Hubungan Antara Agama Dalam Pengamalan Demokrasi Di Malaysia

2
HUBUNGAN ANTARA AGAMA DALAM PENGAMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA Abstrak Kewujudan pelbagai bangsa, agama dan budaya di negara Malaysia ini memerlukan satu mekanisma mencari titik temu bagi mewujudkan kesatuan dan perpaduan. Pengamalan demokrasi di negara Malaysia telah menyediakan ruang dan peluang bagi setiap agama dan bangsa untuk mengamalkan upacara keagamaan dan budaya masing-masing. Tujuan tulisan ini adalah untuk melihat sejauh mana peranan ahli politik dan undang-undang di negara Malaysia dalam memainkan peranan mewujudkan perpaduan antara agama dan penyatuan bangsa yang berbeza. Katakunci: Kepelbagaian Agama, Ahli Politik, Demokrasi, Perpaduan, Undang-undang. Pendahuluan Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang agama, bangsa, bahasa dan budaya dengan keunikannya sendiri. Kemajmukan ini sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang multi- agama dengan keunikan tersendiri. Namun begitu, kemajmukan ini turut digariskan sebagai salah satu cabaran utama dalam misi menjayakan pembangunan negara ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara contoh dalam pembangunan masyrakat budaya dan agama yang pelbagai.

description

ok

Transcript of Hubungan Antara Agama Dalam Pengamalan Demokrasi Di Malaysia

HUBUNGAN ANTARA AGAMA DALAM PENGAMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIAAbstrakKewujudan pelbagai bangsa, agama dan budaya di negara Malaysia ini memerlukan satu mekanisma mencari titik temu bagi mewujudkan kesatuan dan perpaduan. Pengamalan demokrasi di negara Malaysia telah menyediakan ruang dan peluang bagi setiap agama dan bangsa untuk mengamalkan upacara keagamaan dan budaya masing-masing. Tujuan tulisan ini adalah untuk melihat sejauh mana peranan ahli politik dan undang-undang di negara Malaysia dalam memainkan peranan mewujudkan perpaduan antara agama dan penyatuan bangsa yang berbeza. Katakunci: Kepelbagaian Agama, Ahli Politik, Demokrasi, Perpaduan, Undang-undang.

PendahuluanMasyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang agama, bangsa, bahasa dan budaya dengan keunikannya sendiri. Kemajmukan ini sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang multi-agama dengan keunikan tersendiri. Namun begitu, kemajmukan ini turut digariskan sebagai salah satu cabaran utama dalam misi menjayakan pembangunan negara ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara contoh dalam pembangunan masyrakat budaya dan agama yang pelbagai. Situasi semasa yang berkaitan dengan aspek agama dan hubungan antara agama khususnya antara Islam dan bukan Islam dalam kalangan masyarakat Malaysia merupakan fenomena dalam perhubungan antara penganut agama sekarang.