cadangan, idea, kritikan dan pendapat daripada mana-mana pihak samada dari

pihak fakulti, pihak universiti mahupun dari pihak industri dalam usaha kami untuk

menambahbaik program ini.

2.0 PENGENALAN

2.1 Latarbelakang Kelab

Kelab Perakaunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (KPFEP),

Universiti Kebangsaan Malaysia, merupakan sebuah kelab yang bernaung

dibawah Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP).

Matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk menjaga kebajikan mahasiswa/i

dan menjadi wadah jaringan antara dunia korporat dan industri perakaunan

Page 3: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

2 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

dengan seluruh mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, khasnya

mahasiswa/i dalam jurusan perakaunan.

2.2 Sejarah Program

Sepanjang penubuhannya, KPFEP telah berkolaborasi dengan

pelbagai badan-badan profesional dan syarikat-syarikat korporat dalam

usaha untuk menjadikan mahasiswa/i perakaunan UKM lebih kompetitif

dalam dunia perakaunan sebenar. Usahasama KPFEP dengan pihak-pihak

luar ini selama lebih 13 tahun penubuhan kelab menunjukkan keunggulan

dan keupayaan KPFEP dalam berinteraksi dan berhubung dengan dunia luar

yang lebih banyak cabaran.

2.3 Cetusan Idea Menjalankan Program

Selaras dengan matlamat dan hasrat universiti melalui salah satu

keberhasilan utama UKM iaitu graduan menghayati aspirasi kebangsaan,

memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, kompetensi, daya inovasi dan daya

saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat,

mahasiswa/i disarankan agar menganjurkan dan mengambil bahagian dalam

aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Pada masa yang sama, program ini mampu melahirkan mahasiswa

yang bukan sahaja mahir dalam segi akademik, malah turut memiliki

kemahiran sosial yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Selain itu,

segala ilmu pengetahuan yang dapat diambil melalui pembelajaran secara

formal ataupun tidak formal menerusi program ini dapat diterapkan serta

diamalkan dalam kehidupan seharian semua pihak yang terlibat. Program ini

juga diharapkan dapat menyuburkan semangat kerjasama dan kemahiran

'soft skill' bagi melahirkan mahasiswa yang berdaya saing.

Tunggak utama program ini dijalankan adalah untuk menyalurkan

maklumat berkaitan dengan profesion perakaunan kepada semua

mahasiswa/i Fakulti Ekonomi & Pengurusan, khususnya mahasiswa/i jurusan

perakaunan UKM disamping membuka lebih banyak peluang kepada mereka

untuk bertemu dengan pihak industri. Ini merupakan antara usaha kelab

dalam membantu mahasiswa/i ini untuk menjawab persoalan mereka

mengenai karier dalam bidang ini, pengiktirafan profesional yang boleh

Page 4: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

3 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

diperolehi dan peluang-peluang pekerjaan yang boleh mereka rebut setelah

bergraduasi kelak.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif utama Minggu Perakaunan 2015 diadakan adalah untuk:

3.1 Graduan Beraspirasi Kebangsaan & Inovatif

Melatih dan melahirkan mahasiswa holistik yang berupaya untuk berkomunikasi

dengan baik, mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan-keputusan yang

kritikal, boleh menjadi pemimpin yang mampu bekerjasama secara proaktif dalam

kumpulan, berupaya melakukan tugas yang berasingan secara serentak (multi

tasking) dan sihat tubuh badan.

3.2 Graduan Kompeten & Berdaya Saing

Berfungsi sebagai platform untuk mahasiswa/i berinteraksi dan berkomunikasi

dengan badan-badan profesional dan industri supaya mereka lebih menyedari apa

yang industri mahukan supaya mudah untuk mahasiswa/i mengambil tindakan

sewajarnya dalam memenuhi kriteria dan kehendak industri.

3.3 Perkongsian Pintar & Keterlibatan Strategik

Menjadi pusat sehenti bagi menjawab persoalan berkenaan karier perakaunan,

pengiktirafan profesional yang boleh diperolehi dan peluang-peluang kerjaya sebagai

seorang akauntan terus daripada pihak-pihak berkenaan (MICPA, ACCA, CIMA,

CPA Australia, ICAEW) supaya tidak wujud percanggahan maklumat yang boleh

mewujudkan kekeliruan.

3.4 Penjanaan Kekayaan Secara Optimum & Strategik

Mendedahkan kemahiran keusahawanan kepada mahasiswa/i dalam mencari dana

bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat

mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar

melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah serta menunjukkan

tingkah laku profesional.

4.0 TEMA

“ Mahasiswa Proaktif Pemacu Akauntan Kompetitif ”

Page 5: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

4 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

5.0 ANJURAN

Exco Kelab Perakaunan Fakulti Ekonomi & Pengurusan (KPFEP),

Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan (PMFEP),

Universiti Kebangsaan Malaysia

Dengan kerjasama :

Pusat Pengajian Perakaunan (PPP) Universiti Kebangsaan Malaysia;

Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia;

Malaysian Institute of Chartered Public Accountants (MICPA);

Association of Chartered Certified Accountants (ACCA);

Chartered Institute of Management Accountant (CIMA);

Certified Practising Accountants Australia (CPA Australia);

Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW);

FIT Malaysia;

BURSA Malaysia; dan

Yayasan Peneraju.

6.0 TARIKH DAN MASA

Cadangan tarikh dan masa pelaksaan program adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 November 2015 (Ahad) hingga 27 November 2015 (Jumaat)

Masa : Rujuk Lampiran B

7.0 TEMPAT PROGRAM

Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM

Pejabat Crowe Horwarth Kuala Lumpur

Pejabat Operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur

8.0 INOVASI

8.1 Pendekatan baru dalam menjana dana untuk Minggu Perakaunan 2015

Satu kempen yang dinamakan “The Gratitude Campaign 2015” akan

dilaksanakan dengan membawakan tema penghargaan. Kempen ini

julung-julung kalinya diadakan di Fakulti Ekonomi & Pengurusan bagi

memupuk rasa menghargai dan dihargai dalam kalangan warga fakulti

Page 6: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

5 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

(pelajar dengan pelajar, pelajar dengan pensyarah, pelajar dengan staf

akademik dan bukan akademik). Kempen ini bakal dijalankan di FEP selama

satu hari (27 November 2015). Ahli jawatankuasa pelaksana Minggu

Perakaunan 2015 akan membuka gerai jualan bunga segar beserta kad

ucapan untuk dijadikan sebagai satu tanda penghargaan dan terima kasih.

Jualan ini akan diadakan di hadapan dewan kuliah 1 FEP dan segala

keuntungan dari jualan tersebut akan disalurkan sebagai dana Minggu

Perakaunan 2015.

8.2 Sesi bersama alumni perakaunan Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Minggu Perakaunan 2015 merupakan satu program tahunan yang

dianjurkan oleh Exco Kelab Perakaunan, Persatuan Mahasiswa Fakulti

Ekonomi & Pengurusan UKM. Selain daripada sesi bersama industri (badan

profesional dan syarikat-syarikat audit), Minggu Perakaunan pada kali ini

ingin membawa satu pembaharuan dengan menampilkan alumni perakaunan

dari Pusat Perakaunan UKM yang kini telah berjaya membuka firma audit

sendiri atau telah berjaya menempatkan diri dalam syarikat audit terkemuka

di Malaysia dalam satu sesi perkongsian bersama mahasiswa/i jurusan

perakaunan. Sesi ini diharap dapat memberi pendedahan kepada

mahasiswa/i berkenaan dengan realiti dan cabaran graduan yang

bergraduasi dalam jurusan perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia

dalam dunia pekerjaan sebenar. Alumni-alumni ini juga dapat membantu

dalam memberikan tips-tips dan kemahiran yang perlu digilap oleh

mahasiswa/i perakaunan UKM untuk berjaya dan lebih menonjol berbanding

mahasiswa/i dari institusi pengajian tinggi yang lain.

9.0 PUBLISITI

9.1 Hebahan mengenai program akan dilakukan melalui media cetak dan

elektronik antaranya ialah poster, banting, banner, flyers, papan iklan

elektronik UKM, laman sosial dan radio.

9.2 Golongan sasar bagi program ini adalah seperti berikut

Page 7: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

6 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

i. Seluruh warga Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM khususnya

mahasiswa/i Program Perakaunan serta mahasiswa/i seluruh

Universiti Kebangsaan Malaysia.

ii. Alumni Perakaunan UKM

iii. Badan-badan Profesional Perakaunan

iv. Syarikat-syarikat dan Firma Perakaunan

v. Pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Selangor

10.0 CADANGAN PERASMI

10.1 Perasmian Pembukaan

i. Penaja Utama Minggu Perakaunan 2015, UKM

10.2 Perasmian Penutup

i. Ybhg Prof Dr.Norman Mohd Saleh

Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM

11.0 PENGLIBATAN

i. Jumlah peserta : 1 000 orang

(Peserta untuk program/aktiviti/pertandingan/sesi perkongsian adalah

terbuka kepada semua pelajar UKM)

ii. Jumlah urusetia : 80 orang

iii. Jumlah pengunjung: 2 000 orang

(Pelajar, Pensyarah, Kakitangan UKM, badan profesional, syarikat audit dan

masyarakat sekitar Bandar Baru Bangi)

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

Page 8: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

7 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

14.0 PERINCIAN PROGRAM

14.1 FIT Malaysia x UKM ‘Fitness Start Now!’

Memupuk budaya gaya hidup sihat dalam komuniti berintelektual. Slot

ini juga bertujuan untuk mendidik mereka bahawa melakukan

senaman adalah mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.

Selain daripada senaman, pemakanan sihat, cara menangani tekanan

dan kaedah melakukan pemeriksaan kesihatan sendiri.

14.2 Meet & Greet The Industry ‘Accounting Is Not About Debits & Credits’

Satu sesi dialog bersama beberapa firma audit untuk memberi

pendedahan kepada mahasiswa/i berkaitan dengan persekitaran kerja

audit dan akauntan. Profesion sebagai seorang akauntan kini lebih

kepada menyampaikan kepada pengguna-pengguna perakaunan

tentang kepentingan sesuatu tindakan lepas dalam proses bagi

mereka untuk membuat keputusan bagi masa hadapan.

14.3 Sesi bersama Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Sesi ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/I Fakulti

Ekonomi & Pengurusan khasnya mereka yang dalam jurusan

perakaunan untuk mengenali dengan lebih baik salah satu daripada

badan professional perakaunan terbesar dan pantas berkembang

dengan 154,000 ahli di 170 buah negara. Sesi ini bakal memberikan:

i. Pengenalan mengenai ACCA;

ii. Program-progam yang ditawarkan mereka; dan

iii. Faedah dan manfaat yang diperolehi menjadi seorang ahli

ACCA

14.4 Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) Management

Simulation Game

Satu pertandingan yang dianjurkan oleh pihak MICPA yang bakal

menguji kepakaran mahasiswa/i dalam membuat keputusan dalam

satu permainan simulasi perniagaan. Ianya mampu mengasah

kemahiran kognitif pelajar dan beberapa kemahiran lain yang amat

diperlukan untuk berjaya dalam bidang perakaunan. Pertandingan ini

Page 9: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

8 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

bakal disertai oleh beberapa institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan

swasta (IPTS) yang dijemput oleh pihak MICPA.

14.5 Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) Career Talk

Sesi ini diadakan bagi memberikan gambaran kepada mahasiswa/i

mengenai MICPA yang merangkumi:

i. Pengenalan mengenai MICPA;

ii. Menerangkan program yang dinamakan MICPA-CAANZ dan

SSP (Student Sponsorship Programme); dan

iii. Faedah dan manfaat yang diperolehi menjadi seorang ahli

MICPA-CAANZ

14.6 Forum Succeed in an Interview: It‟s Not That Hard

Ceramah ini diadakan untuk mengasah kemahiran pelajar untuk

berjaya dalam sesebuah temuduga. Kegagalan seorang mahasiswa/i

untuk bersinar dan seterusnya menarik perhatian bakal majikan

mereka dalam mengambil mereka bekerja menjadi punca 952,000

mahasiswa/i masih lagi menganggur selepas bergraduasi. Inisiatif

kami menjalankan ceramah ini diharap dapat membantu mereka

mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang perlu ditangani sebelum

masuk ke bilik temuduga kerana kami percaya bukan setakat

kemahiran intelektual tetapi skil-skil insaniah yang bakal membantu

pelajar berjaya dalam karier mereka.

14.7 ESCAPE Run 2015: The Good, The Bad & The Uncertain

ESCAPE Run 2015 diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim

diantara pelajar perakaunan yang datang daripada tahun yang

berbeza. Program berasaskan explorace ini adalah hasil cetusan idea

barisan kepimpinan Kelab Perakaunan yang ingin menghapuskan

jurang senioriti diantara mahasiswa/i program perakaunan di FEP. Ini

akan dapat meningkatkan lagi interaksi antara mereka agar lebih

mudah untuk mereka ini bertukar-tukar pendapat dan maklumat

sesama mereka.

14.8 Sesi bersama Chartered Institute of Management Accountant (CIMA)

Sesi ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i Fakulti

Ekonomi & Pengurusan khasnya mereka yang dalam jurusan

Page 10: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

9 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

perakaunan untuk mengenali dengan lebih baik salah satu daripada

badan professional perakaunan terbesar dan pantas berkembang

dengan misinya untuk membantu individu dan perniagaan

berkembang maju di sektor awam dan swasta. Sesi ini bakal

memberikan:

i. Pengenalan mengenai CIMA;

ii. Program-progam yang ditawarkan mereka; dan

iii. Faedah dan manfaat yang diperolehi menjadi seorang ahli

CIMA.

14.9 Sesi bersama Certified Practising Accountants Australia (CPA Australia)

Sesi ini diharap dapat memberikan gambaran kepada mahasiswa/I

mengenai CPA Australia yang merangkumi:

i. Pengenalan mengenai CPA Australia;

ii. Memberi penerangan berkenaan cara/langkah, kos dan apa

yang diperlukan untuk menjadi seorang ahli CPA Australia.

iii. Faedah dan manfaat yang diperolehi menjadi seorang ahli

CPA Australia.

14.10 Lawatan Industri (Pejabat Crowe Horwath Kuala Lumpur )

Lawatan industri adalah penting bagi memberi pendedahan kepada

mahasiswa/i yang sedang menjalani pendidikan profesional

khususnya dalam bidang perakaunan berkenaan bakal persekitaran

kerja mereka. Input-input yang dipelajari secara teori adalah tidak

cukup untuk menunjukkan kepada mereka apa yang sebenarnya

bakal mereka lakukan dalam profesion ini, skop tugas, etika dan

tanggungjawab serta kaedah operasi sesebuah syarikat/organisasi

yang berbeza-beza. Justeru, lawatan industri berfungsi sebagai salah

satu mekanisme untuk merapatkan jurang yang wujud antara

pembelajaran di dalam kelas dan persekitaran pekerjaan sebenar

melalui pendedahan praktikal. Selain itu juga, lawatan industri

memainkan peranan penting untuk:

i. membantu mahasiswa/i mendapatkan maklumat langsung

mengenai fungsi industri;

ii. berfungsi sebagai platform pembinaan hubungan antara

institusi dan industri;

Page 11: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

10 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

iii. membantu meningkatkan kemahiran interpersonal dan

komunikasi; dan

iv. membantu untuk memahami apa yang boleh dan tidak boleh

dilakukan dalam amalan industri.

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN/KEMUDAHAN PROGRAM

i. Bas

ii. Khemah

iii. Kerusi & Meja

iv. Sofa

v. Alas meja, gelas VIP, dulang

vi. Pentas

vii. Tanaman hiasan

viii. Softboard

ix. Public Address System (PA System) & Walkie Talkie

x. Exhibition Cubicle

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila

hubungi:

Urusetia Minggu Perakaunan 2015

Kelab Perakaunan, Paras 4,

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

(u/p: Muhammad Mukhazzam Bin Mansor)

No Tel : +60176471215

E-Mel : [email protected]

18.0 PENUTUP

Berdasarkan kepada matlamat, misi, dan objektif Minggu Perakaunan 2015

(ACW„15) yang telah digariskan menunjukkan bahawa tanggungjawab yang harus

Page 12: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

11 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

dipikul oleh setiap ahli jawatankuasa pelaksana program adalah amat besar dalam

memastikan beberapa perkara dapat dicapai iaitu:

1. Memupuk integrasi dalam kalangan masyarakat berintelektual yang

mendokong aspirasi dan falsafah universiti.

2. Menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap aspek gerak kerja bagi mendidik

mahasiswa/i yang tinggi dengan nilai-nilai kemasyarakatan.

3. Memberi sumbangan dan komitmen penuh, terutamanya untuk menjaga

nama baik Pusat Perakaunan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan dan Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Urusetia Minggu Perakaunan 2015 amat mengharapkan kerjasama daripada

semua pihak bagi memastikan kelancaran perjalanan gerak kerja yang seterusnya

akan menjayakan Minggu Perakaunan 2015 yang diharap dapat memberi impak

kepada golongan-golongan yang telah kami sasarkan. Segala bentuk sumbangan,

kerjasama dan keprihatinan yang diberikan amatlah kami hargai. Harapan kami agar

kertas kerja ini dipertimbangkan dan diluluskan dengan sempurna. Akhir kata, segala

kerjasama yang diberikan samada secara langsung mahupun tidak langsung, kami

dahului dengan ucapan terima kasih.

‘Mahasiswa Proaktif Pemacu Akauntan Kompetitif’

Page 13: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

12 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

Disediakan oleh,

……………………………………………..

MUHAMMAD MUKHAZZAM MANSOR

Ketua Pengarah Minggu Perakaunan 2015,

Kelab Perakaunan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No. Tel: 017-647 1215

Disemak oleh,

……………………………………………..

PROF. MADYA DR. NORADIVA HAMZAH

Penasihat Kelab Perakaunan,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No. Tel: 019-668 3755

Disokong oleh,

……………………………………………..

DR. NORLIN KHALID

Ketua Hal Ehwal Siswa & Alumni (HESA),

Fakulti Ekonomi & Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No. Tel: 016-440 3702

Disahkan oleh,

……………………………………………..

PROF. MADYA DR. MOHAMAT SABRI HASSAN

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar, Akademik, Alumni dan Antarabangsa),

Fakulti Ekonomi & Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 14: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

13 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

MINGGU PERAKAUNAN 2015

KELAB PERAKAUNAN 2015 - 2016

PENAUNG

YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGERUSI

Prof. Datin Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENYELARAS

Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA)

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENASIHAT

Dr. Norlin Khalid

Ketua Hal Ehwal Siswa & Alumni (HESA)

Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM

PENASIHAT PROJEK

Prof. Madya Dr. Noradiva Hamzah

Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM

Page 15: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

14 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

KETUA PENGARAH

Muhammad Mukhazzam Bin Mansor

FEP/3

A143403

017-647 1215

TIMBALAN PENGARAH

Nur Husna Binti Mohd Dahan

FEP/3

A143408

018-235 2711

SETIAUSAHA

Nur Shahirah Farhana Binti Mohamed

FEP/3

A143517

010-388 1241

TIMBALAN SETIAUSAHA

Nur Izzyan Athirah Binti Mohamad Nazri

FEP/3

A143346

013-411 0350

BENDAHARI

Sri Nur Izzati Binti Amdan

FEP/3

A143314

013-281 3320

TIMBALAN BENDAHARI

Afi Azri Bin Yahaya

FEP/3

A143257

017-645 8600

Page 16: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

15 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

Pengarah Unit Program & Protokol : Marina Binti Izham A143327 FEP/3

Timbalan : Nur Amilina Shasha Binti Aminuddin A143362 FEP/3

Pengarah Unit Pemasaran : Nurfatiha Binti Abdul Hamid A143317 FEP/3

Timbalan : Nur Faridah Binti Abdull Rashid A143343 FEP/3

Pengarah Unit Keusahawanan & Jualan : Nur Atikah Binti Azman A143322 FEP/3

Timbalan : Muhammad Zulfadhli Faiz Bin Zainal A143508 FEP/3

Pengarah Unit Sukan & Rekreasi : Jayakumar A/L Arjunan A143506 FEP/3

Timbalan : Nurul Hafini Binti Mohd Kassim A143356 FEP/3

Pengarah Unit Cenderamata & Hadiah : Nursyafi Izzan Bin Zainal A143177 FEP/3

Timbalan : Mohammad Azrul Ashraf Bin Mohd Yazid A143357 FEP/3

Pengarah Unit Publisiti & Media : Devakumar A/L Roopa Das A143477 FEP/3

Timbalan : Mohd Taufik Bin Abd Jamil A143111 FEP/3

Pengarah Unit Teknikal & Tugas-tugas Khas : Aizad Bin Azlan A143193 FEP/3

Timbalan : Fatimah Binti Malmod A143173 FEP/3

Pengarah Unit Jamuan & Kebajikan : Ume Yana Binti Abdul Rahman A143424 FEP/3

Timbalan : Nor Khairil Azanil Bin Kamaruddin A143184 FEP/3

Page 17: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

16 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM MINGGU PERAKAUNAN 2015

Hari & Tarikh Masa Program Tempat Objektif Keberhasilan Utama UKM

AHAD 22 November 2015

8.00 am – 12.00 noon FIT Malaysia x UKM Sekitar UKM 3.1 KRA 1.2

ISNIN 23 November 2015

8.00 am – 9.30 am Majlis Pembukaan Minggu Perakaunan „15 Dataran FEP 3.1 KRA 1.1 & KRA 1.3

10.00 am – 12.00 noon Sesi Bersama ACCA & Forum Bersama Industri “Meet & Greet the Industry” Dewan Kuliah 3.2 dan 3.3

KRA 3.1

2.00 pm – 4.00 pm Sesi Bersama CIMA Dewan Kuliah 3.2 dan 3.3

SELASA 24 November 2015

8.00 am – 11.00 am ACCA Accelerate Program Dewan Kuliah 3.1, 3.3 dan 3.4 KRA 1.2 & KRA 1.3

RABU

“A Day With MICPA” 25 November 2015

8.00 am – 5.00 pm MICPA Management Simulation Game Makmal Komputer 3.1 dan 3.4 KRA 1.1, KRA 1.2 & KRA 1.3

10.00 am – 1.00 pm MICPA Career Talk & Forum “Succeed in an Interview; It‟s Not That Hard” Dewan Kuliah 3.1, 3.2 dan 3.3 KRA 1.3 & KRA 3.1

2.00 pm – 4.00 pm Sesi Bersama Yayasan Peneraju Dewan Kuliah 3.2 dan 3.3 KRA 3.1

7.30 pm – 10.00 pm Program Kerohanian Bersama Pusat Islam Masjid UKM 3.1 KRA 1.2

KHAMIS 26 November 2015

8.00 am – 11.00 am Sesi Bersama CPA Australia Dewan Kuliah 3.2 dan 3.3 KRA 3.1

12.00 noon – 5.00 pm Lawatan Industri ke Pejabat Crowe Horwath Kuala Lumpur 3.1, 3.2 dan 3.3 KRA 3.1

JUMAAT 27 November 2015

8.00 am – 9.30 am Majlis Penutupan Minggu Perakaunan „15 Dataran FEP 3.1 KRA 1.1 & KRA 1.3

2.30 pm – 6.00 pm ESCAPE Run 2015: The Good, The Bad & The Uncertain Sekitar FEP 3.1 KRA 1.1 & KRA 1.2

*Aktiviti lain sepanjang minggu adalah gerai-gerai jualan barangan & makanan, indoor games, Accounting Quizmania, pertandingan fotografi, photobooth, Free Breakfast

Day

Page 18: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

17 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

MINGGU PERAKAUNAN 2015

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM

1. Sumbangan Fakulti Ekonomi & Pengurusan 2 000

2. Sumbangan Pusat Perhubungan Mahasiswa & Perhubungan Alumni

500

3. Sumbangan Cenderamata daripada Fakulti 300

4. Pemasaran Pelajar 4 200

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 7 000

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM RM

1.

PUBLISITI

Program:

Kain rentang untuk skrin fakulti 16” x 12” 70

Bunting program (RM30 x 6 helai) 180

Kain rentang 8”x 3” (RM70 x 1 helai) 70

Poster A3 (RM5 x 20 helai) 100

Majlis perasmian & penutup

Pamplet (RM3 x 20 orang) 60

Kad jemputan (RM2 x 20 orang) 40

520

2.

JAMUAN & KEBAJIKAN

Perasmian & Penutup (RM3 x 200 orang) 600

VIP, Tetamu taklimat, forum & ceramah (RM10 x 50 orang)

500

Peserta (RM3 x 300 orang) 900

2 000

Page 19: MINGGU PERAKAUNAN 2015 - ifolio.ukm.my · bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap

18 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF

MINGGU PERAKAUNAN 2015

Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015

3.

AKTIVITI

ESCAPE Run 2015: The Good, The Bad & The Uncertain

300

Lawatan Industri (Termasuk sebuah bas) 1 400

Program Kerohanian Bersama Pusat Islam 300

Free Breakfast Day 100

FIT Malaysia x UKM 200

2 300

4.

HADIAH & CENDERAMATA

Hadiah pertandingan

- Pertandingan fotografi 200

- Accounting Quizmania 100

- Indoor Games 100

- Hamper (RM 20 x 5) 100

Cenderamata VIP & penceramah (RM 15 x 20) 300

Sijil (95 keping) 180

Buku Cenderamata (RM 5 x 50 unit) 250

1 230

5.

PENGURUSAN

Kad nama 150

Pembelian alatan untuk pengurusan 200

Lain-lain belanja (kenderaan, petrol, pelbagai tuntutan)

300

650

6. RENCAM 300

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 7 000