Hikayat inderaputera bm

10
Nama : Wan Muhamad Syakir Bin Wan Zaini Kelas : 2 Sejahtera Guru Pentaksir : Cik Umikalthum Binti Nordin PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Evidens : B6 Hikayat Inderaputera Gema Sepi Gadis Genius:

Transcript of Hikayat inderaputera bm

Page 1: Hikayat inderaputera bm

Nama : Wan Muhamad Syakir Bin Wan Zaini

Kelas : 2 Sejahtera

Guru Pentaksir : Cik Umikalthum Binti Nordin

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Evidens : B6

Hikayat Inderaputera

Gema Sepi Gadis Genius:

Page 2: Hikayat inderaputera bm

Sinopsis

• Mengisahkan seorang putera raja, iaitu Inderaputera yang dilahirkan dengan begitu sempurna. Inderaputera merupakan anak kepada Maharaja Bikrama Buspa dan disayangi ayahandanya. Malangnya, Inderaputera telah diterbangkan oleh merak emas. Inderaputera dibawa ke sebuah kampung dan ditemui nenek kebayan. Inderaputera dibesarkan oleh nenek kebayan dengan baik sehingga Perdana Menteri turut menyukai Inderaputera dan berhasrat menjaganya.

Page 3: Hikayat inderaputera bm

Tema

• Cerita ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang dapat digambarkan melalui watak Maharaja Bikrama Buspa, nenek kebayan dan Perdana Menteri apabila sangat menyayangi Inderaputera.

Page 4: Hikayat inderaputera bm

Persoalan/Mesej

Kegembiraan seorang ayah menyambut kelahiran anaknya.

Maharaja Bikrama Buspa begitu gembira dengan kelahiran Inderaputera.

Kegembiraan itu digambarkan apabila baginda meraikan kelahiran puteranya dengan besar-besaran.

Perbezaan keturunan tidak membezakan hubungan kekeluargaan sesama manusia.

Contohnya, nenek kebayan memelihara Inderaputera walaupun mereka tidak mempunyai ikatan kekeluargaan.

Kehebatan Inderaputera semasa meningkat remaja.

Ini digambarkan apabila Inderaputera menjadi tarikan dan disenangi masyarakat sekeliling kerana rupa parasnya yang elok.

Kepercayaan seorang raja terhadap ahli nujumnya.

Maharaja sentiasa melindungi Inderaputera kerana mempercayai ramalan ahli nujumnya bahawa Inderaputera akan ditimpa malang apabila tidak diberi perhatian.

Page 5: Hikayat inderaputera bm

Gaya Bahasa

• Syahadan beberapa yang tiada .... (halaman 48)Bahasa Klasik

• ...tuan puteri pun beranaklah seorang lelaki terlalu sekali elok paras rupanya seperti matahari baru terbit .... (halaman 50)

Simile

• ...dan segala ini istana pun gemparlah bertangis tangisan dan isi negeri pun dukacita .... (halaman 53)Metafora

• ...dan ialah bertemu dengan Tasik Baharul Ajaib, dan ialah yang bertemu dengan Tasik Baharul ‘Asyikin’ dan ialah yang menjalani jalan .... (halaman49)

Pengulanan

Page 6: Hikayat inderaputera bm

Watak dan PerwatakanWATAK UTAMA

Inderaputera

• Putera kepada Maharaja Bikrama Buspa.

• Seorang yang kacak dan gagah perkasa.

• Mempunyai tingkah laku yang elok serta menghormati orang tua.

WATAK SAMPINGAN

Maharaja Bikrama Sakti

• Seorang raja

• Mempunyai seorang anak, iaitu Inderaputera

• Sangat kasih kepada anakanda baginda

Nenek kebayan

• Memiliki kebun bunga dan buah-buahan

• Tinggal di pedalaman

• Mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat

Perdana Menteri

• Seorang lelaki yang tidak mempunyai anak

• Menjadikan Inderaputera sebagai anak angkat

Watak-watak lain

1. Tuan Puteri Jamjan Ratna Dewi2. Ahli nujam3. Raja Syahian4. Orang utusan

Page 7: Hikayat inderaputera bm

Latar

Latar Masa

Masa Lampau

• Kisah ini berlaku pada zaman lampau tentang raja yang sangat hebat.

Latar Tempat

Istana

• Di istana tempat tinggal Maharaja Bikrama Buspa dan isterinya, Tuan Jamjan Ratna Dewi dan anakanda baginda, Inderaputera.

Kebun

• Di kebun nenek kebayan tempat Inderaputera dibuangkan oleh merak emas.

Latar Masyarakat

Masyarakat Bangsawan

• Contoh: Maharaja Bikrama Buspa, Perdana Menteri, ahli nujum dan sebagainya.

Masyarakat Desa

• Contoh: Nenek kebayan

Page 8: Hikayat inderaputera bm

Plot

Pengenalan

• Kelahiran Inderaputera

• Maharaja sangat menyayangi Inderaputera, contohnya menyambut kelahiran Inderaputera dengan penuh kebesaran.

Konflik

• Peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung merak emas selepas baginda bermain dengan burung tersebut sedangkan ahli nujum di negeri tersebut telah menasihatkan Maharaja Bikrama Sakti supaya tidak membenarkan Inderaputera bermain dengan haiwan. Hal ini demikian kerana ia akan mendatangkan bencana kepada Inderaputera.

Puncak

• Setelah dilarikan oleh burung merak emas, Inderaputera telah berjumpa dengan nenek kebayan. Nenek kebayan telah mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat.

Peleraian• Nenek kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana Menteri.

Pengakhiran

• Perdana Menteri mengambil Inderaputera sebagai anak angkat sehingga Inderaputera besar dan menjadi seorang yang bijaksana.

Page 9: Hikayat inderaputera bm

Nilai

Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknyaMaharaja Bikrama Buspa sangata menyayangi akan anakanda baganda sehingga tidak sanggup berpindah.

Taat kepada titah pemerintahHal ini ditunjukkan oleh watak orang utusan yang menghantar ufti di mana dia taat mengikuti titah Maharaja Bikrama Buspa untuk melihat kepandaian mereka.

Hormat kepada orang tuaSikap Inderaputera yang terlalu menghormati orang tua dapatdilihat dalam cerita ini. Hal ini dibuktikan semasa baginda berjumpa dengan Perdana Menteri.

Tolong-menolongSikap atau nila ini ditonjolkan oleh watak nenek kebayan yang menolong Inderaputera sewaktu dalam kesusahan dan mengambil Inderaputera sebagai cucu angkatnya.

Page 10: Hikayat inderaputera bm

Pengajaran

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kitaHal ini ditunjukkan oleh watak Maharaja Bikrama Buspa. Baginda sangat menyayangi anakanda baginda, iaitu Inderaputera.

Kita mestilah reda dengan takdir TuhanHal ini digambarkan oleh watak Inderaputera yang reda dengan nasibnya setelah dilarikan oleh burung merak emas.

Kita haruslah membantu orang yang dalam kesusahanHal ini digambarkan oleh watak nenek kebayan yang sanggup mengambil dan menjaga Inderaputera apabila mengetahui kisah Inderaputera.

Kita seharusnya menghormati orang tuaHal ini ditunjukkan oleh Inderputera sewaktu berjumpa dengan Perdana Menteri.

Sekian, terima kasih...,