ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7...

16
i

Transcript of ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7...

Page 1: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

i

Page 2: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

ii

Page 3: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

i

DASAR e-PEMBELAJARAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Pusat Pembangunan dan Latihan AkademikEdisi 1, 2013

Page 4: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

ii

Page 5: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

1

DASAR e-PEMBELAJARANUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

1.1 Kementerian Pengajian Tinggi telah menetapkan e-Pembelajaran sebagai salah satu agenda utama dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Penggunaan serta penglibatan staf akademik dan pelajar dalam e-Pembelajaran adalah amat ditekankan dan ianya menjadi sebahagian Indeks Utama Pencapaian (KPI) dalam PSPTN. Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) yang dilancarkan oleh YB. Menteri Pengajian Tinggi pada 16 April 2011 telah memetakan halatuju e-Pembelajaran di institusi pengajian tinggi Malaysia.

1.2 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia amat komited dalam melaksanakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang luwes dalam pelbagai mod bagi menyokong pelaksanaan program akademik universiti.

1.3 Dasar e-Pembelajaran UTHM ini dibangunkan hasil perbincangan dan penglibatan pihak CAD dalam Majlis e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) serta input dari pihak Pusat Teknologi Maklumat serta wakil-wakil fakulti di UTHM. Dalam membangunkan dasar ini, dokumen Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN), dasar e-Pembelajaran dari universiti lain dan dokumen berkaitan juga telah dirujuk.

1.4 Dokumen ini menerangkan secara terperinci dasar e-Pembelajaran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di peringkat Pra Siswazah dan Pasca Siswazah.

2.0 SKOP

Dokumen ini merangkumi aspek takrifan e-Pembelajaran, peranan dan tanggungjawab, proses dan pelaksanaan serta harta intelek dan hakcipta di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di semua peringkat Pra Siswazah dan Pasca Siswazah.

Page 6: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

2

3.0 TAKRIFAN

3.1 e-Pembelajaran e-Pembelajaran ialah satu kaedah pembelajaran dan pengajaran

yang dikendalikan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi memudahcara dan meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran.

3.2 Sistem Pengurusan e-Pembelajaran (Learning Management System-LMS)

Sistem Pengurusan e-Pembelajaran (Learning Management System-LMS) ialah satu sistem yang membolehkan maklumat kursus, nota kuliah, ujian, kemudahan komunikasi dan lain-lain bahan pembelajaran diakses melalui rangkaian komputer Universiti secara atas talian.

4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

4.1 Pengurusan Universiti Bagi memastikan matlamat pelaksanaan e-Pembelajaran tercapai,

pihak pengurusan Universiti perlu:

4.1.1 Menetapkan halatuju dan dasar e-Pembelajaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

4.1.2 Menyediakan dana untuk menjayakan pelaksanaan e-Pembelajaran.

4.1.3 Mewujudkan Unit/Pusat e-Pembelajaran di peringkat Universiti yang berperanan dalam pembudayaan e-Pembelajaran dan pembangunan kandungan kursus atas talian.

4.1.4 Mewujudkan Jawatankuasa e-Pembelajaran Universiti yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan e-Pembelajaran peringkat Universiti.

4.1.5 Menyediakan penghargaan dan insentif dalam bentuk wang tunai atau anugerah kepada pihak yang berkelayakan bagi menyebarluaskan budaya e-Pembelajaran.

Page 7: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

3

4.2 Unit/Pusat e-Pembelajaran Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan e-Pembelajaran, Unit/

Pusat e-Pembelajaran perlu:

4.2.1 Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan e-Pembelajaran di Universiti.

4.2.2 Menyediakan program latihan dan khidmat sokongan untuk staf akademik dalam mereka bentuk dan membangunkan kandungan e-Pembelajaran.

4.2.3 Mencadangkan penggunaan teknologi e-Pembelajaran terkini yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

4.2.4 Menjalankan kajian keberkesanan program e-Pembelajaran dan mencadangkan penambahbaikan yang diperlukan.

4.3 Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan e-Pembelajaran, PTM

perlu:

4.3.1 Menyediakan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi untuk kemudahan penggunaan e-Pembelajaran.

4.3.2 Mengurus dan memastikan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan berfungsi dengan baik pada setiap masa.

4.3.3 Menjamin keselamatan serta integriti data sistem e-Pembelajaran Universiti.

4.3.4 Menyediakan sokongan teknikal bagi mengurus dan menyelenggara sistem e-Pembelajaran Universiti.

4.4 Fakulti Bagi membudayakan penggunaan e-Pembelajaran, fakulti

bertanggungjawab:

4.4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras e-Pembelajaran Fakulti yang diketuai oleh Dekan bagi memantau dan menambahbaik pelaksanaan e-Pembelajaran di Fakulti.

Page 8: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

4

4.4.2 Merancang dan mencadangkan perolehan kandungan /perisian kursus e-Pembelajaran yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan bagi penggunaan staf akademik dan pelajar.

4.4.3 Memuatnaik maklumat asas semua kursus yang ditawarkan. 4.4.4 Merancang dan memastikan staf akademik mendapat

pendedahan dan latihan berkenaan e-Pembelajaran.

4.5 Staf Akademik Dalam pelaksanaan e-Pembelajaran, staf akademik perlu:

4.5.1 Memuatnaik dan mengemaskini kandungan pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan silabus kursus ke sistem e-Pembelajaran.

4.5.2 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan pengajaran yang dimuatnaik ke sistem e-Pembelajaran.

4.5.3 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keaslian dan/atau hak cipta serta harta intelek sumber bahan-bahan yang dimuatnaik ke sistem e-Pembelajaran.

4.5.4 Memantau dan membimbing pelajar dalam penggunaan e-Pembelajaran.

4.5.5 Melibatkan diri secara efektif di dalam sistem e-Pembelajaran bagi kursus kendalian masing-masing.

4.5.6 Bekerjasama dengan Unit/Pusat e-Pembelajaran bagi tujuan mereka bentuk dan membangunkan kandungan pembelajaran dan pengajaran.

4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran.

4.5.8 Sentiasa mengamalkan integriti yang tinggi dalam penggunaan rangkaian e–Pembelajaran yang disediakan.

4.6 Pelajar Dalam pelaksanaan e-Pembelajaran, pelajar perlu:

4.6.1 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT bagi keperluan pembelajaran.

Page 9: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

5

4.6.2 Bertanggungjawab terhadap kerahsiaan maklumat peribadi yang digunakan di sistem e-Pembelajaran.

4.6.3 Mengambil bahagian secara efektif dalam aktiviti pembelajaran yang telah disediakan melalui sistem e-Pembelajaran.

4.6.4 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keaslian hasil kerja dan mengiktiraf hak cipta serta harta intelek sumber bahan-bahan yang dimuatnaik ke sistem e-Pembelajaran.

4.6.5 Mengamalkan etika dan nilai-nilai murni serta tidak menyalahgunakan kemudahan e-Pembelajaran yang disediakan.

5.0 PROSES DAN PELAKSANAAN

5.1 Mod Pelaksanaan e-Pembelajaran Universiti adalah kaedah instruksi pelengkap

pelaksanaan kurikulum secara mod blended learning, iaitu gabungan antara kaedah pembelajaran bersemuka dan kaedah pembelajaran maya. Oleh itu, pertemuan bersemuka di antara staf akademik dan pelajar masih berlangsung dalam bilik kuliah mengikut jadual perkuliahan.

5.2 Tahap Pelaksanaan Tahap pelaksanaan e-Pembelajaran pada setiap semester ialah:

Tahap 1: Staf akademik memuatnaik maklumat kursus yang ditawarkan dan boleh diakses oleh pelajar pada awal semester.

Tahap 2: Staf akademik memuatnaik bahan pembelajaran dan pengajaran seperti nota kuliah, soalan-soalan latihan, tugasan, sumber rujukan dan lain-lain bahan berkaitan.

Tahap 3: Penyediaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran interaktif mengikut keperluan.

5.3 Capaian Sistem e-Pembelajaran Semua staf akademik dan pelajar mempunyai akses kepada sistem

e-Pembelajaran. Sistem e-Pembelajaran UTHM boleh dicapai sama ada dari dalam atau luar kampus.

Page 10: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

6

6.0 HARTA INTELEK DAN HAKCIPTA

6.1 Harta Intelek Semua bahan pembelajaran dan pengajaran yang dibangunkan

menggunakan kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh Universiti adalah hak bersama staf akademik dan Universiti. Universiti berhak memberi kebenaran untuk staf akademik lain menggunakan bahan tersebut bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran program Universiti.

6.2 Hakcipta Sekiranya staf akademik menerima ganjaran dan/atau insentif seperti

geran atau upah kerana membangunkan kandungan e-Pembelajaran serta mendapat bantuan pereka instruksi dan/atau pembangun kandungan yang disediakan oleh Universiti, hakcipta terhadap kandungan yang dihasilkan adalah milik Universiti. Ianya tidak boleh digunakan di luar Universiti tanpa mendapat kebenaran daripada Universiti terlebih dahulu.

6.3 Ganjaran dan Motivasi Ganjaran dan motivasi yang diberikan oleh Universiti kepada staf

akademik yang menyediakan kandungan pembelajaran dan pengajaran dalam bentuk digital termasuklah:

6.3.1 Mengambil kira hasil pembinaan kandungan e-Pembelajaran yang asli dalam kriteria penilaian kenaikan pangkat.

6.3.2 Sokongan dalam bentuk khidmat nasihat daripada pereka bentuk instruksi atau staf pembangunan multimedia.

6.3.3 Penghargaan dan insentif dalam bentuk wang tunai atau anugerah.

Page 11: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

7

7.0 Penutup

Dasar e-Pembelajaran UTHM ini akan disemak mengikut keperluan dan kehendak semasa. Universiti berhak mengubah mana-mana bahagian dasar ini dari semasa ke semasa

Disediakan oleh:Pusat Pembangunan dan Latihan AkademikUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia

Januari 2013

Page 12: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

8

Page 13: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

9

Page 14: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

10

Page 15: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

11

Page 16: ii - cad.uthm.edu.mycad.uthm.edu.my/images/rujukan/dasar_e_learning_uthm_2013.pdf · 4.5.7 Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara berkesan bagi keperluan pengajaran. 4.5.8 Sentiasa

12