Hukum sentuh anjing jais

7

Click here to load reader

Transcript of Hukum sentuh anjing jais

Page 1: Hukum sentuh anjing jais

MAKLUMBALAS BERKAITAN HUKUM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING DAN KEPEKAAN UMAT ISLAM TERHADAP MAKANAN HALAL

1. PENDAHULUAN Tulisan ini dikemukakan untuk tatapan awam sebagai menjawab aduan awam berkaitan

tindakan seorang wanita Melayu memegang anjing dan isu kepekaan masyarakat Islam

terhadap kepentingan mengambil sumber makanan halal lagi baik.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor

(JAIS) telah menerima aduan awam mengenai satu artikel dalam Akhbar

The Star bertarikh 24 April 2010 (Sabtu) menyiarkan seorang wanita Melayu

yang giat aktif menyertai secara sukarela satu pertubuhan menyelamatkan

binatang terbiar seperti anjing iaitu Society, Prevention, Cruelty dan Animal

(SPCA). Aktiviti seorang wanita Melayu Islam memegang seekor anak

anjing telah menimbulkan isu kurang senang di kalangan pembaca akhbar

tersebut.

2.2. Pengadu iaitu Nora mendakwa Akhbar The Star dianggap telah menghina

Islam melalui aktiviti yang telah dilakukan oleh seorang wanita Melayu

Islam. Bertitik tolak dari itu, penjelasan lanjut diketengahkan menjurus

kepada isu orang Islam memelihara anjing, isu berpegang kepada sesuatu

mazhab di samping kepekaan orang Islam termasuk golongan saudara baru

terhadap pengambilan makanan halal terutamanya di hotel-hotel.

Page 2: Hukum sentuh anjing jais

3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk

dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan

najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air

bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau

menyalahi hukum Islam.

3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie

adalah seperti berikut : a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara

keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,

rumah, harta benda dan sebagainya.

b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau

dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam

Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9

menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk

berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan

menjaga keamanan rumah. 3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-

Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai

binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah

S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi

S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara

anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari

pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang

mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.

Page 3: Hukum sentuh anjing jais

4 . PENJELASAN ISU ORANG ISLAM MENGAMBIL JALAN MUDAH TERHADAP SESUATU MAZHAB (BERKAITAN MENYENTUH ANJING / MEMELIHARA ANJING)

4.1 Pada umumnya para ulama berpendapat bahawa orang awam diharuskan

berpindah-pindah mazhab dengan syarat-syarat yang tidak menyimpang

daripada al-Qur’an dan al-Hadith. Ini kerana dalam kes-kes tertentu ulama -

ulama Mazhab ini berbeza mengenai perkara yang furu' (cabang) dan

bukan perkara asas. Bahkan Imam-Imam Mazhab juga tidak memaksa

pengikutnya hanya berpegang kepada pegangannya sahaja. Lazimnya

mereka berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang empat kerana ada

sesuatu kesulitan (masyaqqah) dan ada juga yang berpindah mazhab

secara berterusan atau secara sekejap sahaja (kemudian kembali semula

ke mazhab asal) adalah diharuskan.

4.2 Isu berpindah-pindah mazhab adalah dibenarkan dengan syarat tidak

berlaku talfiq yang diharamkan (berlaku perkara yang tidak diiktiraf oleh

ulama Islam). Apakah yang dimaksudkan dengan talfiq? Talfiq di sini

bermaksud diharamkan mengumpulkan atau menghimpunkan pendapat

ulama di dalam satu masalah. Jika dihimpunkan dua atau tiga pandangan

ulama dalam satu masalah, para pelopor mazhab tidak membenarkan dan

tidak diakui oleh mazhab tersebut. Contoh, menghimpunkan cara

mengambil wuduk mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki dalam satu

ketika adalah tidak dibenarkan. Contoh lain yang lebih mudah difahami.

Bolehkah dalam satu waktu seseorang itu memakai tiga jenis pakaian

tradisional iaitu Cina, Melayu dan pakaian Panjabi. Ketiga-tiga pelopor

pakaian tradisional tersebut tidak mengiktiraf cara pemakaian baju

tradisional tersebut.

4.3 Memahami Mazhab Syafie secara umum adalah suatu kewajipan bagi yang

berpegang dengan mazhab tersebut. Adapun isu yang timbul dalam

masyarakat Islam masa kini ialah mereka tidak mendalami serta memahami

Page 4: Hukum sentuh anjing jais

sesuatu mazhab itu. Sehingga apabila timbul sesuatu kesulitan, mereka

terus berpindah ke sesuatu mazhab (Hanafi) contohnya, tanpa memahami

dengan lebih mendalam. Akibatnya mereka terperangkap dalam kekeliruan

dan kejahilan di antara dua mazhab tersebut. Situasi ini tidak dibolehkan

sama sekali dalam konteks bermazhab.

4.4 Berbalik kepada isu seorang wanita Melayu yang memberi pandangan

dibolehkan mengikut Mazhab Maliki ketika menyentuh anjing walaupun

terkena air liurnya, adalah bertentangan dengan prinsip berpindah mazhab

seperti yang dijelaskan di atas. Di dalam Kitab Majmu’ Fatawa, halaman

382 secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang perlu mengikut orang-

orang yang tertentu sama ada larangan dan cadangan, selain dari

Rasulullah S.A.W. Seorang Islam hendaklah merujuk soalan mereka

kepada ulama dan bukan mengikut citarasa tersendiri berdasarkan

kecenderungan-kecenderungan tertentu yang tidak bertepatan dengan

Syarak. Jumhur ulama Islam membenarkan seseorang itu mengambil

keputusan atau pandangan seseorang Imam terhadap sesuatu perkara

yang mana dia rasakan lebih baik dari segi komitmen agamanya atau lebih

tepat dalam hal-hal yang diselisihkan itu.

4.5 Sementara itu, Syeikh Abd al-Karim al-Khudayr mengatakan bahawa

seseorang itu tidak boleh menukar pendapatnya semata-mata kerana

sesuatu pandangan itu menyenangkannya atau memilih sesuatu

pandangan kerana rukhsahnya (keringanan) semata-mata. Sebaliknya umat

Islam boleh memilih sesuatu pandangan berdasarkan dalilnya yang terbaik

di kalangan yang lain atau pandangan yang lebih benar. (Lihat Majmu’

Fatawa, halaman 23).

4.6 Sebagai penegasan berdasarkan kenyataan di atas, umat Islam tidak

dipaksa mengikut sesuatu pandangan sahaja tanpa mengetahui nas-nas

yang memerintahkan untuk melakukan demikian. Mereka dibenarkan

memilih pandangan (nas) yang lebih baik dari kalangan Imam (mazhab)

Page 5: Hukum sentuh anjing jais

yang bersesuaian. Demikian juga umat Islam tidak boleh memilih sesuatu

pandangan mazhab kerana rukhsahnya / keringanannnya semata-mata.

Jika tidak membuat pemilihan, ikutilah Imam (pemimpin) yang lebih taqwa

dan berilmu pengetahuan. Umat Islam dilarang memilih pandangan yang

mudah dan sesuai dengan naluri tanpa melihat kepada nas-nasnya terlebih

dahulu.

5. KEPEKAAN ORANG ISLAM TERMASUK GOLONGAN SAUDARA BARU

TERHADAP KEUTAMAAN MENGAMBIL / MEMILIH MAKANAN HALAL

5.1 Adalah menjadi kewajipan umat Islam memilih makanan yang diyakini dan

disahkan halal lagi baik termasuk premis makanan / restoran yang

menyelenggarakannya. Islam mengambil berat aspek pemakanan bukan

sahaja dari khasiatnya sahaja tetapi juga dari mana sumber asalnya dan

daripada apa serta bagaimana ianya dihasilkan bertepatan dengan konsep

halalan toyyiba (Surah al-Baqarah 2 : 168, Surah al-Maidah 5 : 88, Surah

al-Anfal 8 ; 69 dan Surah al-Nahl 16 : 114). Ini kerana, daripada makanan

yang dimakan akan menjadi darah daging dan memberi kesan kepada

perlakuan atau tindakan individu. Jika umat Islam tidak prihatin dalam soal

memilih jenis makan minum termasuk premis makanan yang disahkan

halal, dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam kerana

tidak menjaga status makanannya halal atau haram.

5.2 Sebagai sebuah agensi Kerajaan, Jabatan Agama Islam mempunyai

bidang kuasa untuk memberi penerangan dan dakwah dari semasa ke

semasa kepada umat Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa

berhati-hati dalam urusan pengambilan sumber makanan yang halal lagi

baik. Tidak terkecuali kepada golongan saudara baru yang dilihat perlukan

sokongan moral yang kuat daripada seluruh umat Islam. Namun, nasihat

dan teguran secara hikmah daripada orang ramai amat diperlukan dalam

pelbagai aspek supaya semua orang Islam dan termasuk golongan saudara

Page 6: Hukum sentuh anjing jais

baru memahami aspek-aspek Syariah mengikut cara yang sebenar. Oleh

itu, perlu ditegaskan adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan

kepada semua orang Islam untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah sama

ada melalui tulisan, secara lisan atau melalui teladan yang baik. Kerana

sesungguhnya kerja-kerja dakwah tidak hanya dibebankan kepada Jabatan

Agama Islam sahaja. Sebaliknya semua orang Islam berhak melaksanakan

usaha dakwah dengan apa cara sekalipun sehingga ajaran Islam tersebar

ke seluruh pelusuk alam.

6. PENUTUP

Sebagai sebuah agensi agama yang menjaga kemaslahatan umat Islam di

Negeri Selangor, JAIS menggesa supaya:

6.1 Media massa dan media cetak khasnya Akhbar The Star untuk tidak

mengulangi paparan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti agama Islam

dan yang berkaitan orang Islam secara semberono. Kerana

sesungguhnya tulisan yang boleh menimbulkan sensitiviti umat Islam tidak

menguntungkan semua pihak. Malah jika tidak dibendung, ianya boleh

menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

6.2 Para ulama yang mempunyai autoriti dalam mengemukakan pandangan

perlu dirujuk dalam menanggapi persoalan semasa dan tidak sewenang-

wenangnya setiap individu mengemukakan idea dan pandangan tanpa

berlandaskan nas atau keterangan yang tepat, jelas dan berwibawa lebih-

lebih lagi dalam hal-hal yang bersangkutan dengan taklid mazhab.

6.3 Umat Islam diingatkan berhati-hati dalam konteks pengambilan sumber

makanan yang halal lagi baik supaya menjamin kesihatan dan mendapat

keberkatan dalam hidup.

Page 7: Hukum sentuh anjing jais

Disediakan oleh : Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor 18 Mei 2010 / 4 Jamadilakhir 1431H