Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan...

12
Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam Izzaty Ulya Munirah binti Abd Aziz, Ahmad Irdha Mokhtar & Zulkefli Aini Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. [email protected] ABSTRAK: Satu kajian bertajuk “Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysiatelah dijalankan pada tahun 2002 dan hasilnya sangat membimbangkan sehingga memberikan idea kepada kerajaan untuk merangka Pelan Integriti Nasional (PIN) di bawah kelolaan Institut Integriti Malaysia. Masalah penyelewengan kuasa dan perolehan yang kritikal membuktikan kurangnya penghayatan ihsan dalam pengurusan di seluruh peringkat pimpinan hingga ke akar umbi. Modal insan yang berintegriti merupakan mereka yang mengamalkan nilai ihsan dalam kehidupan untuk menjadi yang terbaik bukan sahaja pada pandangan manusia, tetapi juga pada pandangan Tuhannya. Kajian ini akan meneliti konsep dan aplikasi ihsan dalam pengurusan organisasi Islam yang akhirnya akan menjurus kepada persoalan integriti, di samping menghuraikan kepentingan dan cabaran dalam menerapkan nilai tersebut di dalam sesebuah organisasi. Bahan bacaan seperti buku, jurnal dan dokumen telah dirujuk bagi menghasilkan kajian ini. Hasil kajian mendapati anggota organisasi yang mengamalkan ihsan akan sentiasa bermotivasi tinggi dan akan mewujudkan suasana yang harmoni dalam organisasinya kerana dia mengetahui bahawa tanggungjawab yang dipegang adalah amanah daripada Allah. Diharapkan kajian ini dapat menambah pengetahuan tentang nilai ihsan dalam pengurusan organisasi Islam. Kata kunci: Ihsan, pengurusan Islam, integriti, Pelan Integriti Nasional. Pendahuluan Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang terbaik dan tercantik berbanding makhluk ciptaanNya yang lain (al-Tin 95:4). Kewujudan manusia di atas muka bumi ini bukanlah sia-sia, sebaliknya manusia telah diciptakan untuk suatu misi yang sangat besar iaitu untuk menyembah Allah (al-Dzariyat 51:56), dan dalam masa yang sama memegang tanggungjawab sebagai khalifah Allah di bumi (al-Baqarah 2:30) serta memakmurkan alam (Hud 11:61). Oleh itu, manusia memerlukan suatu bentuk aktiviti yang dapat memenuhi tanggungjawab tersebut iaitu pengurusan. Pengurusan menurut Abusin (1991) merupakan kebolehan menggunakan segala sumber alam sama ada berbentuk kebendaan atau kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah. Beliau juga menyatakan pengurusan boleh difahami sebagai satu kajian ilmiah dan satu kesenian yang bergantung kepada bakat dan kebolehan seseorang yang akan menjadi pengurus. Teori pengurusan mula diperkembangkan oleh Barat pada pertengahan kurun ke-19, ketika masyarakat di sana mula menjurus kepada bidang perindustrian berbanding bidang pertanian sebelum ini (Abusin 1991). Walau bagaimanapun, pada hakikatnya Islam telah lama mendahului segala bidang kehidupan manusia termasuk pengurusan, kerana Allah yang menciptakan manusia dan alam ini telah menurunkan kitab al- Quran dan al-sunnah al-nabawiyah sebagai panduan sepanjang zaman. Sejak 1400 tahun yang lalu, Rasulullah s.a.w manjadi model seorang pemimpin, pengurus dan pentadbir terbaik mengikut acuan Islam sehingga baginda s.a.w telah disenaraikan di tangga teratas oleh pengkaji Barat moden antaranya Michael H. Hart dalam bukunya The 100 A Ranking of The Most Influential Persons in History sebagai tokoh paling berpengaruh dalam sejarah dunia (Panel Akademi Pengurusan Yapeim 2011). Azman Che Omar (2001) pula mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah

Transcript of Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan...

Page 1: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah

Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini.

© Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim

Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam

Izzaty Ulya Munirah binti Abd Aziz, Ahmad Irdha Mokhtar & Zulkefli Aini

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

[email protected]

ABSTRAK: Satu kajian bertajuk “Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia” telah

dijalankan pada tahun 2002 dan hasilnya sangat membimbangkan sehingga memberikan idea

kepada kerajaan untuk merangka Pelan Integriti Nasional (PIN) di bawah kelolaan Institut Integriti

Malaysia. Masalah penyelewengan kuasa dan perolehan yang kritikal membuktikan kurangnya

penghayatan ihsan dalam pengurusan di seluruh peringkat pimpinan hingga ke akar umbi. Modal

insan yang berintegriti merupakan mereka yang mengamalkan nilai ihsan dalam kehidupan untuk

menjadi yang terbaik bukan sahaja pada pandangan manusia, tetapi juga pada pandangan Tuhannya.

Kajian ini akan meneliti konsep dan aplikasi ihsan dalam pengurusan organisasi Islam yang

akhirnya akan menjurus kepada persoalan integriti, di samping menghuraikan kepentingan dan

cabaran dalam menerapkan nilai tersebut di dalam sesebuah organisasi. Bahan bacaan seperti buku,

jurnal dan dokumen telah dirujuk bagi menghasilkan kajian ini. Hasil kajian mendapati anggota

organisasi yang mengamalkan ihsan akan sentiasa bermotivasi tinggi dan akan mewujudkan

suasana yang harmoni dalam organisasinya kerana dia mengetahui bahawa tanggungjawab yang

dipegang adalah amanah daripada Allah. Diharapkan kajian ini dapat menambah pengetahuan

tentang nilai ihsan dalam pengurusan organisasi Islam.

Kata kunci: Ihsan, pengurusan Islam, integriti, Pelan Integriti Nasional.

Pendahuluan

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang

terbaik dan tercantik berbanding makhluk

ciptaanNya yang lain (al-Tin 95:4). Kewujudan

manusia di atas muka bumi ini bukanlah sia-sia,

sebaliknya manusia telah diciptakan untuk suatu

misi yang sangat besar iaitu untuk menyembah

Allah (al-Dzariyat 51:56), dan dalam masa yang

sama memegang tanggungjawab sebagai khalifah

Allah di bumi (al-Baqarah 2:30) serta

memakmurkan alam (Hud 11:61). Oleh itu,

manusia memerlukan suatu bentuk aktiviti yang

dapat memenuhi tanggungjawab tersebut iaitu

pengurusan.

Pengurusan menurut Abusin (1991)

merupakan kebolehan menggunakan segala

sumber alam sama ada berbentuk kebendaan atau

kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah. Beliau

juga menyatakan pengurusan boleh difahami

sebagai satu kajian ilmiah dan satu kesenian yang

bergantung kepada bakat dan kebolehan

seseorang yang akan menjadi pengurus.

Teori pengurusan mula diperkembangkan

oleh Barat pada pertengahan kurun ke-19, ketika

masyarakat di sana mula menjurus kepada bidang

perindustrian berbanding bidang pertanian

sebelum ini (Abusin 1991). Walau bagaimanapun,

pada hakikatnya Islam telah lama mendahului

segala bidang kehidupan manusia termasuk

pengurusan, kerana Allah yang menciptakan

manusia dan alam ini telah menurunkan kitab al-

Quran dan al-sunnah al-nabawiyah sebagai

panduan sepanjang zaman. Sejak 1400 tahun

yang lalu, Rasulullah s.a.w manjadi model

seorang pemimpin, pengurus dan pentadbir

terbaik mengikut acuan Islam sehingga baginda

s.a.w telah disenaraikan di tangga teratas oleh

pengkaji Barat moden antaranya Michael H. Hart

dalam bukunya The 100 A Ranking of The Most

Influential Persons in History sebagai tokoh

paling berpengaruh dalam sejarah dunia (Panel

Akademi Pengurusan Yapeim 2011).

Azman Che Omar (2001) pula

mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses

melakukan kerja dan menyempurnakan kerja

melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah

Page 2: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

2

melalui dan bersama orang lain dalam usaha

untuk mencapai objektif kerja secara berkesan

dan menggunakan sumber-sumber organisasi

dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik

dan sentiasa berubah bagi mencapai objektif

organisasi demi mancapai al-falah di dunia dan di

akhirat. Pengertian pengurusan oleh Azman Che

Omar tersebut menunjukkan bahawa pengurusan

memerlukan sebuah organisasi untuk

menjalankan operasinya ke arah mencapai

matlamat organisasi dan kejayaan atau al-falah di

dunia dan akhirat. Organisasi pula tidak mampu

bergerak tanpa kerjasama antara pengurus dan

pekerja yang cekap dan berkesan.

Permasalahan timbul apabila sesetengah

pekerja tidak menjalankan dan menyempurnakan

tanggungjawab mereka dengan baik sama ada

disebabkan oleh punca dalaman iaitu sikap diri

sendiri atau luaran iaitu pengurusan yang kurang

berkesan dan tidak terkawal. Keadaan ini akan

melambatkan gerak kerja organisasi untuk

mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Menurut Niamat Bin Yusuf (1991), faktor utama

yang mengancam pengeluaran bukanlah

kelemahan teknologi, tetapi sebaliknya kerana

penyelewengan di dalam berbagai rupa, akibat

daripada kehilangan kejujuran mereka yang

terlibat dalam menjayakan produktiviti.

Nilai integriti menjadi persoalan utama

dalam permasalahan ini. Integriti secara

umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara

keseluruhan dan padu pada individu dan

organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika. Ia

adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika

dalam tindakan sehari-hari (Pelan Integriti

Nasional). Integriti yang juga boleh disebut

sebagai nilai dan etika harus diterapkan kepada

setiap pekerja bagi mengatasi masalah-masalah

yang dinyatakan.

Sidek Baba (2012) telah meletakkan

beberapa modul keihsanan dan keinsanan dalam

pengurusan melalui tulisannya Pengurusan

Islami: Aplikasi Ihsan dan Insan, antaranya

modul PATT iaitu patuh, akur, tunduk dan taat,

serta modul Mahmaz iaitu sifat mahmudah atau

terpuji dan sifat mazmumah atau terkeji. Dua

modul ini diperkenalkan bagi menyumbang ke

arah kualiti dan produktiviti organisasi dan secara

tidak langsung dapat memperbaiki keretakan

yang berlaku dalam organisasi.

Menurut Abusin (1991), keretakan

organisasi yang ketara dari aspek integriti dalam

kalangan pegawai dan pekerja di Eropah dan

Amerika sangat mengecewakan para pekerja

sehingga menyebabkan mereka terpaksa

meluahkan perasaan tersebut melalui tunjuk

perasaan. Perlucutan jawatan disebabkan rasuah

yang berleluasa, mempergunakan kuasa untuk

kepentingan diri atau orang lain, dan sebagainya

dalam kalangan pegawai atasan seperti ketua

eksekutif, pengarah urusan mahupun anggota

parlimen sudah tidak menghairankan lagi bagi

masyarakat di sana. Adakah ini bermakna teori

pengurusan yang menjadi rujukan mereka dan

menjadi kebanggaan Eropah zaman kini tidak

berjaya?

Apabila kembali kepada agama Islam

yang syumul, terdapat teori pengurusan yang

dibawa oleh tokoh-tokoh pengurusan Islam

seperti al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali, Ibnu

Taimiyah, Ibnu Khaldun dan lain-lain (Al-Ali

1985/1405H) yang tidak terdapat di dalam teori

pengurusan Barat. Malah, ia menjadikannya

istimewa dan lebih terhadapan berbanding teori-

teori lain. Pertama, pengurusan Islam

menekankan aspek persamaan, kelayakan dan

akhlak; kedua, ia terdiri atas konsep syura; ketiga,

ia mementingkan keperluan diri, jiwa dan harta

manusia; keempat, pengurusan Islam memegang

tanggungjawab kerakyatan dan kepimpinan yang

ditaati; dan kelima, pengurusan Islam mempuyai

pengawasan kendiri serta keenam, pengurusannya

bersifat menyeluruh (Al-Ali 1985/1405H). Sifat-

sifat inilah yang membezakan antara pengurusan

Islam dan pengurusan moden Barat.

Konsep Ihsan

Ihsan dari segi bahasa berasal daripada perkataan

Bahasa Arab (أحسن) yang terbina daripada huruf

ha, sin dan nun (ح س ن) yang membawa maksud

‘berbuat baik, memperbaikkan binaannya, tekun

melaksanakannya’ (al-Mu’jam al-Wasit).

Ihsan meliputi setiap perbuatan manusia.

Allah memerintahkan umat Islam untuk berlaku

ihsan dalam bermuamalah sesama manusia dalam

firmanNya yang bermaksud:

“... Dan berbuat baiklah kepada dua

orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim,

orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan

Page 3: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

3

tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil

dan hamba sahayamu ...” (al-Nisa’ 4:36).

Al-Zuhaili (2011) mentafsirkan perkataan ihsan

iaitu berbuat baik dalam ayat di atas kepada ihsan

terhadap ibu bapa iaitu dengan mentaatinya dalam

perkara kebaikan, berkhidmat untuknya,

menunaikan hajatnya, dan tidak menyakitinya.

Ihsan terhadap kerabat dengan menyambung tali

silaturrahim. Ihsan terhadap anak yatim dengan

berlemah lembut dan mendidik mereka. Ihsan

terhadap orang miskin dengan bersedekah dan

menyantuni mereka. Ihsan terhadap jiran yang

juga mempunyai hubungan persaudaraan adalah

dengan membina kerjasama dan hubungan yang

bahagia. Ihsan terhadap jiran tetangga adalah

dengan bermuamalah yang baik walaupun bukan

Islam, memberikan hadiah dan menyediakan

jamuan. Ihsan terhadap teman bagi perjalanan

yang pendek seperti pergi ke sesuatu tempat,

menuntut ilmu dan sebagainya adalah dengan

menjadi sahabatnya. Ihsan terhadap ibnu al-sabil

adalah dengan membantunya pulang ke tempat

asalnya atau tempat yang dituju. Ihsan terhadap

hamba pula dengan memberi makanan dan

pakaian seperti yang diperoleh tuannya, tidak

memberikan pekerjaan yang tidak mampu

dilakukan, dan memerdekakan mereka daripada

kehambaan.

Allah juga meletakkan perintah ihsan

pada akhir ayat perintah jihad dengan harta dalam

surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di

jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan

dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat

baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai

orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah 2:

195).

Allah memerintahkan manusia berbuat ihsan

dengan mentaati perintahNya dan bersungguh-

sungguh melaksanakannya, kerana sesungguhnya

Allah mencintai orang yang berbuat ihsan dan

akan mengganjarinya dengan sebaik-baik

ganjaran (Al-Zuhaili 2011).

Dalam ayat lain juga, Allah dengan jelas

memerintahkan manusia untuk berlaku adil dan

berbuat kebaikan (ihsan) dalam firmanNya yang

bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku

adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada

kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan

keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi

pengajaran kepadamu agar kamu dapat

mengambil pelajaran.” (al-Nahl 16:90).

Menurut Ibnu Mas’ud, ayat tersebut merupakan

ayat yang paling banyak terkumpulnya kebaikan

dan juga kejahatan (al-Zuhaili 2011).

Al-Zuhaili (2011) mentafsirkan ayat di

atas dengan meletakkan ihsan dalam ibadah,

ihsan dalam menjalankan hukuman, dan ihsan

dalam menunaikan janji atau melangsaikan

hutang. Ihsan dalam ibadah adalah sepertimana

yang tercatat dalam sabda Nabi s.a.w dalam hadis

Jibril (yang akan disebutkan kemudian). Yang

kedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah

memberikan balasan yang setimpal dengan

kesalahan yang dilakukan dan menunaikan hak

mangsa pembunuhan atau kecederaan dengan

qisas. Dan yang ketiga, berbuat ihsan adalah

dengan tidak melambat-lambatkan pembayaran

atau menambah faedah daripada nilai asal. Tetapi

ihsan yang paling tinggi dan terbaik adalah ketika

seseorang berbuat baik kepada orang yang

melakukan kejahatan terhadap dirinya.

Al-sunnah yang menjadi sumber

wahyu kedua Islam adalah bertujuan

menguatkan dan menerangkan perkara yang

terdapat di dalam al-Quran, menasakhkan

perkara yang ditetapkan dalam al-Quran, dan

menetapkan perkara yang tidak disebut di

dalam al-Quran (Hatimi 2013). Oleh itu, nilai

ihsan yang terdapat di dalam al-Quran juga

diterangkan oleh Rasulullah s.a.w dalam

beberapa hadith yang akan disebutkan.

Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w dalam

Hadis Jibril ketika baginda ditanya oleh Jibril a.s

yang bermaksud:

“... Dia (Jibril) bertanya: Wahai Rasulullah, apa

itu ihsan? Baginda s.a.w menjawab: “Kamu

menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya.

Sekiranya kamu tidak dapat melihatNya,

sesungguhnya Dia (Allah) pasti melihat kamu ...”

(al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Iman,

Bab Su’al Jibril al-Nabi s.a.w An al-Iman Wa al-

Islam Wa al-Ihsan Wa Ilmi al-Sa’ah, No. 50; dan

Muslim, Shohih Muslim, Kitab al-Iman, Bab

Page 4: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

4

Bayan al-Iman Wa al-Islam Wa al-Ihsan Wa al-

Iman Bil Qadar, No. 9).

Ibnu Hajar Al-Asqalani (2004) dalam

kitabnya yang masyhur ‘Fathul Bari Bi Syarhi

Sohih al-Bukhari’ menerangkan maksud ihsan

yang disebutkan dalam hadis adalah itqan atau

bersungguh-sungguh dan teliti dalam beribadah.

Ihsan dalam beribadah bermaksud ikhlas, khusyu’,

mengosongkan fikiran ketika beribadah dan

berasa diawasi (muraqabah) oleh Yang disembah,

iaitu Allah s.w.t. Keadaan pertama “seolah-olah

kamu melihatNya” adalah ketika pandangan

hatinya kepada al-Haq meliputi dirinya seperti dia

sedang melihatNya, dan keadaan kedua

“sesungguhnya Dia (Allah) pasti melihat kamu”

adalah mendatangkan perasaan bahawa Allah

sedang melihat segala yang dikerjakan. Dua

keadaan ini akan menghasilkan makrifatullah dan

takut kepadaNya (al-khasyyah).

Menurut Hasan Al-Banna et al. (2011),

mafhum hadis tersebut merujuk kepada dua

definisi penting iaitu pertamanya ihsan

bermaksud ‘sesuatu yang terbaik dan paling elok’.

Keduanya ialah bermaksud ‘melakukan sesuatu

amalan secara berkualiti melalui suatu tahap

kesedaran yang tinggi bahawasanya setiap

tindakan tersebut dalam pemerhatian dan

penilaian Allah S.W.T. Yang Maha Mengetahui

dan Maha Berkuasa’.

Betapa indahnya juga syariat Islam

sehinggakan penyembelihan haiwan juga harus

dilaksanakan dalam keadaan ihsan seperti yang

tercatat dalam sabda Baginda s.a.w yang

bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan

perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika

kalian membunuh maka berlakulah baik dalam

hal tersebut. Jika kalian menyembelih

perelokkanlah sembelihan kamu, hendaklah

kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan

haiwan sembelihannya.” (Muslim, Shohih Muslim,

Kitab al-Shaidi Wa al-Dzabaihi Wa Ma Yu’kal

Min al-Hayawan, Bab al-Amri Bi Ihsan al-

Dzabhi Wa al-Qatli Wa Tahdid al-Syafarah, No.

1955).

Ibnu 'Allan Al-Siddiqi (2009) dalam

mensyarahkan hadis yang sama yang terdapat

dalam kitab Riyad al-Salihin juga bersependapat

dengan menyatakan ihsan adalah itqan atau

bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu

pekerjaan, atau dengan makna melebihkan dan

memberikan nikmat. Hadis menyuruh berbuat

ihsan dalam membunuh sama ada ketika

menjalankan hudud atau qisas dan juga berbuat

ihsan ketika menyembelih.

Apatah lagi apabila berada dalam

organisasi yang sememangnya merupakan

gabungan kerjasama manusia dan sumber alam,

maka lebih selayaknya untuk manusia berpegang

kepada ihsan dalam membina hubungan sesama

rakan sekerja dan membentuk persekitaran yang

harmoni.

Kamus Dewan Edisi Keempat pula

mengambil Hadis Jibril sebagai salah satu definisi

ihsan iaitu ‘beribadat kepada Allah dengan

menyedari bahawa seseorang itu berhadapan

dengan Allah s.w.t yang sentiasa melihatnya’.

Definisi lain adalah ‘kebaikan, kebajikan,

perbuatan yang baik, kemurahan hati’, dan ‘jasa

baik, izin’. Keihsanan pula adalah ‘sifat murah

hati, kebaikan hati, kemurahan hati’. Dalam

Bahasa Inggeris pula, perkataan ihsan

diterjemahkan kepada ‘good deeds, benevolence,

kindness, generosity’ (Hawkins 2004).

Allah juga bersifat dengan sifat ihsan

dalam asmaul husna (al-muhsin). Ihsan Allah

terhadap hambaNya sangat banyak sehingga

Sidek Baba (2012) menyenaraikan lima bukti

ihsan Pencipta kepada makhlukNya. Ihsan Allah

s.w.t kepada hambaNya adalah pada pemberian

nilai kehambaan dalam jiwa manusia. Ia

menyebabkan manusia dapat menjalankan

tangungjawabnya sebagai hamba yang

menyembah Rabbnya. Ihsan kedua adalah jiwa

khalifah sebagai satu pengiktirafan kepada

penciptaan manusia. Al-Quran yang diturunkan

melalui utusan Nabi Muhammad s.a.w untuk

menjadi panduan manusia di samping akal yang

cerdas untuk melaksanakan amanah sebagai

hamba dan khalifah juga adalah ihsan daripada

Allah s.w.t. Selain itu, Allah mengurniakan

ihsanNya melalui tradisi nubuwwah atau

kerasulan dengan melantik Rasulullah daripada

kalangan manusia juga sebagai contoh ikutan

bagi manusia. Rahmat dan nikmat yang

dijelmakan dengan air, udara, pokok, sumber

galian dan segalanya di langit dan bumi adalah

ihsan Pencipta yang wajib disyukuri oleh manusia.

Page 5: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

5

Ihsan menurut Sidi Gazalba (1975)

bererti ‘berbuat baik, membaikkan’. Berbuat

sebaik-baiknya bermaksud menyempurnakannya.

Oleh itu, ihsan juga boleh diertikan sebagai

‘berbuat sempurna, menyempurnakan’.

Berdasarkan takrif ini, Sidi Gazalba

membawakan konsep ihsan daripada sudut ibadah.

Kesimpulan yang boleh diambil daripada

Sidi Gazalba adalah apabila seseorang

melaksanakan ibadah khusus seperti solat, puasa,

zakat dan haji seperti yang diwajibkan, maka ia

telah melaksanakan ibadah tersebut. Tetapi

apabila ditambah dengan ibadah sunat yang

seiring dengan pelaksanaan ibadah tadi, maka ia

telah mencapai maksud ihsan dalam beribadah.

Begitu juga jika disandarkan ihsan dalam

pekerjaan, seseorang pekerja yang beramal

dengan ihsannya akan berusaha sedaya upaya

untuk mencapai tahap kesempurnaan

perkhidmatannya di dalam organisasi.

Ab. Aziz Yusof (2010) pula menyatakan

ihsan adalah melaksanakan tugas dengan cekap

dan berkesan bersaksikan Allah dan

melakukannya seolah-olah mereka dalam

pemerhatian Allah.

Falih Ibn Muhammad (2009) pula

memberikan pengertian ihsan dalam bekerja iaitu

melaksanakan pekerjaan dengan sebenar-

benarnya, profesional dan tepat waktu. Ia

berdasarkan kepada firman Allah s.w.t yang

bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah

janji-janji...” (al-Ma’idah 5:1)

Dan juga hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Taala mencintai

seorang hamba yang bekerja secara

profesional.” (Awradahu al-Albani, Shahih

al-Jamic al-Shaghir Wa Ziyadatuhu, Kitab

Jilid 1, Bab Harf al-Alif, No. 1880, Hukum

hadith: “hasan” (al-Albani, Shahih al-Jamic

al-Shaghir Wa Ziyadatuhu).

Begitu juga pengertian yang diberikan oleh

Syeikh Abu Bakar al-Jazairi: ‘Ihsan dalam

bekerja adalah melakukan pekerjaan dengan baik,

profesional, dan tidak ada unsur penipuan.’

Muhammad Nubli Abdul Wahab (2008)

pula secara khusus memberikan makna ihsan

dalam pengurusan organisasi iaitu memberikan

lebih banyak daripada tugasan yang diminta,

bekerja lebih baik daripada kerja yang ditugaskan,

lebih masa daripada masa yang ditetapkan, dan

memberikan perkhidmatan terbaik dengan ikhlas

tanpa mengharapkan balasan. Akhirnya, pengurus

atau pekerja tersebut akan menjadi pekerja yang

dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai

pekerja dan dalam masa yang sama, mendapat

ganjaran hasil ibadah yang dilakukan kerana

Allah.

Berdasarkan pernyataan di atas,

pengamalan konsep ihsan akan menghasilkan

pekerja yang mempunyai sifat-sifat yang disukai

Allah seperti bersungguh-sunggguh, amanah,

menepati waktu, dan sebagainya, kerana ia tahu

bahawa ia bekerja kerana Allah. Ia merasakan

bahawa segala yang dilakukan adalah ibadah,

maka segala amalannya akan diperhatikan oleh

Allah walaupun ia tidak dapat melihat Allah.

Malek Shah Mohd Yusoff (2002) dalam

tulisannya menyatakan pengurusan dari

pandangan Islam dalam al-Quran merujuk kepada

Kerajaan Yang Maha Esa (the lord of the worlds,

the sacred king, the owner of sovereignty, the

king of mankind) yang mempunyai unsur-unsur

perintah, amalan dan urusan. Kenyataannya

merujuk kepada beberapa ayat dalam al-Quran

antaranya dalam surah Yunus ayat 3 dan ayat 31,

al-Ra’d ayat 2, Sajdah ayat 5. Allah sebagai

pentadbir hakiki dan manusia sebagai pentadbir

yang diamanahkan. Teras kepada pengurusan

islami adalah adab dan akhlak. Ihsan merupakan

akhlak dalam menunaikan amanah tersebut

kepada raja segala kerajaan, Allah s.w.t.

Pelbagai nilai telah disenaraikan oleh

sarjana pengurusan muslim pada setiap proses

pengurusan. Al-Ihsan iaitu kesedaran tentang

pemerhatian Tuhan adalah antara nilai yang

relevan dalam proses pengurusan pada tahap

pengawalan (Siddiq Fadzil 2002).

Barjoyai Bardai (2002) juga meletakkan

konsep ihsan pada tahap pengawasan dalam

pengurusan Islam. Konsep pengawasan yang

akan memelihara keutuhan masyarakat untuk

pertumbuhan dan kemajuan berterusan iaitu

pengawasan diri dan nasihat-menasihati; sistem

monitor pada hari pengadilan yang mana segala

Page 6: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

6

pekerjaan akan dihisab; serta asas penilaian,

ukuran dan perhitungan yang tepat terhadap

sesuatu perancangan atau kerja, penting untuk

mengelakkan atau mengurangkan risiko. Konsep

pengawasan lain yang dinyatakan adalah

pengurusan individu, perhubungan manusia dan

awam, program latihan untuk menambah ilmu,

serta etika menurut Islam berpandukan akhlak

Nabi s.a.w.

Karamah insaniah atau kecemerlangan

insan berkait rapat dengan situasi God-

conciousness atau insaf ketuhanan yang tinggi.

Apabila pertimbangan Allah diletakkan pada

tahap tertinggi, manusia akan terus berada dalam

kemakrufan dengan menjadikan amanah, ikhlas,

tulus, telus dan adil sebagai asas dalam amalan

(Sidek Baba 2012) termasuklah pengurusan.

Keadaan inilah yang dimaksudkan dengan ihsan.

Kepentingan Ihsan Dalam Pengurusan

Umat Islam pada hari ini berada dalam keadaan

lalai dan leka kerana mereka mengabaikan prinsip

ihsan dalam beribadah. Solat tidak dapat

mencegah mereka daripada melakukan perkara

yang keji dan mungkar, zakat tidak dapat

membersihkan hati dari ketamakan dunia, puasa

tidak dapat melindungi mereka daripada

kejahatan nafsu, dan haji tidak menaikkan taqwa

mereka kepada Allah (Sidi Gazalba 1975).

Hubungan antara manusia dengan Allah tidak

dihayati sekaligus memberi kesan negatif kepada

hubungannya sesama manusia. Menurut Sidi

Gazalba (1975) juga, ihsan akan menjadi tabiat

daripada hasil ibadah yang disempurnakan.

Sidek Baba (2012) berpendapat

kerosakan sumber-sumber alam dan hubungan

kemanusiaan adalah akibat daripada kurang

penekanan terhadap pembangunan insan dan

tidak dijadikan landasan pembangunan. Maka,

lahirlah pemikiran individualistik dan

materialistik sehingga sanggup melakukan apa

sahaja cara untuk menguasai dan mendapatkan

sesuatu seperti yang telah berlaku dalam kes

stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di

Terengganu yang runtuh berikutan bekalan bahan

mentah tidak menepati piawaian yang bersesuaian,

tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang terjadi

akibat daripada penstrukturan binaan bangunan

yang tidak menepati spesifikasi yang diberi, dan

paling terkini yang menarik perhatian masyarakat

apabila beberapa pegawai Tentera Laut Diraja

Malaysia (TLDM) ditangkap Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan

aktiviti penyelewengan dalam pembelian barang,

perkakasan dan alat ganti (Shamshun Baharin

2015). Dalam tradisi ihsan yang menekankan

nilai dan etika, pendekatan begitu tidak

dibenarkan. Rasa berdosa dan insaf ketuhanan

sentiasa menjadi pedoman terbaik dalam

memandu sesuatu amalan itu sama ada baik atau

tidak (Sidek Baba 2012).

Walaupun sebahagian sarjana pengurusan

Islam meletakkan ihsan hanya dalam salah satu

elemen pengurusan iaitu pengawasan, nilai

kebaikan tetap terdapat dalam emelen-eleman

pengurusan yang lain iaitu perancangan,

pengorganisasian dan pengarahan.

Perancangan

Perancangan yang menepati ihsan adalah proses

menentukan objektif yang dikehendaki dan ia

mestilah tidak bertentangan dengan syariat Islam,

dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan

yang sesuai dan terbaik serta menggunakan cara

yang dihalalkan oleh Islam. Perancangan mestilah

mengambil kira faktor-faktor dalaman organisasi

dan persekitaran luaran yang mempengaruhi

kehidupan sesebuah organisasi untuk mencapai

objektif tersebut (Azman Che Omar 2001).

Perancangan yang terbaik dan bersifat

ihsan dalam pengurusan Islam selari dengan

perancangan berkesan yang diperkenalkan Barat

kecuali dasar yang digunakan adalah yang

ditetapkan dalam Islam iaitu al-Quran, al-sunnah,

ijma’ dan qiyas, malah boleh digunakan selagi

tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Pengurus

dan pekerja yang mengamalkan ihsan dalam

perancangan tidak akan terburu-buru membuat

perancangan dan keputusan kerana ia berpegang

kepada konsep syura atau rundingan dengan para

bijak pandai kerana Allah memerintahkannya

dalam firmanNya yang bermaksud:

“... Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan

musyawarat antara mereka...” (al-Syura 42 :38)

“... Maka bertanyalah kepada orang yang

mempunyai pengetahuan jika kamu tidak

mengetahui.” (al-Nahl 16:43)

Pengurus harus memaklumkan kepada

ahli organisasi tentang objektif dan perancangan

Page 7: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

7

yang dirangka supaya mereka tahu apa yang

harus disumbangkan kepada organisasi untuk

menjayakan rancangan tersebut. Rancangan ini

juga akan dijadikan rujukan dalam menilai

pencapaian jabatan atau bahagian dan dapat

mengelakkan daripada kekeliruan dan wujudnya

haluan yang berbeza dan tidak betul antara

jabatan dalam organisasi (Azman Che Omar

2001).

Pengorganisasian

Menurut Azman Che Omar (2001), dalam elemen

ini, pengurus mempunyai autoriti untuk meminta

perkhidmatan yang khusus daripada pekerjanya

dan pekerja harus menyempurnakan tugasan yang

diberi. Pengurus yang bersifat ihsan akan

menyerahkan autoriti yang berpadanan dengan

tanggungjawab yang diberikan supaya pekerja

dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan

baik tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus yang cekap juga akan membahagikan

aktiviti organisasi kepada bahagian tertentu,

bertujuan meletakkan ahli-ahli organisasi yang

mahir dalam bidang khusus di dalam aktiviti kerja

tersendiri, membuat penyelarasan, dan

penambaikan dalam meningkatkan prestasi ahli

dan organisasi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang

kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang

yang kuat lagi dapat dipercayai.” (al-Qasas 28:26)

Kekuatan yang dimaksudkan adalah kebolehan

untuk menjalankan tugas. Amanah pula mestilah

disertakan dengan ketaatan kepada Allah dan

bersih daripada kekejaman dan berat sebelah

(Abusin 1991).

Rasulullah s.a.w pernah menolak

permohonan seorang sahabat, Abu Zar al-Ghifari

yang ingin menjawat jawatan gabenor kerana

kelemahan yang ada pada diri sahabat tersebut.

Oleh itu, kisah tersebut harus dijadikan sandaran

dalam memilih pekerja yang layak dengan tugas

atau jawatan yang diberikan.

Menurut Abusin (1991), untuk mengelak

berlakunya pemilihan individu yang tidak layak

menyandang sesuatu jawatan, batasan kuasa

didahulukan sebelum membuat pemilihan melalui

temuduga. Undi akan dibuat jika berlaku

pertembungan dua atau lebih yang layak.

Kemudian, jawatan disahkan dengan

mengumumkannya di masjid dan senarai harta

milik pegawai tersebut diisytiharkan. Amalan ini

telah dilakukan oleh Saidina Umar bin al-Khattab

semasa pentadbirannya. Beliau pernah merampas

harta dan memecat pegawai yang terlibat dalam

salah guna kuasa mengumpul harta untuk

kepentingan diri. Amalan sebegini akan

membentuk integriti dan ihsan dalam diri para

pekerja.

Setelah melaksanakan segala yang

dirancang, tawakal kepada Allah sangat penting

kerana dia akan meyakini bahawa segala yang

berlaku merupakan yang terbaik daripada Allah

s.w.t.

Pengarahan

Pengarahan yang datang daripada pengurus yang

bersifat ihsan adalah apabila pengurus sendiri

menjadikan dirinya teladan kepada para pekerja.

Pengurus mestilah berusaha untuk memiliki ciri-

ciri tertentu iaitu bijak, matang, yakin diri, ingin

maju, berupaya mengawal dan yakin terhadap

matlamat organisasi (Abusin 1991).

Pengarahan yang baik tidak menyinggung

perasaan mana-mana pihak, dilakukan dengan

penuh kasih-sayang, serta munasabah dari segi

jangka masa, anggaran kos dan jumlah tenaga

kerja. Pengarahan juga akan menjadi lancar

apabila tiada prasangka buruk antara anggota

organisasi, sama ada yang memberi atau

menerima arahan. Kecintaan dan iltizam yang

tinggi terhadap pekerjaan juga mempengaruhi

pengarahan. Pengurus yang baik akan

menyediakan persekitaran yang selamat dan iklim

pekerjaan yang menyenangkannya sehinga setiap

pekerja bebas daripada rasa terancam (Panel

Akademi Pengurusan YaPEIM 2011).

Menurut ucapan bekas Ketua Setiausaha

Negara, Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan di

Kota Kinabalu, Sabah tahun 2006 yang lepas,

beliau menyatakan salah satu punca rasuah

berlaku adalah disebabkan “kelemahan sistem”.

Kuasa monopoli yang ada pada jawatan tertentu

memberi kuasa budi bicara yang amat luas

kepadanya untuk menentukan sesuatu keputusan,

lebih-lebih lagi jika keputusan tersebut

melibatkan kepentingan dirinya dan dia tidak

perlu bertanggungjawab ke atas keputusan itu.

Sebagai contoh, peruntukan undang-undang

Page 8: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

8

mengenai penetapan kadar saman bagi kesalahan

menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa

lesen di sebuah Pihak Berkuasa Tempatan,

memberi kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuanya

seorang sahaja menentukan kadar saman, sama

ada kadar minima RM1,000 atau kadar maksima

RM25,000. Kuasa monopoli dan kuasa budi

bicara seperti ini boleh membawa kepada

ketidaktelusan dalam organisasi tersebut.

Oleh itu, pengurus harus ihsan dalam

memilih pekerja dan meletakkannya di posisi atau

jawatan yang betul dan sesuai.

Pengawasan

Ahmad Bashir Aziz (2015) meletakkan tiga

cadangan penyelesaian kepada krisis moral dan

budaya pengurusan iaitu: pertama, anjuran kepada

pemurnian pengurusan (endogeneity); kedua,

keperluan kepada kawalan dalaman; dan ketiga,

pendidikan dan latihan berterusan tentang etika

pengurusan Islam. Apabila memfokuskan kepada

kawalan dalaman, ia sedikit sebanyak menyentuh

soal ihsan secara tidak langsung. Kawalan luaran

atau external control yang hanya menumpukan

kepada persoalan peraturan dan penyeliaan kerja

dalam pengurusan Barat tidak cukup untuk

memenuhi elemen pengawalan dalam pengurusan.

Oleh itu, pengurusan Islam mendatangkan

pendekatan kawalan dalaman atau internal

control yang menekankan keperluan kualiti

minda dan perwatakan, kesedaran terhadap

tangggungjawab sosial dan tugas, serta kewajipan

melaksanakan tuntutan nilai etika agama.

Kesedaran terhadap tanggungjawab

sebagai kakitangan sesuatu organisasi dan

perlunya memelihara amanah rakyat (public trust)

adalah sifat yang terhasil daripada kawalan

dalaman. Ia melahirkan perhubungan yang baik

antara pekerja malah mewujudkan dalam diri

pekerja muslim pengiktirafan bahawa

tanggungjawab yang dilaksanakan adalah amanah

daripada Allah s.w.t. Kesannya, segala amalan

yang tidak beretika akan dijauhi dan akan

membangunkan organisasi yang cemerlang

(Ahmad Bashir Aziz 2015).

Ia juga akan menjadikan seseorang

sentiasa bermotivasi tinggi dan sentiasa akan

meningkatkan lagi tahap produktiviti dalam

kerjanya kerana ia mengetahui bahawa setiap

perbuatannya dilihat oleh Allah, dicatat oleh

malaikat dan akan mendapat pembalasan yang

sewajarnya dalam bentuk keduniaan dan lebih-

lebih lagi yang berkaitan persoalan alam akhirat

(S. Salahudin Suyurno&Mohd Yadman Sarwan

2010).

Dengan meletakkan ihsan sebagai nilai

utama dalam menjalankan gerak kerja organisasi,

matlamat organisasi iaitu al-falah dan

mardhatillah (keredaan Allah) dapat dicapai.

Konsep al-falah menjadikan matlamat organisasi

adalah mencapai kejayaan manusia sebagai insan,

dan organisasi sebagai matlamat kerjasama untuk

kejayaan hakiki. Mardhatillah pula adalah nilai

yang memastikan kewujudan keperluan asas

kepada wujudnya suasana harmoni, hormat-

menghormati, nasihat, ikhlas dalam hubungan,

tanggungjawab, menolak aktiviti haram dan

sebagainya (Mohd Shahar Bin Sidek 1991).

Aplikasi Ihsan Dalam Pengurusan

Pengurusan yang berkesan memerlukan modal

insan yang terdiri daripada pengurus dan pekerja

yang berkemahiran dalam menggunakan sumber-

sumber yang diperoleh dengan efisien dan efektif.

Dalam masa yang sama, pengurusan Islam

menekankan aspek nilai dan etika dalam diri

setiap anggota agar pekerjaan yang dilakukan

bukan sahaja semata-mata untuk mencapai

matlamat organisasi, malah mencapai matlamat

al-falah dunia dan akhirat (Mohamed Sulaiman et

al. 2014). Kecemerlangan sesebuah organisasi

adalah bergantung kepada kualiti pekerjanya

(Razaleigh Muhamat@Kawangit 2011).

Apabila melihat kepada kisah-kisah pada

zaman kegemilangan khilafah Islam terdahulu,

para pemimpin iaitu Rasulullah s.a.w, para

khalifah dan pegawai-pegawai sangat

menitikberatkan nilai ihsan, itqan, amanah dan

nilai Islam yang lain dalam pekerjaan mereka,

berpandukan al-Quran dan al-sunnah yang

dibawa oleh baginda Rasul s.a.w. Antara

pemimpin yang boleh diambil iktibar daripada

kepimpinannya adalah Kahlifah Umar bin Abdul

Aziz yang merupakan khalifah kelima selepas al-

Khulafa’ al-Rasyidun iaitu Saidina Abu Bakar al-

Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina

Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

mempunyai ciri-ciri pemimpin yang

mengamalkan ihsan dan membudayakan integriti

Page 9: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

9

dalam kepimpinan dan urus tadbir negara Islam

yang diamanahkan kepadanya, ketika Islam sudah

semakin jauh daripada jiwa umatnya. Hal ini

dikhabarkan oleh Dr. Aidh al-Qarni dalam

tulisannya dengan menyatakan, Khalifah Umar

bin Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang

zuhud, abid, mujahid, pembaharu abad pertama.

Beliau telah meninggalkan kepentingan dunia dan

berpaling daripada syahwah-syahwah yang

negatif. Beliau kemudiannya amat menumpukan

sebahagian besar waktunya kepada persoalan

ilmu, ibadat, dakwah, zuhud dan menegakkan

keadilan.” Nilai ihsan beliau terbukti ketika salah

seorang puteranya meminta untuk berkahwin kali

kedua dan pembiayaan tersebut diambil daripada

khazanah kewangan negara. Khalifah Umar

sangat marah dengan mengatakan bahawa masih

ramai rakyatnya yang tidak berkahwin kerana

ketidakmampuan mereka, dan meminta puteranya

menggunakan harta beliau sendiri untuk

membiayai perkahwinan tersebut (Rasid

Muhamad 2011).

Sebuah kajian bertajuk “Kajian Persepsi

Awam Terhadap Rasuah di Malaysia” telah

dijalankan di bawah arahan Perdana Menteri

ketika itu dengan dikoordinasikan oleh Badan

Pencegah Rasuah Malaysia dan dilaksanakan oleh

lima pakar sains sosial daripada Universiti

Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara

Malaysia pada tahun 2002. Hasil kajian yang

dibentangkan pada 2003 dan kesedaran tentang

peri pentingnya menerapkan nilai dan etika ini,

salah satunya ihsan dalam jiwa setiap modal insan,

kerajaan Malaysia telah menggubal Pelan

Integriti Nasional (PIN) dan menubuhkan Institut

Integriti Malaysia (IIM). Pelan tersebut

merupakan suatu perancangan menyeluruh dalam

memantapkan etika dan membudayakan integriti

di seluruh peringkat pimpinan dan masyarakat

dari aspek keluarga, komuniti, masyarakat sivil,

sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan

pentadbiran. Pelaksanaannya telah dirangka

secara terperinci bagi setiap aspek yang

dinyatakan. Apabila tercapainya matlamat agenda

utama PIN ini, ia akan memberi sumbangan besar

kepada pembangunan yang seimbang dan lestari,

kestabilan politik dan keharmonian kehidupan

rakyat pelbagai kaum serta peningkatan

kesejahteraan hidup rakyat.

PIN mensasarkan lima keutamaan yang

perlu dicapai dalam tempoh lima tahun pertama

iaitu:

Sasaran 1: Mengurangkan gejala rasuah,

penyelewengan dan salahguna kuasa secara

berkesan;

Sasaran 2: Meningkatkan kecekapan dalam

sistem penyampaian perkhidmatan awam dan

mengatasi masalah birokrasi;

Sasaran 3: Meningkatkan tadbir urus korporat dan

etika perniagaan;

Sasaran 4: Memantapkan institusi keluarga dan

komuniti; dan

Sasaran 5: Meningkatkan kualiti hidup dan

kesejahteraan masyarakat.

Kelima-lima sasaran tersebut menumpukan

kepada perancangan solusi kepada masalah-

masalah yang berlaku di setiap peringkat seperti

kepimpinan kurang berteladan, kelemahan sistem

dan penguatkuasaan, pertentangan matlamat

antara institusi yang menyebabkan krisis nilai,

budaya masyarakat yang kurang menitikberatkan

integriti, dan kurang penghayatan nilai murni dan

etika kerja individu itu sendiri. Kesemua masalah

tersebut membawa kepada kemerosotan integriti

dalam kalangan pihak atasan, masyarakat dan

individu.

Manakala Fasa Kedua PIN (2009 - 2013)

yang dikenali sebagai Sasaran Integriti, lima

sasaran dalam fasa pertama akan diteruskan tetapi

ia akna lebih menumpukan kepada pemerkasaan

integriti di peringkat akar umbi. Generasi muda,

para pelajar dan agensi penguatkuasaan kerajaan

dijadikan fokus program integriti pada fasa ini.

Sektor swasta juga terlibat dalam menggalakkan

budaya tanggungjawab sosial korporat (CSR)

dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang

membawa kesan positif kepada alam sekitar,

pengguna, kakitangan dan masyarakat setempat.

Hakikat sebenar peningkatan integriti

adalah subjektif dan sukar diukur, tetapi ia dapat

dihayati dan ditonjolkan melalui tindakan dan

naratif atau persepsi masyarakat (Pelan Integriti

Nasional). Usaha yang dirancang tersebut

hanyalah sebagai kawalan luaran yang dapat

memupuk jiwa insan membina kawalan

dalamannya sedikit demi sedikit. Kawalan

dalaman inilah yang diertikan sebagai al-ihsan

dalam diri manusia yang menjadikannya sentiasa

berwaspada daripada memikir atau melakukan

Page 10: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

10

sebarang ketidakwajaran. Ia menyedari bahawa

setiap tindakan yang dilakukan sentiasa

diperhatikan oleh closed-circuit television

(CCTV) yang tidak kelihatan pada pandangan

mata kasar sehingga tidak ada sesuatu sekecil

mana pun yang terselindung (Panel Akademi

Pengurusan Yapeim 2011).

Manusia harus menyedari bahawa segala

tingkah laku yang dilakukan sentiasa diperhatikan

dan diawasi oleh Allah s.w.t. Kuasa

pengawasanNya jauh mengatasi kuasa

pengawasan ketua jabatan ataupun pengarah

kerana had kemampuanNya tiada batasan dan

ruang pemerhatianNya tidak terikat oleh jarak dan

tempat (Mardzelah Makhsin 2008). Allah s.w.t

dengan jelas telah menerangkan tentang hal ini

dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang

bermaksud:

“Maka sesiapa berbuat kebaikan seberat dzarrah,

nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar dzarrah,

nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya!”

(al-Zalzalah 99: 7 & 8).

Cabaran Dalam Mengaplikasikan Ihsan

Walaupun konsep ihsan sudah wujud dalam

pengurusan Islam dan hanya perlu diaplikasikan

oleh para pengurus dan pekerja, tetapi masih

ramai yang tidak mengetahui dan memahaminya,

malah ada juga yang mengetahuinya tetapi tidak

berminat untuk mendalaminya (Mohamed

Sulaiman et al. 2014).

Masalah yang dihadapi adalah apabila

penerimaan terhadap konsep pengurusan islami

masih tidak meluas. Sebahagian pengurus lebih

yakin dengan model pengurusan Barat yang

kelihatan lebih berjaya berbanding pengurusan

islami seterusnya meyebabkan mereka

memandang rendah konsep tradisi dalam teori

dan amalan pengurusan (Nik Mohd Zain Nik

Yusof 2002). Mereka lebih bangga dengan tokoh

pengurusan Barat yang digelar ‘management

gurus’ sepanjang abad ke-20 seperti Stephen

Covey, Tom Peters, Warren Bennis, Jim Collings,

James Champy, Rosabeth Moss Kanter, Gary

Hammel dan sebagainya (Auni Hj Abdullah

2010).

Mereka juga menganggap model

pengurusan berkonsepkan Islam hanya dalam

sejarah dan ia tidak boleh dipraktikkan lagi dalam

kehidupan moden walaupun di negara yang

majoriti penduduknya muslim (Nik Mohd Zain

Nik Yusof 2002).

Selain itu, pengurusan Islam tidak dapat

dilaksanakan apabila pengurus sendiri

berpandangan serong terhadap agama Islam.

Islam dilihat mundur, miskin, menindas, ganas,

tidak adil, kejam dan jahat (Nik Mohd Zain Nik

Yusuf 2002), sehingga menyebabkan tiada satu

pun nilai Islam yang dirasakan baik dan berjaya

untuk dilaksanakan dalam organisasi.

Antara penyelesaian yang perlu

dilaksanakan untuk mengatasi cabaran yang

timbul ini adalah dengan memberikan

pendedahan kepada para pengurus tentang

kelebihan-kelebihan konsep pengurusan Islam

(Nik Mohd Zain Nik Yusoff 2002). Pengurusan

Islam mempunyai ciri-ciri seperti yang

dinyatakan di akhir pendahuluan di atas, yang

tidak dapat diperoleh dalam konsep pengurusan

Barat.

Selain itu, kesedaran harus diberikan

kepada para pengurus supaya memberi

keutamaan kepada pembentukn sistem nilai

berasaskan tauhid dengan memberi penekanan

kepada iman, ilmu dan amal. Iman dijadikan

sebagai asas sistem nilai itu, ilmu untuk memberi

perspektif yang betul kepada penggunaan akal

seterusnya membina sikap intelektual yang

cintakan kebenaran, dan amal sebagai penyaluran

tenaga hawa nafsu dan syahwat melalui

kemahiran yang digunakan untuk mengerjakan

amal soleh. Pada akhirnya, ia akan membentuk

organisasi yang dibangunkan atas asas taqwa

kepada Allah s.w.t (Nik Mohd Zain Nik Yusoff

2002).

Kesimpulan

Oleh itu, setiap muslim seharusnya

menghayati sifat ihsan Allah s.w.t dengan

berusaha mencapai maqam ihsan tidak kira

dalam apa jua perbuatannya, kerana setiap insan yang berjiwa ihsan akan membentuk

masyarakat yang berintegriti dan profesional

dalam pekerjaannya serta menjauhi

penyelewengan yang bakal merosakkan diri,

keluarga dan masyarakat.

Page 11: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

11

Rujukan

Al-Quran al-Karim.

Anon. 2006. Koleksi Arkib Ucapan Ketua

Eksekutif. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji

Hassan: "Isu-Isu Tadbir Urus Dan

Integriti Dalam Perkhidmatan Awam:

Dulu, Kini Dan Masa Depan.

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p

=sidek&id=3745 [10 November 2015]

Ab. Aziz Yusof. 2010. Pengurus Bertakwa

Memakmurkan Syarikat. Sintok:

Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Abusin, A. I. 1991. Pengurusan Dalam Islam.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ahmad Bashir Aziz. 2015. Pengurusan Islam

Alternatif Pengurusan Moden. Sintok:

Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Al-Albani, A. a. a.-R. M. N. a.-D. 1988.

Shohih Al-Jami' Al-Shoghir Wa

Ziyadatuhu (Al-Fath Al-Kabir). 3.

Beirut: al-Maktab al-Islami.

Al-Ali, M. M. 1985/1405H. Al-Idarah Fi Al-

Islam. Jeddah: al-Dar al-Su'udiyah Li al-

Nasyr Wa al-Tauzi'.

Al-Bukhari, A. a. M. B. I. 2010/1431H.

Shohih Al-Bukhari. Beirut: al-Maktabah

al-Ashriyyah.

Al-Mu'jam Al-Wasit. 2011. 5. al-Qahirah:

Maktabah al-Islamiyah.

Al-Naisaburi, M. B. a.-H. a. a.-H. a.-Q. 1910.

Shohih Muslim. Beirut: Dar al-Kutub al-

Ilmiyah.

Al-Zuhaili, W. 2011. Al-Tafsir Al-Munir Fi

Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Manhaj.

Dimasyq: Dar al-Fikr.

Auni Hj Abdullah. 2010. Teras Utama Sistem

Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:

Alam Raya Enterprise.

Azman Che Omar. 2001. Pengurusan Di

Malaysia Dari Perspektif Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Barjoyai Bardai. 2002. Prinsip Dan Kaedah

Pengurusan Islami: Lakaran Suatu

Disiplin Ilmu. Wacana Pengurusan

Islami Siri 1, hlm. 41-94.

Falih Ibn Muhammad, I. F. a.-S. 2009. Meraih

Puncak Ihsan. Jakarta: Darus Sunnah

Press.

Hasan Al-Banna, B. M., Ab Mumin Ab Ghani &

Siti Arni Binti Basir. 2011.

Pemantapan Sistem Pengurusan Islam

Berkualiti Melalui Konsep Tawhidi,

Budaya Itqaan Dan Nilai Ihsan. World

Congress on Islamic Systems (World-

ISLAM 2011). Anjuran t.pt. t.tp.,

Hatimi, R. M. 2013. Al-Mursyid Al-Hadi Fi

Usul Al-Fiqh Al-Islami. Mesir: Jamiat

al-Azhar.

Hawkins, J. M. 2004. Kamus Dwibahasa Oxford

Fajar. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Ibnu 'Allan Al-Siddiqi, M. 2009. Dalil Al-

Falahin Lituruq Riyad Al-Salihin 3.

Beirut: Dar al-Kotob al-Ilmiyah.

Ibnu Hajar Al-Asqalani, A. B. A. 2004. Fathul

Bari Syarh Sohih Al-Bukhari. Mesir:

Dar al-Hadith.

Institut Integriti Malaysia. 2006. Pelan Integriti

Nasional.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malek Shah Mohd Yusoff. 2002. Pengurusan

Islami: Satu Gagasan Ilmu. Wacana

Pengurusan Islami: Siri 1, hlm. 5-18.

Mardzelah Makhsin. 2008. Hisbah Sistem

Pengawasa Dan Etika Pengurusan Islam

Sintok: Penerbit Universiti Utara

Malaysia.

Mohamed Sulaiman, Nur Arfifah Abdul Sabian &

Abdul Kadir Othman. 2014. The

Understanding of Islamic Management

Practices among Muslim Managers in

Malaysia. Asian Sosial Science 10(1):

Mohd Shahar Bin Sidek. 1991. Pengurusan

Organisasi Dari Perspektif Islam. Dlm.

Mohd Shahwahid Hj Othman (pnyt.).

Pengurusan Organisasi Dari Perspektif

Islam, hlm. 21-22. Selangor: Persatuan

Siswazah Islam Universiti Putra Malaysia

(PERSIS)

Muhammad Nubli Abdul Wahab. 2008.

Kecemerlangan Pengurusan Organisasi

Dalam Islam Siri 1. Kuantan: Penerbit

Universiti Malaysia Pahang.

Niamat Bin Yusuf. 1991. Dorongan-Dorongan

Kerja Dalam Organisasi. Dlm. Mohd

Shahwahid Hj Othman (pnyt.).

Pengurusan Organisasi Dari Perspektif

Islam, hlm. 94. Selangor: Persatuan

Siswazah Islam Universiti Putra Malaysia

(PERSIS).

Nik Mohd Zain Nik Yusof. 2002. Konsep Dan

Proses Pengurusan Islami. Wacana

Pengurusan Islami Siri 1, hlm. 95-106.

Panel Akademi Pengurusan Yapeim. 2011.

Pengurusan Islami: Menghayati Prinsip

Page 12: Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam - ukm.my · PDF filekedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH

12

Dan Nilai Qurani. Kuala Lumpur:

Akademi Pengurusan YaPEIM Sdn Bhd.

Rasid Muhamad. 2011. Menyelami

Pengurusan Umar Abdul Aziz. Shah

Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Razaleigh Muhamat@Kawangit. 2011.

Pengurusan Modal Insan Dari Perspektif

Islam. Bangi: Jabatan Pengajian

Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

S. Salahudin Suyurno & Mohd Yadman Sarwan.

2010. Pengurusan Organisasi Cemerlang

Pada Zaman Siber. Dlm. Mohd Asri

Abdullah & Mohd nor Mamat (pnyt.).

Islam & Pengurusan: Menangani Arus

Globalisasi, hlm. 36. Shah Alam: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM.

Shamshun Baharin, B. M. J. 2015. Pena

Pengarang. Buletin Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Bil. 2/2015.

Sheikh Abdullah Basmeih. 1422H/2001.

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada

Pengertian Al-Quran (30 Juz). Kuala

Lumpur: Darul Fikir.

Siddiq Fadzil. 2002. Proses Pengurusan:

Penerapan Nilai-Nilai Islam. Wacana

Pengurusan Islami Siri 1, hlm. 107.

Sidek Baba. 2012. Pengurusan Islami:

Aplikasi Ihsan Dan Insan. Kuala

Lumpur: Techknowlogic Trading Sdn.

Bhd.

Sidi Gazalba. 1975. Asas Agama Islam:

Pembahasan Ilmu & Filsafat Tentang

Rukun Islam, Ihsan, Ikhlas, Taqwa.

Jakarta: Penerbit "Bulan Bintang".