Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
Transcript of Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
1/13
HUDUD : CABARAN, PERLAKSANAAN DAN PENYELESAIAN
PENDAHULUAN :
Sistem perundangan adalah himpunan, kaedah dan hukum-hukum yang berkat
rapat dengan hakimnya iaitu ketua negara ) ) yang merintah. Jadi apabilaIslam itu mempunyai system perundangannya yang tersendiri maka pasti di sana ada
muqawwimatasas-asasnya yang tersendiri,mempunyai pemimpin yang arif,taat kepada
perintah Allah dan melaksanakan undang-undang Allah swt.
Ketidak arifan pemimpin negara umat islam, tentang agamanya, hukum-hukum
tuhannya yang wajib dilaksanakan justeru timbulnya pengabaian dan penolakan. Sebagai
contoh hukum hudud menjadi isu yang dagang dan hanya dilaungkan oleh golongan
ulama sahaja .Lebih jauh dari itu,ianya dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang
agamanya () - kupasan ringkas berhubung hukum hudud ini nanti mudah-mudahan dapat membangkitkan kesedaran umat tentang hukum hudud () ituadalah hak Allah yang wajib dilaksanakan apabila cukup syarat-syaratnya.
BENTUK-BENTUK HUKUMAN ( )Hukuman menurut syariat Islam adalah empat :
i) Hudud
ii) Qisasiii) Diat
iv) Tazkir
PENGKHUSUSAN DALAM HUKUMAN HUDUD
HUDUD:
Adalah merupakan hukuman yang setimpal dengan kadar jenayah hudud
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
2/13
Yang dilakukan.Hukumanya adalah wajib.Sebagaimana kata para fuqaha ia adalah hak
Allah Taala.Manfaatnya bersifat umum tidak dikhususkan kepada seseorang individu.
( , (
Bagi melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk kesejahteraan seluruhnya
dan tidak bersifat menzalimi,oleh itu tidak harus disekat menjalankan hukuman ini (
) setelah sabit kesalahan dihadapan hakim sekalipun mendapat keredhaan dari
yang dianiaya ( ) kerana ia adalah hak Allah iaitu hudud.1
HUKUM-HUKUM YANG DISANDARKAN DALAM HUDUD
Menurut Ibn Hajar Al Asqalanidan lain-lain ulamak zaman kini seperti Sheikh
Muhammad Abu Zahrah dan lainnya bahawa hukuman yang menjadi ijma` di dalam hudud
dan tidak ada khilaf sedikit pun, ini telah sabit nas-nas qat`Iyang sorih daripada Al-Quran
dan As-Sunnah ialah:
i) SARIQAH () mencuri , mengambil secara sembunyi harta,barang daripadajagaan atau milikkan tuannya dari tempat simpanannya , dimana perbuatan tersebut
dilakukan dengan niat untuk menghilangkan harta itu daripada milikan dan jagaan
tuannya.
Hukumnya telah ditetapkan oleh Allah dengan firmannya yang berbunyi:
( 38 (
( 39 )( 38-39 : )
``Pencuri lelaki dan pencuri perempuan , potonglah tangan keduanya sebagai
balasan perbuatannya dan untuk untuk pengajarann yang dapat mencegah dari Allah.Dan
Allah itu maha kuasa lagi maha bijaksana .Maka barangsiapa yang bertaubat selepas
melakukan kejahatan dan melakukan kebaikan nescaya Allah menerima
taubatnya.Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.``
11 ? 2?151
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
3/13
Hadis-hadis Nabi saw juga ada menjelaskannya ,diantara sabda Rasulullah saw
kepada Usamah bin Zaid berhubung memohon syafaat supaya tidak dipotong tangan
pencuri bangsawan (golongan ternama).
Sabdanya berbunyi :
:
( )
``Adakah engkau meminta syafaat dalam perkara hukum hudud Allah?Kemudian
Rasulullah saw bangun berkhutbah :Wahai manusia ! Sesungguhnya binasalah orang-
arang yang lebih dahulu daripada kamu kerana tindakan mereka,apabila orang
bangsawan mencuri mereka biarkan,dan aoabila orang lemah(miskin)mencuri mereka
jatuhkan hukuman had.Demi Allah sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri
nescaya aku potong tangannya.``(Muttafaqun Alaih)
ii) ZINA : Melakukan kesalahan persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa
nikah, tidak termasuk wati`syubhah dan milik. Hukumannya disebat, rejam dan taghrib
Hukumannya mengikut dua keadaan orang yang melakukan kesalahan:
1) MUHSAN ( ) yang telah berkahwin dengan perkahwinan yangsah,maka hukumannya ialah direjam sehingga mati.Dalilnya firman Allah Taala
yang dinasakh bacaannya tetapi diteruskan hukumnya iaitu:
``Orang yang telah berkahwin lelaki dan perempuan apabila berzina maka rejamlah
sahaja keduanya itu``.
. : ,
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
4/13
,: .
( ) . :
: ,
Dari Imran bin Hussin r.a seorang perempuan dari kabilah Jahinah datang
menghadap Rasulullah saw dalam keadaan mengandung atas perbuatan zina dia
berkata:Wahai Nabi Allah! Saya telah mengenai hukum had.Maka lakukanlah terhadap
saya .Lalu Rasulullah saw memanggil walinya seraya bersabda:Berlaku baiklahkepadanya ,apabila dia telah melahirkan anaknya bawalah dia kepadaku.Lalu walinya
melakukan apa yang telah diperintahkan .Maka diperintah supaya diperkemas pakaiannya
kemudian diperintah supaya direjam(sehingga mati).Kemudian Rasulullah saw
menyembahyangkannya jenazahnya .Maka berkatalah Umar ra adakah engkau telah
telah menyembahyangkannya wahai Rasulllah padahal dia telah berzina,lalu Rasulullah
telah bersabda : Sesungguhnya dia telah bertaubat, andai dibahagikan taubatnya itu di
kalangan tujuh puluh orang penduduk Madinah,nescaya luas untuk mereka, adakah kamu
sendiri dapati lebih baik dia bersikap baik kepada Allah dengan menyerah diri kepada
Allah s.w.t.: (Riwayat Muslim)
Hadis ini secara jelas mensabitkan hukum bagi orang yang telah berkahwin melakukan
zina.
ii) BELUM BERKAHWIN( ) orang yang belum berkahwin secarasah.Firman
Allah swt:
) 2(: )2 )
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
5/13
3
, , ............
Ambillah kamu daripadaku,ambillah kamu daripadaku (hukuman di atas perempuan yang
berzina ) sesungguhnya Allah telah mengadakan untuk mereka jalan keluar iaitu penzina
teruna dengan dara disebat seratus kali dan dibuang negeri setahun.
Taghrib:
Makna: Duhukum buang negeri bagi penzina ke negeri lain. Berlaku perselisihan pendapat
dikalangan ulama`mewajibkan bagi mereka sebatan.
Imam Al-Hanafiah:
Tidak dihukum buang negeri dan sebat kecuali apabila pemerintah (imam) merasakan
perlu untuk maslahah, maka perlu dikenakan tazkir tetapi tidak dijatuhkan hukum
had.Inilah juga pendapat yang diberikan oleh mazhab Zaidiah.
ImamAl-Hanabilah dan ImamAs-Syafieyyah:
Mesti dikenakan taghrib bagi penzina yang belum berkahwin )) selamasetahun bersama sebatan samada lelaki ataupun perempuan.
Imam Malik :
Dikenakan taghrib bagi lelaki sahaja dan tidak bagi perempuan, pendapat ini sama
dengan pendapatAl-Auzaie `))Liwat juga termasuk dalam mafhum zina menurut Jumhurseperti Malikiyyah,
Syafieyyah, Hambaliyyah, Abi Yusuf , Muhammad Syahibi dan Abi Hanifah. Hukuman bagi
mereka yang melakukannya sama seperti hukuman zina.
: :
- - ,
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
6/13
, :
Menurut Imam Ibnu Taimiyyah:Sebenarnya apa yang telah disepakati oleh para
sahabat:Sesungguhnya dihukum bunuh kedua-duanya iaitu Al-A`la dan Al-Asfal iaitu
pelaku dan yang kena laku sama ada keduanya Muhsyan atau Ghir
Muhsyan,sesungguhnya Ahli Sunan meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dari Nabi (saw)
bersabda :barangsiapa mendapati mereka melakukan amalan kaum Luth maka bunuhlah
yang melakukannya dan yang kena laku.
iii) QAZAF
Dari segi syarak-Tuduhan melakukan zina.2
Iaitu menuduh seseorang dengan berzina tanoa saksi. Dengan memanggil:Wahai penzina
lelaki atau penzina perempuan.Hukumannya adalah lapan puluh sebatan.
Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah menerusi firmannya ialah:
) 4 )
( 4 : )
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan terhadap perempuan-perempuan yang
terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka
sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima kesaksian
mereka selamanya kerana mereka adalah orang-orang fasiq.
(Surah An Nur ayat 4)
24- ? 3?173-\174? 2?364-365 -5 ? 7?34? \4
-6 ? 28?334-335
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
7/13
Nas tersebut warid bagi mihsyonat tetapi hokum tersebut juga sabit bagi muhsyinin
menurut ijma` fuqaha`
Syarat wajib hokum Qazaf :
1- 2 -
Syarat Al-Ihsan :
1-2--34- 5-Menurut Jumhur al-fuqaha`
Disisi Dzohiriyyah:
Islam bukan syarat Ihson ) ) barangsiapa menuduh Zimmiyyah melakukan
zina,wajib dijatuhkan hokum had sebagaimana hukuman menuduh muslimah . Berdalilkanfirman Allah swt:
8
iv). SYURB ()
Meminum arak atau apa juga minuman yang memabukkan. Hukumnya sabit
dengan amalan Nabi s.a.w yang menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 40 kali dan
saidina Umar menambah 80 kali .
). )
: ..........
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa seorang lelaki telah sabit meminum arak
telah dibawa mengadap s.a.w lalu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 40 kali dengan
pelepah tamar. Kata Anas begitulah juga yang dilakukan oleh Abu Bakar .Apabila zaman
8 ? 3?368? /8?216
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
8/13
khalifah Umar beliau telah bermusyawarah dengan para sahabat lalu berkatalah Abdul
Rahman bin Auf.Jdikan seringan- ringan hudud itu 80 kali sebatan .Lalu Umar
memerintah supaya hukuman itu dikenakan.(muttafaqun alaih) .
: ?
,, ,
9
v) HIRABAH
Merampas harta ( ) orang lain dengan kuasa kekerasan atauugutan secara keras oleh seseorang atau kumpulan yang bersenjata atau alat yang boleh
dijadikan senjata . Hukumannya ditetapkan oleh Al-quran ,iaitu firman Allah taala :
( 33 ((
34(
33-34 -
Sesungguhnya balasan terhadap orang orang yang memerangi Allah dan Rasulnya dan
membuat angkara di muka bumi tiada lain dari dibunuh atau disalib atau dipotong tangan
dan kaki mereka secara sebelah yang berlainan atau di buang negeri,Ini adalah
sebahagian penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksa yang
sangat besar .(Al-Maidah 33-34)
vi) MURTAD
Dari segi bahasa : ( ) yang kembali sepenuhnya .
Dari segi syara :( ) .
Iaitu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam yang mukallaf dengan membatalkan
Islam dan imannya : ( \ ) dengan keluar dari agama Islam sama ada dengan
perkataan atau perbuatan ,adapun hati terserah kepada Allah Swt.Hukumannya ialah
9 ? 28?226-227
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
9/13
dibunuh hingga mati setelah diberi peluang bertaubat dalam tempoh tertentu. Dalilnya
sabda Rasulullah (saw):
-
`` Sesiapa yang menukarkan agamanya (Islam ) maka bunuhlah ia.
(Riwayat Al- Bukhari dan Abu Daud)
: , "
, .
, , .
: ""
TAMBAHAN:
Walaupun para ulamamenyenaraikan sehingga 17 perkara yang dinamakan
kesalahan hudud tetapi enam perkara yang digariskan di atas tidak boleh dipertikaikan
dengan Ijma(sepakat para ulama semua mazhab ) kerana ia telah disorihkan dengan
nas-nas yang nyata dan qati.Adapun yang selebihnya termasuk di dalam perkara
khilafiah.
PERLAKSANAAN:
Perlaksanaanya mestilah bersifat menyeluruh tanpa sebarang sekatan dan
batasan.Tanpa ragu-ragu di atas kebenaran hokum.
PERLAKSANAAN HUDUD : WAJIB MELAKSANAKAN HUDUD
) 105 )
- 105
Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu (Ya Muhammad saw) akan
kitab (Al-Quran ) dengan sebenarnya supaya menghukum manusia dengan apa yang
telah dinyatakan oleh Allah maka janganlah kamu jadi pembela kepada orang-orang yang
khianat.
Di dalam ayat yang lain Allah berfirman:
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
10/13
- 2 :
Dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya
(yang melakukan zina ) itu dalam melaksanakan hukum Allah jika kamu benar-benar
beriman kepada Allah dan hari Akhirat. (Surah An Nur ayat 2)
Setiap Muslim yang beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan
Hadith sudah tentu tidak timbul masalah keraguan di dalam melaksanakan hudud.
Keraguan ini lahir apabila keimanan itu masih ditahap peralihan.Kita tidak menafikan
begitu ramai para ulamayang arif dalam bidang agama tetapi mengapa apabila hudud
diperkatakan pertikaian timbul dikalangan ulama.Di manakah wibawa para ulamasekarang ?
Apa yang terbaik ialah membuat kajian secara mendalam dengan mengadakan
muzakarah,pengumpulan bahan ,merujuk kepada ulama-ulama muktabar bukan dengan
mempertikaikan hukum melaksanakannya.Namun apa yang lebih menyedihkan lagi
apabila sebilangan besar yang mempertikaikannya tidak arif masalah hudud.Fenomena
inilah yang menyebabkan sistem perundangan Islam sukar untuk dilaksanakan di negara-negara umat Islam.
Ibnu Qayyim menegaskan lagi :
, , ,: , , ,
"
Inilah tempat tergelincirnya pendirian ,kesesatan fahaman ,tempat berlakunya
kepincangan ,dan membawa kesukaran ,di mana adanya golongan yang melampaui
batas lalu membatutkan hudud,mengabaikan keadaan (hak),menggalakkan orang-orang
yang suka melakukan maksiat berani melakukannya ,menjadikan hukum syariat terhad
hingga tidak boleh membawa maslahat kepada hamba Allah dan menjadikan hokum
syariat itu berhajat kepada yang lain.
Orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah (saw) telah berusaha untuk
melepaskan diri daripada hukum hudud kerana tidak sesuai dengan diri mereka.Secara
kebetulan hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sama dengan apa yang terdapat di
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
11/13
dalam kitab taurat,lalu Rasulullah menjatuhkan hukuman dengan apa yang terdapat di
dalam kitab taurat.Hujjah ini menjadi alasan kepada para ulama untuk menyerahkan
kepada orang bukan Islam supaya menggunakan undang-undang mereka. Mazhab Maliki
telah menyebutkan secara mutlak 11 .
Diserahkan kepada penganut agamanya menurut Imam Malik dan orang Islam dijatuhkan
hukum had,inilah yang dinamakan siasah syariyyah.
Allah berfirman kepada orang-orang Yahudi:
) 42 )
42
Janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dan kebatilan dalam keadaaan kamu
menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya. (surah Al-Baqarah ayat 42)
Firman Allah lagi :
44
Maksudnya ; Barang siapa yang tidak menghukum munurut apa yang diturunkan Allah
,itulah orang-orang yang kafir. ( surah Al-Maidah ayat 44).
HUDUD DAN SIASAH SYARIYYAH
Perkataan siasah syariyyah daripada bahasa Arab iaitu masdar daripada
perkataan (,,) .Maksudnya mentadbir atau memimpin. Menurut
istilahnya pula ialah urusan mentadbir negara,memrintah dan memimpinnya ,manakla
dalam bahasa sekarang ini disebut politik .
Di sini jelas menunjukkan politik asalah sebahagian daripada Isalm menurut nas Al-
Quran, hadis-hadis Rasulullah dan ijma para ulama. Justeru itu ia menjadi sebahagian
daripada ilmu fiqh
Dalam hubungan ini perlu ada garis-garis khusus dalam membezakan teori ciptaan
manusia dengan siasah Islamiyyah yang hakiki.Ibnu Qayyim , Ibnu Al-Jauriyyah r.a
menegaskan dalam kitabnya Al-sarq hakimiyyah Al-sarq Alhakamiyyah Fi siasah Al
Syariyyah :
11 4-?,284 ?-
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
12/13
.
: , , . , :
Berkata seorang ulama dalam mazhab Syafei tiada siasah melainkan apa yang
menepati syara. Ibnu Aqil menegaskan : Siasah itu ialah apa sahaja perbuatan yang
mana manusia yang bersamanya lebih hampir kepada kebaikan dan menjauhkan mereka
daripada kefasadan .Sekalipun Rasulullah tidak menyatakannya, dan wahyu berhubung
dengan nya tidak diturunkan . Jika engkau bermaksud dari perkataan : melainkan apa
yang menepati syara.Itu: tidak menyalahi apa yang diucapkan oleh syara . Maka kata-
kata itu benar .Dan jika engkau bermaksud :tidalah siasah itu melainkan apa apa yang
diucapkan oleh syara maka kata-kata-itu salah dan menyalahkan para sahabat yakni
dalam beberapa tindakan mereka.
Sesungguhnya maqasid Islam itu adalah istiqra dari nas-nas syara bagi
mentahqiqkan kemaslahatan hambanya dan menolak kerosakan dan kemudharatan yang
berlaku sebagai satu proses kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat.Konsep suci ini telah banyak dikupas oleh ulama-ulama agung Islam antaranya
Al-Imam Al-Iz Ibnu Abd As-Salam :
" "" : 12
Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah:
13
Salah seorang anak muridnya yang masyhur iaitu Al-Imam Ibnu Al-Qayyim Al-
Jauziyyah menyatakan:
: 14
Dibentangkan Oleh : Al Fadhil Ustaz Sis Mahmud
Tarikh : Oktober 24, 1995Tempat : Dewan Kamsis Iskandariah
Anjuran : Unit Pengetahuan DPMI 94/95
-
8/14/2019 Hudud-cabaran,Perlaksanaan Dan ian
13/13
HAK CIPTA TERPELIHARA
TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANANORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DANMENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.
MANHAL PMRAM 2000