Ibadah T5

download Ibadah T5

If you can't read please download the document

Transcript of Ibadah T5

1Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

1

BAHAGIAN IBADAH 1 1.1 PERKAHWINAN Nyatakan konsep perkahwinan - Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup - Mereka memerlukan keluarga untuk dapat zuriat - Allah mensyariatkan perkahwinan kepada manusia selaras dengan kehendak dan fitrah mereka Nyatakan pengertian perkahwinan Pada bahasa ialah cantum atau himpun Pada istilah ialah akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan 1.3 1.4 Nyatakan hukum asal perkahwinan Sunat Nyatakan hukum perkahwinan mengikut keadaan dan situasi individu Harus Orang lelaki yang tidak mempunyai perkara mendesak untuk mereka berkahwin dan tidak ada perkara mendesak mengharamkan mereka berkahwin Wajib Orang lelaki yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta ditakuti terjerumus kepada zina jika tidak berkahwin Sunat Orang lelaki yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta berkeinginan berkahwin tetapi tidak ditakuti terjerumus kepada zina Makruh Orang lelaki yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah tetapi ingin beristeri Haram - Orang lelaki yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau ditakuti akan melakukan kezaliman terhadap pasangannya Berikan sebab Islam menggalakkan perkahwinan - Untuk memenuhi tuntutan fitrah manusia - Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat - Dapat mengelakkan daripada melakukan maksiat dan zina Jelaskan hikmat-hikmat perkahwinan - Menjamin kesihatan yang baik kerana ia dapat mengelakkan dari melakukan zina yang membawa penyakit siplis, AIDS - Dapat memupuk sifat kasih sayang dan rasa bertanggungjawab bersama - Dapat melakukan hubungan seksual dan memenuhi tuntutan fitrah manusia secara halal - Dapat menjalinkan silltaturahim dan persaudaraan antara ke dua belah pihak lelaki dan perempuan dan merapatkan hubungan antara masyarakat - Dapat memberi ketenteraman kepada suami dan isteri kerana kesenangan dan kesusahan dihadapi bersama. - Dapat zuriat yang sah dan soleh - Mendapat ganjaran pahala - Dapat menjalankan dakwah Jelaskan implikasi perkahwinan jika tidak mengikut syariat Islam - Akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut undang-undang keluarga Islam - Masyarakat akan memandang serong kepada mereka - Nama baik keluarga ke dua-dua belah pihak akan tercemar - Masyarakat akan kucar kacir Terangkan langkah-langkah mengatasi masalah perkahwinan yang tidak mengikut syariat Islam - Ibu bapa dan masyarakat hendaklah mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka dan memastikan setiap perkahwinan itu sah di sisi undang-undang - Pihak yang berwajib seperti Jabatan Agama Islam dan badan kerajaan perlulah memperbanyakkan seminar dan kursus untuk memberi penjelasan undang-undang keluarga Islam - Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dan tindakan undang-undang perlu dikenakan ke atas mereka yang melanggar syariat dan undang-undang yang telah ditetapkan

1.2

1.5

1.6

1.6

1.7

2Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

2

KAIFIAH PERKAHWINAN 2 2.1 PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI Nyatakan ciri-ciri bakal suami dan isteri yang di sebut oleh Rasulullah saw dalam hadisnya - Harta - Keturunan - Cantik - Agama ./ takwa Nyatakan iri-ciri bakal suami dan isteri ialah - Beriman dan bertakwa - Soleh dan solehah - Keturunanan yang baik - Berilmu - Bertanggungjawab - Bertimbang rasa - Penyayang Jelaskan kebaikan memilih ciri-ciri bakal suami dan isteri seperti yang dituntut oleh Islam - Ke empat empat ciri tersebut dapat mampu membina rumah tangga yang bahagia di dunia dan di akhirat - Rumah tangga yang dibina di atas asas agama dan takwa dapat menjamin kebahagiaan hidup sepanjang hayat - jika pilih berasaskan harta kekayaan sahaja maka rumah tangga akan goyang bila harta tiada - Jika pilih berasaskan kecantikan sahaja maka kasih sayang akan lenyap bila kecantikan semakin pudar Jelaskan akibat mengabaikan ciri-ciri bakal suami dan isteri yang dituntut oleh Islam - Tidak mendapat kebahagiaan hidup rumah tangga - Kasih sayang tidak kekal - Akan bergaduh selalu - Tidak mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI (PEREMPUAN MUHRAM) Nyatakan jenis-jenis muhram Terbahagi kepada 3 - Muhram selama-lamanya - Muhram sementara Muhram selama-lamanya Ialah perermpuan yang haram dikahwini selama-lamanya Sebab-sebab menjadi muhram selama-lamanya - Sebab keturunan - Sebab penyusuan - Sebab perkahwinan Nyatakan perempuan muhram sebab keturunan - Ibu, nenek dan ke atas - Anak perempuan., cucu dan ke bawah - Adik beradik perempuan seibu sebapa, sebapa dan seibu

2.2

2.4

2.5

3 3.1

3.2 3.3

3.4

3Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

3

-

Emak saudara sebelah bapa dan sebelah ibu ke atas Anak saudara daripada adik beradik seibu sebapa, seibu dan sebapa ke bawah

3.5

Nyatakan perempuan muhram sebab penyusuan - Ibu susu ke atas - Anak susuan ke bawah - Adk beradik susuan - Emak saudara sesuan dan ke atas - Anak saudara susuan dan ke bawah Nyatakan perempuan muhram sebab pesemendaan - Ibu tiri dan ke atas - Menantu - Isteri cucu - Ibu mertua dan ke atas - Anak tiri dan kebawah apabila ibunya telah disetubuhi

3.6

Sebab diharamkan perkahwinan dengan muhram - Zuriat yang lahir daripada perkahwinan dengan kerabat yang hampir adalah lemah dan tidak cergas dari segi rohani dan jasmani - Menyebabkan terputusnya hubungan kekeluargaan Untuk menjaga maruah dan tatasusila manusia daripada sebarang keadaan yang tidak baik 3.8 Perempuan perempuan muhram sementara waktu / tidak boleh dikahwini sementara waktu - Perempuan yang telah di talak tiga - Perempuan yang ada suami - Perempuan yang masih dalam iddah - Perempuan musyrik - Mengumpul Isteri dengan muhramnya dalam satu masa - Perempuan yang hamil hasil penzinaan MERISEK DAN MELIHAT Nyatakan pengertian merisek Ialah langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang Nyatakan hukum melihat bakal tunangnya Harus bagi lelaki dan perempuan Nyatakan anggota yang disunatkan dilihat - Muka dan tangan Jelaskan tujuan dibenarkan melihat bakal isteri - Supaya berpuas hati dengan polihan yang telah dibuat - Mengelakkan dari ditipu - Untuk menjaminkan berkekalan perkahwinan MEMINANG Nyatakan pengertian meminang Ialah lamaran daripada seserong lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya Terangkan cara-cara peminangan - Dilakukan dengan kata-kata berterus terang (soreh) atau dengan kata-kata secara kiasan (kinayah)

3.7

4 4.1

4.2 4.3

4,4

5. 5.1 5.2

4Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

4

5.3

Hendaklah dinyatakan kepada wali perempuan atau melalui orang perantaraan Sebagai pengistiharaan pertunangan pihak lelaki biasanya memberi hadiah kepada pihak perempuan

Nyatakan hukum memberi hadiah semasa pertunangan kepada pihak perempuan - Harus dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam dengan syarat tidak membazir dan tidak ada unsur maksiat Nyatakan syarat meminang - Perempuan yang belum dipinang - Perempuan bukan isteri orang - Perempuan tidak dalam iddah - Perempuan bukan muhram Nyatakan perempuan-perermpuan yang haram dipinang - Perempuan yang telah dipinang - Perempuan isteri orang - Perempuan dalam iddah - Perempuan muhram Terangkan mengapa perlu adanya peminangan - Sebagai tempoh masa untuk memikir samada untuk meneruskan perkahwinan tersebut - Sebagai tempoh masa untuk membuat persediaan ilmu bagi memasuki alam rumah tangga - Sebagai tempoh masa untuk membuat persediaan diri bagi memasuki alam perkahwinan Nyatakan batas-batas pergaulan dalam tempoh pertunangan - Haram bergaul bebas - Haram keluar berdua-duaan tanpa muhram Jelaskan hikmat dilarang berdua-duaan antara lelaki dan perempuan bukan muhram (ajnabi) dalam tempoh pertunangan - Boleh membawa kepada zina - Menimbulkan gejala buruk akibat khalwat - Menimbulkan fitnah - Akan menjatuhkan maruah umat dan agama Islam Nyatakan tingkah laku yang betul menurut hukum syarak semasa pertunangan yang telah disempunakan - Sopan santun - Berakhlah mulia - Pakaian menutup aurat Nyatakan tingkah laku yang menyalahi peraturan hukum syarak sepanjang tempoh pertunangan - Berdua-dua tanpa muhram - Tidak menutup aurat - Melakukan maksiat atau zina

5.4

5.5

5.6

5.7

5.8

59

5.10

5Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

5

6. 6.1

NIKAH Nyatakan rukun nikah - Bakal suami - Bakal isteri - Dua orang saksi - Wali - Ijab dan qabul (Singah ) CIRI-CIRI NIKAH YANG SAH

7. 7.1

BAKAL SUAMI DAN ISTERI Nyatakan syarat bakal suami - Islam - Lelaki - Tidak beristeri empat pada satu masa - Bukan muhram - Tidak di dalam ihram haji atau umrah Nyatakan syarat bakal isteri - Islam - Perempuan - Bukan isteri orang - Bukan dalam iddah - Bukan dalam ihram haji dan umrah - Bukan muhram WALI NIKAH Nyatakan pengertian wali nikah Ialah orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan. Nyatakan jenis-jenis wali a. Wali nasab Iaitu wali mujbir iaitu bapa dan datuk yang berhak mengahwinkan pengantin perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu dengan syarat sekufu dengannya Wali bukan mujbir ialah mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa b. Wali Hakim Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali atau wali hilang.

7.2

8. 8.1 8.2

8.3

Nyatakan syarat sah wali nikah - Islam - Lelaki - Baligh - Berakal - Tidak dalam Ihram Haji - Tidak di paksa

6Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

6

7.4 7.5

Merdeka

Nyatakan maksud wali akrab Ialah wali yang hampir dengan perempuan termasuk datuk dan bapa Nyatakan maksud sekufu Ialah setaraf dari segi keturunan, pendidikan , pekerjaan, dan lain-lain lagi Nyatakan susunan wali - Bapa - Datuk - Saudara lelaki seibu sebapa - Saudara lelaki sebapa - Anak saudara lelaki daripada adik beradi lelaki sebapa - Bapa saudara daripsebelah bapa - Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sepupu) - Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sepupu) - Wali hakim Jelaskan kuasa dari wali nasab boleh berpindah kepada wali hakim. Sebab-sebab atau syarat berpindah kuasa wali nasab kepada wali hakim - Tidak terdapat wali nasam mengikut sususan - Wali akrab tidak dapat dikesan samada hidup atau mati - Wali tinggal jauh lebih dua marhalah - Wali akrab dalam tahanan - Wali sedang dalam ihram - Wali menyembunyikan diri - Wali enggan mewalikan SAKSI Nyatakan syarat-syarat saksi - Islam - Baligh - Adil - Lelaki - Memahami lafaz ijab dan qabul; - Sempurna pancaindera tidak buta, tidak pekak dan tidak bisu Jelaskan hikmat-hikmat diadakan saksi dalam perkahwinan - Boleh memberi keterangan jika berlaku sesuatu pertikaian - Menjamin sesuatu perkahwinan itu sah - Memuliakan perkahwinan - Mengelakkan berlaku fitnah - Memuliakan majlis akad nikah IJAB DAN KABUL (SIGHAH) Nyatakan pengertian ijab Ialah lafaz yang diucapkan oleh wali seperti aku nikahkan engkau. Pengertian kabul Ialah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami seperti aku terima nikah Syarat ijab - Hendaklah dilafazkan oleh wali atau wakilnya - Ijab dan kabul dilakukan dalam satu majlis - Tidak dilafaz dalam bahasa sindiran seperti kata-kata Aku serahkan anakku kepada engkau... - Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi - Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul

7.6

8.7

9. 9.1

9.2

10 10.1 10.2 10.3

7Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

7

10.4

-

Nyatakan syarat kabul - Tidak menyalahi ijab - Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul - Hendaklah dilafaz oleh bakal suami Hendaklah menyebut nama bakal isteri atau ganti namanya Tidak dengan lafaz taklik contohnya kata bakal suami aku terima nikahnya apabila mendapat pekerjaan

11 11.1

MAHAR Nyatakan maksud mahar Mahar ialah suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah Nyaakan hukum pemberiaan mahar Wajib bagi suami Hukum menyebut mahar ketika akad - Sunat Cara pembayaran mahar - secara tunai - Secara hutang (Kalau mati salah seorang suami atau isteri mahar itu wajib disegerakan) Terangkan tujuan mahar - Sebagai tanda penghargaan suami kepada isteri - Sebagai tanda tanggungjawab suami kepada isteri - Sebagai tanda kasih sayang suami kepada isteri Jelaskan jenis-jenis mahar - Mahar Musamma Ialah mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak Mahar Misil Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri

11.2 11.3 11.4

11.5

11.6

11.7 11.8

Jelaskan kadar mahar - Sebaik-baik mahar ialah yang sederhana kadarnya Nyatakan syarat-syarat mahar - Barang-barang yang bernilai mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak wang, emas, perak - Manfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah seperti pengajaran al-Quran dan pekerjaan yang halal Jelaskan hikmat-hikmat pemberian mahar - Melahirkan keikhlasan suami terhadap isteri atas perkongsian hidup bersama - Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumah tangga - Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri - Untuk mengembirakan hati isteri yang sanggup meninggalkan keluarga untuk memulakan hidup baru bersama suami - Memuliakan dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita WALIMATUL URUS Nyatakan maksud walimatul urus Ialah kenduri atau jamuan yang di adakan untuk meraikan sesebuah perkahwinan

11.9

12 12.1

8Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

8

12.2 12.3

Nyatakan hukum walimatul urus Sunat Muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya Terangkan adab-adab walimatul urus - Diadakan secara sederhana dan mengikut kemampuan - Tiada unsur-unsur khurafat dan maksiat - Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita - Mendoakan pengantin dengan ucapan tahniah dan selamat

12.4

Jelaskan tujuan-tujuan walimatul urus - Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah swt - Sebagai tanda tahniah dan selamat kepada pengantin - Untuk mengisytiharkan perkahwinan kepada umum - Untuk mengelakkan salah sangka dan fitnah orang ramai - Sebagai tanda mengikut ajaran dan sunnah Rasulullah saw

13 13.1

TANGGUNGJAWAB SUAMI Nyatakan tanggungjawab suami terhadap isteri (suami misali) - Memberi nafkah zahir dan batin - Memberi didikan agama yang sempurna - Memberi layanan yang baik - Berlaku adil kepada isteri-isteri jika beristeri lebih dari seorang Nyatakan maksud memberi nafkah zahir - Menyediakan kediaman yang sesuai mengikut kemampuan - Menyediakan makanan - Menyediakan erubatan - Menyediakan [akaian - Menyediakan pembantu rumah jika mampu - Menyediakan peralatan rumah jika mampu Nyatakan maksud memberi nafkah batin - Memberi keperluan sek kepada isteri Terangkan kesan baik didikan agama yang sempurna daripada suami kepada keluarga - Menjadikan isteri taat kepada Allah - Menghormati suami - Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga Nyatakan tanggungjawab isteri terhadap suami (Istari misali) - Mentaati suami dalam perkara yang diharuskan syarak - Memelihara maruah dan kehormatan diri - Menjaga harta suami - Melayani suami dengan baik - Tinggal di rumah suami Jelaskan cara-cara isteri menjaga maruah dan kehormatan dirinya - Tidak melakukan perkara yang menimbulkan fitnah dan kemarahan suami seperti membenarkan orang lain masuk ke rumahnya tanpa keizinan suami - Menutup aurat di depan lelaki ajnabi - Berhias hanya untuk suami - Tidak menceritakan keaiban suami dan rahsia-rahsia rumah tangga kepada orang lain

13.2

13.3 13.4

13.5

13.6

9Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

9

13.7

Jelaskan tangguangjawab-tanggungjawab bersama suami dan isteri - Memelihara dan mendidik anak-anak dengan baik - Menghubungkan silaturahim antara keluarga suami dan isteri - Memenuhi keperluan dan hak masing-masing berdasarkan keharusan syarak seperti keperluan kasih sayang, sifat memahami dan keperluan seks - Menghormati antara satu sama lain - Saling nasihat menasihati dengan cara yang baik - Sama-sama menangani masalah rumah tangga

13.8

Terangkan mengapa suami perlu menunaikan tanggungjawab - Untuk mendapat kerukunan rumah tangga - Rumah tangga dalam keadaan aman dan harmoni - Anak-anak hidup dalam penjagaan dan didikan yang sempurna - Anak-anak mendapat kasih sayang yang secukupnya Jelaskan kesan-kesan yang akan berlaku jika suami dan isteri mengabaikan tanggungjawab - Kerukunan rumah tangga akan tergugat - Timbul pertelingkahan dan salah faham antara suami dengan isteri - Anak-anak hidup tanpa penjagaan dan didikan yang sempurna - Anak-anak membesar tanpa kasih sayang yang secukupnya Jelaskan kesan-kesan kerukunan rumah tangga kepada pembangunan negara - Melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni yang menjadi asas kepada keamanan negara - Lahir generasi yang bijak dan cemerlang yang bakal menjadi pemimpin negara - Keluarga yang bahagia akan melahirkan masyarakat yang maju, proaktif, dan melahirkan negara yang membangun Terangkan persiapan-persiapan yang perlu bagi suami isteri untuk capai matlamat keluarga bahagia - Mendalami ilmu-ilmu pengetahuan dalam ilmu-ilmu agama dan yang berkaitan dengan rumah tangga - Merancang ekonomi keluarga dengan baik s.eperti perbelanjaan dapur, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan anak-anak - Mempersiapkan diri dengan asas-asas akidah dan akhlak yang baik

13.9

13.10

13.11

10Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

10

PENYELESAIAN MASALAH RUMAH TANGGA 14 14.1 TALAK Terangkan maksud talak - Pada bahasa bermaksud cerai atau lepas - Pada istilah bermaksud pencerai dari ikatan perkahwinan antara suami dan isteri melalui lafaz talak atau lafaz cerai Terangkan lafaz talak - Lafaz soreh (lafaz terang) Suami berkata Aku ceraikan engkau dengan talak satu - Lafaz kinayah (sindiran) Suami berkataKalau engkau hendak balik ke rumah ibu engkau balik lah Jika kata-kata itu dengan niat talah, maka jatuhlah talak dan jika tiada dengan niat talak tidak gugur talak Mengapakah talak itu dihalalkan tetapi dibenci oleh Allah - Dihalalkan kerana ia jalan terakhir penyelesaian krisis rumah tangga - Dibenci kerana ia meruntuhkan institusi rumah tangga Jelaskan hukum talak - Harus Terangkan hukum menjatuhkan talak mengikut keadaan dan situasi seseorang keadaan dan situasi seseorang hukum menjatuhkan talak wajib - Apabila seseorang suami tidak dapat melaksanakan kewajiban seperti memberi nafkah atau melakukan kezaliman terhadap isteri sehingga mengancamkan keselamatannya sunat - Apabila isteri memiliki akhlak yang buruk dan tiada cara lain untuk memperbaikinya kecuali dengan talak - Apabila suami menjatuhkan talak pada waktu yang haram diharamkan seperti isteri dalam haid, nifas, hamil, atau talak yang bertujuan menganiayainya Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri makruh yang baik dan solehah hukum menjatuhkannya ialah Jelaskan rukun-rukun talak - Orang yang mencerai (suami) - Orang yang diceraikan (isteri) - Lafaz cerai Nyatakan bilangan talak - Sebanyak tiga kali

14.2

14.3

14.4

14.5

14.6

14.7

11Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

11

14.8

Jelaskan hikmat-hikmat Islam menetapkan bilangan-bilangan talak - Memberi kesempatan dan peluang bagi kedua belah pihak mencari jalan penyelesaian untuk berbaik semula - Menciukupi masa untuk membuat keputusan yang muktamat dalam hubungan suami isteri Terangkan hikmat-hikmat Islam menetapkan kuasa ke atas suami - Orang lelaki mempunyai hak dalam mengendalikan semua urusan rumah tangga - Kerana kaum lelaki adalah pemimpin dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan berhak melakukan sesuatu untuk kebaikan keluarganya. - Kerana kaum lelaki lebih cermat dan berhati-hati dan tabah menghadapi kesulitan serta berpandang jauh dalam sesuatu perkara sama ada urusan keluarga atau lain-lainnya.

14.9

14.10

Jelaskan jenis-jenis talak Talak Sunni talak yang dijatuh mengikut peraturan syarak iaitu menceraikan talak satu atau dua ketika isterinya suci dari haid, nifas dan tidak disetubuhi semasa suci tersebut Talak Badi talak yang dijatuhkan tidak mengikut peraturan syarak iaitu menceraikan isteri dengan talak tiga sekali gus atau menceraikan ketika isteri dalam haid, nifas, atau ketika suci tetapi setelah disetubuhinya Talak Raji talak satu dan talak dua yang belum tamat idahnya dan suami boleh merujuk bekas isterinya tanpa akad dan mahar baru Talak Bain talak yang tidak boleh dirujuk semula kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baru. Talak Bain talak yang tidak boleh dirujuk semula kecuali dengan akad nikah dan mahar baru Sughra contoh cerai cara fasakh dan cerai cara khuluk dan ila. Talak Bain talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwin semula bekas isteri kecuali Kubra dengan selepas isterinya berkahwin dengan lelaki baru dan menceraikannya setelah disetubuhi serta telah menjalani tempoh idah.. Jelaskan maksud talak taklik - Bermaksud pen ceraian yang dilafazkan yang disandarkan kepada sesuatu syarat Terangkan jenis-jenis atau bahagian talak taklik - Taklik biasa ialah talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata kepada isteri Apabila engkau keluar dari rumah ini tanpa izinku, maka engkau tertalak dengan talak satu Talak ini akan berlaku apabila isteri itu keluar daripada rumah tanpa izin suami - Taklik secara khuluk sepeti Manakala saya tinggal isteri saya selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut , padahal dia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya kemudian dia mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduan-aduannya di sisi kadi atau Mahkamah syariah dan dia memberi kepada kadi bagi pihak saya sebanyak RM 1.00, maka pada ketika itu tertalaklah dia dengan satu talak khuluk. Terangkan hikmat-hikmat diharuskan talak - Memberi peluang memulakan hidup baru dengan pasangan lain yang lebih sesuai - Memberi pengajaran dan keinsafan kepada pasangan tersebut supaya memperbaiki kesilapan dan kelemahan pada diri masing-masing - Dapat mengurangkan tekanan emosi suami dan isteri dan mendapat ketenangan apabila masalah mereka dapat di atasi menurut cara yang baik - Talak dapat memberi pengajaran kepada suami dan isteri bahawa pentingnya penghayatan ajaran agama dalam keluarga. - Keharusan talak dalam Islam merupakan rahmat dan menepati fitrah manusia yang ingin bebas daripada sebarang masalah

14.11 14.12

14.13

12Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

12

15 15.1

RUJUK Terangkan maksud rujuk - Pada bahasa rujuk bermaksud kembali - Pada istilah rujuk bermaksud suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya Rujuk adalah hak suami tetapi boleh dilakukan dalam talak idah raji sahaja iaitu talak satu dan dua Jelaskan hukum-hukum rujuk - Jika rujuk boleh mendatangkan kemudaratan kepada isteri dan menzaliminya hukumnya rujuknya adalah haram - Jika suaminya mentalakkan salah seorang isterinya sedangkan dia belum lagi menyempurnakan pembahagian giliran bermalam untuk isteri yang diceraikannya itu hukum rujuknya adalah wajib - Jika penceraian dilihat lebih baik dan jika rujuk mendatangkan masalah hukum rujuknya adalah makruh - Jika rujuk dapat mendatangkan kebaikan kepada isteri dan kedua belah pihak hukum rujuknya adalah sunat Nyatakan rukun rujuk - Orang yang merujuk (suami) atau wakilnya - Orang yang dirujuk (isteri) atau wakilnya - Lafaz rujuk Jelaskan lafaz rujuk - Lafaz soreh (lafaz terang) Suami berkata Aku rujuk engkau - Lafaz kinayah (sindiran) Suami berkata aku pegang engkau kembali Jelaskan cara-cara rujuk - Dengan lafaz terang dan sindiran - Dengan menggunakan perbuatan seperti berkucup dan melakukan persetubuhan - Tidak perlu persetujuan isteri tetapi meminta keizinan sebagai tanda penghormatan dan keharmonian rumah tangga - Tidak perlu saksi Nyatakan syarat-syarat rujuk a. Bagi orang yang merujuk (suami) - Islam - Berakal

15.2 15.3

15.4

15.5

15.6

15.7

13Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

13

-

B aligh Kemahuan sendiri tidak dipaksa

b. Bagi orang yang dirujuk (isteri) - Islam - Telah disetubhi oleh suami - Bukan penceraian secara fasakh atau khuluk - Bukan cerai talak tiga - M asih dalam tempuh idah 15.8 Jelaskan hikmat-hikmat rujuk - Memberi ketenangan jiwa selepas kehilangan kasih sayang - Menyambung kembali hubungan suamit isteri yang terputus - Dapat mengembalikan hubungan kekeluargaan yang terputus - Bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali kepangkal jalan setelah melakukan kesalahan IDAH Nyatakan maksud idah - Pada bahasa idah ialah tempuh pengiraan - Pada istilah idah bermaksud tempuh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri disebabkan bercerai dengan suami Terangkan sebab-sebab idah - Sebab talak - Sebab kematian suami - Sebab fasakh - Sebab khuluk - Sebab persetubuhan shubhat Jelaskan jenis-jenis idah - Idah Quru - Idah bulan - Idah bersalin Terangkan tempuh idah a. Penceraian hidup - Jika hamil tempuh idahnya hingga melahirkan anak - Jika tidak hamil tempuh idahnya tiga kali suci - Jika putus haid tempuh idahnya tiga bulan - Jika belum disetubuhi tempuh idahnya tiada (tiada idah) 16.5 b. Penceraian kerana kematian suami Jika hamil tempuh idahnya hingga melahirkan anak Jika tidak hamil tempuh idahnya empat bulan sepuluh hari Jika putus haid tempuh idahnya empat bulan sepuluh hari Jika belum disetubuhi tempuh idahnya empat bulan sepuluh hari

16 16.1

16.2

16.3

16.4

Jelaskan sebab berbeza tempuh bagi setiap jenis idah - Tempuh idah tiga kali suci bertujuan untuk membolehkan rahim wanita itu bersih dari benih bekas suaminya dahulu - Tempuh idah sehingga melahirkan anak bagi isteri hamil bertujuan memberi kesempatan kepada ibu memberi perhatian kepada anak, kesihatan dan kandungannya - Tempuh idah empat bulan seputuh hari bagi wanita kematian suami bertujuan sebagai masa memperingati suami dan masa berkabungan dan bersedih kerana kematian suami - Tiada idah bagi wanita yang belum di setubuhi kerana rahimnya bersih daripada benih bekas suaminya

14Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

14

16.6

Nyatakan hikmat-hikmat idah - Untuk mengelakkan percampuran benih apabila bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain - Memberi peluang berbaik semula - Memberi peluang kepada suami isteri berfikir, menyesal ke atas diri masing-masing - Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan - Sebagai tanda bersedih dan berkabung kepada isteri yang kematian suami - Untuk memberi ketenangan jiwa sebelum memulakan penghidupan baru Jelaskan hak dan status isteri semasa idah Jika dicerai dengan talak raji - Boleh rujuk - Dibawah tanggungan suami - Berhak mendapat nafkah zahir - Dilarang keluar rumah tanpa izin bekas suami Jika dicerai talak bain - Tidak boleh rujuk - Jika tidak hamil tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal - Jika hamil berhak mendapt nafkah (makanan, pakaian dan tempat tinggal) Jka kematian suami - Berhak mendapat tempat tinggal - Jika hamil berhak mendapat harta pesaka

16.7

16.8

16.9

Jelaskan hak dan status isteri sesudah idah - Bebas dari tanggungan bekas suami - Tidak berhak mendapat nafkah kecuali harta pusaka - Tiada hubungan dengan bekas suami - Berhak berkahwin dengan lelaki lain Nyatakan perkara-perkara yang dilarang semasa idah - Haram dipinang - Tidak dibenar keluar rumah tanpa keizinan bekas suami - Haram berkahwin dengan orang lain

15Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

15

17 17.1

FASAKH (membendung kemudaratan dalam rumah tangga) Terangkan maksud fasakh - Pada bahasa bermaksud batal. - Pada istilah bermaksud pembatalan ikatan perkahwinan antara suami isteri melalui kuasa Qadhi Nyatakan hukum fasakh - Harus Konsep pembatalan perkahwinan melalui fasakh - Hak suami dan isteri - Dikira talak bain sughra - Idahnya tiga kali suci Sebab diharuskan fasakh - Suami tidak bertanggungjawab menunaikan nafkah zahir dan batin - Suami berpenyakit yang sukar diubati - Suami melakukan kezaliman tehadap isteri - Suami hilang melebih tempuh enam bulan - Suami murtad Terangkan proses menuntut fasakh - Isteri membuat tuntutan fasakh di Mahkamah - Pihak Mahkamah akan menyiasat bukti dan alasan yhang dikemukakan oleh isteri - Jika sabit kesalahan dan tiada jalan untuk perdamaian, mahkamah akan membubarkan perkahwinan mereka Jelaskan kesan-kesan fasakh - Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempuh idah - Mereka boleh berkahwin semula dengan akad dan mahar yang baru - Isteri tidah berhak mendapat nafkah semasa dalam tempuh idah - Rumah tangga akan runtuh dan anak-anak akan kehilangan kasih sayang - Kebajikan anak-anak terabai dan mereka mengalami gangguan emosi yang teruk Terangkan hikmat-hikmat fasakh - Memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan ikatan perkahwinan - Mengelakkan kemudaratan yang ditanggung oleh suami atau isteri jika perkahwinan diteruskan

17.2 17.3

17.4

17.5

17.6

17.7

16Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

16

-

Sebagai peringatan kepada suami agar sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan hak-hak isteri dan keluarga Menyelamatkan alodaj dan nilai-nilai baik isteri dan anak-anak ekoran suami yang murtad, fasik, dan mengabaikan perintah agama Jalan terbaik bagi perkembangan emosi dan mental anak-anak apabila mereka terjebak dengan masalah keluarga

18 18.1

KHULUK (bukti keadilan Islam terhadap wanita) Terangkan maksud khuluk Pada bahasa bermaksud bebas atau cabut Pada istilah khuluk bermaksud pembebasan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri melalui tebus talak.

18.2

18.3

Jelaskan hukum khuluk - Harus Konsep pembatalan perkahwinan melalui khuluk Adalah hak isteri Dikira talak bain sughra Idahnya tiga kali suci Terangkan bentuk-bentuk tebusan yang harus digunakan dalam khuluk - Membayar ganti rugi dalam bentuk wang - Memulangkan kembali mahar dan apa-apa yang diterima daripada suami Khuluk ialah hak isteri - membebaskan diri daripada suaminya Terangkan faktor yang mendorong seseorang isteri mengambil keputusan untuk bercerai secara khuluk - Suami yang tidak bertanggungjawab - Bertemu dengan lelaki pilihannya - Suami tidak mahu menceraikan secara biasa - Isteri tidak mahu melakukan nusyuz terhadap suaminya - Tidak ada penyesuaian antara mereka suami isteri Bagaimanakah lafaz khuluk - Apabila isteri menuntut khuluk, suami berkata kepada isteri, Aku ceraikan engkau dengan bayaran RM 3000 , lalu isteri menjawab Aku terima - Isteri berkata kepada suaminya Ceraikan aku dengan bayaran sebanyak RM 3000 Jawab suami, Aku ceraikan engkau dengan bayaran tersebut

18.4

18.5 18.6

18.7

17Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

17

18.8

Apakah hukum khuluk yang dipaksa oleh orang lain - Tidak sah Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan kes jika suami bersetuju menyelesaikan secara khuluk kemudian suami enggan melafazkannya - Qadi dengan kuasa yang ada padanya dan melihat kepada munasabah tuntutan isteri boleh bertindak menyelesaikan tuntutan isteri Jelaskan kesan khuluk - Runtuhnya sebuah institusi keluarga dalam Islam - Suami Isteri tidak boleh merujuk kembali kecuali melalui akad nilah dan mahar yang baru - Isteri tidak berhak mendapat nafkah semasa dalam idahanak=anak akan terjejas kasih sayang dan perhatian ibu bapanya Terangkan hikmat disyariatkan khuluk - Penghormatan kepada isteri supaya boleh bertindak mengikut undang-undang syarak untuk melepaskan diri daripada ikatan perkhawinan yang tidak disukainya - Mengelak berlakunya nusyuz terhadap suami - Menghindar sifat ego suami yang menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua keluarga untuk bertindak sesuka hati - Memberi keinsafan dan pengajaran kepada suami untuk membetulkan kesilapan yang dilakukannya NUSYUZ (pemusnah kebahagiaan rumah tangga) Nyatakan maksud nusyuz - Pada bahasa ialah derhaka atau ingkar - Pada istilah nusyuz ialah keengkaran isteri menunaikan kewajiban terhadap suami tanpa alasan munasabah menurut syarak Nyatakan perkara-perkara yang boleh membawa kepada nusyuz - Isteri enggan melayani suami ditempat tidur - Keluar rumah tanpa izin suami - Melakukan kekasaran samada perkataan atau perbuatan terhadap suami - Ingkar kepada perintah suami seperti suami menyuruh menutup aurat - Membenarkan orang lain atau orang yang tidak disukai suami memasuki rumah bila ketiadaannya Terangkan faktor-faktor atau sebab-sebab berlakunya nusyuz - Isteri tidak mendapat asas didikan agama yang secukupnya - Kejahilan isteri tentang tanggungjawabnya dalam rumah tangga - Sikap isteri yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keperluan-keperluan suami - Isteri terpengaruh dengan unsur-unsur luaran yang negatif seperti media massa yang mempamerkan kebebasan isteri-isteri zaman moden Jelaskan kesan-kesan perbuatan nusyuz a. Kapada isteri - Isteri dimurkai Allah swt dan dilaknat Malaikat - Isteri kehilangan hak-haknya dan keadilan - Isteri tidak berhak mendapat layanan yang baik dan kasih sayang dari suami - Perbuatan nusyuz boleh membawa fitnah kepada isteri b. Kepada suami - Suami berkemungkinan bertindak kasar ke atas isteri apabila kemarahannya tidak dapat dikawal - Suami akanmeninggalkan rumah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga

18.9

18.10

18.11

19 19.1

19.2

19.3

19.4

18Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

18

c. Kepada keluaraga dan anak - Kebahagiaan rumah tangga tergugat - Anak-anak hilang rasa hormat ke atas ibu bapanya - Anak-anak akan mendapat tekanan mental dan mencari jalan keluar dengan cara menagih dadah 19.5 Nyatakan adab adab yang disarankan untuk mendidik isteri yang nusyuz - Memberi nasihat dengan penuh hikmah - Memisahkan tempat tidur - Memukul dengan tujuan mendidik Bagaimana cara memberi nasihat kepada isteri nusyuz - Memberi nasihat dengan cara lembut - Memberi contoh teladan yang baik - Memberi kemaafan di atas kesalahan yang tidaik disengajakan Terangkan cara cara memukul isteri dengan tujuan memberi pengajaran - Memukul untuk tujuan mengajar dan mendidik - Memukul ditempat yang tidak memudaratkan

19.6

19.7

20 20.1

ZIHAR ( amalan masyrakat Jahiliah) Nyatakan pengertian zihar - Zihar pada bahasa bermaksud belakang - Zihar pada istilah bermaksud suami yang menyamakan isterinya atau atau mana-mana anggota isterinya dengan ibunya atau mana-mana perempuan yang mahram bagi suaminya Jelaskan hukum zihar Ialah haram dan berdosa besar (apabila seorang suami telah menyamakan isterinya dengan mana-mana mahramnya, maka dia telqah mengharamkan isterinya dari segi hubungan seks sebagaimana haram dengan mahramnya)

20.2

20.3

Nyatakan hukun zihar - Suami - Isteri - Orang yang diserupakan - Sighah Terangkan syarat-syarat zihar a. Syarat suami yang menzihar - Baligh - Berakal tidak sah suami gila - Sah talak tidak sah jika isteri dalam idah talak bain b. Syarat isteri yang telah diziharkan - Isteri yang sah - Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggotanya c. Syarat orang yang diserupakan atau ibunya - Peremuan

20.4

19Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

19

-

Perempuan yang mahram dengan sebab nasab, penyusuan atau persemendaan

20.5

d. Syarat sighah - Jika lafaz itu jelas dan khusus tidak perlu kepada niat - ika lafaz itu tidak jelas dan tidak khusus perlu kepada niat Bagaimanakah hendak mengelak daripada perbuatan zihar - Mempelajari ilmu agama dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kekeluargaanTidak mengikut sifat orang-orang Arab Jahiliah yang menyamakan isteri-isteri mereka dengan ibunya atau mana-mana mahramnya dengan tujuan untutuk menzalimi isteri mereka apabila marah dan berselisih faham - Memahami konsep dan pengertian zihar yang sebenar - Suami hendaklah menahan kemarahan dan tidak tergesa-gesa menzihar isteri-isteri ereka Terangkan kifarat zihar Mengikut tertib - Memerdekakan seorang hamba mukmin - Jika tidak mampu suami wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut. - Jika tidak mampu suami wajib memeberi makan kepada enam puluh orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap orang (bahan ruji yang mengenyangkan dan tahan lama) Jelaskan kesan-kesan zihar - Suami yang melakukan zihar mendapat kemurkaan Allah swt dan berdosa besar kerana mengharamkan perkara yang halal - Suami isteri diharamkan mekakukan persetubuhan - Suami wajib membayar kifarat - Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri LIAN Nyatakan maksud lian - Pada bahasa lian bermaksud laknat Pasa istilah lian ialah sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isterinya atau untuk menafikan nasab..

20.6

20.7

21 21.1

21.2

Jelaskan sebab-sebab berlaku lian - Apabila suami menuduh isterinya melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi untuk membenarkan tuduhannya Jelaskan hukuman jika suami yang menuduh isterinya melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi untuk membenarkan tuduhannya enggan bersumpah li;an - Dikenakan hukuman qazaf iaitu dikenakan sebat sebanyak 80 kali sebatan Jelaskan hukuman jika suami yang menuduh isterinya melakukan zina dan bersumpah li;an - Dia dibebaskan daripada hukuman qazaf. Jelaskan hukuman jika isterinya mengaku melakukan zina dan tidak menolak dakwaan suami melalui sumpah lian - Maka isterinya boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati Jelaskan hukuman jika isterinya bersumpah menolak dakwaan suaminya mengatakan dia berzina Maka isterinya terlepas daripada hukuman rejam sampai mati

21.3

21.4

21.5

21.6

21.7

Terangkan proses-proses lian - Lian dilakukan di depan hakim Suami yang menuduh isteri melakukan zina hendalah bersumpah dengan lafaz Aku berbersaksi dengan nama allah swt bahawa tuduhan zina terhadap isteriku

20Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

20

adalah benar . Lafaz ini hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut. Pada sumpah yang kelima suami hendaklah berkata; Sesungguhnya laknat Allah swt akan menimpa diriku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku Isteri pula bersumpah di hadapan hakim dengan lafaz Aku brsaksi dengan nama Allaw swt bahawa tuduhan zina yang dibuat oleh suamiku tehadap diriku adalah dusta. Lafaz ini diulang sebanyak empat kali berturut-turut. Pada sumpah kali kelima isteri hendaklah berkata; Sesungguhnya kemurkaan Allah akan menimpa diriku jika tuduhan suamiku benar.

21.8

Jelaskan implikasi dan kesan lian terhadap suami isteri - Suami isteri terfasakh serta merta selepas lian - Suami yang membuat tuduhan terlepas dari hukuman qazaf - Suami yang bersumpah lian terlepas daripada hukum hudud zina - Suami tidak boleh berkahwin semula dengan bekas isteri selama-lama - Anak yang dinafikan dalam sumpah lian ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah - Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya

22 22.1

POLIGAMI Terangkan maksud poligami - Pada bahasa bermaksud banyak isteri Pada istilah bermaksud lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih empat orang isteri pada satu masa

22.2 22.3

Nyatakan hukum poligami - Harus Jelaskan syarat-syarat berpoligami Mestilah berpengetahuan agama, beriman dan bertakwa kepada Allah Boleh berlaku adil terhadap isteri isterinya Mampu dari segi jasmani dan material

22.4

Terangkan maksud adil dalam poligami - Adil dari segi lahiriah seperti makan dan minum, tempat tinggal, pakaian , perubatan, giliran malam - Adil dari segi kasih sayang dapat dilahirkan melalui tindakan yang tidak menyinggungkan mana-mana isteri. Terangkan kesan berpoligami tidak mengikut syariat Islam - Akan mendapat kemurkaan Allah - Isteri-isteri tidak berpuas hati dan akan menyebabkan salah faham dan bergaduh - Membawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita - Akan meruntuhkan institusi keluarga - Anak-anak akan kekurangan kasih sayang daripada bapa

22.5

21Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

21

22.6

Jelaskan hikmat-hikmat berpoligami - Dapat menyambung keturunan bagi lelaki yang isterinya tidak dapat melahikan anak kerana sebab sebab tertentu - Dapat membela dan melindungi anak yatim dan wanita daripada terbiar disebabkan tiada tempat pergantungan - Dapat mengilakkan diri daripada maksiat - Untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat jika berpoligami mengikut syarat syarat dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik serta adil - Mengekalkan rumah tangga yang dibina

23 23.1

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN Jelaskan konsep kemahiran keibubapaan - Anak adalah amanah Allah swt kepada ke dua ibu bapa - Bapa wajib menjaga, mendidik dan menunaikan segala tanggunggjawab ke atas anak mereka - Ibu bapa yang berkemahiran dapat mendidik anak mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. - Segala tanggungjawab, usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam membentuk anak-anak akan diberikan ganjaran oleh Allah swt di depan Allah di hari Akhirat nanti. - Anak-anak yang dididik dengan cara dan kaedah yang betul akan melahirkan anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kepada kedua ibu bapanya. Nyatakan hukum melaksanakan tanggungjawab - Wajib ke atas ke dua ibu bapa. Bagaimanakah cara ibu bapa melaksanakan tanggungjawab a. Semasa mengandung - Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan perkara mungkar - Ibu bapa wajib menunaikan kewajipan agama dan bersabar - Bertanggungjawab memastikan keselamatan kandungan - Dikehendaki membuat pemeriksaan doktor dari masa ke semasa - Bertanggungjawab menjaga pemakanan secara seimbang, berkhasiat serta daripada sumber yang halal

23.2

23.3

22Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

22

b. Selepas memperolehi anak - Mengazankan dan iqamat di telinga bayi - Mentahnik - Menamakan dengan nama yang baik - Mencukur rambut - Melakukan akikah 23.4 Tanggungjawab seterusnya ialah mendapatkan pendidikan yang sempurna selepas lahir - Mengajar pendidikan Islam sejak kecil iaitu asas keimanan dan prinsip-prinsip syariat dan membiasakan diri dengan ajaran agama - Menanamkan pendidikan moral dan akhlak serta budi pekerti yang murni dalam diri anak-anak sejak usia mumaiyiz hingga baligh - Mendidik mereka dengan pendidikan jasmani seperti menjaga kesihatan tubuh badan anakanak dan menjaga makan minum, tidur, kebersihan dan bersukan - Mereka wajib diberi pendidikan intelektual bertujuan untuk membentuk pemikiran anak-anak dengan pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah - Anak-anak juga diberi pendidikan rohani seperti sifat-sifat positif seperti berani, cekal, tekun, dan sebagainya. - Anak-anak juga wajib diberi pendidikan sosial seperti ziarah menziarahi jiran, hormat menghormati hak orang lain, menjaga batas pergaulan dalam masyarakat.

24 24.1

AKTA KEKELUARGAAN Terangkan maksud undang-undang keluarga Islam Ialah undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan ke duanya di kalangan orang Islam Konsepnya Setiap negeri mempunyai undang-undang keluarga Islam masing-masing Undang-undang keluarga Islam ini ditadbir oleh Enakmen Hukum Syarak Enakmen Undang-undang Islam di negeri masing-masing Jelaskan sejarah penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia - Undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu semenjak sebelum kedatangan Inggeris lagi. - Apabila Inggeri menjajah Tanah Melayu mereka telah memisahkan didang kuasa dalam pentadbiran kerajaan antara aspek kenegaraan dan keagamaan. Undang-undang Islam hanya dipakai dalam kekeluargaan dan hanya tertakluk dalam bidan kuasa pemerintah Inggeris. - Pada tahun 1880 Inggeris telah mewujudkan Ordinan Perkahwinan Muhammad. Ordinan ini membolehkan Mahkamah Syriah di tubuhkan. - Pada tahun 40an kuasa pentadbiran hal ehwal orang Islam diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam negeri-negeri. - Tahun 1989, Pentadbiran Mahkamah Syariah mula dipisahkan daripada Majlis Agama

24.2

24.3

23Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

23

24.4-

Tahun 1998, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ditubuhkan diletakkan dibawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri Pada masa sekarang, pengurusan Mahkamah Syariah diletakkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Matlamat dan keperluan penubuhan Mahkamah Syari ah - Menjaga hal ehwal kekeluargaan Islam suaaya mereka mendapat keadilan dalam menuntut hak dan kebajikan iaitu perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin, talak rujuk, fasakh dan sebaganya - Mengawasi masalah iman dan kufur di kalangan umat Islam seperti masalh solat, puasa, zakat dan murtad - Menyelia dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan harta pusaka, tuntutan hak dan pelepasan hak seorang individu terhadap induvidu yang sah Nyatakan bidang-bidang kuasa Mahkamah Syariah a. Bidang kuasa Mal Mendengar dan memutuskan proseding di kalangan orang Islam yang berkaitan dengan perkara berikut: i. Pertunangan, perkahwinan, perceraian, fasakh atau khuluk ii. Sebarang pelupusan atau tuntutan kepada harta yang wujud daripada perkara tersebut iii Nafkah kesah tarafan atau penjagaan kanak-kanak iv, Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian v. Wasiat atau pemberian ketika hampir mati seseorang Islam vi. Wakaf atau nazar vii. Menentu atau membahagikan harta berwasiat dan tidak berwasiat orang Islam viii. Perkara lain yang berkaitan dengan bidang kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis b. Bidang kuasa Jenayah Diberi kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM 5000 atau sebat enam rotan atau kedua duanya sekali

24.5

24.6

Terangkan peranan-peranan Mahkamah Syariah dan Akta kekeluargaan Islam yang berkuatkuasa hari ini - Menyediakan perkhidmatan runding cara, perdamaian dan pertemuan antara suami isteri yang bertelingkah - Bertanggungjawab menerima dan menyelesaikan kes-kes yang berada dibawah bidang kuasanya secara adil dan saksama - Bertugas dan berusaha untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat tentang maklumat perundangan dari semasa ke semasa Perbezaan antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivils - Mahkmah syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan perkara Mal dan Jenayah yang melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak negeri-negeri - Mahkamah Sivil ialah institusi kahakiman yang membicarakan perkara yang melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Enakmen dan Akta-akta kekeluargaan yang terdapat di Malaysia - Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 5/199 - Enakmen Keluarga Islam Kedah Bil 1 /1983 - Enakmen Keluarga Islam Kelantan No 1/1983 - Enakmen Keluarga Islam Melaka No 8. 1983

24.7

24.8

24Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

24

-

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan No 7 /1963 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang No 3 / 1990 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perak Bil 14 /1991 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang Bil 2 1985 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Sabah No 15/1992 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Sarawak No 5 /1991 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor No 4 /1994 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (A303 Pindaa (A828) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Perlis Bil 2 /1992 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil 12/1985

ISU-ISU SEMASA BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN 25 25.1 25.2 25.3 ANAK ANGKAT Terangkan pengertian anak angkat Ialah anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya sendiri Nyatakan hukum mengambil anak angkat Harus Jelaskan peraturan-peraturan mengambil anak angkat Larangan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat (haram dibinkan kepada bapa angkat) Batas aurat dan pergaulan hendaklah dijaga kerana mereka adalah ajnabi Tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya dan begitulah juga sebalinya Mengapakah dilarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat Untuk memelihara nasab keluarga daripada tercemar dan bercampur aduk Mengapakah perlu menjaga batas-batas pergaulan antara anak angkat denga bapa angkat Batas-batas pergaulan antara anak angkat denga bapa angkat perlu dijaga untuk mengelak daripada fitnah Terangkan bagaimana cara anak angkat boleh mendapat harta dari bapa angkatnya. Mereka boleh dapat harta melalui hibbah, hadiah, dan wasiat dengan syarat tidak melebih 1/3

25.4 25.5

25.6

25Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

25

daripada harta keluarga angkat 25.7 Terangkan tanggungjawab-tanggungjawab terhadap anak angkat Larangan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat (haram dibinkan kepada bapa angkat) Batas aurat dan pergaulan hendaklah dijaga kerana mereka adalah ajnabi Tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya dan begitulah juga sebalinya Hikmat diharuskan mengambil anak angkat - Untuk mewujudkan keharmonian keluarga yang tidak boleh mendapat anak. - Untuk menambahkan rasa kebahagiaan ke atas suami isteri yang tiada anak - Untuk melahirkan sillaturahim antara keluarga kandung dengan keluarga angkat - Sebagai tempat pergantungan kasih di masa tua bagi mereka yang tiada anak Terangkan hikmat-hikmat dilarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat - Untuk mengiktirafkan keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian nasab anak angkat - Untuk memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya - Untuk memelihara harta pusaka bapa kandung dan salasilah kelurga supaya tidak bercampur dengan anak angkat yang tiada hubungan nasab dengan mereka - Untuk memelihara hak wali nikah oleh bapa kandungnya dan mereka yang berhak menjadi wali Masalah yang timbul akibat menasabkan anak angkat kepada bapa angkat - Pertalian nasab dengan bapa kendung akan terjejas dan keluarga bapa kandung tidak mendapat pengiktirafan - Anak angkat tidak mendapat hak mewarisi harta bapa kandung - Menyebabkan berlaku kebebasan pergaulan antara keluarga angkat - Menyebabkan salasilah keluarga kandung bercampur aduk dengan anak angkat yang tiada hubungan dengan mereka - Menyebabkan bapa kendung dan mereka yang berhak menjadi wali tidak berhak menjadi wali nikah

25.8

25.9

25.10

26 26.1

HADHONAH (hak dan tanggungjawab untuk anak) Pengertian Hadhonah Ialah hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri Hukum Hadhonah Ialah wajib Orang yang mengabaikan tanggungjawab ini adalah berdosa Hak ini wajib dilaksanakan oleh suami isteri atau penjaganya Orang yang berhak menjaga anak setelah berlaku perceraian - Ialah ibunya. Walaubagaimanapun bapa masih mempunyai tanggungjawab menanggung nafkah hidup anak tersebut; Siapakah yang berhak hadhonah jika ibu hilang kelayakan hak hadhonah dengan sebab tertentu - Nenek sebelah ibu hingga ke atas - Bapa - Nenek sebelah bapa hingga ke atas - Saudara perempuan seibu dan sebapa - Saudara perempuan seibu - Saudara perempuan sebapa

26.2

26.3

26.4

26Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah--------------------------------------------------------------------------

26

26.5

Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu Anak perempuan kepada saudara perempuan sebapa Emak saudara sebelah ibu Emak saudara sebelah bapa Waris lelaki yang boleh menerima asobah

Kadar had umur yang membolehkan anak-anak membuat pilihan penjagaanya - Apabila kanak-kanak itu mencapai mumaiyiz Tempuh Hadhonah - Apabila kanak-kanak itu dewasa dan dapat berdikari - Mereka mampu mengurussegala keperluan asas seperti makan, minum, pakaian dan sebagai - Mengikut undang undang Keluaraga Islam Wilayah Persekutuan 1984 hak hadhonah tamat apabila kanak-kanak itu berumur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun jika kanak-kanak perempuan Menghuraikan syarat-syarat kelayakan penjagaan anak selepas perceraian Syarat hadhonah - Islam - Berakal - Dewasa - Berakhlak mulia Sebab-sebab gugur hadhonah - Ibu kepada kanak-kanak itu berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebu. Jika perkahwinan dengan lelaki itu bubar hak hadhonah kembali kepadanya - Berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang-terangan - Berpindah tempat kediaman dengan tujuan menghalang bapa kanak-kanak itu menziarahinya - Cuai, zalim. Dan menganiayai kanak-kanak - Murtad atau keluar dari agama Islam Hikmat disyariatkan Hadhonah - Supaya kanak-kanak itu mendapat hak penjagaan yang sempurna daripada ibu dan bapanya - Untuk mendapat kasih sayang dari iba bapa dan penjaganya - Supaya mereka terbela hidup - Supaya ada tempat bergantung hidup dan mengadu - Supaya kanak-kanak tidak di aniayai

26.6

26.7

26.8

26.9