Ibnu Sina
description
Transcript of Ibnu Sina
ASSIGNMENT FALSAFAH &
LOGIKA MELAYU
JXEA1104
TOKOH FALSAFAH :
IBNU SINA
NAMA : SARIMAH BINTI BAKAR
NO.MATRIK : JEA080123
NAMA PENSYARAH : PROF AMRAN MUHAMMAD
NAMA TUTOR :CIK NURUL
PENGENALAN
Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali Hussein bin Abdullah b. Hassan b. Ali b.
Sina.Beliau dilahirkan pada 370H/980M di Turki dan meninggal pada
438H/1037M.Beliau dikenali dengan gelaran AVICENNA.Beliau merupakan seorang ahli
falsafah Islam dan pakar dalam bidang anatomi.Beliau juga merupakan seorang ahli
perubatan yang terkenal kerana telah menghuraikan 760 jenis penyakit dan kaedah
pengubatannya.
EPISTEMOLOGI
Beliau mempelajari pelbagai ilmu kemahiran seperti Matematik,Fizik,Sains,dan
Astronomi.Beliau menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah mendapat galakan
daripada Ibnu Yahya dan menghasilkan “mutiara” dalam bidang perubatan iaitu QANUN
FI AT-TIB ketika berusia 18 tahun.
QANUN FI AT-TIB merupakan buku kedoktoran karangan beliau yang muktabar
dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan dari generasi ke generasi hingga
kini.Buku ini telah diterjemahkan ke berbagai bahasa asing seperti bahasa Latin dan
Inggeris.
Beliau juga menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai bidang perubatan yang
menjadi rujukan para doktor.Selain daripada Qanun fi at-tib,antara hasil karangan beliau
yang masyhur ialah;
1.Kitab Al-Majah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan dengan alam tabie.
2.Kitab As-Syifa’ dalam bidang perubatan.
FALSAFAH IBNU SINA
Dalam buku-buku beliau, teori-teori seperti anatomi dan fisiologi
menggambarkan analogi makhluk Allah (manusia) terhadap negara dan
mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai
makrokosmos (dunia besar). Contohnya digambarkan bahawa syurga
kayangan berbentuk bulat dan bumi pula persegi dan oleh yang
demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi.Selain itu, terdapat
pula empat musim dan 12 bulan dalam setahun, hal ini dikaitkan
dengan manusia yang memiliki empat tangkai dan lengan (anggota
badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pemimpin’-nya
tubuh manusia, sementara paru-paru adalah ‘menteri’-nya.
Leher pula merupakan ‘jendela’-nya anggota badan, manakala
kantung hempedu dianggap sebagai ‘pusat pemerintahan’-nya. Limpa
dan perut pula merupakan sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus itu
merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
Selain itu, dalam buku karya beliau yang bertajuk "Canon of
Medicine" beliau ada menegaskan bahawa "darah mengalir secara terus-
menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti" . Namun
demikian, hal ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan
tentang sirkulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara
urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arteries). Analogi
tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan
siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh
tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.
Ibnu Sina juga dikenali sebagai seorang saintis yang banyak
memberikan “pelaburan” terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui
penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di
dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang begitu handal
sehingga mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan
di antara satu sama lain dan berasal dari gunung-ganang dan juga
lembah-lembah. Malahan beliau mampu mengemukakan suatu
hipotesis atau teori pada ketika itu yag gagal dilakukan oleh ahli Yunani
dan Romani sejak dari Herodotus, Aristotle sehinggalah Ptolemi.
Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi
iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia
diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang
meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka
terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga
merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis
sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah.
Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi
yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu
Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu
tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk,
panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam
ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk
melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia
juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan
proses penyembuhan.
RUMUSAN
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam
perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh
dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam
Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi
kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi
(al-Farabi).