Iab 2012

Click here to load reader

download Iab 2012

of 35

description

EFf

Transcript of Iab 2012

Slide 1

Pentadbiran Sekolah Murid Orang Asli Ke Arah Mencapai Matlamatnya: Satu TinjauanOleh :Norwaliza Abdul WahabZarina Md YasinAbdul Razaq AhmadZahara Aziz

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGURUSAN SEKOLAH TERINTANG 2012PENGENALANSeiring dengan kemajuan pesat negara mengejar Wawasan 2020, kesedaran tentang pentingnya ilmu pendidikan semakin meningkat terutamanya di kalangan generasi masa kini. Justeru masyarakat telah meletakkan institusi pendidikan sebagai institusi formal yang bertanggung jawab dalam memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.Sehubungan itu bagi mencapai tahap kecemerlangan di sesebuah sekolah, pentadbir sekolah dikenalpasti berperanan dalam memastikan kejayaan organisasi tersebut. Menurut Hussien Mahmood (1993), usaha untuk mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan terletak dalam tangan pentadbir sekolah.

SambunganKajian dan tulisan beberapa tokoh dalam bidang pengurusan pentadbiran seperti Edmonds (1979) dan Sergiovanni (1987), telah menunjukkan bahawa kepemimpinan pentadbir sekolah sangat penting dalam memastikan kelicinan, kecekapan, dan keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi khususnya sekolah. Sekolah kebangsaan dan sekolah Orang Asli telah mengalami pelbagai perubahan dari segi kurikulum, kaedah pengajaran dan pedagogi, dan kegiatan ko-kurikulum dalam usaha menyahut harapan masyarakat dan negara yang semakin mencabar. Semua ini menyebabkan pentadbir sekolah terutamanya yang bertugas di sekolah Orang Asli menghadapi cabaran yang lebih besar serta perlu peka, kreatif, dan inovatif dalam menangani pelbagai masalah pengurusan harian mereka kerana persekitaran dan budaya yang berbeza berbanding dengan persekitaran masyarakat lain.Sambungan Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan sekolah menunjukkan bahawa penentu paling utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepemimpinan pentadbir dalam bidang pengajaran iaitu kepemimpinan pengajaran (Hussein Mahmood, 1993). Peranan kepemimpinan pengajaran ini berkait rapat dengan usaha memajukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perlunya pelaksanaan inovasi program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi para pelajar terutamanya murid Orang Asli yang sememangnya ketinggalan dari segi pendidikan.SAMBUNGAN.Di negara kita, Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah, telah melaporkan bahawa para pentadbir sekolah bertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar di sekolah mereka. Menurut Jawatankuasa tersebut, pentadbir sekolah perlulah cekap;... dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah, mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah,dan perlu menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, dan jangan hanya bekeja semata-mata sebagai pentabdbir yang berkurung di biliknya mengeluarkan arahan dan surat-surat siaran. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982:6)

SAMBUNGAN Sebagai pemimpin atau pengurus sekolah terutama di sekolah Orang Asli, pentadbir sekolah diharap dapat memainkan peranan termasuk memberi galakan dalam menyebarkan maklumat, mengadakan aktiviti pembangunan staf dan membina perhubungan baik antara sekolah dengan masyarakat sekitar serta membina suasana sekolah yang ceria yang dapat menerima, memupuk dan menyokong perubahan dari luar (Ibrahim, 1988). Peranan pentadbir sekolah dilihat sebagai penentu kejayaan dan kegagalan dalam pelaksanaan program pendidikan di sekolah khususnya.Permasalahan KajianTerdapat 26,268 murid Orang Asli di sekolah rendah dan 12,147 orang pelajar Orang Asli di peringkat sekolah menengah di seluruh negara (JKOA 2012). Di Pahang pula terdapat seramai 9,492 orang murid di sekolah tetapi hanya 4,123 orang murid saja yang berjaya meneruskan pelajaran hingga ke peringkat menengah. Keciciran berlaku sebanyak 61.4 peratus. Jika 100 orang murid Orang Asli yang memasuki tahun satu, hanya 6 murid sahaja yang akan menamatkan pengajian sehingga tingkatan lima. 94 peratus daripada murid ini tidak dapat dikesan sama ada menamatkan pengajian atau tidak (Nicholas 2007).

Permasalahan Kajian

Kajian yang dijalankan oleh JAKOA mendapati kurangnya penglibatan murid Orang Asli sama ada di peringkat sekolah menengah dan juga di pusat pengajian tinggi berpunca dari persekolahan di peringkat rendah (Nicholas 2006).

Terdapat indikasi yang menunjukkan keciciran yang ketara pada peringkat tahun 4 dan 5 (Crooks, Hamilton & Caygill 2000; Wylie, Thompson & Lythe 1999) iaitu di peringkat sekolah rendah.

Situasi ini disebabkan oleh persekitaran sekolah, masyarakat, keluarga dan guru termasuk pentadbir sekolah yang kurang mendorong ke arah kecemerlangan pendidikan murid Orang Asli dan seterusnya mendorong keciciran di peringkat sekolah rendah dan menengah ( Hassan ,1997).

Permasalan KajianAntara faktor-faktor yang menyebabkan keciciran ini ialah kemudahan untuk pendidikan seperti kemudahan infrastruktur, peralatan komputer, internet dan latihan guru yang khusus dalam meningkatkan tahap pendidikan murid Orang Asli masih lagi terhad (Hasan , 1997) dan kualiti pengajaran dan pedagogi guru yang merupakan pengaruh yang sangat signifikan terhadap pencapaian murid (Bosker & Witziers 1995; Cuttance 1998) masih berada di tahap yang sama. Kajian yang dikemukakan oleh Alangui (1997) dan Branchov (1994), mendapati bahawa kurikulum dan pedagogi yang kurang sesuai dengan budaya masyarakat Orang Asli juga merupakan faktor penting menyebabkan murid Orang Asli tidak berminat untuk mengikuti proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

Permasalahan KajianMenurut Mohd Kamal & Abdul Rahman (2007) kurangnya inovasi dan pengetahuan guru tentang budaya masyarakat Orang Asli menyebabkan interaksi kurang berlaku dan wujud ketidakselesaan di antara guru dan murid. Kesukaran untuk berinteraksi kerana penguasaan bahasa Melayu yang lemah menyebabkan murid Orang Asli tidak memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru dan ianya mendorong kepada kesilapan dalam penerimaan pembelajaran. Abdullah Hassan (1969) menjelaskan mengajar bahasa kedua kepada murid bukan penutur jati memerlukan perhatian yang teliti, dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi dan tidak terlalu formal.

Kajian Luar NegaraBanyak kajian mengenai pembangunan pendidikan untuk masyarakat Orang Asli di Amerika Syarikat, Australia, Canada dan New Zealand menunjukkan bahawa model-model pendidikan untuk murid Orang Asli memberi fokus kepada pendidikan murid Orang Asli dengan memberi penekanan kepada peranan murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan komuniti (Okagaki 2001; Bishop & O Sullivans 2005 ) dalam meningkatkan pencapaian pendidikan murid selain dari peranan institusi sekolah dan bilik darjah.

SambunganBerdasarkan isu dan permasalahan yang dinyatakan di atas jelaslah perlunya satu kajian dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan input terkini yang berkaitan dengan peranan pentadbir sekolah berdasarkan aspek-aspek yang mendorong dan mengekang ke arah meningkatkan pencapaian pendidikan murid Orang Asli.

Pengkaji memfokuskan kepada aspek-aspek yang terdapat dalam model GIPLSEO (2010) sebagai satu garis panduan bagi membantu meningkatkan pemahaman mengenai keperluan yang diperlukan oleh murid Orang Asli dalam meningkatkan pencapaian di peringkat sekolah rendah dan seterusnya mencadangkan satu modul alternatif pendidikan yang sesuai dengan latar belakang budaya dan kehendak murid Orang Asli di negara ini.

Tujuan & Objektif KajianKajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai perspektif pentadbir sekolah rendah Orang Asli tentang pendidikan. Secara khususnya objektif kajian adalah untuk mengenal pasti perspektif pentadbir sekolah Orang Asli terhadap tujuh aspek yang terdapat dalam model GPILSEO iaitu aspek matlamat, pedagogi, institusi, kepimpinan, penyebaran, bukti dan pemilikan. Hasil dapatan kajian ini akan dianalisis bagi memastikan kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan yang sedia dan seterusnya mencadangkan satu modul pendidikan murid Orang Asli yang baru.

Kerangka Konseptual Kajian yang diadaptasi dari Model GPILSEO (Bishop & O Sullivan, 2005).

Model GPILSEOKerangka konseptual kajian ini dibina berdasarkan tujuh aspek utama iaitu 1. Matlamat (Goals), 2. Pedagogi (Pedagogy), 3. Institusi (Institution), 4. Kepimpinan (Leadership), 5. Penyebaran (Spread),6. Bukti (Evidence) dan 7. Pemilikan (Ownership)

Ketujuh-tujuh aspek yang dibincangkan dalam kajian ini dilaksana bagi memastikan kejayaan, kemampanan dan berskala dalam pembaharuan pendidikan masyarakat Orang Asli (Bishop & O Sullivan 2005). Walau bagaimanapun ketujuh-tujuh aspek tersebut telah diubahsuai dan diadaptasi mengikut keperluan kajian bagi masyarakat Orang Asli di negara ini. Model GPILSEOKerangka konseptual kajian ini dibina berasaskan satu model yang diasaskan oleh Coburn (2003) dan dikembangkan oleh Bishop dan OSullivan (2005) dalam mengkaji pencapaian pendidikan Orang Asli Maori di New Zealand.

Kekuatan utama yang terdapat dalam model GPILSEO adalah kerana ia merupakan satu model pendidikan khas untuk murid Orang Asli yang komprehensif dan telah pun membuktikan kejayaannya dalam meningkatkan pencapaian masyarakat Orang Asli Maori di New Zealand sehingga mereka menjadi satu masyarakat yang dapat melibatkan diri secara aktif terutamanya dari segi sumber, bahasa, budaya dan ekonomi melalui program pendidikan yang dijalankan sejak tahun 2001 (Bishop & Glynn 1999; Walker 1990

Model GPILSEOmelalui program Te Kotahitanga yang matlamatnya untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian pendidikan murid Orang Asli Maori. Projek ini telah berkembang ke 33 buah sekolah dan kesannya telah dilihat dengan baik sekali terutama perubahan dalam penglibatan murid dalam pembelajaran dan pencapaian dalam akademik tanpa menghilangkan identiti asli mereka.Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh New Zealand Ministry of Education dan ianya berdasarkan kepada pendekatan secara teoritikal bagi aspek kajian kepada pencapaian pendidikan (Bishop, Berryman, Cavanagh, & Teddy 2007; Bishop, Berryman, Tiakiwai & Richardson 2003).

MetodologiDalam kajian ini, penyelidik telah memilih pentadbir sekolah yang terdiri daripada tiga orang Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah yang sedang mengajar sekolah murid Orang Asli. Pemilihan peserta kajian dilakukan secara rawak bertujuan iaitu teknik pengambilan peserta dengan mengambil kira pertimbangan tertentu. Pertimbangan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah peserta kajian yang dipilih dapat dapat memberikan data sepenuhnya tentang kajian ini. Penentuan kriteria peserta dilakukan oleh pengkaji dan juga mengambil kira pandangan pihak sekolah di mana pemilihan peserta kajian bagi kajian kualitatif adalah berdasarkan dengan kesesuaian tajuk yang dikaji (Flick 1998).

Lokasi kajianLokasi kajian ini melibatkan tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang terletak di sekitar negeri Pahang (Kuantan, Kuala Krau dan Muadzam ).InstrumenKajian ini menggunakan satu set soalan temu bual, iaitu panduan temu bual pentadbir sekolah.

Soalan protokol temu bual kajian ini telah dibina dalam bentuk soalan terbuka iaitu peserta temu bual bebas menyatakan pandangan mereka. Bagaimanapun, penemu bual perlu memandu perbincangan supaya tidak lari dari soalan-soalan yang dikemukakan.

Prosedur Penganalisisan dataSemua temubual dirakamkan dan ditranskripkan secara verbatim dan dikembalikan semula kepada peserta kajian untuk semakan dan pengesahan. Semua data dianalisis dan disahkan melalui proses member checking oleh peserta kajian . Proses yang sama terus dijalankan sehingga sampai pada tahap ketepuan data. Kebolehpercayaan terhadap data-data yang dipungut daripada temu bual dibuat melalui rujuk silang secara sistematik terhadap maklumat yang yang disediakan oleh peserta kajian pada barisan yang sama. Kebolehpercayaan dicapai apabila maklumat yang sama diulang beberapa kali dalam satu barisan oleh peserta kajian. Proses ini dilakukan ketika proses pengkodan data melalui transkripsi temu bual. Langkah selanjutnya adalah mencari tema-tema yang penting tentang elemen-elemen pedagogi dan pemahaman guru terhadap pendidikan murid Orang Asli yang terlibat dalam kajian ini.

dapatan&Perbincangan

Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan matlamat (Goal)

Sasaran pencapaianDua daripada tiga orang pentadbir sekolah Orang Asli yang menjadi responden tidak meletakkan sasaran pencapaian akademik yang tinggi bagi sekolah mereka. Mereka bersependapat yang sasaran pencapaian sekolah hanyalah bagi membolehkan murid menguasai 3M sebelum meninggalkan bangku sekolah rendah.

Seorang pentadbir mensasarkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek.- Mencapai lonjakan saujana pada tahun 2015- 11 orang dapat 5A pada tahun 2012 dengan peratus lulus 76%.

Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan pedagogi

Kaedah pengajaran secara galakanDapatan temu bual menunjukkan responden berpandangan bahawa murid Orang Asli memerlukan bentuk pengajaran yang ceria, menarik dan bersifat memberi galakan supaya murid lebih berminat untuk mengikuti pelajaran dan tidak mudah bosan. ...dengan murid murid ni, kalau kita marah mereka tak datang sekolah...kena selalu beri dorongan dan tunjukkan kita faham mereka (GB2) kena tunjukkan mereka sesuatu tu dengan pengalaman sedia ada mereka..sesuatu yang mereka alami sendiri (PK1)Saya dah lama kat sini, dah faham sangat dengan perangai mereka. Selalu saya nasihatkan semua guru kat sini supaya mengajar guna cara yang boleh ceriakan mereka. Mereka cepat bosan... (GB1)

Pedagogi.Bahasa dan budayaPenguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua serta penggunaan bahan sekeliling sebagai alat bantu mengajar...murid tahap satu ada masalah dengan bahasa Melayu sebab di rumah mereka bertutur dalam bahasa mereka sendiri..bahasa Jahut tapi bila dah masuk tahap dua dah takde masalah (GPK1)..kalau nak ajar mengira kita kena guna benda-benda yang ada di sekeliling mereka..macam batu dan kayu..baru senang faham(GB1)..kalau cakap KFC dia tak tahu..jadi kita bawak pegi KFC, dah tunjuk, dah makan..baru dia tahu apa tu KFC(GB2)

Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan institusiKemudahan yang ada di sekolahKetiga-tiga pentadbir sekolah mengatakan bahawa kemudahan yang diberikan mencukupi namun kemudahan yang sangat diperlukan oleh murid di sekolah adalah :-Pengangkutan Asrama (kesediaan murid)Makmal komputer yang berfungsi

Perspektif pentadbir sekolah tentang kepimpinanPemantauan berkala pentadbir sekolahKetiga-tiga responden mengatakan yang pemantauan terhadap pnp dilakukan secara berkala oleh pentadbir sekolah. Bagaimanapun kekerapan adalah bergantung kepada keperluan kerana mengikut responden yang lebih mustahak adalah bagi memantau kehadiran pelajar ke sekolah. ..kita bergerak 4 orang. Dari segi jadual kita akan masuk pada masa-masa tertentu..begitu juga dengan KP (PK1)Saya dan pihak sekolah lebih pentingkan pemantauan dari segi kehadiran pelajar ke sekolah. Kat sini berbeza dari sekolah di luar. Asalkan kehadiran murid bagus , kita dah rasa berjaya sebab mereka boleh belajar (GB2). Kat sini kami lebih utamakan kehadiran murid. Ada masanya cikgu kena pergi ke rumah murid. Itu yang selalu kami pantau (GB1)

Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan penyebaran

Aktiviti yang dijalankan kepada murid, guru dan masyarakat setempatPelbagai aktiviti dijalankan kepada murid Orang Asli dalam memajukan pendidikan mereka. Kelas tambahan , program skor A, mentor mentee - juga ada dilaksanakan bagi membantu murid-murid meningkatkan penguasaan mereka dalam semua mata pelajaran. Program lawatan sambil belajar - mereka turut didedahkan dengan kemajuan yang berlaku dalam Malaysia dengan membawa mereka melawat ke Kuala Lumpur, Kuantan, dan Pulau Tioman. Ini secara tidak langsung dapat membuka minda murid Orang Asli supaya mereka tidak ketinggalan dalam atus pemodenan dan berani menghadapi suasana yang baru. Program Lesson Study utk subjek kritikal spt Matematik dan bahasa InggerisBagi memupuk budaya membaca, sekolah menganjurkan program membaca pada waktu pagi.

Penyebaranb. Bantuan yang diterima.Murid Orang Asli banyak menerima bantuan pendidikan daripada JAKOA berupa wang saku, buku percuma dan pakaian seragam sekolah. Dianggarkan bahawa bagi seorang murid, kerajaan memperuntukkan RM 150 dan RM 700 setahun bagi sebuah keluarga. Selain daripada itu, masyarakat Orang Asli juga menerima bantuan daripada pihak bank, FELDA dan FELCRA. Bagi memupuk minat membaca, suratkhabar New Straits Times juga ada memberikan surat khabar setiap minggu untuk bacaan murid Orang Asli.

Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan buktiPenilaian pencapaian muridDari segi penilaian pencapaian dalam pendidikan, ujian dijalankan dalam 4 kali setahun. Melalui ujian yang dijalankan prestasi murid akan dinilai dari masa ke masa.Murid Tahun 1 dan 2 menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Keputusan UPSR.. P1 disediakan oleh pihak sekolah, P2 Majlis GB, P3 balik ke sekolah semula dan P4 pihak jabatan akan sediakan soalan (GB1). Dari segi cemerlang, seorang dapat 5A dan 21 orang drpd 58 murid iaitu 38.89% menguasai semua mata pelajaran (GPK1)

Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan pemilikan

Sumbangan kepada sekolahSemua responden yang ditemu bual memberi pandangan bahawa guru-guru di sekolah memberikan komitmen yang tinggi dalam mendidik murid-murid Orang Asli. Mereka sanggup bekerja lebih masa untuk kejayaan murid-murid Orang Asli. Malah guru sentiasa memberikan bantuan dan dorongan kepada murid. Ada antara guru sekolah ni yang sanggup tidur kat sekolah bila ada program, mereka ni sanggup berkorban masa dan tenaga (GB1) Tak ada masalah..semua guru komited (GB2)Macam hari ni...cikgu Rosli tu...sanggup tak balik dari semalam sebab program bersama murid dan ibu bapa ni (PK1).

Limitasi KajianHanya mendapatkan perspektif pentadbir sekolah rendah sahaja.Reka bentuk kajian kes menggunakan persampelan bertujuan.Membataskan kepada 3 buah sekolah rendah di sekitar negeri Pahang saja tidak boleh digeneralisasikanMurid terdiri dari suku kaum Jahut, Semaq Beri dan Jakun.Kesimpulan.. Berdasarkan peranan dan perspektif pentadbir sekolah seperti dibincangkan memberi petunjuk bahawa terdapat beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan pencapaian dan masalah pendidikan murid Orang Asli. Pandangan daripada pelbagai kumpulan responden menunjukkan pendidikan murid Orang Asli mempunyai potensi untuk mencapai kemajuan lebih baik. Pihak pentadbir sekolah mempunyai pandangan yang positif berhubung pendidikan terutama dari segi matlamat.

PenutupMaklumat daripada pelbagai kategori responden dan pemerhatian juga menunjukkan terdapat beberapa situasi yang boleh dibaiki berkaitan dengan masalah dalam pendidikan yang dihadapi. Sebagai contoh :-elemen berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi (Abm, bahasa dan budaya)kesempurnaan dan kefungsian kemudahan yang disediakan,kesediaan murid untuk tinggal di asrama sokongan pelbagai pihak perlu berlaku atau disediakan dalam bentuk yang lebih membantu murid terutamanya dari segi minat untuk mengikuti pelajaran supaya tidak tercicir dan mendapat keputusan peperiksaan yang lebih memuaskan.SekianTerima Kasih