Hukum berkaitan anjing

9
BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN ANJING Disusun oleh : Muzani Anh Disemak oleh : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif Anjing merupakan antara haiwan yang termasuk dalam najis mughallazah, begitu juga dengan babi. Babi diqiyaskan kepada anjing kerana terdapat mudarat pada kedua-dua haiwan ini. Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. Anjing merupakan najis ‘ain merangkumi peluh, sisa dan seluruh keturunan anjing itu. Meskipun dalam hadith hanya menyebut berkenaan jilatan anjing kepada bekas perlu disamak,seperti Sabda nabi Saw : ِ ابَ ر لت اِ بَ ن هَ لاْ و اٍ ابَ رَ مَ عْ بَ س هَ لِ سْ ! غَ # يْ نَ ا بْ لَ كْ ل اِ هْ # يِ ! فَ ! عَ لَ ا وَ ! ذِ 0 اْ م كِ دَ حَ اِ اءَ ! بِ 0 ا رْ و ه طDari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sucinya bejana kamu apabila dijilat airnya oleh anjing adalah dengan dicuci tujuh kali, yang pertama dengan tanah. (HR.Muslim) tetapi menurut Mazhab Syafie, mulut adalah anggota yang terbaik bagi anjing itu kerana ia sering membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya, tetapi ia tetap dihukum najis. Oleh itu, sudah tentu bahagian badannya yang lain lebih utama dihukum sebagai najis. (rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh). Secara logiknya, apabila mulutnya dan air liur adalah najis maka sumber datangnya air liur juga dira sebagai najis (rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-Muslim, m/s 61) Muzani Anh 30 Jun 2013

description

Hukum berkaitan anjing

Transcript of Hukum berkaitan anjing

Page 1: Hukum berkaitan anjing

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN ANJINGDisusun oleh : Muzani Anh

Disemak oleh : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif

Anjing merupakan antara haiwan yang termasuk dalam najis mughallazah, begitu juga

dengan babi. Babi diqiyaskan kepada anjing kerana terdapat mudarat pada kedua-dua

haiwan ini. Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori

najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air

mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing

tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

Anjing merupakan najis ‘ain merangkumi peluh, sisa dan seluruh keturunan anjing itu.

Meskipun dalam hadith hanya menyebut berkenaan jilatan anjing kepada bekas perlu

disamak,seperti Sabda nabi Saw :

اب� �ر� �الت ب �ه ن� و�ال أ ات� م�ر� �ع� ب س� �ه ل �غ�س� ي �ن� أ �ل�ب �ك ال �ه� ف�ي �غ� و�ل �ذ�ا إ م� ح�د�ك

� أ �اء� �ن إ ط ه و�ر

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

bersabda: “Sucinya bejana kamu apabila dijilat airnya oleh anjing adalah dengan dicuci tujuh

kali, yang pertama dengan tanah. (HR.Muslim)

tetapi menurut Mazhab Syafie, mulut adalah anggota yang terbaik bagi anjing itu kerana ia

sering membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya, tetapi ia tetap dihukum najis. Oleh itu,

sudah tentu bahagian badannya yang lain lebih utama dihukum sebagai najis. (rujuk Fiqh

Islam Wa Adillatuh). Secara logiknya, apabila mulutnya dan air liur adalah najis maka

sumber datangnya air liur juga dira sebagai najis (rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-

Muslim, m/s 61)

Air liur anjing

2 keadaan keturunan anjing:

- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dan khinzir dikira sebagai anjing atau khinzir

juga.

- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dengan haiwan suci lain seperti kambing dan

lembu dikira najis kerana mengikut hukum anjing. Begitu juga dengan khinzir.

Muzani Anh30 Jun 2013

Page 2: Hukum berkaitan anjing

Berkaitan dengan kenajisan anjing,terdapat perbezaan pendapat para ulama, antaranya

Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa anjing ialah najis. Imam Syaukani juga mengatakan

demikian serta ini adalah pendapat jumhur(majoriti) ulama,. Ada juga yang mengatakan

anjing bukan najis seperti dalam Mazhab Maliki. Meskipun demikian, berkaitan dengan tahi

anjing, semua ulama bersepakat bahawa ia adalah najis. (Rujuk Fiqh Berinteraksi dengan

Non-Muslim).

Dalam matan fiqh iaitu Fath al-Qarib :

“ Dan kulit bangkai menjadi suci dengan proses samak melainkan kulit anjing dan khinzir

dan apa yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.”

oleh itu, kita dapat fahami bahawa kenajisan anjing itu ialah pada zat dan ‘ainnya dan

kulitnya tidak dapat disucikan walaupun telah disamak.

BILANGAN BASUHAN AIR KETIKA SAMAK

Najis anjing dan babi perlu merupakan najis mughallazah (berat) dan tidak memadai

membasuhnya sebanyak satu kali basuhan seperti najis-najis lain. Babi diqiyaskan kepada

anjing(dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing. (Rujuk Fiqh

Manhaji m/s 47 Jilid 1).

1. Bilangan basuhan air ketika samak berdasarkan hadith Abu Hurairah :

- 7 kali

basuhan pertama dicampur dengan tanah.

(Rujuk Nailul Authar, m/s 75)

2. Bilangan basuhan air ketika samak ialah :

- 7 kali

basuhan pertama atau terakhir dicampur dengan tanah.

(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)

Basuhan pertama lebih utama menggunakan air yang dicampur dengan tanah

kerana air basuhan seterusnya dapat membersihkannya.

Dalam Mazhab Syafie, pendapat yang azhar (kuat) ialah tanah sebagai satu-

satunya bahan yang mesti digunakan dan tidak memadai mengunakan sabun.

(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)

Muzani Anh30 Jun 2013

Page 3: Hukum berkaitan anjing

Maksud air yang dicampurkan dengan tanah

Dalam Furu’ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud al-Fathoni berkata:

“ Air yang bercampur dengan tanah bermaksud air itu digaul dengan tanah. Bukannya hanya

dengan melalukan air pada tanah.”

Hikmah membersihkan najis mughallazah dengan air bercampur tanah

ini adalah satu simbolik kepada asal kejadian Nabi Adam sehingga akhirnya anak cucu

Adam dilahirkan dan hidup membesar di atas perut bumi yang dilingkungi tanah hingga

akhirnya meninggal dunia dimasukkan ke dalam tanah.( rujuk Furu Masail Wa Usul Wasail ,

m/s 165)

Kajian saintifik terhadap tanah menunjukkan bahawa terdapat bacteria yang diperoleh

daripada tanah menghasilkan produk yang bernama ivermectin. Ubat ini mampu membunuh

cacing yang menyerang manusia dan binatang dengan cara menghalang penyebaran

maklumat dalam system saraf cacing. ( Rujuk Al-Quran Saintifik,Bab 88 dan 89)

BERKAITAN TAHI ANJING BANYAK DI JALANAN

Di maafkan tanah jalan yg diyakini najisnya walaupun dgn najis mugallazah, kerana susah

mengelakkannya, selagi tidak kekal ain najisnya terasing daripada tanah dan tidak hancur

dalam tanah. Sekiranya ain najis terasing dpd tanah maka tidak dimaafkan, walaupun ia

menyeluruh pada jalan, atas pendapat yg aujah (pendapat ashab yg terkuat).

Di sebut dalam Nihayah Al-Muhtaj Syarah Al-Minhaj oleh Syaikh Ramli berkata ,

“ tetapi jika najis menyeluruh pada jalan, maka Zarkasyi mempunyai ihtimal (barangkali)

dimaafkan dan cenderung kalamnya kepada berpegang kpd maaf.”

Syaikh Ibnu Hajar telah berfatwa sekiranya jalan tidak mempunyai tanah, dan di dalamnya

terdapat najis manusia dan anjing, dan telah ditimpa hujan, bahwa ia dimaafkan, ketika

susah megelakkannya.

(Fathul Muin, 1/105 bersama I’anah Tolibin)

Muzani Anh30 Jun 2013

Page 4: Hukum berkaitan anjing

PERSOALAN DAN JAWAPAN

Soalan

salam ustaz. saya sangat musykil mengenai hukum menyentuh anjing dan najisnya.

terdapat pendapat bahawa hukum menyentuh anjing yang kering bulunya tidak perlu

disamak. begitu juga dengan hukum menyentuh najisnya yang kering walaupun. namun

terdapat juga pendapat bahawa menyentuh anjing dan najisnya yang kering walaupun

tangan kering perlu disamak. apa pendapat ustaz mengenai kedua pendapat yang saya

nyatakan?

Jawapan

Waalaikumusalam,

Menurut pandangan ulamak fekah dan para sarjana dalam bidang berkaitan hukum

menyentuh anjing dan  babi  adalah seperti berikut:

1.Sekiranya anggota badan anda kering dan benda (ain binatang) itu pun kering,anda  tidak

perlu menyamaknya.

2.Jika anggota anda kering dan benda itu (ain binantang) basah atau sebaliknya tangan

anda basah dan benda tersebut kering,anda wajib  samak.

 Berbalik kepada soalan yang dikemukakan jika kedua-duanya berada dalam kering iaitu

tangan dan binatang tersebut kering mengikut hukum fekah berdasarkan perbincangan yang

panjang lebar oleh para sarjana dalam bidang berkaitan memutuskan bahawa anda tidak

wajib menyamaknya.Wallahu a'lam.

(rujuk http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/53571 )

Muzani Anh30 Jun 2013

Page 5: Hukum berkaitan anjing

Persoalan 1: Apakah yang harus dilakukan jika kulit badan Muslim atau pakaiannya

bersentuhan dengan anjing?

Jawapan Perbahasan:

Menurut hukum kenajisan anjing, mazhab Syafi'i mewajibkan basuhan tujuh kali kepada

jilatan anjing. Imam Nawawi berkata:

"Dan ketahuilah bahawa tiada beza di sisi kami antara jilatan anjing dan lainnya daripada

komponen-komponennya. Maka apabila mengena oleh kencingnya, najisnya, darahnya,

peluhnya, bulunya, air liurnya dan satu anggota daripada anggotanya akan sesuatu yang

suci pada keadaan kelembapan/ basah salah satunya, wajiblah basuhannya tujuh kali, salah

satunya dengan tanah....".

(Rujuk Syarah Sahih Muslim, jilid 1, kitab At-Taharah, bab jilatan anjing, hal. 521)

Manakala Mazhab Maliki tidak mewajibkan demikian. Sebaliknya kalau dijilat (air liur) oleh

anjing, barulah wajib dibasuh.

Oleh itu kalau sekadar bergesel, tersentuh dan seumpamanya tanpa melibatkan jilatan dan

mulut anjing, masayarakat Muslim ada dua pilihan:

1) Mazhab Syafi'i iaitu WAJIB disamak

2) Mazhab Maliki iaitu TIDAK WAJIIB disamak

Walau bagaimanapun, jika badan anjing tersebut basah maka hendaklah dibasuh. Ini

kerana kebasahan kulit/ bulu anjing berkemungkinan besar berpunca daripada jilatan anjing

kerana anjing memang menjilat tubuhnya.

Dalam suasana hari ini, kebanyakan ulama kontemporari berpendapat bahawa pendapat

Mazhab Maliki lebih praktikal. Ini kerana suasana hari ini mneyaksikan hubungan

masyarakat Muslim dan non-Muslim makin luas. Masyarakat non-Muslim memelihara anjing.

Jika berdasarkan fiqah mazhab Syafi'i sahaja, masyarakat akan menjadi tidak selesa untuk

bergaul dengan non-Muslim kerana takut dan khuatir dijilat atau bersentuhan dengan anjing.

Muzani Anh30 Jun 2013

Page 6: Hukum berkaitan anjing

Persoalan 2: Jika Muslim berjabat tangan dengan non-Muslim yang baru menggosokkan

anjing, adakah wajib disamak tangannya?

Jawapan perbahasan:

Konsepnya masih sama seperti di atas. Jika menurut Mazhab Syafi'i, menyentuh tubuh

anjing yang basah atau bendalir daripada badannya mewajibkan samak. Namun Mazhab

Maliki tidak mewajibkannya. Namun, ia bukanlah perkara yang wajib(ikut pendapat

Mazhab Maliki). Jika nyata cairan itu air liur maka wajib disamak ketika itu.

Maka jika menyentuh tempat seperti berjabat tangan dengan non-Muslim yang baru

menyentuh anjing, eloklah dibasuh.

Persoalan 3: Sebuah rumah dibeli atau disewa oleh seorang Muslim. Pemilik sebelumnya

ialah seorang non-Muslim yang memelihara anjing di rumah tersebut. Persoalannya, adakah

wajib disamak satu rumah?

Jawapan perbahasan:

Persoalan hendaklah difahami berdasarkan kepada beberapa konsep"

1) Keyakinan

Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak atau keraguan. Adakah kita yakin bahawa

seluruh rumah tersebut telah dijilat oleh anjing?

2) Tidak nampak

Benda yang berada di luar ilmu dan pengetahuan kita adalah dimaafkan. Kita tidak tahu di

mana anjing tersebut berada dan di mana pula tempat yang telah dijilat oleh anjing.

3) Perbezaan pendapat ulama

Wujud perbezaan ulama tentang kenajisan anjing. Maka pilihlah pendapat yang mudah dan

sesuai untuk diamalkan.

Berdasarkan konsep ini, tidak salah untuk kita bersihkan rumah. Lagipun memang rumah

yang baru nak diduduki perlu dibersihkan bukan? Maka ambillah kesempatan itu untuk

membersihkan rumah. Kalau perlu dibasuh tempat-tempat yang mungkin menjadi jilatan

Muzani Anh30 Jun 2013

Page 7: Hukum berkaitan anjing

anjing, sila kenal pasti berdasarkan ilmu dan juga logik.

Kesimpulan:

Kesepakatan ulama ialah jika tersentuh atau terkena jilatan anjing (mengandungi air liur)

maka perlu dibasuh tujuh kali, salah satunya air tanah.

Tetapi jika bergesel dengan bulu anjing (atau apa-apa situasi selain terkena jilatan), boleh

ikut Mazhab Syafi'i ataupun Maliki.

PENUTUP

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua insyaAllah. Jika ada silap dan salah pada perkongsian ini, sila maklumkan kepada saya. Syukran.

RUJUKAN- Fiqh Islam Wa Adillatuh, Dr Wahbah Zuhaili- Fiqh Manhaji, Dr Mustofa Bugho, Dr Mustofa Khin, Ali Syarbiji- Furu’ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud Al-Fathoni- Nailul Author , Imam Syaukani- Nihayah al-Muhtaj, Sheikh Ramli (Ulama Mazhab Syafie)- Fiqh Berinteraksi dengan Non Muslim, Ust Mohd Nizam Abdul Kadir- Soal Jawab Remeh Temeh berkenaan Toharah.

http://www.ustazshauqi.com/2011/04/hukum-memelihara-anjing.html

http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/2010/10/fiqah-berkaitan-anjing.html

http://majelisfiqih.wordpress.com/2011/11/10/fawaid-hadits-faedah-hadits-jilatan-anjing-bangkai-dan-darah/

Muzani Anh30 Jun 2013