Hubungan Aceh Dengan Belanda
-
Upload
natrah-alias -
Category
Documents
-
view
14 -
download
0
Transcript of Hubungan Aceh Dengan Belanda
HUBUNGAN KERAJAAN ACEH DENGAN BELANDA
Peta : Negara Belanda
• Aceh merupakan negara pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Belanda yang diperoleh daripada Sepanyol.
• Menjalinkan hubungan perdagangan bagi mendukung kemajuan ekonomi kedua-dua negara.
• Hubungan diplomatik bermula dari sepucuk daripada surat Putera Maurit dari dinasti Orange van Nassau yang dikirim kepada Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah.
Gambar : Kerabat Dinasti Orange van Nassau
• Surat tersebut dibawa oleh Laksamana Laurens Bicker dan Gerard de Roy dengan ekpedisi empat buah kapal pada 28 Januari 1601.
• Pelbagai barang berharga disediakan untuk diserahkan kepada Sultan Aceh sebagai simbol persahabatan.
Tujuan Putera Maurit
mengadakan Hubungan
Diplomatik Dengan Aceh
1. Dapat mengimbangi
dominasi Portugis di Melaka sejak
tahun 1511.
3. Mempersiapkan diri untuk melepaskan diri dari imperialisme
kerajaan Eropah selatan itu (Portugis
dan Sepanyol).
2. mempersiapkan diri untuk melepaskan diri dari imperialisme
kerajaan Eropah selatan (Portugis dan
Sepanyol).
• Pelayaran yang dilakukan Belanda sebelum ini selalu mendapat ancaman dari Portugis-Sepanyol.
• kapal-kapal Belanda singgah terlebih dahulu di Afrika Timur untuk minta sokongan dari penguasa setempat yang juga sudah lama menjalinkan persahabatan dengan Aceh.
• Tindakan ini untuk mengaburi armada Portugis dan Sepanyol serta Inggeris yang merajai lautan waktu itu.
• Setelah lapan bulan mengharungi lautan, Belanda sentiasa bersembunyi dari armada Portugis-Sepanyol ke pesisir kepulauan sepanjang pelayarannya.
• Pada 25 Ogos 1601, rombongan kiriman Putera Maurit tiba di Aceh.
• Sultan Aceh, menerima baik surat yang dikirimkan.• Aceh berinteraksi dengan Belanda dalam aspek
perdagangan dan kenegaraan.• Seterusnya, Sultan Aceh, Alauddin Riayat Syah
mengirimkan duta besarnya sebagai permulaan kerjasama diplomatik antara Aceh dan Belanda.
• Para diplomat Aceh ke Belanda itu dipimpin Abdul Hamid bersama tentera atasan kerajaan Aceh, Laksamana Sri Muhammad dan Mir Hasan sebagai anggota delegasi bersama rombongan Laurens Bicker.
• Dalam kunjungannya selama 20 hari, Tuanku Abdul Hamid sakit dan akhirnya meninggal dunia pada 10 Ogos 1602 sebelum sempat bertemu dengan Putera Maurit yang sedang bertempur melawan Pasukan Portugis-Sepanyol di pendalam Grave.
• Beliau dimakamkan secara besar-besaran di Middleborhg Belanda dengan dihadiri oleh para pembesar-pembesar Belanda.
• Namun, oleh kerana orang Belanda belum pernah memakamkan orang Islam, maka beliau dimakamkan dengan cara agama Nasrani di pekarangan sebuah gereja.
• Pada 1 September 1602, Laksamana Sri Muhammad dan Mir Hasan menemui Putera Maurit dan menyerahkan surat-surat persahabatan dan dokumen-dokumen lain yang menandakan secara rasminya Kerajaan Aceh mengiktiraf kemerdekaan Belanda.
• Belanda akhirnya diizinkan mendirikan pejabat perdagangannya di Darussalam iaitu ibukota kerajaan Aceh.
• Disamping itu, Belanda juga dapat berhubungan baik dengan negeri-negeri dipesisir India seperti Gujerat, Calikut, Benggali dan Sri Langka.