HUBUNGAN SILATURAHIM

download HUBUNGAN SILATURAHIM

If you can't read please download the document

description

Hubungan silaturrahim dalam Islam

Transcript of HUBUNGAN SILATURAHIM

Yayasan Islam Terengganu

MENGERATKAN PERSAUDARAAN DAN HUBUNGAN SILATURAHIM

Disediakan oleh:

Ahmad Fadluldin bin MohamadKetua Penolong Pengarah Pembangunan Insan Yayasan Islam Terengganu B.A. Hons Syariah ( Al-Azhar ) M.A. Islamic Revealed Khowledge and Heritage In Fiqh & Usul Fiqh ( UIAM )

MENGERATKAN PERSAUDARAAN DAN HUBUNGAN SILATURAHIM PengenalanSaudara dari segi maknanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibunya, (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik. Begitu juga ia membawa makna seperti orang yang ada hubungan kekeluargaan, orang yang sama darjat dan kawan. Bahkan di dalam bahasa Melayu disebut bau bacang bererti saudara yang telah jauh pertaliannya. Diguna juga istilah saudara angkat, saudara sekandung, saudara mara ( jauh dan dekat ), saudara sesusu dan saudara tiri. Persaudaraan pula bermakna perihal bersaudara, perhubungan dan pertalian yang rapat sekali.1 Manakala silaturahim bermaksud perhubungan persahabatan ( persaudaraan ). 2 Namun jika dilihat maksud saudara menurut pandangan Islam, ia agak berbeza sedikit. Ini adalah kerana persaudaraan itu diasaskan atas dasar Islam atau agama. Firman Allah SWT: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat 3.

Maksud bersaudara dalam ayat tersebut ialah persaudaraan di dalam satu agama, sebab persaudaraan dari satu keturunan terputus jika berlainan agama. Dan hubungan persaudaraan dari satu agama ( sesama Islam ) tidak terputus walaupun dari keturunan berlainan4.

, Silaturahim dari segi bahasa Arab berasal dari dua perkataan iaitu silah ( ) dan Ar-rahim ( . ) Silah bererti menghubungkan kaum keluarga dan berbuat baik kepada mereka serta mengambil berat antara satu sama lain. Manakala Ar-rahim bermaksud setiap orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang mengharamkan kahwin yang disebut sebagai mahram ( . 5) Namun secara umumnya ia juga dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan yang melayakkan seseorang itu mewarisi harta pusaka samada golongan mahram atau sebaliknya6. Oleh itu, berdasarkan maksud dan istilah yang telah dihuraikan, persaudaraan bererti hubungan antara sesama muslim dalam konteks yang lebih luas. Silaturahim pula bermaksud hubungan kekeluargaan yang ada kaitan dengan keturunan.

Ikatan Persaudaraan1 2

- Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Ketiga ( 2002 ), m/s 1196 - Ibid, m/s 1280 3 - Surah Al-Hujarat: 10 4 - 307 ., , , : , 1, 4141- 4991, 61, 5 - 25-23 ., , , ) : , 1, 4141 - 3991 (, 6 - 356 ., ) : , 5241- 4991 (, 8,

Allah SWT telah menjadikan segala jenis manusia dari kedua ibu-bapanya yang satu untuk Dia menjadikan daripada rahim yang satu itu titik pertemuan di mana terjalin segala hubungan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)7.

Maka Taaruf berkenal-kenalan menjadi asas bagi hubungan yang berlaku antara mnusia. Mungkin terdapat beberapa halangan yang menegah perkenalan, begitu juga akan berlaku perselisihan faham, namun hendaklah diingat bahawa hikmah diciptakan manusia adalah untuk memakmurkan bumi ini bagi menjamin kesejahteraan hidup. Islam bukan hanya suatu ikatan yang menghubungkan sejumlah bilangan manusia tetapi juga ia adalah merupakan beberapa hakikat yang menentukan kedudukan yang benar antara manusia dengan Allah SWT dan seterusnya antara manusia dengan manusia seluruhnya. ( .) Persaudaraan inilah yang merupakan roh bagi keimanan dan sumber bagi segala perasaan mulia yang tersimpan di hati orang Islam terhadap saudaranya Muslim yang lain. Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya: Bandingan orang mukmin sifat saling kasih sayang, mesra, bertimbang-rasa dan perihatin seperti jasad yang satu. Sekiranya salah satu anggotanya sakit maka seluruh anggotanya badan turut menanggung sakit dengan berjaga malam dan demam.8 Sabda baginda SAW lagi:

Maksudnya: Kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu kasih-mengasihani. ( tidakkah kamu ketahui ). Aku beritahu kamu kepada sesuatu jika kamu lakukannya nescaya kamu kasih-mengasihani antara satu sama lain? Ucaplah salam antara kamu9.7 8

-Surah Al-Hujarat: 13 - ) 6852 ( 9 -

Hak dan Adab-adabDiantara hak-hak yang perlu ditunaikan oleh seseorang Muslim terhadap saudaranya ialah sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya:

Maksudnya: Lima perkara menjadi kewajipan kepada seseorang Muslim terhadap saudaranya: a. Menjawab salam. b. Mendoakan orang yang bersin. c. Memenuhi jemputan. d. Menziarahi orang sakit. e. Mengiringi jenazah10. Sabda baginda SAW dalam riwayat yang lain:

Maksudnya: Seseorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan menyusahkannya. Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan menunaikan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan sesuatu kesusahan saudaranya maka Allah SWT akan melepaskan salah satu kesusahannya di hari Kiamat. Dan sesiapa menutup aib seseorang Muslim, maka Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat11.

Dalam Al-Quran, terdapat ayat-ayat yang menyeru agar dipelihara adab-adab atau etika untuk membentuk kestabilan hubungan persaudaraan atau kemasyarakatan. Firman Allah SWT:

}11{ {12} Maksudnya:10 11

- -

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendahrendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Laranganlarangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani12.

Larangan Memutuskan Persaudaraan dan SilaturahimIslam sama sekali melarang umatnya hidup berpecah-belah dan memutuskan hubungan silaturahim. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Tidak masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim13. Sabda baginda SAW lagi:

Maksudnya: Segala amalan setiap anak-anak Adam akan dibentangkan kepada Allah SWT setiap hari Khamis malam Jumaat maka tidak diterima amalan orang yang memutuskan persaudaraan14. Sabda baginda SAW dari riwayat yang lain pula:

Maksudnya: Jangan kamu saling berhasd dengki, benci-membenci dan saling berkelahi. Jadilah hamba Allah yang bersaudara15.

Beberapa Perkara Yang Menjamin Kebahagiaan12 13

- Surah Al-Hujarat: 11-12 14 - ) ) 15 -

Bagi menjamin kebahagiaan, mengukuhkan persaudaraan dan mengeratkan silaturahim hendaklah diberi penekanan kepada beberapa perkara berikut: 1. Hubungan kekeluargaan yang baik seperti suami-isteri hidup harmoni, mentaati ibu-bapa, anak-anak mendapat didikan yang sempurna. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Tiga perkara daripada kebahagiaan seseorang: 1)- Isteri solehah 2)- Tempat tinggal yang selesa 3)- Kenderaan yang selesa16

Maksudnya: Sesiapa yang melawat orang sakit dan menziarahi saudaranya kerana Allah maka malaikat akan menyeru kepada orang yang melakukan amalan ziarah bahawa kamu adalah orang yang telah melakukan amal kebaikan, segala perjalanan kamu akan dirahmati dan kamu layak memasuki Syurga17.

2. Budaya ziarah-menziarahi Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain akan menambahkan lagi kemesraan dan perkenalan. Sabda Rasulullah SAW:

3. Budaya bersalam-salaman dan bermanis-muka. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Setiap dua orang yang Muslim bertemu lalu bersalam-salaman akan diampunkan dosanya sehingga kedua-duanya berpisah18. Baginda juga bersabda:

Maksudnya:16 17

- ) ) - 18 -

Jangan kamu merendahkan masalah amal kebajikan yang mudah walaupun cuma memperlihatkan wajah-wajah yang berseri-seri ketika bersua.19 4. Berbaik sangka ( ) Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya Hendaklah kamu menjauhi sifat buruk sangka kerana sesungguhnya buruk sangka itu adalah ucapan yang paling dusta20.

PenutupDengan terjalinnya ikatan persaudaraan dan hubungan silaturahim maka masyarakat akan bahagia. Khususnya sanak-saudara, kaum kerabat, sahabat handai bahkan orang-orang disekeliling kita akan berada dalam benteng kekuatan yang teguh.

Maksudnya: Ya Allah! Satukan hati-hati kami dan perbaikanlah hubungan di antara kami.

19 20

- -