historiografi Kajian Moden Agama

15
1 HISTORIOGRAFI KAJIAN MODEN AGAMA: SATU TINJAUAN SELEKTIF Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali Program Pengajian Akidah Dan Agama Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia Historiografi atau pensejarahan adalah penting untuk menggariskan beberapa alamat dan isyarat tentang sesuatu kronologi. Kajian moden agama telah pun melalui proses yang rumit ini dan natijahnya menterjemahkan satu corak kajian agama yang nyata bertentangan dengan corak-corak dalam era sebelumnya. Terdapat beberapa ciri khusus bagi kajian moden agama yang menjelaskan fenomena ini. Sebagai produk inkubator barat, makalah ini akan membentangkan pensejarahan ini melalui lima fasa utama perkembangan sejarah masyarakat barat iaitu zaman purba (antiquity), era pertengahan (medieval period), era reformasi (reformation), zaman pencerahan (enlightenment) dan zaman moden (modern period). Terdapat beberapa petanda yang perlu diambil kira oleh para pengkaji agama untuk mengelakkan daripada terhegemoni dengan corak yang didasarkan oleh bagasi tersejarah (historical baggage) oleh barat ini. PENDAHULUAN ﹺﻢ ﹶﺼﻲ ﻗ ﹶ ﻓ ﹶﺎﻥ ﹶﺪ ﹶﻘ ﻭﻟ ﺍﻷ ﻱ ﺑ ﱠﺬ ﺍﻟ ﻳﻖ ﹶﻜ ﻯ ﻭ ﹾﺘ ﹰﺎ ﻳﻳﺜ ﹶ ﺣ ﹶﺎﻥﺎ ﻛ ﹺ ﻣﺎﺏ ﹾﺒﻮﻥ ﹴ ﻳ ﹶﻮ ﹰ ﻟ ﻯ ﻭ ﱢ ﺷ ﹶ ﻛﹸﻞﻴﻞ ﹾﺼ ) ﺳﻮﺭﺓ ﻳﻮﺳﻒ12 : ﺍﻵﻳﺔ111 ( Maksudnya: Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka (para nabi) itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. Islam mengajarkan umat manusia sejarah berkenaan pelbagai perkara agar manusia dapat memetik nilai kebaikan dan mengambil pengajaran daripada kesalahan lampau umat yang terdahulu. Tidak sekadar itu sahaja, Islam juga menggalakkan sejarah dipelajari kerana setiap kejadian yang berlaku di sekeliling manusia adalah ketentuan daripada Allah SWT, Tuhan yang Maha Adil dan Maha Bijaksana dalam mentadbir urusan ciptaan-Nya. 1 1 Dalam Mafatih Al-Ghayb, Imam Fakhr Al-Din Al-Razi menyebutkan cara mengambil iktibar daripada sesuatu sejarah, ujarnya: ﻬﻮﻝ، ﻭﺍﳌﺮﺍﺩ ﻣﻨﻪ ﺍﻟﺘﺄﻣﻞ ﻭﺍﻟﺘﻔﻜﺮ ﺍﻋﻠﻢ ﺃﻥ ﺍﻻﻋﺘﺒﺎﺭ ﻋﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﺍﻟﻌﺒﻮﺭ ﻣﻦ ﺍﻟﻄﺮﻑ ﺍﳌﻌﻠﻮﻡ ﺇﱃ ﺍﻟﻄﺮﻑ ﺍ

description

Kajian Agama

Transcript of historiografi Kajian Moden Agama

Page 1: historiografi Kajian Moden Agama

1

HISTORIOGRAFI KAJIAN MODEN AGAMA: SATU TINJAUAN SELEKTIF

Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali Program Pengajian Akidah Dan Agama

Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia

Historiografi atau pensejarahan adalah penting untuk menggariskan beberapa alamat dan isyarat tentang sesuatu kronologi. Kajian moden agama telah pun melalui proses yang rumit ini dan natijahnya menterjemahkan satu corak kajian agama yang nyata bertentangan dengan corak-corak dalam era sebelumnya. Terdapat beberapa ciri khusus bagi kajian moden agama yang menjelaskan fenomena ini. Sebagai produk inkubator barat, makalah ini akan membentangkan pensejarahan ini melalui lima fasa utama perkembangan sejarah masyarakat barat iaitu zaman purba (antiquity), era pertengahan (medieval period), era reformasi (reformation), zaman pencerahan (enlightenment) dan zaman moden (modern period). Terdapat beberapa petanda yang perlu diambil kira oleh para pengkaji agama untuk mengelakkan daripada terhegemoni dengan corak yang didasarkan oleh bagasi tersejarah (historical baggage) oleh barat ini.

PENDAHULUAN

لباب ما كان حديثا يفترى ولكن تصديق الذي بين األولي أللقد كان في قصصهم عبرة )111اآلية: 12سورة يوسف (يديه وتفصيل كل شيء وهدى ورحمة لقوم يؤمنون

Maksudnya: Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka (para nabi) itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Islam mengajarkan umat manusia sejarah berkenaan pelbagai perkara agar manusia dapat

memetik nilai kebaikan dan mengambil pengajaran daripada kesalahan lampau umat yang

terdahulu. Tidak sekadar itu sahaja, Islam juga menggalakkan sejarah dipelajari kerana

setiap kejadian yang berlaku di sekeliling manusia adalah ketentuan daripada Allah SWT,

Tuhan yang Maha Adil dan Maha Bijaksana dalam mentadbir urusan ciptaan-Nya.1

1 Dalam Mafatih Al-Ghayb, Imam Fakhr Al-Din Al-Razi menyebutkan cara mengambil iktibar daripada sesuatu sejarah, ujarnya:

اعلم أن االعتبار عبارة عن العبور من الطرف املعلوم إىل الطرف اهول، واملراد منه التأمل والتفكر

Page 2: historiografi Kajian Moden Agama

2

Makalah ini akan memfokuskan berkenaan sejarah kajian agama di barat sehingga

ternatijahnya kajian moden agama seperti yang dapat disaksikan dalam dunia akademik

hari ini. Historiografi dalam mauduk ini amat penting, untuk meneliti beberapa ciri-ciri

yng ditonjolkan oleh kajian moden agama barat dalam akademia mutakhir. Kajian agama

(religionswissenschaft atau pistology) yang ditanggapi dalam dunia Islam dan dunia barat

perlu difahami sebagai sesuatu yang berbeza kerana beberapa faktor. Faktor-faktor inilah

yang akan dihuraikan dalam makalah ini dan diikuti dengan penelusuran secara kronologi

kepada kajian agama di barat.

Namun begitu, makalah ini akan melakukan tinjauan secara selektif kepada beberapa

karya utama kajian agama di barat. Penulis secara tawaduk mengakui bahawa usaha yang

kecil ini sebenarnya adalah permulaan awal kepada usaha untuk memahami jiwa para

oksiden tentang agama dan metodologi mereka seperti yang telah terkristalisasi.2

Kajian moden agama di barat telah bermula sebagai satu fenomena intelektual pada

zaman Pencerahan (Enlightenment) iaitu pada kurun ke 17 masihi dan berlarutan

sehinggalah ke kurun 21 kini. Terdapat perselisihan pendapat berkenaan permulaan

zaman moden di barat, akan tetapi dari sudut intelektual, zaman Pencerahan telah

dipersetujui sebagai pemberi titik tolak kepada permulaan zaman moden di barat. Ini

diperjelaskan lagi dengan tiga tahapan awal yang berlaku di barat sebelum zaman

pencerahan iaitu Pembaharuan (Renaissance), Reformasi (Reformation) dan Revolusi

Saintifik (Scientific Revolution). Dengan ketibaan zaman Pencerahan, orientasi

intelektual yang lama itu telah pun berubah kepada sesuatu yang berbeza dan inilah yang

dikenali sebagai zaman moden.

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa mengambil iktibar adalah ibarat melintasi sesuatu iaitu daripada keadaan sesuatu yang jelas diketahui kepada sesuatu yang tidak diketahui. Maka iktibar memerlukan pemikiran yang mendalam dan rasionalisasi.” Lihat: Al-Razi, Fakhr Al-Din. 2001. Al-Tafsir Al-Kabir. Beirut: Dar Ihya’ Al-Tur ath Al-cArabi. Jilid.6. Hal. 522. 2 Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Carl Lotus Becker (1873-1945), Profesor Amerika dalam bidang sejarah pernah mengatakan: “All historians, even the most scientific, have been bias, if in no other sense that the determination not to have any.”

Page 3: historiografi Kajian Moden Agama

3

Orientasi intelektual yang baru ini adalah dengan memahkotakan akal rasional atau ratio

sebagai penentu kepada kebenaran sesuatu serta tujuan segala mawjud (atau penciptaan)

seluruhnya. Akal dalam konteks ini terbahagi kepada tiga bentuk yang utama iaitu akal

tamyizi (perbandingan), akal spekulatif (rasionalisme) dan akal empirikal (empirisisme

atau tajribiyyah). Akal tamyizi berfungsi untuk membezakan antara dua atau lebih objek

taakulan dalam menentukan perbezaan dan persamaan yang mungkin wujud seperti

dalam ilmu logik dan falsafah.3 Akal spekulatif atau al-caql al-nazari pula berlaku

apabila adanya taakulan logikal dan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang ilmu.

Manakala empirisisme pula berlaku apabila adanya analisa fakta melalui pengalaman

untuk kajian bersifat eksperimental atau berkisarkan pengalaman kemanusiaan.4

Ramai sarjanawan barat telah pun meramalkan perkembangan kajian moden agama

dalam period masa ini. Sebagai contoh, tinjauan selektif untuk makalah ini telah

mengambil kira pandangan daripada sarjana-sarjana kajian agama yang hidup dalam

ruang dan masa yang berbeza seperti berikut: Friedrich Max Muller (1823-1900) melalui

syarahan akademiknya: Introduction to the Science of Religion,5 Louis Henry Jordan

(1855-1923) dalam Comparative Religion: Its Genesis and Growth,6 Jan De Vries (1890-

1964) dalam The Study of Religion: A Historical Approach,7 Joachim Wach (1898-1955)

dalam bab pertama Comparative Study of Religion, Mircea Eliade (1907-1986) dalam

survey mengikut kronologi bagi bidang ini di The Sacred and The Profane,8

Comparative Religion: A History oleh Eric J. Sharpe (1933-2000),9 dalam pendahuluan

Jacques Waardenburg untuk Classical Approaches To the Study of Religion: Aims,

3 Ibn Khaldun. 2002. Mukadimah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 525-526. 4 Untuk huraian lanjut berkenaan tiga jenis akal ini dan aplikasinya dalam kajian sejarah dan seterusnya budaya, boleh merujuk kepada sebuah magnum opus oleh Profesor Muhsin Mahdi iaitu: Muhsin Mahdi. 2006. Ibn Khaldun’s Philosophy of History: A Study in the Philosophic Foundation of the Science of Culture. Kuala Lumpur: The Other Press. Hal. 171-183. 5 Muller, Friedrich Max. 2003. “Chips from the German Workshop: Essays on the Science of Religion and

Introduction to the Science of Religion.” Theory and Method in the Study of Religion: a Selection of Critical Readings. Carl Olson (Ed.). Canada: Nelson Thomson Learning. Hal. 70-78. 6 Jordan, Louis Henry. 1986. Comparative Religion: Its Genesis and Growth. Atlanta: Scholars Press.

7 Jan De Vries. 1967. The Study of Religion: A Historical Approach. New York, Chicago, San Francisco

and Atlanta: Harcourt, Brace & World, Inc. 8 Eliade, Mircea. 1987. The Sacred and the Profane: The Nature of Religion. Florida: Harcourt, Inc. Hal.

215-232. 9 Sharpe, Eric John. 1986. Comparative Religion: A History. Illinois: Open Court.

Page 4: historiografi Kajian Moden Agama

4

Methods and Theories of Research (Introduction and Anthology)10 dan dalam

Discovering Religious History in the Modern Age oleh Hans Gerhard Kippenberg.11

KONSEP KAJIAN MODEN AGAMA

Sesebuah kajian agama dianggap moden apabila persoalan keagamaan yang ditekuni

melaluinya bertitik tolak daripada suatu premis bersifat akal mutlak atau fakta semata-

mata. Walau bagaimanapun, kajian agama tradisional atau bukan moden, dimulakan

daripada perspektif ketuhanan, dogma atau berdasarkan nas (scriptural) meskipun

kandungannya masih bersifat rasional dan berfakta. Sebagai contoh, dalam persoalan

berkenaan kewujudan tuhan atau pun kenabian, jawapan daripada kajian agama

tradisional akan bersandarkan kepada wahyu suci dan bukannya produk imaginasi

manusiawi. Walhasil, segala jawapan yang dikemukakan daripada kategori ini adalah

sentiasa benar dan tidak akan dipersoalkan walaupun sekali. Akan tetapi, jawapan tadi

daripada pandangan kajian moden agama akan dilihat sebagai spekulatif, dianggap

semata idea serta tidak semestinya merupakan suatu realiti.

Dalam kajian moden agama, persoalan kewujudan tuhan adalah didasarkan kepada fakta

yang meliputi semua data berkenaan konsep ketuhanan dalam pelbagai budaya. Oleh itu,

‘tuhan’ dalam konteks yang amat longgar ini (daripada perspektif wahyu Islam)

merangkumi patung sembahan sebagai darshan (imej sembahan) atau taqrib zulfa, roh

nenek-moyang, pokok dan batu seperti yang didakwa oleh pelbagai teisme. Dalam erti

kata yang lain, longgar jugalah spesifikasi kebenaran di sini kerana kebenaran tidak lagi

diutamakan, tetapi maksud yang dinisbahkan kepadanya yang semata-mata dicari.

Terdapat perbezaan yang halus bagi konsep moden antara yang dibahaskan dalam kajian

agama dan yang dibincangkan dalam kajian sejarah. Secara umumnya, dalam pandangan

ilmu sejarah (terutamanya sejarah barat), moden adalah salah satu era atau tahapan zaman

bagi masyarakat barat daripada tahapan-tahapan yang lainnya seperti zaman logam,

10 Waardenburg, Jacques. 1999. Classical Approaches to the Study of Religion: Aims, Methods and

Theories of Research (Introduction and Anthology). New York & Berlin: Walter de Gruyter. Hal. 1-82. 11 Kippenberg, Hans G. 2002. Discovering Religious History in the Modern Age. Barbara Harshaw (Terj.).

Princeton and Oxford: Princeton University Press.

Page 5: historiografi Kajian Moden Agama

5

zaman batu, zaman antikuiti, zaman pencerahan dan zaman pascamoden. Secara

khususnya pula, para sejarawan masih berselisih pendapat dalam penetapan permulaan

zaman moden. Contohnya, Sullivan berpandangan bahawa zaman moden bermula sebaik

sahaja berakhirnya zaman pertengahan iaitu pada akhir kurun ke 15.12 Namun, Profesor

Black pula berpandangan bahawa tarikh permulaan zaman moden secara spesifik adalah

pada tarikh yang sama berlakunya kejatuhan Konstantinople [kini dikenali sebagai

Istanbul yang telah dimenangi oleh Sultan Muhammad Al-Fatih (1432-1481)] atau

penemuan Amerika –pada subuh 29 Mei 1453 atau secara rasminya pada jam 0200, 12

Oktober 1492.13 Profesor Toynbee pula berpandangan bahawa zaman moden terletak

pada tahapan ketiga dalam perkembangan sejarah barat iaitu Western III pada tahun

1475-1875. Ini diikuti pula dengan tahap keempat sejarah barat iaitu Western IV pada

tahun 1875 hinggalah ke hari ini.14

Dalam kajian agama juga turut berlaku perselisihan antara sarjana dalam menentukan

definisi moden ini. Meskipun begitu, perselisihan ini tidaklah terlalu mendasar sehingga

membezakan pandangan mereka dalam menentukan ciri-ciri dan bentuk-bentuk asasi bagi

sebuah kajian moden agama. Dalam memahami definisi moden, secara etimologinya

perkara ini dapat dirujuk kepada keterangan Profesor Black seperti berikut:

“Modernization” as a general term describing the process of rapid change in human affairs since the scientific revolution is of comparatively recent origin, but “modern” as a term denoting the quality of a contemporary era can be traced to Late Latin usage of the sixth century. First in Latin and later in English and other languages around the world, the word was used to distinguish between contemporary and “ancient” writers and themes, and by seventeenth century, “modernity”, “modernizer” and “modernization” were employed in a variety of more or less limited and technical contexts.15

12 Sullivan, Richard Eugene; Sherman, Dennis; dan Sullivan. John B. 1994. A Short History of Western Civilization. USA: McGraw Hill, Inc. Hal. 339. 13 Black, C.E. 1966. The Dynamics of Modernization: A Study in Comparative History. New York: Harper & Row, Publishers. Hal. 5-6. 14 Ringkasnya, perkembangan sejarah di barat disusun seperti dalam kerangka berikut: Western I (Dark Ages) 675-1075, Western II (Middle Ages) 1075-1475, Western III (Modern) 1475-1875, Western IV (Post-Modern) 1875- ? Lihat: Toynbee, Arnold Joseph. 1987. A Study of History: An Abridgement of Volume I-VI by D.C. Somervell. New York: Oxford University Press. Hal. 39. 15 Black, C.E. The Dynamics of Modernization: A Study in Comparative History. Hal. 5.

Page 6: historiografi Kajian Moden Agama

6

Oleh itu, terminologi kajian moden agama menggambarkan satu kerangka kajian yang

bersifat antitesis kepada kerangka-kerangka kajian sebelumnya, yakni teologikal dan

dogmatik. Maka moden di sini merujuk kepada reka bentuk baru bagi kajian agama yang

diadaptasi mengikut penerimaan sosial dan perkembangan intelektual masani.

CIRI-CIRI KAJIAN MODEN AGAMA

Melalui tinjauan selektif ke atas beberapa literatur dan karya berkenaan kajian agama,

terdapat tiga ciri utama kajian moden agama yang dapat dinyatakan di sini. Ciri-ciri

utama ini dapat dikesan melalui perspektif-perspektif yang ditunjukkan oleh sarjana-

sarjana ini dalam menghuraikan fenomena-fenomena keagamaan dan mendasar dalam

setiap perbahasan mereka. Ciri-ciri ini adalah: pertama, agama sebagai fenomena

kemanusiaan, kedua, maksud lawan kebenaran dan yang ketiga, evolusionisme.

Pertama: Agama sebagai Fenomena Kemanusiaan

Dalam sejarah kajian agama, terdapat pelbagai konsepsi berkenaan agama yang telah

diperkenalkan dan terus dikemukakan, sehingga definisi agama telah menjadi ratusan

jumlahnya, malah mungkin menjangkau ribuan atau jutaan.16 Dalam hal ini, kajian

moden agama menjadikan menjadikan agama hanyalah sebagai fenomena kemanusiaan

semata-mata.

Voltaire (1694-1778); dalam menggambarkan betapa anomalinya (jika dibandingkan

dengan kajian agama oleh Islam) konsep agama sebagai fenomena kemanusiaan; pernah

secara sinis mencadangkan: “sekiranya tuhan tidak wujud, manusia perlu mencipta

tuhan.” Dalam pernyataan tadi, Voltaire memberi gambaran betapa agama dalam kurun

ke 17 dan ke 18 di barat sudah pun berubah kedudukan asalnya yang dilihat sebagai satu

kebenaran kepada suatu yang diada-adakan. Malah, kewujudan agama juga dakwanya

bukanlah kewujudan yang mandiri (independently exists) daripada akal manusia. Malah,

untuk mewujudkan agama, akal diperlukan untuk memperlihatkan agama dan bukanlah

16 Clifford Geertz (1926-2006) pernah memberi respon terhadap perkara ini dan berkata: “The comparative study of religion has always been plagued by this peculiar embarrassment: the elusiveness of its subject matter. The problem is not one of constructing definitions of religion. We have had quite enough of those; their very number is a symptom of our malaise.” Refer: Geertz, Clifford. 1968. Islam Observed: Religious Development in Morocco and Indonesia. Chicago & London: The University Of Chicago Press. Hal. 1.

Page 7: historiografi Kajian Moden Agama

7

sebaliknya di mana akal yang memerlukan Tuhan untuk memberi makna kepada akal dan

kehidupannya.

Ahli teologi Jerman-Amerika, Paul Tillich (1886-1965) telah mendefinisikan agama

sebagai kepentingan utama manusia (religion as ultimate concern),17 di mana termasuk

dalam daerah definisinya juga adalah ideologi-ideologi dan pandangan-pandangan sarwa

yang digelarnya sebagai ‘quasi-religion.’ Untuk memasukkan ideologi dan pandangan

sarwa sebagai agama, adalah sesuatu yang tidak pernah terfikirkan sebelum era

pencerahan dan sekiranya ada sekalipun, boleh mengakibatkan hukuman bunuh

dijatuhkan kepada pembuatnya. Dalam era moden, agama dianggap sebagai imaginasi

manusia atau produk akal. Walhasilnya, agama adalah fenomena kemanusiaan.

Fenomena kemanusiaan di sini merujuk kepada keadaan agama yang ditelusuri asal-

usulnya daripada komponen budaya masyarakat, amalan bangsa, bahasa dan lain-lain

yang menjadi loci kepada akal manusia dalam menyampaikan dan memberi makna

kepada agama. Berikutan daripada itu, kajian moden agama adalah unik dalam bentuknya

di sini kerana titik mulanya berasal daripada asumsi bahawa agama adalah fenomena

kemanusiaan; di mana simbol-simbol keagamaan, kelakuan dan ritual adalah semata-

mata daripada manifestasi akal manusia.

Oleh itu, agama, dalam kajian moden agama, hanya menjadi suatu objek atau aspek yang

fenomenalistik (phenomenon iaitu perkara yang dapat digarap hanya melalui

pancaindera), digarap secara terpisah daripada perkara nomenalistik (noumena, iaitu

perkara yang mandiri dan tidak memerlukan pancaindera untuk menggarapnya). Sebagai

akibat, agama menjadi satu entiti yang tertakluk kepada ruang dan masa (spatiotemporal)

dan kajiannya juga hanya boleh diabsahkan melalui pendekatan saintifik seperti

antropologi, sosiologi, psikologi, ekologi dan lain-lain sains sosial.

Kajian agama yang dahulunya bersifat dogmatik dan berasaskan teks suci telah berubah

kepada kajian yang tertakluk kepada nazari, sains dan metodologinya. Hal ini juga

17 Tillich, Paul. 1958. Dynamics of Faith. New York: Harper & Row. Hal. 1-4.

Page 8: historiografi Kajian Moden Agama

8

berlaku kerana bidang sains serta metodologinya telah diangkat dalam akademia arus

perdana sehingga metodologi yang tidak selari dengan sains dipandang sebagai tidak sah

dan berupaya mengesahkan. (invalid and non-validatable, seperti beberapa metodologi

ilmu-ilmu agama Islam)

Kedua: Maksud lawan Kebenaran

Ciri kedua yang unik bagi kajian moden agama adalah kajian ini tidak lagi berdasarkan

pemerkasaan kepercayaan, keimanan dan akidah. Ringkasnya, kajian moden agama tidak

lagi mencari ‘kebenaran’ sebagai tujuan utama kajiannya. Malah, apa yang dituntut dalam

kajiannya adalah mencari maksud bagi satu-satu fenomena keagamaan. Permasalahan

sama ada satu-satu kepercayaan itu adalah kebenaran yang mutlak, nisbi mahu pun palsu

tidak lagi menjadi objektif kepada kajian agama moden. Malah, segala usaha perlu

ditumpukan kepada usaha untuk merasionalisasikan segala fenomena keagamaan yang

berlaku dalam radar kajian.

Misalannya, persoalan ‘kebenaran’ dalam agama adalah merupakan refleksi kepada

dogma, prinsip dan akidah bagi sesebuah agama. Dalam ‘genre’ yang terdahulu, semua

pengkaji agama adalah terdidik untuk mempercayai sepenuh hati bahawa usaha kajian

mereka adalah demi mencapai kebenaran dalam agama. Namun begitu, kajian moden

agama meletakkan tujuan kajiannya dalam latar yang berbeza, di mana destinasi yang

ingin dituju dalam kajian moden, adalah untuk menyingkap maksud yang tersurat dan

tersirat dalam satu-satu fenomena keagamaan.

Cabaran yang sangat merbahaya oleh kajian moden agama ini terlalu ‘mencengkam’

kajian agama tradisional dan puncanya didapati daripada perkembangan sains di dunia

barat. Dalam sebuah analogi yang mudah, digambarkan bahawa sekiranya sains dapat

menjawab segala persoalan dan menyingkap kesemua rahsia alam ini tanpa perlu

‘menyembah’ di hadapan kuasa Ketuhanan yang Maha Suci dan Maha Mengetahui; maka

kajian moden agama juga mampu dan berupaya berbuat sedemikian. Tiada lagi

kebenaran untuk dicari, tetapi hanyalah maksud kepada setiap perlakuan, simbol dan

aspek keagamaan yang perlu dicendekia secara terperinci.

Page 9: historiografi Kajian Moden Agama

9

Oleh kerana itu; Ninian Smart (1927-2001) dalam menjelaskan sifat fenomenologikal

dalam kajian moden agama; menggambarkan bahawa nada yang digunakan sepanjang

kajian agama ini tidak akan menyokong mahupun menolak satu-satu agama.18 Sikap

berkecuali yang cuba ditonjolkan dalam nada yang disebutkan tadi, menyebabkan ramai

sarjanawan turut terpengaruh dengannya, di mana menjamin kedudukan genre baru ini

dalam akademia, khususnya di universiti dan institut pengajian tinggi di barat.

Kesan daripada sikap sebegini terhadap agama, kajian moden agama dilihat ibarat

membuka ‘pintu gerbang’ seluas-luasnya kepada semua umat manusia untuk menjadi

pengkaji agama, meskipun seseorang itu tidak memiliki latarbelakang dan ilmu dasar

yang mencukupi untuk menyelidiki bidang agama. Isu ‘kebenaran’ dan sebarang

perbincangan yang bersifat apologetik adalah dikesampingkan. Dalam ibarat yang

mudah, semua ahli sejarah, ahli falsafah, saintis sosial dan termasuk juga ahli bahasa

dapat dibawa masuk ke dalam bidang ini, biarpun mereka ini menganuti sebarang agama

(theist) mahupun tidak (atheist).

Ketiga: Evolusionisme

Salah satu ciri kajian moden agama adalah sifatnya berevolusi dan sentiasa berubah

secara laju daripada masa ke masa. Hal ini lebih mudah dilihat dengan meneliti

perkembangan secara berturutan dan semakin meningkat pada metodologi-metodologi

kajian agama.

Pada mulanya, idea evolusi telah bermula sebagai kesan daripada tersebarnya falsafah

Darwinisme dalam akademia. Masyarakat barat telah menerima teori evolusi sebagai satu 18 Lihat: Smart, Ninian. 2006. Encyclopedia Britannica 2006 Ultimate Reference Suite DVD. (DVD-Rom). “Study of religion.” Malah, Ninian Smart juga pernah menyebut: “One of the great achievements of modern scholarship is the invention of the modern study of religion. It ought to be an essential element of education. It is illuminating and disturbing, and its coming has often hardly been noticed in the rest of academia. Its messages often do not penetrate the conceptual wall which images of religion put up around the rationalist mind, and it is often clouded by the fog generated by older theological models of the study of religion. But the plural, crosscultural, multi-disciplinary exploration of religion and, more generally, of the worldviews which help to shape human action has some powerful thoughts to suggest to the rest of the social sciences and humanities.” Smart, Ninian. 1987. Religion and the Western Mind. London: The Macmillan Press Ltd. Hal. 3.

Page 10: historiografi Kajian Moden Agama

10

teori saintifik pada ketika itu dan sehingga ke hari ini para saintis, ahli falsafah dan

beberapa sarjana kajian agama terus mengangkat teori ini. Selepas sahaja teori ini berjaya

menembusi ‘tembok’ kajian agama, teori ini cuba merasionalisasi permasalahan

berkenaan asal-usul agama dan perkembangan agama daripada bentuk asalnya kepada

bentuk-bentuk yang lain dari masa ke semasa, sepertimasa tercerahkan oleh karya-karya

sarjana dalam bidang ini.

Sebagai contoh, David Hume (1711-1776), Edward Burnett Tylor (1832-1917) dan

James George Frazer (1854-1941); dalam karya mereka telah memperkenalkan

evolusionisme kepercayaan dan amalan keagamaan. Selepas daripada zaman Pencerahan,

terdapat terlalu banyak ilmu sains yang telah dipersembahkan kepada masyarakat

terpelajar seperti filologi, sosiologi, antropologi, psikologi, sejarah dan banyak lagi

disiplin baru sebagai kaedah baharu penelitian kondisi kehidupan manusia. Sebagaimana

jumlah bidang ilmu ini bertambah, bidang-bidang ini juga menjadi terkait antara satu

dengan yang lainnya dan menghasilkan corak kajian interdisiplin atau silang bidang

bitara. Sejarah, sebagai contoh, secara asasnya merupakan kajian berkenaan kejadian-

kejadian yang terdahulu. Dalam konteks kajian moden agama pula, sejarah menjadi

kajian terhadap objek dan fenomena keagamaan yang terpisah daripada unsur

supernatural dan keajaiban seperti hal-ehwal mukjizat, ketuhanan, alam ghaib dan lain-

lain lagi. Dalam pensejarahan riwayat hidup Jesus menurut Kristian, kajian hanya

mendambakan maklumat berkenaan Jesus sebagai manusia yang bersejarah dan bukanlah

sebagai manusia suci dan penuh keajaiban. Jesus dalam konteks ini dilihat sebagai

manusia biasa dan pemimpin politik, bukannya sebagai ‘anak tuhan’ seperti didakwa oleh

penganut Kristian.

Kesannya, kajian agama telah diperlihatkan untuk menyaksikan perkembangan akal

manusia yang selari dengan garis evolusi. Agama sebagai kajian teologi dianggap sebagai

anutan akal manusia yang bertaraf rendah, manakala kajian saintifik pula adalah tahap

pemikiran yang lebih tinggi daripada yang sebelumnya.

Page 11: historiografi Kajian Moden Agama

11

METAMORFOSIS KAJIAN AGAMA DI BARAT: TRADISIONAL KE MODEN

Adalah sifat semulajadi bagi satu-satu bidang ilmu itu bertumbuh dan berkembang

daripada masa ke semasa. Dengan ‘sentuhan’ pelbagai ahli fikir dan pakar dalam pelbagai

bidang, kajian agama telah berkembang dalam bentuknya yang baru, bersama-sama

dengan motif, materi dan metodnya yang turut baru. Jelasnya, terlalu banyak faktor yang

menatijahkan perkembangan ini dan terlalu banyak elemen serta aspek yang terlibat

untuk memberikan kelahiran kajian agama dalam bentuk yang baru ini.

Secara ringkas, agama dilihat bukannya wujud secara vakum, tersimpan dalam kotak

‘Pandora’ tanpa terkait dengan pelbagai aspek sekitarnya seperti: manusia, alam

semulajadi, masyarakat, ekonomi, politik, kemajuan kehidupan dan banyak lagi.19 Kajian

agama juga telah berubah dan sedang berubah akibat daripada keterikatan yang kuat

dengan aspek-aspek seperti yang telah disebutkan tadi, di mana aspek-aspek ini menjadi

pebolehubah dan pembentuk kepada kajian agama yang baru.

Pengalaman khusus ini yakni dinamisme dalam reka bentuk kajian agama, adalah secara

uniknya dimiliki oleh masyarakat barat. Untuk memahami metamorfosis yang berlaku

ini, maka adalah sewajarnya untuk seseorang itu merungkai serta meninjau literatur-

literatur utama berkaitan dengan kajian agama ini.

Contohnya, dalam zaman antikuiti, iaitu ketika zaman Yunani menguasai pelbagai bidang

ilmu pengetahuan, masyarakatnya sangat mengkuduskan tuhan dan menjadi kultur rasmi

mereka untuk mengabdikan diri kepada tuhan. Jan De Vries menggambarkan keadaan ini

seperti berikut, “it was a duty for every member of the community, for if he did not

participate, he placed himself outside the social order.”20 Berikutan daripada itu, apabila

munculnya beberapa pemuka Greek yang nada pemikiran mereka kelihatan anti-tuhan,

menerima akibat yang sangat buruk. Dalam kes Protagoras (485-411 SM), beliau pernah

mengungkapkan:

19 Hinnels, John R. 2005. “Introduction.” Routledge Companion to the Study of Religion. Hinnels, John R. (Ed.). London and New York: Routledge. Hal. 1. 20 Jan De Vries. Hal. 7.

Page 12: historiografi Kajian Moden Agama

12

“ I do not know anything of the gods, whether they exist or whether they do not exist, or what their nature is. There is much that stands in the way of knowing these things, especially the uncertainty and brevity of human life.” It is really not astonishing that he had to leave Athens hurriedly because of a lawsuit for asebeia [“ateisme” dan “songsang” dalam konflik dengan undang-undang dan budaya semasa].21

Begitu jugalah halnya dalam zaman Pertengahan (Zaman Kegelapan), di mana kajian

agama hanya dikenali daripada kacamata agama dan untuk tujuan agama sahaja. Malah,

pada zaman inilah berlakunya ‘peperangan’ yang sengit antara agama dan sains, meliputi

beberapa episod konflik antara: Galileo Galilei (1564-1642) dan pihak Gereja,

dogmatisme lawan empirisisme, khurafat lawan rasionaliti, evolusionisme lawan

penciptaan dan lain-lain lagi. Pada zaman ini jugalah telah diinstitusikan mahkamah

penyiasatan (inquisition), yang menghukum sihir termasuklah kepada beberapa idea

saintifik yang didapati bercanggah dengan ketetapan gereja. Penemu idea baru atau

saintifik ini, yang gagal dalam perbicaraan mereka akan dituduh sebagai penentang

agama tuhan di bumi dan akibatnya dihukum bunuh dengan pelbagai cara seperti

digantung sampai mati, dibakar hidup-hidup, dipenggal leher dan banyak lagi.

Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam era Renaissans, Reformasi dan

Pencerahan, telah memberikan nafas baru bukan sahaja kepada bidang sains, malah

kepada kajian agama untuk diresapi dengan semangat saintifik ini. Perkara ini sangat

sukar untuk tidak disedari oleh rata-rata pemerhati sejarah barat, kesan daripada

perkembangan bidang ilmu dan adaptasi masyarakat ilmu kepada perkembangan ini.

Tidak hairanlah sekiranya dalam zaman selepas kurun ke 20 ini, kajian agama terus

berkembang dan meninggalkan ciri tradisionalnya. Dalam ulasan William Cecil Dampier

(1867-1952):

In spite of ignorance, folly and passion, the scientific method has won field after field since the days of Galileo. From mechanics it passed to physics, from physics to biology, from biology to psychology, where it is slowly adapting itself to unfamiliar ground. There seems no limit to research, for,

21 Ibid. Hal. 6-7.

Page 13: historiografi Kajian Moden Agama

13

as has been well and truly said, the more the sphere of knowledge grows, the larger becomes the surface of contact with the unknown.22

Secara umumnya, menerusi sejarah panjang perkembangan ilmu di barat, kajian moden

agama telah menempatkan ‘diri’nya secara kukuh dalam akademia hari ini. Dalam istilah

Farncis Bacon (1561-1626), melalui novum organum (instrumen baru) ini terlalu banyak

penemuan yang perlu didedahkan. Sebagai satu rupa bentuk yang agak janggal bagi

masyarakat bukan barat, kajian moden agama mungkin membingungkan dan agak

menjengkelkan.

KESIMPULAN

Sebagai sebuah kajian agama yang terlahir daripada hasil inkubasi barat, kajian agama

moden telah didokong secara meluas dalam banyak universiti dan institusi kajian di barat.

Malah kajian moden agama ini turut dibantu dengan ilmu alat yang lainnya seperti

psikologi, falsafah, antropologi, sosiologi, sejarah, pendekatan feminis, filologi dan juga

pascamoden.

Penggunaan akal dan metodologi saintifik dalam kajian moden agama sangat ditekankan,

memandangkan amalan inilah yang sangat diangkat dan diraikan dalam masyarakat

semasa. Meskipun pendekatan rasionalistik dapat dikesan sebelum zaman Pencerahan,

tapi kemuncak kepada bentuk ini hanya dapat dikesan secara majoritinya pada tahun-

tahun selepas kurun ke-18. Ini menandakan bermulanya satu era baru dalam kajian

agama, kewujudan satu tren baru yang perlu dipertimbangkan secara teliti oleh pengkaji-

pengkaji agama semuanya. Seperti mana yang pernah diungkapkan oleh George

Santayana (1863-1952): “Those who cannot remember the past are condemned to repeat

it.”

22 William Cecil Dampier. 1989. A History of Science and its Relations with Philosophy and Religion. New York: Cambridge University Press. Hal. 500.

Page 14: historiografi Kajian Moden Agama

14

BIBLIOGRAFI

Al-Razi, Fakhr Al-Din. 2001. Al-Tafsir Al-Kabir. Beirut: Dar Ihya’ Al-Tur ath Al-cArabi. Black, C.E. 1966. The Dynamics of Modernization: A Study in Comparative History.

New York: Harper & Row, Publishers. Eliade, Mircea. 1987. The Sacred and the Profane: The Nature of Religion. Florida:

Harcourt, Inc. Geertz, Clifford. 1968. Islam Observed: Religious Development in Morocco and

Indonesia. Chicago & London: The University Of Chicago Press. Hinnels, John R. 2005. “Introduction.” Routledge Companion to the Study of Religion.

Hinnels, John R. (Ed.). London and New York: Routledge. Ibn Khaldun. 2002. Mukadimah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jan De Vries. 1967. The Study of Religion: A Historical Approach. New York, Chicago,

San Francisco and Atlanta: Harcourt, Brace & World, Inc. Jordan, Louis Henry. 1986. Comparative Religion: Its Genesis and Growth. Atlanta:

Scholars Press. Kippenberg, Hans G. 2002. Discovering Religious History in the Modern Age. Barbara

Harshaw (Terj.). Princeton and Oxford: Princeton University Press. Muhsin Mahdi. 2006. Ibn Khaldun’s Philosophy of History: A Study in the Philosophic

Foundation of the Science of Culture. Kuala Lumpur: The Other Press. Muller, Friedrich Max. 2003. “Chips from the German Workshop: Essays on the Science

of Religion and Introduction to the Science of Religion.” Theory and Method in the Study of Religion: a Selection of Critical Readings. Carl Olson (Ed.). Canada: Nelson Thomson Learning.

Sharpe, Eric John. 1986. Comparative Religion: A History. Illinois: Open Court. Smart, Ninian. 1987. Religion and the Western Mind. London: The Macmillan Press Ltd. Smart, Ninian. 2006. Encyclopedia Britannica 2006 Ultimate Reference Suite DVD.

(DVD-Rom). “Study of religion.” Sullivan, Richard Eugene; Sherman, Dennis; dan Sullivan. John B. 1994. A Short History

of Western Civilization. USA: McGraw Hill, Inc. Tillich, Paul. 1958. Dynamics of Faith. New York: Harper & Row.

Page 15: historiografi Kajian Moden Agama

15

Toynbee, Arnold Joseph. 1987. A Study of History: An Abridgement of Volume I-VI by D.C. Somervell. New York: Oxford University Press.

Waardenburg, Jacques. 1999. Classical Approaches to the Study of Religion: Aims,

Methods and Theories of Research (Introduction and Anthology). New York & Berlin: Walter de Gruyter.

William Cecil Dampier. 1989. A History of Science and its Relations with Philosophy

and Religion. New York: Cambridge University Press.