Hukum Kulit Biawak Dll

2
Hukum kulit biawak Apa hukum 'lizard skin' dipakai semasa solat, dan diluar solat? Bagaimana dengan pemakaian barang- barang kulit yang lain (selain daripada babi dan yang sejenis dengannya)? Jawab: Jumhur fuqaha' mengharuskan penggunaan kulit semua jenis binatang (kecuali anjing dan babi) dengan cara disamak terlebih dulu. Dalil: HR Muslim dari Ibn Abbas, kulit apapun yang disamak, maka dia telah suci. HR Daruquthni dari Aisyah RA: sucinya setiap kulit adalah ketika menyamaknya. Lihat Syawkani,Nailool Awthor, jld 1 pg 60-63; Ibn Hazm, al Muhalla Jld 1, pg 148, Ibn Qudamah al Hanbaliah, al Mughni Jld 1, pg 66. Apa yang dimaksudkan dengan menyamak? Menyamak kulit ialah satu teknik terdiri daripada beberapa siri proses yang membolehkan kulit binatang mentah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan manusia. Dalam proses saintifik ia dikenali dengan leather tanning. Selalunya kulit itu direndam dalam larutan garam, kemudian air, kemudian larutan 'lime' untuk membuang daging, bulu, darah dan pelbagai kotoran

description

rujukan

Transcript of Hukum Kulit Biawak Dll

Hukum kulit biawak

Hukum kulit biawak

Apa hukum 'lizard skin' dipakai semasa solat, dan diluar solat? Bagaimana dengan pemakaian barang-barang kulit yang lain (selain daripada babi dan yang sejenis dengannya)?

Jawab:

Jumhur fuqaha' mengharuskan penggunaan kulit semua jenis binatang (kecuali anjing dan babi) dengan cara disamak terlebih dulu.

Dalil: HR Muslim dari Ibn Abbas, kulit apapun yang disamak, maka dia telah suci. HR Daruquthni dari Aisyah RA: sucinya setiap kulit adalah ketika menyamaknya. Lihat Syawkani,Nailool Awthor, jld 1 pg 60-63; Ibn Hazm, al Muhalla Jld 1, pg 148, Ibn Qudamah al Hanbaliah, al Mughni Jld 1, pg 66.

Apa yang dimaksudkan dengan menyamak?

Menyamak kulit ialah satu teknik terdiri daripada beberapa siri proses yang membolehkan kulit binatang mentah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan manusia.

Dalam proses saintifik ia dikenali dengan leather tanning.

Selalunya kulit itu direndam dalam larutan garam, kemudian air, kemudian larutan 'lime' untuk membuang daging, bulu, darah dan pelbagai kotoran padanya. Ia kemudian disamak/tanning dengan ramuan 'tannin' (yang berasal dari tumbuhan ) atau dari punca mineral (galian). Kemudian kulit tadi barulah disalut dengan pelbagai bahan lain supaya kelihatan cantik, licin dan berkilat dan sesuai dibuat pelbagai jenis barangan kulit.

Dalam hukum syarak, kulit yang datangnya daripada pelbagai bangkai binatang tadi asalnya najis, namun setelah melalui pelbagai proses 'tanning' atau samak, ia menjad halal sebab rupa bentuk asal kulit tadi sudah berubah bentuknya.

sekian