i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara...

20

Transcript of i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara...

Page 1: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
Page 2: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
Page 3: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

i

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN PELAJAR-PELAJAR

TINGKATAN EMPAT TERHADAP MATA PELAJARAN KIMIA DI SEBUAH

SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KULAI, JOHOR.

NG SIAU YUEH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 4: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

ii

Page 5: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

iii

Dedikasi

Untuk emak, ayah, kakak dan kekasih tersayang sekalian

Page 6: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

iv

PENGHARGAAN

Setingi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih ditujukan kepada Profesor

Madya Haji Aziz Nordin selaku penyelia projek ini atas bimbingan, tunjuk ajar dan

bantuan yang tidak ternilai beliau.

Penghargaan juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memberi kebenaran untuk

menjalankan kajian ini.

Selain itu, rakaman terima kasih ditujukan kepada semua warga Perpustakaan

Sultanah Zanariah dan Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UTM, Johor, Pegawai

Pendidikan Daerah Kulai, Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Sultan Ibrahim, Kulai, Johor, serta rakan-rakan dan sesiapa jua yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini. Segala

bantuan dan kerjasama tersebut akan dicurahkan limpah kurnia Tuhan sebagai

balasan.

Page 7: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk meninjau tahap kefahaman kemahiran

mengeksperimen pelajar-pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran kimia.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah utama

yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut dalam pembelajaran kemahiran

mengeksperimen. Seramai 80 orang pelajar tingkatan empat beraliran sains tulen di

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim, Kulai, Johor dipilih sebagai sampel

dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang

soal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan

perisian Statistical Package For Social Science 10.0 for Windows (SPSS 10.0 for

Windows). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mencapai tahap

kefahaman kemahiran mengeksperimen yang lemah. Kelemahan utama pelajar-

pelajar adalah dari aspek membuat pemerhatian dan merekod data, mentafsir data,

mengenal pasti pemboleh ubah- pemboleh ubah dan mencadangkan hipotesis. Selain

itu, didapati masalah-masalah utama pelajar dalam pembelajaran kemahiran

mengeksperimen ialah sikap dan motivasi serta pola pembelajaran mereka.

Page 8: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

vi

ABSTRACT

This study carried out to identify the form four students’ achievement in

experimental skill especially in Chemistry. Besides, the main problems encountered

by these students in learning experimental skill were also determined in this study. A

total of 80 form four students of pure science stream were selected to participate in

this study. All of them are students from Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan

Ibrahim, Kulai, Johor. A set of questionnaire was used as instrument in this study.

All data were analyzed by using Statistical Package For Social Science 10.0 for

Windows (SPSS 10.0 for Windows). The result of the study indicated that the

students achieved poor grades in experimental skill. The main weaknesses of the

students were the aspect of making observations and recording data, interpretating

data, understanding the variables and making hypotheses. The students’ attitude and

motivation and learning style were the main problems encountered by these students

in learning experimental skill.

Page 9: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Senarai Kandungan vii

Senarai Jadual ix

Senarai Singkatan xii

Senarai Lampiran xiii

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

Page 10: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Peranan Kerja Amali Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Sains 13

2.3 Kajian Kemahiran Mengeksperimen 14

2.4 Kajian-kajian Umum Kemahiran Saintifik 16

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 18

3.2 Reka Bentuk Kajian 18

3.3 Sampel Kajian 19

3.4 Masa Kajian 19

3.5 Prosedur Kajian 20

3.6 Instrumen Kajian 20

3.7 Kaedah Pemungutan Data 22

3.8 Analisis Data 23

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 24

4.2 Latar Belakang Pelajar 25

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Eksperimen

Pelajar-pelajar 38

BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Kesimpulan Kajian 57

5.3 Implikasi Kajian 57

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 58

RUJUKAN 59

LAMPIRAN 63

Page 11: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

ix

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Skala Pemeringkatan Julat Markah Dan Tahap

Kefahaman Pelajar 11

3.1 Pemeringkatan Aras Dan Tahap Kefahaman 23

4.1 Taburan Bilangan Pelajar Mengikut Jantina 25

4.2 Taburan Bilangan Pelajar Mengikut Bangsa 25

4.3 Taburan Pencapaian Ujian Pertengahan Tahun Kimia 26

4.4 Kelulusan Tertinggi Ibu Bapa 26

4.5 Taburan Pendapatan Ibu Bapa 27

4.6 Respon Pelajar Terhadap Kelas Amali Kimia 27

4.7 Respon Pelajar Terhadap Membuat Persediaan Sebelum

Kelas Amali 28

4.8 Respon Pelajar Terhadap Cara Kerja Amali Kimia 28

4.9 Respon Pelajar Terhadap Kebolehan Menghubungkaitkan

Eksperimen Dengan Pembelajaran Kelas Teori 29

4.10 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelajar Mengadakan

Perbincangan Selepas Eksperimen 30

4.11 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelajar Meminta Tunjuk

Ajar Guru 30

4.12 Respon Mengenai Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajarn

Kimia 31

4.13 Respon Pelajar Terhadap Kerja Amali Kimia 31

4.14 Respon Pelajar Terhadap Keyakinan Membuat Ujikaji

Bersendirian 32

Page 12: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

x

4.15 Respon Mengenai Cita-cita Pelajar Untuk Memperolehi

Keputusan Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Kimia 32

4.16 Respon Pelajar Terhadap Ruang Makmal Kimia Selesa

Dan Menggalakkan Pembelajaran 33

4.17 Respon Pelajar Terhadap Kebersihan Makmal Kimia 33

4.18 Respon Pelajar Terhadap Alat Radas Dan Bahan Kimia

Dalam Makmal Kimia 34

4.19 Respon Mengenai Bilangan Pelajar Dalam Makmal Kimia 34

4.20 Respon Pelajar Terhadap Saiz Papan Tulis 35

4.21 Respon Pelajar Terhadap Penyampaian Guru Bersemangat

Dan Berpelbagaian Pendekatan 35

4.22 Respon Pelajar Terhadap Persediaan Pengajaran Guru 36

4.23 Respon Pelajar Terhadap Penguasaan Pengetahuan Dan

Kemahiran Kerja Amali Guru 36

4.24 Respon Pelajar Terhadap Hubungan Guru Dengan Pelajar 37

4.25 Respon Mengenai Pandangan Pelajar Terhadap Pengajaran

Guru 37

4.26 Analisis Tahap Kefahaman Kemahiran Merancang

Eksperimen Pelajar 39

4.27 Analisis Tahap Kefahaman Kemahiran Mencadangkan

Hipotesis Pelajar 40

4.28 Analisis Tahap Kefahaman Kemahiran Mengenal Pasti

Pemboleh Ubah Pelajar 41

4.29 Analisis Tahap Kefahaman Kamahiran Membuat

Pemerhatian Pelajar 42

4.30 Analisis Tahap Kefahaman Kemahiran Mentafsir Data

Pelajar 43

4.31 Bahagian Menentukan Tujuan Eksperimen 45

4.32 Bahagian Mencadangkan Hipotesis 45

4.33 Bahagian Mengenal pasti Pemboleh ubah-pemboleh ubah 46

4.34 Bahagian Merancang Eksperimen 47

4.35 Bahagian Membuat Pemerhatian Dan Merekod Data 47

4.36 Bahagian Mentafsir Data 48

Page 13: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

xi

4.37 Bahagian Menganalisis Data 48

4.38 Bahagian Membuat Kesimpulan 49

4.39 Bahagian Menentukan Tujuan Eksperimen 50

4.40 Bahagian Mencadangkan Hipotesis 50

4.41 Bahagian Mengenal pasti Pemboleh ubah-pembolehubah 51

4.42 Bahagian Merancang Eksperimen 51

4.43 Bahagian Membuat Pemerhatian Dan Merekod Data 52

4.44 Bahagian Membuat Kesimpulan 53

4.45 Bahagian Mentafsir Data 53

Page 14: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

xii

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KE - Kemahiran Mengeksperimen

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KPS - Kemahiran Proses Sains

KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu

KS - Kemahiran Saintifik

PEKA - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

P & P - Pengajaran Dan Pembelajaran

SAS - Skills Assessment Sheet

SCS - Skills Communication Sheet

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Packages For Social Sciences

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

TIPS - Test Of Integrated Process Skills

TIPS II - Test of Integrated Process Skills II

UKPSB - Ujian Kemahiran-kemahiran Proses Sains Bersepadu

UPKS - Ujian Pencapaian Kemahiran Saintifik

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia 63

B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan, UTM 65

C Surat Pengesahan Instrumen Kajian Daripada

Pihak SMKSI 66

D Borang Soal Selidik 67

E Taburan Soalan-soalan Objektif 79

Page 16: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran saintifik

dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini adalah penting untuk menjamin mutu

pendidikan sains. Selain daripada sebagai satu bidang ilmu pengetahuan yang

membolehkan pelajar memahami alam sekeliling, sains juga merupakan satu proses

yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, sains

memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan

kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.

Dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Sains Negara, pendidikan sains di

Malaysia mempunyai misi yang luhur, iaitu untuk melahirkan masyarakat Malaysia

yang celik sains dan teknologi serta membangunkan sumber manusia yang terlatih,

dinamik dan produktif dan yang menyumbangkan pencapaian taraf negara maju yang

terulung. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata

pelajaran elektif. Mata pelajaran teras sains adalah untuk sekolah rendah dan juga

untuk sekolah menengah. Manakala, mata-mata pelajaran elektif hanya ditawarkan di

Page 17: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

2

sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini merangkumi Biologi, Fizik, Kimia

dan Sains Tambahan.

Kimia merupakan satu cabang ilmu sains yang mengkaji bahan yang terdapat

dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku ke atas bahan ini apabila

berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, ilmu kimia merangkumi bidang yang

amat luas, iaitu daripada mengkaji zarah-zarah asas dalam sesuatu bahan hingga

bagaimana bahan ini bertindak balas dan menghasilkan bahan baru. Perkembangan

yang pesat dalam bidang kimia telah membawa sumbangan terhadap kemajuan

kehidupan manusia sejagat. Maka, ilmu kimia perlu dikuasai oleh pelajar supaya

mereka dapat menangani paradigma yang berlaku kian hari.

Menurut Lagowski (1989), Liebig telah menyediakan makmal pertama di

Giessen pada tahun 1824. Makmal ini dijadikan sebagai model kepada makmal yang

wujud pada hari ini. Objektif mengeksperimen adalah untuk:

1. mewujudkan minat di antara pelajar terhadap pembelajaran sains.

2. memajukan kemahiran amali. Misalnya pemerhatian, kuantifikasi,

generatif, melapor secara efektif dan lain-lain.

3. membolehkan pelajar merasakan sains melalui pengalaman ‘hands

on’.

4. membolehkan pelajar merancangkan aktiviti berdasarkan

penyelesaian masalah.

5. memupuk semangat inkuiri dan untuk memajukan pemikiran

sainstifik.

Menurut Buni (2001), demi peningkatan kemahiran pelajar dalam bidang

penyelidikan dan kajian terutamanya dalam pendidikan kimia, kaedah saintifik

hendaklah diamalkan oleh pelajar. Secara umumnya, kaedah saintifik merupakan

kaedah penyelidikan yang sistematik untuk mengkaji dan memahami fenomena alam

semula jadi. Langkah-langkah kaedah saintifik perlu diikuti semasa mereka bentuk

eksperimen dan kajian saintifik ialah:

Page 18: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

3

Membuat pemerhatian

Membuat inferens

Membuat hipotesis

Mengenal pasti pemboleh ubah

Mengawal pemboleh ubah

Merancang kaedah penyiasatan

Mengumpul data

Menganalisi dan mentafsir data

Membuat kesimpulan

Menyedia laporan

Page 19: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Mary B. Nakhleh (1994) menyatakan bahawa kerja amali merupakan satu

perkara yang amat penting bagi seseorang yang mempelajari sains. Walau

bagaimanapun, beliau berpendapat tidak banyak penyelidikan mengenai bagaimana

pelajar-pelajar belajar sesuatu daripada kerja amali yang dijalankan. Pertanyaannya

ialah adakah pelajar-pelajar benar-benar mempelajari sesuatu daripada kerja amali?

Ini disebabkan oleh pelajar mungkin menjadi pening dan keliru kerana makmal

merupakan suatu tempat yang kompleks dan kaya dengan maklumat.

Berdasarkan permasalahan di atas, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh

manakah pelajar-pelajar tingkatan empat menguasai kemahiran mengeksperimen

(KE) dalam mata pelajaran kimia.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini telah dilakukan untuk meninjau tahap kefahaman kemahiran

mengeksperimen pelajar-pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di

Daerah Kulai, Johor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (SMKSI).

Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah-masalah utama yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut dalam pembelajaran KE.

Page 20: i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN … filesoal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

5

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya penyelidikan ini bertujuan untuk:

i. Mengukur tahap kefahaman KE pelajar terhadap mata pelajaran kimia.

ii. Mengetahui masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam

penguasaan KE.

1.5 Persoalan Kajian

Berhubung dengan pernyataan masalah yang telah disebutkan di atas,

perkara-perkara yang boleh menjadi persoalan utama dalam kajian ini ialah:

i. Sejauh manakah tahap kefahaman KE pelajar terhadap mata pelajaran

kimia?

ii. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar dalam

menguasai KE?

1.6 Kepentingan Kajian

Penulis berharap hasil penyelidikan ini dapat memberikan gambaran yang

sebenar dan jelas kepada pembaca tentang tahap kefahaman KE pelajar-pelajar

tingkatan empat terhadap mata pelajaran kimia.