hias bm

4
JOM BACA CONTOH KARANGAN BAHASA MALAYSIA Karangan 1 Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari Kemerdekaan negara kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap negara. Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas utama. Antara pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini. Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang . Sewaktu bendera dinaikkan lagu Negaraku dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat. Selepas itu, ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

description

kk

Transcript of hias bm

Page 1: hias bm

JOM BACA

CONTOH KARANGAN BAHASA MALAYSIA

Karangan 1

   Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari Kemerdekaan negara kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap negara.        Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas

utama. Antara pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini.

     Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”. Sewaktu bendera dinaikkan lagu “Negaraku” dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat. Selepas itu, ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Page 2: hias bm

   Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun dimulakan. Upacara perbarisan ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri daripada murid sekolah .pekerja sektor awam dan pekerja sektor swasta. Peserta perbarisan ini memberi tabik hormat kepada pemimpin negara yang berdiri di atas pentas utama.

    Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat menyaksikan perarakan kereta berhias yang berwarna-warni dan penuh bercahaya, persembahan pancaragam oleh pasukan beruniform, pertunjukan jet di udara dan melihat kemahiran penerjun-penerjun negara terjun dari helikopter sambil mengibarkan “Jalur Gemilang”.               Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan

kebudayaan. Pelbagai persembahan seperti tarian, nyanyian dan sketsa diadakan. Persembahan ini dijayakan oleh semua kaum di Malaysia. Semua persembahan yang dipersembahkan sungguh menghiburkan. Rakyat Malaysia yang datang sendiri sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto peristiwa yang berlaku pada hari tersebut.            Sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan

meriah. Bagi mereka yang tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca televisyen.

Karangan 2

Page 3: hias bm

 Hari ini ialah 31 Ogos. Hari ini juga dikenali sebagai Hari Kemerdekaan. Hari tersebut merupakan hari yang terpenting kepada negara Malaysia. Setiap 31 Ogos merupakan hari yang bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menandakan negara kita bebas daripada penjajahan negara-negara asing. Hari Kebangsaan disambut secara besar-besar di Dataran Merdeka.  

Pada awal awal pagi, kami sekeluarga bertolak ke destinasi untuk menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan. Dalam perjalanan ke dataran, kami berbual-bual dengan hati yang girang untuk menghilangkan perasaan bosan. Saya berasa tidak sabar untuk menyaksikan Sambutan tersebut. Kira-kira dua jam, kami tiba di destinasi. Orang ramai telah membanjiri di Dataran Merdeka. Suasana di sana amat riuh rendah.  

Pada pukul 8.00 pagi, Sambutan Hari Kemerdekaan dimulakan dengan nyanian lagu Negaraku oleh para hadirin. Selepas itu, jurucara menjemput Perdana Menteri menyampaikan ucapan di atas pentas. Setelah berucap, Perdana Menteri melaungkan Perkataan "Merdeka" sebanyak tujuh kali dengan kuat. Seluruh rakyat jelata juga mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Selapas ucapan daripada Perdana Menteri, acara perbarisan dimulakan. Pasukan beruniform seperti Polis, Tentera dan Bomba juga mengambil bahagian dalam acara perbarisan.

Selain itu, pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah yang terkemuka dan popular juga mempersembahkan

Page 4: hias bm

nyanyian dan tarian. Pelbagai jenis tarian mewakili kaum-kaum di negara tercinta kita telah dipersembahkan semua persembahan amat menarik dan dapat menghiburkan hati kami.

Pada pukul 1.00 petang, sambutan Hari Kebangsaan telah tamat. Kami pulang ke rumah dengan perasaan seronok. Kami berharap dapat menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan pada masa hadapan.