Hipotesis Kajian.docx

4
Hipotesis Kajian? “Hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan.” Fraenkel (1993) “Hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi.” Ahmad Mahdzan Ayob (1992) “Hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku.” Maleske (1995) Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi menentukan hasilan awal kajian yang hendak dilaksanakan atau dijalankan dengan menghubungkan dua atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu kajian. Jenis – jenis Hipotesis 1. Hipotesis Induktif = dibentuk melalui proses cerapan. Penyelidik akan menentukan susur galur dan kemungkinan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji.

Transcript of Hipotesis Kajian.docx

Page 1: Hipotesis Kajian.docx

Hipotesis Kajian?

“Hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan.” Fraenkel (1993)

“Hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi.” Ahmad Mahdzan Ayob (1992)

“Hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku.” Maleske (1995)

Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi menentukan hasilan awal kajian yang hendak dilaksanakan atau dijalankan dengan menghubungkan dua atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu kajian.

Jenis – jenis Hipotesis

1. Hipotesis Induktif = dibentuk melalui proses cerapan. Penyelidik akan menentukan susur galur dan kemungkinan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji.

2. Hipotesis deduksi = dibentuk daripada teori dan akan memandu penyelidikan ke arah sistem pengetahuan yang lebih umum.

Page 2: Hipotesis Kajian.docx

Kelebihan menggunakan Hipotesis

1. Penyelidikan boleh dilakukan dengan lebih mendalam.

2. Melibatkan falsafah sains.

3. Dapat mengesan atau tidak hubungan antara perkara yang dikaji.

4. Mengetahui perkara yang ingin dikaji.

Ciri – Ciri hipotesis

hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan (tidak bersandar) dengan pemboleh ubah bergerak balas (bersandar) apabila pemboleh ubah lain dimalarkan.

Hipotesis mesti berasakan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa hipotesis itu perlu dibuktikan.

Hipotesis itu mesti boleh diuji.

Hipotesis mesti ringkas dan jelas.

Pernyataan Hipotesis

Page 3: Hipotesis Kajian.docx

Hipotesis Nul (kosong) , H0 = Hipotesis ini adalah merupakan hipotesis sementara yang tidak pincang (Mohd Majid, 1998).Ianya adalah merupakan hipotesis negatif atau menunjukkan tiada perbezaan / tiada terdapat persamaan / tiada perhubungan / tiada terdapat perkaitan antara kedua – dua pemboleh ubah(sama ada berarah atau tidak berarah).

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara independent variable dan dependent variable”

Hipotesis Alternatif / penyelidikan, Ha = Ianya biasa dibentuk pada peringkat awal sesuatu penyelidikan (Mohd Majid, 1998). Hipotesis inidigunakan sebelum data dicerapkan. Ianya adalah merupakan versi hipotesis positif ataumenunjukkan terdapat hubungan / terdapat persamaan / terdapat perbezaan / terdapat perkaitanantara kedua – dua pemboleh ubah (sama ada berarah atau tidak berarah).

“Terdapat hubungan yang signifikan di antara independent variable dan dependent variable”