huraian Model Assure.docx

26
1.0 PENGENALAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ialah satu dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara dan dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi. Dokumen ini penting ke arah gerakan ke hadapan menerusi pendekatan secara inklusif dan komited melalui transformasi pembelajaran. PPPM lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak dan merupakan rangka yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh serta mencakupi semua lapisan masyarakat. Ia dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid serta sistem pendidikan secara keseluruhan dalam tempoh 13 tahun dan menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian Pendidikan bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat. Dalam pada untuk kita bersaing dengan kemajuan dunia, sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan 1

Transcript of huraian Model Assure.docx

Page 1: huraian Model Assure.docx

1.0 PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ialah satu dokumen rasmi yang amat

signifikan untuk pembangunan negara dan dalam masa sama mampu melahirkan pelajar

bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi. Dokumen ini penting ke arah gerakan ke

hadapan menerusi pendekatan secara inklusif dan komited melalui transformasi pembelajaran.

PPPM lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak dan merupakan rangka yang

terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh serta mencakupi semua lapisan masyarakat. Ia

dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu memahami prestasi dan cabaran semasa sistem

pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan,

meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam

kalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem, mewujudkan visi dan aspirasi yang

jelas untuk setiap murid serta sistem pendidikan secara keseluruhan dalam tempoh 13 tahun

dan menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan

penting dalam Kementerian Pendidikan bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi

masyarakat.

Dalam pada untuk kita bersaing dengan kemajuan dunia, sektor pendidikan haruslah

seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar

harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian

murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk

supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-

matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu

pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan

teknologi. Perancangan kurikulum abad ke 21 juga mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan

dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara

Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang

akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara juga berupaya

merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai

dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

Oleh yang demikan, untuk mencapai cita-cita tersebut. para guru memainkan peranan

penting dalam melaksanakan reka bentuk pengajaran yang mengikut keadaan semasa.

Seseorang guru harus mengetahui aspek reka bentuk pengajaran kerana tanpa perancangan

yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam

1

Page 2: huraian Model Assure.docx

pengajaran terutamanya dalam proses pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran.

Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran tetapi keseluruhannya mengandungi beberapa

aspek asas seperti mana yang terdapat dalam keenam-enam langkah Model ASSURE.

Justeru itu, pentingnya guru memahami dan mempelajari model ASSURE agar

pengajaran dan pembelajaran dapat memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran melahirakan

generasi yang berilmu pengetahuan dan dapat bersaing seiring dengan kemajuan teknologi.

Dalam bahagian yang seterusnya, penulis telah mereka bentuk satu sesi pengajaran dan

pembelajaran menggunakan model ASSURE dengan mengaplikasikan pengajaran abad ke21.

2.0 Model ASSURE

Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat

memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan

pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru

merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Aplikasi model

Assure mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan. Enam langkah tersebut

ialah Analyse Learners (Analisis Pelajar), State Objectives (Nyatakan objektif/hasil

pembelajaran), Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber),

Utilize media and materials (Guna media dan bahan sumber), Require learner

participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) dan Evaluate and revise (Nilai dan semak

semula)

2.1 Analisis Pelajar

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting untuk membantu kita

merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis

berdasarkan aspek-aspek seperti ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman

sedia ada serta gaya belajar masing-masing

Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan, daerah,

kawasan, budaya dan seumpamanya. Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat

disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan

2

Page 3: huraian Model Assure.docx

bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan

aktiviti tanpa media cetak.

Setiap pelajar juga mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Analisis pengetahuan

dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang

bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar

melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit

terlebih dahulu dan mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas. Apabila guru ada

maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari,

mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang

sesuai yang akan digunakan.

Selain itu, pelajar juga mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya

pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu

itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat

membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn dan

Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa

contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara

individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah

laku belajar.

2.2 Nyatakan Objektif dan Hasil Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas. Ini adalah sebagai

hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat

selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mestilah spesifik. Pernyataan

objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai.

Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru

tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut iaitu

siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar), apakah yang hendak dicapai? (apakah

bentuk pelakuan baru), bagaimana hendak dicapai? (apakah syarat pelakuan) dan apakah

tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

3

Page 4: huraian Model Assure.docx

Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya

pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar itu sendiri. Tingkah laku yang

dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan

diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi

sebenar. Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah melakar, menamakan, meramal,

membaca, menjawab, melukis, menilai, melabel serta menjelas.

Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat

bagaimana tingkah laku baharu yang dapat diperhatikan. Penyataan syarat pencapaian

objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan

pembelajaran. Situasi atau syarat pelakuan pula bermaksud penyataan pencapaian syarat

objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan

media yang sesuai. Manakala standard pencapaian pula merujuk kepada darjah

pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti

atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Penyataan

pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi

membantu pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam

bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh

dibuat dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contoh penulisan objektif pengajaran dan

pembelajaran adalah seperti berikut :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :

• melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta

Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betul.

• Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang

mempunyai sultan.

2.3 Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah

dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut

merangkumi aspek-aspek seperti membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai

dengan objektif yang hendak dicapai, memilih format media yang sesuai dengan kaedah

4

Page 5: huraian Model Assure.docx

yang dipilih serta memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber

pembelajaran.

Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al (1999), untuk memilih

bahan sumber yang sesuai soalan-soalan berikut perlu ditanya. Adakah bahan ini menepati

kurikulum?, adakah is ipelajaran menepati kurikulum?, adakah laras bahasanya jelas?,

adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?, adakah bahan ini dapat

menarik pengelibatan pelajar?, adakah bahan ini berkualiti?, adakah bukti yang

menunjukkan bahan ini berkesan?, adakah bahan ini bebas daripada iklan dan

kecenderungan memihak? serta adakah ada panduan pengguna?. Memilih bahan sumber

sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran juga dapat

menjimatkan masa.

2.4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memastikan kejayaan

penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak, pratonton dan kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru

hendaklah mengkaji, menyemak dan menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum

digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menyediakan bahan untuk

penggunaan pembelajaran di dalam kelas. Guru juga perlu memastikan persekitaran yang

sesuai untuk pembelajaran dan menyediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

2.5 Libatkan Pelajar Dalam Pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan

perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori

behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat

mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk

perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus

mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

5

Page 6: huraian Model Assure.docx

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan

mengekalkan pengelibatan pelajar dalam proses belajar, gambar foto, slaid gambar bersiri,

dan video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan serta dapat menjana idea dan

juga aktiviti penyelesaian masalah.

2.6 Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model Assure. Sebenarnya langkah ini

menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.

Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk

memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

3.0 APLIKASI MODEL ASSURE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.1 Menganalisis pelajar

Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih

dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini, guru boleh menggunakan

Model ASSURE dalam rancangan pengajaran harian dengan mengaplikasikan

pembelajaran abad ke-21. Tugasan ini akan menghuraikan bagaimana mereka bentuk

pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan Model ASSURE dengan mengaplikasikan

pembelajaran abad ke-21. Penulis telah mereka bentuk rancangan pengajaran harian

untuk pelajar tahun 2. Tema bagi pengajaran ini ialah Alam Sekitar yang bertajuk

Berkelah di Sungai. Standard kandungan bagi tajuk ini ialah 3.3 iaitu membina dan

menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. Manakala standard pembelajaran pula

ialah 3.3.3 iaitu membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul

berdasarkan soalan.

Melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, menganalisis setiap

pelajar sebelum bermulanya sesuatu pengajaran adalah sangat penting kerana tahap

pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar di dalam kelas adalah berbeza-

beza. Selain itu, setiap pelajar juga mempunyai minat dan bakat yang pelbagai dan

6

Page 7: huraian Model Assure.docx

setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Oleh itu, guru perlu meletakkan

minat pelajar sebagai keutamaan dan pengajaran haruslah berpusatkan murid. Guru

juga perlu mengambil kira gaya pembelajaran setiap muridnya. Setiap pelajar

mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk

kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai

pembelajaran. Antara gaya pembelajaran yang boleh digunakan ialah Model Multiple

Intelligence Gardner.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu

manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat

mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Menurut

Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh

dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana

pembelajaran dan lain-lain. Justeru itu, guru harus bijak dalam pemilhan kaedah,

media, dan bahan sumber pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan jenis

pelajar yang ingin diajar. Bagi kumpulan yang mempunyai latar belakangnya pelbagai

(heterogeneous), guru bolehlah menggunakan satu aktiviti, tayangan video, laporan

akhbar dan sebagainya sebagai rangsangan atau advance organizer untuk aktiviti

perbincangan kumpulan atau analisis kajian.

Bersesuaian dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah direka bentuk

oleh penulis ini, bagi permulaan kelas guru menarik perhatian pelajar melalui literasi

media iaitu tayangan klip video mengenai suasana perkelahan di Sungai Congkak.

Setelah selesai menonton tayangan video tersebut, guru menggunakan kemahiran

berkomunikasi dan berkolaborasi dengan bertanyakan pendapat murid tentang

keadaan suasana perkelahan di dalam video berkenaan. Aktiviti soal jawab di dalam

kelas memainkan peranan yang amat penting untuk menguji kafahaman pelajar dan

merangsang pemikiran kreatif dan kritis. Aktiviti soal jawab ini haruslah melibatkan

semua pelajar dengan bertanyakan soalan secara rawak dan individu. Sekiranya

terdapat pelajar yang kurang aktif, guru boleh merendahkan aras soalan dengan

bertanyakan tentang pengalaman sedia ada pelajar tersebut. Dengan adanya beberapa

kaedah penyoalan daripada guru, pelajar dapat menjawab soalan yang diajukan

mengikut tahap penguasaan serta kefahaman mereka. Oleh hal demikian menganalisis

pelajar penting kerana pengajaran yang mengikut pengetahuan, minat pelajar dan gaya

7

Page 8: huraian Model Assure.docx

pembelajaran pelajar dapat membantu mereka menguasai dan memahami isi pelajaran

yang akan disampaikan oleh guru.

3.2 Nyatakan Objektif dan Hasil Pengajaran

Pernyataan objektif atau hasil pembelajaran adalah penting sebagai hala tuju

pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk ini

adalah amat jelas dan spesifik iaitu pada akhir pengajaran, murid dapat membina dan

menulis 3 daripada 4 jawapan dalam bentuk ayat berdasarkan soalan yang diberi dan

membaca petikan teks yang diberi dengan sebutan yang betul dan lancar. Sebelum

menyatakan sesuatu objektif pengajaran, guru perlu menitikberatkan beberapa kriteria

antaranya ialah mengenal pasti kumpulan sasaran, bentuk tingkah laku baharu,

situasi atau syarat perlakuan serta darjah tahap pencapaian minimum perlakuan.

Siapa yang terlibat untuk mencapai objektif pengajaran pembelajaran perlu

dikenal pasti dan ditetapkan. Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran bukan

pengajaran. Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar itu sendiri.

Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran

sama ada secara mental atau pun fizikal. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran

yang direka bentuk oleh penulis, guru telah mengaplikasikan pembelajaran abad ke 21

dengan melakukan transformasi pedagogi melalui penggunaan teknologi

pembelajaran terkini iaitu Frog VLE yang telah direka khas untuk memudahkan tugas

guru mengajar. Ia akan membantu guru mengajar dengan kaedah yang lebih

menyeronokkan. Melalui Frog VLE, murid diminta membuat latihan yang disediakan

dengan membina dan melengkapkan ayat-ayat berpandukan isi teks yang telah

dipaparkan di skrin putih. Aktiviti yang berikutnya ialah secara kumpulan, murid

dibimbing untuk mengenal pasti beberapa kata hubung dan kata sendi nama yang

dipetik daripada teks yang telah dimuat naik oleh guru sebelum bermulanya pengajaran

pada hari tu.

Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan menggalakkan murid terlibat

secara aktif dan memberi kelainan kepada mereka dalam mempelajari ilmu baharu.

Dengan penggunaan literasi teknologi maklumat dan komunikasi objektif sesebuah

pembelajaran lebih mudah tercapai kerana sudah menjadi lumrah kehidupan kanak-

kanak amat menyukai teknologi maklumat. Dengan penggunaan teknologi maklumat

8

Page 9: huraian Model Assure.docx

pelajar dapat mengakses dan meneroka ilmu pengetahuan mengikut keperluan

pembelajaran. Guru memberi peluang kepada pelajar menggunakan komputer untuk

menjawab latihan yang diberi. Secara tidak langsung guru dapat menerapkan elemen

fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

Dalam mereka bentuk pengajaran ini, penulis juga mengambil kira bentuk

tingkah laku baharu yang hendak dibina dan dibentuk dalam diri pelajar. Apakah yang

hendak dicapai telah dijelaskan secara spesifik di dalam objektif pengajaran dan

pembelajaran ini melalui tingkah laku pelajar yang dapat dilihat dan diukur. Oleh itu,

pemillihan istilah membina dan membaca amatlah sesuai digunakan kerana pada akhir

sesi pengajaran guru akan memastikan setiap murid dapat membina ayat dengan betul

dan tepat dan seterusnya dapat menulis jawapan yang betul dalam bentuk ayat

berdasarkan soalan yang diberi. Di samping itu, murid juga dapat membaca teks yang

diberi dengan sebutan yang betul dan lancar. Apabila murid dapat menguasai sesuatu

ilmu baharu yang diajar oleh guru, maka objektif pengajaran pada hari itu tercapai

dengan jayanya.

Penulis juga mengenal pasti apakah syarat perlakuan? Bagaimanakah tingkah

laku itu hendak dibuat? dan Dalam situasi yang bagaimanakah tingkah laku itu dibuat?.

Oleh itu, guru menggunakan alat bantu mengajar seperti komputer untuk membantu

proses pengajaran agar berjalan dengan lancar serta mengikut situasi atau syarat

perlakuan yang dikehendaki. Guru telah mereka bentuk satu tapak pembelajaran yang

menarik yang mengandungi bahan-bahan pengajaran seperti maklumat mengenai

aktiviti perkelahan di sungai, klip video dan artikel yang menarik, aktiviti berkumpulan

dan soalan-soalan latihan untuk menguji tahap kafahaman murid. Melalui aktiviti yang

diadakan seperti ini, penulis yakin murid dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh

guru iaitu membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat berdasarkan soalan yang

diberi dan mengenal pasti beberapa kata hubung dan kata sendi nama yang terdapat

dalam petikan.

Dalam pernyataan objektif juga, guru perlu menilai tahap pencapaian minimum

atau standard pencapaian bagi memperakui bahawa sudah berlaku perubahan tingkah

laku kepada setiap murid. Pernyataan pengukuran tahap pencapaian murid akan

membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan

sebaliknya pengukuhan dan pengayaan bagi yang sudah menguasai pembelajaran.

9

Page 10: huraian Model Assure.docx

Penulisan kriteria kuantitatif boleh ditulis dalam bentuk peratusan, nilai angka atau skor

mentah. Contoh yang terdapat pada pengajaran dan pembelajaran ini ialah murid dapat

membina dan menulis 3 daripada 4 jawapan dalam bentuk ayat lengkap berdasarkan

soalan yang diberi. Sekiranya pelajar dapat menulis jawapan tersebut dengan betul dan

tepat, maka pembelajaran pada hari itu telah dikuasai oleh pelajar sepenuhnya.

Dengan memenuhi keempat-empat kriteria yang disebutkan tadi, guru dapat

mencapai objektif yang diinginkan manakala murid pula dapat menguasai kemahiran

yang diajar pada hari itu. Namun demikian, tugas guru ialah perlu memantau aktiviti

pelajar agar tidak ada yang mengambil kesempatan dengan melakukan aktiviti yang

tidak berkaitan dengan isi pelajaran. Pembelajaran aktif bermaksud penglibatan pelajar

dalam setiap aktiviti sama ada dalam perbincangan bersama rakan atau bersama guru.

Galakkan pelajar untuk memberi pendapat dalam perbincangan agar perbincangan lebih

menarik dan mampu menjana idea yang kreatif dan inovatif. Dengan adanya objektif

pengajaran yang jelas dan nyata, hasil pengajaran mudah dicapai dan menepati elemen

pengajaran abad ke -21.

3.3 Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber.

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media,

kaedah, dan bahan sumber dibuat secara sistematis dan terancang. Bersesuaian

dengan latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan beberapa teknik adalah lebih

berkesan. Penulis telah mereka bentuk satu sesi pengajaran yang menggunakan

format media seperti gambar, petikan, audio, grafik, dan tayangan komputer

multimedia. Guru akan mendapatkan sumber-sumber seperti gambar perkelahan,

petikan mengenai aktiviti perkelahan dan sebagainya di Frog store. Dengan

menggunakan sumber-sumber tersebut pembelajaran berasaskan kolaboratif melalui

ICT serta perkongsian maklumat dapat diaplikasikan oleh guru.

Di samping itu, guru juga menggunakan kaedah simulasi melalui aktiviti

lakonan murid ketika berada di kawasan perkelahan. Guru akan memberi beberapa

situasi dan murid akan melakonkan watak-watak mengikut peranan masing-masing.

Melalui aktiviti ini, kemahiran berucap dengan tatabahasa yang betul dapat di latih

dalam kalangan pelajar serta murid dapat menyerlahkan bakat-bakat terpendam yang

ada dalam diri setiap daripada mereka. Guru juga harus bijak memilih bahan sumber

10

Page 11: huraian Model Assure.docx

yang ingin digunakan bagi menyampaikan isi pelajaran yang menjadi fokus

pembelajaran.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran ini, penulis telah memilih bahan

sumber sedia ada seperti gambar dan petikan teks mengenai aktiviti perkelahan,

mengubah suai dan mereka bentuk bahan sumber sedia ada seperti klip video

perkelahan dan membuat kelainan dengan menghasilkan lembaran kerja yang diubah

suai menjadi lebih menarik seperti kad jemputan dan tiket kapal terbang. Pemilihan

bahan sumber yang pelbagai dapat menarik minat murid untuk memberi tumpuan

sepenuhnya terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

3.4 Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah mereka bentuk penggunaan media dan bahan sumber

menerusi pengajaran dan pembelajaran. Media dan bahan sumber haruslah

dimanfaatkan oleh guru dan murid. Oleh itu penulis telah mengkaji, menyemak dan

mengubah suai bahan sebelum digunakan di dalam kelas. Sebagai contoh, klip video

yang ingin ditayangkan perlulah menepati kehendak tajuk iaitu perkelahan di sungai.

Video-video yang berkaitan dengan aktiviti perkelahan telah disunting dan digabungkan

menjadi sebuah klip video yang menarik yang mempunyai gaya persembahan yang

pelbagai dari segi audio, grafik, animasi, tulisan dan muzik yang sesuai dengan minat

murid. Kerja-kerja penyuntingan video ini menjadi mudah dengan adanya teknologi

terkini serta dapat merealisasikan pembelajaran abad ke21.

Media dan bahan sumber dapat membantu dalam menjalankan aktiviti

pembelajaran murid. Contohnya, melalui gambar-gambar yang dipaparkan, secara

berkumpulan murid perlu membina 5 ayat berdasarkan aktiviti yang terdapat pada

gambar tersebut. Aktiviti sedemikian dapat melatih pemikiran kritis murid dalam

menyelesaikan tugas yang diberi. Setelah berkolaborasi dan berkomunikasi

bersama ahli kumpulan, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil yang mereka

dapat. Tugas guru adalah membuat pembetulan pada ayat yang salah dan membuat

refleksi terhadap pembentangan setiap kumpulan. Dalam melaksanakan aktiviti

berkumpulan guru perlu menitikberatkan susun atur bilik darjah iaitu susun atur kerusi

11

Page 12: huraian Model Assure.docx

dalam bulatan kecil untuk perbincangan kumpulan. Menurut Ausubel, pelajar boleh

disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka dengan

advance organizer iaitu memberikan gambaran menyeluruh berkaitan dengan isi

pelajaran yang akan dipelajari.

Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid, guru hendaklah

menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian agar dapat menjadi pengajar yang

baik. Semasa penyampaian isi pelajaran, bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini

guru menggunakan media teknologi maklumat web 2.0 dari pelbagai sumber untuk

menarik perhatian pelajar kepada penyampaiannya. Startegi berpusatkan murid diguna

pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini manakala guru berperanan

sebagai pengurus dan fasilitator sahaja. Kaedah ini juga dikenali sebagai kelas

terbalik ‘flip class’. Apabila murid terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih

berkesan.

3.5 Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara

aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh

semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Melalui sesi

pengajaran dan pembelajaran ini, guru melibatkan murid melalui aktiviti permainan

bahasa menggunakan i-Think iaitu proses pemikiran membanding beza. Guru

memberi arahan dan secara berkumpulan murid diminta menghasilkan peta i-Think di

atas kertas besar dan membuat banding beza antara kata hubung dan kata sendi nama

yang terdapat pada petikan teks yang disedikan oleh guru. Setelah selesai

perbincangan, setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk membentangkan hasil

kerja kepada rakan kelas dan guru. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat

mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lantaran itu, guru

hendaklah memberikan maklum balas secara langsung sebaik sahaja murid

menunjukkan kejayaan.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru telah melibatkan pelajar

dengan pelbagai aktiviti pada setiap langkah. Sebagai contoh, pelajar terlibat secara

aktif melalui aktiviti perbincangan, menjawab soalan latihan, lakonan dan sebagainya.

Penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran mampu memberi impak yang lebih

12

Page 13: huraian Model Assure.docx

berkesan dalam diri setiap pelajar dan seterusnya dapat membentuk tingkah laku

baharu.

3.6 Nilai dan Semak Semula

Langkah yang terakhir ialah membuat penilaian dan menyemak semula

perancangan. Seperti kebiasaannya, setiap perancangan perlulah dinilai dan

disemak semula untuk mengenal pasti sama ada pengajaran dan pembelajaran

yang direka bentuk ini dapat mencapai objektif atau pun tidak. Di samping itu, guru

juga perlu menilai sama ada kaedah dan bahan sumber yang digunakan

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan tahap

penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran. Jika sebaliknya, guru boleh

mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternatif lain.

Melalui aktiviti di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat

membuat penilaian secara formal melalui lembaran kerja yang disediakan oleh

guru dan ujian tahap penguasaan murid. Penilaian informal pula melalui hasil

kerja murid, pemerhatian guru dalam setiap aktiviti perbincangan dan

pembentangan kumpulan dan soal jawab berkaitan dengan klip video perkelahan

tersebut. Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya memberikan maklum balas

tentang pencapaian objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media

dan bahan sumber. Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses

pengajaran dan pembelajaran melalui amalan refleksi. Guru perlu menilai semula

perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangannya

berjaya. Melalui proses refleksi, guru perlu melihat semula perancangan pengajaran,

tindak balas murid terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya.

Di samping itu, guru juga perlu membuat tindakan susulan dengan menyediakan

latihan pengukuhan dan pengayaan kepada pelajar yang telah menguasai dan sesi

pemulihan bagi pelajar yang masih belum menguasai sebarang kemahiran yang

diajar.

4.0 KEBERKESANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MEDIA TERKINI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

13

Page 14: huraian Model Assure.docx

Teknologi maklumat dan media pada masa kini telah digunakan secara global dan

revolusi ini telah meresap ke dalam sistem pendidikan di negara kita agar dapat mengharungi

cabaran serta mencapai matlamat Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020,

inisiatif untuk mengintegrasikan teknologi maklumat dan media terkini dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah tepat pada masanya. Teknologi maklumat dan media terkini dalam

pengajaran dan pembelajaran diguna pakai sebagai media pengajaran mengikut aspek

pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran murid. Seperti yang

dikemukakan oleh Gagne dan Briggs bahawa secara implisit media pengajaran meliputi alat

yang berupa fisik yang digunakan untuk menyampaikan isi materi pengajaran yang terdiri dari

antara lain buku, tape recorder, kaset, video kamera, grafik, televisyen, filem, slide power point,

gambar dan komputer (Arsyad, 2002).

Dalam konteks pembelajaran, penggunaan teknologi maklumat dan media

terkini dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan,

aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula teknologi maklumat dan media

terkini digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Berdasarkan reka bentuk pengajaran

dan pembelajaran yang dihasilkan oleh penulis. Guru menggunakan teknologi maklumat dan

media terkini kerana mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik dengan teks dan

suara dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalam apa juga cara. Melalui

penggunaan alat teknologi dan paparan media terkini beberapa perubahan dan

pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran telah berlaku. Antaranya ialah perubahan

fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid. Dalam hal

ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses

penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.

Pengenalan kepada teknologi maklumat dan media terkini seperti Frog VLE,

Blendspace, Edmodo, Google Plus, Power Point dan lain-lain yang juga dikenali sebagai

teknologi Web 2.0 telah membawa kepada perubahan sikap yang positif dalam kalangan

pelajar. Ini kerana perisian-perisian tersebut menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti

pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional. Melalui penggunaannya, pelajar boleh

menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Contohnya, segala maklumat

berkaitan dengan isi pelajaran dapat dimuat turun untuk kegunaan pembelajaran mereka. Oleh

itu, kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar

yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. Teknologi

maklumat dan media terkini dapat menyediakan kaedah pengajaran dengan memberi

14

Page 15: huraian Model Assure.docx

penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada

menerima ilmu secara sehala sahaja. Penggunaan teknologi Web 2.0 juga mampu

meningkatkan potensi pelajar untuk belajar dan menguasai sesuatu topik dengan mudah.

Selain itu, teknologi juga berkeupayaan meningkatkan potensi terhadap penglibatan

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian Project Tomorrow,

teknologi berpotensi mengaktifkan penglibatan pelajar dan meningkatkan potensi dalam diri

pelajar (Anon, 2011)

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa penggunaan teknologi dalam

pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam

mengaplikasikan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang

diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan

guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang penting

dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi

berhubung dengan teknologi. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa

melayu dapat membantu mengatasi kelemahan murid dalam menguasai kemahiran

bahasa dan tatabahasa yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam

penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi

dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan

teknologi. Penggabungan teknologi maklumat dan media terkini dalam pengajaran dan

pembelajaran memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus.

Justeru itu, peranan guru dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan media

terkini melibatkan semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan

sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Di peringkat awal proses

pengajaran guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar dan kaedah penilaian sebelum

masuk mengajar. Oleh itu, guru boleh menggunakan teknologi dan bahan media sebagai bahan

bantu mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku

sekiranya guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi dan yang

paling penting dalam tugas seorang guru adalah penyediaan bahan media terutama dalam

menjalankan aktiviti. Aktiviti yang dijalankan ini perlulah memberangsangkan dengan pemilihan

bahan media yang menarik, berkesan dan bersesuaian dengan tahap murud dan berkaitan

15

Page 16: huraian Model Assure.docx

dengan isi pelajaran serta pengetahuan sedia ada mereka. Kesannya, pelajar akan lebih

bersedia, aktif dan seronok dalam meneruskan aktiviti pembelajaran mereka.

Seterusnya, penggunaan teknologi berasaskan web dalam pendidikan mendorong

kepada anjakan paradigma peranan guru dan pelajar. Selain daripada berperananan sebagai

penyampai maklumat, guru kini berperanan sebagai perangcang strategi kepada aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berasaskan web sebagai fasilitator. Manakala pelajar bukan

sahaja menjadi penerima maklumat daripada guru semata-mata tetapi pelajar kini boleh

menjadi penyumbang aktif kepada pelbagai maklumat. Ciri -ciri Web 2.0 boleh diintegrasikan

dalam pendidikan melalui pelbagai aktiviti yang merangkumi penghasilan dokumen, membuat

penyuntingan, penyebaran maklumat, penilaian, kritikan dan maklumbalas. Disamping itu,

peranan pelajar sebagai penyelidik, penulis dan pemberi khidmat sokongan membantu dalam

meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara kelebihan penggunaan Web 2.0 terhadap pelajar ialah pelajar dijadikan

sebagai penyumbang kandungan. Hal ini kerana, keupayaan untuk mencipta serta

memanipulasi maklumat seperti yang terdapat dalam Wiki, blog dan podcast membolehkan

pelajar untuk memanipulasi maklumat yang dipaparkan, membekalkan maklumat tambahan dan

seterusnya menyebarkannya kepada orang lain. Dengan kaedah ini secara tidak langsung

pelajar itu sendiri telah mengalami proses pembelajaran kendiri dan juga membekalkan

maklumat kepada masyarakat sejagat. Selain itu, pelajar juga dijadikan sebagai

penyumbang aktiviti pembelajaran dua hala. Dengan menerusi web khususnya melalui

ruang forum, pelajar boleh melakukan aktiviti tambahan seperti perkongsian idea, bahan dan

sebagainya. Penggunaan ruang forum maya yang terancang, aktif dan kreatif menyokong

kepada pembentukan telaga ilmu dalam sesuatu bidang. Teknologi dinamik ini dapat

menghasilkan aktiviti pembelajaran dua hala atau lebih kepada maya (virtual) dan aktif. Pelajar

juga boleh menjadi pengkritik melalui penggunaan web 2.0. Dengan menggunakan aplikasi

web 2.0, pelajar boleh menyumbang idea sebagai pengkritik. Sebagai contoh kenyataan akhbar

atau teks ucapan boleh dijadikan bahan kritikan. Guru berperanan menyediakan bahan untuk

membuat kritikan. Dalam hal ini, guru perlu bijak menilai bahan yang bersesuaian untuk

dijadikan bahan kritikan. Kritikan dengan sokongan dari kajian literature akan menyumbang

kepada penjanaan ilmu dan kemahiran pelajar kepada tajuk atau bidang tersebut. Aktiviti ini

menggalakkan pelajar kepada penerokaan ilmu yang berkaitan dengan bahan atau subjek yang

hendak dikritik disamping bijak berhujah mengenai sesuatu isu.

16

Page 17: huraian Model Assure.docx

Di samping itu, penggunaan teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan dalam pendidikan

juga mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi tersebut, pelajar

tidak sekadar mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat

membina pengetahuan melalui interaksi sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan

menunjukkan pengintegrasian teknologi Web 2.0 seperti blog dan wiki di dalam persekitaran

pembelajaran berkesan untuk meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti

pembelajaran serta mewujudkan interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik.

Sebagai contoh penggunaan blog dalam pembelajaran. Blog mudah untuk dibina dan

diselenggara berbanding dengan teknologi yang lain dan lebih mudah untuk memaparkan

semua jenis sumber maklumat seperti teks, imej, video, dan sebagainya ke internet. Dengan

penggunaan blog, dapat memberi pelajar maklumat terkini mengenai bahan pembelajaran

mereka serta dapat menjadikan pembelajaran lebih sama rata, bukan secara hierarki, dan guru

bertindak sebagai titik kawalan, bukan sebagai satu-satunya sumber maklumat dan tafsiran.

Selain itu, ia dapat membina pemikiran kritis dan juga cara-cara yang sesuai untuk

mengutarakan pemikiran tersebut dalam bentuk tulisan melalui penggunaan ruang komen dan

bentuk maklum balas yang lain serta dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif

dalam proses pembelajaran kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan menarik.

Sebagai penutup, penggunaan teknologi maklumat dan media terkini juga

berfungsi untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik dan

dapat mempelbagaikan teknik dan kaedah yang terkini serta dapat menjana dan

menghasilkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Terdapat

banyak kelebihan penggunaan teknologi maklumat dan media terkini yang merangkumi

pelbagai aspek antaranya ialah dapat menjadikan pengajaran lebih terancang, dapat

melibatkan pelbagai deria, memperkayakan pengalaman murid, memperluaskan batasan

komunikasi, dapat merangsang pembelajaran individu, dapat memberi keseronokan belajar dan

murid akan lebih bermotivasi. Selain itu, teknologi dan media terkini dapat memberi sumber

maklumat tambahan kepada guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi juga dapat membantu membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid serta

menguat dan mengekalkan daya ingatan, menghubungkan yang abstrak kepada konkrit,

memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah, menjimatkan

masa guru dan murid, membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas

dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam kelas.

17

Page 18: huraian Model Assure.docx

18