IKATAN 30

4
BILANGAN 30 | 1 OKTOBER 2011 Oleh: Meor Muhammad Azim Bin Meor Azman, Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Tanta Taqabballahu minna wa minkum. Minal „a-idin wal fa-izin jami‟an. Al- lahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walilaahil hamd. Alhamdulillah. Biar bulan menjadi saksi Ramadan, bulan seribu satu keis- timewaan, bulan yang mana kita berpua- sa di siang hari dan beribadat di malam harinya. Bulan di mana kita mengisinya dengan berbagai amal ketaatan pada Rab jiwa ini. Sedar atau tidak, kita sudah melepasi separuh bulan Syawal, kita menyambut hadiah kemenangan yang dijanjikan oleh Allah Taala ini, terutamanya bagi mereka yang telah mengharungi peperangan besar selama sebulan di bulan Ramadan. Salam Aidilfitri. Tidak terungkap kalimah kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi kesempatan kepada Suri untuk berceloteh dalam ruangan kecil ini. Sebelum memulakan kalam, suka untuk IKATAN Peserta Ijtima‟ Soifi ISMA Mesir bergambar di Baltim, Kafr El-Shaikh. Bertemakan “Tangan ke Tangan Mara ke Hadapan”, ijtima‟ kali ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah antara ahli berlainan muhafazah selain mengeratkan hubungan antara ahli lama dan baru. (Jurufoto: Zakwan Yahya) SELEPAS RAMADAN Bersambung ke muka surat 2 Dari Meja Suri: Kita Bukan Hamba Ramadan Bersambung ke muka surat 3 Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir Layari www.ismamesir.com untuk berita dan artikel terkini dari ISMA Mesir

description

Selepas Ramadan

Transcript of IKATAN 30

BILANGAN 30 | 1 OKTOBER 2011

Oleh: Meor Muhammad Azim Bin Meor

Azman, Kuliah Syariah Islamiah,

Universiti Al-Azhar, Tanta

Taqabballahu minna wa minkum.

Minal „a-idin wal fa-izin jami‟an. Al-

lahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

walilaahil hamd. Alhamdulillah.

Biar bulan menjadi saksi

Ramadan, bulan seribu satu keis-

timewaan, bulan yang mana kita berpua-

sa di siang hari dan beribadat di malam

harinya. Bulan di mana kita mengisinya

dengan berbagai amal ketaatan pada Rab

jiwa ini.

Sedar atau tidak, kita sudah melepasi

separuh bulan Syawal, kita menyambut

hadiah kemenangan yang dijanjikan oleh

Allah Taala ini, terutamanya bagi mereka

yang telah mengharungi peperangan

besar selama sebulan di bulan Ramadan.

Salam Aidilfitri. Tidak terungkap kalimah

kesyukuran kepada Allah SWT yang telah

memberi kesempatan kepada Suri untuk

berceloteh dalam ruangan kecil ini.

Sebelum memulakan kalam, suka untuk

IKATAN

Peserta Ijtima‟ Soifi ISMA Mesir bergambar di Baltim, Kafr El-Shaikh. Bertemakan “Tangan ke Tangan Mara ke Hadapan”, ijtima‟ kali ini bertujuan

untuk merapatkan ukhuwwah antara ahli berlainan muhafazah selain mengeratkan hubungan antara ahli lama dan baru. (Jurufoto: Zakwan Yahya)

SELEPAS RAMADAN

Bersambung ke muka surat 2

Dari Meja Suri: Kita

Bukan Hamba

Ramadan

Bersambung ke muka surat 3

Buletin rasmi Ikatan

Muslimin Malaysia

(ISMA) Mesir

Layari

www.ismamesir.com

untuk berita dan artikel

terkini dari ISMA Mesir

Kini bulan itu telah pergi sekali lagi dan

amalan kita pada bulan itu akan menjadi

saksi di hadapan Allah atas segala per-

buatan kita kepada-Nya.

Hari ini juga menandakan hampir

sebulan kita meninggalkan Ramadan.

Tahniah buat mereka yang telah benar-

benar menunaikan hak-hak Ramadan

dengan penuh keimanan dan

pengharapan. Berbahagia dan

beruntunglah mereka yang beriman pada

hari ini dengan benar-benar merasai

nikmat taqwa hasil pengorbanan yang

dilakukan sepanjang bulan Ramadan

semata-mata kerana Allah, meninggalkan

makan dan minum serta perkara-perkara

harus untuk satu tujuan, bukan kerana

bulan Ramadan, tetapi kerana untuk

mendapat redha Ilahi.

Fikirkan

Tetapi persoalannya, adakah ibadah yang

kita lakukan pada bulan Ramadan masih

lagi berterusan hingga kini? Adakah

kesungguhan kita masih lagi sama seperti

kesungguhan kita pada bulan Ramadan?

Adakah solat jemaah, bacaan Al-Quran,

zikir, dakwah dan ibadah-ibadah lain

masih lagi luar biasa seperti mana luar

biasanya kita pada bulan Ramadan? Atau,

dengan terbenamnya matahari pada

petang 30 Ramadan turut sama

membenamkan serta memadamkan

semangat beribadah dan kembali

bertuhankan nafsu seperti sebelum

Ramadan?

Muhasabah kembali

Masjid yang penuh saf saf Muslimin

ketika Ramadan, sehinggakan ada

sebahagian masjid yang terpaksa

menyediakan tikar tambahan untuk

dihamparkan di luar masjid. Ramai tak

tekira. Kini sunyi sepi selepas Ramadan,

hingga saf boleh dibilang dengan jari.

Itupun biasanya mereka itu terdiri

daripada „pakcik-pakcik pencen‟ yang

meniti sisa-sisa dan saki baki kehidupan

dengan amal kebaikan di masjid.

Ya, jika kita lihat secara realiti, memang

ini yang terjadi. Tak kira di negara mana

sekalipun, samada di Mesir ataupun di

Malaysia. Kebanyakannya ini yang

berlaku. Dimana tarbiyah Ramadan yang

kita terima sepanjang sebulan berpuasa?

Sebab itulah perlu ditegaskan di sini

bahawa sesiapa yang beribadat

bersungguh-sungguh dalam bulan

Ramadan dan meninggalkan

kesungguhan tersebut selepas Ramadan,

sesungguhnya yang disembahnya adalah

Ramadan dan bukan Tuhan kepada

Ramadan.

ورغم أنف رجل دخل عليه رمضان ث انسلخ .ق بل أن ي غفر له

“Dan rugilah orang yang bertemu

dengan bulan Ramadan namun belum

mendapatkan ampunan ketika berpisah

dengannya.” (HR. Ahmad dan At-

Tirmidzi, hadits hasan gharib)

خاب وخسر من ادرك رمضان ومل يغفر له.

“Rugi dan celakalah sesiapa yang

menemui Ramadhan tetapi tidak diam-

puni dosanya.”

Wahai sahabat saya yang di cintai Allah,

Ramadan yang baru sahaja melalui umur

kita perlu dijadikan motivasi untuk kita

meneruskan kesungguhan beribadah

kepada Allah dalam bulan-bulan se-

terusnya. Jika di malam-malam Ramadan

kita boleh hadir ke masjid untuk

menunaikan sembahyang sunat tarawih

berjemaah, tentu kita wajar menunaikan

sembahyang fardhu juga secara ber-

jemaah selepas Ramadhan. Jika puasa itu

mendidik pancaindera kita dari terjebak

dalam perkara-perkara haram di bulan

Ramadan, sepatutnya selepas Ramadan

anggota-anggota ini terdisplin sendiri

hasil didikan kawalan nafsu kita pada

bulan Ramadan. Begitu juga amal ke-

baikan yang lain.

Istiqamahlah biarpun sedikit

Oleh itu, apakah yang kita perlukan un-

tuk menghadapi situasi seperti ini? Jawa-

pannya adalah istiqamah, teguh pendiri-

an atau yang disebut sebagai konsistensi.

Sesungguhnya orang-orang yang menga-

takan: “Tuhan kami ialah Allah”

Kemudian mereka meneguhkan pendiri-

an mereka, Maka malaikat akan turun

kepada mereka dengan mengatakan:

"Janganlah kamu takut dan janganlah

merasa sedih; dan gembirakanlah mere-

ka dengan Jannah yang telah dijanjikan

Allah kepadamu". Kamilah pelindung-

pelindungmu dalam kehidupan dunia

dan akhirat; di dalamnya kamu mem-

peroleh apa yang kamu inginkan dan

memperoleh (pula) di dalamnya apa

yang kamu minta. Sebagai hidangan

(bagimu) dari Tuhan yang Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Surah Fussilat ayat 30-32)

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah

adalah yang berterusan sekalipun sedi-

kit.” (HR Muslim)

Ketahuilah bahawa istiqamah dalam ama-

lan adalah sangat susah dan sukar untuk

diperolehi sekiranya tidak disertai

dengan keikhlasan dan kesungguhan.

واعبد ربك حىت يأتيك اليقني.

Sembahlah Tuhanmu sehingga mati

datang kepadamu.

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa

memberikan taufiq dan hidayah kepada

kita serta menjadikan kita umat yang

gemilang dalam beribadah kepada-Nya.

Amin.

FOKUS 2 IKATAN, 1 Oktober 2011

Dari muka hadapan

Suri mengucapkan, “taqabbalallahu

minna wa minkum.” Semoga Allah

menguatkan kita untuk terus

beristiqamah dengan amalan kita di

bulan Ramadhan. Insya-Allah.

Tarikh Suri menulis artikel ini adalah

pada 14 Syawal 1432 Hijrah yang

menandakan bahawa sudah empat

belas hari kita meraikan Aidilfitri. Jika

kita katakan Ramadan itu adalah

untuk mencari dan menambah

bekalan iman, Syawal pula Suri

umpamakan sebagai medan

praktikal, iaitu medan yang menguji

sejauh mana kita mampu

meneruskan amalan yang telah kita lakukan di bulan

Ramadan. Rasulullah SAW bersabda, “Katakanlah: Aku telah

beriman kepada Allah. Kemudian, istiqamahlah.” Ini adalah

pesanan Rasulullah SAW kepada umat Baginda supaya kita

terus beriman dan berusaha melawan hawa nafsu walau pada

bila sekalipun dan di mana saja kita berada.

Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pemuda yang

hariannya sibuk dengan pelbagai agenda, moga kita sedar

bahawa Syawal bukanlah masa untuk beristirehat, bahkan

sepatutnya amal dan ibadah kita harus lebih hebat dari bulan

Ramadan. Firman Allah yang bermaksud, “Demi masa

sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang yang

beriman dan beramal soleh.” Jadi, Suri ingatkan kepada diri

Suri dan pembaca sekalian, manfaatkanlah sepenuhnya masa

yang ada sekarang dengan melakukan ibadah dan ketaatan

kepada Allah. Boleh jadi Ramadan yang baru saja berlalu

merupakan Ramadan yang terakhir bagi kita. Duit yang hilang

boleh dicari, tetapi masa yang berlalu tidak dapat dan

mustahil untuk berpatah kembali.

Tahniah bagi sesiapa yang sedar dan sentiasa bermujahadah

melawan hawa nafsu. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan

atau masih teragak-agak, ingatlah hadis ini:

Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya, “Rugilah bagi mereka

yang berlalunya Ramadan dan tidak diampunkan dosanya.”

Baginda juga bersabda, “Berapa ramaikah manusia yang

berpuasa tetapi tiada baginya ganjaran puasa tersebut

melainkan lapar dan dahaga?”

Mana yang kita mahukan?

***

Muhasabah ketika Ramadan…

“Aku mahu Ramadanku kali ini lebih baik daripada yang

sebelumnya!”

Setiap hari aku menunaikan solat di masjid. Selesai sahaja

azan berkumandang, aku terus bergegas ke masjid. Solat

sunat tarawih tak pernah aku tinggalkan. Aku bertadarrus dan

mentadabbur Al-Quran pada setiap hari. Aku senyum dan

beramah mesra dengan semua orang. Apabila ditimpa

masalah, aku bersabar. Aku menjaga percakapan dan tingkah

laku. Jika aku tersalah cakap, kawanku akan mengingatkan,

“Bulan puasa ni! Tak baik tipu.” Semua ini aku lakukan untuk

BULAN RAMADAN.

Adakah betul pemikiran sebegini?

Adakah amal dan ibadah kita hanya dilakukan untuk bulan

Ramadan?

Bagaimana pula dengan Syawal dan bulan-bulan mendatang?

Renung-renungkanlah dan muhasabahlah diri kita. Kita adalah

hamba Allah SWT. Kita bukan hamba Ramadan. Ramadan

adalah madrasah yang menghasilkan produk yang rabbani

(bersifat ketuhanan). Malah, Ramadan adalah tempat melatih

manusia menunaikan ibadah dan pada masa yang sama, ia

menjanjikan pahala berlipat kali ganda. Ia juga sebagai wadah

atau medan untuk manusia berubah daripada jahat kepada

baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Kekalkanlah

amalan kita yang kita lakukan dalam bulan Ramadan sebagai

amalan yang berterusan di bulan-bulan yang mendatang.

Selamat bermujahadah dalam memperbaiki amalan buat

semua pembaca Dari Meja Suri.

DARI MEJA SURI 3 IKATAN, 1 Oktober 2011

Dari muka hadapan

TIPS MENCEGAH PENCURI DI RUMAH Oleh: VeynG