HUBUNGAN ETNIK

14
ISI KANDUNGAN TERMA 2-9 1. K (KETURUNAN) 2. L (LOGHAT) 3. S (SUKU) 4. R (RIZAB) 5. I (ISTIMEWA) RUJUKAN 10 1

description

TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

Transcript of HUBUNGAN ETNIK

ISI KANDUNGAN

TERMA2-91. K (KETURUNAN)2. L (LOGHAT)3. S (SUKU)4. R (RIZAB)5. I (ISTIMEWA)

RUJUKAN10

1. KeturunanDefinisi: 1. Yang diturunkan daripada, anak cucu kepada, turunan, zuriat2. Sesuatu yg diwarisi.3. Menderita (sakit dan lain-lain) yang turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun.4. Perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus.5. berketurunan~mempunyai keturunan (zuriat).

Penerangan:Dalam Perlembagaan Persekutuan di dalam perkara 160 telah mendefinisikan orang Melayu sebagai seseorang yang :1. Menganuti agama islam2. Bertutur dalam bahasa Melayu3. Menurut adat istiadat Melayu4. (a) Lahir sebelum hari merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibubapa telah lahir di Persekutuan atau di Singapura pada hari merdeka dan menetap di Persekutuan dan di Singapura5. (b) Atau ia adalah keturunan seseorang tersebut.Melayu mesti menganut agama Islam, Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, Melayu mesti mengamalkan adat-adat Melayu, Melayu mesti lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka dan mewariskan haknya kepada keturunan selepasnya.Definisi di atas tidak langsung menghadkan Melayu kepada ras ataupun darah Melayu kerana ianya tidak memperincikan Melayu dari aspek biologi mahupun fisiologi. Secara mudah, Melayu yang didefinisikan sebagai Melayu yang mempunyai hak Bumiputera adalah apa juga makhluk yang menyerupai manusia yang lahir sebelum merdeka di Tanah Melayu dan subset bagi melengkapkan definisi tersebut ialah bahasa, adat istiadat dan juga Islam. Ini bermaksud kaum cina dan india juga adalah dari Melayu kerana mereka lahir dan mewarisi kelahiran di Tanah Melayu sebeluim merdeka daripada keturunan mereka yang terdahulu sekiranya mereka menganut agama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mampu dan rela hati mengamalkan adat istiadat Melayu.

2. LoghatDefinisi:1. kata (dlm erti yang sebenarnya); terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yang tepat.2. Bahasa daerah, dialek, bahasa setempat.3. Gaya mengucapkan kata-kata.4. Daftar kata, perbendaharaan kata.

Penerangan:Setiap etnik-etnik Melayu di Malaysia mempunyai bahasa atau loghat mereka yang tersendiri. Etnik Jawa, Banjar, Acheh, Minangkabau dan Bugis mempunyai loghat mereka sendiri. Contohnya etnik Jawa adalah serumpun dengan etnik-etnik Melayu yang lain dan tamadun mereka juga sudah biasa menggunakan Bahasa Melayu sebagaimana Empayar Srivijaya dan Majapahit. Mereka menyedari bahawa Bahasa Melayu yang layak menjadi bahasa penyatuan di seluruh Nusantara khususnya di Malaysia. Namun dalam bidang ilmu dan politik, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan segala etnik-etnik melayu ini. Bahasa Melayu dalam konteks ini setaraf dengan Sanskrit dan Latin. Di Eropah pada masa dahulu telah menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa kesusasteraan dan ilmu pengetahuan. Perancis dengan bahasanya dan suku-suku Jerman dengan bahasanya. Namun Orang-orang Melayu pada zaman Srivijaya bebas berbahasa Sanskrit sehingga menjadi pakar bahasa itu malah membuka fakulti-fakulti pengajian Sanskrit di Sumatera sehingga ramai pendeta dan sarjana China datang belajar dari orang Melayu.Orang Melayu yang memegang kuasa politik di Malaysia dapat bangkit dan membangunkan negara ini dengan cepat dan pesat, manakala saudara serumpun di Indonesia juga dapat membangunkan negara mereka dan lebih maju dari bekas jajahan mahupun naungan mereka di Indo-China ketika era Srivijaya dan Majapahit. Antara sebab kejayaan ini adalah penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menggantikan loghat etnik-etnik tertentu dalam komunikasi seharian di dalam masyarakat Malaysia.

3. SukuDefinisi:1. Sebahagian daripada, bahagian; ~ kata satuan bunyi yg diucapkan sekali dalam sesuatu kata, bahagian kata. 2. Satu daripada empat bahagian, seperempat (dalam matematik).3. Suku-sakat.4. Golongan orang yg seketurunan (daripada sebelah ibu), kaum keluarga yang seketurunan (merujuk suku di Negeri Sembilan).5. Golongan bangsa yang menjadi bahagian kepada bangsa yang besar.6. Terpisah, berasingan; duduk ~ duduk berasingan (di rumah dan lain lain bahagiannya), berbahagian.Penerangan:Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatera Barat di Indonesia. Pada permulaan abad ke-14, masyarakat Minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Selepas itu berlakulah pernikahan antara orang Minangkabau dengan penduduk tempatan dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini merupakan pewaris asal Negeri Sembilan. Pemimpin hanya dipilih dari suku Biduanda ini. Para pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya dipanggil Undang asalnya daripada suku Biduanda dan seterusnya wujud institusi Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan. Minangkabau adalah gabungan daripada perkataan Minang yang bermaksud Menang dan Kabau bermaksud Kerbau. Gabungan perkataan ini diperoleh daripada peristiwa perselisihan faham antara kerajaan Minangkabau dengan seorang Putera dari kerajaan Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Tanah Melayu.Oleh itu, bagi mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau mencadangkan pertandingan beradu kerbau.Orang Minang Kabau di Negeri Sembilan, Malaysia, membentuk 13 suku baru yang berbeza dengan suku asalnya di Minangkabau, iaitu: Suku Biduanda (Dondo) Suku Batu Hampar (Tompar) Suku Paya Kumbuh (Payo Kumboh) Suku Mungkal Suku Tiga Nenek Suku Seri Melenggang (Somolenggang) Suku Seri Lemak (Solomak) Suku Batu Belang Suku Tanah Datar Suku Anak Acheh Suku Anak Melaka Suku Tiga Batu

4. RizabDefinisi:1. Sesuatu yang diperuntukkan atau disimpan khas bagi sesuatu tujuan tertentu pada masa yang akan datang, simpanan.2. Rizab Melayu kawasan khas untuk orang Melayu.Penerangan:Tanah Rizab Melayu merupakan salah satu dari jaminan keistimewaan bagi orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang berakar umbi dari Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ini adalah kesan dari tindakan UMNO dan orang Melayu pada ketika itu bersatu menentang Gagasan Malayan Union yang menidakkan hak dan keistimewaan orang Melayu di dalam pemberian kerakyatan Malayan Union. Terdapat 4 kestimewaan orang Melayu yang dilindungi iaitu Raja Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan Hak Keistimewaan Melayu. Tanah Rizab Melayu digolongkan di dalam Hak Keistimewaan Melayu seperti yang dinyatakan di dalam Fasal 86 Perlembagaan Persekutuan.Akibat dari itu, banyak tanah-tanah Rizab Melayu sukar untuk dibangunkan kerana sekatan terhadap pemilikan dan urusniaga yang dinyatakan di dalam Enakmen Rizab Melayu. Selain itu juga, aliran pembangunan yang dahulunya tertumpu di kawasan bandar telah mula menular dan mengalir ke kawasan-kawasan yang berhampiran seterusnya merebak ke kawasan luar bandar yang mempunyai keluasan rizab Melayu yang luas. Keperluan terhadap pembangunan telah mengakibatkan banyak tanah-tanah ini terhimpit dengan pembangunan. Selain dari kegunaan yang telah ditetapkan untuk tujuan pertanian adalah tidak lagi relevan bagi tanah-tanah yang terletak di dalam kawasan bandar yang sesuai untuk aktiviti komersil dan perniagaan.Bagi tanah-tanah Rizab Melayu di kawasan luar bandar, masalah berbilang pemilik telah mengakibatkan tanah-tanah tersebut tidak lagi ekonomik untuk kemajuan ekonomi pertanian dan sekaligus menyebabkan tanah-tanah tersebut terbiar. Selain dari mentaliti masyarakat Melayu yang masih berpegang kepada amalan ortodoks atau pemikiran tradisi yang mempunyai prasangka buruk terhadap kesan pembangunan juga menyumbang ke arah tanah yang tidak maju dari aspek sosial, ekonomi dan politik.Tanah Rizab Melayu adalah lambang kedaulatan dan keistimewaan bagi orang Melayu bagi menjamin ketuanan Bangsa Melayu di bumi Malaysia. Sekiranya tiada apa-apa tindakan untuk memajukan tanah-tanah ini, tidak mustahil bangsa Melayu akan terus ketinggalan di dalam kemajuan ekonomi dan terus berada dari kalangan kelompok yang miskin. Manakala bangsa bukan Melayu akan berterusan menjadi golongan peniaga dan usahawan yang berjaya serta akan mengawal ekonomi yang merangkumi keperluan hidup dan pekerjaan di Malaysia.

5. IstimewaDefinisi:1. khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus.2. Lain daripada yang lain, luar biasa.3. keistimewaan perihal istimewa: ia mempunyai beberapa istimewa jika dibandingkan dengan sesuatu.

Penerangan:Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak istimewa orang Melayu Bumiputera Sabah dan Sarawak, kedudukan istimewa Islam dan Raja-Raja Melayu terletak di tempat tinggi sehinggakan peruntukan perlembagaan berhubung perkara ini tidak boleh dipinda walaupun mendapat sokongan dua pertiga Parlimen. Ini disebabkan perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sebelum usul pindaan dibentangkan di Parlimen. Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diluluskan pindaannya tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Oleh itu sebarang hasrat yang ingin diusulkan bagi meminda perkara tertentu mestilah terlebih dulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum dibentang di Parlimen. Perkara 159 ini bukan saja menghalang pindaan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan tanpa terlebih dulu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja, apatah lagi sekiranya langsung tidak menghiraukan atau melanggar peruntukan Perlembagaan berkenaan. Antara perkara yang berkaitan ialah Perkara 153. Ia peruntukan panjang mencakupi hal ehwal berkaitan pewartaan kuota itu dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. Perkara 153 juga mengisytiharkan adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain. Raja-Raja Melayu sebagai pelindung hak istimewa Islam dan pribumi di Malaysia. Baginda Raja-Raja Melayu adalah payung melindungi kepentingan Islam dan orang Melayu. Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini Raja-Raja Melayu menzahirkan tanggungjawab berperlembagaan baginda mempertahankan hak istimewa Islam dan orang Melayu. Raja-Raja Melayu adalah benteng terakhir mempertahankan agama Islam dan hak istimewa Melayu di Malaysia. Keistimewaan yang diberi kepada orang Melayu serta kedudukan tinggi agama Islam dalam negara kita tidak perlu dipersoalkan lagi. Ia sudah tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah dihormati. Sebagai undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan mesti dipertahan. Kerajaan perlu akur kedudukan ini dan tidak sewenang-wenangnya menutup mata terhadap peruntukan perlembagaan. Mempertahankan keluhuran perlembagaan adalah tanggungjawab bersama.

Rujukan:1. Ismail Dollah Harun (2004) : Pembangunan Tanah Rizab Melayu : Satu Tinjauan Permasalahan dan Perundangan. Prosiding telah dibentangkan di dalam Seminar Pentadbiran Tanah Semenanjung Malaysia. Anjuran Institut Tanah dan Ukur Negara, Kuala Lumpur.2. Ismail Dollah Harun (2006) : Pembangunan Tanah Tanah Rizab Melayu : Satu Tinjauan Permasalahan dan Perundangan. Dalam Jurnal Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Tahun 2006. (Ms. 49 52).3. Shaik Mohd Nor Adam Shaik Hussain (1996) : Tanah Rizab Melayu Suatu Perspektif Undang Undang di dalam Persidangan Pembangunan Tanah Rizab Melayu. Anjuran Bersama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia.4. Shamsul Amri Baharuddin(2012) : Modul Hubungan Etnik(Edisi Kedua), Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.5. Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia,6. Mohd Ridzuan Awang. 1987. Tanah simpanan Melayu: Analisis sosio-ekonomi dan perundangan. Kuala Lumpur: Richme Enterprise.7. Mohd Salleh Abas. 1984. Sejarah perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.8. Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.9. Rosfazila Abd. Rahman & Ayu Nor Azilah Mohamad. 2007. Persepsi orang Melayu terhadap peruntukan keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan. Prosiding Persidangan Undang-Undang Tuanku Jaafar 2007. Fakulti Undang-Undang UKM, hlm. 263-275.

10