Ibu
-
Upload
sangeetha-balasubramaniam -
Category
Documents
-
view
225 -
download
3
description
Transcript of Ibu
Ibu : Laila, boleh tolong ibu mencuci sayur di atas meja itu. Selepas itu, letakkan sayur itu di sana.
Laila : Boleh, ibu. Mengapa kita perlu mencuci sayur-sayur ini? Saya tidak nampak pun kekotoran pada sayur-sayur ini, ibu.
Ibu : Pada mata kasar, sayur-sayur itu memang nampak bersih. Tetapi, kita perlu mencucinya juga demi keselamatan kita. Di ladang, sayur-sayuran itu telah disembur dengan racun serangga. Di situ juga, baja kimia digunakan supaya sayur-sayuran tumbuh dengan sihat.
Laila : Mengapakah racun serangga dan baja itu mendatangkan bahaya kepada kita, ibu?
Ibu : Cuba Laila fikir, serangga itu akan mati sekiranya dia memakan sayur yang telah disembur racun serangga. Begitu juga jika kita makan sayur-sayuran yang tidak dibasuh. Oleh itu, untuk mengelakkan kita daripada mendapat penyakit eloklah kita bersihkannya di rumah. Di sini juga, kita boleh mencuci sayur-sayuran dengan menggunakan air yang bersih.
Laila : Oh begitu. Itu sebabnya saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Kalau ibu atau ayah sakit, pasti saya akan merawat mereka.
Ibu : Baguslah anak ibu ini, Jangan pula asyik bercakap saja, pergi cuci segera sayur-sayur itu. Ibu mahu memasaknya untuk makan malam.
Laila : Baiklah ibu.
Baca dan fahami petikan di bawah.
Kebersihan Menjamin Kesihatan