Homework [Kemahiran Asas Kaunseling]

download Homework [Kemahiran Asas Kaunseling]

of 5

description

n

Transcript of Homework [Kemahiran Asas Kaunseling]

Nama: YAP TSIN HUEYNo. Matrik: SM/SEJ/034/01/13Kelas: T4 SEJARAH

Kemahiran Asas Kaunseling1. Dorongan minima a. Definisi: - Dorongan minima adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor bagi menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka. Ia membolehkan klien rasa bahawa kaunselor sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadapnya apa yang diceritakan oleh klien. Kemahiran memberi galakan boleh diberikan sama ada secara verbal atau non verbal. Penggalakkan bermaksud mendorong klien untuk terus bercakap dan berkongsi. Ini meliputi penggunaan bahasa badan seperti mengganggukkan kepala, menggunakan tangan seolah-olah menyuruh klien meneruskan bualannya, menggunakan perkataan seperti uh-hum atau Ya..ya atau mengulang satu dua perkataan klien.

b. Contoh dialog:

Klien : Saya berasa orang di sekeliling saya tidak suka saya. Kaunselor: hmmm. (sambil mengangguk kepala)

2. Menyoal:a. Definisi: - Kemahiran Menyoal Klien berminat memulakan sesi kaunseling kerana inginkan bantuan atau bimbingan terhadap isu yang mungkin mereka telah tidak berjaya hadapi secara bersendirian. Mereka mahu meluahkan isi hati atau pun pandangan tetapi merasakan sukar untuk memulakannya. Dalam hal ini, pembimbing atau pengamal kaunseling perlu sedar bahawa klien boleh dirangsang untuk terus berkongsi dengan cara menyoal. Walau bagaimana pun, menyoal perlu dilakukan secara teratur. Menyoal tidak dapat dielakkan dalam kaunseling dan ia perlu dilakukan dengan waspada agar klien tidak merasai dirinya 'dibedah siasat' atau 'interogate' oleh polis. Ia kerap digunakan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga apabila menyemak persepsi pembimbing. Terdapat dua jenis soalan yang digunakan dalam kaunseling iaitu soalan terbuka dan tertutup. Penggunaan soalan terbuka adalah digalakkan daripada soalan tertutup.

b. Contoh dialog: Kaunselor: Boleh saya tahu apakah sebab Ailee tidak balik ke rumah? Bagaimana agaknya perkara ini boleh berlaku?Klien: Sebab semua orang tidak mengambil berat kepada saya.

3. Konfrantasi :a. Definisi: - Kemahiran Konfrontasi digunakan apabila kaunselor mendapati apa-apa yang dinyatakan oleh murid adalah berlainan daripada tindakannya. Konfrontasi adalah kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan mereka. Konfrontasi ialah teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan klien berdiam diri. Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antara klien dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang lembut, yang mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan.

b. Contoh dialog: Klien : saya sering bergaul dengan gangster dan suka bergaduhKaunselor : pada kamu perbuatan tersebut baik ataupun tidak?

4. Parafrasa: a. Definisi: - Kemahiran parafrasa adalah salah satu kemahiran asas dalam kaunseling. Pembimbing bertindakbalas dengan mahir terhadap maklumat asas yang dikongsi oleh klien untuk menyemak kefahaman pembimbing tentang isu utama yang dinyatakan. Kemahiran parafrasa ialah kemahiran meluahkan kembali masalah atau mesej klien secara ringkas dan tepat. Parafrasa juga penting kerana ianya digunakan bagi menyatakan kembali kefahaman pembimbing kepada klien. Parafrasa membantu mempertingkatkan lagi hubungan bermakna antara anda dan klien.

b. Dialog: Klien: Saya berasa saya tidak sesuai untuk menjadi akauntan.Kaunselor: Oooooo Kamu rasa kamu tidak sesuai menjadi akauntan.

5. Refleksi a. Definisi: - Refleksi adalah salah satu kemahiran unik dalam kaunseling. Ia seakan parafrasa tetapi mempunyai kesan yang lebih mendalam kepada klien. Refleksi merupakan pengulangan kembali pokok atau isi kata-kata klien secara tepat, padat dan ringkas. Ianya merupakan cara untuk menyatakan kepada klien bahawa pembimbing telah memasuki ruang rujuk klien dan benar-benar merasai apa yang dirasai oleh klien (parafrasa bertujuan menyatakan kepada klien bahawa pembimbing mendengar dan memahami - belum lagi merasainya). Kemahiran ini adalah salah satu kemahiran di mana pembimbing atau pengamal kaunseling cuba berusaha memahami klien dari sudut pandangan klien sendiri. Ia merupakan satu kemahiran untuk menggambarkan pembimbing atau pengamal kaunseling memahami dan menghayati apa yang dikatakan oleh klien dengan memberikan respons secara refleksi. Kemahiran refleksi ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman.

i) Refleksi Isi- Refleksi idea membolehkan kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia telah memahami apa-apa jua yang disampaikan oleh klien. Setelah memahami masalah klien, kaunselor dapatlah bertindak menyusun strategi penyelesaian masalah dengan lebih efektif.

Contoh dialog:Klien: Buat masa ini kalau saya menentang, mungkin saya akan ditumbuk. Jadi, sekarang saya perlu saya berhati-hati sambil mencari strategi yang paling baik untuk saya.Kaunselor: Jadi sekarang ni anda sedang memikirkan strategi yang paling baik.

ii) Refleksi Perasaan Kaunselor akan membalikkan aspek emosi klien. Hal ini dilakukan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialami.

Contoh Dialog:Klien: Saya bimbang saya tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik sebagai seorang ketua.Kaunselor: Kamu bimbang tidak dapat menjadi seorang ketua yang baik. iii) Refleksi pengalaman Kaunselor akan membuat refleksi pengalaman setelah kaunselor memerhatikan gerak geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman atau perasaan diperkatakan oleh klien.

Contoh dialog: Klien: Sebenarnya saya telah cuba melakukan segala supaya mereka berkawan dengan saya. Mengapa mereka masih tidak dapat menerima saya sebagai seorang kawan? (Sambil tunduk dan kelihatan murung ).Kaunselor: Anda terlalu sedih dan tertekan kerana tidak diterima oleh rakan sebaya di sekolah.