ii1

13
ii. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai kemukakan hujah dan ulasan anda terhadap persoalan berikut; Sejauhmanakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan Malaysia bagi memupuk semangat nasionalisme di kalangan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan berjaya direalisasikan. Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah membentuk identiti negara kita di mana negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Bidayuh, Iban dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman dan damai kerana mereka mempunyai semangat nasionalisme yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat nasionalisme dalam diri mereka. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat nasionalisme dan tidak mempedulikan kepentingan nasionalisme yang boleh membantu mewujudkan perasaan cinta dan taat kepada tanah air yang boleh menyumbang kepada perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara melalui hasil perjuangan oleh tokoh-tokoh pejuang bangsa seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan

Transcript of ii1

Page 1: ii1

ii. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai kemukakan hujah dan ulasan anda terhadap

persoalan berikut; Sejauhmanakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan Malaysia

bagi memupuk semangat nasionalisme di kalangan masyarakatnya yang terdiri daripada

pelbagai kaum dan keturunan berjaya direalisasikan.

Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah

membentuk identiti negara kita di mana negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum

iaitu Melayu, Cina, India, Bidayuh, Iban dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk pada

masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat membanggakan.

Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman dan damai kerana mereka

mempunyai semangat nasionalisme yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau

bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia

sehingga mengabaikan kepentingan semangat nasionalisme dalam diri mereka. Hal ini berlaku

demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak

menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah

mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk

menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat

nasionalisme dan tidak mempedulikan kepentingan nasionalisme yang boleh membantu

mewujudkan perasaan cinta dan taat kepada tanah air yang boleh menyumbang kepada

perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah

pembentukan negara melalui hasil perjuangan oleh tokoh-tokoh pejuang bangsa seperti Dato

Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur

dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, kerajaan Malaysia

telah mengambil beberapa langkah bagi menyuburkan dan memupuk semangat nasionalisme

dalam kalangan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Salah satu langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memupuk semangat nasionalisme

dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan

adalah melalui pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). PLKN merupakan

kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi

sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan Sekolah Menengah

di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun

Razak menyatakan bahawa matlamat utama PLKN ialah untuk membentuk sebuah negara

Page 2: ii1

Malaysia yang mempunyai nilai cinta akan negara yang kukuh, perpaduan yang kental dan nilai

budaya serta peribadi yang unggul. Program ini juga merupakan satu program pembinaan

sahsiah diri yang bermatlamatkan untuk membina dan mengukuhkan semangat nasionalisme

iaitu cinta dan taat kepada tanah air, memupuk perpaduan kaum, integrasi nasional serta

membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda di

Malaysia. Melalui modul kenegaraan yang terdapat dalam program PLKN juga dapat membantu

mewujudkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan peserta program PLKN.

Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan

pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta

pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih

memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air,

rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Melalui elemen

Tanah Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan

sanggup mempertahankannya negara apabila negara menghadapi ancaman luar. Malah

peserta juga dapat mengetahui asal-usul pelbagai kaum dan etnik dalam membina rasa kasih

sayang diantara satu sama lain serta memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti

seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan

dan sebagainya melalui elemen Rakyat.

Kedua-dua elemen yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam PLKN telah membantu

merealisasikan usaha kerajaan iaitu kerajaan Malaysia berjaya memupuk semangat

nasionalisme dalam kalangan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

keturunan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui satu kajian yang dilakukan oleh kerajaan

Malaysia dalam mengetahui sejauhmanakah PLKN dapat membantu melahirkan generasi muda

yang mempunyai semangat nasionalisme iaitu semangat cinta dan taat kepada tanah air

apabila Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong menyatakan bahawa Program Latihan Khidmat

Negara (PLKN) yang dilaksanakan sejak 2004 adalah sebuah program yang membazir. Bekas

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil

menyangkal tuduhan Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong yang menyatakan Program Latihan

Khidmat Negara (PLKN) adalah sebuah program yang membazir dan dengan segeranya

mengambil keputusan untuk melaksanakan satu kajian untuk mengetahui sejauhmanakah

PLKN dapat membantu memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakatnya

yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Pada tahun 2009, satu kajian dilakukan

oleh pelbagai pihak termasuk universiti untuk menilai keberkesanan program PLKN yang

Page 3: ii1

melibatkan lebih 60,000 responden iaitu bekas pelatih, ibu bapa, pensyarah dan ketua

masyarakat. Hasil kajiannya adalah, PLKN berjaya mencapai 80 peratus objektif penubuhannya

iaitu berjaya memupuk semangat cinta dan taat kepada tanah air dalam kalangan masyarakat

yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Secara rumusnya, PLKN yang telah

dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya merealisasikan usaha kerajaan iaitu berjaya memupuk

semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai

kaum dan keturunan.

Rukun negara juga merupakan salah satu langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia

dalam usaha untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakatnya yang

terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang

merangkumi beberapa prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-

norma sosial yang meliputi aspek dari segi keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan

perundangan. Ekoran dari rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang menghancurkan

perpaduan dan ketenteraman negara, lantas Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan

untuk memastikan keamanan negara terus terpelihara. MAGERAN kemudiannya telah

mewujudkan Majlis Perundingan Negara bagi membincangkan strategi perpaduan nasional di

mana pada tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos 1970, ideologi negara iaitu Rukun Negara

mula diperkenalkan. Rukun Negara yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia,

menggariskan lima prinsip iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan

negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan yang

boleh menyumbang kepada pemupukan semangat nasionalisme demi membantu mewujudkan

perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

keturunan.

Matlamat utamanya adalah untuk mengukuhkan semangat nasionalisme iaitu cinta dan taat

kepada tanah air, memelihara corak hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil,

menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina masyarakat

progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. Selain itu, pengamalan prinsip-prinsip

Rukun Negara juga dapat membantu melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah

tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Secara umumnya, Rukun Negara merupakan satu manifestasi kecintaan kepada negara

Malaysia yang telah berjaya memupuk semangat nasionalisme antara pelbagai kaum dan

keturunan di Malaysia.

Page 4: ii1

Prinsip-prinsip rukun negara yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia telah membantu

merealisasikan usaha kerajaan iaitu kerajaan Malaysia berjaya memupuk semangat

nasionalisme dalam kalangan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

keturunan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui komen yang diberikan oleh para pelancong

asing yang datang untuk melawat negara kita. Seseorang yang memiliki semangat

nasionalisme dalam dirinya tidak akan melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan

imej negara kita dalam kalangan negara lain. Prinsip-prinsip rukun negara yang diperkenalkan

oleh kerajaan Malaysia dalam kalangan masyarakatnya telah berjaya memupuk semangat

nasionalisme iaitu semangat cinta dan taat kepada tanah air apabila masyarakatnya yang

sanggup memberi layanan mesra kepada pelancong asing yang datang melawat negara kita.

Timbalan Menteri pelancongan ada menyatakan bahawa, kewujudan rukun negara ini menjadi

satu titik permulaan ke arah pencapaian masyarakat yang mempunyai semangat cinta dan taat

kepada tanah air iaitu semangat nasionalisme sehingga mereka sanggup memberikan layanan

yang baik kepada para pelancong walaupun mereka seseorang yang tidak dikenali sebelum itu.

Beliau juga menyatakan bahawa, industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun

ke tahun kerana adanya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakatnya yang terdiri

daripada pelbagai kaum dan keturunan. Secara rumusnya, rukun negara yang telah

dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya merealisasikan usaha kerajaan iaitu berjaya memupuk

semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai

kaum dan keturunan.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan juga merupakan salah satu langkah yang telah diambil oleh

kerajaan Malaysia bagi memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakatnya yang

terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Sekolah Wawasan ialah usaha melahirkan anak

bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu

sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk

mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Di bawah konsep ini, tiga

atau dua sekolah rendah yang berbeza aliran seperti SK, SJKC atau SJKT dalam satu kawasan

dan mengekalkan bahasa pengantar bagi tiap-tiap aliran tetapi pada masa yang sama

berkongsi infrastruktur seperti perpustakaan, kantin dan padang sekolah dan sebagainya

(Norwati binti Abdul Manaf, 2013).

Antara objektif utama Sekolah Wawasan ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk

membantu mewujudkan semangat nasionalisme iaitu semangat cintakan negara dalam

Page 5: ii1

kalangan murid, menanamkan sifat integrasi antara kaum walaupun berbeza aliran, bangsa dan

agama, membina negara yang mempunyai perpaduan tinggi melalui ketinggian toleransi

rakyatnya, serta menggalakkan komunikasi yang positif dari semua kaum melaui perkongsian

pelbagai infrastruktur sekolah yang disediakan. Selain itu, Sekolah Wawasan juga bertujuan

untuk menyatukan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia dalam satu suasana yang

harmonis dengan mempunyai semangat nasionalisme dalam dirinya yang menyumbang

mereka untuk mengamalkan perpaduan antara satu sama lain disebabkan rasa cinta dan taat

kepada negara Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah melibatkan beberapa program dalam Sekolah Wawasan untuk

membantu melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat nasionalisme iaitu semangat

cintakan negara dalam dirinya sejak kecil lagi. Perkara ini kerana, generasi muda adalah

tunjang kepada pembangunan sesebuah negara. Sepertimana ungkapan Prof. Dr. Yusof Al

Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani dalam artikel Nor

Hartini Saari (2008), “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah

generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan

yang mempunyai semangat cintakan negara dan sanggup mempertahankan negara, tentunya

negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman dan makmur, tetapi jika keadaan

adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan

berlaku”. Amat mudah untuk dijangkakan implikasi yang bakal berlaku apabila giliran generasi

yang tidak mempunyai semangat nasionalisme iaitu semangat cinta dan taat kepada negara

mula mendominasi dan mengendalikan negara daripada peringkat bawahan hinggalah ke

peringkat eksekutif. Sudah tentulah negara akan menjadi sebuah negara yang tidak aman dan

makmur yang boleh menyumbang kepada perpecahan kaum. Disebabkan itulah, kerajaan telah

mengambil keputusan untuk memupuk semangat nasionalisme iaitu cintakan negara sejak kecil

lagi menerusi Sekolah Wawasan.

Salah satu program yang dilibatkan oleh kerajaan Malaysia dalam Sekolah Wawasan bagi

memupuk semangat nasionalisme ialah dengan melaksanakan sambutan-sambutan seperti

sambutan Hari Guru, Hari Sukan, Hari Kebangsaan dan lain-lain sambutan secara bersama

(Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Perkara ini sudah tentulah dapat membantu mewujudkan

semanagat nasionalisme dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

keturunan kerana setiap murid akan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan

program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah tanpa mengira agama dan bangsa. Sekirannya

seseorang memiliki semangat nasionalisme dalam dirinya sudah pastilah dia tidak akan

Page 6: ii1

melakukan sebarang perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan negara. Dengan

ini, negara Malaysia boleh mencapai tujuannya iaitu berjaya memupuk semangat nasionalisme

dalam kalangan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Sekolah Wawasan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia telah membantu

merealisasikan usaha kerajaan iaitu kerajaan Malaysia berjaya memupuk semangat

nasionalisme dalam kalangan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

keturunan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila kerajaan Malaysia berjaya menubuhkan

sebanyak 6 Sekolah Wawasan di Malaysia walaupun mendapat tentangan yang paling hebat

daripada kaum Cina. Walaupun bilangan penubuhan Sekolah Wawasan sangat kurang, apa

yang boleh nampak di sini adalah kerajaan Malaysia tidak berputus asa walaupun mendapat

tentangan sehingga kerajaan Malaysia berjaya menubuhkannya Sekolah Wawasan di beberapa

negeri yang merangkumi negeri Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Pada awal cadangan penubuhan sekolah wawasan, ia telah mendapat tentangan beberapa

pihak termasuk sebuah persatuan guru-guru sekolah Cina yang bernama Dong Jiao Zhong

(Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat). Antara pendapat persatuan tersebut ialah

tentang kemungkinan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) akan hilang identiti

bangsanya dan boleh mengakibatkan generasi muda mereka mengabaikan penggunaan

bahasa Cina sekirannya penubuhan Sekolah Wawasan dilaksanakan di Malaysia. Namun

apabila dibincangkan dengan lebih teliti dan jika konsep sekolah wawasan itu dipraktikkan

secara berkesan, masalah kemusnahan identiti sesuatu bangsa itu dilihat mustahil berlaku. Ini

kerana dalam konsep sekolah wawasan, setiap bangsa masih mengamalkan cara

pembelajaran yang sama. Apa yang berbeza cumalah persekitaran belajar dan penglibatan

komuniti yang lebih luas.

Secara umumnya, pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh kerajaan Malaysia telah berjaya

merealisasikan usaha kerajaan iaitu berjaya memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan

masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Malah ia juga dapat

membantu menimbulkan suasana persaingan dari segi akademik dan sosial yang sihat,

memupuk sifat saling bertoleransi dan berkongsi sesama kaum dan sebagainya (Azizi Yahaya

& Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat).

Page 7: ii1

Pengenalan mata pelajaran Sejarah dalam peringkat sekolah rendah juga merupakan salah

satu langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memupuk

semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum

dan keturunan. Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua

murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap dua sekolah

rendah. Melalui kurikulum Sejarah, murid diberi pendedahan untuk menganalisis dan menilai

fakta sejarah secara matang. Jika sebelum ini, aspek Sejarah hanya diselitkan dalam mata

pelajaran Kajian Tempatan yang diajar pada tahap dua murid sekolah rendah, kini dengan

Page 8: ii1

adanya pengenalan yang berfokus terhadap subjek Sejarah pastinya mampu membantu

melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat nasionalisme iaitu cinta dan taat kepada

tanah air sejak kecil lagi.

Melalui tema yang ditekankan dalam kurikulum Sejarah sekolah rendah iaitu tema mengenal

negara kita, sejarah negara kita, kewarganegaraan dan cintai tanah air dapat membantu murid-

murid memahami sejarah pembentukan negara kita yang berbilang kaum dan keturunan serta

menghargai keunikan negara kita dalam melahirkan warganegara yang mempunyai semangat

nasionalisme di Malaysia. Konsep sebab dan akibat yang ditekankan dalam kurikulum Sejarah

juga dapat menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dan menjadikan masyarakat

Malaysia sebagai satu masyarakat yang mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah negara

dalam usaha mengekalkan keharmonian negara kita serta membantu melahirkan semangat

nasionalisme dalam kalangan murid-murid sejak kecil lagi. Menerusi konteks Perlembagaan

Persekutuan dan kemerdekaan tanah air yang diberi keutamaan dalam kurikulum Sejarah,

semangat cintakan negara akan dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda.

Selain itu, perspektif keunikan tanah air yang ditekankan dalam mata pelajaran Sejarah

bertujuan membantu murid-murid menilai warisan negara kita seterusnya menerangkan

kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia. Menerusi ini,

murid-murid akan lebih menghormati masyarakat pelbagai kaum, di samping mempertahankan

identiti dan warisan negara serta memahami perbezaan kaum, budaya, dan agama dalam

memupuk persefahaman antara kaum di Malaysia. Jika semua nilai ini dapat disemai sejak

sekolah rendah, pastinya Malaysia akan dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai

semangat cinta dan taat kepada tanah air iaitu semangat nasionalisme yang menjadi aspek

yang penting dalam menjana pembangunan negara. Sebagai contohnya, pengenalan terhadap

budaya kaum-kaum di Malaysia dan budaya setiap negeri di Malaysia tidak kira dari segi

pakaian, makanan, tarian yang pelbagai dan mempunyai keunikan yang tersendiri dapat

membantu murid-murid memahami dan menghargai keistimewaan negara kita serta pada masa

yang sama pemupukan aspek-aspek ini sejak kecil lagi dalam kalangan murid-murid dapat

membantu melahirkan masyarakat akan datang yang mempunyai semangat nasionalsime

dalam dirinya yang boleh meyumbang kepada perpaduan dan tidak melakukan sebarang

kelakuan yang boleh menjejaskan imej negara kita dalam kalangan negara lain. Perkara ini

dapat menunjukkan bahawa, kewujudan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah dapat

membantu kerajaan memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarkat yang terdiri

daripada pelbagai kaum dan keturunan sejak kecil lagi.

Page 9: ii1

Mata pelajaran Sejarah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam peringkat sekolah rendah

lagi telah membantu merealisasikan usaha kerajaan iaitu kerajaan Malaysia berjaya memupuk

semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum

dan keturunan. Sekirannya seseorang itu mempunyai semangat nasionalisme sudah pastinya

dia tidak akan melakukan sebarang kelakuan yang boleh menjejaskan perpaduan dalam

kalangan masyarakat. Penerapan nilai melalui mata pelajaran Sejarah yang telah diperkenalkan

oleh kerajaan pada tahun 2004 telah membantu mewujudkan semangat nasionalisme iaitu cinta

dan taat kepada tanah air sejak kecil lagi. Perkara ini boleh menyumbang kepada perpaduan

yang stabil dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui