Hidroponik Sabah

36
HIDROPONIK (sumbangan : Jabatan Pertanian Sabah) APAKAH HIDROPONIK? Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah. KELEBIHAN HIDROPONIK Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut: Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain; Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi; Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak; Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul; Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien; Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi. KAEDAH HIDROPONIK Sistem Pengaliran Nutrien Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut: i) Pam air untuk aknarium. ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal). iii) Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika perlu). Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien Sistem Takung

Transcript of Hidroponik Sabah

Page 1: Hidroponik Sabah

HIDROPONIK(sumbangan : Jabatan Pertanian Sabah)

APAKAH HIDROPONIK?

Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.

KELEBIHAN HIDROPONIK

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:

• Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;

• Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi; • Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak; • Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul; • Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien; • Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

KAEDAH HIDROPONIK

Sistem Pengaliran Nutrien

Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:

i) Pam air untuk aknarium.

ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal). iii) Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika perlu).

Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien

Sistem Takung

Page 2: Hidroponik Sabah

Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:i) Takung tanaman.

ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik). iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).

Rajah 2 : Sistem Takung

KAEDAH PENANAMAN

Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-

Cara Mengubah:

• Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus • Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih) • Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang

tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.) • Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok • Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan

penuh

Cara Semaian terus

• Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu • Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air • Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah • Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air

*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.

Page 3: Hidroponik Sabah

Larutan Nutrien

Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-

BAJA BERAT (g) UNSUR KEPEKATAN (bsj)

Ammonium nitrat 75 N 300

Kalium fosfat 40 P 80

Kalium nitrat 32 K 230

Kalsium klorida 55 Ca 200

Magnesium sulfat 18 Mg 36

Besi/Ferum (Fe-EDTA) 3.29 Fe 5

Boron 0.56 B 1.0

Manganous chloride 0.18 Mn 0.5

Kuprum sulfat 0.04 Cu 0.1

Zingkam sulfat 0.05 Zn 0.1

Ammonium molybate trace Mo trace

Baja komersil (Gred)

Pertanian atau industri

• Gred teknikal

BERITA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN PERIKANAN, JANUARI-JUN 1998, M/S 21-22

Page 4: Hidroponik Sabah

Selasa, 27 Julai 1999Oleh: NOOR HAZANI MUSA

SARANAN kerajaan agar sektor pertanian menumpukan kepada pengeluaran makanan menjadi dorongan kepada Sime Darby, sebuah syarikat yang terkenal dengan ladang-ladangnya yang luas, untuk beralih kepada pertanian intensif dalam bentuk pengeluaran sayur-sayuran.

Menerusi anak syarikatnya, Sime Aerogreen Technology Sdn. Bhd. (Sime Aerogreen), ia telah berjaya mewujudkan satu kawasan penanaman berteknologi tinggi di kawasan seluas lima hektar berhampiran Seremban. Ladang terletak di sebelah Lebuh Raya Utara-Selatan itu mencatatkan sejarah tersendiri sebagai ladang aeroponik pertama di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan Sime Aerogreen, Abdul Shukor Nagor, ladang tersebut sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang lebih menyamai sebuah kilang kerana ia tidak menggunakan tanah, tidak berbau dan tidak bergantung kepada cuaca.

”Pengeluaran tanaman daripada ladang ini boleh dilakukan 365 hari setahun, dalam apa jua cuaca, sama seperti sebuah kilang,” katanya semasa memperkenalkan ladang itu kepada sekumpulan wartawan baru-baru ini.

Beliau berkata, peralihan kepada sektor pengeluaran makanan merupakan satu tindakan strategik bagi kumpulan Sime Darby. Projek tersebut, yang menumpu kepada penanaman sayuran iklim sederhana dan sub-tropika, menelan belanja RM13 juta dan telah beroperasi pada Februari lalu.

Adalah diharapkan dengan adanya projek tersebut, import makanan negara yang kini berjumlah RM800 juta dapat dikurangkan pada masa depan. Ladang ini dijangka mampu mengeluarkan 400 tan metrik sayur-sayuran setahun.

Sayur yang dipasarkan di bawah jenama Sime Fresh itu kini boleh didapati di kira-kira 60 buah pasar raya di sekitar Lembah Klang dan Seremban. Orang ramai juga boleh membeli sayur-sayuran tersebut terus dari ladangnya yang terletak di Kilometer 4 Jalan Labu.

Di samping rumah hijau berautomasi, ladang itu juga mempunyai kawasan membersih dan membungkus, kemudahan penyelidikan, bilik persidangan dan asrama kakitangan.

Menurut Abdul Shukor, antara keistimewaan sayur aeroponik ialah kandungan bahan galian seperti kalsium, potasium, magnesium dan zat besi yang lebih tinggi daripada sayuran biasa, tidak menggunakan sebarang pestisid, lebih segar dan tahan lebih lama dalam simpanan, kurang pembaziran (semua bahagian sayuran itu boleh digunakan) serta lebih sedap. Sayur iklim sederhana yang ditanam di situ ialah salad jenis Golden

Page 5: Hidroponik Sabah

Butterhead, Royal Romaine, Imperial Batavia dan Grand Lollo Rossa, manakala jenis sayuran sub-tropika pula ialah Kai Lan Jepun, Sawi Shantong, Sawi Putih Emperor, Sawi Putih Princess dan Sawi Putih Nai.

”Kami melihat kaedah ini berpotensi untuk berkembang, dan kami sedang mengkaji kemungkinan untuk mengeksport sayur-sayuran ini serta memperluaskan kawasan penanaman ke negara-negara yang tinggi kadar pengambilan sayur-sayuran atau ke negara yang sumber airnya terhad,” kata Abdul Shukor.

Selain sayur-sayuran hijau, bahagian penyelidikan syarikat tersebut juga sedang mengkaji kaedah penanaman sayuran berbuah seperti tomato dan timun, serta herba masakan secara aeroponik.

”Penanaman sayuran berbuah ini akan dibuat di bahagian atas ladang, yang bakal dimajukan sebagai kawasan pelancongantani (agrotourism) menjelang akhir tahun ini,” kata Pengarah Penyelidikan Sime Aerogreen, Joseph Tek Choon Yee.

Beliau berkata bahagian penyelidikan telah memperoleh 10 peratus daripada peruntukan modal ladang untuk menjalankan kajian terhadap jenis sayur-sayuran yang sesuai dimajukan.

Katanya, penanaman herba masakan yang dibuat di bahagian penyelidikan bukanlah untuk pasaran besar kerana matlamatnya adalah pasaran herba basah, dan pada masa ini ‘pasaran herba basah agak kecil di negara kita’.

Antara herba masakan yang boleh didapati di ladang ini ialah selasih (basil), oregano, dil, thyme dan lemon balm.

Menurut Joseph, sayur-sayuran yang ditanam secara aeroponik boleh dimakan terus (tanpa dibasuh) kerana proses penanamannya bersih disebabkan ia terlindung daripada hujan manakala semburan nutrien pula hanya terkena pada bahagian akar dan tidak pada batang atau daun pokok.

Penanaman aeroponik adalah kaedah penanaman tanpa tanah yang dapat menjimatkan penggunaan air. Berbeza dengan kaedah hidroponik yang memerlukan akar tanaman terendam dalam nutrien, kaedah aeroponik memerlukan ruang udara antara akar pokok dan paip yang menyemburkan nutrien dan air untuk melembapkan dan menyuburkan pokok.

Proses penanaman bermula dengan percambahan biji benih. Setelah dua hari di dalam bilik percambahan, anak pokok itu dipindahkan ke tapak semaian dan dibiarkan selama dua minggu sebelum diletakkan di atas palong di dalam rumah hijau. Di rumah hijau itu, sayur-sayur berkenaan akan dibiarkan membesar sehingga sampai masa untuk dituai.

Page 6: Hidroponik Sabah

Palong-palong di rumah hijau itu diperbuat daripada polistyrene untuk mengelak penyerapan haba. Di bahagian tengah palong diletakkan paip yang mempunyai alat semburan yang direka khas pada jarak yang tertentu.

”Alat penyembur itu akan menyemburkan nutrien dan air yang telah disejukkan ke bahagian akar tanaman pada kekerapan tertentu. Ruang yang ada antara paip dan akar tumbuhan itu membolehkan tanaman memperoleh oksigen secukupnya untuk pembesaran yang lebih cepat dan sihat.

”Semburan air sejuk itu dapat ‘menipu’ tanaman sehingga membolehkan kita menanam sayur iklim sederhana di kawasan rendah dan panas seperti di sini,” kata Joseph.

Menurutnya, dua elemen penting dalam proses aeroponik ialah air dan bekalan elektrik. Kaedah aeroponik merupakan kaedah yang paling menjimatkan air, iaitu menggunakan kira-kira 10 peratus air yang digunakan dalam kaedah hidroponik. Lebihan air semburan di palong akan dikumpulkan dan disalurkan kembali ke tempat penyejuk untuk dikitar semula dalam proses semburan berikutnya.

”Sistem aeroponik merupakan sistem penanaman paling efisien dari segi penggunaan air. Pengaliran air dilakukan dalam satu aliran tertutup, dan ini bermakna, tidak ada sebarang bahan cemar terlepas ke persekitaran,” kata Joseph.

Manakala tenaga elektrik pula penting untuk menggerakkan alat penyejuk serta peralatan komputer canggih yang digunakan untuk mengawal setiap peringkat proses penanaman itu. Kawalan komputer ini memudahkan proses memantau parameter-parameter penting dalam proses berkenaan.

Seperkara lagi unik mengenainya ialah tidak ada racun serangga digunakan dalam proses penanaman itu. Menggunakan sistem Pengurusan Serangga Bersepadu (IPM), ladang itu hanya meletakkan perangkap lekit, perangkap hormon dan perangkap lampu sebagai kaedah tambahan untuk mengawal serangga yang sebahagian besarnya dapat disingkirkan dengan adanya skrin halus di rumah hijau itu.

”Kaedah penanaman ini mempunyai hasil tuai yang lebih tinggi, lebih baik peluang untuk hidup dan paling jimat menggunakan air,” katanya.

Memandangkan segala proses penanaman dikawal komputer, ladang ini memerlukan tenaga kerja minimum tetapi berpengetahuan tinggi, kata Pengurus Ladang, Lee Cheng Yee.

Cuma 15 pekerja termasuk lima di peringkat pengurusan, diperlukan untuk melakukan kerja-kerja di kawasan ladang seluas 5 hektar ini. Panel kawalan akan membunyikan alat penggera jika berlaku sebarang masalah dalam proses penanaman itu dan tiga kakitangan, yang terdiri daripada seorang jurutera dan dua orang penyelia yang tinggal dalam kawasan ladang, akan membuat pemeriksaan mengesan puncanya. Konsep aeroponik ini

Page 7: Hidroponik Sabah

telah dimajukan oleh seorang profesor di Singapura yang telah mewujudkan ladang aeroponik pertama di Republik itu.

”Di ladang ini, kami cuma mengambil konsepnya manakala segala reka bentuk bangunan dan kawasan dilakukan sendiri,” ujar Lee.

Pada masa ini ladang itu mampu mengeluarkan hasil antara 10 hingga 11 tan metrik sebulan, namun ia mampu menghasilkan kira-kira 1 tan metrik sehari.

Pengenalan AEROPONIK

Aeroponik merupakan satu cara penanaman sayuran yang terbaik menggunakan udara serta ekosistem air/nutrien tanpa penggunaan tanah.

Pemasangan Aeroponik

LANGKAH1:Letakkan rangka pada posisinya.

LANGKAH 2:Pasangkan rangka.

LANGKAH 3:Letakkan bekas di atas rangka

LANGKAH 4:Sambungkan unit mengawal air.

LANGKAH 5:Pasangkan paip semburan

Page 8: Hidroponik Sabah

LANGKAH 6:Pasangkan adaptor parit

LANGKAH 7:Pasangkan parit dan pengawalnya.

LANGKAH 8:Pasangkan parit dan unit kawal suhu.

LANGKAH 9:Sambungkan hos bertekanan tinggi.

LANGKAH 10:Pasangkan kuasa GFP

LANGKAH 11:Uji penyembur.

LANGKAH 12:Pasangkan penutup bekas.

LANGKAH 13:Sambungkan bikar berlubang.

Page 9: Hidroponik Sabah

LANGKAH 14:Sambungkan penapis wap.

LANGKAH 15:Selaraskan lubang semburan.

LANGKAH 16:Sambungkan bekas nutrien.

Cara Aeroponik Berfungsi

Pengawal mikrokomputer akan menyembur satu campuran air, nutrien dan bahan penggalak pada permukaan udara bekas. Mikrokomputer akan menjaga masa semburan tersebut. Semburan air ini akan membekalkan kelembapan yang seimbang.

Penanaman dimulakan dengan meletakkan anak-anak pokok di atas “chamber”. Dahan pokok yang dikerat dan diasingkan juga boleh ditanam. Penanaman juga boleh dilakukan dengan meletakkan biji benih di dalam bekas yang berasingan.

Page 10: Hidroponik Sabah

Cara meletakkan anak benih di dalam “chamber” dengan betul.

Pastikan kedudukan akar anak pokok agar tidak terlalu dalam dan boleh mengena pancutan air .

Jika anak pokok sudah mengeluarkan daun dan akar yang banyak, maka anak pokok boleh dipindahkan ke dalam pasu atau “chamber” yang lebih besar.

Rajah menunjukkan kedudukan pucuk dan akar anak pokok yang ditanam di dalam “chamber” yang lebih besar.

Rajah menunjukkan bagaimana anak pokok dipindahkan ke dalam pasu .

Rajah menunjukkan begitu mudahnya memindahkan anak pokok daripada “chamber” ke dalam pasu.

Kelebihan Sistem

1. Tiada penggunaan tanah bagi percambahan benih.2. Persekitaraan pembesaran sayuran tanpa penyakit dan tiada pestisid diperlukan.3. Mudah digunakan hanya “tanam & tuai”.4. Kebolehan menyimpan air & nutrien.5. Memberi hasil yang banyak dengan cepat.6. Pelbagai sayuran ditanam pada masa yang sama.7. Lebih effisien berbanding Hidroponik.8. Persekitaraan yang terkawal bagi semua jenis sayura

Pengenalan AEROPONIK

Page 11: Hidroponik Sabah

Aeroponik merupakan satu cara penanaman sayuran yang terbaik menggunakan udara serta ekosistem air/nutrien tanpa penggunaan tanah.

Pemasangan Aeroponik

LANGKAH1:Letakkan rangka pada posisinya.

LANGKAH 2:Pasangkan rangka.

LANGKAH 3:Letakkan bekas di atas rangka

LANGKAH 4:Sambungkan unit mengawal air.

LANGKAH 5:Pasangkan paip semburan

LANGKAH 6:Pasangkan adaptor parit

LANGKAH 7:Pasangkan parit dan pengawalnya.

Page 12: Hidroponik Sabah

LANGKAH 8:Pasangkan parit dan unit kawal suhu.

LANGKAH 9:Sambungkan hos bertekanan tinggi.

LANGKAH 10:Pasangkan kuasa GFP

LANGKAH 11:Uji penyembur.

LANGKAH 12:Pasangkan penutup bekas.

LANGKAH 13:Sambungkan bikar berlubang.

LANGKAH 14:Sambungkan penapis wap.

LANGKAH 15:Selaraskan lubang semburan.

Page 13: Hidroponik Sabah

LANGKAH 16:Sambungkan bekas nutrien.

Cara Aeroponik Berfungsi

Pengawal mikrokomputer akan menyembur satu campuran air, nutrien dan bahan penggalak pada permukaan udara bekas. Mikrokomputer akan menjaga masa semburan tersebut. Semburan air ini akan membekalkan kelembapan yang seimbang.

Penanaman dimulakan dengan meletakkan anak-anak pokok di atas “chamber”. Dahan pokok yang dikerat dan diasingkan juga boleh ditanam. Penanaman juga boleh dilakukan dengan meletakkan biji benih di dalam bekas yang berasingan.

Cara meletakkan anak benih di dalam “chamber” dengan betul.

Pastikan kedudukan akar anak pokok agar tidak terlalu dalam dan boleh mengena pancutan air .

Page 14: Hidroponik Sabah

Jika anak pokok sudah mengeluarkan daun dan akar yang banyak, maka anak pokok boleh dipindahkan ke dalam pasu atau “chamber” yang lebih besar.

Rajah menunjukkan kedudukan pucuk dan akar anak pokok yang ditanam di dalam “chamber” yang lebih besar.

Rajah menunjukkan bagaimana anak pokok dipindahkan ke dalam pasu .

Rajah menunjukkan begitu mudahnya memindahkan anak pokok daripada “chamber” ke dalam pasu.

Kelebihan Sistem

1. Tiada penggunaan tanah bagi percambahan benih.2. Persekitaraan pembesaran sayuran tanpa penyakit dan tiada pestisid diperlukan.3. Mudah digunakan hanya “tanam & tuai”.4. Kebolehan menyimpan air & nutrien.5. Memberi hasil yang banyak dengan cepat.6. Pelbagai sayuran ditanam pada masa yang sama.7. Lebih effisien berbanding Hidroponik.8. Persekitaraan yang terkawal bagi semua jenis sayura

Dikirim oleh harizamrryDikirim dalam Agro - Journal Pertanian 11 komen »

PENANAMAN HIDROPONIK

Disember 15, 2007

PERALATAN

Page 15: Hidroponik Sabah

Takung mestilah tidak telus cahaya matahari dan berukuran 21inci x 16inci x 5inci.

Penutup takung diletak diatas bakul-bakul semaian.

Biji benih diletakkan didalam bakul yang diisi sabut kelapa. Kira-kira 1/4 bahagian bakul semaian mesti terendam dalam larutan baja. Masukkan 2 atau 3 butir biji benih dalam satu bakul.

Sabut kelapa dimasukkan ke dalam bakul tanaman hingga menutupi lubang dibahagian dasar bakul.Selain sabut anda boleh guna bebenang,span,perca dan kain kapas.

Baja yang sesuai dengan sayuran yang ditanam boleh didapati di Institusi Pertanian atau kedai jual peralatan pertanian.

Penapis ini digunakan untuk mengeluarkan lumut dari takung tanaman.

PENYEDIAAN LARUTAN BAJA

Penyediaan Larutan Pekat:

Serbuk baja (500g) dijadikan larutan pekat dalam 5 liter air.

Penyediaan Larutan Tipis:

25 ml larutan pekat dijadikan larutan tipis dalam 1 liter air.

Page 16: Hidroponik Sabah

LANGKAH PENANAMAN

Gunting bebenang kepada setengah saiz bakul semaian . Selain bebenang anda boleh meggunakan lain-lain bahan yang telap air.

Masukkan bebenang kedalam bakul kecil dan tarik dari lubang bawah bakul supaya berkeadaan berjuntai 2-3cm. Ratakan permukaan bebenang untuk memudahkan benih disemai. Keadaan bebenang hendaklah tidak terlalu padat. Basahkan bebenang sebelum menyemai biji benih.

Semaikan 3-5 biji benih dalam bakul kecil. Tutup bakul-bakul kecil dengan suratkhabar selama 3-5 hari untuk mengelakkan bakul dan bebenang dihinggapi algae. Buang lindungan suratkhabar setelah semua biji benih bercambah.

Selepas 2-4 hari benih bercambah, tuang air bersih sehingga paras 10-12 cm dan tutup dengan penutup takung. Masukkan bakul-bakul semaian yang mengandungi anak benih kedalam lubang pada penutup lubang. Pastikan bebenang mencecah air pada takung. Jika tidak tarik sehingga mencecah air.

Page 17: Hidroponik Sabah

Selepas 2-4 hari anak benih dalam takung, tuang baja campuran khas yang disediakan. Kacau sehingga campuran baja larut dan serata.

LANGKAH PENGAWALAN

1. Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan.2. Pastikan ia menerima sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari.3. Pastikan air hujan tidak masuk ke dalam takung supaya larutan baja tidak menjadi cair.4. Kawal serangga perosak dengan menyembur racun perosak. Elakkan menyembur racun kimia sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum memungut hasil.

TEMPOH TANAMAN

SALAD

SAWI JEPUN

BAYAM HIJAU

KAILAN

SAWI KERITING

28-30 HARI

25-30 HARI

25-30 HARI

35-45 HARI

20-30 HARIDikirim oleh harizamrryDikirim dalam Agro - Journal Pertanian 14 komen »

Kompos: Cara-cara Penyediaan Secara Sendiri

Page 18: Hidroponik Sabah

Disember 15, 2007

Kompos boleh dibuat menggunakan bahan-bahan buangan dan najis binatang peliharaan.Kebaikan kompos ialah ianya mudah dibuat dan membekalkan tumbuhan dengan berbagai nutrien. Kompos yang ditambah di atas tanah juga mengurangkan hakisan tanah asli dan membantu penyerapan air.

Kompos boleh dibuat sendiri melalui cara-cara berikut:

1. Sebaiknya gali lubang kerana tanah yang digali akan diperlukan untuk membuat kompos.Tetapi kompos boleh juga dibuat di atas permukaan tanah.

2. Masukkan bahan buangan dan najis binatang peliharaan ke dalam lubang dan ratakan

3. Jika perlu, tambahkan sedikit quicklime untuk meneutralkan bahan buangan yang terlalu berasid

4. Lapis bahan buangan dengan lapisan tanah dan diikuti dengan satu lagi lapisan bahan buangan

5. Buat beberapa lapisan bahan buangan – tanah dan akhiri dengan lapisan tanah6. Biarkan kompos selama lebih kurang sebulan untuk pereputan7. Periksa suhu dan apabila suhu kompos sama dengan suhu tanah biasa, kompos

boleh digunakan.

Dikirim oleh harizamrryDikirim dalam Agro - Journal Pertanian 6 komen »

HIDROPONIK

Page 19: Hidroponik Sabah

Pengenalan

Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek ia itu hidro yang berarti air dan phonos bearti kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Teknik ini telah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi. Taman Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem rakit. Marco Polo dalam pengembaraannya mencatatkan bahawa terdapat penduduk di negara China menanam secara hidroponik. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan.

Pada 1699, Woodward saintis England telah menjalankan kajian menanam dengan menggunakan air sebagai medium, garam mineral dilarutan kedalam air dengan dimasukkan sedikit tanah. Keputusannya pokok tumbuh dengan baik dan tanah yang dicampur didapati tidak berkurang. Pada 1930an saintis Amerika , Gerice dari Universiti California telah berjaya menanam tomato dengan kaedah hidroponik yang mana tomato tumbuh sehingga 7.5 meter. Perkembangan Teknologi Greenhouse di negara barat telah membantu perkembangan hidroponik, yang mana aktiviti pertanian hidroponik dalam greenhouse dapat dijalankan sepanjang tahun.

Pada awal 70an, saintis England Dr. Allen Cooper telah berjaya memperkenalkan teknik NFT yang merupakan sistem hidroponik terbaik. Dalam kaedah ini larutan baja dari tangki hidroponik dialirkan keakar tanaman dalam palung, larutan ini dikembalikan semula kedalam tangki. Teknik ini telah berkembang selaras dengan perkembangan teknologi digital yang mana terdapat operasi sistem ini yang dikawal dengan komputer.

Kebaikan Hidroponik

Hidroponik mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bertani secara konvensional. Kelebihan utama ialah kawalan sepenuhnya keatas tanaman. Tumbuhan dapat di tanam dengan kepadatan tinggi dengan kadar penggunaan baja yang lebih kecil kerana baja tidak di larutresap kedalam tanah. Tanaman lebih cepat matang, tanpa kerosakan akibat gangguan cuaca, penggunaan racun makhluk perosak yang minima pasti mengurangkan kos pengeluaran.

Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Sebagai contoh tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5 hingga 10 tan seekar setahun berbanding 200 tan jika diusahakan secara hidroponik.

Tanaman Yang Sesuai

Sayur-sayuran - termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan sebagainyaBunga - ros, orkid, marigold dsb.Foliage - palms, paku, ficus, dan house plants.Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain.

Page 20: Hidroponik Sabah

Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain.

Keperluan Untuk Pertumbuahan

Sistem hidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik. Seperti teknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai, cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses fotosintisis. Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan boleh digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.

Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat selepas seminggu dari semburan.

Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk addes membiak dan anda akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Page 21: Hidroponik Sabah

Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun tanaman yang lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.

Lolla Blonda Sawi Manis Kailan dan Salad Webb Wonderful

Teknologi hidroponik telah membolihkan salad spesis tanah tinggi atau yang memerlukan iklim sederhana ditanam ditanah rendah di Malaysia. Ketiga-tiga spesis di atas biasanya diimpot dari kawasan sejuk dengan harga yang tinggi. Oleh itu pelaburan dalam hidroponik mampu memberi pulangan yang baik disamping mengurangkan perbelanjaan impot. Kerajaan diharap akan memainkan peranan yang positif dalam memajukan aktiviti ini.

SISTEM HIDROPONIK

Terdapat sistem hidroponik pasif.sistem hidroponik aktif

Page 22: Hidroponik Sabah

Sistem hidroponik pasif di mana air yang digunakan kekal statik dala takung atau kolam. Sesuai digunakan untuk tanaman jangka pendek seperti sayuran daun seperti salad, sawi, kailan dan bayam. Tidak memerlu perbelanjaan yang besar dan sesuai untuk amatur atau hobi, namun bolih dijalankan secara komersial. contoh sistem ini ialah sistem hidroponik takung dan sistem hidroponik rakit.

Sistem hidroponik aktif merupakan sistem dimana larutan baja dibekalkan melalui tangki dan dipumkan keakar tanaman, kemudian larutan berkenaan akan dikembalikan semula kedalam tangki. Proses ini akan berpusing sehinggalah tanaman matang untuk dituai. Sistem ini sesuai untuk sayuran buah seperti tomato, cili, terung, tembikai, tiun dan sebagainya. Contoh sistem ini ialah DFT, NFT, Takung Aktif, Aggredate Calture dan Aeroponik.

Pembahagian Lain

Boleh juga dibahagikan kepada sistem tertutup dan sistem terbuka

.Sistem Tertutup

Sistem yang menggunakan aiir sepenuhnya termasuk teknik nutrien cetek (NFT), kultur air dalam (DFT) dan modifikasi NFT.

Sistem Terbuka

Sistem ini menggunakan bahan penganti tanah seperti rockwool, gambut hancur, habuk papan, sabuk kelapa, perlit dan pasir. Seperti sistem penanaman dalam pasu tetapi tidak menggunakan tanah.

TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM RAKIT(UNTUK HOBI)

Peringkat Percambahan Benih

Benih dicambah dengan menggunakan kiub oisis (span pencuci periuk boleh jadi pengganti) sebagai medium semaian bagi percambahan biji.. Kiub oisis yang mengandungi biji benih diletakkan dalam takung mengandungi air bersih untuk percambahan biji.

Gambar Aktiviti Semaian

Page 23: Hidroponik Sabah

Takung kecil, kiub oasis(medium percabahan) lidi satey biji benih dan baja merupakan pealatan dan bahan perlu untuk seamian beneh.

Biji beneh (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub oisis) yang telah diguris dibahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya.

Air bersih dimasukkan kedalam takung semaian. Medium semaian yang sudah dimasukkan biji benih kedalanya ditekan-tekan dengan tangan bagi membolihkan air meresap kedalamnya bagi tujuan percabahan benih.

Pada hari kedua (biji benih mula bercabah), larutam baja dengan setengah kadar kepekatan dimasukkan kedalam takung semaian.

Pada hari ke 10 atau ke 11 anak benih telah mula membesar dalam kiub oisis dan sedia untuk dipindahkan ke takung pembesaran.(tinggalkan satu pokok yang subur sahaja bagi setiap satu kiub oasis)

Peringkat Pebesaran

Page 24: Hidroponik Sabah

Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan kerakit bagi diapungkan dalam kolam atau takung untuk pembesaran.

Gambar Rakit polistrin berukuran 15cm x 15 cm (6in x 6 in ) dengan lubang atau tingkap di bahagian tengah bagi memasukkan anak benih beserta medium semaian. Rakit ini digunakan untuk mengapungkan tanaman dalam takung atau kolam bagi dibesarkan.

Anak benih dalam kiub oasis dimasukkan kedalam tingkap rakit.

Anak benih bersama medium semaian dimasukkan kedalam tetingkap rakit untuk diapungkan kedalam larutan baja.

Kelihatan akar pokok di bahagian bawah tingkap rakit

Page 25: Hidroponik Sabah

Rakit yang mengandungi anak benih diapungkan kedalam takung. Takung telah terlebih dahulu dimasukan larutan baja dengan kepekatan penuh.

Rakit-rakit yang mengandungi anak benih diapungkan kedalam takung bagi tujuan pebesaran.

ph meter diguna untuk uji ph larutan

ppm meter diguna untuk ukur kepekatan larutan

Rakit yang mengandungi pokok diapongkan untuk pembesaran. Takung dibuat daripada kayu 0.5 in x 6 inci. Tanah bertindak sebagai tapak takung. Plastik dialas dibahagian dalam takung untuk menahan air.

Page 26: Hidroponik Sabah

Rakit yang mengandungi pokok yang matang pada hari ke 30.

TEKNOLOGI 2

TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM TAKUNG PLASTIK (UNTUK HOBI)

Peringkat Percambahan Benih (sama dengan teknologi rakit diatas).

Peringkat Pembesaran

Gambar Aktiviti

Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah takung plastik, penutup takung, cawan atau bakul hidroponik, ppm meter (ukur kepekatan larutan), ph meter (ukur ph larutan)

Stok baja dimasuk dan dilarutkankkan kedalam takung yang telah diisi dengan air bersih.

Page 27: Hidroponik Sabah

Ph diukur untuk menentukan bacaannya antara 5.5 hingga 6.5. Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai.

Jika ph tinggi daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air bateri kedalam larutan dan kacau, sukat semula hingga dapat bacaan yang sesuai.

PPM diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja sesuai untuk pertumbuhan pokok. Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika bacaan lebih rendah ,tambah lagi stok baja, sebaliknya tambah air bersih sekiranya kepekatan lebih tinggi.

Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan kedalam cawan hidroponik

Masukkan anak benih bersama medium percambahan kedalam bakul atau cawan hidroponik.

Masukkan cawan l yang telah mempunyai anak benih kedalam lubang pada penutup takung untuk tujuan pembesaran. Pastikan akar pokok bersentuh dengan larutan baja dalam takung.

Penjagaan- air mesti sentiasa ditambah hingga keparas yang sesuai kerana pokok memerlukan air dalam pembesarannya. Pada hari ke 30 salad sedia untuk dituai.

CATITAN : Takung hidroponik hendaklah diletakkan di bahagian patio atau balkoni yang terlindung dari hujan serta menerima

Page 28: Hidroponik Sabah

cahaya matahari Air hujan hendaklah dipastikan tidak masuk ke dalam takung agar larutan baja tidak menjadi cair. Elakkan menyembur racun serangga sebelum 1 minggu memungut hasil.

Nutrien (Baja)Keperluan Larutan Nutrien Mengikut Sukatan

Unsur Makro Kepekatan (ppm) Unsur Mikro Kepekatan (ppm)

N 125 Fe 0.94

P 31 Mn 0.14

K 215 H 0.16

Ca 84 Cu 0.03

Mg 24 Zn 0.13

S 35 Mo

Nutrien (Baja)

Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan nutrium atau larutan baja.

Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah berasaskan kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.

Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.

PH Larutan Nutrien

PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan

Page 29: Hidroponik Sabah

secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5.

Tumbuhan akan menyerap zat makanan dan melepaskan bahan kimia kedalam larutan . Proses ini akan menyebabkan larutan baja akan berubah menjadi lebih berakali. Gunakan pH meter untuk menentukannya. Apabila nilai pH melehi 7, larutan berkenaan adalah beralkali dan perlu diturunkan kepada antara 5.5 hingga 6.5 ia itu nilai yang sesuai untuk pertumbuhan. Untuk mencapai nilai ini campurkan asid sulfrik atau air bateri kedalam larutan nutrien berkenaan. Sekiranya larutan nutrien berasid ia itu nilai pH nya kurang daripada 5.5, ia perlu ditingkatkan sehingga 5.5. Peningkatan pH dapat dilakukan dengan menambah potassium hydroxide (KOH) atau sodium hydroxide (NaOH) atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kueh. Gunakan ph meter atau kertas litmus bagi menyukat ph larutan.

PH Untuk Tanaman Terpilih

PH 6.0-6.7 PH 5.5-6.7 PH 5.2-6.7 PH 4.5-6.7

Asparagus Kekacang Tomato Ubi Kentang

Cauliflower Broccoli Lobak Merah

Tembikai Kobis

Salad Kepekatan Larutan

Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong.

Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air.

Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm hendaklah sentiasa diukur nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika perlu larutan nutrien hendak lah ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.

Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM

Page 30: Hidroponik Sabah

Unsur Makro Kepekatan (ppm) Unsur Mikro Kepekatan (ppm)

N 70-1000 Fe 0.5-10

P 30-100 Mn 0.1-5

K 100-400 H 0.16

Ca 80-400 Cu 0.02-0.5

Mg 24-100 Zn 0.02-1

S 35-1000 Mo 0.01-0.1 Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok

Unsur Nutrien Kesan (symptoms)

NitrojanDaun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan daun sukar gugur.

PosforusDaun hijau tua. Daun bawah bewarna kuning pada bahagian hujung daun.

Potassium Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun.

Kalsium Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut.

Magnesium Bawah daun kuning akhirnya mati.

Salfur Pucuk dan daun muda warna hijau muda

Iron Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati

Mangan Mata burung atau tompok warna coklat pada daun.

Boron Tunas dan pucuk mati

CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (BAJA)

Ada beberapa formula baja yang dapat digunakan untuk hidroponik, tapi dari beberapa formula tersebut yang terpenting adalah kandungan unsur-unsurnya sesuai dengan keperluan tanaman. Karena itu secara praktis, kita sebaiknya memahami berapa banyak unsur nutrien yang diperlukan oleh setiap tanaman. Dari sini kita menyusun formulasi campuran sendiri yang mencukupi keperluan tersebut. Hal ini lebih bermanfaat karena kita boleh jimatkan perbelanjaan membeli larutan baja., kita boleh menemukan keperluan unsur dengan bahan yang murah tapi fungsinya tetap mencapai apa yang kita harapkan.

Larutan nutrien hidroponik telah dibangunkan oleh D. R. Hoagland dari University of California. Larutan ini boleh dibuat sendiri (bagi tujuan hobi) dengan mencampur daripada baja dalam bentuk garam mineral yang terdapat dalam pasaran. Mudah disediakan dan dapat memberi hasil yang memuaskan bagi tujuan hobi..

Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society adalah sebagaimana di bawah:-

Page 31: Hidroponik Sabah

UNSUR MAKRO

Garam Mineral Gram/1000 liter larutan baja Nutri Fosfat (P) 18 Nutri Potasium (K) 30 Nutri Nitrat (N) 60

Nutri Magnesium

(Mg)31

Garam mineral mesti dilarutkan dalam air panas secara berasingan dan ditambahkan kedalam tangki larutan. Gunakan bahan grade kimia. Gred baja boleh juga digunakan kerana harganya lebih murah. Garam mineral gred kimia adalah mudah larut berbanding dengan gred baja.

Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)

UNSUR MIKRO

Garam MineralGram/1000 liter

larutan baja

Nutri Borium (B) 1.7

Nutri Manganes

(Mn)3.2

Nutri Zink (Zn) 0.45 Nutri Cuprum (Cu) 0.28 Nutri Ferrum (Fe) 30

Nutri Molibdenum (Mo)

0.13

Jika air paip digunakan , Nutri zink dan cuprum mungkin tidak diperlukan kerana bahan berkenaan telah hadir dalam air paip.

Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)

Page 32: Hidroponik Sabah

Sebahagian Kailan dan salad Webb Wonderful merupakan salad yang ditanam dikawasan beriklim sederhana. bersaiz besar apabila matang, mempunyai rasa yang enak. Teknik hidroponik telah mebolihkan spesis ini ditanam ditanah rendah di Malaysia.

Suatu hari nanti kita akan menjadi negara pengekspot salad yang biasa ditanam dikawasan sederhana. Gambar menunjukan salad jenis Lollo Rosse talah berjaya ditanam ditanah rendah di sini dengan teknik hidroponik takung !.

Tanam, tunggu dan tuai, begitulah mudahnya teknik hidroponik dalam menghasilkan sayur yang berutu tinggi dan bebas racun serangga.

Salad kerinting tempatan merupakan satu spesis salad kegemaran masyarakat tempatan . Begitulah hebatnya teknik hidroponik !

Page 33: Hidroponik Sabah

Penggunaan rumah hijau mebolehkan salad tumbuh bebas dari serangga dan bebas dari penggunaan racun makhluk perosak.

Kesuburan salad spesis Eropah yang berjaya ditanam ditanah rendah di negara ini sungguh mengasyikkan mata memandangan yang hanya gunakan sistem takung.

Hidroponik satu pelaburan yang menguntungkan dan satu era baru dalam indusrti tani di Malaysia. Sekiranya anda berminat perlu aklumat lanjut sila hubungi pembimbing hidroponik dengan klik dibawah ini. atau hubungi e-mail [email protected]

Untuk maklumat lanjut hubungi PEMBIBING HIDROPONIK

HOME

Page 34: Hidroponik Sabah

BAJA HIDROPONIKNUTRI A - garam mineral membekalkan N, P, K, MgNUTRI B - garam mineral membekalkan N, P, K, MgNUTRI C - garam mineral membekalkan N, P, K, Mg

NUTRI MIKRO - Larutan mengandungi unsur B, Mo, Cu, Zn, Mo, Fe

PENYEDIAAN 100 LITTER LARUTAN BAJA HIDROPONIK UNTUK SAYURAN DAUN

(SAWI, SALAD, BAYAM, DLL)

Bahan-bahan

Nutri A yang mengandungi kompaun 4 kampit kecil g Garam Mineral A1, A2, A3 da A4. Bahan-bahan ini membekalkan elemen makro iaitu Nitrojan, Fosfat, Pottasiumdan Magnesium

Nutri Mikro merupakan larutan yang mengandungi elemen mikro iaitu Boron, Mangan, Kuprum, ZinkMolebdenum dan Ferum.

Alat-Alatan

1) Tangki atau takung2) 4 biji gelas atau kelalang3) Pengacau4) Ph Meter (untuk dapat ketepatan)

Cara-Cara

1) Penuhi satu pertiga tangki dengan air bersih2) Larutkan setiap satu jenis garam mineral dalam satu gelas berasingan dengan menggunakan air panas. bagi menjadikan larutan dengan kadar 58gm A1, 29gm A2, 31gm A3 dan 18gm A4.3) Masukkan larutan A1 kedalam tangki4) Tambah air kedalam tangki menjadi tiga perempat tangki5) Masukkan larutan A2 kedalam tangki6) Masukkan larutan A3 kedalam tangki7) Secara perlahan masukan larutan A4 kedalam tangki dan kacau hingga rata8) Tambahkan 120 ml larutan Nutri C kedalam tangki dan kacau.9) Uji dan adjus ph supaya berada pada tahap 5.8 - 6.4.

Page 35: Hidroponik Sabah

PENYEDIAAN LARUTAN BAJA HIDROPONIK UNTUK SAYURAN BUAH (TOMATO, CILI, TERUNG DLL ) HARI KE 7 HINGGA HARI KE 30

Bahan-bahan

Nutri B yang mengandungi kompaun 4 kampit kecil g Garam Mineral A1, A2, A3, A4 dan A5 Bahan-bahan ini membekalkan elemen makro iaitu Nitrojan, Fosfat, Pottasiumdan Magnesium

Nutri Mikro merupakan larutan yang mengandungi elemen mikro iaitu Boron, Mangan, Kuprum, ZinkMolebdenum dan Ferum.

Alat-Alatan

1) Tangki atau takung2) 4 biji gelas atau kelalang3) Pengacau4) Ph Meter (untuk dapat ketepatan)

Cara-Cara

1) Penuhi satu pertiga tangki dengan air bersih2) Larutkan setiap satu jenis garam mineral dalam satu gelas berasingan dengan menggunakan air panas. bagi menjadikan larutan dengan kadar 58gm A1, 14gm A2, 31gm A3 , 25gm A4.dan 39gm A53) Masukkan larutan A1 dan A5 kedalam tangki4) Tambah air kedalam tangki menjadi tiga perempat tangki5) Masukkan larutan A2 kedalam tangki6) Masukkan larutan A3 kedalam tangki7) Secara perlahan masukan larutan A4 kedalam tangki dan kacau hingga rata8) Tambahkan 120 ml larutan Nutri C kedalam tangki dan kacau.9) Uji dan adjus ph supaya berada pada tahap 5.8 - 6.4.

PENYEDIAAN LARUTAN BAJA HIDROPONIK UNTUK SAYURAN BUAH (TOMATO, CILI, TERUNG DLL ) HARI KE 31 HINGGA MATANG

Bahan-bahan

Nutri C yang mengandungi kompaun 4 kampit kecil Garam Mineral A1, A3, A4 dan A5 Bahan-bahan ini membekalkan elemen makro iaitu Nitrojan, Fosfat, Pottasiumdan Magnesium

Page 36: Hidroponik Sabah

Nutri Mikro merupakan larutan yang mengandungi elemen mikro iaitu Boron, Mangan, Kuprum, ZinkMolebdenum dan Ferum.

Alat-Alatan

1) Tangki atau takung2) 4 biji gelas atau kelalang3) Pengacau4) Ph Meter (untuk dapat ketepatan)

Cara-Cara

1) Penuhi satu pertiga tangki dengan air bersih2) Larutkan setiap satu jenis garam mineral dalam satu gelas berasingan dengan menggunakan air panas. bagi menjadikan larutan dengan kadar 82gm A1, 46gm A3 , 30gm A4.dan 71gm A53) Masukkan larutan A1 dan A5 kedalam tangki4) Tambah air kedalam tangki menjadi tiga perempat tangki5) Masukkan larutan A3 kedalam tangki6) Secara perlahan masukan larutan A4 kedalam tangki dan kacau hingga rata7) Tambahkan 120 ml larutan Nutri C kedalam tangki dan kacau.8) Uji dan adjus ph supaya berada pada tahap 5.8 - 6.4.

Jika anda berminat sila e-mail kepada:- [email protected]

KURSUS PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIKPakej mengandungi senarai bahan-bahan yang digunakan, tatacara menyediakan

larutan nutrien (baja) secara terus dan juga tatacara menyediakan larutan stok (stok A dan B) bagi tanaman sayur daun dan sayur buah samada untuk hobi dan komersial.

Jika anda berminat sila e-mail kepada:- [email protected]

HOME

© Copyright 2002, Terengganu Hydroponics SocietyAll Rights Reserved