HUDUD..

11
Hanya melibatkan penganut beragama Islam, orang yang bukan Islam tidak terlibat, kecuali jika mereka memilih untuk terlibat. Hanya orang Islam yang telah dewasa & sempurna akal fikiran yang terlibat. Kanak- kanak dan yang sakit mental tidak terlibat. Apabila sabit kesalahan oleh Mahkamah Syariah Hanya melibatkan beberapa perkara sahaja, iaitu: - MENCURI - MEROMPAK / MENYAMUN - BERZINA -TUDUH ORANG BERZINA - MINUM ARAK - MURTAD (QISAS) - BALASAN SETIMPAL (Bunuh/ cedera anggota)

description

HUDUD. Apa yang nak ditakutkan?. Hudud & Qisas, ini faktanya. Hanya melibatkan penganut beragama Islam, orang yang bukan Islam tidak terlibat, kecuali jika mereka memilih untuk terlibat. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of HUDUD..

Page 1: HUDUD..

• Hanya melibatkan penganut beragama Islam, orang yang bukan Islam tidak terlibat, kecuali jika mereka memilih untuk terlibat.

•Hanya orang Islam yang telah dewasa & sempurna akal fikiran yang terlibat. Kanak-kanak dan yang sakit mental tidak terlibat.

•Apabila sabit kesalahan oleh Mahkamah Syariah

•Hanya melibatkan beberapa perkara sahaja, iaitu:

- MENCURI

- MEROMPAK / MENYAMUN

- BERZINA

-TUDUH ORANG BERZINA

- MINUM ARAK

- MURTAD

(QISAS) - BALASAN SETIMPAL

(Bunuh/ cedera anggota)

(Sekali lagi, orang Islam sahaja….)

Page 2: HUDUD..

•Tujuan Hudud & Qisas adalah untuk menjaga hak asasi manusia, iaitu 5 hak asasi yang asas:

• Menjaga agama

• Menjaga nyawa

• Menjaga harta

• Menjaga akal fikiran

• Menjaga keturunan/maruah

•Menghukum ‘mandatori’ pesalah zina begitu sukar sekali. Ia memerlukan 4 saksi lelaki Islam yang melihat dengan mata kepala sendiri dan bersumpah 4 kali. Orang yang membuat tuduhan zina tanpa bukti kukuh boleh dirotan 80 kali.

•Perempuan mengandung dan mengadu dia mengandung akibat di rogol.. Siapa yang berani menuduh dia berzina (seks sukarela)?? Alamat nak kena 80 rotan..

•Perempuan sabit dirogol tidak disabit berzina.

•Perempuan mengandung kerana dirogol tidak boleh dituduh berzina kecuali si penuduh boleh mendatangkan 4 saksi sahih.

Page 3: HUDUD..

•Hanya pencuri yang betul-betul NEKAD menjadi pencuri sahaja yang boleh dikenakan `mandatori’ potong tangan. Iaitu mereka yang memecah masuk bangunan, mencuri dan merompak barang yang disimpan dengan selamat.

•Mencuri barang yang disimpan, disembunyikan.

•Barang dicuri mencukupi kadar nisab (Hitungan nilai wang/emas yang tertentu oleh pemerintah)

•Latarbelakang pencuri (bukan kerana sebab tertentu seperti kelaparan, hubungan keluarga akrab atau lainnya).

•Tidak boleh sama sekali menjatuhkan hukuman sendiri.

•Hanya hakim yang dilantik yang boleh membicarakan tertuduh,mensabit dan menjatuhkan hukuman. Orang ramai boleh menangkap orang yang disyaki penjenayah tetapi hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Page 4: HUDUD..

•Tidak perlu rombakan serius. Mahkamah sivil hanya perlu merujuk kes-kes Hudud & Qisas ke Mahkamah Syariah.

•Mahkamah Syariah hanya perlu dinaik taraf supaya boleh membicarakan kes-kes Hudud & Qisas serta dibenarkan menjatuhkan hukuman dan menjalankan hukuman..

•Tidak terjejas langsung. Mereka ada ribuan kes lain untuk diselesaikan di mahkamah sivil.

•Sehingga sekarang tempoh menunggu perbicaraan pun memakan masa bertahun-tahun, menunjukkan banyaknya kerja hakim mahkamah sivil.

•Masih banyak kes sivil boleh dijalankan.

Page 5: HUDUD..

•Peguam bukan Islam mempunyai sekian banyak kerja untuk diselesaikan di mahkamah sivil.

•Peguam bukan Islam juga masih boleh terlibat dalam perbicaraan di bawah Undang-undang Syariah sekiranya di upah oleh orang yang tertuduh.

•Hanya para hakim yang dimestikan terdiri daripada orang Islam yang adil.

•Dalam kes yang 100% melibatkan orang Islam, saksi bukan Islam tidak boleh.

•Tetapi dalam kes melibatkan orang bukan Islam (cth: Penjenayah beragama Islam merompak orang bukan Islam). Sudah tentu saksi bukan Islam, peguam bukan Islam akan di terima sekiranya mangsa bukan Islam itu mahu pesalah dibicarakan dibawah Undang-undang Jenayah Syariah.

Page 6: HUDUD..

•Sudah tentu boleh. Macam biasa lah.. Selagi hukuman tidak dijalankan. Selagi itulah peguam tertuduh boleh merayu ke Mahkamah Syariah dan Hakim yang lebih tinggi.

•Keluarga pihak pendakwa pula ada hak untuk memaafkan pesalah sekiranya mereka ingin berbuat demikian..

•Membantah keputusan hakim hendaklah melalui prosedur mahkamah juga. Tidak boleh melalui tulisan awam atau demonstrasi awam kerana ia akan menggugat kedaulatan undang-undang.

•Ekonomi akan bertambah baik kerana kes-kes rompakan dan kecurian akan turun dengan drastik.

•Masyarakat akan berasa lebih aman dan selamat, seterusnya lebih rajin bekerja.

Page 7: HUDUD..

•Pelancong datang bukan untuk mencuri, merompak atau membunuh tetapi mencari kerehatan atau berniaga. Keselamatan mereka lebih terjaga daripada pencuri, peragut dan penjenayah dibawah Hudud.

•Pelancong bukan Islam masih boleh minum minuman keras sekiranya agama mereka tiada halangan.

•Pelancong yang suka mencari pelacur untuk berzina bukan pelancong yang kita mahu… Mereka menyebarkan HIV/AIDS dan moral yang hina..

•Secara keseluruhan bilangan pelancong akan meningkat kerana suasana aman.

•Pelancong makin meningkat kerana lebih selamat dan terjamin.

•Orang bukan Islam boleh meneruskan aktiviti minuman keras tetapi hendaklah menghormati orang Islam.

•Sebarang hal berkaitan minuman keras hendaklah tidak membabitkan orang Islam.

Page 8: HUDUD..

•Tidak akan terjejas.

•Sebaliknya bangunan, kilang, premis,jiwa/diri orang bukan Islam dan harta orang bukan Islam akan lebih terjaga kerana penjenayah akan berkurangan.

•Selama ini pun orang Islam dan bukan Islam memang ada perbezaan. Tempat ibadat berbeza, makanan & minuman berbeza, cara kahwin berbeza, mengurus mayat berbeza dll tetapi bukan kerana mengikut bangsa.

•Hudud tidak akan memecahkan Islam dan bukan Islam kerana terdapat dua sistem kehakiman iaitu Mahkamah Sivil dan mahkamah Syariah.

Page 9: HUDUD..

•Kerana PAS berpegang kepada perintah Allah SWT. Hudud sama juga seperti sembahyang, puasa, zakat dan Haji. Perintah Allah di dalam al-Quran yang wajib dikerjakan oleh orang-orang Islam.

•Hukum melaksanakan Hukuman Jenayah Syariah Hudud dan Qisas adalah Fardhu.

•Pengajaran agama oleh PAS adalah jelas.

•PAS mahu membetulkan tanggapan dan akidah umat Islam.

•PAS yakin dengan hukum dan peraturan Allah boleh menjamin kehidupan manusia seluruhnya.

•PAS percaya, Allah jadikan manusia dan jadikan peraturan/ hukum untuk menjamin kesejahteraan manusia dan mengelak dari gejala sosial.

•Seperti juga sembahyang, puasa, zakat dan Haji yang tidak mengganggu orang bukan Islam, Hudud juga tidak akan mengganggu orang bukan Islam.

•Dengan perlaksanaan Hudud dan Qisas, negara akan menjadi aman dan makmur, rakyat akan hidup selesa, rezeki akan melimpah ruah yang akan dinikmati oleh semua kaum kerana kadar jenayah akan turun dengan drastik. Itulah janji Allah yang telah terbukti dalam sejarah.

•PAS mahukan non-muslim faham dengan jelas konsep hukum Islam

Page 10: HUDUD..

•Mempunyai agenda politik.

•Pengetahuan tentang Islam kurang jelas.

•Kefahaman lemah walaupun mengetahui bahawa itu hukum Allah.

•Diputarbelitkan oleh golongan ulama dalam UMNO sendiri.

•Mereka membaca al-Quran yang sama dengan yang dibaca oleh orang PAS tetapi tiada keyakinan.

•Ulama UMNO terlalu takut untuk berkata benar.

•Penghayatan agama dan terapan nilai keyakinan pada Allah tiada atau lemah sangat.

•Mereka lebih yakin pada hukum-hukum yang dibentuk oleh akal dan kesan peninggalan penjajah

•Jenayah akan berkurangan kerana itu peraturan Allah (Pencipta manusia sendiri).

•Terjamin agama, jiwa (nyawa), akal, harta, keturunan

•Gejala sosial berjaya dibendung.

•Masalah kekeluargaan akan terhindar.

•Bebas dari pertikaian, permusuhan antara kaum, bangsa dan aliran pemikiran.

Page 11: HUDUD..

•Masyarakat Non-Muslim perlu beri sokongan supaya masyarakat muslim dapat mempraktikkan agama anutan mereka.

•Kalau orang bukan Islam boleh membantu orang Islam membina masjid, membantu orang Islam membina bangunan ZAKAT, membantu orang Islam ke Mekah, maka orang bukan Islam juga boleh membantu orang Islam laksanakan Hudud.

•Jikalau Hudud dapat dilaksanakan oleh orang Islam, orang bukan Islam akan sama-sama dapat merasai keamanan dan keberkatannya..

Suaradarigunung.blogspot.com

Negara Kes RogolTahun 2002

Populasi Penduduk

Kes/Populasi  x 1 juta

Kanada 24,350 33,465,300 727.62

Malaysia 1,431 27,730,000 51.60

Jerman 8,615 82,127,000 104.90

Arab Saudi 59 24,735,000 2.39 (LAKSANA HUDUD)

United Kingdom

13,395 61,186,000218.92

Amerika 95,136 305,975,000 310.93

 Rajah 1 : Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara.