Hidroponik_1.pdf

download Hidroponik_1.pdf

of 11

Transcript of Hidroponik_1.pdf

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    1/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    1

    1. Berikan definisi Hidroponik

    Hdroponik merupakan kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pokokkedalam airbaja ( nutrien) tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini hanya menggunakan

    air dan larutan nutrien atau baja khas sebagai agen utama untuk pertumbuhan.

    2. Huraikan jenis-jenis sistem hidroponik berikut berserta gambarajah :

    a) Sistem Hidroponik Takung

    Bagi sistem takung peralatan berikut adalah diperlukan:

    1. Takung tanaman.2. Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).3. Pasu plastik kecil (jika perlu).

    Rajah: Sistem Takung

    Kaedah Penanaman

    Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman

    seperti berikut:-

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    2/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    2

    (a) Cara Mengubah

    1. Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus2. Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)3.

    Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuksatu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)

    4. Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokongpokok

    5. Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapaikepekatan penuh

    (b) Cara Semaian terus

    1. Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu2. Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air3. Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah4. Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam airLarutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil

    dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    3/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    3

    Larutan Nutrien

    Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien

    disediakan sendiri adalah seperti berikut :-

    BAJA BERAT (g)UNSUR KEPEKATAN (bsj)

    Ammonium nitrat 75 N 300

    Kalium fosfat 40 P 80

    Kalium nitrat 32 K 230

    Kalsium klorida 55 Ca 200

    Magnesium sulfat 18 Mg 36

    Besi/Ferum (Fe-EDTA) 3.29 Fe 5

    Boron 0.56 B 1.0

    Manganous chloride 0.18 Mn 0.5

    Kuprum sulfat 0.04 Cu 0.1

    Zingkam sulfat 0.05 Zn 0.1

    Ammonium molybate trace Mo trace

    Baja komersil (Gred)

    Pertanian atau industri

    Gred teknikal

    Data Kementerian Pertanian Dan Perikanan, Januari-Jun 1998, M/S 21-22

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    4/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    4

    Peralatan

    Takung mestilah tidak telus cahaya matahari

    dan berukuran 21inci x 16inci x 5inci.

    Penutup takung diletak diatas bakul-bakul

    semaian.

    Biji benih diletakkan didalam bakul yang diisi

    sabut kelapa. Kira-kira 1/4 bahagian bakul

    semaian mesti terendam dalam larutan baja.Masukkan 2 atau 3 butir biji benih dalam satu

    bakul.

    Sabut kelapa dimasukkan ke dalam bakul

    tanaman hingga menutupi lubang dibahagian

    dasar bakul.Selain sabut anda boleh guna

    bebenang,span,perca dan kain kapas.

    Baja yang sesuai dengan sayuran yang ditanam

    boleh didapati di Institusi Pertanian atau kedai

    jual peralatan pertanian.

    Penapis ini digunakan untuk mengeluarkan

    lumut dari takung tanaman.

    Penyediaan Larutan Baja

    Penyediaan Larutan Pekat: Serbuk baja (500g) dijadikan larutan pekat

    dalam 5 liter air.

    Penyediaan Larutan Tipis: 25 ml larutan pekat dijadikan larutan tipis dalam

    1 liter air.

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    5/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    5

    Langkah Penanaman

    Gunting bebenang kepada setengah

    saiz bakul semaian . Selain

    bebenang anda boleh meggunakan

    lain-lain bahan yang telap air.

    Masukkan bebenang kedalam

    bakul kecil dan tarik dari lubang

    bawah bakul supaya berkeadaan

    berjuntai 2-3cm. Ratakan

    permukaan bebenang untuk

    memudahkan benih disemai.

    Keadaan bebenang hendaklah tidak

    terlalu padat. Basahkan bebenang

    sebelum menyemai biji benih.

    Semaikan 3-5 biji benih dalam

    bakul kecil. Tutup bakul-bakul

    kecil dengan suratkhabar selama 3-

    5 hari untuk mengelakkan bakul

    dan bebenang dihinggapi algae.

    Buang lindungan suratkhabar

    setelah semua biji benih

    bercambah.

    Selepas 2-4 hari benih bercambah,

    tuang air bersih sehingga paras 10-

    12 cm dan tutup dengan penutup

    takung. Masukkan bakul-bakul

    semaian yang mengandungi anak

    benih kedalam lubang pada

    penutup lubang. Pastikan bebenang

    mencecah air pada takung. Jika

    tidak tarik sehingga mencecah air.

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    6/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    6

    Selepas 2-4 hari anak benih dalam

    takung, tuang baja campuran khas

    yang disediakan. Kacau sehingga

    campuran baja larut dan serata.

    Langkah Pengawalan

    1. Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang

    terlindung dari hujan.

    2. Pastikan ia menerima sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari.

    3. Pastikan air hujan tidak masuk ke dalam takung supaya larutan baja tidak

    menjadi cair.

    4. Kawal serangga perosak dengan menyembur racun perosak. Elakkan

    menyembur racun kimia sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum memungut

    hasil.

    b) Sistem Hidroponik Beraggreget

    Menggunakan cecair nutrien atas tanaman yang ditanam di medum tanaman

    seperti rockwool, sabut kelapa dan pasir serta menggunakan kaedah

    pengairan titis untuk tujuan pengairan dan menyampaikan nutrien kepada

    akar tanaman. Kaedah kultur 'rockwool/cocopeat' adalah lebih efesien. Kaedah

    ini banyak digunakan oleh penanam-penanam hyroponik secara perladangan

    komersil.

    Walaupun kultur rockwool/cocopeat ini boleh dijadikan medium yang baik

    kepada semua jenis tanaman, khasnya tanaman sayuran jenis berbuah seperti

    tomato, cili, melon dan sebagainya, tetapi kultur rockwool/cocopeat banyak

    tertumpu kepada penanaman berbagai jenis bunga-bungaan seperti rose,

    kekwa, canation dan lain-lain.

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    7/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    7

    Pengaliran larutan nutrien dijalankan secara titis menggunakan bantuan pam

    Penemuan penyelidik masakini rockwool boleh cocopeat (habuk kelapa)

    dengan kaedah amalan kultur yang sama.

    Rajah : Sistem Hidroponik Beragreget

    Rajah : SistemBeragreget 'rockwool culture'

    c) Sistem Hidroponik Tanpa BeraggregetHanya menggunakan cecair baja tanpa media untuk menyokong tanaman.

    Sistem ini memerlukan persekitaran terkawal dan ia biasanya dibuat didalam

    struktur pelindungan hujan.

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    8/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    8

    d) Sistem Hidroponik NFT(Nutrient Film Technique / Teknik Nutrien Cetek)

    Dalam sistem NFT atau Nutrien Film Technique, TNC atau 'Teknik NutrienCetek', larutan cecair baja dialirkan dalam palong yang mengandungi akar

    tanaman yang ditanam. Pam air digunakan untuk menggerakkan air baja ini

    ke palong dan dengan secara graviti, air tersebut dialirkan di dalam palong .

    Air baja ini dikumpulkan dalam satu tangki dan dipamkan semula ke dalam

    palong-palong tanaman. Pergerakan air perlu untuk mengudaraan di bahagian

    akar tanaman. Dalam sistem air baja bergerak ini, sayur daun dan juga jenis

    sayur buah seperto tomato dan timun adalah sesuai. Biasanya jenis tanaman

    bernilai tinggi seperti timun jepun, tomato, cherry sesuai untuk ditanam

    menggunakan sistem ini.

    Kaedah hidroponik ini memerlukan perbelanjaan agak rendah jika

    dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:

    i) Pam air untuk aknarium.

    ii) Tempat tanaman

    (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti

    kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang

    tebal).

    iii) Tangki untuk larutan nutrien.

    iv) Tenaga elektrik.

    v) Pasu plastik kecil (jika perlu)

    Rajah : Sistem Pengaliran Nutrien

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    9/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    9

    Rajah : Teknik Nutrien Cetek

    3. Nyatakan tempoh sayuran berikut boleh dituai menggunakan sistem hidroponikatau fertigasi

    BIL JENIS SAYURAN TEMPOH MENUAI

    1 Timun 70-90 hari

    2 Rock melon 55-60 hari

    3 Terung 5-6 bulan

    4 Bendi 8 minggu

    5 Sawi 25-30 hari

    6 Kangkung 22-27 hari

    7 Cili 5-6 bulan

    8 Kailan 33-38 hari

    9 Tomato 6-9 bulan

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    10/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    10

    4. Nyatakan kelebihan penggunaan penggunaan sistem hidroponik berbandingsistem tanaman biasa.

    a) Tidak memerlukan tanah sebagai medium tanaman. Maka pengeluaransayuran tetap dapat dijalankan walaupun berada di kawasan yang tidak subur,

    kurang sumber air, tidak mempunyai saluran baik dan kawasan tanah

    bermasalah

    b) Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya

    c) Tidak perlu menyiram dan membaja setiap hari

    d) Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya. ini kerana akarnya bebas daripenyakit dan kotoran

    e) Penyakit pada pokok dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar ataupokok berpunca dari kandungan tanah

    f) Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja untuk tugasanmenyiram

    g) Tidak memerlukan sistem giliran tanaman.

    h) Sayuran tumbuh dengan lebih cepat disamping pengeluaran hasil yangseragam sepanjang masa.

    i) Penggunaan baja dan air yang terkawal dan efficient. Tumbuhan mendapatnutrien yang mencukupi mengikut keperluan disamping tiada persaingan

    untuk mendapatkan air dan nutrien. Pembaziran baja juga tidak berlaku

    kerana ia tidak mengalami larut lesap.

    j) proses yang cekap selain bersih dan bebas daripada sebarang racun perosak.

  • 7/28/2019 Hidroponik_1.pdf

    11/11

    SPL4202 AGROTEKNOLOGI

    TUGASAN 2- HIDROPONIK

    11

    k) Pencemaran alam sekitar turut berkurangan berikutan penggunaan bahankimia yang minimum.

    l) Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.