Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasn Pelbagai Pelajar Lemah

7
Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang) Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi, sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera. Profil Kelas Untuk rancangan pengajaran harian 2 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas atau kumpulan pelajar- pelajar yang sederhana dalam akademik. Kelas 4 ERT 3 mempunyai 20 orang pelajar. Setiap kelas ERT adalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti dalam bengkel yang hanya boleh dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang kecil supaya senang diawasi oleh guru dan juga disebabkan peralatan bengkel yang terhad. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 – Pemilihan dan penyimpan makanan dan sub topiknya

Transcript of Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasn Pelbagai Pelajar Lemah

Page 1: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasn Pelbagai Pelajar Lemah

Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang)

Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan

pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa

sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,

sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama

dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan

taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya

atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.

Profil Kelas

Untuk rancangan pengajaran harian 2 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas

atau kumpulan pelajar-pelajar yang sederhana dalam akademik. Kelas 4 ERT 3

mempunyai 20 orang pelajar. Setiap kelas ERT adalah lebih baik sekiranya tidak

mempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan

aktiviti dalam bengkel yang hanya boleh dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang

kecil supaya senang diawasi oleh guru dan juga disebabkan peralatan bengkel yang

terhad.

Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 – Pemilihan dan

penyimpan makanan dan sub topiknya ialah Makanan Segar- Sayur-sayuran. Sesi P&P

ini dijalankan selama 80 minit iaitu dua sesi dimana ia bermula pada jam 8.20 pagi

hingga 9.40 pagi. Tujuan waktu P&P ini dijalankan pada waktu pagi adalah kerana pada

waktu ini, pelajar-pelajar segar dan masih boleh menerima input-input daripada guru

serta mereka juga lebih aktif untuk menjalankan aktiviti dalam kelas jika dibandingkan

dengan waktu tengahari di mana pelajar menjadi penat dan daya penerimaan mereka juga

menjadi rendah terutamanya sekiranya guru itu lebih melakukan pengajaran secara

tradisional dimana guru hanya mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar.

Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyai

sedikit pengalaman dalam pengendalian makanan segar semasa mereka menjalani amali

masakan di tingkatan 1 hingga 3 untuk subjek elektif kemahiran hidup- Ekonomi Rumah

Tangga.

Page 2: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasn Pelbagai Pelajar Lemah

Secara keseluruhannya saya ingin pelajar menumpukan pada bahagian klasifikasi,

pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertama

ialah:

Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar

Tingakatan 4 ERT 2 (A) dapat:

1. menyatakan ( B-aras) 5 daripada 8 (D) klasifikasi sayur-sayuran

iaitu berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.

Menyenaraikan diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan.

Saya mentargetkan hampir keseluruhan pelajar kelas sederhana ini dapat menyenaraikan

hanya 5 daripada 8 klasifikasi sayur-sayuran.

Manakala untuk hasil pembelajaran kedua iaitu:

Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar

Tingakatan 4 ERT 2 (A) dapat:

2. menghuraikan (B-aras) 60% (D) ciri-ciri pemilihan dan penyimpanan

sayur-sayuran

Untuk hasil pembelajaran kedua ini, ia lebih kepada aras kefahaman dalam Taksonomi

Bloom. Target saya pula pelajar dapat menghuraikan ciri-ciri penyimpanan dan

pemilihan sayur-sayuran ini sebanyak 60% dengan kefahaman mereka sendiri untuk

menerangkannya. Saya tidak mentargetkan peratusan yang tinggi kerana tahap kognitif

pelajar-pelajar kelas hujung adalah kurang jika dibandingkan dengan pelajar dari kelas

pertama.

Page 3: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasn Pelbagai Pelajar Lemah

Turutan Aktiviti

Untuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana model

ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjek

tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau

dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktis

terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topik

berkenaaan.

Set Induksi:

Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 4 minit sahaja

dimana saya menggunakan bahan maujud atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat,

sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimana

sedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari

itu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapat

menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai

kerjasama juga diterap dimana 2 daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama dengan

meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu.

Maklumkan objektif pembelajaran:

Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapat

gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa

kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.

Input pengajaran:

Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat

bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk Lampiran

BBM- 2) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan dan

penyimpanan sayur-sayuran. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan oleh

guru keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar daripada menggunakan buku teks.

Page 4: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasn Pelbagai Pelajar Lemah

Permodelan:

Untuk menjalankan aktiviti, guru menggunakan kaedah kecerdasan pelbagai iaitu visual

kepada pelajar-pelajar sederhana ini dimana mereka berkebolehan mengesan dan

menggambarkan gambar (Rujuk Lampiran BBM 4) yang diberikan oleh guru serta

mengaitkannya dengan isi pelajaran hari tersebut. Sebab mengapa guru menggunakan

kaedah visual ini kerana pelajar daripada kelas sederhana ini gemar melihat gambar-

gambar daripada tulisan yang berjela-jela dan sukar untuk mereka fahaminya.

Semak Kefahaman Murid:

Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan

oleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara

berkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untuk

menyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baik

kerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadangan

yang bernas untuk meyokong idea rakan-rakan.

Pelajar pula diminta untuk merekodkan hasil perbincangan daripada apa yang

mereka faham dari gambar yang diberi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu

menjana idea juga dipraktikkan di mana setiap pelajar digalakkan untuk menyumbangkan

idea mereka atau menghasilkan idea yang asli dan bernilai dalam pembentukkan peta

konsep yang kreatif yang berkaitan dengan gambar dan isi pelajaran berkaitan dengan

klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Guru mengemukakan panduan

bahan rangsangan (Rujuk Lampiran BBM 5) untuk membantu murid membuat keputusan

terbaik dalam aktiviti

Pantau dan ubah suai:

Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripada

objektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untuk

menyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.

Page 5: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasn Pelbagai Pelajar Lemah

Praktis terbimbing:

Pelajar telah diberikan masa selama 20 minit untuk menyediakan peta konsep yang

kreatif merujuk kepada jadual GO banding beza yang mereka isikan. Pelajar juga

bersama-sama bekerjasama untuk menyediakan peta konsep yang paling kreatif di atas

kertas mahjung yang disediakan oleh guru. Manakala guru akan terus memantau aktiviti

atau tugasan yang diberikan kepada pelajar agar mereka tidak tersasar.

Praktis bertempoh:

Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telah

mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.

Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 5 minit untuk

menjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan yang

dikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan pengetahuan

pelajar mengenai topik yang diajar.

Penutup:

Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut,

mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses P&P ini

berjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.