Hormati Reservasi CEDAW...Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada...

8

Transcript of Hormati Reservasi CEDAW...Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada...

Page 1: Hormati Reservasi CEDAW...Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada kemajuan langsung dalam melindungi dan menegakkan hak wanita, sekaligus memburukkan imej
Page 2: Hormati Reservasi CEDAW...Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada kemajuan langsung dalam melindungi dan menegakkan hak wanita, sekaligus memburukkan imej
Page 3: Hormati Reservasi CEDAW...Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada kemajuan langsung dalam melindungi dan menegakkan hak wanita, sekaligus memburukkan imej

Hormati Reservasi CEDAW | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau lebih

dikenali sebagai “CEDAW” merupakan satu perjanjian antarabangsa yang bertujuan

untuk memberikan hak yang sama rata kepada wanita dengan cara menghapuskan

diskriminasi jantina, menamatkan keganasan terhadap wanita dan memperkukuh

hak wanita. Malaysia telah meratifikasi (mengesahkan) CEDAW pada tahun 1995.

Konvensyen Vienna 1969 berkenaan Undang-undang Triti (Konvensyen Vienna

1969) telah mensyaratkan Negara Pihak yang meratifikasi sesuatu Perjanjian Hak

Asasi Manusia Antarabangsa mesti mematuhi segala kewajipan undang-undang

yang dinyatakan dalam Perjanjian dan tidak boleh mengelak tanpa sebarang

justifikasi yang kuat dan sah.

Meratifikasi sesuatu perjanjian tanpa niat yang bersungguh-sungguh untuk

mematuhinya adalah menyalahi prinsip suci hati (good faith) atau turut dikenali

sebagai doktrin pacta sunt servanda iaitu kewajipan Negara Pihak kepada Perjanjian

untuk menepati janji. Hal ini bermaksud, dengan meratifikasi sesebuah Perjanjian

Antarabangsa, Negara Pihak secara sukarela mahu memikul tanggungjawab untuk

mengubah undang-undang negara selaras dengan kandungan Perjanjian.

Menurut CEDAW, Negara Pihak wajib menghantar laporan kepada Jawatankuasa

CEDAW setiap empat tahun sekali. Laporan itu mesti mengandungi langkah-langkah

perundangan, kehakiman dan pentadbiran yang telah diambil oleh kerajaan dalam

tempoh tersebut bagi melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan oleh artikel-

artikel yang terkandung dalam Konvensyen. Laporan yang dihantar oleh kerajaan

akan dinilai oleh Jawatankuasa CEDAW melalui satu sesi penilaian yang dibuat

dalam bentuk dialog interaktif.

Selepas Jawatankuasa CEDAW meneliti dan membincangkan respons yang

diberikan oleh Malaysia terhadap senarai isu dan soalan yang diajukan oleh

Jawatankuasa, Jawatankuasa akan mengeluarkan satu Pemerhatian Akhir

(Concluding Observations) yang mengandungi syor dan cadangan kepada kerajaan.

Proses pemantauan ini wajib disertai oleh Negara Pihak sebagai salah satu

tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah CEDAW.

Tidak dapat dinafikan, agenda kesamarataan gender dalam CEDAW telah

menyumbang banyak kemajuan terhadap penglibatan wanita terutamanya dalam

peluang dan penyertaan ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan serta

penguasaan politik di Malaysia. Hal ini dibuktikan apabila kedudukan Malaysia setiap

tahun bertambah baik berdasarkan skor Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI),

mendahului Indonesia, China dan Brunei Darussalam.

Page 4: Hormati Reservasi CEDAW...Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada kemajuan langsung dalam melindungi dan menegakkan hak wanita, sekaligus memburukkan imej

Hormati Reservasi CEDAW | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Antara isu-isu penting lain yang turut menjadi keutamaan CEDAW adalah isu

keganasan terhadap wanita, pemerdagangan seks wanita dan diskriminasi wanita di

tempat kerja.

Namun begitu, Kerajaan Malaysia telah melakukan reservasi (pengecualian)

terhadap sebahagian Artikel 16 CEDAW iaitu membabitkan hak sama rata lelaki dan

wanita dalam perkahwinan dan hubungan kekeluargaan kerana bercanggah dengan

undang-undang Syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Banyak pihak yang telah memberikan tekanan supaya Malaysia menggugurkan

reservasi tersebut kerana menganggap perbezaan hukum dalam Islam yang

membabitkan lelaki dan wanita seperti ketetapan poligami, wali, talak dan

perwarisan adalah satu bentuk penindasan terhadap wanita yang mesti dihapuskan.

Hakikatnya, reservasi merupakan pilihan sah yang diberikan kepada setiap Negara

Pihak. Justeru, reservasi yang tidak bertentangan dengan objektif dan tujuan

Konvensyen wajar dihormati oleh semua pihak.

Hak Negara Pihak Melakukan Reservasi

Walaupun wujud kewajipan antarabangsa untuk mematuhi Perjanjian, Artikel 2(d)

Konvensyen Vienna 1969 turut memberikan kuasa kepada Negara Pihak untuk

melakukan reservasi. Reservasi boleh dilakukan bagi mengecualikan kewajipan di

bawah peruntukan-peruntukan tertentu, di mana peruntukan yang direservasi tidak

akan terpakai ke atas negara tersebut.

Kemampuan Negara Pihak untuk memasukkan reservasi dalam sesebuah

Perjanjian Antarabangsa menggambarkan prinsip kedaulatan negara (state

sovereignty), bermaksud setiap negara boleh menolak untuk terikat dengan mana-

mana peruntukan yang khusus.

Walau bagaimanapun, reservasi tidak boleh dilakukan jika reservasi itu tidak

dibenarkan oleh Perjanjian tersebut, atau apabila Perjanjian memperuntukkan

reservasi tertentu sahaja yang boleh dilakukan, atau apabila reservasi yang

dilakukan bertentangan dengan objektif dan tujuan Perjanjian. Ujian bagi

menentukan sama ada reservasi itu bertentangan dengan objektif dan tujuan

Perjanjian pula sangat subjektif dan biasanya bergantung kepada tafsiran yang

dilakukan oleh Jawatankuasa Perjanjian.

Merujuk kepada tafsiran Jawatankuasa CEDAW, “kesamarataan gender” diwajibkan

dalam setiap perkara tanpa pengecualian. Sebarang perbezaan hak dikira sebagai

satu bentuk diskriminasi terhadap kaum wanita.

Page 5: Hormati Reservasi CEDAW...Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada kemajuan langsung dalam melindungi dan menegakkan hak wanita, sekaligus memburukkan imej

Hormati Reservasi CEDAW | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Tafsiran ini sangat berbeza dengan Islam, di mana dalam hukum-hukum tertentu,

wujud perbezaan hak serta tanggungjawab antara lelaki dan wanita. Perbezaan ini

tidak dikira sebagai diskriminasi kerana tujuannya adalah untuk melindungi wanita,

iaitu seiring dengan objektif dan tujuan CEDAW.

Disebabkan oleh perbezaan tafsiran ini, banyak negara Islam seperti Arab Saudi,

Libya, Bangladesh, Mesir dan Iraq memasukkan reservasi terhadap Artikel 16

CEDAW kerana peruntukan tersebut menuntut agar hak sama rata perlu diberikan

kepada wanita dalam perkahwinan dan hubungan kekeluargaan. Jika reservasi tidak

dimasukkan, Negara Pihak perlu menukar undang-undang untuk mengharamkan

poligami, menggugurkan hak wali, memberikan hak kepada wanita untuk

melafazkan talak dan membahagikan harta pusaka secara sama rata.

Walaupun reservasi ini dikritik sebagai bertentangan dengan objektif dan tujuan

CEDAW, Jawatankuasa CEDAW tidak memiliki kuasa akhir untuk menentukan sama

ada sesuatu reservasi yang dimasukkan adalah tidak selari dengan objektif dan

tujuan Konvensyen. Bahkan, Jawatankuasa juga tidak mempunyai kuasa untuk

mengisytiharkan sesuatu reservasi itu sebagai batal dan tidak sah (null and void).

Namun begitu, hak Malaysia untuk melakukan reservasi seolah-olah tidak dihormati.

Tekanan demi tekanan yang diberikan memberikan persepsi bahawa keengganan

Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada kemajuan

langsung dalam melindungi dan menegakkan hak wanita, sekaligus memburukkan

imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tekanan untuk Menggugurkan Reservasi CEDAW

Jawatankuasa CEDAW

Ketika Sesi ke-69 Jawatankuasa CEDAW yang berlangsung pada 20 Februari 2018,

Jawatankuasa CEDAW telah mengkaji dan menimbang laporan berkala ketiga

hingga kelima Malaysia tentang kemajuannya dalam pelaksanaan CEDAW.

Sepanjang dialog berlangsung, Jawatankuasa CEDAW telah mengkritik prestasi hak

asasi manusia di Malaysia, antara lainnya turut menyentuh kelemahan perundangan

sedia ada, diskriminasi terhadap transgender, hak penjagaan anak, pendidikan seks,

perwarisan, poligami dan amalan berkhitan bagi kanak-kanak perempuan (FGM).

Malaysia telah mengalami situasi yang sukar sepanjang proses dialog berlangsung.

Sebagai contoh, Jawatankuasa CEDAW mempersoalkan tindakan yang telah

dilakukan kerajaan bagi memastikan undang-undang perwarisan tidak

mendiskriminasi wanita. Jawatankuasa turut menekan wakil kerajaan tentang sebab

kerajaan tidak boleh berganjak daripada undang-undang Islam berkaitan perwarisan

apabila realiti hari ini wanita juga perlu menanggung keluarga.

Page 6: Hormati Reservasi CEDAW...Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada kemajuan langsung dalam melindungi dan menegakkan hak wanita, sekaligus memburukkan imej

Hormati Reservasi CEDAW | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Berhubung dengan reservasi yang telah dilakukan Malaysia, Jawatankuasa sekali

lagi telah menyarankan dalam Pemerhatian Akhir (Concluding Observations) agar

kerajaan menggugurkan semua reservasi terhadap kandungan CEDAW bagi

menunjukkan komitmen penuh kerajaan dalam menghapuskan semua jenis

diskriminasi terhadap wanita.

Desakan ini dipercayai akan berterusan pada setiap kali sesi penilaian sehinggalah

Malaysia akur untuk menggugurkan semua reservasi. Jawatankuasa tidak akan

berhenti mempersoalkan kenapa tiada tindakan diambil untuk menggugurkan

reservasi sebagaimana cadangan yang diberikan oleh Jawatankuasa.

Hal ini dilihat sebagai tidak menghormati pilihan sah yang dibuat oleh sesebuah

negara yang berdaulat. Tidak hairanlah apabila banyak negara Islam melihat

CEDAW dan Konvensyen Antarabangsa yang lain sebagai satu alat yang digunakan

oleh Barat untuk mengubah norma budaya dan memusnahkan masyarakat

beragama.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Pada masa yang sama, NGO juga diberi peluang untuk menghantar laporan

alternatif bagi mengetengahkan kelompongan yang wujud dalam laporan kerajaan

serta membekalkan maklumat berkaitan isu-isu pelanggaran hak wanita khususnya

yang melibatkan agensi penguatkuasa kerajaan. NGO juga berpeluang untuk

mengambil bahagian dalam Sesi Penilaian Jawatankuasa CEDAW dan pre-session

working group bagi memberikan maklumat secara lisan.

Dalam laporan alternatif yang disediakan bagi sesi Penilaian yang ke-69, gabungan

NGO yang dikoordinasi oleh Women’s Aid Organisation (WAO) dan Joint Action

Group for Gender Equality (JAG) telah mengkritik Kerajaan yang tidak menyatakan

kehendak untuk menggugurkan reservasi sedia ada. Laporan tersebut turut

menyelar Kerajaan yang berterusan menjustifikasikan reservasi tersebut sebagai

kontekstual dan termasuk dalam skop undang-undang Islam.

Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI)

SUHAKAM sebagai salah satu pihak berkepentingan turut menyertai Sesi ke-69

Jawatankuasa CEDAW dengan membentangkan maklumat khusus secara lisan

berkenaan Malaysia. Antara isu yang dibentangkan SUHAKAM untuk pertimbangan

Jawatankuasa adalah mengenai undang-undang Kesamarataan Gender, pindaan

terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

mengenai penukaran agama anak secara sepihak dan diskriminasi terhadap

golongan transgender.

Page 7: Hormati Reservasi CEDAW...Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada kemajuan langsung dalam melindungi dan menegakkan hak wanita, sekaligus memburukkan imej

Hormati Reservasi CEDAW | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, SUHAKAM beranggapan bahawa terdapat

penekanan yang berlebihan oleh delegasi Kerajaan tentang agama dalam menjawab

soalan-soalan yang ditanyakan semasa sesi tersebut. SUHAKAM juga telah

mencadangkan agar Malaysia menggugurkan reservasi dalam semua instrumen

yang diratifikasi oleh Malaysia termasuk CEDAW dalam laporan yang disediakan

bagi tujuan Semakan Berkala Sejagat (UPR) Malaysia yang Ketiga.

Penutup

Walaupun terdapat komen-komen yang sah dan relevan telah dibuat oleh pihak-

pihak yang menentang reservasi terhadap CEDAW, perbuatan mendesak Malaysia

untuk menggugurkan semua reservasi adalah keterlaluan memandangkan reservasi

yang dibuat terhadap Artikel 16 adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip Syariah

yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Oleh itu, beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan adalah sesi dialog antara

Jawatankuasa CEDAW dan wakil negara-negara Islam perlu dilakukan secara suci

hati (good faith) bagi memastikan bahawa Jawatankuasa mendapat kefahaman

yang betul tentang sifat undang-undang Islam yang tersendiri. Keberjayaan sesi

dialog ini akan bergantung kepada kesediaan Jawatankuasa CEDAW untuk

mengguna pakai pendekatan yang lebih liberal dalam menafsirkan konsep

“kesamarataan” agar negara-negara Islam masih boleh menjayakan agenda

CEDAW dengan mematuhi hukum-hakam Islam.

Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa juga boleh mengguna pakai doktrin “margin of

appreciation” seperti yang dipraktiskan oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah

(European Court of Human Rights). Doktrin ini membenarkan negara untuk

membuat beberapa kompromi di antara aspirasi konvensyen dan realiti yang dialami

oleh Negara Pihak kepada Perjanjian.

Namun begitu, penilaian berat sebelah seperti yang berlaku pada hari ini akan

berterusan sekiranya tokoh-tokoh yang berada dalam Jawatankuasa CEDAW, NGO

Hak Asasi Wanita dan SUHAKAM terus bersikap prejudis dengan hukum Islam

sehingga enggan memahami tujuan pensyariatan setiap hukum yang tidak

bertentang dengan objektif dan tujuan Konvensyen.

Page 8: Hormati Reservasi CEDAW...Kerajaan Malaysia menggugurkan reservasi menunjukkan Malaysia tiada kemajuan langsung dalam melindungi dan menegakkan hak wanita, sekaligus memburukkan imej