hsl 330

download hsl 330

of 14

Transcript of hsl 330

  • 8/2/2019 hsl 330

    1/14

    1

    Pengenalan.

    Perang Dunia Pertama yang bermula pada Ogos 1914 ekoran daripada peristiwa pembunuhan

    Frank Archduke di Sarajevo oleh nasionalis Serb pada 28 Jun 1914 bukan sahaja dikenang

    sebagai suatu peperangan terbesar di dalam sejarah peradaban Eropah moden tetapi juga

    merupakan suatu detik di mana kuasa-kuasa Eropah yang selama ini telah cuba untuk

    mengekalkan keamanan Eropah telah dipaksakan oleh keadaan semasa Eropah yang akhirnya

    menyebabkan negara-negara Eropah terperangkap di dalam peperangan sesama mereka.1

    Namun begitu, dalam mengkaji peperangan terbesar dalam kalangan manusia itu( Perang

    Dunia Pertama 1914-1918) yang melibatkan dua blok perikatan iaitu British, Perancis, Rusia

    dan Amerika Syarikat dalam kuasa berikat dan Jerman , Austria-Hungary dan Turki dalam

    gabungan kuasa tengah ini , para sarjana lazimnya menganggap bahawa faktor pembunuhan

    Franz Archduke Ferdinand itu adalah faktor penyebab kepada pencetusan perang dunia

    pertama.2

    Di samping itu, sebahagian sejarawan turut mengemukakan persoalan tentang

    imperialisme , perlumbaan senjata dan sebagainya sebagai suatu alasan yang mewajarkan

    peristiwa perang dunia pertama ini tercetus. Namun begitu, dalam mengemukakan sebab

    musabab tercetusnya perang dunia pertama, terdapat suatu teori baru yang mengatakan

    peristiwa 5 Oktober 1908 yang merupakan tindakan khianat oleh Austria-Hungary

    merupakan asal permasalahan di benua Eropah sehingga menimbulkan ketegangan dalam

    kalangan kuasa besar Eropah yang akhirnya menyebabkan adanya unsur-unsur ke arah

    peperangan dalam tempoh jangka panjang.3Oleh itu, dalam penulisan ini, kita akan cuba

    untuk menilai kan tentang isu 5 Oktober 1908 ini sebagai suatu asas penting dalam

    membahaskan tentang sebab musabab tentang pencetusan perang dunia pertama itu sendiri.

    1Richard F Hamilton dan Holger H. Herwig, (2003), World War: Definitions and Causes, dalam The Origin Of

    The World War 1, diselenggarakan oleh Richard F Hamilton dan Holger H. Herwig, Cambridge: Cambridge

    University Press, hlm 22

    Ibid3Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1908: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dalam Journal

    Akademika Jilid 78, Bangi: penerbitan universiti kebangsaan Malaysia. Hlm 47

  • 8/2/2019 hsl 330

    2/14

    2

    Tetapi, esei secara asasinya mengakui bahawa isu 5 Oktober 1908 turut menjadi asas kepada

    berlakunya perang dunia pertama itu sendiri.

    Latar belakang Isu Bosnia

    Isu lima Oktober 1908 adalah suatu isu yang melibatkan tindak AustriaHungary yang telah

    mengkhianati kongres Berlin 1878 yang tidak membenarkan wilayah Bosnia-Herzegovina

    berada di bawah kekuasaan langsung empayar Austria-Hungary.4Dalam isu ini, Austria

    Hungary sebenarnya tidak dibenarkan sama sekali untuk menjadikan wilayah ini sebagai

    wilayah hak milik kekal kerajaan Austria kerana mengikut persetiaan Berlin pada tahun

    1878, Austria-Hungary hanya diberikan hak untuk menjaga wilayah ini dan Austria hanyalah

    berfungsi untuk menjaga keadaan wilayah ini sehingga keamanan dapat dipulihkan.5

    Ketetapan ini diambil oleh Kongres Berlin 1878 kerana pihak Turki sebagai penguasa di

    wilayah Bosnia telah gagal dalam mengawal pemberontakan di wilayahnya antara tahun

    1875-1878.6

    Tindakan ini juga dianggap sebagai suatu hukuman ke atas kegagalan menjaga

    keamanan wilayah Bosnia serta suatu hukuman ke atas pihak yang kalah dalam peperangan

    sebelumnya pada tahun 1877 yang melibatkan Turki dan Rusia7. Secara praktikalnya

    Austria- Hungary hanyalah berfungsi sebagai penaung wilayah Bosnia -Herzegovina tetapi

    secara teorinya wilayah ini adalah suatu kawasan yang berada dalam taklukan empayar Turki

    Uthmaniyah dan berada di dalam kedaulatan Sultan. Dalam isu ini , pihak Austria

    sememangnya telah didapati bersalah kerana tindakannya boleh menyebabkan

    ketidakseimbangan dalam hubungannya dengan pihak-pihak lain yang turut mempunyai

    4Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1908: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dalam Journal

    Akademika Jilid 78, Bangi: penerbitan universiti kebangsaan Malaysia. Hlm 485Ibid

    6

    Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1875-1878: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dalam JournalJebat Jilid 7, Bangi: penerbitan universiti kebangsaan Malaysia. Hlm 407Ibid

  • 8/2/2019 hsl 330

    3/14

    3

    kepentingan di kawasan Balkan seperti Rusia, Turki dan Serbia.8

    Tindakan Austria

    Hungary juga sebenarnya turut membawa kepada ketegangan yang lebih besar yang boleh

    mewujudkan keadaan yang akan membawa kuasa-kuasa Eropah untuk berperang bagi

    menjaga kepentingan masing-masing. Tambahan pula, tindakan Austria itu juga tidak

    mendapat restu daripada kuasa-kuasa Eropah lain dan pastinya pihak lain tersebut seperti

    Britain dan Perancis akan melabelkan kuasa Austria-Hungary sebagai ancaman ke atas

    kestabilan Eropah. Bagi Jerman pula, mereka bersetuju terhadap tindakan terhadap Bosnia

    oleh sekutunya atas dasar bahawa mereka adalah sekutu kepada Austria-Hungary sejak

    pembentukan ikatan tiga maharaja 1872 sungguhpun pada awalnya Jerman berada dalam

    dilema di dalam dasar luarnya untuk memberikan sokongan kepada Kerajaan Austria-

    Hungary di dalam isu ini.9

    Bagi Serbia , ini adalah suatu ancaman kepada kehendak

    politiknya ke atas Balkan khususnya bagi cita-cita pembentukan Slav raya itu sendiri.

    Reaksireaksi yang pelbagai ini telah menunjukkan bahawa terdapat sebahagian negara

    negara merestui tindakan Austria-Hungary di Bosnia dan terdapat negara yang menentang

    hasrat kuasa Austria Hungary di Balkan . Kesannya, bagi pihak yang bersetuju, mereka

    merasakan bahawa ini adalah kemenangan bagi kuasa itu dalam perebutan kepentingan di

    Balkan lalu seboleh-bolehnya cuba untuk mempertahankan hak mereka daripada disekat .

    Tetapi bagi negara yang menentang seperti Serbia , ini adalah suatu yang amat malang dan

    menyebabkan kuasa yang tidak berpuas hati menyimpan dendam terhadap tindakan Austria-

    Hungary yang disokong sekutunya Jerman di dalam isu Bosnia 1908 ini serta membuat

    tindak balas negatif terhadap pengkhianatan tersebut yang akhirnya dalam tempoh jangka

    8Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1908: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dalam Journal Akademika

    Jilid 78, Bangi: penerbitan universiti kebangsaan Malaysia. Hlm 489

    Immanuel Geist(1972), The Origins Of First The World War 1, Dalam The Origins Of The First World War:Great Power Rivalry And German War Aims. Diselenggarakan oleh Koch, London: Mac Millan Publishing LTD,

    hlm 80

  • 8/2/2019 hsl 330

    4/14

    4

    masa panjang negara-negara terbabit menyertai peperangan bagi melunaskan perasaan tidak

    puas hati mereka dalam isu ini.10

    Krisis Bosnia 1908: Pergeseran Serbia dan Austria-Hungary dalam pencetusan Perang

    Dunia Pertama.

    Tindak tanduk pihak Serbia secara teorinya adalah mereka bersetuju dengan tindakan

    AustriaHungary dalam pengambilan wilayah Bosnia pada tahun 1908. Tetapi, bagi pihak

    Serbia pula, mereka secara diam-diam telah menganggap bahawa pengkhianatan terhadap

    Bosnia itu sebagai sesuatu yang melampau dan tidak dapat diterima oleh golongan Slav yang

    berusaha untuk menubuhkan negara Slav besar yang merangkumi hampir sebahagian besar

    negara-negara di Balkan seperti Croatia, Montenegro, Kosovo dan sebagainya.11

    Selain itu,

    bagi Serbia juga, tindakan AustriaHungary ini bukan sahaja melemahkan perjuangan

    nasionalisme Slav Raya oleh Serbia, tetapi juga dianggap suatu bentuk imperialisme Austria

    terhadap wilayah Bosnia yang sememangnya adalah wilayah majoriti penduduk Slav di

    Balkan kerana status wilayah Bosnia- Herzegovina sebelum pengisytiharan 5 Oktober 1908

    adalah kawasan jagaan semata-mata12

    . Tetapi , melalui tindakan pemerintahan langsung

    Austria-Hungary , secara asasnya mengikut tafsiran bangsa Slav , adalah suatu yang tidak

    wajar dan dalam teori imperialisme, apabila wujudnya imperialisme, sudah tentu akan

    mewujudkan semangat untuk menghadapi asakan penjajahan tersebut atau lebih mudah

    disebut sebagai nasionalisme . 13 Oleh itu, tindakan Serbia sebagai tanda tidak puas hati

    terhadap isu tersebut adalah dengan menggalakkan pergerakan nasionalisme Slav di dalam

    wilayah Balkan yang terletak dalam pemerintahan Austria-Hungary dengan harapan agar

    10Z.A.B Zeman, (1988) The Balkans And The Coming Of The War , dalam The Coming Of the First World war ,

    diselenggarakan oleh R.J.W Evans dan Harmutt Pogge Van Strandmand, New York: Oxford University Press.hlm

    2011

    Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1908: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dalam Journal

    Akademika Jilid 78, Bangi: penerbitan universiti kebangsaan Malaysia. hlm 5612

    Ibid13Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1908: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dalam Journal

    Akademika Jilid 7, Bangi: penerbitan universiti kebangsaan Malaysia. Hlm 56

  • 8/2/2019 hsl 330

    5/14

    5

    dapat membebaskan wilayah Slav di dalam pemerintahan AustriaHungary serta menyatukan

    wilayahwilayah tersebut dalam polisi kesatuan Slav selatan . Mereka (Serbia) telah

    bertindak dengan mewujudkan suatu tindakan berunsur subversif dalam empayar Austria-

    Hungary dengan cuba menanamkan perasaan nasionalisme bangsa Slav di wilayah Bosnia

    sungguhpun ia akan mewujudkan permusuhan dengan Austria dan boleh menyebabkan

    peperangan terbuka antara kedua-dua belah pihak .14

    Penduduk-penduduk di wilayah itu telah

    dihasut untuk menimbulkan masalah dalam kerajaan monarki Austria serta membuat anarki

    yang boleh menghancurkan keutuhan kerajaan Austria.15

    Kesan tindakan Serbia secara

    jangka panjang akhirnya telah mewujudkan golongan radikal Nasionalis Serb yang cuba

    untuk melakukan apa sahaja tindakan agar wilayah Slav yang berada dalam kawalan kuasa

    Austria dapat dibebaskan dan disatukan di bawah kedaulatan Raja Serbia. Pada tempoh inilah

    kita melihat golongan radikal seperti Principe yang bertanggungjawab dalam pembunuhan

    Archduke Ferdinand hasil daripada benih yang diwujudkan oleh Serbia ke atas semangat

    nasionalisme Serbia yang digerakkan oleh Serbia itu sendiri.16

    Akhirnya, telah tercetus lah

    peristiwa pembunuhan Putera mahkota Austria-Hungary pada 28 Jun 1914 yang menjadi

    faktor serta-merta yang mempercepatkan berlakunya perang dunia pertama pada tahun 1914

    sehingga tahun 1918.

    Serbia melalui tindakannya terhadap kegiatan aktiviti nasionalisme Slav telah

    ditanggapi antara faktor yang menyebabkan negara-negara Eropah terjerumus dalam perang

    dunia pertama. Namun begitu, dalam memperkatakan tentang isu ini, peranan Austria juga

    adalah penting dalam membahaskan isu ini. Hal yang demikian kerana, bagi pihak Austria-

    Hungary, kegiatan nasionalisme Slav telah memberikan masalah besar ke atas keutuhan

    14Ibid

    15Z.A.B Zeman, (1988) The Balkans And The Coming Of The War, dalam The Coming Of the First World war ,

    diselenggarakan oleh R.J.W Evans dan Harmutt Pogge Van Strandmand, New York: Oxford University Press.hlm2116

    Ibid

  • 8/2/2019 hsl 330

    6/14

    6

    empayar nya. Dalam menangani isu, kita harus menyedari bahawa berbanding kuasa lain di

    Eropah barat yang bersifat Homogen dari segi bilangan suku kaumnya seperti Perancis dan

    Britain, keadaan sebaliknya berlaku di Austria Hungary iaitu di dalam empayar Austria,

    penduduknya terdiri daripada dua belas kaum utama seperti Magyar, Pole , Slav, Jerman dan

    sebagainya.17

    Hal ini telah menyebabkan negara Austria-Hungary mudah terjerumus ke arah

    perpecahan dan ini adalah sesuatu yang bahaya kepada prestij Austria sebagai suatu kuasa

    besar. Oleh itu, pergerakan nasionalisme bangsa Slav selatan adalah ancaman yang sangat

    bahaya kepada keutuhan Austria-Hungary dan langkah mengatasinya mestilah diambil. Jika

    merujuk kepada tindak tanduknya terhadap Bosnia melalui pengambilalihan Bosnia secara

    total daripada kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1908 , telah mendedahkan Austria

    Hungary kepada masalah nasionalisme di Bosnia yang melibatkan Serbia sebagai dalang

    utamanya.18

    Pihak Austria Hungary sebagai menunaikan peranannya telah mula

    menjalankan kegiatan menentang gerakan nasionalisme di wilayah Slav yang diperintah oleh

    Austria. Antara pada tahun 1909, pihak berkuasa Austria-Hungary telah melakukan

    penangkapan ke atas lima puluh tiga orang pihak penentang serta meletakkan mereka di

    dalam penjara dan bagi Austria, mereka yakin bahawa tindakan ini akan dapat melemahkan

    fahaman nasionalisme Slav di wilayah Austria dan Austria juga berasa bahawa Serbia adalah

    dalang kepada gerakan nasionalisme tersebut.19

    Oleh sebab itulah apabila berlakunya,

    peristiwa pembunuhan Sir Archduke Ferdinand pada 28 Jun 1914, Austria-Hungary terus

    menuding jari kepada Serbia sungguhpun belum dapat dibuktikan penglibatan langsung

    Serbia dalam pembunuhan tersebut dan mengambil kesempatan ini bagi menghapuskan

    17Z.A.B Zeman, (1988) The Balkans And The Coming Of The War , dalam The Coming Of the First World War,

    diselenggarakan oleh R.J.W Evans dan Harmutt Pogge Van Strandmand, New York: Oxford University Press.hlm

    26

    18

    ibid19Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1908: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dalam Journal

    Akademika Jilid 78, Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia hlm 56

  • 8/2/2019 hsl 330

    7/14

    7

    penyumbang utama kegiatan nasionalisme bangsa Slav di wilayahnya iaitu Serbia.20

    Dengan

    menggunakan tuntutan yang tidak dapat dipenuhi oleh Serbia seperti menghantar polis

    Austria ke dalam wilayah Serbia bagi menyiasat peristiwa pembunuhan tersebut, Austria

    terus mengisytiharkan perang ke atas Serbia pada 30 Julai 1914 akibat kegagalan kerajaan

    Serbia dalam memenuhi tuntutan tersebut lantas mewujudkan perang dunia pertama yang

    turut disertai pihak-pihak yang menyebelahi mereka seperti Jerman dan Russia.21

    Krisis Bosnia 1908: Persengketaan Rusia dan AustraiaHungary

    Perang Dunia pertama yang cuba dikaitkan dengan salah satu faktor yang berkaitan

    dengan keadaan di Bosnia tahun 1908 adalah penglibatan Rusia dalam menghadapi krisis ini

    bersama-sama dengan Serbia yang merupakan sekutu utama bagi Rusia di rantau Balkan.

    Bagi Rusia, mereka secara dasarnya tidak berpuas hati terhadap isu penguasaan Bosnia oleh

    Kerajaan Hapsburg pada 5 Oktober 1908.22

    Bagi Rusia, salah satu ketidakpuasan hati mereka

    adalah kerana mereka telah gagal dalam usaha mereka membantu Serbia dalam menghadapi

    kerenah Austria-Hungry dalam isu ini. Tindakan ini menyebabkan Rusia berasa seperti

    dikecam oleh kuasa-kuasa lain kerana maruah Rusia sebagai pelindung utama negara-negara

    di kawasan Balkan telah dicalarkan oleh tindakan Austria-Hungary di Balkan23

    . Sejak kurun

    ke 19, Rusia sememangnya inginkan agar wilayah-wilayah Balkan kekal bebas daripada

    penguasaan Austria Hungary kerana Rusia sangat bergantung pada kawasan perairan di

    sekitar Balkan bagi kepentingan ekonominya di Asia tengah. Pihak Russia hampir berjaya

    melakukannya pada tahun 1877 apabila mengisytiharkan perang terhadap Turki atas alasan

    melindungi bangsa Kristian Slav daripada penindasan Turki yang beragama Islam yang

    sedang berusaha untuk mengawal pemberontakan di Balkan khususnya di Bosnia dan

    20Thompson, (1973) Eropah Sejak Napoleon Jilid 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 93

    21Ibid

    22

    Sidney Bradshaw Fay (1970), The Origins Of The World War, dalam The Outbreak Of The World War: Who orWhat Was Responsible?, diselenggarakan oleh Dwight.E. Lee, Massachutes: D.C Heath And Compony, hlm 18.23

    Ibid

  • 8/2/2019 hsl 330

    8/14

    8

    Bulgaria.24

    Kekalahan Turki telah menyebabkan Perjanjian San Stefano yang mengiktiraf

    kemerdekaan Serbia dan ini adalah suatu kejayaan peribadi Rusia dalam meluaskan

    pengaruhnya di Balkan. Namun begitu, tindakan kuasa besar lain seperti Austria, Britain ,

    Perancis dan sebagainya terhadap Rusia melalui Kongres Berlin Pada Mei 1878 telah

    mengecewakan Rusia kerana hasratnya telah disekat oleh kuasa-kuasa besar Eropah.25

    Selanjutnya, dalam peristiwa tahun 1908. Keadaan yang hampir sama turut dihadapi oleh

    pihak Rusia di mana dengan pengambilan Bosnia ke dalam empayar Hapsburg, hasrat Rusia

    untuk mendominasi Balkan dengan menggunakan pengaruh Serbia tidak dapat dicapai serta

    mengurangkan pengaruhnya sebagai pembela nasib negara-negara Balkan. 26 Tambah

    memeritkan, Kerajaan Rusia di bawah Tsar Nicholas iii ( 1894-1917) juga tidak dapat

    membantu Serbia yang meminta bantuan dari segi ketenteraan dalam melawan kehendak

    Austria terhadap Bosnia. Hal ini disebabkan oleh kekalahannya dalam Perang Rusia-Jepun

    1905 dan Rusia masih belum pulih daripada kekalahan tersebut. Tindakan membantu Serbia

    pada tahun 1908 akan menyebabkan kedudukan Rusia menjadi semakin lemah lantas

    menggugat kekuatan ekonomi dan politik dalaman Rusia secara langsung. Selain itu , Hal

    ini telah menyebabkan Rusia sengaja membiarkan Serbia untuk menjalankan aktiviti

    nasionalisme Slav rayanya bagi mengimbangi pengaruh Austria di kawasan Balkan.27

    Dasar

    Rusia di bawah kuasa Nicholas iii (1894-1917) terhadap Serbia ini telah menyebabkan

    Serbia lebih berani dalam menganjurkan kegiatan Slav Rayanya kerana beranggapan bahawa

    pada masa hadapan, sekiranya pergeseran dengan Francis Joseph (1830-1916) dan empayar

    bangsa Jerman - Magyar berada pada tahap yang lebih serius, Rusia akan memberikan

    24Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1875-1878: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dalam Journal

    Jebat Jilid 78, Bangi: penerbitan universiti kebangsaan Malaysia. Hlm 3925

    Ibid26

    D.W . Spring (1988) Russia And The Coming Of The War, dalam The Coming Of The First World War,

    diselenggarakan oleh R.J.W Evans dan Harmutt Pogge Van Strandmand, New York: Oxford University Press,

    hlm 60

    27Ibid

  • 8/2/2019 hsl 330

    9/14

    9

    pertolongan yang akhirnya telah dibuktikan pada Ogos 1914 apabila Rusia menyertai

    peperangan kerana memberikan bantuan kepada Kerajaan Slav ( Serbia) bagi menghadapi

    musuhnya sehingga mewujudkan peperangan yang berlanjutan sehingga tahun 1918.28

    Selain itu, Bagi Rusia sendiri, mereka bukan sahaja marah kepada Austria - Hungary,

    tetapi juga menyalahkan Jerman yang menggalakkan Austria-Hungary untuk bertindak di

    Bosnia. Hal ini telah diterangkan oleh Fay yang merujuk kepada pandangan Tsar Nicholas

    yang menyatakan bahawa:

    The situation is frightful, because Russia unprepared for war. And Russia defeat would be

    ruin the Slavdom. The Tsar feeling that a conflict with Germandom is inevitable in the future

    and that one must prepare for this.29

    Kesannya, apabila berlakunya cubaan untuk menghapuskan Serbia oleh Austria pada Ogos

    1914, Rusia telah bertindak dengan cuba mempertahankan Serbia daripada diancam oleh

    Austria serta mengerahkan tenteranya bagi tujuan tersebut.

    30

    Tindak tanduk Rusia ini pula

    dibalas dengan reaksi Jerman selaku sekutu Austria dengan mengisytiharkan perang bagi

    melindungi Austria Hungary pada 3 Ogos 1914. Hal ini dapat ditafsirkan bahawa Rusia

    yang sememangnya tidak berpuas hati terhadap Austria dalam Isu ini telah cuba untuk

    mencari cara lain bagi mengawal kelemahan dasarnya dalam isu Balkan dengan menjadikan

    Serbia dan cita cita Slav rayanya sebagai senjata dalam menentang pihak Austria.31

    Di

    samping itu, dasar luar Tsar Nicholas juga beranggapan bahawa mereka boleh juga

    melunaskan ketidakpuasan hati terhadap Jerman dan yakin dengan sokongan Kerajaan

    28Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1908: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dalam Journal

    Akademika Jilid 78, Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia hlm 5729

    Sidney Bradshaw Fay (1965) , The Origins Of The World War, New Delhi: Eurasia Publishing House (PVT) Ltd.

    Hlm 38530

    Ibid31

    Bernadott.E.Schmit(1970), The Origins Of The First World War, dalam The Outbreak Of The World War:Who or What Was Responsible?, diselenggarakan oleh Dwight.E. Lee, Massachutes: D.C Heath And Company,

    hlm 71

  • 8/2/2019 hsl 330

    10/14

    10

    Perancis dan Britain melalui Pakatan Bertiga 1903, Rusia akan mampu mengatasi asakan

    Kerajaan Jerman di bawah kuasa Wilhelm ii (1888-1917) Selanjutnya, apabila terdapat

    cubaan daripada Austria untuk menghapuskan Serbia dengan menggerakkan tentera, Rusia

    mula melihat ini sebagai suatu peluang bagi memulihkan pengaruhnya sebagai pembela

    negara Balkan yang sudah tercalar sejak tahun 1908 serta boleh melunaskan dendam

    kesumat Rusia di atas pengkhianatan Austria Hungary dan sekutunya Jerman dengan

    melakukan tindakan yang sama seperti yang dilakukan oleh Austria-Hungary dalam

    menangani isu tersebut. Sama ada lambat atau cepat kedua-dua pihak tetap akan berperang di

    dalam isu ini. Reaksi Rusia secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya perang

    dunia pertama.32

    Krisis Bosnia 1908: Jerman sebagai penggalak kepada tercetusnya Perang Dunia

    pertama.

    Jerman sebagai suatu kuasa baru dalam kancah politik Eropah, sungguhpun tidak

    memiliki sebarang kepentingan di dalam isu imperialisme Bosnia oleh pihak Austria-

    Hungary, tetapi, peranan Jerman sebagai penggalak sekutunya di dalam menakluki dan

    memerintah secara terus ( direct rule) di Bosnia pada tahun 1908 adalah faktor penggalak

    kepada pencetusan perang dunia pertama yang pada mulanya melibatkan kuasa Austria-

    Hungary dan Serbia telah merebak kepada konflik yang melibatkan hampir tujuh buah kuasa

    besar Eropah pada tahun 1914 sehingga tahun 1918.33 Dalam isu ini, Jerman sememangnya

    bersetuju dengan tindakan Menteri Luar Austria iaitu Baron Aethrental untuk

    mengisytiharkan imperialisme Austria-Hungary di Bosnia Herzegovina sungguhpun Austria

    Hungary telah mengadakan perjanjian Buchleau pada 15 September 1908 dengan Rusia

    32Bernadott.E.Schmit(1970) , The Origins Of The First World War, dalam The Outbreak Of The World War:

    Who or What Was Responsible?, diselenggarakan oleh Dwight.E. Lee, Massachutes: D.C Heath And Company,

    hlm 71

    33Ibid

  • 8/2/2019 hsl 330

    11/14

    11

    melalui menteri luarnya iaitu Alexander Isvalski yang mengandungi butir-butir tentang

    peranan Austria - Hungary dalam memerintah secara terus ( direct rule) wilayah jagaannya

    sebelum ini iaitu Bosnia-Herzegovina. Sebagai suatu pertukaran, Rusia akan dibenarkan

    mengawal Constantinople bagi mencapai cita-citanya di Laut Hitam yang tersekat sejak

    tahun 1856 ekoran Perjanjian Paris antara Rusia dengan kuasa-kuasa Eropah.34

    Sokongan

    Jerman ke atas Austria-Hungary juga adalah sangat berkaitan dengan sentimen Jerman

    terhadap empayar Hapsburg khususnya berkaitan perjanjian perjanjian pertahanan oleh

    Bismarck seperti Liga Tiga Maharaja 1872, Ikatan Dua Maharaja 1879 dan sebagainya.35

    Selain itu, bagi Jerman sendiri, peranan Austria-Hungary dalam menyokong isu Morocco

    1906 telah menyebabkan pihak Jerman lebih rela menyokong kerajaan Hapsburg berbanding

    Kerajaan Romanov Rusia.36

    Tambahan pula, Jerman sebenarnya mengharapkan Austria-

    Hungary sebagai rakan rapatnya di Eropah bersama dengan Kerajaan Turki kerana Jerman

    tidak mempunyai sekutu di sebelah barat Eropah dan juga di sebelah timur iaitu Rusia yang

    telah mengadakan perikatan bertiga pada tahun 1903 yang merupakan suatu perjanjian

    pertahanan antara ketiga tiga kuasa tersebut.37

    perjanjian perikatan bertiga itu jelas

    mengepung Jerman daripada arah timur dan barat Eropah. Lantas hubungan baik dengan

    kuasa Austria-Hungary menjadi lebih penting agar dapat mengimbangi kekuatan kuasa

    berikat di Eropah. Kesannya, Jerman telah menyokong Austria-Hungary dalam krisis ini.

    Malah, Canselor Bulow iaitu Canselor Reich Jerman telah memberikan amaran bahawa Rusia

    akan menghadapi serangan daripada kuasa tentera Jerman jika pihak Rusia cuba untuk

    berperang dengan Austria-Hungary dalam menyelesaikan isu Bosnia ini.38

    34Sidney Bradshaw Fay (1965) , The Origins Of The World War, New Delhi: Eurasia Publishing House (PVT) Ltd.

    Hlm35

    Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1908: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dalam Journal

    Akademika Jilid 78, Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia hlm 5136

    Ibid37Thompson, (1973) Eropah Sejak Napoleon Jilid 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 98

    38Ibid

  • 8/2/2019 hsl 330

    12/14

    12

    Tindakan Jerman ini telah menimbulkan perasaan marah Kerajaan Rusia kerana bagi

    Rusia, Jerman telah menyebabkan sekutunya bertindak sesuka hati di dalam menghadapi

    krisis ini. Selain itu, Jerman juga secara tidak langsung telah menimbulkan juga permusuhan

    baru dengan pihak Rusia dan Jerman di dalam jangka masa panjang telah terpaksa berperang

    dengan Rusia atas dasar membantu Austria-Hungary yang cuba menghapuskan Serbia.

    Jerman di bawah kuasa canselor baru iaitu Bethman Holwegg ( 1909-1917) telah bertindak

    mengisytiharkan perang ke atas Rusia pada 3 Ogos 1914 kerana perjanjian pertahanan

    dengan Austria-Hungary semasa era Bismarck. Kegagalan Kaiser Wilhelm ii (1888-1917)

    dalam meneruskan polisi Bismarck telah menyebabkan Jerman terperangkap di dalam

    senjata yang diciptanya sendiri iaitu perjanjian pertahanan itu sendiri.39

    Kaitan Jerman

    dalam isu Bosnia 1908 ini dan hubung kait dengan perang dunia pertama ialah isu di Bosnia

    ini telah menyebabkan Jerman semakin aktif di dalam menolong sekutunya di dalam

    menghadapi rasa cemburu Rusia dan Serbia sehingga menjadikan Kerajaan Rusia semakin

    agresif dalam cubaan mengekalkan pengaruhnya di Balkan melalui sekutunya iaitu Serbia.

    Tindakan Bulow yang memberikan amaran kepada Rusia telah menyebabkan Rusia

    menganggap bahawa Jerman ingin menghalang impiannya di Balkan dan menyebabkan Rusia

    juga berdendam dengan Jerman di dalam isu Bosnia tahun 1908. Kesannya , apabila sekutu

    Jerman cuba menghapuskan Serbia , dengan cepat Rusia cuba menghalang tindakan Austria-

    Hungary itu.40

    Akhirnya, Jerman tiada pilihan lain kecuali mengisytiharkan perang kepada

    Rusia sebagai tindakan balas terhadap reaksi Rusia pada berkaitan usaha peperangan Austria

    terhadap Serbia itu pada tahun 1914 yang berasal daripada krisis 1908 sehingga

    menyebabkan perang dunia pertama itu sendiri.41

    39Harmutt Pogge Van Strandmand, (1988) Germany and the coming of War, dalam dalam The Coming Of The

    First World War, diselenggarakan oleh R.J.W Evans dan Harmutt Pogge Van Strandmand, New York: Oxford

    University Press,hlm 9340ibid

    41Ibid, hlm 105

  • 8/2/2019 hsl 330

    13/14

    13

    Kesimpulan

    Perbincangan di dalam penulisan ini telah cuba memberikan suatu faktor baharu di dalam

    kajian tentang punca berlakunya peperangan dunia pertama yang merujuk kepada penaklukan

    atau imperialisme Austria-Hungary ke atas Bosnia Herzegovina pada tahun 1908. Oleh itu,

    penulisan ini telah merumuskan bahawa tindakan Austria-Hungary terhadap tindak tanduk

    nya di wilayah Bosnia telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kuasa-kuasa lain terhadap

    tindak tanduk AustriaHungary di dalam mengendalikan tindak tanduknya di Balkan lantas

    telah menyebabkan perasaan tidak puas hati dan reaksi serta tindak balas negatif kuasa-kuasa

    lain di dalam isu ini yang akhirnya menimbulkan perasaan marah dan dendam yang akhirnya

    mendorong kepada tercetusnya perang dunia pertama pada tahun 1914. Jelaslah, bahawa isu

    penaklukan Bosnia Herzegovina oleh Austria Hungary pada 5 Oktober 1908 ini telah

    melahirkan punca- punca berlakunya perang dunia pertama yang telah memberikan kesan ke

    atas politik, ekonomi dan sosial benua Eropah itu sendiri.

  • 8/2/2019 hsl 330

    14/14

    14

    Bibliografi

    Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1875-1878: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar,

    Dalam Journal Jebat Jilid 7, Bangi: Penerbitan Universiti kebangsaan Malaysia.

    Azlizan Mat Enh, (2010), Krisis Bosnia 1908: Peranan dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar,

    Dalam Journal Akademika Jilid 78, Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Bernadott.E.Schmit (1970) , The Origins Of The First World War, dalam The Outbreak Of

    The World War: Who or What Was Responsible?, diselenggarakan oleh Dwight.E. Lee,

    Massachutes: D.C Heath And Company.

    D.W . Spring (1988) Russia And The Coming Of The War, dalam The Coming Of The First

    World War, diselenggarakan oleh R.J.W Evans dan Harmutt Pogge Van Strandmand, New

    York: Oxford University Press.

    Harmutt Pogge Van Strandmand, (1988) Germany and the coming of War, dalam dalam TheComing Of The First World War , diselenggarakan oleh R.J.W Evans dan Harmutt Pogge

    Van Strandmand, New York: Oxford University Press.

    Immanuel Geist (1972), The Origins Of First The World War 1, Dalam The Origins Of The

    First World War: Great Power Rivalry And German War Aims. Diselenggarakan oleh Koch,

    London: Mac Millan Publishing LTD.

    Richard F Hamilton dan Holger H. Herwig, (2003), World War: Definitions and Causes,

    dalam The Origin Of The World War 1, diselenggarakan oleh Richard F Hamilton dan Holger

    H. Herwig, Cambridge: Cambridge University Press.

    Sidney Bradshaw Fay (1965) , The Origins Of The World War , New Delhi: Eurasia

    Publishing House (PVT) Ltd.

    Thompson, (1973) Eropah Sejak Napoleon Jilid 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Z.A.B Zeman, (1988) The Balkans And The Coming Of The War , dalam The Coming Of the

    First World War , diselenggarakan oleh R.J.W Evans dan Harmutt Pogge Van Strandmand,

    New York: Oxford University Press.