hubungan etnik

26
SENARAI KANDUNGAN BIL . PERKARA MUKA SURAT 1) BIODATA - 2) 1.0 PENGENALAN 2 3) 2.0 FAKTOR-FAKTOR KECENDERUNGAN IBU BAPA UNTUK MENGHANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH- SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN 2.1 ISU PENDIDIKAN BAHASA IBUNDA ETNIK MINORITI 2.2 ISU MOBILITI PENDIDIKAN PELAJAR ETNIK MINORITI 2.3 ISU POLA ENROLMEN PELAJAR 2.4 ISU PENYEDIAAN DUZHONG SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA 2.5 ISU DASAR EKEBAHASA BERTERASKAN BAHASA MELAYU 2.6 ISU PENGLIBATAN SOSIALISASI POLITIK DALAM PENUBUHAN IPTS 3 3 3 4 4 5 6 4) 3.0 KEUPAYAAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MALAYSIA 7 – 9 5) 4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH 4.1 MEMBENTUK DAN MENGAPLIKASI KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 4.2 MEWUJUDKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERBAHASA SECARA LUAS 9 9 – 10 11 1

description

kkp hubungan etnik

Transcript of hubungan etnik

SENARAI KANDUNGANBIL.PERKARAMUKA SURAT

1) BIODATA-

2) 1.0 PENGENALAN2

3) 2.0 FAKTOR-FAKTOR KECENDERUNGAN IBU BAPA UNTUK MENGHANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH- SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

2.1 ISU PENDIDIKAN BAHASA IBUNDA ETNIK MINORITI 2.2 ISU MOBILITI PENDIDIKAN PELAJAR ETNIK MINORITI 2.3 ISU POLA ENROLMEN PELAJAR 2.4 ISU PENYEDIAAN DUZHONG SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA 2.5 ISU DASAR EKEBAHASA BERTERASKAN BAHASA MELAYU 2.6 ISU PENGLIBATAN SOSIALISASI POLITIK DALAM PENUBUHAN IPTS3

3

3

44

5

6

4) 3.0 KEUPAYAAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MALAYSIA7 9

5) 4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH

4.1 MEMBENTUK DAN MENGAPLIKASI KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 4.2 MEWUJUDKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERBAHASA SECARA LUAS 4.3 TRANSFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHAN 4.4 KEPASTIAN PEMIMPIN BERPRETASI TINGGI DI SETIAP SEKOLAH9

9 10

11

12

13

6) 5.0 RUMUSAN14 15

7) 6.0 RUJUKAN16 17

8) 7.0 LAMPIRAN18

1.0 PENGENALANDalam era menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara (http://pmr.penerangan.gov.my/). Atas kesedaran inilah lahirlah satu Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007:130) . Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan tersebut kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Farhan Nasri Abdul Rahman dan Nurul Farihana Zakaria (2000:114) menjelaskan bahawa intergrasi nasional dan perpaduan rakyat telah menjadi matlamat pendidikan utama sehingga beberapa dasar pendidikan digubal.Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan iaitu semasa berada di bawah status Tanah Melayu telah berinisiatif mengambil langkah awal untuk menyepadukan sistem pendidikan yang bertimbangkan aspek penduduk yang berbilang kaum dengan Penyata Razak yang dikemukakan pada 6 mei 1952 menurut Zuraina Majid (1985:107). Matlamat dasar pelajaran negara sama seperti tujuan sistem pendidikan Malaysia kini yang sedia ada mengikut penerangan Choong Lean Keow (2009:24) seperti petikan yang dikemukakan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak b. Hussein dalam Penyata Razak iaitu hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negara ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengann menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar.Ciri-ciri intergrasi pendidikan yang ditekankan dalam Penyata Razak 1956 telah mencetus revolusi baru sehingga sistem pendidikan terkini dikaji semula lalu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 diperkenalkan. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan laporan awal PPPM Disember (2012:4) yang menyatakan bahawa PPPM telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Justeru itu, PPPM memberi tumpuan kepada aspek ekuiti dan perpaduan dalam kalangan murid dengan sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian untuk aspirasi utama Malaysia. Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yan diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21.

2.0 FAKTOR-FAKTOR KECENDERUNGAN IBU BAPA UNTUK MENGHANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

2.1 ISU PENDIDIKAN BAHASA IBUNDA ETNIK MINORITIMenurut Wan Norhasniah Wan Husin (2012:257), pencetusan isu tuntutan pendidikan bahasa ibunda etnik terutama etnik Cina bermula sejak tahun 1950an sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu Laporan Barnes yang dicadangkan oleh L.J Barnes pada tahun 1951 termasuklah idea penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantaraan di sekolah rendah dan pemansuhan sekolah vernakular akibat sekolah vernakular gagal memupuk perpaduan telah digantikan dengan Sistem Pelajaran Kebangsaan. Laporan ini telah bertembung dengan soal bahasa dan pendidikan yang melibatkan budaya Cina kerana melalui bahasa, kebudayaan Cina dapat dikembangkan. Oleh itu, beliau juga menjelaskan bahawa penghapusan bahasa Cina diibaratkan seperti menindas budaya Cina dan mana-mana individu Cina yang gagal bertutur dalam bahasa Cina merupakan sesuatu perkara yang amat memalukan. Malah para ibu bapa juga begitu mengharapkan agar anak-anak mereka dapat menamatkan pendidikan sekolah rendah dalam bahasa Mandarin. Melalui kemasukan ke sekolah Cina, secara tidak langsung akan menanamkan perasaan dalam diri mengenai keturunan diri sebagai etnik Cina Asli.2.2 ISU MOBILITI PENDIDIKAN PELAJAR ETNIK MINORITIRentetan daripada tuntutan etnik minoriti terhadap hak pendidikan bahasa ibunda, ia juga membawa kesan negatif kepada kebanyakan pelajar lepasan SJK(C) dan SJK(T) apabila mereka perlu bertransisi kepada bahasa pengantar Melayu. Hal ini dapat dijelaskan oleh Tan Yao Sua (2010:48) bahawa transisi bahasa pengantar menjadi satu masalah kepada mereka kerana kelemahan mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Kelemahan ini dapat dilihat melalui keputusan BM dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun 1994 dengan peratusan pelajar SJK yang gagal menguasai BM pada tahap penguasaan yang minimum amat tinggi iaitu 74% untuk kertas penulisan dan 55.1% untuk kertas pemahaman. Kesannya, ramai pelajar lepasan SJK(C) dan SJK(T) yang memasuki sekolah menengah aliran kebangsaan tercicir kerana menghadapi halangan bahasa pengantar. Dari segi pendidikan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa tunggal meIetakkan pelajar yang bahasa ibunda mereka bukan bahasa Melayu ke dalam satu kedudukan yang jelas merugikan mereka. IOleh itu, kriteria-kriteria yang mendatangkan keburukan kepada pelajar bukan bumiputera dalam penguasaan bahasa Melayu akan lebih mendorongan ibu bapa menghantar anak mereka melanjutkan ke sekolah persendirian mahupun sekolah swasta yang mampu mengekalkan pembelajaran dalam bahasa ibunda masing-masing. 2.3 ISU POLA ENROLMEN PELAJARBerdasarkan pemahaman Tan Yao Sua (2010:58), beliau menyatakan bahawa pola enrolmen pelajar di negara ini memperlihatkan pengasingan atnik yang amat jelas, terutamanya pada peringkat pendidikan rendah. Pada peringkat pendidikan ini, selain SK yang merupakan sekolah aliran perdana yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, terdapat juga sekolah rendah vernacular, iaitu SJK(C) dan SJK(T) yang menawarkan pendidikan bahasa ibunda kepada golongan etnik minority di negara ini. Sebagai buktinya, beliau mengemukakan data pada tahun 2005 terdapat sejumlah 5761 buah SK, 1287 buah SJK(C) dan 525 buah SJK(T) di negara ini. Walaupun SK merupakan sekolah aliran perdana yang diharapkan oleh kerajaan untuk menjadi agen sosialisasi kepada penduduk berbilang kaum di negara Malaysia, namun secara amnya, SK telah menjadi sekolah rendah yang diikuti terutamanya oleh pelajar Melayu. Hal ini menyebabkan SK dianggap oleh masyarakat umum terutama masyarat etnik minority di negara ini sebagai sekolah Melayu. Kesan daripada tanggapan umum, bilangan pelajar yang memasuki SK adalah begitu kurang. Hakikatnya, kira-kira 80% hingga 90% pelajar Cina belajar di SJK(C) dan kira-kira 50% pelajar India belajar di SJK(T) berdasarkan petikan pengumpulan statistik yang ditunjukkan oleh Tan Yao Sua (2010:49).2.4 ISU PENYEDIAAN DUZHONG SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA (SMPC)Setelah mencapai kemerdekaan, kerajaan telah membenarkan komuniti Cina menubuhkan Duzhong pada tahun 1960-an. Duzhong merupakan bekas sekolah menengah vernakular Cina yang enggan bertukar aliran kebangsaan menurut Tan Yao Sua (2010:63). Tujuan utama penubuhan Duzhong hanya memenuhi tuntutan komuntiti Cina untuk memartabatkan dan mengekal identiti bahasa ibunda serta menentang dasar kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan menurut Pay See Tiang (2008:6). Dewasa ini, walaupun Dasar Pendidikan Negara telah dibentuk lebih daripada 40tahun yang berasaskan Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960), dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1974), tetapi isu bahasa pengantar dan pendidikan Cina terus bergolak sehingga ke hari ini. Contohnya isu Suqiu dan isu Sekolah Wawasan adalah diantara isu terkini yang boleh mencetuskan kontroversi dan konflik perkauman di negara ini.Jelasnya, ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah jenis ini mahu anak mereka disosialisasikan dalam satu persekitaran budaya yang bersifat kecinaan. Di samping itu, pendidik Cina juga berhasrat menjadikan Duzhong sebagai perantara SJK(C) dan institusi pengajian tinggi Cina bagi menyempurnakan satu sistem pendidikan vernakular Cina yang lengkap di negara ini sehingga trend menghantar anak-anak belajar di sekolah persendirian semakin popular.2.5 ISU DASAR EKEBAHASA BERTERASKAN BAHASA MELAYUSecara amnya, dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara ini sebelum tahun 1990-an adalah bersifat ekabahasa berteraskan bahasa Melayu mengikut hujah Tan Yao Sua (2010:122). Walaupun begitu, dasar kepelbagaian bahasa pengantar dilaksanakan dengan membenarkan sekolah rendah vernakular menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar, namun dasar ini tertakluk kepada konteks transisi kepada bahasa pengantar bahasa Melayu yang lebih besar pada peringkat pendidikan seterusnya seperti yang termaktub dalam Fasal 152(1) Perlembagaan Persekutuan (1963:110-111). Hal ini mendorong penolakan dasar ekabahasa oleh golongan pendidik Cina yang menganggapnya bercanggah dengan Fasal 152(1) Perlembagaan Persekutuan dan lebih menyetujui perenggan 3 Ordinan Pelajaran 1957 yang tidak menyebut tujuan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan daripada perenggan 12 Laporan Razak menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1989:19) yang menekankan tujuan ini.Berdasarkan kajian jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu (2009:144) yang dijalankan oleh Tan Yao Sua, pada dasarnya, Laporan Razak memilih penyelesaian secara kompromi untuk menangani tuntutan tenik yang berbeza terhadap isu bahasa dan pendidikan. Ia tidak cuba merombak sistem pendidikan secara mendadak. Sebaliknya, ia membenarkan kepelbagaian budaya pada takat tertentu dalam sistem pendidikan. Bagaimanapun, kebenaran ini adalah tertakluk kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama yang lebih besar. Manakala Ordinan Pelajaran 1952 merupakan percubaan utama kerajaan British mengkanunkan dasar pendidikan kebangsaan menurut jurnal Tan Yao Sua (2009:148-149). Ia menerima kebanyakan perakuan Jawatankuasa khas, termasuk penubuhan sekolah kebangsaan dan peruntukan untuk mengajar bahasa Cina dan Tamil sebagai mata pelajaran dalam kurikulum sekolah kebangsaan. Projek ini telah ditentang kuat oleh orang bukan Melayu yang hanya bersedia untuk menerima bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran dan bukan sebagai bahasa pengantar. Kesan ekoran daripada laporan-laporan tersebut, tuntutan semakin memuncak apabila etnik Cina cuba menubuhkan sebuah universiti aliran Cina pada tahun 1960-an demi menegakkan satu sistem pendidikan vernakular Cina lengkap.

2.6 ISU PENGLIBATAN SOSIALISASI POLITIK DALAM PENUBUHAN IPTSBerdasarkan kajian jurnal yang dikemukakan oleh Mohd Ridzuan Tee Abdullah (2010:75) tentang cabaran intergrasi antara kaum di Malaysia, beliau mengatakan bahawa sosialisasi politik sama ada asuhan atau semula jadi telah mewujudkan persepsi dan prejudis yang tidak sihat antara kedua kaum ini iaitu etnik Melayu dan Cina. Asimilasi tidak berlaku, penyesuian diri juga tidak akan berlaku dan ia berakhir dengan berlaku ketidakkeseimbangan. Beliau juga mendapati bahawa masing-masing meletakkan kepentingan etnik di hadapan berbanding kepentingan nasionalisasi. Pada persepsi orang Cina keadilan adalah kesaksamaan dan kesamarataan bagi semua warganegara tanpa mengira bumiputera atau bukan. Kenyataan sebegini sama sekali tidak dapat diterima oleh UMNO. Kontrak sosial yang dipersetujui bersama sudah menjelaskan bahawa tidak ada kesaksamaan antara Melayu (bumiputera) dan bukan Melayu.Pengaruh daripada penglibatan politik dalam pendidikan menyebabkan pelbagai penubuhan IPTS bagi mempertahankan kepentingan etnik masing-masing. Buktinya, jurnal Mohd Ridzuan Tee Abdullah (2010:74) menunjukkan bahawa daripada senarai IPTS, kerajaan telah meluluskan penubuhan university berasaskan kaum atau parti politik, yakni Universiti Tunku Abdul Rahman kepunyaan Parti Politik Cina (MCA) pada tahun 2002. Dalam beberapa siri lawatan pengajian ke sana, boleh dikatakan hampir seratus peratus adalah terdiri daripada kaum Cina. Tambahan pula, sebuah university kepunyaan MIC turut diluluskan iaitu Universiti Asian Institute of Medical Science and Technology. Ini tidak termasuk kolej-kolej swasta yang dipunyai oleh NGO-NGO Cina seperti Dong Jiao Zong dengan Kolej New Era, Kajang, Selangor. Kolej ini menggunakan hampir seratus peratus bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar. Jelasnya, tindakan kerajaan meluluskan penubuhan IPTS kepunyaan dua parti-parti politik Cina ini merumitkan lagi usaha intergrasi nasional dalam masyarakat majmuk. Institut pengajian tinggi berasaskan kaum tidak akan mendatangkan kesan positif terhadap hubungan kaum seperti yang telah berlaku diperingkat sekolah SJK(C). Kita sedia maklum, proses sosialisasi politik dan peranan keluarga dan pendidikan Cina yang menentukan proses persekolahan anak-anak mereka tidak mengubah pendirian mereka daripada mempertahankan semangat kecinaan mereka walaupun agen sekolah merupakan agen kedua terpenting dalam sosialisasi politik menurut jurnal Mohd Ridzuan Tee Abdullah (2010:75).

3.0 KEUPAYAAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MALAYSIAKementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam membawa perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama lagi. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara menurut jurnal Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin (2011:37). Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersatupadu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara. Pada tahun 2007, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010:4) yang bertujuan untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah,melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan, dan dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia. Melalui PIPP 2006-2010 tersebut, 6 teras strategik digaris, iaitu: (1) Membina negara-bangsa, (2) Membangunkan modal insan, (3) Memperkasakan sekolah kebangsaan, (4) Merapatkan jurang pendidikan, (5) Memartabatkan profesion perguruan, dan (6) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Jika dikaji secara teliti mengikut kajian menurut jurnal Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin (2011:38), ternyata enam strategik yang digariskan itu mampu untuk membawa perubahan kepada sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Strategik yang pertama iaitu pembinaan negara bangsa sangat ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan kerana melaluinya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dapat diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini seiring dan dapat merealisasikan matlamat utama pendidikan kebangsaan negara sejak merdeka, iaitu matlamat pendidikan untuk perpaduan bangsa Malaysia. Sebab itu sekolah memainkan peranan yang penting untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalinkan hubungan baik dan saling bertoleransi. Apabila mereka pulang ke rumah, hubungan antara bangsa yang berbeza terhenti kerana di rumah mereka hanya bergaul dengan keluarga, bahasa yang digunakan adalah bahasa ibunda, dan untuk keluar bersama jarang dilihat. Masyarakat Malaysia lebih selesa dan kerap keluar ke mana sahaja bersama-sama dengan sahabat yang sama bangsa, agama, dan budaya. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa hanya bertemu di pasar, di tempat awam, dan pejabat kerana atas urusan kerja dan kemudian mereka pulang ke rumah.Jadi, melalui sistem persekolahan berdasarkan jurnal Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin (2011:38), mereka yang berbilang bangsa dapat saling kenal-mengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula wujud hubungan antara masyarakat dan seterusnya membina perpaduan nasional yang kukuh. Perpaduan yang erat dapat dikekalkan dan diperkukuhkan melalui dasar-dasar yang kerajaan laksanakan. Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang ketiga adalah memperkasakan sekolah kebangsaan, iaitu sekolah rendah dan menengah, merupakan usaha yang bertepatan dengan keperluan semasa kerana melaluinya masyarakat mempunyai kepercayaan serta keyakinan yang tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Dengan kata lain, pembentukan sekolah-sekolah dapat mewujudkan kesedaran dalam masyarakat bahawa intipati intergrasi dalam kaum bagi pemupukan perpaduan dan kemajuan dalam satu sistem pendidikan yang saksama dan ekuiti tanpa mengira agama dan bangsa.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tidak hanya memberi fokus kepada satu jenis sekolah dan kaum tetapi ia untuk semua jenis aliran sekolah, termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. PPIP termasuk dalam RMK 9, iaitu Rancangan Malaysia ke-sembilan (2006-2010) yang diterbitkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. RMK 9 (2006:15) merangkumi strategi, program, dan peruntukan yang diperlukan bagi merealisasikan impian negara melalui Misi Nasional. Fokus utama ialah pembangunan modal insan, khususnya pendidikan tinggi, dan penyediaan tanaga mahir. Rancangan Malaysia ke-sembilan telah menetapkan pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020.

Oleh itu, Sekolah Wawasan menurut Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin (2011:38), merupakan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Wawasan menurut jurnal Kamaruzzaman Bin Yahya (2011:14) bererti sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Dalam konsep ini, tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan Tamil. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.

Antara tujuan utama penubuhan melalui Modul Sekolah Wawasan (KPM 2000) adalah mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, dan menggalakkan interaks maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Melalui cara ini ternyata ia dapat membawa kesedaran yang tinggi kepada masyarakat tentang pentingnya perpaduan di kalangan masyarakat yang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi.

Terkini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2013-2025:1-4) untuk menfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem; Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH

4.1 MEMBENTUK DAN MENGAPLIKASI KURIKULUM DAN PENTAKSIRANSejak kebelakangan ini Kementerian telah melakukan dua perubahan besar yang nyata berpotensi mengubah cara murid belajar sekiranya dilaksanakan dengan berkesan iaitu KSSR dan PBS. Walau bagaimanapun, Kementerian sedar bahawa masih banyak perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek ini menurut PPPM (2013-2025:4-4). Jadi, pelan tindakan bagi membentuk dan mengaplikasi kurikulum dan pentaksiran dalam sistem pendidikan yang selaras, gelombang 1 (2013-2015) merupakan contoh transformasi pendidikan yang akan memberikan tumpuan kepada inisiatif jangka pendek bagi menambah baik kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar, dan kurikulum yang ditaksir, di samping meletakkan asas bagi perubahan nyata. Oleh itu, KPM perlu Memurnikan dan menilai semula kandungan kurikulum supaya sejajar dengan standard antarabangsa.Seterusnya, KSSR dan KBSM akan dimurnikan selaras dengan dasar yang menekankan bahawa kurikulum kebangsaan perlu menggabungkan amalan terbaik antarabangsa dan mencapai standard bagi membentuk warga Malaysia yang mampu bersaing di peringkat global menurut PPPM (2013-2025:4-5). Pada fasa pembangunan kurikulum, Kementerian harus meneruskan amalan menanda aras standard pembelajaran dan kandungan berdasarkan tanda aras sistem pendidikan berprestasi tinggi. Amalan ini penting bagi memastikan standard ini terselaras dan sukatan pelajaran tidak terlalu padat dengan maksudnya kandungan kurikulum terlalu luas dan mendalam sehingga tidak dapat diajar secara berkesan dalam sesuatu tahun persekolahan. Kementerian juga hendak mendapatkan khidmat pakar bebas antarabangsa bagi menentusahkan hasil pelaksanaan penandaarasan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Selain itu, memperkenal LINUS 2.0 dengan skop yang lebih luas bagi menangani literasi bahasa Inggeris juga dapat menambahbaikkan sistem pendidikan sekolah yang terdapat pada masa kini berdasarkan PPPM (2013-2025:4-7). Dasar semasa Kementerian tentang sokongan pemulihan menyatakan bahawa murid yang mengalami masalah menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira mesti menerima bantuan yang diperlukan bagi membolehkan mereka bersaing dengan kohort mereka. LINUS 1.0 dilaksanakan pada 2010 bagi menangani isu literasi (bahasa Malaysia) dan numerasi dalam kalangan murid Tahap 1 sekolah rendah. Program ini menunjukkan kejayaan yang menggalakkan kerana terdapat peningkatan literasi bahasa Malaysia daripada 87% kepada 98%, dan numerasi daripada 76% kepada 99% dalam kohort rintis.

Secara tuntasnya, LINUS 2.0 pula perlulah dibangunkan berdasarkan kejayaan LINUS 1.0 bagi menangani isu literasi bahasa Inggeris serta literasi (bahasa Malaysia) dan numerasi. Antara matlamat yang dikemukakan termasuklah murid yang ketinggalan dikumpulkan di dalam kelas yang tertentu dan diajar berdasarkan keperluan mereka. Guru yang mengajar murid ini akan menerima latihan bersasaran bagi memastikan mereka dilengkapi strategi terbaik dalam membantu murid bersaing dengan rakan apabila diserapkan semula ke dalam kurikulum arus perdana.

4.2 MEWUJUDKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERBAHASA SECARA LUASKementerian menetapkan keutamaan bahawa setiap murid yang melalui sistem pendidikan di Malaysia perlu mahir dan fasih berbahasa Malaysia dan mahir berbahasa Inggeris pada tahap independent proficiency seperti yang ditakrifkan oleh CEFR. Murid dari SJK akan dapat menguasai satu bahasa tambahan. Walau bagaimanapun, standard bahasa Malaysia di SJK perlu ditingkatkan, murid yang ketinggalan dalam bahasa Malaysia diberi sokongan, dan keupayaan pengajaran Bahasa Inggeris ditambah baik dalam masa tiga tahun akan datang. Usaha ini memerlukan perubahan struktur yang melangkaui usaha meningkatkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris kepada keperluan menyediakan persekitaran pembelajaran Bahasa Inggeris yang lebih mesra menurut PPPM (2013-2025:4-13). Seperti gelombang yang pertama yang sedang dilaksanakan menurut PPPM (2013-2025:4-13) dalam pelan tindakan kewujudan penguasaaan kemahiran berbahasa secara meluas, Kementerian harus menumpukan usaha menyeragamkan standard kurikulum Bahasa Malaysia di semua sekolah, meningkatkan sistem penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, dan menambah ketersediaan pilihan bahasa tambahan untuk murid yang bukan dari SJK. Murid yang menghadapi masalah dalam literasi akan diberi bantuan dan sokongan tambahan melalui program LINUS 2.0 sertasokongan pemulihan tambahan Bahasa Malaysia selepas waktu persekolahan formal untuk murid Tahun 4 hingga 6 supaya mereka tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan sebaya dalam arus perdana.Di samping itu, memartabatkan dan membudayakan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu merupakan antara usaha yang wajar dilaksanakan dalam penambahbaik sistem pendidikan negara kita dari peringkat prasekolah hingga preingkat pengajian tinggi (http://www.dbp.gov.my/). Selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), bahasa Malaysia akan kekal sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik berdasarkan PPPM (2013-2025:4-14). Untuk SJKC dan SJKT, bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal sebagai bahasa pengantar di sekolah masing-masing. Usaha menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu akan dipergiatkan termasuk menggalakkan ahli akademik menghasilkan lebih banyak karya dalam bahasa Malaysia, memperkasakan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk menterjemah lebih banyak hasil kajian antarabangsa dan istilah penting ke dalam bahasa Malaysiasa Malaysia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta universiti tempatan disediakan. Lebih-lebih lagi, Kerajaan juga dikehendaki menghantar guru Bahasa Malaysia ke luar negara bagi melatih rakyat Malaysia di sana menjadi tenaga pengajar.

4.3 TRANSFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHANKementerian terus beriltizam mengekalkan dasar sedia ada, iaitu mengukuhkan profesion keguruan di Malaysia bagi mensasarkan perguruan sebagai profesion pilihan selain memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di semua sekolah mengikut artikel Suhaila Sharul Annuar (Berita Harian:19 Ogos 2013). Mengambil iktibar daripada kejayaan usaha terdahulu, dan permuafakatan awal dengan guru serta kesatuan guru, Kementerian bercadang melaksanakan Pakej Kerjaya Guru yang baharu dalam beberapa gelombang.

Pakej Kerjaya ini akan menangani cabaran semasa yang dihadapi oleh guru pada setiap peringkat kerjaya mereka daripada pengambilan dan latihan keguruan hingga pesaraan. Pakej ini berdasarkan artikel Assim Hassan (Utusan Online:12 September 2012) dalam telah merangkumi usaha meninggikan syarat kelayakan masuk, meningkatkan peluang pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan individu, membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan profesional berasaskan teladan rakan setugas.

Sebagai tamsilan, Kementerian sewajarnya memperkukuhkan status profesion keguruan supaya menjadi profesion pilihan menurut PPPM (2013-2025:5-10). Kementerian berhasrat untuk melaksanakan kempen pemasaran dan pengambilan bersasaran, berfokus kepada mereka yang berprestasi tinggi dan segmen yang mengalami kekurangan tenaga pengajar termasuk bidang seperti Bahasa Inggeris, Sains, dan guru lelaki. Kementerian juga boleh mengadakan jerayawara di sekolah, pameran pendidikan dan iklan TV bersasaran untuk meningkatkan jenama perguruan. Langkah-langkah lain seperti untuk memilih guru pelatih daripada lulusan 30% terbaik dan mungkin mengurangkan saiz ambilan sekiranya kumpulan pemohon pada sesuatu tahun tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan. Kementerian juga wajib melaksanakan dasar ini di IPT.

Meninggikan syarat kelayakan kemasukan untuk ambilan guru Baharu juga merupakan antara proses yang perlu dijalankan oleh KPM menurut PPPM (2013-2025:5-10). Selaras dengan aspirasi IPG untuk menjadi universiti latihan perguruan bertaraf dunia, Kementerian hendaklah menetapkan standard yang lebih tinggi untuk lulus latihan perguruan dan seterusnya diambil bertugas sebagai guru di bawah Kementerian. Langkah yang serupa akan dilaksanakan di IPT. Pada masa hadapan siswazah akan diambil bekerja hanya setelah mereka dapat menguasai kompetensi minimum yang diharapkan melalui praktikum dan kerja kursus dalamlatihan perguruan. Syarat ini adalah untuk memastikan hanya guru yang terbaik dan paling layak menyertai profesion keguruan. Walau bagaimanapun, guru pelatih sedia ada di IPG dan di IPTA tidak terikat dengan dasar baharu ini.4.4 KEPASTIAN PEMIMPIN BERPRETASI TINGGI DI SETIAP SEKOLAHObjektif Kementerian adalah untuk memastikan setiap sekolah mempunyai pemimpin sekolah berprestasi tinggi yang berkeupayaan meningkatkan prestasi sekolah tanpa mengira tahap permulaan sekolah berkenaan. Kementerian juga hendak meluaskan tumpuan bukan sahaja kepada pengetua dan guru besar, tetapi juga merangkumi pengurusan pertengahan sekolah, seperti guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia mengikut PPPM (2013-2025:5-17). Dengan ini, Kementerian bercdang untuk membangunkan pakej kerjaya baharu bagi pengetua atau guru besar yang mengimbangi iltizam yang mendalam untuk membina keupayaan kohort kepimpinan sekolah dengan standard dan kebertanggungjawaban profesional yang lebih tinggi.

Seperti langkah gelombang pertama yang dikemukan dalam pelan tindakan akan menumpukan kepada peningkatan standard, penambahbaikan sistem sokongan, dan penyediaan asas bagi membentuk kumpulan besar pemimpin berkompetensi tinggi di semua sekolah di Malaysia. Gelombang seterusnya melaksanakan laluan kerjaya dan skim kemajuan yang baharu, dan menyokong peralihan ke arah pelaksanaan model kepimpinan teragih yang melibatkan guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia. Gelombang ketiga pula akan menyaksikan pemerkasaan yang lebih kepada semua pemimpin sekolah semasa sistem beralih ke arah model pengurusan berasaskan sekolah.

Tambahan pula, Kementerian disarankan untuk mewujudkan suatu program residensi pengetua dan guru besar serta mengukuhkan program pendedahan sedia ada untuk menyokong pengetua dan guru besar yang baru dilantik dalam tempoh peralihan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan sejak awal tempoh perkhidmatan berdasarkan PPPM (2013-2025:5-18). Program residensi ialah suatu program suai-jawatan yang membolehkan bakal pengetua berada selama satu bulan bersama-sama pengetua dan guru besar yang akan bersara atau berpindah dari sekolah berkenaan.

Dalam tempoh ini, mereka bukan sahaja dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, malahan menerima pementoran secara langsung daripada pengetua atau guru besar yang berpengalaman. Program pendedahan pula ialah pemantapan program pementoran pengetua secara sukarela yang telahpun dilaksanakan oleh Majlis Pengetua Cemerlang di kebanyakan negeri. Dalam program ini, pengetua menerima bimbingan dan pementoran secara langsung selama tujuh hari atau 42 jam daripada pengetua berpengalaman atau Rakan Peningkatan Sekolah.

5.0 RUMUSAN

Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, bidang pendidikan telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor penentu kejayaan (critical success factor) utama. Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil termasuklah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP:2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Kedua-dua pelan pembangunan ini dirancang untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di Malaysia agar sejajar dengan kehendak global iaitu menghasilkan sumber manusia yang berdaya saing dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang dilancar hari ini dilihat sebagai pelan holistik yang mampu mentransformasi pendidikan negara ke peringkat global. Pelbagai pihak berpendapat ia satu anjakan bestari kerajaan dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara bagi melahirkan pelajar dan guru yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21.

Beberapa langkah penambahbaikan telah dilakukan terhadap PPIP melalui Persidangan Kajian Semula PIPP anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan pada 19-22 Julai 2009. Tujuan utama persidangan ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian strategi pelaksanaan, pelan tindakan, aktiviti, indikator dan jangka masa yang ditetapkan sama ada perlu dikekalkan, dipinda atau digugurkan berdasarkan perkembangan dasar- dasar baru kerajaan.

Sebagai kesinambungan PIPP ini, kerajaan juga telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM 2013-2025 sebagai penambahbaikan dan pada masa sama memperkenalkan beberapa pendekatan baru yang menjurus kepada transformasi pendidikan negara. Oleh yang demikian, antara fokus utama PPPM ini adalah untuk melaksanakan transformasi pendidikan negara untuk 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat untuk melengkapkan setiap murid di negara ini dengan segala kemahiran baharu dalam pelbagai bidang dan elemen yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke 21.

Untuk bersaing dengan negara termaju dunia adalah penting untuk Malaysia menyediakan pendidikan berkualiti yang mampu menghasilkan pelajar bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran-kemahiran kritikal abad ke 21. Justeru, KPM akan menyemak semula kurikulum pendidikan untuk menerap dan membangunkan kemahiran abad ke 21 seperti berfikiran kritis dan kreatif, serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang. Kerajaan juga sedang berusaha menaik taraf kemudahan pendidikan yang meliputi pembinaan insfrastruktur bangunan dan penyediaan bilik-bilik khas bagi mengupayakan sistem pembelajaran ke arah pendidikan abad ke-21. Kelengkapan bilik pandang dengar, makmal komputer dan bengkel kemahiran dibina agar dapat menyokong pembelajaran berteraskan sumber dan membolehkan pelajar mempunyai akses pembelajaran kendiri.

Jelasnya, reka bentuk bangunan sekolah dan susun atur kelas mempengaruhi pembelajaran murid secara individu dan berkumpulan dan bagaimana penggunaan sumber pembelajaran dapat dioptimumkan. Hal ini juga bertepatan dengan penjelasan oleh Zaid Ahmad (2010:158) yang menyatakan bahawa di semua pusat pendidikan, penyertaan pelajar pelbagai etnik dalam semua aktiviti adalah tinggi. Penyertaan yang kerap memberi peluang kepada pelajar berinteraksi sosial dengan rakan dalam persekitaran yang noninsrtuctional jika dibandingkan dengan bilik darjah. Oleh yang demikian, kerajaan melalui KPM telah mula menggunakan reka bentuk bangunan yang baru dan susun atur bilik darjah yang dapat mengoptimumkan proses pembelajaran pada masa kini dan sebagai persediaan ke arah pendidikan abad ke-21. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah merancang pelaksanaan pendidikan berkualiti dan menjurus ke arah pendidikan abad ke-21.

Secara kesimpulannya, sistem pendidikan yang sedia ada di Malaysia amat memerlukan perubahan daripada pendekatan satu saiz untuk semua kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat dan masyarakat sekitar. Jurang pendidikan yang masih ketara akan dikurangkan dengan menyediakan keperluan asas secara berterusan. Pada waktu yang sama, bagi berdepan dengan cabaran era globalisasi, KPM juga perlu merancang untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya saing dengan seluruh dunia. Dengan usaha-usaha yang dirancang dari zaman untuk tuntutan kemerdekaan sampai era kegemilangan Malaysia, aspirasi untuk menyatupadukan, menyelaraskan dan mensaksamakan sistem pendidikan di negara dalam satu siri pendidikan yang ideal bagi mewujudkan sistem pembelajaran yang seimbang tanpa didominasikan oleh bahasa, kaum, budaya dan gaya pembelajaran dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan integrasi.6.0 RUJUKANBerita Harian. 2013. PPPM Pelengkap Hala Tuju Pendidikan. (19 Ogos).Choong Lean Keow. 2009. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Shah Alam, Selangor: U.G Press Sdn. Bhd. (halaman 24)Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahma Badawi. 2006-2010. Rancangan Malaysia Kesembilan. Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (halaman 15)Dasar Pendidikan Kebangsaan. 2008. Diakses Pada 1 Mac 2014 Daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.html.Farhan Nasri Abdul Rahman & Nurul Farihana Zakaria. 2000. Falsafah Dan Konsep Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Percetakan Anda Sdn. Bhd. (halaman 114)International Law Book Services. 2010. Perlembagaan Persekutuan. Batu Caves, Selangor: SS Graphic Printers (M) Sdn. Bhd. (halaman 110-111)Kamaruzzaman Bin Yahya. 2011. Keberkesanan Pengunaan Prasarana Di Kompleks Sekolah Wawasan Subang Jaya Dalam Usaha Menggalakkan Interaksi Antara Semua Murid Warga Sekolah. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. (halaman 14)Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Konsep Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. (halaman 4)Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. (halaman 4)Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. (halaman 1-4, 4-4, 4-5, 4-7, 4-13, 4-14, 5-10, 5-17, 5-18)Laman Web Rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2008. Memartabatkan Bahasa Melayu. Diakses Pada 5 Mac Daripada http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php? Content=articles&ArticleID=769Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin. 2011. Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar, Cabaran dan Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan: Universiti Sains Malaysia. (halaman 38)Mohd Ridzuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran Intergrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan. Institut Islam Hadhari: Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010) 61-84. (halaman 74&75)Mok Soon Sang & Lee Shok Mee. 1989. Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Pay See Tiang. 2008. Politik Pendidikan Sekolah Menengah Persendiri Cina (SMPC), 1962-2002: Satu Kajian Tentang Perkembangan SMPC Di Ipoh, Perak. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. (halaman 6)Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur : Maskha Sdn. Bhd. (halaman 130)Tan Yao Sua. 2009. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Peranan Lim Lian Geok dan Aminuddin Baki. Jurnal Terjemah Alam & Tamadun Melayu 1 (2009) 139-166. (halaman 144)Tan Yao Sua. 2010. Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa Dalam Sistem Pendidikan Malaysia. USM Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia Press. (halaman 48-49, 63, 58, 122 & 148-149)Utusan Online. 2012. Transformasi Profesion Keguruan. (12 September)Wan Norhasaniah Wan Husin. 2012. Peradaban Dan Perkauman Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. (halaman 257)Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Ho Hui Ling, Ku Halim Ku Arifin, Lee Yok Fee, Najeemaf Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib & Nazri Muslim. 2010. Hubungan Etnik Di Malaysia Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. (halaman 158)Zuraina Majid. 1985. Masyarakat Malaysia Edisi Kedua. USM Pulau Pinang: Kedai Buku Koperatif Bhd. (halaman 107)

7.0 LAMPIRANRujuk Kepada Portfolio Hubungan Etnik WAJ310618