Hikayat Indera Nata

download Hikayat Indera Nata

of 4

description

komsas

Transcript of Hikayat Indera Nata

HIKAYAT INDERA NATAKisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lamamengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Natayang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang.Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. TuankuSyah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yangberlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencarigajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteriitu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepatdewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasapergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu .Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajahbergading emas.Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertandukemas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kainyang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan nagamembawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan nagatersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

HIKAYAT INDERA NATA

ITEMPERNYATAANHURAIAN

TemaPengembaraan anak raja yang menempuh pelbagai cabaran demi melaksanakan tugas rajaIndera Nata mengembara kerana ingin mencari gajah bergadingkan emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh oleh Indera Nata seperti menemui binatang buas, mendaki bukit yang tinggi, menyelamatkan tujuh puteri dan mengalahkan raksasa dan semua cabaran itu dapat diatasinya

Persoalan

Persoalan keberanian anak raja menempuh cabaranIndera Nata seorang yang sangat berani kerana binatang-binatang buas dapat ditewaskannya sehingga Indera Jenaka selamat daripada dimakan oleh binatang buas

Persoalan kehebatan dan kesaktian anak raja/ bangsawanIndera Jenaka juga hairan apabila melihat Indera Nata dapat bercakap dengan binatang-binatang buas itu

Persoalan patuh pada arahan rajaInderanata patuh pada arahan Raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas

Persoalan kebijaksanaan untuk mendapat sesuatu yang dihajatiTuan Puteri memberitahu jika raksasa ingin melihat hati mereka besar, mereka mencadangkan raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hati mereka cepat membesar

Persoalan tipu muslihat untuk menyelamatkan diriIndera Nata dan tuan puteri mengambil kesempatan apabila raksasa mencari kijang emas dengan menunggang gajah serta membawa segala peralatan yang terdapat di mahligai bersamanya

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknyaBonda Indera Nata menyatakan sepeninggalan Indera Nata hatinya tidak senang sehingga tidak dapat makan, minum dan tidur kerana sangat teringatkan anaknya.

Watak & perwatakan

Indera NataSeorang yang beraniIndera Nata dapat menewaskan binatang buas yang menyerang Indera Jenaka

Seorang yang patuh pada arahanIndera Nata patuh pada perintah ayahandanya, raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas

Seorang yang bijaksanaIndera Nata memperdayakan raksasa supaya mencarikannya gajah bergadingkan emas dan melarikan tujuh puteri ke Rom

Seorang yang baik hatiIndera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi mangsa raksasa dengan membawanya pulang ke Rom

Watak & perwatakan

Tuan Puteri Cendana KesumaSeorang yang petah berkata-kataTuan Puteri petah berkata-kata apabila bercakap dengan Indera Nata dan juga boleh berpantun

Seorang yang bijaksanaTuan Puteri mencadangkan supaya raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hatinya cepat membesar

Seorang yang penyayangTuan Puteri menangis kerana teringat akan allanad dan bondanya

Latar masa7 hari 7 malamPerjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri

Waktu siangMerah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan

Waktu pagiRaksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas

Waktu petangRaksasa tidur

Waktu tengah malamIndera Nata tiba di rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri

Latar tempat

Latar tempat

Negeri Rom (rumah Si batu Kembar)Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya perihal Indera Nata yang sangat berani dan menyelamatkannya daripada dimakan binatang buas

Sebuah bukit tinggiTempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawannya

Sebuah peti emasIndera Nata disembunyikan oleh tuan puteri di dalam peti emas supaya tidak diketahui oleh raksasa

Rumah bonda Indera NataIndera Nata berjumpa dengan bondanya setelah pulang mengembara bersama-sama dengan gajah bergadingkan emas dan tujuh orang puteri

Latar masyarakat

Masyarakat bangsawanDiwakili oleh Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Indera Nata, Tuan Puteri Cenderawati dan Tuan Puteri Cendera Kesuma

Masyarakat yang beraniIndera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka

Masyarakat yang patuh pada arahanIndera Nata patuh pada arahan ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas

Masyarakat yang suka membantuIndera Nata membentu menyelamatkan Indera Jenaka daripada dimakan oleh binatang buas

Masyarakat yang bijaksanaIndera Nata dan tuan puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga dapat melepaskan diri

NilaiTaat setiaIndera Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas

Baik hatiIndera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan dan makanan raksasa

KeberanianIndera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka

BijaksanaIndera Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga mereka dapat melepaskan diri

Kasih sayangBonda Indera Nata tidak dapat tidur dan makan kerana teringat akan Indera Nata yang mengembara mencari gajah bergadingkan emas

PengajaranKita hendaklah berani menghadapi cabaran agar kecelakaan dapat dielakkanIndera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa menyelamatkan Indera Jenaka daripada dimakan binatang buas

Kita hendaklah taat pada perintah raja walaupun pekerjaan itu sukarIndera Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah bergadingkan emas

Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan supaya beban mereka dapat diringankanIndera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan dan makanan kepada raksasa

Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah agar matlamat dapat dicapaiIndera Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga mereka dapat melepaskan diri daripada menjadi tawanan raksasa

Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihadapiIndera Nata sanggup menghadapi pelbagai cabaran demi mencapai matlamaynya untuk mencari gajah bergadingkan emas

Gaya BahasaBahasa klasikSebermula, hatta

Bahasa IstanaTuanku, kakanda, anakanda

Puisi tradisional - pantunIkan pari bertelur beribuBertelur sejengkal jugaHujan arah ke langit biruTawakalku dapat juga

SimileMaka ia mendengar bunyi seperti ribut

HiperbolaGajah bergadingkan emas, kijang putih bertandukkan emas