Http

download Http

of 12

description

Http

Transcript of Http

http://cikthur.blogspot.com/2010/04/konsep-asas-tamadun-islam.htmlKonsep, Definisi, Ciri-ciri dan Objektif Tamadun1.0 TAKRIF TAMADUN ISLAMPerkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Sebenarnya perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa arab yang merupakan kata kerja dan membawa maksud perbuatan membuka Bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana diterbitkan perkataan madani yang merujuk sifat sesuatu yg berkaitan pembangunan pembandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.Perkataan bahasa arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun ialah hadarah yang berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Hadarah juga bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah, daerah atau bahagian ibu kota dan bandar.Bedasarkan perkataan Umran, pula adalah berasal daripada Firman Allah s.w.t. dalam Surah Hud ayat 61 yang membawa maksud Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendakikamu memakmurkannya. Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah abad 14M.Bedasarkan pengertian-pengertian yang dikemukakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Bagaimanapun, konsep ketamadunan yang sering difahami oleh masyarakat hari ini lebih menjurus kepada pekara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Lebih buruk daripada itu, tasawur terhadapp kemajuan penempatan dan kemudahan disempitkan lagi kepada soalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan. Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukanlah digambarkan oleh limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun.Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah. Menurut pandangan Sarjana Islam:-i) Naquib Al Attas: Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummahii) Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan ekonomiBagi pandangan Sarjana Barat pula:- Darcy Riberio: Dalam bukunya The Civilization Process berpendapat bahawa tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran. Clive Bell: Dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun. Karl Wittfogel: Dalam bukunya Approaches to Asian Civilization mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara.Toynbee: Sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi,politik,pengetahuan dan seni.Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh daripada sarjana barat. Ini kerana sarjana barat kurang menekankan unsur keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun. Sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun. Sesungguhnya tamadun Islam itu paling istimewa, mengatasi dan dibezakan daripada tamadun yang lain dalam dua faktor iaitu sumbernya (al-Quran dan as-Sunnah) dan asasnya (akidah, syariat dan akhlak).2.0 KELAHIRAN TAMADUN ISLAM Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun 610M, serentak dengan kelahiran agama Islamdan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul Allah. Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah pada tahun 623M, di sana tertubuhnya sebuah Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda. Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan sebab berkembangnya Tamadun Islam, Tamadun Parsi, Tamadun India, Tamadun Yunani, Tamadun Mesir dan Tamadun Romawi banyak mempengaruhi Tamadun Islam yang baru lahir 3.0 KONSEP ASAS PEMBINAAN TAMADUN ISLAMTamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk juga senibina. Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam. Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis. Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya.3.1 SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAMi) Al-quran Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendakAllah SWT ii) Hadis Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah Dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quraniii) Ijmak,qiyas,istihsan iv) Akal fikiranv) Penemuan baru 3.2 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMAKehidupan yang berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan satu pekara yang penting dalam kehidupan bertamadun. Kemunculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Pekara ini dapat dapat dilihat sendirii kepada peninggalan bangunan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.3.3 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN KEBUDAYAANKebudayaan diertikan sebagai cara hidup. Kebudayaan Islam bererti cara hidup Islam. Kebudayaan Barat adalah cara hidup orang Barat. Kebudayaan Islam adalah cara hidup Islam mengikut apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis Nabi s.a.w. Kemajuan dan pencapaian hidup manusia mempunyai perkaitan dengan jasmani seperti pertanian, perkilangan, perlombongan dan perindustrian. Sistem yang dapat mengatur aktiviti masyarakat ke arah mewujudkan keamanan, keadilan, serta kebenaran yang dapat menegakkan disiplin dalam masyarakat seperti peraturan-peraturan pentadbiran, perundangan, harta benda, dan hal-hal keluarga. Kemajuan hidup juga merupakan kebahagiaan yang berkekalan dengan mengetahui hakikat diri dan alam sekitar, perpindahan ke alam barzakh. Ini adalah juga bersangkutan dengan pegangan dan kepercayaan dalam kewajipan yang telah digariskan oleh Syariat Islam.3.4 PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM1. Memelihara agamaFitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masing-masing, dan tiada paksaan dalam beragama. Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan.2. Memelihara nyawa atau jiwaMenjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Larangan membunuh dan membunuh diri. Firman Allah dalamSurah Al Maidah 5:32 Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya 3. Memelihara akalMengharamkan minuman keras. Firman Allah dalan Surah Al Maidah 5:90 Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk berhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan4. Memelihara maruah dan keturunanMensyariatkan perkahwinan, haramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan, firman Allah S.W.T dalam Surah al-Israa 17:31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar.5. Memelihara hartaFirman Allah SWT dalam surah Al-Qasas 28:77, Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan. Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya dalam surah Surah al-Maaidah 5:38: Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. 6. Memelihara hak kebebasanHak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan. Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama. 2.5 MATLAMAT TAMADUN ISLAM1. Hubungan manusia dengan Allah SWTHubungan yang paling tinggi daripada hubungan- hubungan lain. Hubungan dengan pencipta berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai dengan sebarng bentuk hubungan lain. Rukun Islam manusia haruslahmempercayai rukun Iman, melakukan Ibadah umum dan ibadah khusus, serta mematuhi syariat yang telah ditetapkan.2. Hubungan manusia dengan manusiaTerutamanya di dalam sistem muamalah dan kemasyarakatan, meghormati sesama manusia. Manusia dan yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya. Diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.3. Hubungan manusia dengan alam sekitarManusia yang mengusahakan sesuatu dan memperolehi kemanfaatan. Tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar.2.6 SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM1) SejagatKesejagatan tamadun islam bermakna ia tidak terikat dengan bangsa tertentu, sebaliknya seluruh umat berpegang kepada ad-din2) TerbukaTamadun islam yang dilahirkan dan dicipta tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garisan panduan syariat islam terutamanya dialog antara tamadun atau interaksi antara tamadun. Ini bermakna keterbukaan ini mewujudkan sikap tolerensi.3) Sepanjang zamanIaitu kesinambungan dan mengalami proses kesinambungan sehingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama, surah al-alaq dan tidak pernah berhenti, kerana ia tidak dibatasi oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga hari kiamat.4) ToleransiMasyarakat bukan islam tidak dihalang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka , sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan.5) Kesatuan dan KepelbagaianSebarang bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun islam, dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah kesatuan akidah islam yang menjurus kearah meng Esakan tuhan, Allah Pencipta Seluruh Alam.KESIMPULANNYAKonsep asas pembinaan tamadun islam itu ialah ajaran islam itu sendiri yg mengandungi akhlak, akidah dan syariah. Akidah tawhid membawa implikasi yg mengiktiraf dua realiti, iaitu realiti yg mencipta dan dicipta yang mencipta mempunyai hubungan erat dengan yg dicipta dan ini menimbulkan implikasi pengiktirafan terhadap kekuasaan allah S.W.T. Tamadun islam bertambah kukuh apabila mengamalkan prinsip-prinsip tamadun islam yang memelihara agama, maruah, akal, harta benda dan keturunan di samping hubungan erat manusia dengan maha pencipta, hubungan sesama manusia dan alam sekitar. Sifat-sifat yang ada pada tamadun islam seperti sejagat, toleransi, terbuka, kesatuan dan kepelbagaian juga membantu bagi proses pembinaan tamadun islam dan ianya menjadi kesinambungan sehingga kini.http://titasserangkai.blogspot.com/2012/04/konsep-asas-tamadun-islam.htmlCiri-ciri Tamadun

Penempatan kekal merupakan ciri utama dalam kewujudan sesebuah tamadun kerana manusia memerlukan tempat yang kekal bagi menjalankan kegiatan ekonomi dan kemasyarakatan. Pengkhususan kerja juga merupakan salah satunya ciri-ciri tamadun. Setiap anggota masyarakat mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti petani, penternak, artisan dan sebagainya. Sebagai contoh, artisan mengambil peranan dalam menghasilkan barangan atau produk melalui kepakaran mereka masing-masing. Aktiviti perdagangan mula dijalankan melalui sistem pertukaran barang atau dikenali sebagai sistem barter. Dengan ini, berlakunya hubungan dengan tamadun luar dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya antara masyarakat tersebut. Menurut Ibn Khaldun, organisasi sosial adalah salah satu ciri dominan pembentukan sesebuah tamadun. Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang berbeza dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dan sebagainya. Kebiasaannya sistem sosial adalah berbentuk piramid dan bersusun lapis. Dengan ini, wujudnya golongan pemerintah dan golongan yang diperintah yang berperanan dalam menguruskan sistem pentadbiran. Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas dan diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir. Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan manakala rakyat biasa berperanan dalam menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing dan diikuti oleh golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja yang berat seperti membina jalan raya dan sebagainya. Oleh itu, terdapat jurang perbezaan antara golongan pemerintah dan golongan yang diperintah berdasarkan latar belakang, pelajaran dan ekonomi.Kewujudan suatu sistem pemerintahan yang teratur dan berkesan merupakan salah satu ciri tamadun yang penting. Pada peringkat awal perkembangan sesuatu tamadun, corak pentadbiran berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan telah diwujudkan. Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar dan kompleks, sistem pemerintahan telah dibentuk oleh sesuatu masyarakat. Seseorang pemimpin atau raja selalunya menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan untuk mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada penduduk tempatan. Badan kehakiman, ketenteraan dan badan-badan perkhidmatan awan yang lain telah dibentuk bagi melicinkan pentadbiran sesebuah negara. Contohnya, Nabi Muhammad SAW pernah menjadi ketua negara yang menerajui Kerajaan Madinah. Struktur kabinet dan pentadbiran awam telah dirancang oleh Rasullah bersama para sahabat adalah cukup terancang. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Urbanisasi merupakan proses pembentukan bandar ekoran pertambahan pesat penduduk kesan daripada migrasi penduduk ke kawasan bandar. Bandar berperanan sebagai pusat kegiatan ekonomi, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya. Menurut Ahmad Zaki Abdul Latiff dalam bukunya Perbandaran di Timur Tengah, beliau telah menyenaraikan lima ciri utama perbandaran orang Arab. Ciri-ciri tersebut ialah:a. Bandar dipagar dengan tembok. Pada pintu tembok terdapat loceng yang akan berbunyi apabila seseorang memasuki bandar tersebut.b. Bandar-bandar dan kota-kota berkubu dibina dengan kepingan batu berbentuk segi empat atau bujur.c. Terdapat ukiran dalam istana, rumah dan tempat keagamaand. Rumah dihias dengan cat dinding dan batu-batan yang dibakare. Air hujan yang turun di jalan disalur ke wadi bagi menghindarkan banjirContohnya, Madinah menjadi bandar yang maju dan bandar ini dikelilingi oleh tembok. Di tengah-tengah tembok ini terletaknya Masjid Nabawi, rumah-rumah orang Muhajirin dan pasar. Oleh itu, jelaslah bahawa perkembangan bandar dianggap sebagai nadi sebuah tamadun kerana hampir semua aktiviti masyarakat berlangsung di bandar.Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal. Di peringkat awal, dalam bidang pertanian, hasil inovasi manusia telah melahirkan kemajuan iaitu penciptaan peralatan baharu seperti roda, cangkul, sistem pengairan dan sebagainya. Perkembangan ini telah meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran. Lebihan ini dapat menampung pertambahan jumlah penduduk disebabkan bekalan makanan yang berterusan. Kemajuan dalam bidang perdagangan diiringi dengan teknologi perkapalan, penciptaan mata wang, tembikar dan sebagainya.Penciptaan sistem tulisan dan bahasa adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun. Sesebuah tamadun wajib mempunyai sistem tulisan dan bahasa mereka sendiri. Hal ini dapat membuktikan kepada masyarakat atau tamadun lain bahawa mereka mempunyai peradaban yang tinggi sehinggakan mempunyai bahasa ibunda sendiri. Sistem tulisan digunakan untuk mencatat aktiviti keagamaan, urusan jual beli dan urusan pentadbiran. Sistem tulisan berperanan sebagai penghantar maklumat. Hal ini demikian kerana sistem tulisan juga turut menyumbang kepada penghasilan karya kreatif seperti puisi, epik dan cerita-cerita rakyat yang memaparkan kehidupan sesebuah masyarakat bertamadun. Contohnya, antara karya yang dihasilkan ialah Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Bak kata pepatah, bahasa jiwa bangsa. Oleh itu, bahasa adalah lambang jati diri sesebuah bangsa. Contohnya, bahasa Arab telah dijadikan lambang jati diri kepada masyarakat Melayu. Sudah menjadi lumrah, kepercayaan dan agama merupakan tunjang pembangunan sesebuah tamadun. Jika runtuh pegangan masyarakat terhadap kepercayaan yang dianuti oleh mereka maka runtuhlah juga sesebuah tamadun itu. Justeru, pembinaan rohani anggota masyarakat juga perlu diambil kira dalam pembangunan sesebuah tamadun.Proses kemunculan tamadun bermula setelah manusia mula mencuba untuk memahami dan menyesuaikan dengan alam sekitar. Oleh itu, manusia mempercayai objek-objek alam yang dianggap roh atau semangat yang dikenali sebagai kepercayaan animisme. Konsep kepercayaan inilah yang nantilah menjadi asas pegangan agama kepada sesuatu masyarakat. Dalam sejarah kehidupan manusia, biasanya secara evolusi, kepercayaan animisme akan bertukar menjadi agama. Kehadiran agama dan kepercayaan bukan sahaja membentuk keperibadian manusia menjadi baik dan bersopan santun tetapi juga dimanifestikan melaui pembinaan monumen-monumen keagamaan yang kemudiannya menjadi pusat kepada perkembangan sesebuah tamadun. Kewujudan monumen keagamaan adalah seiring dengan pertumbuhan bandar. Contohnya, Candi Borobudur di Jogjakarta, Indonesia dibina berdasarkan ajaran Buddha. Candi yang memakan masa 75 tahun untuk dibina ini terbahagi kepada tiga tingkat. Tiga tingkat itu melambangkan tiga kehidupan iaitu sila, samadhi dan panna.Kemunculan tamadun juga dikaitkan dengan kesan daripada penghayatan dan amalan budaya hidup yang tinggi dalam masyarakat. Menurut Nasruddin Yunos dan Nazri Muslim, budaya secara umumnya diertikan sebagai cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai dan sebagainya. Contohnya, budaya sukan sumo telah dikekalkan oleh masyarakat Jepun. Sukan sumo merupakan sukan tradisional Jepun yang masih popular sehingga kini. Secara umumnya, kesenian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni halus dan seni gunaan. Seni halus lebih menekankan kecantikan dan curahan perasaan manakala seni gunaan merujuk kepada sesuatu yang dilakukan untuk menghasilkan bahan dan barangan seperti seni bina, seni ukir, seni lukis, kaligrafi, seni muzik dan teater. Antara bidang kesenian yang paling popular ialah seni bina. Ibn Khaldun berpendapat bahawa seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama dan secara tidak langsung merupakan lambang dan ukuran pencapaian sesuatu tamadun. Contoh, seni bina yang terkenal dalam tamadun China ialah Great Wall.

Objektif Membuka minda tentang Tamadun Dunia dan memahami aspek-aspek penting ketamadunan Menyatupadukan rakyat Malaysia dan menerapkan nilai-nilai murni yang ada pada setiap tamadun di negara kita berteraskan tamadun Melayu Meningkatkan persefahaman dan menimbulkan rasa hormat antara kaum di Malaysia Pendedahan fikiran ke arah toleransi, kasih sayang dan keamanan sejagat Pengisian minda ke arah mencapai Wawasan 2020