ICT

6
Tajuk: 4 perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang guru apabila menggunakan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan trend terkini. Hal demikian adalah kerana dengan bantuan ICT, guru dapat menghasilkan alat bantu mengajar (ABM) yang menarik seperti penggunaan power point. Selain itu, ia juga menjimatkan masa serta kewangan apabila seseorang guru menghasilkan ABM. Sewaktu guru merancang penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ada 4 perkara adalah perlu diberi perhatian, antaranya adalah sasaran penyampaian, kesesuaian tajuk, kesediaan bahan dan kesediaan alatan ICT yang diperlukan . Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah sasaran. Ini merupakan perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa seseorang guru ingin menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah tahu sasaran mereka dan menyediakan cara penyampaian dan tahap yang sesuai. Sebagai contoh, jika sasaran murid merupakan murid darjah satu, maka cara menggunakan ICT dalam bentuk pembentangan Power Point yang penuh dengan perkataan adalah kurang sesuai manakala menggunakan Flash yang menarik untuk menjalankan aktiviti dan sebagainya. Walaupun Power Point juga boleh dimasukan animation dan sebagainya, tetapi jika ingin menyediakan sesuatu yang penuh dengan animation,

description

ICT

Transcript of ICT

Page 1: ICT

Tajuk:

4 perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang guru apabila menggunakan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan

trend terkini. Hal demikian adalah kerana dengan bantuan ICT, guru dapat

menghasilkan alat bantu mengajar (ABM) yang menarik seperti penggunaan

power point. Selain itu, ia juga menjimatkan masa serta kewangan apabila

seseorang guru menghasilkan ABM. Sewaktu guru merancang penggunaan ICT

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ada 4 perkara adalah perlu diberi

perhatian, antaranya adalah sasaran penyampaian, kesesuaian tajuk, kesediaan

bahan dan kesediaan alatan ICT yang diperlukan .

Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah sasaran. Ini

merupakan perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa

seseorang guru ingin menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru hendaklah tahu sasaran mereka dan menyediakan cara

penyampaian dan tahap yang sesuai. Sebagai contoh, jika sasaran murid

merupakan murid darjah satu, maka cara menggunakan ICT dalam bentuk

pembentangan Power Point yang penuh dengan perkataan adalah kurang sesuai

manakala menggunakan Flash yang menarik untuk menjalankan aktiviti dan

sebagainya. Walaupun Power Point juga boleh dimasukan animation dan

sebagainya, tetapi jika ingin menyediakan sesuatu yang penuh dengan

animation, bunyi dan sebagainya, Flash merupakan cara yang lebih sesuai.

Selain daripada kesesuaian cara menjalan pengajaran dan pembelajaran, guru

juga harus menyediakan hasil bahan alat bantu mengajar ICT yang bersesuai

dengan tahap sasaran. Sebagai contoh, sasaran guru adalah murid darjah satu,

maka bahan yang disediakan adalah sesuai dengan tahap mereka seperti Flash

yang mengandungi gambar yang comel dan perkataan yang besar serta bunyi

dan pergerakan yang senang dan tidak mengelirukan. Ini telah membuktikan

bahawa sasaran penyampaian adalah salah satu faktor yang penting untuk

dipertimbangkan semasa seseorang guru ingin menyediakan bahan ICT sebagai

alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: ICT

Perkaran kedua yang perlu dipertimbangankan adalah kesesuaian tajuk

pengajaran dan pembelajaran. Seperti mana yang kita tahu, dengan

menggunakan ICT, kerja kita sebagai seorang penyampaian ilmu telah

diringankan, tetapi kita tidak boleh terlalu bergantung kepada ICT kerana ICT

bukan boleh diterapkan dalam semua tajuk pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, tajuk tumbuh-tumbuhan, ia adalah

lebih sesuai untuk membawa murid-murid ke luar kelas dan mengunjungi taman

tumbuh-tumbuhan ataupun hutan simpanan. Cara demikian membolehkan

murid-murid dapat pengalaman langsung dengan tumbuh-tumbuhan serta

mempunyai ingatan yang mendalam tentang ilmu yang mereka belajar kerana

dapat belajar dengan deria motor seperti menghidu dan menyentuh. Jika tajuk

tersebut diajar dengan menggunakan ICT seperti Power Point atau Internet,

murid-murid hanya mampu tahu bentuk tumbuh-tumbuhan dan namanya sahaja

sebab tidak dapat menyentuh dan mengaji tumbuh-tumbuhan tersebut. Tapi,

sesetangah tajuk pula perlu dibantu dengan menggunakan ICT seperti mata

pelajaran sains yang bertajuk angkasa. Guru tidak dapat membawa murid-

muridnya ke tempat asal untuk mengalami keadaan tersebut, jadi dengan

bantuan ICT, maka guru boleh menayangkan keadaan angkasa dan bercerita

kepada murid-murid. Dengan bantuan ICT, murid-murid dapat membayangkan

keadaan angkasa dengan lebih tepat dan terarah. Faktor ini juga merupakan

salah satu faktor yang penting untuk dipertimbangkan oleh guru semasa

mempertimbangkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

kerana ia dapat memanfaatkan murid-murid jika guru membuat keputusan yang

betul.

Perkara ketiga yang perlu dipertimbangkan adalah bahan ICT yang ingin

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan ICT yang

disediakan oleh guru kebanyakan adalah terdiri daripada Power Point dan Flash.

Semasa menyediakan bahan, ia juga mempunyai beberapa perkara yang harus

diberi perhatian. Sebagai contoh, semasa menyediakan Power Point, perlu

memberi perhatian kepada unsur-unsur multimedia dan CASPER. Unsur-unsur

multimedia yang sepatutnya terkandung dalam satu pembentangan Power Point

Page 3: ICT

adalah bunyi, animasi, gambar dan sebagainya. Unsur-unsur tersebut hendalah

diletakan dalam Power Point dengan sewajarnya. Sebagai contoh, dalam satu

pembentangan Power Point seseorang guru mengandungi banyak unsur

animated gif (gambar bergerak), penumpuan murid sasarannya akan terganggu

oleh animated gif kerana ia lebih menarik. Ia hanya sesuai untuk menarik

perhatian murid sasaran untuk seketika semasa penumpuan mereka tidak

tertumpu. Selain itu, CASPER pula mewakili perkara yang perlu diberi perhatian

jika seseorang guru ingin menghasilkan satu Power Point yang baik. CASPER

adalah Contrast, Alignment, Simplicity, Proximity, Emphasis dan Repetition.

Maksudnya, satu Power Point yang bagus mempunyai penggunaan warna yang

baik dan senang dibaca, susunanyang teratur, dalam bentuk yang senang

faham, kesinambungan antara slaid, penekanan bahagian penting seperti tajuk

dan pengulangan maklumat penting di akhir pembentangan. Kalau seseorang

guru dapat mematuhi ciri-ciri diatas semasa menghasilkan Power Point, maka

Power Point beliau akan senang difahami oleh murid sasarannya dan menarik

perhatian mereka. Power Point hanya adalah salah satu contoh yang paling

banyak digunakan oleh guru untuk mengajar, selain daripada itu, juga ada

pelbagai lagi bahan ICT yang boleh disediakan oleh guru seperti guru akaun

atau matematik, mereka boleh menyediakan bahan ICT dalam bentuk Sheet

(seperti Microsoft Excel). Penerangan ini hanya menggunakan Power Point

sebagai contoh. Dengan ini, segi penyediaan bahan juga perlu dititikberatkan

dan dipertimbangkan semasa seseorang guru ingin menggunakan bantuan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan oleh guru adalah kesediaan

alatan ICT. Alatan ICT yang dimaksudkan adalah seperti kakulator, projektor,

komputer, komputer riba dan sebagainya. Selepas guru tersebut memilih

sasarannya, menentukan tajuk dan menyiapkan bahan ICT, beliau perlu

mempertimbangkan tentang alatan ICT lagi. Ia adalah sebab beliau perlu

memastikan tempat beliau yang bakal menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran mempunyai alatan ICT yang diperlukan supaya beliau tidak

menghadapi masalah yang tidak dijangka. Sebagai contoh, Cikgu Ali ingin

Page 4: ICT

menunjukkan video berlagu kepada muridnya, beliau telah sediakan semua

bahan, tetapi apabila sampai masa kelas tersebut, projektor dalam kelas itu telah

rosak dan Cikgu Ali terpaksa mengadakan aktiviti lain. Jadi demi menggelakan

daripada situasi tersebut, guru perlu memastikan kelas yang bakal menggunakan

bahan ICT adalah mepunyai alatan ICT yang diperlukan serta masih dalam

keadaan yang baik. Kecuali itu, semakan terakhir juga harus dibuat pada hari

sebelum supaya semua perancangan berjalan lancar. Penyemakan alatan ICT

juga adalah kelalaian kebanyakan guru kerana terlupa menyemak serta

menganggap bahawa alatan masih dalam keadaan berfungsi. Akhirnya, kerja

penyemakan alatan dan mempertimbangkan alatan yang sedia ada juga adalah

amat penting untuk guru pertimbangkan semasa membuat perancangan.

Kesimpulannya, jika seseorang guru ingin menggunakan bahan ICT

dalam pengajaran dan pembalajaran harus mempertimbangkan empat perkara

iaitu sasaran, keseuaian tajuk, kesedian bahan dan kesediaan alatan ICT.

Dengan pertimbangan empat perkara tersebut, guru akan dapat memanfaatkan

ICT dalam pengajaran dan pengajaran.