Http

6

Click here to load reader

Transcript of Http

Page 1: Http

http://mashi71.blogspot.com/http://mashi71.blogspot.com/

MATEMATIK TAHUN 2 (TIMBANGAN BERAT)

Video pengajaran Mikro Cikgu Suriah Bt. Arbi  

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Mikro)Tarikh                                       :  27 September 2011Masa                                        :  0700 – 0800Kelas                                        :  2DBilangan pelajar                         :  31 orang

Page 2: Http

Mata Pelajaran                          :  MatematikBidang                                      :  Sukatan dan GeometriTajuk                                        :  Timbangan BeratHasil  pembelajaran                   :  Murid-murid dibimbing untuk:                                                   11.1   Mengenal unit gram dan unit kilogramObjektif pelajaran                      :  Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,                                                        murid-murid dapat :                                                      a) mengenal unit gram dan unit kilogram dengan                                                            memerhatikan senggatan pada alat penimbang.                                                      b) mengenal jisim dalam unit gram dan unitkilogramPengetahuan Sedia Ada            :  1. Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan                                                      dengan timbangan berat (berat, ringan, lebih berat,                                                      lebih ringan)Nilai                                          :  Bekerjasama, yakin diri.Bahan Bantu Mengajar               :  Alat penimbang, sayur-sayuran, sampel makanan.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:                      i.        Set induksi

                     ii.        Aktiviti    :demonstrasi, bersoal jawab – pengunaan bahan bantu           mengajar – penggunaan papan hitam – pengukuhan

                    iii.        Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Pelaksanaan P&P:

Langkah / Isi

Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Langkah 1:

(Penyampaian Isi

Pelajaran)

(10 minit)

1.     Guru mempamerkan dua jenis alat penimbang

bagi unit gram dan unit kilogram.

2.     Murid-murid dibimbing untuk mengenal pasti

objek-objek yang boleh ditimbang menggunakan

alat penimbangntersebut dan menyatakan

sebabnya.

3.     Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan

aktiviti yang dijalankan.

Nilai:

-Yakin diri.

Masa Pelaksanaan aktiviti

Minit 1-4      Guru mempamerkan alat penimbang di hadapan kelas.

     Bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan alat penimbang.

     Guru menerangkan unit yang terdapat pada kedua-dua alat penimbang

tersebut.

     Guru meminta murid menyatakan contoh objek ataupun barangan yang boleh

ditimbang menggunakan alat penimbang yang dipamerkan.

Page 3: Http

Minit 5-10      Guru menunjukkan demontrasi menimbang objek ataupun barangan

menggunakan alat penimbang.

Contoh barangan/ objek yang ditimbang: sayuran, buahan, bekas pensel

guru, beg sekolah murid dan seorang murid lelaki.

     Murid-murid dibimbing untuk menyatakan berat sesuatu barangan / objek.

     Bagi mengukuhkan kefahaman murid, guru menyoal murid berkaitan dengan

aktiviti yang telah dijalankan.

REFLEKSI:KEKUATAN

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah

pertama, penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai dalam langkah 1 mampu menarik

minat murid dan banyak membantu saya menyampaikan isi pelajaran dengan baik.  Bahan bantu

mengajar yang saya guna ialah alat penimbang, buahan dan sayuran mudah mereka jumpai dan

biasa digunakan oleh murid.  Murid-murid begitu teruja melihat bahan-bahan yang yang saya bawa. 

Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka

melihat bahan-bahan seperti sayur hanya dimasak oleh ibu mereka.  Kedua, ketegasan dan

kelantangan suara. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya

membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. 

Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu.

Apabila kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan

murid-murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan

lain.  Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan

membuatkan murid hormat kepada saya.  Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan

kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.  Contohnya, ketika saya mengaju soalan dan

meminta beberapa orang murid untuk menjadi model dalam pengajaran saya.  Soalan-soalan yang

diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat diikuti dengan mudah. 

Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid.  Hal ini sangat

berkaitan dengan tindakan susulan murid.  Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan

keberkesanan pengajaran.

            KELEMAHAN

           

Kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan pengajaran mikro ini ialah strategi

yang saya gunakan pada langkah 1 lebih kepada pemusatan guru.  Contohnya, saya sendiri

melakukan aktiviti menimbang objek menggunakan alat penimbang.  Adalah lebih baik sekiranya

Page 4: Http

saya meminta murid melakukan aktiviti ini manakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan

apa yang telah dilakukan oleh murid.

Seterusnya, teknik penyoalan yang saya gunakan adakalanya mengelirukan murid.  Apabila menyoal

murid sepatutnya saya mengemukakan soalan secara kelas terlebih dahulu sebelum memanggil

nama murid untuk menjawab soalan secara individu.  Hal ini menyebabkan murid kurang bersedia

menjawab soalan guru.  Kelemahan seterusnya dalam p&p saya ialah penggunaan bahasa yang

digunakan ketika menyampaikan isi pelajaran agak tinggi dan kurang sesuai dengan tahap murid

tahun dua.  Contohnya ketika saya menyebut berat sebiji betik.  “Berat sebiji betik lebih kurang 1.4

kg.  Sepatutnya saya menyebut berat betik itu tepat pada nombor bulat tanpa melibatkan nombor

perpuluhan.  Hal ini menyebabkan murid keliru dengan istilah/ bahasa yang digunakan.

            LANGKAH MENGATASI

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan

mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang.  Berdasarkan kelemahan dan kekurangan

dalam tugasan pengajaran mikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada

strategi pemusatan murid.  Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi

menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid.  Strategi yang dirancang hendaklah sesuai

dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah.  Kebolehan guru

mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung

dengan jayanya.

Guru mestilah peka dengan kehendak dan keperluan murid.  Layanan yang diberikan kepada murid

hendaklah adil dan saksama.  Hal ini menyebabkan semua murid terasa dihargai dan minat mereka

belajar terus dapat dipupuk. Selain itu, penambahbaikan harus dibuat dari aspek bahasa dan istilah

yang digunakan dalam penyampaian ilmu.  Di sini saya harus sentiasa berhati-hati dan beringat

tentang istilah yang digunakan harus sesuai dengan tahap kebolehan dan umur murid.  Penggunaan

istilah/ bahasa sangat penting dalam sesi p&p. 

Contoh alat penimbang digital